Apakah tempat-tempat menarik di Lombok? Dalam artikel ini, kami menyampaikan anda maklumat terperinci tentang percutian Lombok dan disediakan dalam 2 bahagian.
Anda akan dapat mengetahui semua perkara yang menarik yang ada di Lombok ini.
Dalam artikel ini juga kami akan senaraikan dengan lebih lanjut mengikut geografinya yang begitu asing dan indah.
- Lihat Pakej Percutian Lombok
- Lihat Penginapan Terbaik Lombok
- Lihat Aktiviti Terbaik di Lombok
- Lihat Peta Percutian di Lombok
Pin
Kami akan kupaskan lebih mendalam tentang keindahan dan keunikan yang ada dengan percutian ke Lombok ini. Bersedialah untuk meneroka rahsia keindahan lombok, Indonesia.
Barat Lombok: Sejarah Lama

Pura Lingsar, merupakan sebuah tempat menarik di Lombok yang dianggap suci, bukan saja bagi masyarakat Hindu di Lombok, malahan juga kepada masyarakat muslim tempatan juga kepada para penganut Wektu Telu.
Dibina kira-kira tahun 1714, Pura Lingsar pada asalnya adalah berdasarkan kepercayaan animisme ketika itu, dan sebilangan patung animisme asal masih kekal hingga ke hari ini.
Kuil ini memiliki dua tempat keramat dan merupakan satu-satunya tempat di Lombok di mana semua agama – Hindu, Buddha, Kristian dan Islam ortodok – datang bersama untuk mendoakan kemakmuran, kesuburan, hujan, kesihatan dan kejayaan.
Kuil ini secara tradisinya dikaitkan dengan kesuburan, pengairan dan beras.

Perang Topat merupakan festival tahunan yang dianjurkan di Lingsar dan menampilkan ritual-ritual perang bersama kek beras, yang mana juga menawarkan korban kepada para tuhan (mengikut kepercayaan mereka).
Lingsar memiliki kolam air bawah tanah di dalam kawasan kuil tersebut dan merupakan habitat kepada belut-belut air tawar yang besar.
Berkunjung ke sini, anda adalah dialu-alukan untuk menyertai seorang sami kuil yang akan memberi belut-belut ini makan telur rebus, yang dibeli di gerai berdekatan.
Kawasan ini dibuka pada siang hari. Kebenaran masuk dan memberi makan kepada belut adalah secara derma.

Pura Narmada (atau Kuil Narmada), kira-kira 10 km di timur Cakranegara dalam Narmada, telah dibina sekitar 1805 sebagai replika kepada Gunung Rinjani dan Segara Anak, tasik yang terletak di kawasan kawah Rinjani.
Kebun-kebun di Narmada sangat cantik terpelihara dan dikelilingi oleh kolam-kolam dan tasik.
Di sini anda akan dapat melihat persembahan Gandrung, Gendang Belek dan tarian tradisional yang lain pada hari-hari istimewa.
Sebilangan kolam-kolam di Narmada menawarkan aktiviti berenang dan agak popular di kalangan masyarakat tempatan.

Pura Suranadi, sebuah kompleks kepada tiga buah kuil terletak beberapa kilometer di utara Narmada dalam Suranadi, merupakan kuil Bali yang tertua dan paling suci di Lombok, diterajui oleh paderi sami jawa pada kurun ke-16, Danghyang Nirartha (mengikut kepercayaan mereka).
Air sungai bawah tanah membuak naik ke dalam tempat mandian yang disediakan, yang pernah digunakan untuk mandian ritual.
Bagi masyarakat tempatan, Suranadi dianggap sebagai tempat untuk mendapatkan air suci sesuai bagi upacara pengebumian Hindu.
Belut-belut suci besar tinggal di dalam kolam-kolam dan sungai-sungai kecil di sini, dan kadang-kala boleh dipujuk keluar dengan menawarkan telur rebus (dibeli di gerai berhampiran).
Belut-belut ini dikatakan sebagai suci dan adalah tabu untuk memakan mereka atau mencemarkan air mereka, ini adalah menurut kepercayaan mereka.
Timur Lombok: Perkembangan Islam

Masbagik, berdekatan dengan Pringgasela, merupakan sebuah perkampungan tembikar yang anda harus kunjugi.
Digalakkan untuk anda bersiar-siar di sekitar sini, dan melihat bagaimana tembikar dihasilkan di laman kecil di belakang rumah-rumah yang ada di sini dan membeli barang-barang yang ada pada harga murah.
Ramai penduduk di sana adalah orang islam dan merupakan sebahagian besar penduduk yang ada di Lombok. Perekembangan islam telah lama bertapak di sini semenjak abad ke-14 lagi.
Perkembangan islam di Lombok adalah melalui perdagangan, perkahwinan, seni kesusateraan dan pelbagai lagi. Dipercayai melalui penyebaran islam pedagang-pedangang muslim yang berlayar sepanjang pantai utara pulau Jawa hingga ke Maluku dab singgah di persisiran timur Pulau Lombok.
Pusat Lombok (Tengah): Alam Semulajadi

Pringgasela yang terletak di pusat Lombok amat mudah untuk dicapai dari jalan utama menunju ke timur, bertentangan dengan pulau itu.
Perlepasan yang ada di Lenek menghala ke sebuah perkampungan kecil di mana budaya tradisinya masih mendalam dan merupakan pusat utama menenun kain ikat.
Melawatlah ke rumah-rumah kecil dan kedai-kedai di sini untuk membeli fabrik beraneka warna yang ditenun secara tradisional di sini.

Tetebatu, yang terletak di cerun selatan Gunung Rinjani, merupakan lokasi persinggahan gunung yang sejuk, dengan pemandangan teresan padi, hutan-hutan dan juga padang-padang menghijau akan tanam-tanaman dan tembakau di atas persekitaran cerun Tetebatu.
Kawasan ini agak basah dan berkabus semasa musim hujan, sejuk dan subur semasa kering, dan merupakan tempat yang indah untuk berjalan atau lawatan sehari dengan makan tengahari di restoran berdekatan atau lesehan.

Jeruk Manis merupakan air terjun indah yang terletak di utara Tetebatu, dan boleh dicapai kira-kira satu jam perjalanan melalui hutan yang penuh dengan kawanan monyet.
Disarankan untuk menggunakan khidmat pemandu pelancong tempatan untuk aktiviti ini.

Benang Stokel terletak di dalam kampung Aik Berik di Pusat Lombok, kira-kira 27 km timur Mataram dan kurang daripada sejam jika memandu dari ibu negeri.
Ini adalah salah satu tempat menarik di Lombok yang indah dengan alam semulajadi.
Kawasan ini mempersembahkan dua buah air terjun yang gemilang dan terpisah iaitu – Benang Stokel dan Benang Kelambu – dengan kedua-duanya terletak berdekatan sahaja.
Benang Stokel merupakan yang pertama antara dua air terjun itu yang mudah dikunjungi dengan perjalanan pendek dari kawasan meletak kereta di pintu masuk kawasan simpan negeri ini.
Terdapat sedikit bayaran masuk ke sini, yang mana digunakan untuk membantu menjaga kawasan taman dan kemudahan perkhemahan berdekatan.
Di sini terdapat juga gerai-gerai kecil menjual makanan ringan dan minuman, juga budak-budak muda yang mesra yang bekerja sebagai pemandu pelancong tak rasmi dan akan membawa beg anda atau bakul piknik anda.

Benang Stokel menampilkan dua buah air terjun yang jatuh dari jurang berketinggian 30 m yang diliputi oleh lumut-lumut dan tumbuh-tumbuhan hutan.
Air terjun di sebelah kiri adalah yang paling tinggi antara kedua-duanya dan lebih deras jatuhannya. Jatuhan air terjun yang terletak di sebelah kanan menyimbah kedalam kolam berbatu di bawahnya.
Masyarakat tempatan telah berkunjung ke air-air terjun ini untuk berabad lamanya bagi menyegarkan diri mereka di dalam atmosfera yang sejuk dan tenang dan juga untuk berdiri di bawah air yang terjun, yang dipercayai memiliki keupayaan mengubati.
Benang Stokel kini terbuka sebagai laluan trekking alternatif untuk mereka yang ingin mendaki gunung berapi yang terkenal di Lombok, Gunung Rinjani.
Trekking melalui hutan tebal, mendaki sehingga pinggiran kawah mengambil masa antara 6 dan 8 jam dan menawarkan banyak keistimewaan, dengan air terjun Tiara Dewi Anjani yang terkenal menjadi salah satu tumpuan utama, dan juga kemungkinan melihat kawanan rusa.
Kawasan ini juga merupakan habitat kepada monyet Ebony Leaf hitam yang jarang ditemui, orkid, rama-rama, orkid vanila, koko dan pokok-pokok kopi.

Laluan ini telah digunakan selama berabad-abad oleh pemburu dan penduduk tempatan, dan sesuai untuk para pendaki mencari sudut yang sama sekali berbeza daripada pendekatan biasa untuk mendaki Gunung Rinjani.
Setelah berehat sebentar di salah satu berugaks dan merasa sedikit kesejukan di dalam sungai yang ada, adalah mudah untuk meneruskan perjalanan ke set air terjun yang seterusnya, sekitar 30 hingga 40 minit perjalanan.
Sebuah trek kecil akan membawa anda kepada lencongan melalui hutan tersebut, berpusing melalui hutan hujan yang menghijau akan bukit-bukit disekitarnya.
Meskipun perjalanan ini boleh menjadi sedikit sukar, laluan ini adalah selamat dan boleh dijejaki oleh kebanyakan orang.
Ini adalah tempat menarik di Lombok dengan pemandangan Benang Kelambu di akhir perjalanan adalah amat berbaloi dengan setiap minit usaha yang anda laburkan.
Kelambu sebenarnya merujuk kepada ‘jaring’ dalam bahasa tempatan Sasak dan ianya merujuk kepada air-air terjun yang ada, yang mana tersebar keluar ke seluruh lereng bukit seperti sehelai langsir atau jala.

