Melancong.my
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
PAKEJ TERKINI
LANGGAN PERCUMA
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Singapore
  • Indonesia
  • Thailand
  • Vietnam
  • China
  • Jepun
  • Korea
  • Lagi
    • Cambodia
    • India & Pakistan
    • Balkan
    • Australia
    • Turki
    • Uzbekistan
    • Maldives
    • Filipina
    • Perancis
    • Switzerland
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Singapore
  • Indonesia
  • Thailand
  • Vietnam
  • China
  • Jepun
  • Korea
  • Lagi
    • Cambodia
    • India & Pakistan
    • Balkan
    • Australia
    • Turki
    • Uzbekistan
    • Maldives
    • Filipina
    • Perancis
    • Switzerland
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
Melancong.my
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
Promosi Terhad Promosi Terhad Promosi Terhad
Halaman Indonesia Pakej Lombok

Masakan Lombok: 5 Paling Sedap Yang Anda Harus Cuba

Hadi Ghazali Oleh: Hadi Ghazali
11 Januari, 2026
Kategori: Pakej Lombok
Masa Bacaan: 2 mins read
298 21
A A
3
Masakan Lombok

Masakan Lombok

11k
VIEWS
FacebookTwitterPin
PROMO TERHAD PROMO TERHAD PROMO TERHAD
IKLAN / PROMOSI TERHAD

 

Ingin mencuba masakan lombok yang sedap dan popular? Jika anda bercuti ke Lombok jangan lepaskan peluang mencuba makanan di Lombok.

Lombok sangat terkenal dengan berbagai destinasi pelancongan seperti keindahan gunung-ganang, pasir pantai yang putih halus dan hutan hijau yang kaya dengan pelbagai khazanah alam semulajadi.

Bagi anda yang berkesempatan untuk berkunjung ke Lombok, jangan lupa untuk benar-benar menikmati keunikan yang ditawarkan disana dan jangan lupa juga untuk singgah di beberapa tempat makan popular yang ada disana.

Promo Hotel Promo Hotel Promo Hotel
IKLAN / PROMOSI TERHAD

Apabila kita melancong ke tempat orang, ada beberapa perkara yang perlu kita belajar. Antaranya ialah budaya, adat, cara hidup, dan yang paling penting adalah makanan.

Makanan merupakan antara ciri unik yang ada bagi setiap negara kerana ia pastinya sangat berbeza dengan makanan yang ada di tempat anda.

Hal ini adalah kerana ia melibatkan cara penyediaan makanan tersebut yang berbeza, cara memasak yang berbeza dan juga penggunaan bahan masakan yang berbeza.

Mungkin ada makanan sesetengah negara tidak sesuai dengan anda namun kami yakin bahawa makanan popular di Lombok ini bakal menjadi menu baru kegemaran anda.

Pakej-Percutian-Lombok-Indonesia

  • Lihat Pakej Percutian Lombok Popular
  • Lihat Penginapan Terbaik Lombok
  • Lihat Tiket Penerbangan ke Lombok
  • Lihat Aktiviti Terbaik di Lombok
  • Lihat Peta Percutian di Lombok

Masakan Lombok Paling Popular: Ayam Taliwang

Ayam Taliwang
Ayam Taliwang | CC: OnWeekend

Nombor 1 dalam senarai makanan popular di Lombok sudah semestinya Ayam Taliwang.

Ayam Taliwang sangat terkenal dan bagi mereka yang berkunjung ke Lombok, ramai yang telah menetapkan sedari awal lagi untuk menikmati hidangan Ayam Taliwang ini.

Namanya adalah daripada nama sebuah perkampungan yang terdapat di Cakranegara, Mataram iaitu Karang Taliwang.

Ada yang mengatakannya sebagai nama sebuah daerah di Sumbawa. Apa yang menariknya mengenai Ayam Taliwang ini?

