Thailand merupakan antara destinasi pelancongan popular di dunia. Bangkok dan Pattaya adalah tumpuan utama pelancong.
Bangkok, yang merupakan ibu negara bagi Thailand merupakan antara tempat yang paling sesak dengan penduduk dan juga pelancong di dunia.
Hal ini kerana Bangkok merupakan tempat yang sangat menakjubkan, dan sangat luar biasa untuk dilawati.
Bangkok juga merupakan antara bandar yang tidak pernah sunyi dan sentiasa sibuk dengan aktiviti siang dan malam orang ramai.
Ada aktiviti-aktiviti atau perniagaan yang dijalankan pada siang hari dan diganti dengan aktiviti-aktiviti atau perniagaan yang mula beroperasi pada malam hari.
Hal ini menjadikan Bangkok tidak pernah lenggang dan sentiasa meriah.
Dengan kepadatan penduduk sebanyak 8 juta orang, anda akan menemui mereka yang datang daripada berbagai latar belakang bermula dari mereka yang tersangat miskin sehingga mereka yang tersangat kaya.
- Lihat Pakej Percutian Bangkok Terkini
- Lihat Penginapan Popular Bangkok
- Lihat Tour Terbaik di Bangkok
- Lihat Peta Lokasi Percutian Bangkok
Pin
Di dalam artikel kali ini, akan dikongsikan banyak tempat menarik di Bangkok yang anda perlu lawati.
Melancong Ke Bangkok Wat Pho: Kuil Emas Menakjubkan
![50 Tempat Menarik Di Bangkok Dan Pattaya [SENARAI POPULAR & RARE] 4 Wat Pho Bangkok](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2018/01/Wat-Pho-Bangkok-1024x680.jpg)
Bagi kebanyakan mereka yang datang berkunjung ke Bangkok, Wat Pho merupakan antara destinasi utama yang menjadi tumpuan mereka.
Ia merupakan tempat kepada patung “Reclining Buddha” yang setinggi 15 meter dan mempunyai kepanjangan sebanyak 46 meter.
![50 Tempat Menarik Di Bangkok Dan Pattaya [SENARAI POPULAR & RARE] 5 Wat Pho Bangkok - Interior](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2018/01/Wat-Pho-Bangkok-Interior-1024x685.jpg)
Keseluruhan patung ini diselaputi oleh emas dan ia kelihatan sangat menakjubkan apabila anda melihatnya dari jarak dekat.
Di dalam Wat Pho ini, terdapat 108 mangkuk dan dalam perjalanan anda untuk sampai ke Wat Pho ini, anda boleh membeli duit syiling untuk dimasukkan kedalam mangkuk-mangkuk tersebut.
![50 Tempat Menarik Di Bangkok Dan Pattaya [SENARAI POPULAR & RARE] 6 Wat Pho Bangkok - Art](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2018/01/Wat-Pho-Bangkok-Art-1024x682.jpg)
Khabarnya sejarah disebalik mangkuk-mangkuk ini merupakan simbol kepada 108 budi baik yang telah dilakukan oleh Buddha untuk mencapai kesempurnaan.
Di Wat Pho ini juga, anda boleh berehat seketika untuk menikmati urutan tradisional Thai.
Menarik Di Bangkok Grand Palace: Istana Indah Yang Sangat Luas
![50 Tempat Menarik Di Bangkok Dan Pattaya [SENARAI POPULAR & RARE] 8 Keindahan Senibina Grand Place Bangkok](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2018/01/Keindahan-Senibina-Grand-Place-Bangkok-1024x682.jpg)
Dalam kesemua tempat yang ada di Bangkok, Grand Palace merupakan antara destinasi yang tidak patut anda lepaskan untuk dilawati kerana ia merupakan antara tarikan yang paling menarik yang ada di Bangkok.
Ada yang mengatakan jika anda tidak berkunjung ke istana ini, anda tidak sepatutnya bergerak menuju ke destinasi tumpuan yang lain.
![50 Tempat Menarik Di Bangkok Dan Pattaya [SENARAI POPULAR & RARE] 9 Interior Bangkok Grand Palace](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2018/01/Interior-Bangkok-Grand-Palace-1024x768.jpg)
Istana ini pada suatu masa dahulu merupakan kediaman Raja dan juga tempat dimana kerajaan Thailand menjalankan pentadbiran mereka.
Untuk lawatan anda kesini, ia berkemungkinan mengambil masa yang agak lama kerana keluasannya yang seluas 214 000 meter persegi.
![50 Tempat Menarik Di Bangkok Dan Pattaya [SENARAI POPULAR & RARE] 10 Bangkok Grand Palace](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2018/01/Bangkok-Grand-Palace-1024x768.jpg)
Anda juga perlu berhati-hati dengan “scammer” yang berkeliaran diluar istana tersebut yang akan menganggu percutian anda.
Sebarang pembayaran haruslah dilakukan sebaik sahaja anda memasuki istana tersebut.
Percutian Ke Bangkok Chatuchak Market
![50 Tempat Menarik Di Bangkok Dan Pattaya [SENARAI POPULAR & RARE] 12 Suasana Pasar Chatuchak](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2018/01/Suasana-Pasar-Chatuchak.jpg)
Jika anda gemarkan aktiviti membeli-belah, Chatuchak Market merupakan antara destinasi yang wajib anda kunjungi.
Jika sebalikknya, ini merupakan tempat yang paling patut anda jauhi kerana pada hari ia beroperasi iaitu pada hari Sabtu dan Ahad, sebanyak 200 000 pengunjung akan hadir setiap hari.
![50 Tempat Menarik Di Bangkok Dan Pattaya [SENARAI POPULAR & RARE] 13 Chatuchak Market](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2018/01/Chatuchak-Market-1024x680.jpg)
Hal ini tidak mengejutkan kerana ia mempunyai 8000 gerai di kawasan seluas 27 ekar yang merupakan salah satu di antara pasar terbesar di dunia.
Anda boleh temui segalanya disini dan apa yang paling menarik adalah harganya adalah mengikut pasaran setempat dan bukanlah harga yang kebiasaannya sedikit mahal untuk pelancong.
![50 Tempat Menarik Di Bangkok Dan Pattaya [SENARAI POPULAR & RARE] 14 Kedai Porcelain Chatuchak Market](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2018/01/Kedai-Porcelain-Chatuchak-Market-1024x768.jpg)
Satu lagi nasihat buat anda adalah, lebih baik anda mendapatkan peta untuk kawasan Chatuchak Market ini untuk mengelakkan anda dari sesat.
Sungai Chao Phraya Meyusuri Keindahan Bangkok
![50 Tempat Menarik Di Bangkok Dan Pattaya [SENARAI POPULAR & RARE] 15 Pembangunan Disekitar Chao Phraya](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2018/01/Pembangunan-Disekitar-Chao-Phraya-1024x686.jpg)
Sesetengah orang menggelarkan Bangkok sebagai “Venice Timur” kerana ia mempunyai Sungai Chao Phraya yang mengalir melalui Bangkok.
Sungai ini merupakan nadi kepada semua hidupan yang terdapat di Bangkok kerana sehingga ke hari ini terdapat sekitar 50 000 orang yang melakukan berbagai pekerjaan di atas bot-bot yang melalui sungai Chao Phraya ini.
![50 Tempat Menarik Di Bangkok Dan Pattaya [SENARAI POPULAR & RARE] 16 Pemandangn Sungai Chao Phraya](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2018/01/Pemandangn-Sungai-Chao-Phraya-1024x766.jpg)
Ia merupakan sebahagian daripada perkara yang memberikan peluang pekerjaan kepada orang ramai.