Terdapat kira-kira lima air terjun berbeza, masing-masih terjun seperti tudung melalui paku pakis subur dan akar-akar hutan yang meliputi meter lereng bukit yang tinggi.
Di bahagian bawah air terjun ini, air tersebut memercik di atas batu dan mengalir dalam sungai yang cantik menuruni bukit ke sungai yang berada di bawah.
la adalah tempat untuk berehat, mendaki batu dan duduk di bawah air terjun yang dingin, membiarkan air memercik perlahan-lahan ke atas diri anda dan membasuh pergi tekanan yang terasa.
Jangan lupa untuk membawa makanan berkelah untuk dinikmati di bawah redupan dan menikmati beberapa jam minum di dalam keadaan nyaman di sebalik kecantikan tempat yang indah ini.
Kedua-dua air terjun boleh menjadi agak sesak pada hari Ahad dan cuti-cuti umum, kerana kedua-duanya adalah destinasi berkelah yang terkenal bagi masyarakat tempatan, namun di hari lain sepanjang minggu, kawasan ini agak nyaman dan mempesona untuk dilawati.
Selatan Lombok: Kesenian & Kebudayaan

Sukarara terletak 5 km di sebelah barat Praya, menuju ke selatan menghala ke arah Kuta.
Ini merupakan kampung tenunan di mana ikat dan pakaian tradisional yang berkualiti dipamerkan dan dijual.
Para penenun bekerja di luar kebanyakan kedai-kedai yang ada, menggunakan ‘alat tenun lama’ yang antik untuk bersusah-payah menghasilkan karya-karya seni mereka. Ini juga adalah tempat menarik di Lombok untuk anda cuba belajar menenun kain secara tradisional.
Sebahagian daripada produk yang lebih besar boleh mengambil masa beberapa bulan untuk ditenun, dan para pengumpul dari serata dunia melawat kampung ini untuk membeli selimut, kain sarung dan pakaian yang dihasilkan di sini.

Rembitan dan Sade 2, bertempat di jalan utama sebelum Kuta, merupakan dua buah perkampungan tradisional Sasak yang terletak di antara tepi jalan dan sawah-sawah padi.
Terdapat lumbung asli Kuta (rumah-rumah tradisional) di sini dan perkampungan ini dipaparkan dalam sebatian gaya lama.
Kuta, yang terletak di pantai selatan, terkenal dengan pantainya dan kawasan meluncur yang menarik.

Terdapat pelbagai jenis tempat penginapan dan restoran di kawasan ini, termasuk Novotel Coralia Resort yang memiliki seni bina yang menakjubkan dan mewah, yang terletak di salah satu pantai yang paling indah di kawasan ini.
Kuta amat terkenal kepada para pelayar juga kepada mereka-mereka yang suka bercuti dengan adanya elemen matahari dan laut.
Terletak kira-kira 45 km (28 batu) di selatan Cakranegara, atau sejam setengah memandu dari Senggigi, Kuta memiliki pantai pasir putih yang indah dan menjadi lokasi yang sesuai untuk menerokai pantai selatan yang menarik ini.
Selatan Barat Lombok: Gili-Gili
Terapung di perairan biru berkilauan di luar pantai barat daya, wujudnya tiga belas buah pulau-pulau kecil yang dikenali sebagai Gili-Gili Barat Daya (Southwest Gilis). Ini adalah tempat menarik di Lombok yang menjadi rahsia pelancong dari luar.
Tidak seperti pulau-pulau Gili terkenal yang terletak di barat laut Lombok, Gili-Gili Barat Daya ini sebahagian besarnya tidak berpenghuni dan masih belum diterokai oleh kebanyakan pelancong dengan itu memberikan ia panggilan “Pulau-pulau Rahsia”.
Kawasan Sekotong yang indah ini bermula di selatan Lembar Harbour dan mempamerkan pantai yang indah dan teluk berlatar belakangkan bukit-bukau hijau.
Pemanduan ke bawah pantai barat daya merupakan satu perjalanan yang menyeronokkan, di mana anda dapat meliang-liuk melalui kampung-kampung di sepanjang perjalanan.

Di mana sebahagian besar cara hidup masyarakatnya masih tidak disentuh oleh arus kemodenan aktiviti pelancongan dan orang-orang kampung masih terlibat dalam aktiviti-aktiviti seharian mereka.
Iaitu seperti pertanian, penternakan ikan, menaiki bot dan memancing, membuat batu-bata dan lain-lain lagi aktiviti masa lapang tradisional.
Di tepi-tepi jalan, anda akan melihat para peniaga menjual ikan-ikan yang baru ditangkap, tukang menjemur batu-bata di bawah terik matahari, petani bekerja di ladang.
Kadang-kadang mereka membawa kerbau besar membajak sawah menggunakan bajak kayu primitif, menyediakan kawasan untuk penanaman.
Kampung Taun (atau Tawun) yang aman ini terletak di sebuah kawasan teluk luas yang tenang di Sekotong.
Lautannya biru berkilauan dan pasir putih terbentang mempesona menyelimuti sekitar teluk. Bukit-bukau di belakangnya pula membentuk latar belakang sempurna bagi tetapan indah ini.

Berjarak sedikit sahaja di luar teluk ini adalah tiga buah pulau-pulau indah iaitu Gili Nanggu, Gili Tangkong dan Gili Sudat (dari pulau kecil Gili Kedis) – yang mana kesemuanya mudah diakses oleh bot-bot katir tempatan.
Papan tanda kecil yang berdekatan akan membawa anda ke kawasan menyewa bot setempat, di mana anda boleh menguruskan perjalanan bot ke Gili Nanggu dan pulau-pulau yang lain.
Salah satu juga tempat menarik di Lombok ialah Gili Nanggu. Gili Nanggu menyediakan kawasan penginapan kepada pengunjung dengan Gili Nanggu Cottages menyediakan kotej ringkas di pantai dan restoran, serta bilik-bilik deluxe di kawasan belakang dari pantai.
Pulau ini kecil dan pantainya memiliki pasir putih halus dan terumbu karang yang agak cantik di luar pesisirnya, sesuai untuk aktiviti snorkel.
Terdapat juga tempat penginapan yang ringkas di Gili Sudat (pulau yang paling dekat dengan tanah besar).
Kembali ke jalan utama dan sedikit jauh ke selatan adalah selekoh keluar ke Cocotinos Boutique Beach Resort, yang terletak di pantai terpencil di Tanjung Empat.
Dengan 28 buah bilik, termasuk vila-vila tepi pantai beserta kolam renang peribadi, Cocotinos adalah satu-satunya penginapan mewah yang terdapat di tanah besar.
Cocotinos yang terletak di Sekotong merupakan usaha kedua bagi Odyssea Asia, dengan resort menyelam pertama mereka sudah begitu berjaya di Manado, Sulawesi.
Kursus skuba dan selaman yang dikendalikan oleh Odyssea Divers boleh didapatkan dari resort, bersama-sama dengan aktiviti snorkel, bot dan sukan-sukan laut yang lain.

Berhadapan dengan resort ini adalah pantai putih berpasir yang bersih, menjangkau lebih 300m, yang mana sebahgiannya merupakan teluk swasta dan kemudahan-kemudahan yang ada termasuklah kolam renang depan pantai sepanjang 17m.
Sebuah restoran menghadap ke teluk, Laleina Spa di kawasan dermaga, jeti bot dan kemudahan menyelam serta berperahu.
Sedikit jauh ke selatan adalah Sundancer Resort, dengan bumbungnya yang berwarna biru yang tersendiri, terletak di lereng bukit menghadap ke satu lagi pantai pasir putih.
Pembangunan hotel ini telah dimulakan beberapa tahun yang lalu dan masih lagi dalam pembinaan.
Di seberang jalan dari Sundancer ini pula, di depan pantai, adalah Dive Zone – kemudahan menyelam yang diuruskan dengan agak baik dan, pakar-pakar menyelam di kawasan pulau-pulau barat daya, telah mempelopori pembangunan tempat menyelam di sini yang mana sebelumnya tidak dikenali.
Dive Zone menawarkan aktiviti menyelam di sekitar Sekotong dan pulau-pulau, dan juga di tiga lokasi di Selatan Lombok – termasuk selaman mencabar bertaraf dunia di luar tenggara Lombok.

Jauh sedikit ke selatan, sebelum kompleks kultur laut (Balai Budaya Laut), terdapat jalan tanah kecil yang membawa kepada laluan ke semenanjung pasir putih yang begitu menonjol ke dalam air jernih yang indah di situ.
Lakukan pemanduan sehingga ke penghujung bagi melihat pemandangan dari jarak dekat dan luar biasa akan Gili Genting.
Gili Genting terletak tidak jauh dari hujung semenanjung dan semasa air surut, anda boleh berjalan di beting pasir dan meneroka pulau yang tidak berpenghuni ini.
Batu-batuan gunung berapi dan batu yang diukir dari aliran pasang surut berabad lama telah menghasilkan gua-gua kecil dan alcoves, menyediakan tempat berteduh untuk aktiviti berkelah dan ceruk-meruk yang menarik untuk diterokai.
Jauh lagi ke selatan dan anda akan tiba ke satu-satunya stesen minyak di sepanjang pantai selatan di Tembowong Village.
Berdekatan sini adalah tapak untuk mendapatkan bot-bot untuk ke Gili Gede. Adalah mudah untuk pergi ke Gili Gede ini dengan menaiki bot dari Kampung Tembowong dan hanya beberapa minit sahaja merentasi air.

