fbpx
Melancong.my
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
PAKEJ TERKINI
LANGGAN PERCUMA
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Singapore
  • Indonesia
  • Thailand
  • Vietnam
  • China
  • Jepun
  • Korea
  • Lagi
    • Cambodia
    • India
    • Balkan
    • Australia
    • Turki
    • Uzbekistan
    • Maldives
    • Filipina
    • Perancis
    • Switzerland
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Singapore
  • Indonesia
  • Thailand
  • Vietnam
  • China
  • Jepun
  • Korea
  • Lagi
    • Cambodia
    • India
    • Balkan
    • Australia
    • Turki
    • Uzbekistan
    • Maldives
    • Filipina
    • Perancis
    • Switzerland
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
Melancong.my
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
Halaman Indonesia Pakej Lombok

Pulau Lombok & Sejarahnya: 30 Senarai Pulau & Gili Terkenal Menjadi Kunjungan Pelancong

Hadi Ghazali Oleh: Hadi Ghazali
24 Mei, 2023
Kategori: Pakej Lombok
Masa Bacaan: 4 mins read
2.3k 31
A A
0
Gili Trawangan, Gili Indah, North Lombok Regency, West Nusa Tenggara, Indonesia
29.6k
VIEWS
FacebookTwitterPin
Pakej Promo Terkini Pakej Promo Terkini Pakej Promo Terkini

 

Ada apa di Pulau Lombok? Apakah yang menarik di Lombok dan bagaimana keadaan percutian di Lombok itu?

Pada hakikatnya tidak banyak yang diketahui tentang sejarah dan kependudukan Lombok sebelum abad ketujuh belas.

Sebelum waktu ini, ianya terdiri daripada banyak persaingan dan permusuhan negara-negara kecil yang masing-masing telah dipengerusikan oleh ‘putera’ Sasak.

Namun kini, Lombok menjadi salah satu detinasi percutian utama di Indonesia. Sering kali pelancong keliru dengan percutian di Lombok.

Disangkakan hanyalah sebuah pulau namun mereka silap, Lombok bukan sahaja terdiri daripada percutian pulau, namun merangkumi banyak rupa muka bumi yang cantik seperti gili, tanah tinggi dan kawasan gunung berapi.

Pakej-Percutian-Lombok-Indonesia

  • Lihat Pakej Percutian Lombok
  • Lihat Penginapan Terbaik Lombok
  • Lihat Aktiviti Terbaik di Lombok
  • Lihat Peta Percutian di Lombok

Pin

  • 1 Sejarah Lombok Indonesia
  • 2 Demografi Lombok
  • 3 Geografi Lombok
  • 4 Senarai Pulau Lombok & Gili-Gili Popular
    • 4.1 Barat Laut: Kepulauan Gili Utama
    • 4.2 Barat Daya: Gili-Gili Unik
    • 4.3 Pantai Selatan: Gili Kecil Indah
    • 4.4 Pantai Timur: Gili Memutih
    • 4.5 Timur Laut: Gili-Gili Rahsia
  • 5 Ekonomi & Politik Lombok
  • 6 Pelancongan Lombok
  • 7 Iklim & Cuaca di Lombok
Sebelum anda merancang percutian ke Lombok, ada baiknya anda belajar serba sedikit tentang budaya dan masyarakat yang ada di Lombok.


Sejarah Lombok Indonesia

beach at Gili Trawangan

Berikutan perpecahan kawasan dan kuasa di Lombok, jirannya iaitu Bali mengambil kesempatan menguasai barat Lombok pada abad ketujuh belas awal.

Sementara itu Makassar menyerang timur Lombok dari tanah jajahan mereka di negara jiran Sumbawa.

Belanda telah pertama kali melawat Lombok pada tahun 1674 dan Syarikat Hindia Timur Belanda menandatangani Perjanjian pertamanya dengan Puteri Sasak Lombok.

Orang Bali telah berjaya mengambil alih seluruh pulau pada tahun 1750, tetapi pertikaian Bali mengakibatkan pulau itu terbelah menjadi empat kerajaan bermusuhan Bali.

Damai di Gili

Pada tahun 1838, kerajaan Mataram berjaya membawa pesaing-pesaingnya di bawah kawalan.

