fbpx
Melancong.my
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
SEBUTHARGA
PAKEJ TERKINI
  • Malaysia
  • Cruise
  • Singapore
  • Indonesia
  • Thailand
  • Vietnam
  • China
  • Jepun
  • Korea
  • Lagi
    • Pulau
    • Cambodia
    • India
    • Balkan
    • Australia
    • Turki
    • Uzbekistan
  • Malaysia
  • Cruise
  • Singapore
  • Indonesia
  • Thailand
  • Vietnam
  • China
  • Jepun
  • Korea
  • Lagi
    • Pulau
    • Cambodia
    • India
    • Balkan
    • Australia
    • Turki
    • Uzbekistan
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
Melancong.my
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
Halaman Malaysia Pakej Sarawak

Kampung Budaya Sarawak: Destinasi No 1 Popular di Kuching

Satu tarikan yang memenangi anugerah, Kampung Budaya Sarawak merupakan mikrokosma budaya seluruh negeri Sarawak. Digelar sebagai 'muzium hidup'!

Hasrul Wayne Oleh: Hasrul Wayne
01/07/2020
Kategori: Pakej Sarawak
Masa Bacaan: 2 mins read
7.4k 74
A A
3
Sarawak Culture Village Show
6.7k
SHARES
7.7k
VIEWS
FacebookTwitterPin
IKLAN / ADVERTISEMENT
Kampung Budaya Sarawak-Rumah Orang Ulu
Kampung Budaya Sarawak-Rumah Orang Ulu

Kampung Budaya Sarawak: Budaya adalah salah satu perkara yang menunjukkan keunikan identiti negara Malaysia. Adat resam sesuatu masyarakat sangat sinonim yang tidak dapat dipisahkan.

Malaysia yang terkenal dengan pelbagai bangsa dan kemewahan budaya membuatkan ia menjadi negara yang sangat unikt dan ianya menjadi satu aset yang bernilai dan harus dipelihara sepanjang masa supaya ianya dapat dikenali oleh generasi di masa akan datang. Sarawak adalah salah satu negeri yang kaya dengan kebudayaan.

Pakej-Percutian-Promosi-Kuching-Sarawak

Di Sarawak, terdapat kampung yang mempunyai pelbagaui penerangan tentang sesuatu budaya iaitu Kampung Budaya Sarawak, Santubong, Kuching.

Bagi sesiapa yang meminati dan ingin mengenali lebih rapat tentang budaya yang terdapat di Malaysia, anda boleh datang ke sini.

Tarian Tradisional Sarawak
Tarian Tradisional Sarawak

Kampung Budaya Sarawak terletak di kawasan kaki Gunung Santubong yang mempunyai pelbagai mitos yang tersendiri. Muzium yang terdapat di sini mempamerkan tradisi Sarawak yang kaya dengan pelbagai warisan budaya.

Terdapat pelbagai jenis paparan yang anda boleh lihat di sini seperti pakaian, kraftangan, gaya hidup dan kediaman tradisional masyarakat etnik utama negeri ini.

Terdapat juga persembahan kebudayaan yang akan dipersembahkan dua kali sehari. Antara kraftangan yang popular dan unik yang terdapat di sini adalah manik Sarawak dan Pua Kumbur iaitu sejenis tekstil tradisional masyarakat iban.

Kampung Budaya Sarawak
Keunikan Rumah d Kampung Budaya Sarawak

Kampung ini juga mempunyai pelbagai tempat yang menarik yang digunakan untuk acara-acara antarabangsa seperti Pesta Muzik Hutan Hujan Dunia / Rainforest World Music Festival dan Pesta Menuai Dunia.

Kampung Budaya ini menjadi tempat yang ideal untuk orang dari luar negara yang ingin mengetahui budaya yang terdapat di Malaysia khususnya di Sarawak.

IKLAN / ADVERTISEMENT

Anda yang berada di Bandar Kuching boleh sampai ke kawasan ini dalam masa 45 minit. Anda yang ingin merancang untuk percutian ke Sarawak wajib datang ke tempat ini.

Tiket untuk memasuki tempat ini adalah berharga RM60.00 bagi orang dewasa dan RM30.00 bagi kanak-kanak dan dengan harga ini ianya pasti tidak merugikan anda yang datang ke sini.

Rumah Penan
Rumah Penan

Muzium ini memperkenalkan rumah-rumah budaya yang mempunyai pelbagai bangsa seperti Rumah Panjang, Rumah Bidayuh, Rumah Iban, Rumah Orang Ulu, Rumah Penan, Rumah Melanau, Rumah Melayu dan Rumah Cina.

Perkampungan yang seluas 17 ekar ini mempunyai penduduk sekurang-kurangnya 150 orang. Mereka melakukan aktiviti harian suku kaum negeri Sarawak seperti aktiviti memproses sagu dan menghasilkan kraftangan.