Paling besar antara pulau-pulau di sini, Gili Gede sewajarnya bermaksud ‘Pulau Besar’. Pulau yang terletak cuma di luar pesisir ini dan begitu besar pula kadang-kadang mengelirukan pengunjung dan menganggap ia sebahagian dari tanah besar.
Gili Gede merupakan salah satu daripada pulau-pulau di sini yang menawarkan tempat penginapan, termasuklah resort Ko-Ko-Mo Gili Gede Resort, yang mana dibuka pada Februari 2016. Ini adalah tempat menarik di Lombok yang wajib anda kunjungi.
Ko-Ko-Mo Gili Gede merupakan adik-beradik kepada resort Ko-Ko-Mo Resort di Gili Trawangan dan ianya merupakan resort sepenuhnya-vila yang bergaya.
Terdiri daripada lima belas buah vila 1 dan 2 bilik tidur dengan kolam renang peribadi, dan Villa Kecil yang memiliki sebuah bilik tidur, tersebar di kawasan yang luas di tepi pantai yang bersih di sini.
Semua kemudahan moden seperti penyaman udara dan kipas siling, televisyen skrin rata dengan saluran satelit dan DVD, WiFi, air panas segar (bukan air masin), dan sumber kuasa yang banyak untuk mengecas gadget dan banyak lagi dibekalkan di setiap vila-vila ini.
Kemudahan-kemudahan di resort ini termasuklah gelanggang tenis, gimnasium kecil, kolam renang resort dan kemudahan Spa yang dibina khas juga restoran tepi pantai.
Para tetamu di restoran boleh menikmati makanan mewah dengan menu yang disediakan daripada sumber makanan segar tempatan, daging import dari Australia serta roti dan barangan bakeri yang dihasilkan di sini.

Ko-Ko-Mo memiliki jeti yang dibina di hadapan resort dan mengendalikan perkhidmatan bot laju mereka sendiri di bawah mantel “Gili Gateway” antara Bali, Gili T dan Gili Gede… menjadikan Gili Gede mudah untuk diakses, walaupun untuk lawatan selama sehari.
Pilihan lain untuk penginapan yang ringkas di Gili Gede termasuklah Secret Island Resort di selatan, Via Vacare di barat laut dan Yut Inn juga Madak Belo di sebelah timur.
Setiap satunya menyediakan makanan dan boleh menguruskan untuk anda perjalanan bot, aktiviti melompat pulau dan snorkel di pulau-pulau sekitar.
Gili Gede adalah cukup besar untuk menyediakan pelbagai aktiviti mendaki ke bukit-bukit di tengah-tengahnya bagi mendapatkan pemandangan hebat ke pulau-pulau berseberangan.
Meneroka pantai pantai terbiar dan teluk-teluk tersembunyi, juga bertemu dengan penduduk pulau ini, yang mana sangat ramah dan masih belum terusik oleh aktiviti pelancongan.
Hal ini menjadikan ianya tempat menarik di Lombok yang harus dikunjungi.

Di sebelah selatan Gili Gede, pulau-pulau Gili Ringgit, Layar dan Asahan berbaris seperti khazanah rahsia laut yang tenang.
Bounty Cruises, sebuah syarikat yang berpangkalan di Bali, memiliki sebidang tanah yang besar di Gili Ringgit dan telah membina sebuah tambatan bot dan dermaga di pulau ini.
Terdapat kawasan snorkel yang baik sekali di sebelah barat Gili Layar, dan ianya boleh diakses dengan bot.
Di sini, anda boleh menemui taman-taman besar batu karang keras dan lembut terlentang di bawah permukaan dan terumbu karang yang terbentang sepanjang kebanyakan pantai di pulau ini.
Di sebelah lain pulau ini adalah di mana letaknya jeti tadi, dengan pasir pantai indah menjadi gandingannya.

la merupakan kawasan kegemaran bagi tetamu dari pulau-pulau berdekatan dan Dive Zone selalu membawa para penyelam ke pulau itu untuk berehat di antara selaman, kerana pemandangan dan juga pantai di sini adalah sangat indah.
Adalah mudah untuk anda ber snorkel di pesisir pantai di sini, di utara dermaga dan meskipun terumbu karang di sini tidak sebesar di pulau-pulau yang lain, masih banyak lagi untuk dilihat di sini.
Tapak sulaiman biru terang menggantungkan diri mereka di seluruh tompok karang, dan ikan Moorish Idol hitam memecut diri mereka di dalam air. Tempat menarik di Lombok ini pasti anda tidak ingin abaikan apabila melihat keindahan dasar laut mengagumkan.
Kawanan beratus-ratus ikan kecil berwarna-warni berenang lalu dan sotong yang berbentuk pelik hanyut di dalam kawasan-kawasan yang lebih dalam.
Pelancong yang menyertai lawatan bersama Dive Zone biasanya menggambarkan pengalaman menyelam di sekitar barat daya sebagai yang terbaik pernah mereka alami dan tempat menarik di Lombok yang harus dikunjungi.
Ramai yang kagum dengan keadaan asli dan kawanan besar penyu-penyu yang dilihat berhampiran Gili Layar – pulau yang terletak di antara Gili Ringgit dan Gili Asuhan ini.
Terdapat penginapan di Layar Beach Bungalows dan meskipun banglo ini ringkas, ianya selesa dan bersih serta lokasinya yang betul-betul di atas pantai adalah hebat sekali.
Terdapat juga restoran di sini menghidangkan jus segar dan makanan lazat. Sedikit jauh ke selatan, Gili Asahan yang cantik menarik pengunjung dengan pantai berpasir putih yang sunyi, air tenang yang jernih dan pohon kelapa bergoyang.
Kedua-dua Gili Asahan Eco Lodge dan Pearl Beach Resort menawarkan penginapan yang selesa di banglo yang menarik dan masing-masing mempunyai restoran, memberikan pilihan tempat makan yang baik di pulau itu.

Meninggalkan Gili Asahan dan kembali ke tanah besar, teruskan perjalanan anda ke selatan di jalan pantai sehingga tiba ke persimpangan utama.
Sebuah papan tanda di sebelah kiri membawa kepada sebuah teluk besar yang menakjubkan di Mekaki.
Jalan ke kanan pula membawa kepada Labuhan Poh dan Pelangan, tapak kepada Bola Bola Paradis. Ini merupakan sebuah hotel kecil, betul-betul terletak di tepi pantai, dengan bilik yang selesa dan bersih pada harga yang berpatutan.
Hotel ini juga menganjurkan lawatan bersnorkel dan adalah tempat yang sesuai untuk mereka yang meluncur di Bangko-Bangko.
Terdapat rumah penginapan dan penginapan peribadi kecil tersedia di sepanjang jalan ke Bangko-Bangko yang dikenali sebagai Desert Point dan syurga pelayaran bagi mereka yang tahu – terletak di hujung jauh barat daya Lombok.
Teluk berpasir putih yang luas ini dipenuhi dengan pondok nelayan dan menarik beratus-ratus peluncur setiap tahun dari sejauh Hawaii dan Brazil untuk mencabar ombak besar Desert Point, sekadar luar pesisir saja.

Meskipun jalannya tak berapa elok selepas Labuhan Poh, ia masih boleh dilalui bagi kebanyakan kenderaan di musim kemarau.
Semasa musim meluncur air, dari pertengahan Mei hingga september dan sekali lagi pada bulan Disember, pantai ini meriah dengan para peluncur, namun jika tidak, ia adalah kawasan yang terpencil dan aman.
Bali dapat dilihat dengan jelas dari sini, dengan Pulau Nusa Penida cuma kira-kira sejam pelayaran.
Pemanduan ke ke sini dipenuhi dengan pemandangan masyarakat desa dan kampung-kampung kecil, menjadikan ia perjalanan yang berbaloi walaupun untuk yang bukan peluncur.
Jelas destinasi ini adalah salah satu tempat menarik di Lombok yang boleh anda terokai.
Terdapat penginapan asas peluncur di kawasan itu dan perancangan untuk pembangunan di masa akan datang.
Jika anda berhasrat menerokai dunia di dalam air di Barat Daya Gili, bolehlah menyertai pengembaraan menyelam samada bersama Dive Zone di Sekotong atau Odyssea Divers di Cocotinos.