Hubungan antara Sasak dan Bali di barat Lombok sebahagian besarnya harmoni dan perkahwinan adalah hal biasa.

Di dalam bahagian timur pulau itu,malangnya, hubungan adalah kurang mesra dan orang Bali mempunyai kawalan penuh dari Kubu Garrisoned.

Sementara desa pemerintah Sasak kekal di lokasi mereka, ketua kampung menjadi lebih daripada seorang pemungut cukai untuk orang Bali.

Penduduk kampung menjadi seperti budak suruhan dan Sasak bangsawan kehilangan banyak pegangan kuasa dan tanah miliknya.


Demografi Lombok

Suasana di Lombok

Penduduk pulau ini adalah 85% Sasak yang mana asal mereka dianggap daripada penghijrahan dari Jawa pada alaf pertama sebelum masihi.

Penduduk lain termasuklah kira-kira 10-15% Bali, dengan baki kecilnya adalah Tiongha-peranakan, Jawa, Arab Sumbawanese dan Indonesia.

Populasi Sasak penuh dengan budaya dan bahasa yang berkait rapat dengan orang Bali, tetapi tidak seperti Bali Hindu, majoriti adalah Muslim dan landskapnya adalah masjid dan menara.

White sandy beaches of South Lombok, Indonesia

Tradisi dan hari cuti berkaitan Islam mempengaruhi aktiviti harian di pulau ini.

Pada tahun 2008, Pulau Lombok mempunyai 866,833 isi rumah dan purata 3.635 orang per isi rumah.

Banci 2010 mencatatkan jumlah penduduk seramai 4,496,855 orang di wilayah NTB, di mana 70.42% tinggal di Lombok, menjadikan populasinya seramai 3,166,685 orang.


Geografi Lombok

Keindahan Lombok & Gili

Selat Lombok terletak di bahagian barat pulau, menjadi satu persempadanan biogeografi antara fauna prolifik bagi eco-zon Indomalaya dan juga Australasia yang berprolifik sama pantai agak berbeza dari segi ekosistemnya.

Perbezaan ini dikenali sebagai “Wallace Line” (atau Wallace’s Line) dan dinamakan sempena nama Alfred Russel Wallace.

Beliau merupakan manusia pertama yang memberi komen berkenaan pembahagian antara dua rantau ini, dan juga perbezaan yang secara tiba-tiba akan kedua-dua biome.

Di bahagian timur Lombok terletaknya Selat Alas, bahagian kecil air yang memisahkan Pulau Lombok dari pulau Sumbawa yang berdekatan di sebelah timur.

Topografi pulau ini didominasikan oleh gunung berapi komposit yang terletak di pusat Gunung Rinjani, gunung berapi kedua tertinggi di Indonesia setinggi 3,726m (12,224 kaki). Letusan terbaru gunung ini adalah pada bulan Mei 2010 di Gunung Barujari.

Lombok, West Nusa Tenggara, Indonesia

Abu dikatakan meliputi kawasan setinggi dua km ke atmosfera daripada kon Barujari dalam tasik kawah Rinjani, Segara Anak.

Lava mengalir memasuki tasik kawah lalu menaikkan suhu dan pada masa sama tanaman di lereng Rinjani musnah akibat abu yang jatuh.

Gunung berapi tersebut, dan tasik kawah, ‘Segara Anak’ (kanak-kanak dari laut), dilindungi oleh Taman Negara Gunung Rinjani yang ditubuhkan pada tahun 1997.

Dataran tinggi Lombok diliputi oleh hutan dan kebanyakannya belum dibangunkan.

Dataran rendah rancak digunakan untuk aktiviti pertanian. Beras, kacang soya, kopi, tembakau, kapas, kayu manis, coklat, bunga cengkih, ubi kayu, jagung, kelapa, kelapa kering, pisang dan vanilla adalah tanaman utama yang ditanam di tanah yang subur di pulau itu.

Bahagian selatan pulau juga subur namun lebih kering, terutamanya mengarah ke arah pantai selatan.


Senarai Pulau Lombok & Gili-Gili Popular

Gili Nanggu, Sekotong Barat, West Lombok Regency, West Nusa Tenggara, Indonesia

Kepulauan Gili adalah sekumpulan 3 pulau kecil – Gili Trawangan, Gili Meno dan Gili Air – di Indonesia, dekat pantai barat laut Pulau Lombok.

