fbpx
Melancong.my
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
PAKEJ TERKINI
LANGGAN PERCUMA
  • Malaysia
  • Cruise
  • Singapore
  • Indonesia
  • Thailand
  • Vietnam
  • China
  • Jepun
  • Korea
  • Lagi
    • Pulau
    • Cambodia
    • India
    • Balkan
    • Australia
    • Turki
    • Uzbekistan
  • Malaysia
  • Cruise
  • Singapore
  • Indonesia
  • Thailand
  • Vietnam
  • China
  • Jepun
  • Korea
  • Lagi
    • Pulau
    • Cambodia
    • India
    • Balkan
    • Australia
    • Turki
    • Uzbekistan
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
Melancong.my
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
Halaman Thailand Pakej Phuket

20 Aktiviti & Tempat Menarik Di Phuket Thailand Terkini [PANDUAN]

Hadi Ghazali Oleh: Hadi Ghazali
01/08/2021
Kategori: Pakej Phuket
Masa Bacaan: 8 mins read
755 55
A A
4
Phuket FantaSea
395
SHARES
23k
VIEWS
FacebookTwitterPin
Diskaun Hotel Diskaun Hotel Diskaun Hotel

 

Phuket adalah pulau terbesar di Thailand dengan keluasan tanah kira-kira 540 kilometer persegi (kira-kira saiz Singapura.)

Separuh daripada sejuta orang adalah penduduk asal Phuket dan mereka dengan kebanyakannya sama ada Thai atau Cina.

Terletak di pantai barat Thailand  dengan suhu Laut Andaman sekitar antara 21 darjah dan 34 darjah celcius, tetapi disebabkan lokasi geografinya bulan November hingga April secara tradisinya cerah dan lembap sementara Mei hingga Oktober melihat musim hujan.

Tempat Menarik Di Phuket

Phuket sebagai destinasi hutan hujan tropika pergunungan pulau di Laut Andaman, mempunyai beberapa pantai  yang paling popular, terutamanya terletak di sepanjang perairan jernih pantai barat.

Pulau ini adalah rumah kepada banyak resort tepi pantai, spa dan restoran mewah. Kota Phuket, ibu kota, mempunyai rumah kedai lama yang unik dan pasar yang sangat meriah.

Pakej-Phuket-Terkini

  • Lihat Pakej Percutian Popular Phuket
  • Lihat Penginapan terbaik di Phuket
  • Lihat Peta Percutian di Phuket

Pin

  • 1 Video Tempat Menarik Di Phuket
  • 2 Tempat Menarik Di Phuket: Pa Tong Beach
  • 3 Percutian Ke Phuket: Karon Beach
  • 4 Melancong Ke Phuket Fantasea
  • 5 Bercuti Di Phuket Melihat Big Buddha
  • 6 Bercuti Ke Phuket: Wat Chalong
  • 7 Menarik Di Phuket Hat Kata Noi
  • 8 Trip Ke Phuket Simon Cabaret
  • 9 Percutian Di Phuket Thanon Bangla
  • 10 Percutian Phuket Di Kamala Beach
  • 11 Pengalaman Ke Phuket Hat Kata Beach
  • 12 Promthep Cape
  • 13 Sirinat National Park
  • 14 Karon View Point
  • 15 Aktiviti Di Phuket: Flying Hanuman
  • 16 Pulau Di Phuket: Ko Racha Yai
  • 17 Percutian Mewah Phuket di Surin Beach
  • 18 Percutian Phuket: Ko He & Banana Beach
  • 19 Phuket Aquarium
  • 20 Siam Niramit Phuket
  • 21 Aktiviti Di Bang Pae Waterfall Phuket
Untuk tidak melengahkan masa, mari kita lihat tempat paling menarik di Phuket yang anda boleh kunjungi.