Ayam ini dibuat dengan menggunakan daging ayam yang dibakar dengan berbagai jenis bahan seperti cili merah, kunyit, bawang merah, bawang putih, tomato dan beberapa bahan lagi sehingga menghasilkan daging ayam yang rasanya memang tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata!

Ramai yang memberikan review seperti baru sahaja dihidangkan ayam tersebut sudah kecur air liur, dagingnya sangat lembut dan penuh dengan rasa tidak seperti sajian ayam di tempat lain dimana perasanya  tidak menyerap masuk sehingga ke isi.

Pakej Kundasang Pakej Kundasang Pakej Kundasang
IKLAN / PROMOSI TERHAD

Plecing Kangkung

Plecing Kangkung
Plecing Kangkung memecah liur anda | CC: Cookpad

Satu lagi hidangan luar biasa dan sangat popular di Lombok adalah Plecing Kangkung.

Makanan ini kebiasaannya akan menjadi diantara hidangan lazim untuk majlis-majlis makan di Lombok. Ada yang mengatakannya sebagai salad Lombok.

Terpulang bagaimana anda mahu menggambarkannya namun kami memang tidak nafikan bahawa sajian ini memang sangat menyelerakan.

Saiz hidangan Plecil Kangkung kebiasannya pada saiz mini yang mana amat sesuai untuk dijadikan sebagai appetizer.

Kangkung yang digunakan adalah kangkung Lombok yang saiznya lebih besar dan lebar berbanding kangkung biasa.

Hal ini adalah kerana tanah di Lombok sangat subur dan menggalakkan tumbesaran tanaman disini.

Selain dari kangkung, sajian ini turut menampilkan taugeh, kacang goreng, dan sambal nyiur sebagai bahan utamanya.


Beberuk

Beberuk
Beberuk mempunyai rasa kuah yang menyelerakan | CC: Sumagung

Beberuk merupakan hidangan yang dijadikan pelengkap beberapa sajian.

Ia merupakan potongan timun, cili, sayur dan terung yang akan menjadi pelengkap kepada sajian utama di Lombok.

Bagi hidangan Beberuk asli, ia lebih menonjolkan dan menumpukan kepada terung dan juga kacang panjang namun kebanyakan restoran di Lombok sekarang ini tidak berapa menggunakan terung lagi didalam hidangan Beberuk mereka.

Kami sendiri tidak berapa yakin kenapa mereka memilih untuk mengeluarkan terung daripada elemen utama Beberuk. Apapun, rasanya tetap luar biasa enaknya. Gigitan cilinya pasti akan memberikan anda suatu bentuk kelazatan di lidah.


Ares Pisang & Nangka

Ares Nangka
Anda patut cuba Ares Nangka yang sedap ini

Dari namanya sahaja pasti akan memberikan anda kesulitan untuk membayangkan apa sebenarnya hidangan Ares ini bukan?

Ares sebenarnya merupakan satu hidangan berupa batang pisang muda yang belum berbuah dan disajikan bersama-sama dengan kuah serta kebiasannya dicampur dengan daging. Rasanya agak manis namun tetap menyelerakan.


Nasi Balap Puyung

Nasi Balap Puyung
Nasi Balap Puyung mempunyai rasa sedap yang istimewa | CC: Ivan Media

Ramai yang memberikan review dan feedback positif mengenai Nasi Balap Puyung ini sehingga menyebabkan kami untuk memasukkannya ke dalam senarai 5 makanan popular Lombok kali ini.

Ramai juga yang mengatakan jika anda telah mencubanya sekali, anda pasti ingin lagi.

Ia mengetengahkan konsep makanan pedas yang akan meningkatkan lagi selera makan anda.

Nasi Balap Puyung merupakan hidangan yang mempunyai ayam suwir, cili, kacang kedelai, taburan rebon kering, abon dan lauk belut.

Dari segi makanan yang disajikan bersama-sama dengan Nasi Balap Puyung ini sahaja sudah cukup untuk membuktikan kenapa ia menjadi popular.