Dicirikan oleh pantai-pantai berpasir yang dibengkokkan dengan pokok palma, gili-gili ini terkenal dengan terumbu karang  di luar pesisir.

Di pulau kecil Gili Meno, penyu laut berenang di Turtle Point. Di Gili Trawangan, pulau terbesar, terdapat kapal tenggelam duduk di Wreck Point berhampiran Pantai Mentigi.

Lombok dikelilingi oleh banyak pulau-pulau kecil dan gili, kami senaraikan semua di bawah:

Barat Laut: Kepulauan Gili Utama


Gili Trawangan

Juga dikenali sebagai ‘North Lombok Regency’ gugusan gili-gili ini adalah yang utama dan merupakan tumpuan pelancong kerana dilengkap dengan kemudahan yang hampir lengkap.

Terdapat hotel-hotel, resort-resort dan tempat istirehat yang menyeronokkan serta mendamaikan yang ada disini.

  • Gili Trawangan
  • Gili Meno
  • Gili Air

Barat Daya: Gili-Gili Unik

Gili Nanggu

Sekotong Peninsula, West Lombok Regency adalah membariskan gili-gili dengan keindahan air laut di persisiran yang jernih. Gili-gili di sini bebentuk unik dan menawan.

  • Gili Nanggu
  • Gili Sudak
  • Gili Tangkong
  • Gili Poh
  • Gili Genting
  • Gili Lontar
  • Gili Layar
  • Gili Amben
  • Gili Gede
  • Gili Anyaran
  • Gili Layar
  • Gili Asahan

Pantai Selatan: Gili Kecil Indah

Gili Solet

‘West Lombok Regency’ memperlihatkan anda 3 gili yang menjadi tarikan tersendiri dan merupakan habitat persingahan bagi kebanyakan burung penghijrah. Pantainya sungguh indah.

  • Gili Solet
  • Gili Sarang Burung
  • Gili Kawu

Pantai Timur: Gili Memutih

Gili Indah

‘East Lombok Regency’ pulau membariskan 3 gili yang tersergam indah dengan alam semulajadinya, keadaan di sini sangat tradisional dan sangat mendamaikan.

  • Gili Indah
  • Gili Merengke
  • Gili Belek

Timur Laut: Gili-Gili Rahsia

Gili Lawang

‘East Lombok Regency’ adalah antara rahsia terbesar keindahan alam semulajadi yang ada di Lombok. Kebanyakan gili-gili di sini tidak berpenghuni memandangkan saiznya yang kecil. Sekaligus menjadikkanya terpelihara dan sangat indah.

  • Gili Lawang
  • Gili Sulat
  • Gili Pentangan
  • Gili Bidara (Pasaran)
  • Gili Lampu[10]

Ekonomi & Politik Lombok

Pasar Malam di Lombok

Kebanyakan pelancong dan juga barang-barang yang datang di Selat Lombok ini datang melalui jalan udara dan laut dari Bali.

Kedua-dua pulau ini terpisah hanya 25 batu sahaja. Lombok kebiasaannya digelar sebagai “Bali yang masih belum rosak” atau “adik-beradik pulau Bali.”

Baru-baru ini dengan sokongan kerajaan pusat, Lombok dan Sumbawa sedang dibangunkan sebagai destinasi kedua Indonesia bagi pelancongan domestik dan antarabangsa.

Lombok masih mengekalkan persekitaran semulajadinya, tidak sesak dan tidak terlalu membangun, yang mana menarik pelancong untuk mengalami kenikmatan hidup yang sederhana santai dan peluang untuk meneroka pulau yang keindahan semulajadinya masih lagi terpelihara.

Water buffalo on Selong Belanak beach, Lombok

Lebih banyak lagi kempen yang bersifat kontemporari bagi memasarkan Lombok/ Sumbawa bagi membezakan mereka daripada Bali dan mempromosikan Pulau Lombok sebagai destinasi yang berbeza.

Pembukaan Lapangan Terbang Antarabangsa Lombok yang dibuka pada 1 Oktober 2011 akan membantu dalam usaha ini.