Video Tempat Menarik Di Phuket


Tempat Menarik Di Phuket: Pa Tong Beach

Beautiful landscape Hat Patong Beach

Destinasi pertama dalam senarai tempat menarik di Phuket kami kali ini adalah Pa Tong Beach. Dalam banyak-banyak pantai yang anda pernah kunjungi, anda pastinya akan tetap terpukau dengan keindahan Pa Tong Beach ini.

IKLAN / ADVERTISEMENT

Pantai ini merupakan sebuah beach resort town yang terletak di kawasan barat Phuket Island yang menghadap Lautan Andaman di bahagian selatan Thailand. Pa Tong Beach menawarkan keindahan pasir pantainya, kafe, restoran, bar dan bermacam-macam lagi tarikan lain.

Kebanyakan pelancong yang berkunjung ke Phuket akan terus berkunjung ke Pa Tong Beach yang merupakan salah satu daripada pantai tumpuan disini.


  • Lokasi: [Lihat Hotel] | [Lihat Peta] | 124/11 Thawewong Rd, Pa Tong, Kathu District, Phuket 83150, Thailand

  • Tiket: Yuran Masuk Percuma. Terdapat beberapa bahagian adalah pantai persendirian yang lebih privasi dengan tiket masuk 500 Baht. Urutan badan 250 Baht dan 15o Baht untuk Pedikur.

  • Waktu Operasi: 07:00 Pagi – 5:30 Petang

Percutian Ke Phuket: Karon Beach

Karon Beach
Karon Beach adalah pantai ketiga terpanjang di Pulau Phuket. Terletak di pantai barat, antara Patong ke utara dan Kata di selatan

Salah satu destinasi pantai tumpuan selain daripada Pa Tong Beach yang akan terus dikunjungi oleh mereka yang berkunjung ke Phuket adalah Karon Beach. Nama pantai ini adalah bersempena dengan pekan yang berada berdekatan dengannya.

Pantai ini memang tak dapat dinafikan bahawa ia merupakan salah satu daripada destinasi tumpuan pelancong. Namun, ia agak sunyi berbanding dengan pekan terdekatnya kerana ia lebih menjadi tumpuan buat mereka yang datang bersama dengan keluarga atau pasangan sahaja.

Ia juga sangat popular dengan pelancong dari Scandinavia kerana kebanyakan bisnes disini dibuat khas untuk mereka. Sewaktu peristiwa tsunami pada tahun 2004, ia juga turut mengalami kemusnahan yang agak teruk namun ia segera dibaikpulih.


  • Lokasi: [Lihat Hotel] | [Lihat Peta] | Karon, Mueang Phuket District, Phuket 83100, Thailand

  • Tiket: Tiada sebarang yuran dikenakan namun anda akan dikenakan caj apabila menggunakan fasiliti seperti menyewa payung pantai sebanyak 200 Baht.

  • Waktu Operasi: 05:30 Pagi – 6:30 Petang

Melancong Ke Phuket Fantasea

Phuket FantaSea
Phuket FantaSea adalah taman tema kebudayaan seluas 60 ekar yang telah menjadi tapak hiburan waktu malam yang paling terkenal

Phuket Fantasea merupakan sebuah destinasi percutian taman tema yang terkenal di Phuket. Tarikan utama disini adalah persembahan daripada gajah yang menjadi simbol utama kepada negara yang diberi jolokan Gajah Putih ini.

Selain itu, ia juga turut memaparkan persembahan daripada haiwan-haiwan lain yang dilatih dengan baik terutamanya burung merpati yang terbang dalam formasi. Cumanya, bagi pencinta haiwan, mungkin akan terlintas di fikiran anda berkenaan latihan keras yang diterima haiwan-haiwan ini untuk menjayakan persembahan.

Disini juga anda boleh membeli bermacam-macam barangan dan juga menikmati bermacam jenis hidangan menarik Thailand.


  • Lokasi: [Lihat Hotel] | [Lihat Peta] | Karon, Mueang Phuket District, Phuket 83100, Thailand

  • Tiket: Tiada sebarang yuran dikenakan namun anda akan dikenakan caj apabila menggunakan fasiliti seperti menyewa payung pantai sebanyak 200 Baht.