Mereka akan berpakaian tradisional dan mengadakan persembahan tarian tradisional untuk para pengunjung yang datang ke kampong ini. Pengunjung yang datang juga dapat melihat pelbagai jenis replica bangunan yang mewakili setiap suku kaum pribumi yang ada di Sarawak.

Kampung Budaya Sarawak-Rumah Panjang
Rumah Panjang

Kampung Budaya Sarawak telah dibuka secara rasmi pada tahun 1990, ini telah memberikan pengalaman yang terindah bagi pengunjung yang mahu merasai sendiri gaya hidup serta kediaman sebenar masyarakat unik tersebut.

Pentas yang terdapat di dalam kampung ini juga telah digunakan untuk mempersembahkan tarian tradisional berbagai kaum.

Terdapat juga restoran dengan makanan yang lazat serta kedai kraftangan bagi sesiapa sahaja yang ingin menyimpan kenangan mereka berada di Kampung ini.

Anda yang ingin merancang perkahwinan juga boleh mengadakan perkahwinan anda di Kampung ini mengikut gaya tradisi kaum Iban, Melayu, Bidayuh atau Orang Ulu.

Kampung Budaya Sarawak-Rumah Melanau
Rumah Melanau

Rumah panjang juga terkenal dan didalamnya mempunyai deretan bilik-bilik bersebelahan yang disambungkan dengan sebuah ruang serambi yang panjang dan ianya digunakan untuk aktiviti-aktiviti seperti mengukir kayu dan menganyam bakul.

IKLAN / ADVERTISEMENT

Waktu yang dibuka kepada orang awam untuk melawat tempat ini adalah dari pukul 9 pagi sehingga pukul 9 malam dan persembahan akan diadakan pada pukul 12.30 tengah hari dan 4.30 petang.

Bagi pelancong yang datang dari luar Sarawak seperti semenanjung dan luar negara, mereka akan diberikan sebuah buku pasport kampung budaya yang digunakan untuk mengambil cop bagi setiap rumah yang berada di dalam Kampung Budaya ini.

Kampung Budaya Sarawak-Rumah Iban
Rumah Iban

Ianya adalah sesuatu yang menarik untuk kanak-kanak dan menjadi salah satu cenderahati paling bermakna untuk anda dan keluarga. Anda akan bermula dengan bergerak ke Taman Arca dengan pemandangan yang menarik dan jalan tersebut akan membawa anda kea rah jambatan kayu.

Keseluruhan kampung dibina mengelilingi tasik buatan manusia. Jadi anda tidak perlu berpatah balik untuk pergi ke sesuatu tempat yang lain kerana anda akan mengelilingi seluruh kampung dalam perjalanan.

IKLAN / ADVERTISEMENT

Keseluruhan kampung sangat dijaga rapi dengan pelbagai jenis tumbuhan yang ada sepanjang perjalanan. Anda akan diberi penjelasan tentang setiap rumah etnik.

Orang Ulu Sarawak

Masuk dan keluar dari sesebuah rumah akan membawa anda ke jalan yang utama. Jadi anda tidak perlu risau jika tersesat di sesuatu tempat. Setiap rumah juga mempunyai penerangan dalam Bahasa Inggris jika terdapat pelancong yang bukan asal dari Malaysia.

Terdapat beberapa ukiran batu yang pelik di beberapa tempat ketika anda berjalan melalui setiap rumah dan ianya memiliki ketinggian dari 2 ke 3 kaki panjang.

Ukiran batu ini telah diukir oleh beberapa pengukir dari seluruh dunia dan menjadi paparan untuk tontonan umum. Ukiran ini juga telah menjadikan Kampung Budaya ini sebagai tempat yang bukan dari zaman moden sekarang.

Ianya membuatkan anda sedang berada di sesuatu tempat yang lain atau anda akan merasakan seperti berada di masa silam. Terdapat juga fakta menarik yang lain di mana anda boleh sertai beberapa bengkel yang ada di sini yang akan diadakan setiap hari.

Selain dapat melihat pelbagai jenis rumah yang ada, pelancong juga dapat menonton persembahan tarian, alatan tradisional dan juga makanan tradisional etnik mereka yang di masak di situ.

Pengunjung yang hadir juga boleh mencuba alatan tradisional yang terdapat di situ seperti sumpit. Bagi sebatang sumpit yang ingin dicuba, anda boleh buat bayaran dengan hanya rm2.00.

Cenderamata yang dihasilkan oleh setiap etnik juga boleh didapati dengan harga yang berpatutan dan bagi pengumpul barang-barang kraftangan, ini adalah peluang anda untuk mendapatkan pelbagai kraftangan yang berbeza dari setiap etnik.

Sarawak Culture Village Show
Sarawak Culture Village Show

Apabila anda sudah penat dari berjalan mengelilingi rumah berdaya yang terdapat di Kampung Budaya ini, anda boleh berehat di dalam dewan dan melihat persembahan teater kebudayaan.

Teater kebudayaan ini dilakukan dalam masa 45 mini dan cukup untuk menghilangkan rasa penat anda. Teater ini diadakan untuk dua sesi antara jam 11.30 pagi sehingga jam 12.15 petang dan jam 4 petang sehingga 4.45 petang.

