Bercadang hendak bercuti di Lombok? Ini adalah destinasi-destinasi menarik di Lombok yang anda harus kunjungi.
Lombok menawarkan banyak pantai menarik yang masih indah dan sering terpencil, penduduk yang tinggal disini pun sangat mesra dan mempunyai budaya menarik, manakala makanan yang pelbagai pula memikat selera.
Alam semulajadi di Lombok adalah yang terbaik dan masih mengekalkan keindahannya.
Untuk pengetahuan anda, Lombok adalah sebuah pulau yang terletak di timur Bali, tetapi kurang terkenal daripada jirannya itu.
Walaupun setiap tahun berjuta-juta pelancong tertarik ke Bali, banyak tempat di Lombok masih belum disentuh. Di sini aktiviti pelancongan secara besar-besaran masih tidak diketahui.
- Lihat Pakej Percutian Lombok
- Lihat Penginapan Terbaik Lombok
- Lihat Aktiviti Terbaik di Lombok
- Lihat Peta Percutian di Lombok
Dalam artikel ini, saya cuba berkongsi dengan anda 3 lokasi percutian paling popular dan juga mengagumkan untuk dikunjungi.
Bercuti Di Lombok: Gunung Rinjani
![Bercuti Di Lombok: Gunung Rinjani, Air Terjun Sendang Gile & Hutan Lindung Pusuk [TERKINI] 6 Gunung Rinjani Lombok](http://wpfc.ml/b.gif)
Gunung Rinjani merupakan sebuah gunung yang terletak di Pulau Lombok, Nusa Tenggara Barat.
Ia merupakan sebuah gunung berapi dan di Indonesia, ia berada pada kedudukan kedua dari segi ketinggian.
Gunung Rinjani juga merupakan salah satu daripada 7 puncak di Indonesia.
![Bercuti Di Lombok: Gunung Rinjani, Air Terjun Sendang Gile & Hutan Lindung Pusuk [TERKINI] 7 Pakej Lombok](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2014/08/Mount-Rinjani-lombok-1024x683.jpg)
Ia bukan sahaja menjadi destinasi tumpuan bagi hikers yang berpengalaman, ia juga turut menyajikan pemandangan yang indah dan luar biasa.
Apa yang luar biasa sangat sehingga ia dikatakan luar biasa?
![Bercuti Di Lombok: Gunung Rinjani, Air Terjun Sendang Gile & Hutan Lindung Pusuk [TERKINI] 8 Kawasan Pergunungan Rinjani](http://wpfc.ml/b.gif)
Di Gunung Rinjani, anda akan temukan Segara Anak yang mana keindahannya memang tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata.
Kerana keindahannya, pemandangan Segara Anak ini diletakkan pada wang Rp 10000 pada tahun 1998.
Anda juga boleh menyaksikan Kawah Gunung Barujari dari tebingnya.
Gunung ini terletak di tengah-tengah Segara Anak dan ia mengeluarkan sulfur dari kawahnya.
Walaupun treknya agak mencabar, namun ia masih sanggup ditempuhi kerana pemandangannya di puncak menjadikan anda berasa puas hati dengan cabaran yang diberikan.
Fakta menarik Gunung Rinjani
![Bercuti Di Lombok: Gunung Rinjani, Air Terjun Sendang Gile & Hutan Lindung Pusuk [TERKINI] 12 Gunung Rinjani](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2017/05/Gunung-Rinjani-1024x682.jpg)
Ia berada di atas kawasan persilangan di garisan Wallace dimana anda boleh melihat spesis flora dan fauna Asia dan Australia bertemu.
Di Gunung Rinjani juga terdapat kolam mandi air panas dan setiap kolamnya mempunyai suhu yang berbeza.
Ia juga dikenali sebagai gunung yang paling romantis kerana ia mempunyai pemandangan matahari terbenam yang terbaik di Plawangan Sembalun. Anda juga akan menemukan begitu banyak air terjun sepanjang pendakian.
Dikatakan terdapat sekitar 20 air terjun yang akan anda temui.
Air Terjun Sendang Gile: Destinasi Terhebat
![Bercuti Di Lombok: Gunung Rinjani, Air Terjun Sendang Gile & Hutan Lindung Pusuk [TERKINI] 16 Air Terjun Sendang Gile](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2015/01/Air-Terjun-Sendang-Gile-750x447.jpg)
Jika anda berkunjung ke Lombok, anda akan dapati begitu banyak air terjun yang terdapat disini.
Sehinggakan ada yang membukukan kesemua air terjun yang terdapat disini. Namun begitu, dalam kesemua air terjun ini, pastinya ada yang mengungguli carta sebagai yang terbaik dan air terjun terbaik yang boleh dicadangkan kepada anda sudah pastinya Air terjun Sendang Gile.
Air Terjun Sendang Gile ini terletak di Desa Senaru, Kecamatan Bayan, Kabupaten Lombok Utara.
Senaru sebenarnya merupakan kaki Gunung Rinjani maka tidak hairanlah sekiranya anda dapat rasakan suasana pergunungan dikawasan tersebut.
![Bercuti Di Lombok: Gunung Rinjani, Air Terjun Sendang Gile & Hutan Lindung Pusuk [TERKINI] 17 Air Jernih Sendang Gile](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2017/06/Air-Jernih-Sendang-Gile-1024x683.jpg)
Air Terjun Sendang Gile juga merupakan diantara destinasi air terjun yang mudah untuk dicapai di Pulau Lombok. Ramai yang mengatakan untuk ke Air Terjun Sendang Gile ini, anda hanya perlu melalui 1000 langkah anak tangga sahaja.
Sepertimana halnya yang berlaku di Malaysia, untuk memasuki ke kawasan Air Terjun Sendang Gile ini anda akan dikenakan caj sebanyak Rp 5000.
Jika anda pertama kali datang ke sini, kami sangat sarankan anda untuk mendapatkan khidmat guide kerana bimbang anda akan tersesat dan sebagainya. Upah untuk khidmat guide pula dalam sekitar Rp 50000.
Hutan Lindung Pusuk
![Bercuti Di Lombok: Gunung Rinjani, Air Terjun Sendang Gile & Hutan Lindung Pusuk [TERKINI] 18 Hutan Lindung Pusuk](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2017/06/Hutan-Lindung-Pusuk.jpg)
Memang tidak dapat dinafikan bahawa Indonesia sangat kaya dengan keindahan alam semulajadi yang memukau.
Di Hutan Lindung Pusuk, anda akan temukan lagi keindahan yang dimaksudkan. Untuk ke puncak, anda akan melalui jalan yang agak berliku dan mencabar.
Udara disini juga sangat segar dan bersih sekaligus akan memberikan suatu bentuk ketenangan kepada diri anda.
Keindahan Hutan Lindung Pusuk
Ia menawarkan hamparan bukit yang sangat menarik dan udara yang sangat bersih serta segar untuk anda nikmati ketika anda berada disini. Anda juga dapat berinteraksi dengan monyet-monyet jinak yang terdapat disini.
Monyet disini merupakan spesis Mcaca Fascicilaris iaitu jenis monyet jinak dan berekor panjang. Ia juga kaya dengan pohon-pohon besar yang turut menjadi habitat bagi monyet-monyet jinak.
Sekian sahaja untuk artikel kali ini berkenaan dengan Gunung Rinjani, Air Terjun Sendang Gile dan juga Hutan Lindung Pusuk yang terdapat di Lombok.
Sememangnya Lombok sangat kaya dengan berbagai tempat menarik dan keindahan alam semulajadi.
Bersambung…