  • Waktu Operasi: 05:30 Pagi – 6:30 Petang

Bercuti Di Phuket Melihat Big Buddha

Phuket Big Buddha
Nama rasmi ialah Phra Phutta Ming Mongkol Akenakiri, dipendekkan kepada Ming Mongkol Buddha. Terletak di atas Nakkerd Hill berhampiran Chalong

Tarikan seterusnya yang ada disini adalah Phuket Big Buddha atau turut dikenali sebagai Phuket Great Buddha yang terletak di Maravija Buddha Statue. Nama rasmi tarikan ini adalah Phra Phutta Ming Mongkol Akenakiri.

Big Buddha ini merupakan patung Buddha ketiga terbesar di Thailand dibelakang Great Buddha of Thailand dan juga Luangpho Yai. Patung Buddha ini merupakan sebuah patung yang menunjukkan Gautama dalam keadaan ia sedang duduk. Tinggi patung Buddha ini adalah 45 meter dan lebarnya adalah 25.45 meter.

IKLAN / ADVERTISEMENT

Big Buddha yang menghadap Ao Chalong ini merupakan patung Buddha utama di Wat Kitthi Sankaram Temple ( Wat Kata ). Patung Buddha ini telah diisytiharkan sebagai “Buddhist Treaure of Phuket” oleh Somdet Phra Yanasangwon.


  • Lokasi: [Lihat Hotel] | [Lihat Peta] | ยอดเขานาคเกิด Karon, Mueang Phuket District, Phuket 83100, Thailand

  • Tiket: Tiada sebarang yuran masuk dikenakan

  • Waktu Operasi: 06:00 Pagi – 7:00 Petang

Bercuti Ke Phuket: Wat Chalong

Wat Chalong - one of the temples
Kuil Chalong (Wat Chalong) adalah kuil terbesar di Phuket, dan yang paling banyak dilawati | CC: Pekka Oilinki

Destinasi seterusnya adalah Wat Chalong yang merupakan salah satu daripada 29 tokong Buddha yang paling penting di Phuket. Sebelum ini, Wat Chalong dikenali dengan nama Wat Chaiyathararam yang terletak di Chalong Subdistrict, Mueang Phuket District.

Tokong ini didedikasikan khas untuk dua sami yang sangat besar pengaruh dan peranan iaitu Luang Pho Chaem dan juga Luang Pho Chuang yang mengetuai penduduk Chalong menentang pemberontakan Cina pada tahun 1876 dengan menggunakan pengetahuan mereka dalam bidang perubatan herba untuk membantu mereka yang cedera.


  • Lokasi: [Lihat Hotel] | [Lihat Peta] | 70 หมู่ที่ 6 Chao Fah Tawan Tok Rd, Chalong, Mueang Phuket District, Phuket 83130, Thailand

  • Tiket: Tiada sebarang yuran masuk dikenakan tetapi digalakan untuk membuat derma seikhlas hati

  • Waktu Operasi: 08:00 Pagi – 5:00 Petang

Menarik Di Phuket Hat Kata Noi

Hat Kata Noi
Kata Noi adalah pantai di sebelah barat daya pulau Phuket di Thailand. Ia bersebelahan dengan Pantai Kata di selatan | CC: Glen MacLarty

 Kata Noi membawa maksud kecil dalam bahasa Thai. Ia merupakan sebuah pantai yang terletak di kawasan selatan pulau Phuket di Thailand. Pantai ini terletak bertentangan dengan Kata Beach dan bersempadan dengan Mon Tri’s Villa Royale Resort.

 Ia menjadi tarikan kerana ia membawa aura ketenangan yang agak berbeza berbanding dengan pantai lain kerana ia lebih terpencil dan tidak sesak dengan pengunjung. Ia juga dikelilingi dengan batu-batuan dan juga pemandangan hijau yang memukau mata.

