Melancong.my
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
PAKEJ TERKINI
LANGGAN PERCUMA
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Singapore
  • Indonesia
  • Thailand
  • Vietnam
  • China
  • Jepun
  • Korea
  • Lagi
    • Cambodia
    • India & Pakistan
    • Balkan
    • Australia
    • Turki
    • Uzbekistan
    • Maldives
    • Filipina
    • Perancis
    • Switzerland
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Singapore
  • Indonesia
  • Thailand
  • Vietnam
  • China
  • Jepun
  • Korea
  • Lagi
    • Cambodia
    • India & Pakistan
    • Balkan
    • Australia
    • Turki
    • Uzbekistan
    • Maldives
    • Filipina
    • Perancis
    • Switzerland
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
Melancong.my
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
Promosi Terhad Promosi Terhad Promosi Terhad
Halaman Pakej Perancis

10 Aktiviti Tempat Menarik di Paris Paling Popular

Hasrul Wayne Oleh: Hasrul Wayne
3 Julai, 2024
Kategori: Pakej Perancis
Masa Bacaan: 3 mins read
1.7k 131
A A
0
tempat-menarik-di-paris
1.9k
VIEWS
FacebookTwitterPin
PROMO TERHAD PROMO TERHAD PROMO TERHAD
IKLAN / PROMOSI TERHAD

 

Apakah aktiviti dan tempat menarik di Paris yang sesuai untuk pelancong Malaysia?

Paris, ibu kota Perancis, adalah destinasi yang menarik bagi pelancong Muslim dari Malaysia. Kota ini menawarkan pelbagai tarikan yang memukau, seperti Menara Eiffel dan Louvre, yang merupakan rumah kepada lukisan Mona Lisa.

Selain tarikan-tarikan bersejarah dan kebudayaan, Paris juga mesra Muslim dengan banyak kemudahan yang disediakan.

Promo Hotel Promo Hotel Promo Hotel
IKLAN / PROMOSI TERHAD

Untuk makanan, terdapat banyak restoran halal yang menawarkan pelbagai masakan, termasuk masakan Perancis, Turki, Arab, dan Asia. Kawasan seperti Quartier Latin dan La Chapelle terkenal dengan pilihan makanan halal yang datang dengan pelabagai aneka pilihan.

Selain itu, terdapat pasar dan kedai runcit yang menjual produk halal, memudahkan pelancong Muslim untuk mendapatkan bekalan makanan yang sesuai.

Tempat Menarik di paris
Palace of Versailles

Paris juga mempunyai beberapa masjid utama, seperti Masjid Besar Paris (Grande Mosquée de Paris) yang terkenal dengan seni bina yang indah dan menyediakan tempat solat yang selesa.

Pelancong Muslim juga boleh menemui surau-surau kecil di sekitar kota ini.

Bagi pelancong wanita, Paris adalah pusat fesyen yang menawarkan pelbagai pilihan pakaian modest yang bergaya. Banyak juga butik yang menjual pakaian yang sesuai dengan syariat Islam tanpa mengorbankan gaya.

Dengan kemudahan ini, Paris memastikan pelancong dari Malaysia dapat menikmati percutian mereka dengan selesa sambil mengekalkan amalan agama islam.

Paris tidak hanya menawarkan pemandangan indah dan budaya yang kaya tetapi juga keramahan kepada pelancong Muslim.

Pake-Percutian-Eropah

  • Lihat Pakej ke Eropah Termasuk Paris
  • Lihat Penginapan Terbaik di Paris
  • Lihat Aktiviti Popular di Paris
  • Lihat Peta Percutian di Paris

Pin

  • 1 Eiffel Tower
  • 2 Louvre Museum
  • 3 Arc de Triomphe
  • 4 Jardin du Luxembourg
  • 5 Musee d’Orsay
  • 6 Palais Garnier
  • 7 Palace of Versailles
  • 8 The Centre Pompidou
  • 9 Disneyland Paris
  • 10 Pantheon
Mari kita lihat senarai wajib tempat menarik di Paris yang sesuai untuk dikunjungi.


