Bercadang untuk melancong ke Bangkok dan Pattaya? Salah satu lokasi yang sering mendapat perhatian daripada para pengunjung yang datang ke Thailand ialah Bangkok.
Ada banyak keunikan yang anda akan temui apabila melancong ke Bangkok, antaranya masyarakat, budaya, senibina dan makanannya yang pasti sedap.
Salah satu faktor penariknya ialah banyak tempat-tempat yang menarik berada di sana dan anda boleh menjalankan pelbagai aktiviti ketika melancong ke Bangkok.
Dalam artikel ini disiarkan 4 tempat terbaik di Bangkok yang boleh anda jadikan rujukan untuk melawat Bangkok kelak.
1. Wat Pho

Disini terletak sebuah patung yang menjadi kebanggan penganut agama Buddha. Sebuah patung yang dibina pada abad ke-18, patung Buddha yang berbaring. Malah selain adanya patung yang bersaiz besar itu, disini juga anda boleh mendapatkan perkhidmatan urutan Thai yang asli.
Berbalik kepada patung Buddha tidur tadi, ianya menjadi salah satu patung Buddha yang terkenal di dunia dengan ukuran sepanjang 46 meter dan mempunya ketinggian 15 meter, patung ini cukup besar dan dapat dilihat dari jauh lagi.

Malah ramai backpackers mengambil sedikit masa untuk begambar di kawasan kuil ini bersama-sama dengan patung tidur yang besar ini. Waktu yang dibuka untuk apra pengunjung bermula dari pukul 8 pagi sehingga 5 petang.
Seperti mana-mana tempat ibadat yang lain, etika pemakaian sangat ditekankan disini, jadi pakailah pakaian yang sopan ketika melawat kawasan ini.

Malah untuk pengetahuan anda juga, patung ini dihasilkan daripada emas. Manakala mata dan kakinya dilapisi dengan mutiara.
Dengan caj masuk yang dikenakan sebanyak 20 Baht anda sudah boleh masuk ke kuil ini.
2. Grand Palace

Tak sepatutnya anda meninggalkan tempat ini jika anda berkunjung ke Bangkok. Grand Palace sebuah istana kerajaan yang pada masa dahulunya yang didiami oleh keluarga kerajaan Thailand namun istana ini sudah lama ditinggalkan.
Sekarang bangunan ini menjadi salah satu tempat tarikan pelancong dan kadang-kala akan digunakan untuk majlis-majlis rasmi yang dijalankan oleh pihak kerajaan ataupun pihak-pihak lain.

Antara bangunan-bangunan yang terdapat di dalam Grand Palace ialah Wat Phra Kawe, Royal Reception Halls dan pelbagai lagi bangunan yang berada di dalamnya yang mempunyai nilai sejarah bagi negara Thailand.

Jangan terkejut jika anda melihat rekaan kuil yang berwarna warni dan ini sudah pastinya sangat unik kerana warna yang digunakan sudah cukup menarik perhatian para pengunjung untuk bergambar di Wat Phra Kaew.
Untuk masuk ke sini bayaran dikenakan sebanayak 15 Baht sahaja.
3.Vimanmek Mansion

Tahukah anda, salah satu bangunan kayu jati yang terbesar di dunia terletak di Thailand dan diberi nama Vimanmenk Mansion. Sesuai dengan namanya bangunan ini dibina dengan gaya ala Eropah dan binaannya sangat cantik kerana ukiran-ukiran kayunya yang halus dan cukup berseni.

Malah di dalam bangunan ini juga terdapat banyak koleksi milik Raja Rama V yang terdiri daripada pelbagai jenis dan apa yang pasti semuanya unik dan sangat menarik untuk dilihat.
Malah banyak daripada koleksi di sini sudah mencapat usia ratusan tahun.
Terkini: Tempat Menarik Di Bangkok Dan Pattaya [Pilihan Terkini]
Tetapi ada satu larangan bagi mereka yang masuk ke sini, mengambil gambar tidak dibenarkan. Namun untuk kawasan luar istana tiada masalah.
4.Madame Tussauds

Salah satu lagi tempat yang menarik untuk dilawati ialah Madame Tussauds yang terletak di Siam Discovery Mall.
Jika negara barat banyak menjadikan patung lilin sebagai salah satu bahan tarikan ke negara mereka, Thailand juga tidak terlepas untuk menjadikan patung lilin Soekarno, David Beckham, dan lain-lain tokoh terkemuka dunia.


Disini tiada larangan untuk bergambar dan jangan terkejut andai ada kawan anda percaya mereka (patung lilin) ini orang yang sebenar kerana rupa yang dihasilkan oleh pengukir lilin ini sangat teliti dan sangat menyerupai orang yang sebenar.
Tiket yang dikenakan disini cuma 800 Baht saja untuk orang dewasa manakal 600 baht bagi kanak-kanak.

Hantar Mesej Perbualan
Anda boleh berikan mesej