Tarian dari setiap etnik seperti tarian Zapin, Iban, Melanau, Silat dan banyak lagi akan dipersembahkan oleh etnik mereka sendiri.

httpv://www.youtube.com/watch?time_continue=98&v=_rfGc32YIy0

Kampung Budaya Sarawak ini menjadi bukti bahawa Malaysia mempunyai pelbagai masyarakat berbilang kaum dan mereka mampu untuk hidup dalam tempat yang sama dengan aman dan harmoni.

Walaupun Malaysia sudah mula membangun dengan pelbagai teknologi yang kian berkembang, mereka tidak lupa akan budaya dan adat yang dimiliki dalam diri mereka sejak dari dulu lagi.

Pakej-Percutian-Promosi-Kuching-Sarawak

Artikel Popular: Panduan Aktiviti & Tempat Paling Menarik Di Kuching, Sarawak
Tags: kampung budaya sarawakpakej sarawak
Kongsi2664Tweet1665Pin655
Telegram Melancong.my Telegram Melancong.my Telegram Melancong.my
Sebelumnya

Tempat Menarik Di Guangzhou: 10 Tarikan Lain Dari Yang Lain [RARE]

Seterusnya

Pulau Tioman: 12 Aktiviti & Tempat Menarik Di Pulau Tioman [POPULAR]

Hasrul Wayne

Hasrul Wayne

Editor di Melancong.my, berasal dari Sabah dan meminati dunia pelancongan. Jika anda ada sebarang idea untuk diketengahkan, hubungi kami untuk selanjutnya: tentang kami.

Artikel+ Bersambung

Suasana Malam di Kuching
Pakej Sarawak

Cadangan Itinerary Terbaik Percutian Pakej Kuching Sarawak 4 Hari 3 Malam

  Pakej Kuching Sarawak: Keindahan bumi kenyalang yang utama adalah terletak di Kuching Sarawak. Percutian Popular Ke Kuching Sarawak &...

Oleh: Hasrul Wayne
24/02/2021
2.5k
Longhouse Sarawak
Pakej Sarawak

50 Aktiviti, Tempat Makan & Tempat Menarik di Kuching Sarawak Popular [PANDUAN LENGKAP]

Kebanyakan pelancong yang datang akan bertanya apa yang boleh dibuat di Kuching. Sebenarnya terdapat banyak tempat yang menarik yang boleh...

Oleh: Hasrul Wayne
01/07/2020
14.3k
Selanjutnya
Seterusnya
tempat-menarik-di-pulau-tioman

Pulau Tioman: 12 Aktiviti & Tempat Menarik Di Pulau Tioman [POPULAR]

Nur Amalina binti Zulkifli

Pakej Langkawi: 4 Cadangan Aturcara Percutian Langkawi Terbaik [PANDUAN POPULAR]

4.8 4 votes
Penilaian Artikel
Langgan
Maklumkan saya
guest
guest
3 Komen
Popular
Terbaru Lama
Inline Feedbacks
View all comments
IKLAN / ADVERTISEMENT

Cadangan

Suasana Malam di Kuching

Cadangan Itinerary Terbaik Percutian Pakej Kuching Sarawak 4 Hari 3 Malam

24/02/2021
2.5k
Museum-Tsunami-at-night-in-Banda-Aceh

5 Tempat Paling Menarik Banda Aceh Indonesia

26/03/2021
416
Perkampungan Klasik Korea Selatan

Pakej Korea Musim Salji: Cadangan Percutian 5 Hari 4 Malam [POPULAR]

29/03/2021
2.9k
amalfi-coast-italy

20 Aktiviti & Tempat Menarik di Itali Serta Tips Percutian Terbaik [Panduan Lengkap]

10/06/2020
1.5k
IKLAN / ADVERTISEMENT

Sertai Telegram

Dapatkan tips & promo percutian terkini dihantar terus ke Telegram anda.

Telegram

Follow

Langgan Artikel

Network

  • Kenyir Eco
  • Malaysia Cruise
  • Sabah Trans

Pautan

  • Newsletter
  • Tentang Kami
  • Polisi
  • Terma dan Syarat
  • Hubungi Kami

Tentang Kami

Melancong.com.my adalah sebuah jenama & laman online info panduan pelancongan. Ianya dikendalikan oleh syarikat pelancongan iaitu Hadigo Travel And Tours Sdn Bhd

© 2021 Melancong.my - Direka oleh Hasrul & Co.

Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Indonesia
  • Singapore
  • Thailand
  • Vietnam
  • Cambodia
  • China
  • Korea
  • Jepun
  • Australia
  • India
  • Turki
  • Balkan
  • Uzbekistan
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami

© 2021 Melancong.my - Direka oleh Hasrul & Co.

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
wpDiscuz
3
0
Ingin sertai perbincangan? Sila komen.x
()
x
| Reply