Tapak-tapak menyelam ini mencerminkan apa sebenarnya aktiviti menyelam Indonesia boleh tawarkan kepada para penyelam.
Menyelamlah dan pesonakan diri anda dengan penyu, jerung terumbu muncung putih, sotong, belut moray dan pelbagai jenis hidupan laut yang lain.
Terumbunya dipenuhi dengan terumbu karang berwarna warni, yang menjadi habitat kepada pelbagai hidupan laut yang menakjubkan termasuk ikan hantu paip, ikan daun, kuda laut pigmi dan banyak lagi.
Bagi yang bukan penyelam, pulau-pulau di sini adalah menyeronokkan untuk aktiviti snorkel – terumbu karang yang banyak menanti untuk diterokai, penuh dengan beribu-ribu ikan tropika yang berwarna terang, tapak sulaiman biru yang besar dan penyu ajaib perlahan-lahan meluncur di dalam air.
Adalah mudah untuk membayangkan hotel dan resort muncul di semua pantai dan pulau-pulau ini, namun buat masa sekarang, Barat Daya masih belum terusik dan Gilis kekal sebagai pulau-pulau rahsia…indah, bersih dan unik, dan hanya diketahui oleh beberapa orang yang bertuah sahaja.
Utara Lombok: Pergunungan

Ini adalah tempat menarik di Lombok yang menghijau dan anda akan seperti berada di dunia asing. Pusuk Pass merupakan jalan gunung yang mana bermula dalam Gunungsari dan berjalan melalui gunung pedalaman, ke Pemenang di utara.
Pemanduan menaiki pass ini menawarkan pemandangan indah lembah dan gaung, dengan sungai-sungai mengalir melalui hutan tropika dan kampung-kampung kecil yang bertompok-tompok di sebalik pepohon pokok.
Keluarga monyet-monyet kelabu yang tinggal di dalam hutan di sini kerap turun ke jalan raya untuk meminta makanan daripada pemandu kenderaan yang lalu di sini.

Pantai Sira terletak jauh ke utara melepasi Tanjung, di mana sebuah jalan kecil bertanda, mencabang dari jalan utama dan membawa kepada sebuah pantai berpasir putih yang indah sesuai untuk aktiviti snorkel dan melihat terumbu karang di luar pesisir.
Terdapat pemandangan menarik di seberang ke Gili dan Bali. Ini juga merupakan tapak kepada Kosaido Golf Course: sebuah padang golf bertaraf dunia dengan 18 lubang yang menawarkan pemandangan menakjubkan dari hijau-hijauan yang dijaga rapi di sini.
Air-air terjun Sendeng Gila di Senaru adalah antara kawasan menakjubkan di Lombok, walaupun setelah mendaki 200 lebih anak tangga menegak untuk turun dan berdiri di bawah mereka.

Air ini melata dalam terjunan curam ke bawah lereng bukit ke dalam sungai berbatu di bawah. Ia agak popular bagi penduduk tempatan dan pelancong yang melawat Taman Negara Gunung Rinjani.
Pemandu pelancong boleh diupah dari restoran berhampiran tempat letak kereta bagi perjalanan pendek melalui hutan untuk berjalan ke air terjun Tiu Kelep berdekatan, di mana air mengalir ke dalam kolam di tapaknya, sesuai untuk berenang.
Anda boleh melakukan aktiviti memanjat batu-batuan ke gua tersembunyi di sebalik air terjun dan menurut lagenda disini, dikatakan di mana bagi setiap kali berlalu di belakang air terjun, anda akan menurunkan setahun usia anda. Yuran masuk: Rp 2000. Pemandu pelancong: Sekitar Rp 2000.
Tempat Menarik Di Lombok: Gunung Rinjani
Senaru merupakan titik permulaan yang biasa apabila seseorang bercadang untuk mendaki gunung berapi terkenal lombok, Gunung Rinjani ini. Namun demikian, antara pilihan lain yang sedikit pendek ke puncak adalah Sembalun Lawang dan Sembalun Bumbung di arah timur laut.
Untuk ini adalah salah satu tempat menarik di Lombok yang mendapat pengikitrafan pelancongan dari serata pelosok dunia dan telah memperolehi anugerah antarabangsa.
Rinjani memuncak setinggi 3726 m dari atas paras laut dan merupakan gunung berapi kedua tertinggi di Indonesia, menarik ribuan pengembara dan pendaki setiap tahun.
Kawah besar yang berdekatan dengan puncak memiliki tasik yang indah, Danau Segera Anak (Anak kepada Tasik Laut) dan sebuah kon gunung berapi kecil, Gunung Baru Jari, yang mana terbentuk beberapa ratus tahun dahulu.
Terdapat beberapa buah gua, air-air terjun dan kolam air panas terletak di sekitar gunung berapi ini.
Pada tahun 2004, Rinjani memenangi World Legacy Award (Anugerah Legasi Dunia) dan gunung berapi tersebut diiktiraf di peringkat antarabangsa sebagai destinasi eko-pelancongan yang penting.
Rinjani Trek, yang dibiayai oleh kerajaan New Zealand, telah menubuhkan sebuah siri program mendaki gunung berapi dan untuk trekking di Taman Negara, yang melibatkan masyarakat dan pemandu pelancong tempatan, dan memastikan pengurusan dan keselamatan lebih baik.
Anda boleh membuat pertanyaan di pejabat untuk sebarang butiran.
Sembalun Bumbung terletak di dalam lembah tinggi yang sejuk di lereng utara Gunung Rinjani, bersama-sama dengan kampung jiran Sembalun Lawang.
Kawasan ini dikelilingi oleh sawah dan lembah subur, dan terkenal dengan pelbagai jenis sayur-sayuran dalam iklim lebih sejuk.
Kedua-dua buah kampung merupakan alternatif kepada Senaru bagi mendaki Gunung Rinjani dan terdapat beberapa tempat yang menganjurkan trek pendakian di rantau ini, juga sebilangan kecil rumah penginapan.
Aktiviti-aktiviti yang ada di sini termasuklah berjalan kaki, menunggang basikal, menunggang kuda dan berkayak di Gili T, yoga, urutan dan rawatan kecantikan, perjalanan bot lantai kaca dan melompat pulau, aktiviti menyelam dan pelayaran ke pulau-pulau berhampiran, memancing, belayar, meluncur dan semua jenis aktiviti yang berasaskan air.
Pulau-pulau ini menyediakan peluang yang mencukupi untuk para pengunjung berenang, beristirehat, berjemur, meneroka, snorkel atau selam-menyelam bersama dengan pengusaha-pengusaha aktiviti selaman bertaraf antarabangsa yang berpangkalan di Lombok.
Senggigi: Puteri Pantai Barat
Senggigi, dinamakan sempena seorang puteri di dalam lagenda tempatan merupakan pusat pelancongan utama di Lombok.
Kawasan resort adalah kira-kira 10 km ke utara Ampenan, dan kira-kira 20 minit memandu dari lapangan terbang Selaparang di pulau itu.
Senggigi tidaklah sebesar dan sesibuk Bali, jadi ianya adalah tempat terbaik untuk menjelajahi seluruh pulau ini. Aktiviti di sini bertumpu banyak di sekitar pantai dan juga lawatan ke tempat-tempat menarik yang beberapa jam sahaja memandu dari bandar.
Pada waktu malam, jemputlah untuk makan di restoran-restoran yang banyak terdapat di sana yang memenuhi semua citarasa dan bajet, mendengar muzik secara langsung dan juga menari.
Pantai Senggigi merupakan teluk besar yang membentuk pusat Senggigi, dengan jalan utara selari dengan pantai, dan resort besar terletak di tengah-tengah.
Pantai ini menawarkan pemandangan indah Gunung Agung di sebelah barat dan matahari terbenam yang menakjubkan dengan gunung berapi menjadi bayangan di kaki langit.
Senggigi Reef, berdekatan dengan Senggigi Beach Hotel memiliki terumbu karang yang baik untuk aktiviti snorkel.
Kanu boleh disewa dari pantai pada hujung minggu dan semasa waktu puncak pelancongan. Bot katir tempatan (perahu) boleh disewa dari tepi pantai untuk perjalanan sepanjang pantai atau keluar ke Gilis.
Jalan utama di Senggigi dipenuhi dengan kedai-kedai kecil, agensi-agensi pelancongan dan restoran. Terdapat beberapa buah pasaraya, lengkap dengan mesin ATM dan pengurup wang berlesen, pejabat pos dan semua kemudahan pelancongan biasa.
Senggigi adalah tempat yang santai dan menarik untuk bermalam, dengan pelbagai jenis hotel-hotel mewah dan resort, serta tempat penginapan sederhana dan bajet untuk keperluan anda.

Pasar Seni terletak di atas pantai antara resort Santosa dan Sheraton. Terdapat banyak gerai-gerai kecil yang menjual barangan kraftangan dan cenderamata di sini, yang datang dari seluruh Lombok, serta t-shirt, kain dan pakaian serupa dengan yang terdapat di pasar-pasar di Bali.
Di atas pantai, penjual tempatan berulang-alik mempamerkan barang jualan mereka – jam tangan, mutiara dan barang kemas, urutan dan rawatan kuku.
Restoran-restoran kecil beratur di tepi pantai dan merupakan tempat yang sesuai untuk menangkap kenyamanan bayu laut pada siang hari, atau makan pada waktu malam sambil melihat bot-bot nelayan di atas lautan.

