Melancong.my
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
PAKEJ TERKINI
LANGGAN PERCUMA
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Singapore
  • Indonesia
  • Thailand
  • Vietnam
  • China
  • Jepun
  • Korea
  • Lagi
    • Cambodia
    • India & Pakistan
    • Balkan
    • Australia
    • Turki
    • Uzbekistan
    • Maldives
    • Filipina
    • Perancis
    • Switzerland
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Singapore
  • Indonesia
  • Thailand
  • Vietnam
  • China
  • Jepun
  • Korea
  • Lagi
    • Cambodia
    • India & Pakistan
    • Balkan
    • Australia
    • Turki
    • Uzbekistan
    • Maldives
    • Filipina
    • Perancis
    • Switzerland
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
Melancong.my
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
Promosi Terhad Promosi Terhad Promosi Terhad
Halaman Thailand Pakej Bangkok Pattaya

7 Aktiviti Menarik Yang Anda Boleh Lakukan Di Bangkok

Hadi Ghazali Oleh: Hadi Ghazali
11 Mac, 2026
Kategori: Pakej Bangkok Pattaya
Masa Bacaan: 2 mins read
499 29
A A
18
Trip ke Bangkok
35.6k
VIEWS
FacebookTwitterPin
PROMO TERHAD PROMO TERHAD PROMO TERHAD
IKLAN / PROMOSI TERHAD

 

Bangkok merupakan diantara destinasi tumpuan pelancong dari seluruh dunia kerana ianya destinasi yang banyak aktiviti anda boleh lakukan.

Bandar yang sibuk ini kadangkala membuatkan pelancong menjadi kurang menggemarinya.

Namun, jika anda tahu kemana dan apa yang harus lakukan apabila anda berada disana, Bangkok akan menjadi sebuah tempat yang sangat menarik untuk dikunjungi.

Promo Hotel Promo Hotel Promo Hotel
IKLAN / PROMOSI TERHAD

Tarikan paling popular di Bangkok, selain daripada kehidupan malamnya yang meriah, termasuk kuil yang menakjubkan seperti Grand Palace dan Wat Pho.

Selain itu, pasar yang sibuk seperti Chatuchak dan Chinatown, taman damai seperti Lumpini, tapak kebudayaan seperti Rumah Jim Thompson dan Wat Arun

Tambahan lagi dengan tarikan unik seperti kompleks Asiatique The Riverfront dan kuil Golden Mount.

Promosi Pakej Percutian Bangkok

  • Lihat Pakej Percutian Bangkok Terkini
  • Lihat Penginapan Popular Bangkok
  • Lihat Tiket Penerbangan ke Bangkok
  • Lihat Tour Terbaik di Bangkok
  • Lihat Peta Lokasi Percutian Bangkok

Pin

  • 1 Mengunjungi The Grand Palace dan Emerald
  • 2 Menaiki Bot di Sungai Chao Phraya
  • 3 Temukan Keunikan Pasar Terapung
  • 4 Jim Thompson’s House
  • 5 Melegakan Badan Dengan Thai Massage
  • 6 Menikmati Makanan Jalanan Bangkok
  • 7 Mengunjungi Thanon Rambuttri dan Soi Rambuttri
Berikut merupakan 7 aktiviti paling menarik yang anda boleh lakukan di Bangkok.


Mengunjungi The Grand Palace dan Emerald

Bangkok Grand Palace
Bangkok Grand Palace

 Sudah pastinya kunjungan anda ke Bangkok tidak akan lengkap sekiranya anda tidak melawat kedua-dua tempat ini.

Anda memang akan masih terasa sesak dengan kehadiran dan kunjungan ratusan atau ribuan pengunjung pada satu-satu masa tapi percayalah yang ia sangat berbaloi untuk anda untuk melihat keunikan dan kehebatan binaan disini.

Ia bakal menjadi diantara aktiviti menarik yang anda boleh lakukan di Bangkok.

Temple of the Emerald Buddha
Temple of the Emerald Buddha

Kompleks yang dibina pada tahun 1782 ini merupakan bekas kediaman kerabat diraja Thailand. Ia juga turut menempatkan Temple of the Emerald Buddha yang merupakan kuil suci Buddha yang paling utama di negara Thai.

Anda pastinya terpegun dengan keindahan dan keunikan senibina, patung pelindung, dan juga ketelitian dalam seni bina The Grand Palace.

The Grand Palace
The Grand Palace

Bahagian yang paling mengujakan adalah Elevated Platform dimana terdapat sebuah biara besar berbentuk loceng yang diliputi jubin berwarna emas.

Pakej Kundasang Pakej Kundasang Pakej Kundasang
IKLAN / PROMOSI TERHAD

Juga Buddhist Library yang menggambarkan 4 imej Buddha dalam gaya jawa yang diperbuat daripada batu gunung berapi dan juga Royal Pantheon.