Dengan melakukan perjalanan diatas bot, anda dapat menikmati keindahan dan kehebatan binaan kondominium dan juga hotel-hotel yang menarik dari segi binaan dan hiasannya.
![50 Tempat Menarik Di Bangkok Dan Pattaya [SENARAI POPULAR & RARE] 17 Pemandangan Malam Chao Phraya](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2018/01/Pemandangan-Malam-Chao-Phraya-1024x680.jpg)
Selain itu, anda juga akan melihat pondok-pondok kayu dan kanak-kanak bermain air sungai Chao Phraya.
Anda juga boleh bebas untuk naik dan turun di mana-mana perhentian untuk meneroka bahagian-bahagian lain yang terdapat di bandar tersebut.
Shopping Di Bangkok Siam Paragon
![50 Tempat Menarik Di Bangkok Dan Pattaya [SENARAI POPULAR & RARE] 18 Berbelanja di Siam Paragon](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2018/01/Berbelanja-di-Siam-Paragon-1024x680.jpg)
Siam Paragon merupakan sebuah syurga membeli-belah yang sangat terkenal dan mempunyai berbagai jenis kedai yang menawarkan bermacam-macam rekaan dan fesyen oleh pereka-pereka fesyen yang hebat, menempatkan akuarium terbesar di Asia Tenggara.
Juga panggung wayang multipleks yang besar dan banyak restoran yang menyediakan berbagai jenis makanan yang pastinya membuatkan anda kenyang.
![50 Tempat Menarik Di Bangkok Dan Pattaya [SENARAI POPULAR & RARE] 19 Pusat Membeli Belah Siam Paragon](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2018/01/Pusat-Membeli-Belah-Siam-Paragon-1024x682.jpg)
Terdapat lebih daripada 250 kedai di sana dan kebanyakannya dimiliki oleh orang ternama Thailand dan juga orang ternama luar negara.
Di Siam Paragon juga terdapat “showroom” daripada pengeluar-pengeluar kenderaan mewah seperti Lamborghini dan juga Ferrari.
Jadi, jika anda mempunyai wang yang cukup,anda pastinya dapat untuk mencari dan memiliki apa yang anda impikan disini.
Menara Sathorn: Misteri dan Pemandangan Bangkok
![50 Tempat Menarik Di Bangkok Dan Pattaya [SENARAI POPULAR & RARE] 20 Pemandang Indah Senja di Menara Sathorn](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2018/01/Pemandang-Indah-Senja-di-Menara-Sathorn-1024x683.jpg)
Untuk destinasi yang ini, ia agak unik kerana anda perlu menaiki sebuah bangunan terbiar setinggi 49 tingkat untuk menikmati pemandangan dari atas menara yang cukup mempersona dan juga luar biasa.
Pada awalnya, Menara Sathorn dibina sebelum berlakunya krisis ekonomi dunia di tengah-tengah bandar Bangkok.
Namun, kesan daripada krisis ekonomi dunia tersebut, pembinaan Menara Sathorn telah diberhentikan.
![50 Tempat Menarik Di Bangkok Dan Pattaya [SENARAI POPULAR & RARE] 21 Pemandangan Menara Sathorn](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2018/01/Pemandangan-Menara-Sathorn-1024x683.jpg)
Terdapat pengawal keselamatan yang bertugas untuk menjaga bangunan tersebut dan anda perlu “membayar” mereka untuk membolehkan anda mendapat kebenaran untuk menaiki menara tersebut.
Ramai yang mengatakan bahawa ia merupakan sesuatu yang sangat berbaloi kerana sebaik sahaja anda berada di puncak menara tersebut, pemandangan yang dapat anda lihat bukanlah sesuatu yang mudah diperoleh di tempat lain dan cara untuk mendapatkannya juga agak unik.
Trip Ke Bangkok Di Taman Lumpini Ditengah Kota
![50 Tempat Menarik Di Bangkok Dan Pattaya [SENARAI POPULAR & RARE] 22 Pemandangan Menarik Taman Lumpini](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2018/01/Pemandangan-Menarik-Taman-Lumpini-1024x692.jpg)
Di Bangkok juga terdapat sebuah taman yang sentiasa menjadi kunjungan pelancong luar dan juga penduduk setempat.
Taman ini dikenali sebagai Taman Lumpini yang berkeluasan 500 000 kaki persegi. Taman Lumpini ini menawarkan satu alternatif bagi mereka yang ingin lari dari kesibukan dan kesesakan kota.
Nama Lumpini diilhamkan daripada nama Buddha yang berasal dari Nepal. Pemandangan sekeliling yang indah dan menenangkan sememangnya menjadikan taman ini sebagai tumpuan semua peringkat usia.
![50 Tempat Menarik Di Bangkok Dan Pattaya [SENARAI POPULAR & RARE] 23 Lumpini Park Bangkok](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2018/01/Lumpini-Park-Bangkok-1024x678.jpg)
Anda boleh melihat kumpulan-kumpulan warga emas berlatih dan mengamalkan Tai Chi dan juga pasangan-pasangan muda meluangkan masa romantis mereka bersama-sama.
Tidak ketinggalan juga buat keluarga-keluarga yang menikmati waktu petang atau beriadah bersama-sama.
Pada hujung minggu, taman ini akan menjadi sedikit sesak dan padat dengan berbagai aktiviti yang dianjurkan. Waktu yang dicadangkan untuk anda melawat Taman Lumpini adalah pada waktu pagi atau sebelum matahari terbenam.
Tempat Menarik di Bangkok: Street Foods
![50 Tempat Menarik Di Bangkok Dan Pattaya [SENARAI POPULAR & RARE] 24 Som Tam Makanan Kegemaran Thailand](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2018/01/Som-Tam-Makanan-Kegemaran-Thailand-1024x578.jpg)
Ini merupakan antara benda yang patut anda alami dan nikmati apabila anda berkunjung ke Bangkok.
Warga Thailand gemar untuk makan diluar pada kebanyakan masa dan makanan jalanan merupakan antara pilihan mereka dan juga pilihan pelancong kerana ia menawarkan berbagai jenis menu yang lazat dan menarik perhatian.
![50 Tempat Menarik Di Bangkok Dan Pattaya [SENARAI POPULAR & RARE] 25 Makanan di Bangkok](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2018/01/Makanan-di-Bangkok-1024x768.jpg)
Tiada lokasi spesifik boleh dikongsikan kerana hampir kesemua jalan yang sibuk akan mempunyai gerai-gerai jalanan yang menawarkan berbagai juadah untuk pilihan anda.
Harga makanan-makanan yang dijual pula adalah mengikut kadar harga yang diberikan kepada penduduk setempat maka anda tidak perlu bimbang akan harga yang mahal yang biasanya dikenakan kepada pelancong seperti mana yang sering berlaku di destinasi percutian yang lain.
![50 Tempat Menarik Di Bangkok Dan Pattaya [SENARAI POPULAR & RARE] 26 Citrasa Oriental Bangkok](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2018/01/Citrasa-Oriental-Bangkok-1024x768.jpg)
Hal ini adalah kerana para peniaga di gerai jalanan ini bukan hanya menumpukan kepada pelancong, mereka turut menumpukan dan mengambil kira kemampuan penduduk setempat.
Antara menu yang patut anda cuba adalah Som Tam.
Som Tam sebenarnya sejenis kerabu mangga yang agak menarik dan sedap dimakan kerana ia mengetengahkan ciri-ciri masakan Thai didalamnya.