Batu Layar yang terletak di atas bukit, beberapa kilometer sebelum Senggigi memiliki kubur nenek moyang yang penting (makam) di mana orang ramai datang untuk berkelah dan mendoakan kesihatan dan kejayaan.
Berdekatan dengan Pura batu Bolong (maksudnya “batu dengan lubang”) adalah sebuah kuil Hindu yang menarik, menghadap Bali merentasi Selat Lombok.
Dibina di atas singkapan berbatu yang besar dengan lubang semulajadi pada asasnya, adalah dikatakan yang anak dara pernah dipersembahkan kepada laut dari batu yang berbentuk tempat duduk itu pada titik paling luar mengikut kepercayaan dan cerita mereka.
Upaca berwarna-warni Hindu diadakan setiap bulan semasa gelap dan bulan penuh, dan semasa perayaan Hindu. Pendapatan dan kelangsungan kepada masjid adalah melalui derma.
Ini adalah tempat terbaik untuk melihat matahari terbenam, dengan pemandangan hebat menyeberang ke Gunung Agung di Bali.
Pembangunan industri pelancongan tampak kelihatan apabila anda bergerak ke utara selama kira-kira 10 km, dengan banyak hotel dan restoran dibina di sepanjang pantai yang indah melapisi seluruh pantai barat.
Kira-kira 2 km ke utara adalah Kerandangan Valley, dengan pantai popular berdekatan dan juga beberapa buah hotel yang agak menyelesakan, jauh sedikit di luar bandar di dalam lembah yang cantik ini.
Meneruskan lagi perjalanan ke utara, anda akan menemui Mangsit, sebuah kawasan yang telah dibangunkan sebagai penginapan alternatif kepada Senggigi, dengan hotel gaya butik dibina di sepanjang teluk yang mempesonakan di seksyen pantai ini.
Jauh lagi ke utara adalah Lendang Luar, dengan dua buah hotel bertenggek di sepanjang pantai bersih di sini.
Kebanyakannya pantai pasir putih terbiar, diapit pula oleh kebun-kebun kelapa dan tidak disentuh oleh mana-mana pembangunan hotel, teruskan perjalanan anda ke utara di sepanjang jalan pantai utama.
Malimbu dan Nipah adalah dua buah teluk indah yang terletak kurang daripada setengah jam dari Senggigi, sesuai untuk aktiviti snorkel dan membebaskan diri dari tekanan kerja di bandar.
Teluk Nara dan Teluk Kodek berada di teluk besar kira-kira 25 km utara Senggigi. Kesemua pengendali selaman memiliki bot mereka di sini, yang mana memudahkan tetamu ke pulau-pulau Gili, juga sebagai alternatif kepada Bangsal Harbour yang berdekatan.
Pelabuhan ini sendiri boleh dicapai di persimpangan di Pemenang dan dari sini, adalah mudah untuk mendapatkan feri awam (bot katir besar) keluar ke Gilis, atau menempah bot bagi tujuan melompat pulau.
Bandar-Bandar di Lombok

Ketiga-tiga bandar utama di Lombok – Ampenan, Mataram dan Cakranegara – telah berkembang sejak beberapa tahun ini.
Kini bergabung bersama mewujudkan sebuah bandar urban penuh dengan kedai-kedai, pusat-pusat pentadbiran dan kawasan-kawasan perumahan.
Lawatan ke bandar pasti membuatkan hari anda menarik, dengan meneroka ke pelbagai kedai kecil yang menjual segala-galanya daripada barangan harian kepada emas dan mutiara.
Terdapat banyak kedai mutiara di Ampenan yang menjual mutiara asli tanpa tetapan dan barang kemas mutiara pada harga yang menarik.
Ini adalah mutiara tulen – sebilangannya yang lebih murah dari China dan yang lebih mahal diternak di Lombok dan Sumbawa.
Jika anda pandai tawar-menawar harga, anda boleh mendapatkan harga yang jauh lebih murah.
Terdapat kedai-kedai emas di kedua-dua Ampenan dan Cakra dengan emas 24 karat dijual berdasarkan gram pada harga pasaran.
Untuk pilihan makanan yang murah dan menarik, anda boleh meneroka ke pelbagai restoran, warung dan gerai-gerai makanan di bandar-bandar ini.
Anda juga boleh sekadar bersiar-siar di sekitar bandar untuk menyerap suasana dan melihat pemandangan menarik akan bandar Lombok yang sebenar.
Ampenan merupakan pelabuhan asal di Lombok semasa zaman penjajahan Belanda dan sebahagian seni binanya masih boleh ditemui di sekitar bandar, terutamanya ke arah pantai sebelah barat di mana sisa-sisa pelabuhan itu menganjur ke laut.
Jalan-jalan di sini menjadi pasar pada waktu malam, penuh dengan warung dan kaki lima (kereta sorong makanan) bagi mendapatkan makanan murah, enak dan penuh rasa tempatan.

Kebun Roek, sekadar berdekatan lampu isyarat Ampenan di atas jalan raya dari lapangan terbang Selaparang yang lama, merupakan tapak pasar-pasar tempatan.
Setiap hari para peniaga mendirikan gerai menjual produk-produk segar dari seluruh pulau, makanan-makanan ringan dan produk-produk tempatan, ayam hidup dan ikan segar pada waktu petang – apabila bot nelayan berlabuh masuk.
Berjalan kaki di dalam pasar ini merupakan pengalaman yang begitu mengujakan dan membuka mata!
Mataram, kira-kira 3 km ke timur Ampenan, merupakan pusat pentadbiran bagi Lombok dan Sumbawa (Wilayah NTB), dengan adanya pejabat-pejabat kerajaan, bank, masjid, sekolah dan kolej, kedai-kedai buku, pejabat pos utama dan Universiti Mataram di pusat bandar.
Di Mataram, Muzium Nusa Tenggara Barat menempatkan artifak-artifak bersejarah dan berbudaya dari Lombok dan Sumbawa. la merupakan satu tempat yang menarik untuk dilawati dan kadang-kadang menjadi tuan rumah kepada pameran-pameran khas.
Pameran-pameran yang ada termasukla bahan pameran geologi, sejarah dan kebudayaan. Alamat: Jl Panji Tilar. Ph: 632.159 untuk masa dibuka. Terdapat bayaran masuk yang kecil.
Juga berbaloi untuk dilawati adalah pusat kebudayaan, Taman budaya di Jl Majapahit. Persembahan muzik dan tarian kerap dipersembahkan di sini.

Cakranegara (biasanya diringkaskan sebagai “Cakra”) merupakan kawasan membeli-belah utama di Lombok.
Ia merupakan tempat tinggal kepada ramai orang Cina dan Bali, yang membentuk 50 peratus daripada penduduk di bandar ini.
Jalan-jalan yang ada di bandar ini menjadikan perjalanan anda menarik dengan kedai-kedai emas, barangan sukan, pakaian dan kedai-kedai kain yang menjual sutera yang diimport, tali dan kapas berada di sekitarnya.
Terdapat pasar tempatan di persimpangan utama di Cakra; anda sekadar belok ke kanan di lampu isyarat dan cari pintu masuk ke pasar di sebelah kiri.
Di dalamnya adalah labirin gerai-gerai menjual segala-galanya dari bakul kepada bunga-bungaan segar dan makanan tempatan.
Pekan besar seterusnya di timur Cakra adalah Sweta. Terminal bas Bertais yang terletak di sini adalah untuk sambungan ke timur pulau dan seterusnya.
Berhampiran terminal bas ini terdapat sebuah pasar tempatan yang besar dengan setiap hari dipenuhi aktiviti menjual pelbagai jenis barangan dari makanan kepada pakaian, burung eksotik, kraftangan dan banyak lagi.
Aktiviti Membeli-Belah Di Lombok

Lombok Epicentrum Mall di Jl Sriwijaya telah dibuka pada Oktober 2015 dan merupakan sebuah pusat membeli-belah moden yang besar, dengan empat tingkat kedai runcit.
Kompleks ini menempatkan sebuah pasar raya Hypermarket dan Matahari Department Store, serta pawagam Cinema XXI dan pusat hiburan TimeZone.
Terdapat sebuah kedai Ace Hardware yang lengkap, kedai perabot Informa, dan farmasi Guardian. Peruncit-peruncit lain pula menjual pelbagai jenis fesyen, kasut, barangan elektronik, barangan sukan dan bermacam-macam lagi.
Terdapat banyak kedai-kedai makan dan kafe, serta Bread Talk, J & Co, Starbucks, Excelso, The Coffee Bean, Wendy’s dan banyak lagi.
Lombok City Centre di Jl Raya Nermada (jalan utama timur Sweta) merupakan pusat membeli-belah terbaru di Lombok dan masih di peringkat akhir pembinaan.

Walau bagaimanapun, beberapa buah kedai sudah dibuka untuk perniagaan di LCC termasuklah Matahari Department Store, pasar raya Hypermarket dan peruncit kecil yang lain, serta juga kafe dan kedai-kedai makanan.
Mataram Mall, di Jl Pejanggik (jalan utama di Cakra) merupakan pusat membeli-belah sebenar yang pertama di Lombok. Terdapat empat tingkat kedai-kedai dan gerai-gerai menjual pelbagai pilihan barang-barang ada di sini.
Terdapat juga Tiara Department Store, beberapa buah kedai-kedai elektronik dan kedai menjual pakaian, kasut, mainan, CD dan DVD.
Hero Supermarket, di tingkat bawah, adalah berguna untuk barangan-barangan dari barat, makanan dan peralatan mandian.
The Chemist di sebelahnya pula memiliki kelengkapan import, makanan tambahan dan ubat-ubatan. McDonalds dan KFC memiliki cawangan mereka di tingkat bawah.
Kuil-Kuil & Tempat-Tempat Tumpuan

Pura Meru di Jl Selaparang, Cakranegara, dibina pada tahun 1720 oleh Putera Bali Anak Agung Made Karang dan merupakan kuil yang terbesar di Lombok.
Tiga merunya adalah merujuk kepada triniti Hindu – Shiva , Vishnu dan Brahma.
Ini merupakan sebuah kuil penting untuk orang-orang Bali di sini dan perayaan Pujawali tahunannya, yang diadakan selama lima hari semasa bulan penuh pada bulan September atau Oktober, adalah acara Hindu orang-orang Bali yang terbesar di Lombok.
Dewan di halaman luar memiliki gendang besar yang digunakan untuk mengumumkan upacara dan perayaan.
Di halaman pusat adalah dua buah bangunan dengan platform persembahan yang dinaikkan. Penutup bahagian dalaman mempunyai 33 buah tempat-tempat suci dan juga meru tiga multi-tier.
Penjaga bangunan akan menemui anda dan memberikan anda selempang untuk dipakai di dalam kuil. Sila log buku pelawat dan memberi sumbangan anda.