Menaiki Bot di Sungai Chao Phraya

Kesibukan Chao Phraya
Kesibukan Chao Phraya

Aktiviti menarik yang anda boleh lakukan di Bangkok jika anda ingin menikmati keindahan Bangkok dari sudut yang berbeza, anda boleh menaiki bot di Sungai Chao Phraya.

Perkhidmatan bot yang disediakan oleh penduduk setempat hanyalah sekitar 14 Baht sahaja dan anda akan menikmati satu pengalaman yang sangat luar biasa di Bangkok.

Kesibukan-Chao-Phraya
Keindahan lampu menerangi Chao Phraya

Disepanjang sungai, anda akan menemukan tokong yang terletak di tepi sungai, hotel-hotel mewah dan juga bangunan-bangunan kolonial usang.

Anda juga boleh menaiki bot pelancongan dimana anda akan dapat untuk menikmati keindahan pemandangan yang lebih berbeza dan lebih baik. Caj untuk bot ini adalah sekitar 40 baht.


Temukan Keunikan Pasar Terapung

Pasar Terapung Bangkok
Pasar Terapung Bangkok

Diantara aktiviti menarik yang anda boleh lakukan di Bangkok adalah mengunjungi pasar terapung. Percayalah yang ia merupakan diantara aktiviti dan lokasi yang anda tidak patut untuk tidak kunjungi.

Pasar terapung ini dipenuhi dengan berbagai barangan menarik dan anda pastinya akan jatuh hati dengan serta merta.

Bangkok Floating Market
Bangkok Floating Market

Anda juga akan berpeluang untuk beramah mesra dan berbual dengan penduduk setempat dan boleh bertanyakan perihal makanan setempat.

Bergantung kepada keselesaan anda, anda boleh memilih untuk ke pasar terapung yang lebih padat dengan pengunjung atau pasar terapung yang lebih tenang dan tidak terlalu sesak dengan pengunjung.


Jim Thompson’s House

Jim Thompson’s House
Jim Thompson’s House

Satu lagi aktiviti menarik yang anda boleh lakukan di Bangkok adalah dengan mengunjungi tempat tarikan seperti muzium dan juga rumah warisan seperti Jim Thompson House.

Ia merupakan sebuah muzium yang menempatkan koleksi seni yang dimiliki oleh seorang arkitek dan usahawan Amerika bernama Jim Thompson.

Jim Thompson’s House
Rumah Encik Jim Thompson’s

Ia dibina pada tahun 1959 dan mempunyai 6 buah rumah tradisional Thai yang dikelilingi oleh taman yang membuatkannya kelihatan seperti hutan tropika.

Ia dihiasi dengan barangan antik seperti “chandelier’ dari istana Thai dan juga pintu dari China. Selain itu, arca Buddha abad kelapan, lukisan tardisional Thai dan juga tembikar abad ke 12.

Setiap pengunjung akan diiringi oleh “guide”. Pengunjung juga akan diceritakan kisah Jim Thompson yang hilang secara misteri di Malaysia pada 1967.


Melegakan Badan Dengan Thai Massage

Thai Massage
Just Thai Massage

Selain dari gerai jalanan, Thai Massage merupakan satu lagi sebab aktiviti menarik yang anda boleh lakukan di Bangkok. Mustahil bagi anda yang berkunjung ke sini untuk tidak mendengar “massage”, “massage” – daripada tukang urut.

Ia mulai popular selepas perang dunia kedua dimana ia melibatkan proses urutan “deep” dan juga regangan. Teknik dan proses ini membantu aliran darah dan lebih menyihatkan.


Menikmati Makanan Jalanan Bangkok

Makan di Jalanan Bangkok
Makan di Jalanan Bangkok

Jika anda pernah berkunjung ke negara lain, anda pastinya bersetuju yang Bangkok mempunyai terlalu banyak gerai makanan jalanan. Ia ada di hampir semua tempat!

Sebab utama lambakan gerai jalanan ini adalah kerana penduduk setempat gemar untuk makan di gerai jalanan. Ia menawarkan terlalu banyak pilihan pada harga yang berpatutan.

Pastikan anda juga jaga keselamatan ketika berada di jalanan Bangkok.

thailand-bangkok-chinatown-chinese

Namun, bagi anda yang beragama Islam, anda perlu lebih berhati-hati dalam memilih tempat makan. Anda boleh temukan juga tempat makan yang halal dan masih dapat menikmati hidangan gaya Thai.

Mengunjungi gerai jalanan merupakan diantara aktiviti menarik yang anda boleh lakukan ketika percutian Bangkok anda.


Mengunjungi Thanon Rambuttri dan Soi Rambuttri

Khao San Road
Khao San Road

Terletak berhampiran dengan tempat terkenal Khao San Road, kedua-dua jalan ini merupakan gambaran dan bukti sebenar campuran kebudayaan timur dan barat di Bangkok.