Eiffel Tower

Eiffel-Tower

Menara yang tertinggi di Kota Paris ini dikenali seluruh dunia sebagai salah satu daripada 7 keajaiban dunia!

Pakej Kundasang Pakej Kundasang Pakej Kundasang
IKLAN / PROMOSI TERHAD

Jadi tidak hairanlah jika ia menjadi destinasi paling banyak pengunjung setiap tahun. Kunjungan ke menara ini lebih menarik jika anda menaiki lif untuk ke puncaknya bagi menghayati pemandangan Kota Paris yang cukup menakjubkan.

Fakta menarik tentang pembinaan menara ini, asalnya ia hanya dibina untuk kegunaan sementara iaitu sekitar 20 tahun dan akan diruntuhkan.

Namun proses runtuhan berjaya dihalang kerana terdapat kegunaan penting iaitu sebagai stesen pemancar komunikasi. Kini Menara Eiffel menjadi kebanggaan Kota Paris.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | Lihat Tiket | 9:00am – 12:00am | Av. Gustave Eiffel, 75007 Paris, France

Louvre Museum

Louvre-Museum

Selain Menara Eiffel, Louvre Museum merupakan antara mercu tanda bagi Kota Paris yang menerima banyak kunjungan pelancong setiap tahun.

Muzium ini asalnya dibina sebagai kubu ketika abad ke-12 dan anda masih boleh melihat tinggalan kubu tersebut di bahagian bawah tanah muzium.

Muzium ini menempatkan lukisan terkenal iaitu potret Monalisa yang dihasilkan oleh Leonardo da Vincci.

Karya agung yang dihasilkan pada abad ke-15 ini menjadi buah mulut seantero dunia kerana hasil seninya menjadikan lukisan itu seolah-olah bernyawa!


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | Lihat Tiket | 9:00am – 6:00pm | 75001 Paris, France

Arc de Triomphe

Arc-de-Triomphe

Arc de Triomphe adalah salah satu bangunan bersejarah dengan kesenian yang begitu indah.

Bangunan ini dibina pada tahun 1806 bagi menghormati tentera besar Perancis, Grandee Armee yang berjaya menakluk sebahagian besar Eropah.

Bangunan ini mempunyai ukiran 4 patung yang melambangkan 4 kemenangan dalam 4 peristiwa bebrbeza.

Arc-de-Triomphe

Di sini turut dinyalakan api kenangan dan dikatakan api tersebut tidak pernah padam selama 97 tahun!

Bangunan yang menyimpan pelbagai sejarah menarik ini telah menjadi saksi untuk beberapa peristiwa penting sejak sekian lamanya.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | Lihat Tiket | 10:00am – 11:00pm | Pl. Charles de Gaulle, 75008 Paris, France

Jardin du Luxembourg

Jardin-du-Luxembourg

Taman Luxemborg ini dibina pada tahun 1612 sebagai taman Istana Luxemborg suatu masa dahulu.

Taman yang berkeluasan 22 ekar ini merupakan antara taman yang tercantik di Kota Paris. Taman ini begitu sesuai untuk anda bersiar-siar sambil melihat lanskapnya yang cantik.

Jardin-du-Luxembourg

Tambahan pula, kanak-kanak boleh menyewa perahu layar kayu di kolam itik dan menolaknya ke dalam air dengan kayu panjang seperti yang dilakukan oleh kanak-kanak di abad ke-20.

Selain bermain perahu layar, mereka boleh menikmati pertunjukan boneka. Anda juga boleh ke Tuileries Garden yang turut mempunyai lanskap indah.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 75006 Paris, France

Musee d’Orsay

Musee d’Orsay

Bagi pencinta seni, lokasi ini wajib dikunjungi kerana ia dikenali sebagai antara muzium seni yang terbesar dan terbaik di dunia yang mempunyai koleksi seni dari tahun 1848 hingga 1914.