![50 Tempat Menarik Di Bangkok Dan Pattaya [SENARAI POPULAR & RARE] 27 Durian Popular di Bangkok](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2018/01/Durian-Popular-di-Bangkok-1024x768.jpg)
Anda juga boleh mendapatkan berbagai lagi menu lain dan kebanyakannya dimasak dihadapan anda.
Anda boleh melihat teknik masakan yang memukau dan boleh juga untuk anda “live” dimana-mana media sosial.
Bercuti Ke Bangkok Melihat Perlawanan Muay Thai Terbaik
![50 Tempat Menarik Di Bangkok Dan Pattaya [SENARAI POPULAR & RARE] 28 Seni Mempertahankan Diri Muay Thai](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2018/01/Seni-Mempertahankan-Diri-Muay-Thai-1024x683.jpg)
Muay Thai merupakan seni bela diri yang sangat popular di Thailand. Seluruh pelosok Thailand meminati perlawanan Muay Thai dan gelanggang serta perlawanan terbesar di Thailand biasanya mengambil tempat di Bangkok.
Perlawanan tersebut kebiasaannya diadakan di Stadium Lumpini atau Stadium Ratchadamnoen.
![50 Tempat Menarik Di Bangkok Dan Pattaya [SENARAI POPULAR & RARE] 29 Muay Thai Bangkok](http://wpfc.ml/b.gif)
Muay Thai merupakan antara sukan utama yang menjadi perhatian di Thailand.
Bagi kebanyakan stesen televisyen di Thailand, jika mereka menyiarkan perlawanan Muay Thai, angka tontonan yang dicatatkan adalah sangat tinggi.
![50 Tempat Menarik Di Bangkok Dan Pattaya [SENARAI POPULAR & RARE] 30 Sukan Muay Thai Di Bangkok](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2018/01/Sukan-Muay-Thai-Di-Bangkok-1024x685.jpg)
Meluangkan masa anda di stadium bagi perlawanan Muay Thai akan menjanjikan anda sebuah suasana yang sangat menarik dan penuh dengan aksi.
Sorakan penonton-penonton benar-benar akan membuatkan bulu roma anda meremang kerana anda dapat merasakan semangat yang dibawa bersama sorakan tersebut.
Tonton Persembahan Istimewa Boneka Bangkok
![50 Tempat Menarik Di Bangkok Dan Pattaya [SENARAI POPULAR & RARE] 31 Bangkok Puppet Show](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2018/01/Bangkok-Puppet-Show.jpg)
Persembahan boneka Bangkok atau “Bangkok Puppet Show” merupakan satu keunikan yang ada dan ditawarkan oleh Bangkok.
Bagi kebanyakan persembahan boneka yang lain, pemain boneka kebiasaannya tersorok daripada penonton.
Tapi tidak bagi “Bangkok Puppet Show” kerana mereka merupakan sebahagian daripada persembahan boneka tersebut. Bagi setiap boneka, tiga orang diperlukan untuk mengawalnya.
Persembahan boneka ini banyak berkisar tentang kisah-kisah dongeng klasik dan diiringi oleh kumpulan okestra secara langsung yang akan menaikkan lagi “mood” dan suasana.
![50 Tempat Menarik Di Bangkok Dan Pattaya [SENARAI POPULAR & RARE] 32 Persembahan Bangkok Puppet Show](http://wpfc.ml/b.gif)
Penyediaan dan rekaan prop juga sangat luarbiasa dan merupakan antara tarikan tambahan yang ada bagi “Bangkok Puppet Show”.
Selain Bangkok, Thailand turut mempunyai berbagai lagi tempat tumpuan yang mampu memberikan pengalaman yang berbeza. Berikut merupakan antara tempat lain yang boleh anda lawati jika anda berkunjung ke Thailand.
Bercuti Di Bangkok Taman Botanikal Tropikal Nong Nooch
![50 Tempat Menarik Di Bangkok Dan Pattaya [SENARAI POPULAR & RARE] 33 Keindahan Taman Botanikal Tropikal Nong Nooch](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2018/01/Keindahan-Taman-Botanikal-Tropikal-Nong-Nooch-1024x768.jpg)
Jika anda berminat dengan pemandangan indah hiasan bunga, pohon dan taman berlandskap, taman ini merupakan antara tempat terbaik untuk anda luangkan masa anda.
Taman ini berkeluasan 2.4 kilometer persegi dan merupakan antara taman yang mempunyai antara bunga-bungaan yang paling cantik di dunia.
![50 Tempat Menarik Di Bangkok Dan Pattaya [SENARAI POPULAR & RARE] 34 Senibina Menarik Taman Botanikal Tropikal Nong Nooch](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2018/01/Senibina-Menarik-Taman-Botanikal-Tropikal-Nong-Nooch-1024x682.jpg)
Taman ini telah memenangi banyak anugerah untuk rekaannya yang menarik dan luarbiasa serta akan terus merangkul lebih banyak lagi anugerah di masa hadapan kerana keadaan taman tersebut yang sentiasa dijaga dengan rapi.
![50 Tempat Menarik Di Bangkok Dan Pattaya [SENARAI POPULAR & RARE] 35 Tumbuhan Unik Taman Botanikal Tropikal Nong Nooch](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2018/01/Tumbuhan-Unik-Taman-Botanikal-Tropikal-Nong-Nooch-1024x768.jpg)
Di taman ini terdapat sekitar 670 jenis bunga orkid dan juga turut menyediakan persembahan bakat gajah.
Melihat pelbagai bunga-bunga ini pasti membuatkan anda seperti berada di taman khayalan kanak-kanak yang sungguh cantik.
Percutian Bangkok Di Pasar Terapung Pattaya
![50 Tempat Menarik Di Bangkok Dan Pattaya [SENARAI POPULAR & RARE] 36 Pemandangan Four Regions Floating Market](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2018/01/Pemandangan-Four-Regions-Floating-Market-1024x674.jpg)
Walaupun di Thailand terdapat banyak pasar terapung, tetapi pasar terapung di Pattaya menawarkan suatu kelainan yang tidak akan anda dapat di tempat lain.
Nama sebenar pasar terapung ini adalah “Four Regions Floating Market”. Hal ini disebabkan oleh pasar ini dibahagikan kepada empat bahagian.
![50 Tempat Menarik Di Bangkok Dan Pattaya [SENARAI POPULAR & RARE] 37 Four Regions Floating Market](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2018/01/Four-Regions-Floating-Market.png)
Setiap bahagian menjual barangan yang berbeza yang menggambarkan setiap bahagian tersebut. Tidak kesemua kedai tersebut adalah terapung.
Ada sesetengah kedai berada di atas bot dan bergerak sepanjang sungai serta terdapat beberapa kedai yang kekal di tepi sungai.
![50 Tempat Menarik Di Bangkok Dan Pattaya [SENARAI POPULAR & RARE] 38 Makan Laut di Four Regions Floating Market](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2018/01/Makan-Laut-di-Four-Regions-Floating-Market-1024x580.jpg)
Untuk menikmati keseronokan dan keunikan pasar terapung Pattaya ini, anda dicadangkan supaya mendapatkan khidmat bot untuk anda bergerak ke seluruh pasar terapung ini dengan mudah.
Anda akan rasai kelainan dan suasana sangat berbeza dengan pasar-pasar yang pernah anda pergi.