Terdapat begitu banyak restoran yang unik dan memukau yang dihias berkonsepkan motif Asia, lampu tergantung, gerai jalanan dan banyak lagi tarikan yang sukar anda temukan di tempat lain.

Tuktuk Khao San Road
Tuktuk Khao San Road

 

Kedua-dua jalan ini juga merupakan diantara sebab pelancong dari seluruh dunia berkunjung ke Bangkok dan menjadi antara tarikan utama di Bangkok.

Selain dari menjadi tumpuan untuk makan, ia juga merupakan tumpuan utama pengunjung untuk membeli cenderahati dan bertemu dengan pelancong lain.

 berkunjung ke Bangkok

Sekian sahaja artikel kali ini mengenai aktiviti menarik yang anda boleh lakukan di Bangkok.

Sebenarnya terdapat banyak lagi aktiviti menarik lain yang anda boleh lakukan apabila berkunjung ke sini namun pastikan anda melakukan kesemua aktiviti yang telah dikongsikan supaya anda tidak terlepas sebarang aktiviti wajib yang anda perlu lakukan apabila berkunjung ke Bangkok.

Bersambung…

Promosi Pakej Percutian Bangkok

Tags: bangkok pattayabercuti di bangkok
Trip Promo Trip Promo Trip Promo
IKLAN / PROMOSI TERHAD
Hadi Ghazali

Hadi Ghazali

Meminati dunia pelancongan sejak kecil lagi. Seorang konsultan pelancongan berpengalaman, Follow Hadi di Facebook. Ketahui selanjutnya tentang kami. Dapatkan pakej percutian di Melancong.my. Sertai Group Saya Kaki Melancong!

Artikel+ Bersambung

Tempat Menarik di Bangkok Thailand
Pakej Bangkok Pattaya

50 Aktiviti Tempat Menarik Di Bangkok Pattaya

  Thailand merupakan antara destinasi pelancongan popular di dunia. Bangkok dan Pattaya adalah tumpuan utama pelancong. Bangkok, yang merupakan ibu...

Oleh: Hadi Ghazali
10 Mac, 2026
58k
Bercuti Di Bangkok
Pakej Bangkok Pattaya

Bercuti Di Bangkok: 7 Tips Keselamatan Pelancong

  Melancong dan bercuti di Bangkok merupakan diantara aktiviti yang paling menyeronokkan terutamanya di tempat-tempat pelancongan popular. Beruntung bagi mereka...

Oleh: Hadi Ghazali
11 Mac, 2026
43.6k
Selanjutnya

Komen 18

  1. blank Lily says:
    + -

    Assalamualaikum… boleh bagi quotation utk 10pax utk tarikh bln jan nnt…utk pakej bangkok

    Reply
  2. blank Diana says:
    + -

    Boleh saya dapatkan pakej transport airport pergi dan balik dan aktiviti untuk 3 hari 2 mlm

    Reply
  3. blank Azmi says:
    + -

    Salam. Boleh saya dapatkan cadangan package perjalanan dgn keretapi ke bangkok … dan tiga malam di bangkok dgn cadangan itinarynya dan pulang ke KL dengan penerbangan. Untuk 6 orang. Terima kasih.

    Reply
Selepas

Tinggalkan Balasan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *


TREND PAKEJ |PROMOSI TERKINI

Pakej Scandinavia 2026

REKOMEN

Tempat Menarik di Bukit Tinggi

12 Tempat Menarik di Bukit Tinggi Paling Popular

15 Jun, 2026
34k
Tempat menarik di Kuantan

42 Tempat Menarik di Kuantan Terkini

28 Mac, 2026
87k
blank

43 Aktiviti Tempat Menarik di Janda Baik Terkini

2 Mac, 2026
87.4k
tempat-menarik-di-johor-bahru

30 Tempat Menarik di Johor Bahru Terkini Berserta Tentatif Percutian

9 Jun, 2026
93.3k
tempat menarik di dabong Kelantan

10 Aktiviti Tempat Menarik di Dabong Kelantan

5 Ogos, 2024
24.3k
tempat menarik di kelantan

40 Tempat Menarik di Kelantan Terkini

23 Mac, 2026
30.2k
Selanjutnya
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan

PAKEJ POPULAR |TERKINI 2026

Pakej-Kundasang-2026-FullTour

Pakej-Osaka-Jepun-Muslim

hotel promo hotel promo hotel promo
IKLAN / PROMOSI TERHAD
  • Langgan
  • Tentang Kami
  • Polisi
  • Terma dan Syarat
  • Hubungi Kami

© 2026 Melancong.my

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Indonesia
  • Singapore
  • Thailand
  • Vietnam
  • Cambodia
  • China
  • Korea
  • Jepun
  • Australia
  • India & Pakistan
  • Turki
  • Balkan
  • Uzbekistan
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami

© 2026 Melancong.my