Pelbagai patung, arca, fotografi, lukisan dan karya seni daripada seniman-seniman terkenal seperti Vincent van Gogh, Claude Monet, Pierre-Auguste Renoir dan ramai lagi.

Musee d’Orsay

Bangunan yang dihiasi dengan jam besar ini asalnya dibina sebagai stesen keretapi pada tahun 1900.

Anda pasti tahu Menara Eiffel dibina menggunakan besi logam yang banyak, namun muzium ini menggunakan lebih banyak besi logam untuk pembinaannya!


  • Lihat Penginapan | Lihat Tour | Lihat Peta | 9:30am – 6:00pm | Esplanade Valéry Giscard d’Estaing, 75007 Paris, France

Palais Garnier

Palais-Garnier

Palais Garnier yang dibina pada tahun 1861 berfungsi sebagai panggung utama opera Paris dari tahun 1875 hingga 1989.

Panggung ini dikatakan boleh memuatkan penonton seramai 2000 orang dan pelakon seramai 450 orang.

Palais-Garnier

Majoriti pengunjung yang ke sini pasti kagum dan terpesona dengan keindahan ukiran dan seni hiasan dalaman yang menghiasi keseluruhan bangunan ini, daripada lantai hingga ke siling dipenuhi dengan pelbagai ukiran dan warna!

Opera ini menggunakan 30 jenis marmar daripada 8 negara dan turut menggunakan  2.5kg emas untuk keseluruhan bangunan.


  • Lihat Penginapan | Lihat Tiket | Lihat Peta | Pl. de l’Opéra, 75009 Paris, France

Palace of Versailles

Palace of Versailles

Istana Versailles merupakan satu kebanggaan bagi rakyat Perancis yang menjadi simbol kekuatan dan kesempurnaan monarki kerana mempunyai nilai senibina yang cukup hebat.

Istana yang menerima kunjungan lebih dari sepuluh juta pelancong setiap tahun ini mempunyai sekitar 700 bilik dan boleh memuatkan 20,000 orang.

Palace of Versailles

The Hall of Mirrors merupakan ruang yang paling terkenal di istana ini yang mempunyai 357 cermin besar dan dikatakan cermin adalah sesuatu yang sukar dan mahal untuk dihasilkan ketika itu.

Antara ruangan lain yang terdapat di istana ini adalah The Royal Apartments dan The Gardens.


  • Lihat Penginapan | Lihat Tour | Lihat Peta | 9:00am-6:30pm | Place d’Armes, 78000 Versailles, France

The Centre Pompidou

The Centre Pompidou

Muzium yang berbentuk unik ini mempunyai fasad berbentuk tabung berwarna-warni dan menjadi muzium seni moden terbesar di Eropah.

Berbeza dengan bangunan lain di Kota Paris, muzium ini menggunakan senibina industri sebagai tarikan utamanya sebagai muzium moden.

Keunikkan tabung yang berwarna-warni itu mempunyai maksud dan fungsi yang tersendiri.

Antaranya warna biru sebagai pengaliran udara, warna kuning sebagai kegunaan elektrik, warna hijau untuk air dan merah untuk laluan penjalan seperti lif dan tangga.


  • Lihat Penginapan | Lihat Tiket | Lihat Peta | 11:00am – 9:00pm | Place Georges-Pompidou, 75004 Paris, France

Disneyland Paris

Disneyland-Paris

Sudah selesai meneroka sejarah dan menghayati kesenian di kota cinta ini? Jom luangkan masa anda untuk berseronok di Disneyland Paris yang sudah beroperasi sejak tahun 1992.

Terdapat dua bahagian utama iaitu Disneyland Park dan Walt Disney Studios Park untuk anda berhibur.