Jadi Sebahagian Daripada Seni di Art in Paradise
![50 Tempat Menarik Di Bangkok Dan Pattaya [SENARAI POPULAR & RARE] 39 Menarik di Art in Paradise](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2018/01/Menarik-di-Art-in-Paradise-1024x655.png)
Galeri ini bukan merupakan galeri seni biasa kerana konsepnya sangat berbeza dengan konsep yang diketengahkan oleh galeri seni yang lain.
Di Art in Paradise anda akan menjadi sebahagian daripada seni itu sendiri dengan bantuan ilusi optikal dan juga beberapa teknik hebat yang akan menjadikan anda seolah-olah berada di dalam seni itu sendiri.
![50 Tempat Menarik Di Bangkok Dan Pattaya [SENARAI POPULAR & RARE] 40 Senilukis di Art In Paradise](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2018/01/Senilukis-di-Art-In-Paradise.jpg)
Galeri ini menyediakan berbagai gambar yang apabila anda mengambil gambar, anda akan kelihatan seperti sedang benar-benar menyeberangi jambatan lama atau merentasi padang pasir dengan menaiki karpet terbang.
![50 Tempat Menarik Di Bangkok Dan Pattaya [SENARAI POPULAR & RARE] 41 Seni tanah liat di Art In Paradise](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2018/01/Seni-tanah-liat-di-Art-In-Paradise.jpg)
Galeri ini dibahagikan kepada 10 seksyen dan mempunyai lebih daripada 100 hasil seni yang berbeza.
Ia merupakan satu pengalaman yang menyeronokkan bukan sahaja bagi kanak-kanak malah orang dewasa juga akan berasa kagum dengan kehebatan dan keunikan seni yang ditonjolkan.
Crocodile Farm & Zoo Yang Mendebarkan
![50 Tempat Menarik Di Bangkok Dan Pattaya [SENARAI POPULAR & RARE] 42 Persembahan Crocodile Farm Bangkok](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2018/01/Persembahan-Crocodile-Farm-Bangkok-1024x683.jpg)
Ia dibina pada tahun 1950 sebagai taman buaya pertama Thailand. Sekarang ini, taman buaya ini telah menjadi taman buaya terbesar di dunia!
Ia terletak di Tambon Tai Ban, 3 kilometer dari pekan Samut Prakan.
Taman buaya ini mempunyai lebih daripada 60 000 buaya dari berbagai spesis. Jika anda berkunjung ke sini, anda akan dapat melihat pertunjukan harian menangkap buaya dengan tangan kosong.
Kebiasaannya pertunjukan akan diadakan dari pukul 9 pagi sehingga 5 petang dan rehat pada waktu tengah hari.
![50 Tempat Menarik Di Bangkok Dan Pattaya [SENARAI POPULAR & RARE] 43 Aksi Mendebarkan Crocodile Farm Bangkok](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2018/01/Aksi-Mendebarkan-Crocodile-Farm-Bangkok.jpg)
Waktu memberi makan pula adalah diantara pukul 4.30-5.30 petang.
Tarikan lain yang terdapat disini adalah pertunjukan gajah yang diadakan pada setiap hari dari pukul 9.30 pagi sehingga 4.30 petang.
Selain itu, anda juga boleh melihat haiwan-haiwan lain seperti penyu, ular, unta, badak air dan berbagai jenis spesis ikan. Disini juga terdapat muzium dinosaur yang mempunya replika saiz sebenar lebih daripada 13 jenis dinosaur.
Muzium Erawan Yang Misteri dan Pelik
![50 Tempat Menarik Di Bangkok Dan Pattaya [SENARAI POPULAR & RARE] 44 Tugu Samut Prakan](http://wpfc.ml/b.gif)
Apabila anda memandu ke daerah Samut Prakan dari Bangkok, anda pastinya akan dapat melihat sebuah binaan gergasi gajah berkepala tiga disepanjang Jalan Sukhumvit. Gajah berkepala tiga ini merupakan Muzium Erawan.
Muzium tersebut terletak didalam gajah yang setinggi 50 meter ini. Didalam muzium ini dipamerkan berbagai barangan antik dan purba.
![50 Tempat Menarik Di Bangkok Dan Pattaya [SENARAI POPULAR & RARE] 45 Hiasan dalaman Erawan museum](http://wpfc.ml/b.gif)
Muzium ini dimiliki oleh syarikat yang sama yang memiliki Ancient Siam.
Anda boleh mengikuti lawatan yang disediakan setiap 30 minit supaya anda boleh mendapatkan informasi yang lebih mendalam dan kunjungan anda juga akan menjadi lebih tersusun.
![50 Tempat Menarik Di Bangkok Dan Pattaya [SENARAI POPULAR & RARE] 46 Erawan museum](http://wpfc.ml/b.gif)
Lawatan ini akan bermula daripada tingkat paling bawah dan akan ke setiap tingkat serta anda akan mendapat penerangan yang lebih terperinci untuk setiap barangan yang dipamerkan.
Jangan lupa untuk melihat permandangan sekeliling menerusi tingkap kecil yang disediakan.
Dream World Amusement Park
![50 Tempat Menarik Di Bangkok Dan Pattaya [SENARAI POPULAR & RARE] 47 Dream World Amusement Park Thailand](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/01/Dream-World-Amusement-Park-Thailand-1024x683.jpg)
Dream World Amusement Park ternyata merupakan salah satu daripada taman tema yang sangat sesuai untuk anda dan keluarga. Disini, anda boleh temukan berbagai aktiviti yang sesuai untuk kesemua lapisan umur.
Antaranya adalah, “Wild Water Ride”. Tarikan ini akan membawa anda mengelilingi taman tema ini dengan menaiki “circular pod” yang mampu memuatkan beberapa orang penumpang dalam satu masa.
![50 Tempat Menarik Di Bangkok Dan Pattaya [SENARAI POPULAR & RARE] 48 Dream World Amusement Park Show](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/01/Dream-World-Amusement-Park-Show-1024x538.jpg)
Anda “confirm” akan basah lencun! Jadi, pastikan anda mengambil kira faktor seperti pakaian “spare” untuk kunjungan anda kesini.
Tarikan lain yang ada adalah, Sky Coaster yang pastinya akan buat anda kecut perut, Bicycle Boat dan Bumper Boat untuk pengunjung muda, kandang haiwan, taman landskap untuk fotografi, pengalaman menikmati salji, Giant House dan macam-macam lagi.
Wat Arun Wat Chaeng Sungai Chao Phraya
![50 Tempat Menarik Di Bangkok Dan Pattaya [SENARAI POPULAR & RARE] 49 Wat Arun](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/01/Wat-Arun-1024x682.jpg)
Wat Arun atau lebih dikenali sebagai Wat Chaeng oleh penduduk setempat merupakan sebuah kuil yang terletak di tepi Sungai Chao Phraya.
Ia merupakan salah satu daripada kuil yang dikunjungi di Bangkok disebabkan oleh lokasinya di tepi sungai dan ia juga mempunyai seni bina yang agak unik berbanding dengan kuil lain.
![50 Tempat Menarik Di Bangkok Dan Pattaya [SENARAI POPULAR & RARE] 50 Senibina Wat Arun](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/01/Senibina-Wat-Arun-683x1024.jpg)
Ramai yang mencadangkan supaya anda meluangkan masa sekurang-kurangnya sejam untuk benar-benar menikmati suasana dan keunikan yang ada disini.
Antara masa yang terbaik untuk anda berkunjung ke sini adalah pada waktu pagi kerana ia lebih sunyi berbanding waktu lain. Jadi, anda tidak perlu bersesak dengan pengunjung lain.