Nusa Tenggara Barat dan Lombok boleh dikatakan tertekan secara ekonomi disebabkan standard Dunia Pertama dan kebanyakan penduduk di sini hidup dalam kemiskinan.

Namun, pulau ini subur, mendapat hujan yang cukup di kebanyakan kawasan untuk aktiviti pertanian, dan kepelbagaian zon iklim.

Oleh itu, makanan dalam kuantiti yang banyak boleh didapatkan dengan harga murah di pasar tani tempatan, namun terdapat juga penduduk yang mengalami kebuluran akibat kemarau dan pertanian sara hidup sahaja.

Gili Trawangan, Gili Indah, Kabupaten Lombok Utara, Nusa Tenggara Barat, Indonesien

Satu keluarga 4 orang dapat makan nasi, sayur-sayuran, dan buah-buahan dengan harga US$0.50.

Walaupun pendapatan keluarga mungkin sekecil US$1.00 per hari dari aktiviti menangkap ikan atau pertanian, banyak keluarga dapat menjalani kehidupan yang produktif dan puas hati dengan jumlah yang sekecil itu.

Walaubagaimanapun, orang-orang di Lombok semakin dilanda tekanan oleh kenaikan harga makanan dan bahan api. Akses perumahan pendidikan dan kesihatan masih lagi sukar bagi kebanyakan penduduk pribumi di pulau ini.

Peratusan penduduk yang hidup dalam kemiskinan di kawasan bandar di Nusa Tenggara Barat seperti yang direkodkan pada tahun 2008 adalah 29.47% dan pada tahun 2009 sebanyak 28.84%.

Bagi mereka yang tinggal di kawasan luar bandar pula, pada tahun 2008 adalah 19.73% dan pada tahun 2009 menurun kepada 18.40%. Apabila digabungkan bandar dan kampung, angka tersebut meliputi 23.81% pada tahun 2008 dan turun kepada 22.78% pada tahun 2009.

D Mataram, pada tahun 2008 peratusan penduduk yang belum berkahwin adalah 40.74%, 52.01% berkahwin, bbercerai 2.51% dan 4.75% adalah janda.


Pelancongan Lombok

lombok

Pelancongan merupakan sumber pendapatan utama di Lombok. Kawasan pelancongan paling membangun di pulau ini adalah di bahagian pantai barat pulau dan berpusat di Segamat.

Kawasan persekitaran perkampungan di situ memiliki kemudahan pelancongan yang paling maju.

Pantai barat ini adalah sepanjang 30 km melalui laluan pantai ke utara dari Mataram dan lapangan terbang lama Ampenan.

Kawasan pelancongan utama meliputi Tanjung di barat laut di kaki Gunung Rinjani termasuklah Sire dan Semenanjung Medana dan kepulauan Gili yang sangat popular.

Ketiga-tiga pulau kecil ini adalah yang sering dimasuki oleh bot dari Bangsal berhampiran Pemenang, Teluk Nare sedikit ke selatan, atau dari jauh ke selatan di pantai Senggigi dan Mangsit.

Sejumlah besar hotel dan resort menawarkan tempat penginapan dari murah kepada mahal.

Gili Trawangan, Gili Indah, North Lombok Regency, West Nusa Tenggara, Indonesia

Baru-baru ini, perkhidmatan bot laju telah dijalankan dari Bali dan membuat sambungan terus ke pulau-pulau Gili. Meskipun karakter cepat berubah, pulau-pulau Gili masih menyediakan kawasan rehat bagi backpacker dan juga resort bertaraf tinggi.

Destinasi lainnya termasuklah Gunung Rinjani, Gili Bidara, Gili Lawang, Taman Narmada dan Taman Mayura juga Kuta (tidak sama dengan Kuta, Bali). Kawasan Kuta juga terkenal dengan keindahan, pantai pasir putih dan nyaman.

Sekotong, terletak di barat daya Lombok, adalah lokasi popular untuk pelbagai aktiviti selaman skuba.

Kawasan melayar di selatan Lombok dianggap antara yang terbaik di dunia termasuklah Desert Point di Banko Banko di barat daya pulau itu.