Disneyland Park menawarkan tarikan seperti Space Mountain: Mission 2, It’s a Small World, Pirates of the Caribbean dan Buzz Lightyear Laser Blast.

Manakala di Walt Disney Studios Park anda boleh menikmati Ratatouille: The Adventure, The Twilight Zone Tower od Terror dan Crush’s Coaster.

Menariknya lagi jika ke sini ketika perayaan seperti Halloween atau Hari Krismas suasana di sini semakin meriah!


  • Lihat Penginapan | Lihat Tiket | Lihat Peta | 9:30am – 11:00pm | Bd de Parc, 77700 Coupvray, France

Pantheon

Pantheon

Bukan sahaja di Rom yang mempunyai tarikan Pantheon, di Kota Paris ini juga terdapat sebuah monumen Pantheon yang menawarkan pemandangan langit yang indah.

Bagi menyaksikan pemandangan langit anda perlu memaklumkan kepada jurupandu pelancong untuk naik ke bahagian kubahnya.

Selain itu anda boleh melihat karya seni seperti patung, lukisan dan mosaik yang menunjukkan peristiwa penting yang pernah berlaku di Perancis.

Asalnya ia dibina untuk dijadikan sebuah gereja dan telah ditukar sebagai makam untuk orang ternama.


  • Lihat Penginapan | Lihat Tiket | Lihat Peta | 10:00am – 6:30pm | Pl. du Panthéon, 75005 Paris, France

Bersambung…

Tags: hotel parismenarik di paristrip paris
Trip Promo Trip Promo Trip Promo
IKLAN / PROMOSI TERHAD
Hasrul Wayne

Hasrul Wayne

Editor di Melancong.my, meminati dunia pelancongan. Jika anda ada sebarang idea untuk diketengahkan, hubungi kami untuk selanjutnya: tentang kami.

Artikel+ Bersambung

pulau-bora-bora-perancis
Pakej Eropah

10 Perkara Menarik di Pulau Bora Bora Perancis [Pulau Impian]

  Pulau Bora Bora merupakan antara destinasi percutian di kawasan pulau yang termahal dan tercantik di dunia! Pulau yang terletak...

Oleh: Hasrul Wayne
22 Mac, 2024
1.1k
Selanjutnya

Tinggalkan Balasan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *


TREND PAKEJ |PROMOSI TERKINI

Pakej Scandinavia 2026

REKOMEN

edit post
Tempat Menarik di Bukit Tinggi

12 Tempat Menarik di Bukit Tinggi Paling Popular

15 Jun, 2026
32.6k
edit post
Tempat menarik di Kuantan

42 Tempat Menarik di Kuantan Terkini

28 Mac, 2026
86k
edit post
blank

43 Aktiviti Tempat Menarik di Janda Baik Terkini

2 Mac, 2026
86.5k
edit post
tempat-menarik-di-johor-bahru

30 Tempat Menarik di Johor Bahru Terkini Berserta Tentatif Percutian

9 Jun, 2026
92.6k
edit post
tempat menarik di kelantan

40 Tempat Menarik di Kelantan Terkini

23 Mac, 2026
29.6k
edit post
tempat menarik di dabong Kelantan

10 Aktiviti Tempat Menarik di Dabong Kelantan

5 Ogos, 2024
23.6k
Selanjutnya
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan

PAKEJ POPULAR |TERKINI 2026

Pakej-Kundasang-2026-FullTour

Pakej-Osaka-Jepun-Muslim

hotel promo hotel promo hotel promo
IKLAN / PROMOSI TERHAD
  • Langgan
  • Tentang Kami
  • Polisi
  • Terma dan Syarat
  • Hubungi Kami

© 2026 Melancong.my

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Indonesia
  • Singapore
  • Thailand
  • Vietnam
  • Cambodia
  • China
  • Korea
  • Jepun
  • Australia
  • India & Pakistan
  • Turki
  • Balkan
  • Uzbekistan
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami

© 2026 Melancong.my