Pura Mayura, terletak di seberang jalan dari Pura Meru, dibina pada tahun 1744 sebagai kuil mahkamah raja-raja Bali terakhir di Lombok.
Sebuah dewan terbuka atau Kambang bale (pavilion terapung) berdiri di tengah-tengah tasik buatan yang besar di sini dan sebuah kuil menarik terlindung di bawah pepohon tua yang besar di belakang tasik.
Taman-taman dan kompleks kuil Pura Jagatnatha yang bersebelahan adalah tempat yang aman untuk melarikan diri dari kesibukan bandar dan juga bernilai untuk diterokai.
Taman Mayura dibuka setiap hari, 8:00-20:00 dan kemasukan adalah Rp 5000 seorang. Taman-taman ini agak popular pada hujung minggu jadi masa terbaik untuk anda datang melawat ke sini adalah semasa hari-hari bekerja.
Menarik Tentang Pulau & Gili

Terdiri daripada tiga pulau terumbu karang yang sempurna – Trawangan, Gili Meno dan Gili Air -, kepulauan ini dikelilingi dengan pasir putih dan pepohon kelapa bergoyang, bertempat di dalam laut berkilauan di luar pantai utara-barat Lombok.
Setiap tahun, Gili-gili ini menarik berpuluh-puluh ribu pelawat dari serata dunia ke perairan mereka yang bersih, peluang menyertai aktiviti menyelam dan snorkel yang menakjubkan dan daya tarikan santai yang ditawarkan.
Perkataan Gili sebenarnya bermaksud “pulau kecil”, jadi ianya dipanggil sebagai “Gilis” oleh para pelancong.
Gilis merupakan pulau-pulau yang paling popular di Lombok dan secara konsisten dinilai sebagai destinasi pulau Asia Tenggara yang terutama oleh para pelancong dan media-media penerbitan pelancongan.
Aktiviti di Gili-Gili

Walaupun sebelum ini popular terutamanya kepada backpackers, Gilis kini menarik pelbagai jenis pelancong – peminat menyelam, mereka yang suka berjemur di bawah matahari, mereka yang bujang, berkeluarga, dan pasangan dari pelbagai peringkat umur.
Terdapat pilihan menarik bagi mereka yang inginkan kelainan seperti tempat penginapan, restoran, dan sebagainya di ketiga-tiga pulau yang ada, dengan rangkaian terbesar berada di Gili Trawangan.
Meskipun tiada yang datang ke Gilis untuk tujuan membeli-belah, setiap pulau yang ada memiliki kedai-kedai kecil yang menjual barangan keperluan seperti krim matahari, penghalau nyamuk, kelengkapan peribadi, minuman sejuk, makanan ringan dan banyak lagi.

Di samping itu, terdapat pakaian murah untuk dijual seperti t-shirt, kain pelikat dan gerai kraftangan tempatan.
Bersnorkel adalah mudah dilakukan di dalam air yang tenang di pantai, dengan banyak ikan yang berwarna-warni untuk dilihat.
Di kedalaman yang lebih besar dan di lokasi menyelam tertentu sekitar tiga buah pulau tersebut, air bersih ini adalah habitat kepada pelbagai jenis terumbu karang, hidupan akuatik dan beribu-ribu spesies ikan tropika.
Percutian Ke Lombok: Bersnokerling

Berbagai jenis kehidupan laut menakjubkan boleh dilihat di sini, termasuk penyu hijau dan penyu karah, moray, barakuda, jerung terumbu, jerung harimau kadang-kala, pari kola, dan banyak lagi.
Penglihatan adalah sangat baik dan biasanya dalam lingkungan 15-30 m; dan suhu air purata 23°C (73°F) ke 29°C (84°F).
Arus di sekitar pulau-pulau ini boleh menjadi agak kuat dan menyelam secara drift adalah perkara biasa dilakukan di sini.
Terdapat banyak syarikat-syarikat menyelam popular di sini, yang mana dimiliki dan dikendalikan oleh orang barat dan pengendali selaman yang dilesenkan oleh PADI dan SSI.
Lengkap dengan piawaian keselamatan profesional dan kesedaran alam sekitar, dan ketiga-tiga pulau ini memiliki cawangan masing-masing.
Setiap Gili ini telah dibangunkan secara bebas dan pada kepantasan yang berbeza, dengan memberikan “personaliti” yang berbeza atau gaya, dan disesuaikan untuk pelbagai jenis pengembara dan pelancong.

Ini bermakna bahawa para pelancong memiliki pilihan yang baik, bergantung kepada citarasa masing-masing dan percutian pulau bagaimana mereka inginkan.
Gili Trawangan merupakan yang paling maju dan popular antara tiga pulau tersebut, dengan kepelbagaian kemudahan dan aktiviti; manakala Gili Air memiliki kawasan pantai yang santai dan popular kepada pasangan dan keluarga.
Gili Meno adalah yang paling tenang dari tiga pualu berkenaan, sesuai untuk melarikan diri dari segala kesibukan yang ada.
Pilihlah pulau yang paling sesuai untuk keinginan anda, atau anda boleh saja meletakkan ketiga-tiga pulau ini dalam persinggahan anda dengan mencuba apa saja yang terbaik di setiap pulau masing-masing.
Gili Trawangan

Yang paling dikenali dan popular antara ketiga-tiga Gilis tersebut, Gili Trawangan merupakan pulau terbesar dan paling jauh dari tanah besar, tetapi mudah dicapai dalam masa kurang daripada satu jam dengan bot tempatan dan hanya 10 minit dengan bot laju dari Lombok.
Sebelum ini digambarkan sebagai ” pulau parti” oleh The Lonely Planet, Gili T (panggilan mesra pulau ini) telah semakin meningkat maju.
Hilang sudah hari-hari di mana backpackers berpusu-pusu ke pulau ini untuk Rp 20.000 semalam di pondok di pantai. Hari ini, Gili T memiliki sisi anggun canggih yang menjadi lebih jelas setiap tahun.
Itu bukanlah untuk mengatakan bahawa tarikan asal yang menarik pelancong untuk dataang ke Gili T pada mulanya sudah hilang. Pantai-pantai pasir putih yang sempurna, perairan biru yang jelas dan pulau gaya santai masih menjadi tarikan pelawat setiap hati.

Tetapi pulau ini telah membuang gaya lamanya dan kini menggabungkan yang terbaik daripada syurga pulau tropika ini dengan sentuhan bergaya dari semua mod kontra daripada destinasi percutian yang unggul dari seluruh dunia.
Gili T masih lagi menjadi menerima kunjungan backpackers dan pelancong bajet, namun hari ini mereka disertai pula oleh golongan ekspatriat dan trendsetter dari Jawa dan Bali, bersama-sama dengan pelancong perseorangan, pasangan dan keluarga dari seluruh dunia.
Pulau ini adalah kira-kira 3km panjang dan 2km luas, maka untuk berjalan-jalan di sini adalah mudah dan anda boleh berbasikal di sekitar pulau dalam 1/2 jam (tetapi perlu turun dan menolak basikal anda melalui kawasan berpasir di bahagian barat).

Ini merupakan satu-satunya Gili yang berada pada aras tinggi di atas paras laut dan bukitnya yang berada di selatan amat sesuai untuk menikmati pemandangan matahari terbenam yang menakjubkan.
Merentasi lautan ke Bali; atau pada waktu pagi, matahari terbit indah sepanjang Gunung Rinjani di tanah besar Lombok.
Jauh di hujung selatan bukit ini adalah tinggalan sisa-sisa Perang Dunia ll yang menempatkan senjata Jepun lama dan runtuhan kubu, tetapi terowong yang digali dengan tangan telah ditutup pada hari ini.
Pembangunan utama di pulau ini adalah di pantai timur, terutamanya di tenggara di kawasan yang dikenali sebagai “Sentral”, di mana para bot berlabuh.
Trek bersiar-siar pula anda boleh temui di dalam jalan pedalaman utama pantai melalui kebun kelapa yang membentuk sebuah kawasan pembangunan kecil.
Pembangunan terus berjalan di sepanjang pantai timur dengan tempat-tempat hebat bersaing dengan tempat-tempat lama.

Pantai utara adalah lebih tenang dan menawarkan alternatif yang aman kepada kawasan pusat ini.
Dengan tarikan yang ada di pulau ini, kawasan selatan dan barat kini dipenuhi dengan hotel-hotel kecil, rumah penginapan, vila peribadi dan beberapa buah resort yang lebih besar.
Bahagian pulau ini adalah antara yang paling tenang dan, meskipun pantainya tidak sebaik di bahagian timur, pemandangan matahari terbenam menyeberang ke Bali adalah menakjubkan sekali.
Penginapan di Gili T adalah pelbagai, daripada homestay biasa kepada hotel-hotel mewah dan vila.
Banglo-banglo gaya lama dengan dinding buluh tenunan dan atap jerami secara perlahan-lahan hilang, digantikan dengan pondok ringkas beserta bilik mandi gaya barat yang sesuai dengan bajet orang ramai.
Di hujung skala lainnya pula, hotel-hotel butik dan vila mewah menawarkan keselesaan resort 5 bintang, termasuklah perabot berjenama, kolam renang peribadi atau jakuzi, internet WiFI, soket iPod, TV satelit dan DVD.