Pantai barat utara berdekatan tanjung emiliki banyak hotel-hotel baru dan vila-vila yang berpusat mengarah ke Sire dan semenanjung Medana berkedatan kepualau Gili dan juga marina untuk bot di teluk Medana.

Pembangunan-pembangunan baru ini melengkapkan taraf 5 bintang kepada pusat-pusat peranginan yang sedia ada dan juga padang golf besar yang telah didirikan di sana.


Iklim & Cuaca di Lombok

Malam yang nyaman

Lombok tidak memiliki iklim yang jelas. kebiasaannya hari-hari biasa adalah cerah dengan PA suhu purata 28 darjah.

Daripada Januari ke April, dapat dilihat monsun barat laun meningkatkan jumlah hujan tidak lebih daripada 3 jam maksimum sehari dan hujan sekali lagi apda malamnya.

Boleh dikatakan bahawa ianya adalah destinasi pelancongan sepanjang tahun.

Bersambung…

Tags: ibukota lombokpulau lombok indonesia
Promosi Diskaun Promosi Diskaun Promosi Diskaun
Hadi Ghazali

Hadi Ghazali

Meminati dunia pelancongan sejak kecil lagi. Seorang konsultan pelancongan berpengalaman, Follow Hadi di Facebook. Ketahui selanjutnya tentang kami. Dapatkan pakej percutian di Melancong.my. Sertai Group Saya Kaki Melancong!

Artikel+ Bersambung

tempat-menarik-di-lombok
Pakej Lombok

50 Aktiviti & Tempat Menarik di Lombok Yang Popular Untuk Anda Melancong Kali Ini

  Apakah tempat-tempat menarik di Lombok? Dalam artikel ini, kami menyampaikan anda maklumat terperinci tentang percutian Lombok dan disediakan dalam 2 bahagian....

Oleh: Hadi Ghazali
24 Mei, 2023
28.8k
masakan-lombok
Pakej Lombok

Masakan Lombok: 5 Paling Sedap Yang Anda Harus Cuba

  Ingin mencuba masakan lombok yang sedap dan popular? Jika anda bercuti ke Lombok jangan lepaskan peluang mencuba makanan di...

Oleh: Hadi Ghazali
24 Mei, 2023
9k
Selanjutnya
4 1 vote
Penilaian Artikel
Langgan
Maklumkan saya
guest
guest
0 Komen
Inline Feedbacks
View all comments
Offer Limited Offer Limited Offer Limited
IKLAN / ADVERTISEMENT

LANGGAN PROMOSI

Tempat Menarik di Batu Pahat
Pakej Johor

10 Aktiviti & Tempat Menarik di Batu Pahat Johor [PALING POPULAR]

Oleh: Hadi Ghazali
13 Februari, 2023
0
20.2k

  Tahukah anda di Batu Pahat, terdapat taman tema, tempat yang indah, seni bina yang menarik, banyak alam semula jadi...

Baca Selanjutnya
10 Aktiviti & Tempat Menarik di Desaru 1

10 Aktiviti & Tempat Menarik di Desaru

20 September, 2022
11.8k
aktiviti-menarik-di-bangkok

7 Aktiviti Menarik Yang Anda Boleh Lakukan Di Bangkok [POPULAR]

12 Mac, 2023
22.6k
masakan-lombok

Masakan Lombok: 5 Paling Sedap Yang Anda Harus Cuba

24 Mei, 2023
9k
Pemandangan-matahari terbit di balik pulau

10 Tempat Menarik di Krabi Thailand Paling Terbaik & Rare [POPULAR]

10 Mac, 2023
22.6k
Selanjutnya
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
hotel promo hotel promo hotel promo
  • Langgan
  • Tentang Kami
  • Polisi
  • Terma dan Syarat
  • Hubungi Kami

© 2023 Melancong.my - Powered by Hasrul & Co.

Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Indonesia
  • Singapore
  • Thailand
  • Vietnam
  • Cambodia
  • China
  • Korea
  • Jepun
  • Australia
  • India
  • Turki
  • Balkan
  • Uzbekistan
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami

© 2023 Melancong.my - Powered by Hasrul & Co.

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
wpDiscuz
0
0
Ingin sertai perbincangan? Sila komen.x
()
x
| Balas