Dusit Palace Raja Rama V
![50 Tempat Menarik Di Bangkok Dan Pattaya [SENARAI POPULAR & RARE] 51 Ananta Samakhom Throne Hall](http://wpfc.ml/b.gif)
Dusit Palace atau Istana Dusit merupakan sebuah tempat tinggal diraja di Bangkok dan ia terletak di sebuah kawasan lapang di kawasan utara Pulau Rattanakosin. Istana ini dibina oleh Raja Rama V.
Untuk mengelakkan sebarang kekecohan daripada berlaku, sebuah kompleks istana dan tempat tinggal diraja telah dibina yang mana dikenali sebagai Istana Dusit.
![50 Tempat Menarik Di Bangkok Dan Pattaya [SENARAI POPULAR & RARE] 52 Dusit Palace](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/01/Dusit-Palace-1024x553.jpg)
Namun kini, ia merupakan sebuah kompleks yang menempatkan institusi politik, organisasi antarabangsa, dan juga istana-istana diraja.
Berkeluasan sekitar 64, 749 meter persegi, ia turut mempunyai taman-taman yang indah.
Ia juga menjadi lambang modernisasi Thailand selain turut mempunyai “aura” Eropah.
Royal Thai Elephant Museum
![50 Tempat Menarik Di Bangkok Dan Pattaya [SENARAI POPULAR & RARE] 53 Royal Thai Elephant Museum](http://wpfc.ml/b.gif)
Jika anda merupakan seorang yang gemarkan sejarah mengenai sesebuah tempat, anda boleh berkunjung ke Royal Thai Elephant Museum.
Disini, anda akan pelajari dengan lebih mendalam mengenai peranan gajah putih di Thailand dan macam mana gajah-gajah tersebut dipilih.
Anda juga boleh temukan sebuah patung gajah bersaiz besar yang pastinya akan mengagumkan anda. Tak rugi untuk anda berkunjung ke sini jika anda dah sampai ke Istana Dusit kerana anda boleh mengetahui beberapa sejarah yang menarik tanpa perlu meluangkan masa yang lama.
Wat Hua Lamphong
![50 Tempat Menarik Di Bangkok Dan Pattaya [SENARAI POPULAR & RARE] 54 Wat Hua Lamphong Bangkok](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/01/Wat-Hua-Lamphong-Bangkok-1024x680.jpg)
Wat Hua Lamphong merupakan sebuah kuil Buddha diraja yang terletak di Daerah Bang Rak di Bangkok. Ia telah diubahsuai pada ulang tahun ke 50 pemerintahan Raja Bhumibol Adulyadej pada tahun 1996.
Ia merupakan diantara destinasi yang tidak tersenarai dalam senarai wajib kunjung di Bangkok namun ia sedikitpun tidak kalah dengan destinasi lain yang ada disini.
Sebaliknya, disebabkan oleh popularitinya yang agak rendah tersebut telah menjadikan ia sebuah destinasi yang sangat sesuai untuk anda menikmati keindahan dan keunikan senibina tradisional Thai serta keluar daripada kesesakan kota Bangkok.
Wat Mahathat
![50 Tempat Menarik Di Bangkok Dan Pattaya [SENARAI POPULAR & RARE] 55 Wat Mahathat](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/01/Wat-Mahathat-1024x683.jpg)
Wat Mahathat merupakan satu-satunya kuil di Ayutthaya yang masih mempunyai peninggalan lama Buddha.
Ia telah dibina pada tahun 1374 oleh Raja Borommarachal. Pada tahun 1767, ia telah dibakar oleh penceroboh daripada Burma.
![50 Tempat Menarik Di Bangkok Dan Pattaya [SENARAI POPULAR & RARE] 56 Wat Mahathat, Bangkok](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/01/Wat-Mahathat-Bangkok-1024x683.jpg)
Bayangkan peninggalannya sekarang pun dah memukau, apa lagi kalau sebelum pencerobohan. Ia turut menjadi diantara destinasi popular pengunjung untuk berjalan-jalan di sekitarnya dan bergambar.
Anda perlu pilih waktu yang sesuai seperti awal pagi untuk berkunjung ke sini bagi mengelakkan kesesakan dengan pengunjung pada waktu lain.
Bangkok Art and Culture Centre
![50 Tempat Menarik Di Bangkok Dan Pattaya [SENARAI POPULAR & RARE] 57 Bangkok Art and Culture Centre Building](http://wpfc.ml/b.gif)
Bagi anda yang inginkan kelainan sewaktu berada di Bangkok terutamanya jika anda ingin keluar daripada kesesakan kota Bangkok, kunjungan ke Bangkok Art and Culture Centre sangatlah disarankan.
Disini anda boleh mengalami dan merasai sendiri keunikan dan kekayaan seni dan budaya di Thailand.
![50 Tempat Menarik Di Bangkok Dan Pattaya [SENARAI POPULAR & RARE] 58 Bangkok Art and Culture Centre](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/01/Bangkok-Art-and-Culture-Centre-844x1024.jpg)
Antara tarikan utama disini adalah yuran masuknya. Ia percuma! Ramai juga yang mengatakan pengalaman untuk mencari tempat ini juga agak menarik.
Selain itu, kemudahan yang ditawarkan disini juga sangat memuaskan dimana anda boleh temukan kedai kopi dan juga gerai hasil seni. Tandas disini juga sangat bersih walaupun masuknya adalah percuma.
Siam Niramit Theatre Show
![50 Tempat Menarik Di Bangkok Dan Pattaya [SENARAI POPULAR & RARE] 59 Siam Niramit Theatre Show](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/01/Siam-Niramit-Theatre-Show-1024x568.jpg)
Bagi penggemar teater, tak lengkap kunjungan anda ke Bangkok jika anda tidak berkunjung ke Siam Niramit Theatre Show. Ia merupakan sebuah teater “indoor” yang sangat cantik dan mempunyai kapasiti sebanyak 2000.
Ia terletak di Krung Thep Maha Nakhon. Kalau anda tanyakan 10 pengunjung yang berkunjung ke sini, 8 daripadanya pasti akan mengatakan anda tidak patut untuk tidak datang ke sini.
![50 Tempat Menarik Di Bangkok Dan Pattaya [SENARAI POPULAR & RARE] 60 Siam Niramit Theatre Show New](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/01/Siam-Niramit-Theatre-Show-New-1024x642.jpg)
Ia juga mempunyai berbagai persembahan teater yang sesuai untuk semua lapisan umur selain turut menawarkan hidangan bufet.
Kemudahan pengangkutan untuk berkunjung ke sini juga banyak dan anda tidak perlu risau mengenai tambang kerana anda servis “shuttle” percuma disini.
Beckoning Chinatown
![50 Tempat Menarik Di Bangkok Dan Pattaya [SENARAI POPULAR & RARE] 61 Beckoning Chinatown](http://wpfc.ml/b.gif)
Rasanya hampir kesemua tempat popular dalam dunia pasti anda Chinatown mereka sendiri. Jika di Bangkok, ia ada Beckoning Chinatown terletak di Yaowarat Road. Disini anda boleh temukan sebuah gerbang bersenikan senibina China.
Jadi, bila anda dah jumpa gerbang ni, anda memang tak tersalah tempat dah.
![50 Tempat Menarik Di Bangkok Dan Pattaya [SENARAI POPULAR & RARE] 62 Beckoning Chinatown Bangkok Night](http://wpfc.ml/b.gif)
Ia merupakan diantara destinasi yang sangat popular dan menjadi tumpuan pelancong yang berkunjung ke Bangkok.