Restoran-restoran di sini hampir menyamai kualiti di Bali. Terdapat loung yang canggih, kafe internet, pawagam dan kafe tepi pantai.
Kebanyakan restoran terletak di sepanjang pantai timur, walau bagaimanapun pantai utara mempunyai beberapa buah tempat makan yang indah juga.
Pemilihan makanan terdiri daripada nasi goreng biasa Indonesia kepada sushi; barbeku makanan laut di pantai kepada tempat makan bertaraf antarabangsa yang terbaik.
Jika anda lebih menyukai hiburan yang lebih tenang, anda boleh berkunjung ke tempat-tempat seperti Ko-Ko-Mo Resort, Scallywags Resort, dan di pantai di Hotel Vila Ombak, serta di Pantai Beach Lounge di sebelah.
Pada hari ini, Gili T merupakan destinasi pelancongan yang serius dengan infrastruktur yang baik dan pelbagai kemudahan pelancongan.
Banyak restoran-restoran yang lebih besar, hotel-hotel dan kedai-kedai menyelam menerima kad kredit.
Terdapat mesin ATM di hadapan Gili T Resort (berdekatan Sentral), di hadapan Vila Ombak di pantai timur dan utara, berhampiran Blue Beach, dan juga di sebelah barat Ombak Sunset.

Kafe internet dengan WiFi banyak tersedia, begitu juga dengan pengurup wang, pengusaha pelancongan dan sebilangan besar perkhidmatan bot laju.
Terdapat sebuah kelab tenis dan pusat kecergasan di Kelapa Villas dan pusat perubatan di Vila Ombak dengan kemudahan kecemasan asas dan doktor panggilan.
Kuda boleh disewa dari The Stud di pantai tenggara; kayak laut boleh didapati di Karma Kayak di pantai utara; yoga, meditasi, perkhidmatan urut dan rawatan kecantikan lain boleh didapati di banyak tempat di seluruh pulau ini.
Terdapat juga aktiviti membeli-belah di Pasar Seni di Sentral dan di kedai-kedai dan kiosk di seluruh pulau, menjual segala-galanya dari mutiara kepada kain sarung kepada buaian.
Innuendo memiliki beberapa pakaian resort yang mewah dan Silver Dragon menjual barang-barang kemas yang cantik-cantik.
Namun begitu, ianya adalah pantai dan aktiviti menyelam yang masih kekal menjadi tarikan utama di Gili T.

Kebiasaannya, orang ramai akan berduyun-duyun ke sini untuk berjemur di pantai pasir putih dan berenang di perairan biru yang bersih, untuk menyelam di kawasan terumbu yang menakjubkan dan untuk merasai keseronokan hedonistik syurga tropika.
Terdapat tempat meluncur yang baik di pantai selatan. Para peluncur tempatan akan dengan senang hati menunjukkan anda arahnya dan menyewakan kepada anda papan luncur.
Aktiviti snorkel terbaik di pulau ini bermula di hujung utara pantai timur, di mana anda boleh mengharungi air laut ke terumbu di luar pesisir pantai.
Airnya tenang dan ada tolakan dari utara ke selatan, menjadikan ia mudah untuk berbaring di atas permukaan dan terapung ke bawah singkapan terumbu karang.

Walaupun banyak terumbu karang yang rosak, masih terdapat banyak spesis ikan tropika untuk dilihat juga tompokan terumbu karang berwarna-warni.
Jauh lagi di pesisir pantai, pulau ini terkenal dengan taman-taman luas terumbu karang dan merupakan salah satu tempat menyelam terbaik di Lombok, yang mana menjadi sebab mengapa ribuan penyelam melawat Gili T setiap tahun.
Ia juga merupakan salah satu daripada tempat yang paling selamat dan paling mudah untuk belajar menyelam skuba, dengan suhu airnya suam, lautnya yang tenang dan jarak pengelihatan yang sangat baik hampir sepanjang tahun.

Terdapat pelbagai pilihan kedai menyelam yang dikendalikan oleh orang barat dan pelbagai lokasi menyelam sesuai untuk mereka yang baru bermula kepada mereka yang sukakan pengalaman lebih mencabar.
lanya merupakan sebuah evolusi perlahan dalam tempoh 20- tahun yang lepas bagi Gili Trawangan, tetapi saatnya untuk pulau ini sudah tiba. Walaupun backpackers mungkin ada keraguan sedikit, namun satu babak baru sedang berlaku di Gili T.
Sebuah destinasi pelancongan bertaraf dunia yang baru sedang menampakkan dirinya – tanpa pencemaran dan masalah trafik – terletak di sebuah pulau tropika yang indah, menunggu untuk dikunjungi oleh anda.
Gili Meno

Gili Meno merupakan pulau yang tengah dan terkecil antara tiga Kepulauan Gili, dengan jumlah penduduk terendah dan paling sedikit pengunjung.
Pulau ini masih belum lagi dibangunkan sepantas Gili T dan Gili Air dan popularitinya agak rosak apabila, pada pertengahan 90-an, The Lonely Planet telah menulis bahawa tasik air masin di pulau ini menimbulkan masalah nyamuk.
Ini adalah sesuatu yang tidak benar – nyamuk tidak lagi tersebar luas di Gili Meno dibandingkan dengan tempat lain – namun kerosakan itu sudahpun berlaku.
Ramai yang mengatakan publisiti buruk merupakan satu rahmat yang tersembunyi. Hari ini, Meno merupakan yang paling tenang daripada tiga kepulauan tersebut, dengan daya tarikan santai sebuah pulau terbuang yang sebenar.

Meskipun para pelabur secara tetap membeli tanah di sini, terutamanya di pantai barat menghadap ke Gili T, tiada pembangunan besar di pulau ini lagi.
Terdapat beberapa buah vila yang agak mahal, namun tiada resort yang besar di sini.
Mujurlah, kebanyakan pelaburan yang berlaku di sini adalah bersifat sederhana dan – mungkin mempertimbangkan sifat murni pulau ini – pembangunan cenderung untuk dikaitkan dengan konsep ekologi.
Buat masa ini, hotel kecil dan banglo tepi pantai menyediakan tempat tinggal bagi mereka yang mencari tempat aman di bawah matahari dengan pantai yang kurang sesak, perairan yang bersih dan malam yang tenang di bawah langit yang dipenuhi bintang.
Seperti Gili yang lain, pantainya merupakan tempat berenang yang terbaik dan banyak kemudahan pelancongan disediakan di sepanjang pantai timur.

Untuk berjalan-jalan di sekitar pulau ini adalah mudah kerana anda boleh mengelilingi pulau ini hanya dalam kira-kira 90 minit.
Bagi mereka yang inginkan ketenangan, kebiasaannya mereka akan menghala ke utara dan pantai barat, di mana lebih banyak pembangunan secara senyap-senyap telah bermula sejak beberapa tahun dahulu.
Mahamaya Boutique Resort, yang terletak di pantai barat laut, mempunyai tempat penginapan yang mewah dan restorannya banyak memenangi anugerah bagi masakan berkualiti – yang mana makanan dihidangkan di ruang makan atau di atas meja cantik di tepi pantai.
Karma Resorts menguruskan The Reef Resort, dengan banglo gaya lumbung dilengkapi penghawa dingin – terletak di lokasi tepi pantai yang utama di pantai timur.
Di kawasan berdekatan, resort Mano Mojo Beach sedang dalam pembinaan, dengan dua buah vila sudah mulai beroperasi, dan sebanyak 16 buah vila bergaya sekitar kolam renang resort dalam perancangan untuk dibina dalam masa terdekat.

Restoran dan kelab pantai yang ada sudah terbuka dan menyediakan ruang istirehat, bales redup dan meja yang selesa dengan pemandangan pantai.
Berserta pelbagai pilihan makanan dan minuman yang menyelerakan dan enak; makanan laut bakar dan barbeku merupakan makanan istimewa di sini.
Juga terletak di pantai timur, Tropical Hideaways, dalam jarak berjalan kaki (ke lorong di sebelah Blue Marlin Dive), adalah pilihan sederhana yang baik dan memiliki bilik-bilik berhawa dingin dengan bilik mandi gaya barat.
Perairan di sekitar pulau ini adalah biru dan pantainya diliputi oleh pasir putih, dikelilingi dengan dusun pokok kelapa.
Terdapat kawasan snorkel yang bagus di sepanjang pantai barat laut dan kebiasaannya anda boleh melihat Penyu Hijau, belimbing dan Hawksbill di sini.
Untuk berenang bersama-sama dengan makhluk-makhluk besar ini merupakan sesuatu yang agak janggal, namun itu adalah tarikan sebenar untuk melawat ke Gili Meno ini.

Selain itu, terdapat juga kawasan snorkel yang bagus di luar pantai barat berhampiran Bounty Resort yang sudah tidak berfungsi. Berenanglah di mana pontoon lama terbengkalai dan menjadi rumah kepada pelbagai jenis ikan.
Pulau ini agak kering dengan rumah-rumah kecil bertaburan melalui kebun kelapa yang ada.
Di tengah-tengah, ke arah pantai barat, adalah tasik air masin di mana masyarakat tempatan menuai garam secara kecil-kecilan. lanya boleh menjadi agak penuh ketika musim hujan namun kering pada musim panas.
Bertebaran di pulau ini adalah kafe-kafe berhadapan pantai yang kasual, menyajikan makanan popular Indonesia dan barat, dengan ikan yang segar dan piza kayu api yang menjadi keistimewaan Gili Meno.
Sebilangannya menyediakan hiburan sederhana pada waktu malam, lebih-lebih lagi pada musim puncak.