Sekian sahaja untuk artikel kali ini berkaitan dengan 5 makanan popular di Lombok.

Banyak lagi makanan lain yang agak popular di Lombok namun 5 yang berada didalam senarai kami ini merupakan antara hidangan yang palin popular dan mendapat review yang sangat baik daripada orang ramai.

Rugi jika anda tidak mencubanya!

Bersambung…

Pakej-Percutian-Lombok-Indonesia

Tags: makanan lombokresepi masakan lombok
Trip Promo Trip Promo Trip Promo
IKLAN / PROMOSI TERHAD
Hadi Ghazali

Hadi Ghazali

Meminati dunia pelancongan sejak kecil lagi. Seorang konsultan pelancongan berpengalaman, Follow Hadi di Facebook. Ketahui selanjutnya tentang kami. Dapatkan pakej percutian di Melancong.my. Sertai Group Saya Kaki Melancong!

Artikel+ Bersambung

melancong ke lombok
Pakej Lombok

Melancong ke Lombok: Cadangan Romantik Bulan Madu

Lombok bukan lagi sekadar "bayangan" kepada Pulau Bali. Bagi pasangan yang sedang merancang bulan madu, Lombok kini berdiri megah sebagai...

Oleh: Hadi Ghazali
11 Januari, 2026
13.9k
bercuti-di-Lombok
Pakej Lombok

Bercuti Di Lombok: 3 Destinasi Paling Menarik

  Bercadang hendak bercuti di Lombok? Ini adalah destinasi-destinasi menarik di Lombok yang anda harus kunjungi. Lombok menawarkan banyak pantai...

Oleh: Hadi Ghazali
11 Januari, 2026
2.5k
Selanjutnya

Komen 3

  1. blank neesa says:
    + -

    pakej ini tidak termasuk trip snorkeling dan equipment untuk snorkeling ke?kalau saya nak tambah boleh ke?

    Reply
    • blank Help Desk says:
      + -

      Hai cik Neesa, untuk pakej Snorkeling tidak termasuk. Untuk trip snorkeling dan peralatan cik perlu membuat pembayar disana. 🙂

    • blank neesa says:
      + -

      berapa kos satu kepala untuk trip dan peralatan?kalau bawa peralatan sendiri di benarkan ke?

Tinggalkan Balasan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *


TREND PAKEJ |PROMOSI TERKINI

Pakej Scandinavia 2026

REKOMEN

edit post
Tempat Menarik di Bukit Tinggi

12 Tempat Menarik di Bukit Tinggi Paling Popular

15 Jun, 2026
35.5k
edit post
blank

43 Aktiviti Tempat Menarik di Janda Baik Terkini

2 Mac, 2026
88.6k
edit post
tempat menarik di kelantan

40 Tempat Menarik di Kelantan Terkini

23 Mac, 2026
31.3k
edit post
Tempat menarik di Kuantan

42 Tempat Menarik di Kuantan Terkini

28 Mac, 2026
87.8k
edit post
tempat menarik di dabong Kelantan

10 Aktiviti Tempat Menarik di Dabong Kelantan

5 Ogos, 2024
25.2k
edit post
tempat-menarik-di-johor-bahru

30 Tempat Menarik di Johor Bahru Terkini Berserta Tentatif Percutian

9 Jun, 2026
94.2k
Selanjutnya
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan

PAKEJ POPULAR |TERKINI 2026

Pakej-Kundasang-2026-FullTour

Pakej-Osaka-Jepun-Muslim

hotel promo hotel promo hotel promo
IKLAN / PROMOSI TERHAD
  • Langgan
  • Tentang Kami
  • Polisi
  • Terma dan Syarat
  • Hubungi Kami

© 2026 Melancong.my

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Indonesia
  • Singapore
  • Thailand
  • Vietnam
  • Cambodia
  • China
  • Korea
  • Jepun
  • Australia
  • India & Pakistan
  • Turki
  • Balkan
  • Uzbekistan
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami

© 2026 Melancong.my