Antara tarikan utama disini adalah gerai-gerai jalanan, pasar dan juga restoran yang menghidangkan berbagai jenis masakan.
Ia menjadi tempat berkumpul bagi kebanyakan pelancong generasi muda kerana adanya tempat-tempat makan untuk mereka berkumpul dan melepak.
Bangkok’s Dusit Zoo
![50 Tempat Menarik Di Bangkok Dan Pattaya [SENARAI POPULAR & RARE] 63 Bangkok’s Dusit Zoo](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/01/Bangkok’s-Dusit-Zoo-1024x678.jpg)
Dusit Zoo atau turut dikenali sebagai Khao Din merupakan sebuah zoo yang lengkap dengan hospital haiwan, muzium, tren untuk bersiar-siar. kantin dan juga pusat pembelajaran. Ia menempatkan lebih daripada 1600 haiwan.
Lokasi yang berkeluasan 188 800 meter persegi ini merupakan zoo pertama Thailand dan telah wujud selama 60 tahun.
![50 Tempat Menarik Di Bangkok Dan Pattaya [SENARAI POPULAR & RARE] 64 Bangkok’s Dusit Zoo](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/01/Bangkok’s-Dusit-Zoo-1-1024x678.jpg)
Konsep zoo Thailand yang diketengahkan disini benar-benar berbeza dengan kebanyakan konsep zoo di negara lain. Disini anda boleh temukan pasar makanan dan juga kereta dipandu di sekitar zoo.
Disini juga anda boleh temukan sebuah tasik besar dimana anda boleh menikmati pemandangan yang agak menarik.
Koh Kret Island
![50 Tempat Menarik Di Bangkok Dan Pattaya [SENARAI POPULAR & RARE] 65 Nontaburi Ko Kret](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/01/Nontaburi-Ko-Kret-1024x681.jpg)
Pulau Koh Kret Merupakan sebuah kawasan pedalaman yang agak menarik sebenarnya di Bangkok.
Anda boleh kesini dengan berbagai cara. Cara yang paling menarik yang boleh kami cadangkan kepada anda adalah dengan menaiki BTS ke Victory Monument.
Kemudian anda perlu berjalan kaki ke Wat Sanam Neua sebelum anda menaiki feri untuk menyeberang sungai.
![50 Tempat Menarik Di Bangkok Dan Pattaya [SENARAI POPULAR & RARE] 66 Nontaburi Ko Kret Pot Maker](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/01/Nontaburi-Ko-Kret-Pot-Maker-1024x684.jpg)
Bersiar-siar sekitar pulau dengan berjalan kaki tidaklah terlalu meletihkan. Malah, anda akan rasa sangat seronok kerana ada banyak tempat untuk anda berhenti dan berehat.
Jadi. anda bolehlah beli makanan atau minuman sambil berehat terlebih dahulu.
Jalan disini agak menaik dan anda akan melalui banyak rumah. Apa yang paling best adalah penduduk setempat sangat ramah.
Wat Intharawihan
![50 Tempat Menarik Di Bangkok Dan Pattaya [SENARAI POPULAR & RARE] 67 Wat Intharawihan Bangkok](http://wpfc.ml/b.gif)
Kalau anda nak tahu, Wat Intharawihan merupakan diantara kuil yang kurang dikenali dan semakin dilupakan oleh pengunjung di Bangkok.
Ia merupakan satu-satunya kuil yang mempunyai patung Buddha besar di Bangkok. Patung yang setinggi 32 meter ini benar-benar mengagumkan.
Ia juga turut dikenali dengan nama Luang Pho atau Phra Si Ariyamettrai.
Kuil ini dihias dengan lantai batu berkaca dan juga emas 24K. Ia juga mempunyai tinggalan Buddha yang datang dari Sri Lanka. Pada asalnya, ia dikenali sebagai Wat Rai Phrik dan dibina sejak dari era Ayutthaya lagi.
Ayutthaya City
![50 Tempat Menarik Di Bangkok Dan Pattaya [SENARAI POPULAR & RARE] 68 Ayutthaya City](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/01/Ayutthaya-City-1024x682.jpg)
Ayutthaya City merupakan salah satu daripada tinggalan bandar purba yang sangat mengagumkan. Rata-rata pengunjung daripada seluruh dunia pastinya tidak akan melepaskan peluang untuk berkunjung ke sini.
Ia dibina pada tahun 1350 dan merupakan pusat kepada Empayar Siam pada masa tersebut.
![50 Tempat Menarik Di Bangkok Dan Pattaya [SENARAI POPULAR & RARE] 69 Ayutthaya City](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/01/Ayutthaya-City-Bangunan-768x1024.jpg)
Selepas kejatuhan Empayar Angkor, bandar Ayutthaya telah berkembang menjadi salah satu daripada pusat tumpuan ekonomi dunia selama 400 tahun disebabkan oleh kedudukannya yang strategik diantara China dan India.
Pemandangan yang memukau sangat sesuai untuk anda bergambar. Bukan senang untuk menemukan tinggalan purba sebegini lagi.
Royal Barge Museum
![50 Tempat Menarik Di Bangkok Dan Pattaya [SENARAI POPULAR & RARE] 70 Royal Barge Museum](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/01/Royal-Barge-Museum-1024x681.jpg)
Muzium Baj Diraja Bangkok ini merupakan salah satu daripada destinasi yang agak unik untuk anda kunjungi bila anda berada di Bangkok. Disini anda boleh lihat sendiri bot dan juga tongkang diraja yang digunakan suatu masa dahulu. Ada beberapa bot yang masih kekal keadaannya dari dulu lagi dan ada juga yang telah dibaiki semula.
Kebanyakan bot dan tongkang yang digunakan kerabat diraja ini adalah berhias dan berwarna-warni.
Asiatique Sky
![50 Tempat Menarik Di Bangkok Dan Pattaya [SENARAI POPULAR & RARE] 71 Asiatique Sky](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/01/Asiatique-Sky-1024x680.jpg)
Asiatique Sky merupakan diantara destinasi kegemaran dan tumpuan ramai pelancong yang datang ke Bangkok.
Bayangkan, disini anda boleh temukan berbagai jenis restoran yang menyajikan bermacam jenis sajian dari masakan Thai, Jepun, Cina, Barat dan macam-macam lagi.
![50 Tempat Menarik Di Bangkok Dan Pattaya [SENARAI POPULAR & RARE] 72 Asiatique Sky Night](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/01/Asiatique-Sky-Night.jpg)
Tarikan utama disini adalah Ferris Wheel. Namun, disebabkan ia sentiasa penuh dengan pengunjung, peluang untuk anda menaikinya agak tipis.
Apapun anda tak perlu risau kerana bukan itu saja tarikan yang ada disini.
Ia juga terkenal sebagai tempat untuk anda membeli bermacam jenis makanan menarik, tempat urut dan bermacam-macam lagi.
Terminal 21 Bangkok
![50 Tempat Menarik Di Bangkok Dan Pattaya [SENARAI POPULAR & RARE] 73 Terminal 21 Bangkok](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/01/Terminal-21-Bangkok-1024x683.jpg)
Terminal 21 di Bangkok ini direka khas seperti sebuah lapangan terbang dengan rekaan siling yang sangat tinggi. Disini, anda boleh temukan banyak kedai yang menjual barangan berjenama dan juga barangan “indie”.
Pendek kata, Terminal 21 Bangkok adalah tempat untuk anda membeli belah! Tapi, bukan itu saja tarikan yang ada disini. Ia serba lengkap dengan bermacam jenis kemudahan.