Namun pengunjung ke Gili Meno kebanyakannya datang untuk pengembaraan romatis dan peluang untuk menyedut udara segar di dalam keindahan semulajadi pantai terbiar di pulau ini.
(Tidak seperti bot awam dari Bangsal ke Gili Trawangan dan Gili Air, bot awam ke Gili Meno adalah tidak kerap, namun pemindahan tersedia setiap hari pada jam 10am, 2pm, dan 5pm.
Bot kembali dari Gili Meno ke Bangsal beroperasi pada jam 8am dan 3pm (kecuali hari Jumaat, dimana tiada bot pada waktu tengahari dari Meno ke Bangsal).
Selain daripada bot pemindahan awam, anda boleh menyewa sebuah bot pada kadar Rp 250,000 (sehala). Berkongsilah kos tersebut dengan pelancong lain jika boleh. )
Gili Air

Gili Air merupakan pulau yang paling dekat dengan tanah besar dan boleh dicapai dalam masa 20 minit dengan bot tempatan atau lima minit dengan bot laju.
Menjadi Gili yang terdekat dengan tanah besar, Gili Air mempunyai jumlah penduduk tempatan yang terbesar antara tiga pulau tersebut.
Menggabungkan keindahan pulau tropika dengan akses kepada rakyat dan kebudayaan yang menjadikan Lombok sebagai sebuah lokasi pelancongan yang unik.
Gili Air pada asalnya dieja sebagai “Ayer“, dengan perkataan “Air” bermaksud air; menjadikan Gili Air sebenarnya dirujk sebagai pulau air.
Meskipun tidak sesibuk dan semaju Gili Trawangan, Gili Air telah berkembang pesat sejak beberapa tahun kebelakangan ini dan sudah dijadualkan untuk menerima lebih banyak lagi pembangunan di masa akan datang.
Buat masa sekarang, Gili Air masih lagi merupakan pulau yang santai dengan kafe ringkas diperbuat daripada buluh, berdampingan dengan tempat-tempat baru yang megah di sepanjang tepi pantai.

Seperti juga Gili yang lain, tidak ada kereta atau motorsikal dibenarkan di pulau ini, dengan itu tiada pencemaran yang berpotensi merosakkan udara bersih dan suasana damai yang ada di sini.
Tarikan utama pulau ini adalah kesederhanaan dann alamnya yang tidak tercemar… dan itulah sebabnya mengapa ramai orang menyukainya.
Kemudahan telefon dan internet boleh didapati di pulau ini, seperti juga kebanyakan kemudahan biasa yang diperlukan oleh para pelancong kebiasaannya.
Meskipun tidak ada bank, terdapat beberapa buah mesin ATM di pantai selatan (berhampiran 7Seas) dan dua buah lagi di sebelah timur, berdekatan dengan Bel Air Resort.
Terdapat tiga buah klinik di sebelah timur pulau ini – satu ke utara (di pedalaman dari Orong Cottages), Klinik Gam (di pedalaman dari Biba Beach Village) dan Royal Medical (ke selatan berhampiran 7Seas).

Terdapat juga beberapa buah kedai yang menyeronokkan, yang menjual barang-barang kemas buatan, seni dan kraf kayu, juga tiga buah butik kecil berserta pakaian pulau campuran eklektik, barang-barang kemas dan aksesori.
Seperti Gili yang lainnya, kawasan terbaik untuk berenang adalah di pantai timur, menghadap Lombok.
Mungkin juga yang paling menakjubkan – memandang ke belakang di pulau besar dengan pantai-pantainya yang putih dan gunung-ganang menghijau dikuasai oleh gunung berapi kedua terbesar di Indonesia, Gunung Rinjani.
Penginapan di Gili Air adalah terdiri daripada banglo backpacker ringkas kepada bilik-bilik berhawa dingin yang mewah dengan air dan kolam renang air panas.
Hotel gaya lama yang dibina daripada kayu dengan atap jerami berdiri seiringan dengan beberapa buah hotel butik yang lebih moden dan vila, seperti Waterfront Hotel dengan lapan buah banglo berhawa dingin yang kontemporari dan kolam renang yang terletak di taman-taman yang menawan.

Berada di sini, anda boleh menjamu selera di Waterfront Restoran yang terletak di dalam sebuah Joglo kayu bergaya di hadapan pantai.
Bersebelahan pula adalah Manta Dive, yang menawarkan penginapan banglo selesa, kolam renang, dan kursus menyelam profesional dan aktiviti menyelam ke ketiga-tiga kepulauan Gili.
Scallywags – yang memiliki sebuah lagi resort popular di Gili Trawangan – menguruskan Scallywags Organic Beach Clu di hujung selatan pantai itu.
Restoran yang ada di sini memiliki menu dan kemudahan yang sangat baik untuk para tetamu, juga suasana yang mesra dan anda boleh berenang terus di hadapan restoran ini.
Sekadar bersebelahan dengan Scallywags, The Beach Club Gili Air menawarkan penginapan bagi pasangan dan keluarga di lapan buah banglo menawan dengan bilik tidur berpenghawa dingin yang besar, teres-teres peribadi dan bilik mandi separa terbuka.
Di hadapan pantai di sini adalah tempat yang agak popular untuk berehat, sambil duduk di atas beg kacang berwarna-warni di siang hari, atau untuk makan malam romantik pada waktu petang.
Restoran pantai di sini menyediakan hidangan dan makanan ringan yang lazat serta sarapan pagi.

Terdapat juga tayangan filem percuma untuk tetamu hotel di pantai pada setiap malam (jika cuaca membenarkan) bermula dengan filem kanak-kanak pada petangnya, kemudian disusuli oleh filem bercirikan orang dewasa pada malamnya.
Jauh ke selatan, berdekatan dengan pelabuhan, 7Seas International merupakan sebuah perusahaan menyelam profesional dan ia menawarkan bilik kotej moden yang berhawa dingin dan selesa di atas pantai pasir putih berkenaan.
Ia merupakan salah satu daripada beberapa tempat di pulau ini yang menawarkan penginapan keluarga, di Duplex Family Cottages, cuma selangkah dari kolam renang.
Masing-masing memiliki dua buah bilik yang luas, bilik mandi yang besar, teres yang besar dan taman kecil, serta pemandangan laut dari tingkat-2. Kemudahan tempat tidur yang sedia ada sesuai untuk 5 orang dan tambahan sehingga 3 orang boleh dilakukan berdasarkan permintaan.
Terdapat bermacam jenis restoran dan kafe yang agak baik di tepi pantai di pulau ini, menawarkan segala-galanya daripada hidangan tradisional Indonesia kepada menu antarabangsa.
Barbeku pantai dengan ikan segar yang baru ditangkap juga merupakan sesuatu yang istimewa yang boleh anda cuba.

Aktiviti di sini termasuklah berjalan kaki dan berbasikal di sekitar pulau, berjemur di bawah matahari, berenang, snorkel dan menyelam, serta yoga dan meditasi, juga urutan yang menenangkan dan rawatan badan.
Jika anda suka meneroka, terdapat sebuah jalan yang selari dengan pantai dan ianya mengambil masa kurang daripada 90 minit untuk mengelilingi seluruh pulau.
Bahagian dalamannya direntasi oleh denai-denai yang mengelirukan, tetapi jangan risau kerana ia akan membawa anda kembali ke pantai.
Aktiviti-aktiviti lain juga adalah termasuk bermain layang-layang, perjalanan menaiki bot dasar kaca, berkayak, mendayung dan meluncur air.
Terdapat tempat berehat setelah penat melakukan aktiviti-aktiviti air di sini yang dikenali sebagai “Play Gili” di luar pantai selatan, dan ianya menarik perhatian ramai apabila ianya tengah mengepam.
Ia memecahkan karang-karang tajam, jadi sila periksa dengan peluncur tempatan tentang keadaan kapal yang ingin disewa.

Air tenang dan jernih yang ada di Gili Air ini merupakan tempat yang ideal untuk menyelam dan menajamkan lagi kemahiran menyelam anda.
Terdapat beberapa buah tempat menyelam yang popular yang menarik ramai penyelam dari Gili yang lain, termasuklah Air Wall di luar pantai barat, juga Hans Reef dan Frogfish Point di luar pantai utara.
Perairan di sekitar pulau ini adalah jernih, dan menjadi lebih tulen lagi dengan pasir putih berkilau di dasarnya.
Gili Air masih memiliki terumbu hidup di kawasan pantainya dan aktiviti snorkel yang menarik boleh dilakukan terus di pantai ini, terutamanya dari kawasan timur dan timur laut pantai.

Terumbu karang ini bermula beberapa meter dari pantai, menjadikan ianya mudah diakses oleh sesiapa saja – termasuklah orang baru yang tidak pernah melakukan aktiviti snorkel sebelum ini.
Oleh kerana pulau ini dilindungi oleh terumbu-terumbu ini, ombak-ombak dan lautnya kebiasaannya tenang, membenarkan sesiapa sahaja yang suka ber-snorkel untuk hanyut di dalam dunia penuh panorama indah dalam bentuk akuatik dan warna-warni.
Bagi mereka yang tidak pernah berpeluang melihat dunia ajaib bawah lautan, Gili Air menawarkan kesempatan sedemikian dalam keadaan penuh selamat dan selesa.
Dan jika anda adalah antara orang yang ketagih dengan kedamaian dan keindalahan, ini adalah sebuah pulau di mana hari anda boleh bertukar menjadi minggu, menghanyutkan perasaan gembira sesuai dengan arus yang bergerak di dalam keajaiban lanskap di bawah air di sini.
Bersambung…