Bank, wayang dan kemudahan-kemudahan lain sperti pusat penukaran wang nyata mampu memudahkan urusan anda. Ia juga terkenal dengan “food court” yang terletak di tingkat atas yang harganya sangat berpatutan.
MBK Shopping Centre
![50 Tempat Menarik Di Bangkok Dan Pattaya [SENARAI POPULAR & RARE] 74 MBK Bangkok Night](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/01/MBK-Bangkok-Night-1024x683.jpg)
Mana-mana destinasi pelancongan di Bangkok pastinya tidak sah kalau tidak sesak. Begitu juga halnya di MBK Shopping Centre. Walaubagaimanapun, ia tidak sedikitpun mematahkan semangat pelancong untuk berkunjung ke sini.
Hal ini kerana ia mempunyai begitu banyak pilihan untuk membeli belah seperti pakaian, makanan dan juga cenderahati. Apa yang lagi best adalah, harganya yang boleh dikatakan berbaloi dan tidak semahal seperti gedung membeli belah lain yang ada di Bangkok.
Bangunan setinggi 6 tingkat ini mempunyai terlalu banyak barangan dan kalau anda “power” anda boleh tawar harga dan dapatkan harga termurah kerana persaingan antara peniaga disini agak tinggi.
Thon Buri
![50 Tempat Menarik Di Bangkok Dan Pattaya [SENARAI POPULAR & RARE] 75 Thon Buri](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/01/Thon-Buri-683x1024.jpg)
Kalau anda nak tahu mana lagi tempat yang menjadi tumpuan pelancong, Thonburi termasuk salah satu daripadanya.
Ramai yang memilih untuk menaiki feri yang walaupun perjalanannya agak singkat namun menyeronokkan merentasi Sungai Chao Phraya ke bahagian yang lebih kebaratan disini.
Kebanyakan pelancong akan memilih untuk menetap di hotel di tepi sungai dan ramai juga yang berkunjung ke sini semata-mata untuk melihat tarikan-tarikan utama di Thonburi seperti Wat Arun, The Artist’s House, Wat Kalayanamit, pasar terapung dan bermacam-macam lagi tarikan lain.
Sanctuary of Truth
![50 Tempat Menarik Di Bangkok Dan Pattaya [SENARAI POPULAR & RARE] 76 Sanctuary of Truth](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/01/Sanctuary-of-Truth-1024x682.jpg)
Santuacry of Truth atau turut dikenali sebagai Prasat Sut Ja Tum merupakan salah satu destinasi wajib kunjung jika anda berada di Pattaya. Binaan ini telah dibina pada tahun 1981 oleh Lek yang merupakan kacukan siam dan cina. Beliau telah meninggal dunia pada tahun 2000 dan tempat ini kemudiannya disambung selia oleh anak beliau.
![50 Tempat Menarik Di Bangkok Dan Pattaya [SENARAI POPULAR & RARE] 77 Sanctuary of Truth, Pattaya](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/01/Sanctuary-of-Truth-Pattaya-819x1024.jpg)
Menariknya mengenai Sanctuary of Truth adalah, ia dibina 100% dengan menggunakan kayu tanpa sebarang paku! Ukiran yang ada disini pastinya akan membuatkan anda terpukau.
Untuk masuk kesini, anda akan dikenakan caj sekitar 500 Baht. Anda juga boleh menggunakan khidmat “guide” jika perlu.
Buddha Mountain (Khao Chi Chan)
![50 Tempat Menarik Di Bangkok Dan Pattaya [SENARAI POPULAR & RARE] 78 Buddha Mountain](http://wpfc.ml/b.gif)
Buddha Mountain atau turut dikenali sebagai Khao Chi Chan merupakan sebuah destinasi yang sangat sesuai jika anda inginkan suasana yang agak damai dan menenangkan. Ditambah pula tiada sebarang bayaran masuk dikenakan.
Ramai yang memilih untuk bersiar-siar disekitar kawasan ini. Ramai juga yang menjadikannya sebagai “port” untuk bergambar.
Bayangkan kalau dari jauh pun anda dah terpukau dengan pemandangannya, inikan pula dari dekat.
Sebab itulah ramai juga pelajar yang memilih untuk bergambar konvo disini. Tarikan utama disini bersesuaian dengan namanya adalah patung Buddha gergasi yang dibina disini.
Wat Phra Khao Yai (“Big Buddha Hill”)
![50 Tempat Menarik Di Bangkok Dan Pattaya [SENARAI POPULAR & RARE] 79 Wat Phra Khao Yai](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/01/Wat-Phra-Khao-Yai-1024x682.jpg)
Terletak betul-betul di puncak Bukit Pratumnak, diantara Pattaya dan Pantai Jomtien, adalah agak mustahil jika anda tidak perasan akan patung Buddha yang berketinggian 18 meter walaupun dari jauh. Patung ini kelihatan keluar daripada celahan pokok-pokok yang ada di bukit tersebut.
Patung Buddha yang merupakan diantara yang terbesar disini, merupakan tarikan utama Wat Phra Yai.
Ia dibina pada tahun 1940-an dimana pada ketika itu Pattaya bukanlah seperti apa yang anda kenali seperti sekarang.
Rekaan patung dan kompleks kuil tersebut menjadi tarikan buat pelancong selain daripada keindahan alam semulajadi di sekeliling kuil serta pemandangan Pantai Jomtien yang anda boleh saksikan dari sini.
Ripley’s Believe It Or Not!
![50 Tempat Menarik Di Bangkok Dan Pattaya [SENARAI POPULAR & RARE] 80 ripley’s believe it or not pattaya](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/01/ripley’s-believe-it-or-not-pattaya-1024x675.jpg)
Sebuah lagi tarikan utama yang sering menjadi tumpuan pelancong apabila berkunjung ke Pattaya.
Ripley’s Believe It Or Not merupakan sebuah destinasi wajib kunjung jika anda inginkan destinasi yang mampu memberikan anda hiburan disamping mempelajari beberapa perkara baru.
![50 Tempat Menarik Di Bangkok Dan Pattaya [SENARAI POPULAR & RARE] 81 ripley’s believe it or not Zombie](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/01/ripley’s-believe-it-or-not-Zombie-1024x768.jpg)
Antara tarikan utama disini adalah muzium lilin yang mempunyai berbagai jenis pameran dan dibahagikan kepada beberapa bahagian mengikut temanya yang tersendiri. Antara tarikan lain yang menjadi tumpuan adalah Mirror Maze.
Ia juga mempunya beberapa tarikan lain lagi seperti Haunted House, Laser Challenge dan Odditorium. Namun, anda perlu membayar harga yang berbeza untuk setiap aktiviti yang anda ingin lakukan.
Koh Larn Island & Pattaya Viewpoint
![50 Tempat Menarik Di Bangkok Dan Pattaya [SENARAI POPULAR & RARE] 82 Koh Larn Pattaya Island](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/01/Koh-Larn-Pattaya-Island-1024x682.jpg)
Pulau kecil Koh Larn terletak sekitar 10 kilometer dari pinggir Pattaya. Ia merupakan diantara pulau yang terkenal dalam kalangan pelancong dari dalam dan luar negara. Pulau ini sangat kecil dan panjangnya adalah sekitar 4.5 kilometer sahaja.
Namun, ia menawarkan bermacam jenis sukan air yang boleh dilakukan seperti jet ski, banana boat, parasailing, dan kayak. Anda juga berpeluang untuk melakukan aktiviti seperti snorkeling di beberapa lokasi terterntu disini.
![50 Tempat Menarik Di Bangkok Dan Pattaya [SENARAI POPULAR & RARE] 83 Pratumnak Viewpoint Pattaya](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/01/Pratumnak-Viewpoint-Pattaya-1024x669.jpg)
Di Pattaya Viewpoint pula, anda boleh melihat Wat Khao Phra Bat yang terletak diatas bukit yang mempunyai sebuah kuil yang dikatakan peninggalan Buddha dan sebuah monumen untuk Kromluang Chomphonkhetudomsak yang merupakan pengasas kepada Tahi Navy yang disanjung tinggi oleh rakyat Thailand.
Tidak kira pada bila-bila masa kunjungan anda sekalipun, anda pastinya akan terpukau dengan keindahan panorama yang boleh anda saksikan disini.
Nak lagi menarik kalau anda melihatnya pada waktu malam dimana lampu yang terpasang akan menambahkan lagi seri buat keindahan yang sedia ada indah ini.
Pattaya Elephant Jungle Sanctuary
![50 Tempat Menarik Di Bangkok Dan Pattaya [SENARAI POPULAR & RARE] 84 Pattaya Elephant Jungle Sanctuary](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/01/Pattaya-Elephant-Jungle-Sanctuary-1024x683.jpg)
Destinasi seterusnya yang kami sarankan anda untuk kunjungi adalah Pattaya Elephant Jungle Sanctuary.
Ia merupakan sebuah pusat perlindungan gajah dimana gajah-gajah yang ada disini adalah gajah yang diselamatkan daripada tempat-tempat lain dan dijaga serta dipelihara dengan penuh kasih sayang oleh staf disini.
Anda boleh lihat sendiri bagaimana cara staf disini melayan dan menjaga gajah-gajah yang ada.
Anda juga akan rasa teruja untuk melihat gajah-gajah tersebut bebas berkeliaran tanpa ada sebarang rantai besi yang mengikat mereka. Antara tarikan yang ada disini adalah aktiviti memberi makan dan memandikan gajah.
Ban Amphur Beach
![50 Tempat Menarik Di Bangkok Dan Pattaya [SENARAI POPULAR & RARE] 85 Ban Amphur Beach](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/01/Ban-Amphur-Beach-1024x678.jpg)
Bila anda sampai kesini, anda pastinya akan terkejut dengan tahap kebersihan pantai ini yang sukar untuk anda temukan di tempat lain. Ia juga mempunyai suasana yang segar dan nyaman selain air lautnya yang sangat-sangat menyegarkan.
Ia merupakan diantara lokasi menarik yang agak kurang dikunjungi oleh pelancong.
Namun, ada juga pelancong yang lebih selesa jika tidak ramai tahu akan lokasi ini kerana biasalah kan bila sesebuah tempat menjadi viral, keindahan, kebersihan dan kecantikannya pasti akan terjejas kesan daripada sikap rakus dan tidak beretika manusia.
Ia juga merupakan diantara lokasi terbaik untuk melihat pemandangan matahari terbenam.
Miniature At Mini Siam And Mini Europe
![50 Tempat Menarik Di Bangkok Dan Pattaya [SENARAI POPULAR & RARE] 86 Miniature At Mini Siam And Mini Europe](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/01/Miniature-At-Mini-Siam-And-Mini-Europe-1024x768.jpg)
Destinasi kali ini akan memberikan anda peluang untuk meneroka dunia dalam masa yang sangat singkat. Anda boleh temukan bermacam jenis miniatur dunia di Mini Siam and Mini Europe.
Ramai yang memilih untuk bergambar disini kerana kalau anda pandai bermain dengan sudut dan suasana, gambar yang anda ambil memang akan nampak realistik.
![50 Tempat Menarik Di Bangkok Dan Pattaya [SENARAI POPULAR & RARE] 87 Miniature At Mini Siam And Mini Europe 3](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/01/Miniature-At-Mini-Siam-And-Mini-Europe-3-1024x768.jpg)
Bayangkan hampir kesemua monumen terkenal dunia anda boleh temukan disini seperti Menara Pisa, Rumah Opera Australia, dan macam-macam lagi.
Bila anda mula-mula masuk kesini, anda akan melalui kawasan tempat terkenal dunia terlebih dahulu dan kemudian anda akan ke kawasan terkenal Thailand pula.
Bangkok National Museum
![50 Tempat Menarik Di Bangkok Dan Pattaya [SENARAI POPULAR & RARE] 88 National Museum Bangkok](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/01/National-Museum-Bangkok-1024x768.jpg)
Bangkok National Museum merupakan sebuah muzium yang dibina diatas tanah bekas kawasan Century Wang Na Palace. Muzium ini menempatkan berbagai jenis koleksi seni dan artifak Thai.
Ia merupakan diantara destinasi yang sangat sesuai untuk anda kunjungi jika anda ingin tahu lebih lanjut mengenai negara Thai.
Ia dibuka oleh King Rama V untuk mempamerkan segala barangan antik yang diberikan oleh ayahnya.
![50 Tempat Menarik Di Bangkok Dan Pattaya [SENARAI POPULAR & RARE] 89 Bangkok National Museum](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/01/Bangkok-National-Museum-1024x768.jpg)
Pada permulaan, reputasi muzium ini agak teruk kerana ia tidak diuruskan baik. Barang yang dipamerkan juga berhabuk dan tidak dijaga dengan baik.
Namun kini semuanya dah berubah dan anda boleh temukan kesemuanya disusun dengan rapi serta turut disediakan penerangan dalam bahasa Inggeris.
Giant Swing Bangkok
![50 Tempat Menarik Di Bangkok Dan Pattaya [SENARAI POPULAR & RARE] 90 Giant Swing Thailand](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/01/Giant-Swing-Thailand-1024x682.jpg)
Dalam banyak-banyak tempat menarik di Thailand, Giant Swing ni agak unik kerana ia merupakan sebuah binaan yang digunakan oleh sami untuk menghayunkan diri mereka sebagai tanda memberikan penghormatan kepada Shiva untuk setiap kali kunjungannya ke bumi mengikut kepercayaan mereka.
![50 Tempat Menarik Di Bangkok Dan Pattaya [SENARAI POPULAR & RARE] 91 giant swing bangkok](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/01/giant-swing-bangkok-1024x682.jpg)
Ia terletak di Wat Suthat Thepvararam dan telah dibina pada tahun 1784 lagi.
Namun, pada era pemerintahan King Rama VII, upacara ini telah dihentikan pada tahun 1935 disebabkan oleh banyak kemalangan yang berlaku sewaktu upacara tersebut dijalankan.
Pada tahun 1949, binaan ini telah didaftarkan sebagai binaan purba oleh Kementerian Kesenian.
![50 Tempat Menarik Di Bangkok Dan Pattaya [SENARAI POPULAR & RARE] 92 Promosi Pakej Percutian Bangkok](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/01/Promosi-Pakej-Percutian-Bangkok-e1624927130322.jpg)
Di Bangkok & Pattaya Thailand sememangnya sebuah destinasi yang kaya dengan sejarah dan tempat-tempat serta aktiviti menarik.
Oleh kerana itu, ia telah menjadi antara destinasi tumpuan pelancong dari seluruh dunia. Jika anda berkesempatan untuk berkunjung ke Thailand terutamanya Bangkok, jangan lupa untuk mengunjungi dan melawati kesemua tempat yang telah dinyatakan.
Bersambung…