Disini anda boleh melakukan bermacam-macam aktiviti. Cumanya aktiviti berenang hanya boleh dilakukan sehingga bulan April sahaja. Bulan berikutnya sehingga bulan November pula biasanya amaran red flags dikeluarkan disebabkan oleh arus yang kuat.


  • Lokasi: [Lihat Hotel] | [Lihat Peta] | Karon, Mueang Phuket District, Phuket 83100, Thailand

  • Tiket: Tiada sebarang yuran masuk dikenakan. Kerusi berjemur dikenakan 100 baht

  • Waktu Operasi: 06:00 Pagi – 7:00 Petang

Trip Ke Phuket Simon Cabaret

Pertunjukan Cabaret Terbaik Phuket, ini adalah malam hiburan khusus
Pertunjukan Cabaret Terbaik Phuket, ini adalah hiburan malam khusus

Persembahan malam yang menarik ini pastinya akan membuatkan anda mampu untuk merasai salah satu daripada persembahan yang pastinya anda sendiri akan kata ia yang terbaik di Phuket.

Sebaik sahaja anda melangkah masuk kedalam ruang yang bergaya dan mewah ini, anda akan sedar yang ia sebenarnya bakal menjadi malam yang berbeza dan istimewa.

Datang dan alami sendiri persembahan unik ini dimana anda akan terpukau dengan sentuhan profesional muzik tema, ketawa bersama dengan sketsa komedi dan juga anda akan rasa tak sanggup untuk meninggalkan tempat ini kerana anda nak lihat lebih banyak lagi persembahan!


  • Lokasi: [Lihat Hotel] | [Lihat Peta] | 24/129 Sirirat Rd, Pa Tong, Kathu District, Phuket 83150, Thailand

  • Tiket: Harga tiket bermula dari 599 Baht

  • Waktu Operasi: 06:00 petang – 10:30 Malam

Percutian Di Phuket Thanon Bangla

Bangla Walking Street
Jalan Bangla ditutup dari lalu lintas dari pantai yang mehampar ke jalan berjalan kaki yang sibuk ini | CC: Terrazzo

 Thanon Bangla atau Bangla Road merupakan sebuah destinasi yang sangat meriah pada waktu malam. Jalan ini akan ditutup kepada kenderaan dan akan bertukar wajah menjadi sebuah festival lampu neon sepanjang 400 meter, diiringi dengan muzik dan bermacam-macam lagi.

Jika anda inginkan sebuah malam yang meriah, anda perlu datang ke sini untuk menikmati suasana malam yang sangat “hidup” dan dipenuhi dengan pengunjung. Namun, tempat ini juga dipenuhi dengan bar yang berkonsepkan ruang terbuka.

Jadi, muzik-muzik dari setiap bar ini akan bercampur sekaligus menghasilkan satu rentak muzik yang agak unik. Ia juga mempunyai banyak restoran dan kedai-kedai serta anda juga dapat temukan persembahan jalanan yang menarik disini. Mungkin rasanya juga tidak sesuai untuk pelancong muslim.


  • Lokasi: [Lihat Hotel] | [Lihat Peta] | Thanon Bangla, Pa Tong, Kathu District, Phuket 83150, Thailand

  • Waktu Operasi: 05:00 petang – 05:00 pagi

Percutian Phuket Di Kamala Beach

Kamala Beach
Kamala Beach terletak di sebelah Patong, memilik pasir yang lebih cerah dengan suasana yang lebih santai | CC: Matthew Colvin

 Kamala Beach merupakan sebuah destinasi popular buat anda yang datang berkunjung ke Phuket bersama-sama dengan keluarga. Ia juga merupakan salah satu daripada destinasi tumpuan buat mereka yang datang dari negara Scandinavia.

 Pada asalnya, ia tidaklah semeriah sekarang kerana pada waktu tersebut hanya ada Phuket Fantasea sebagai tarikan utamanya namun kini dengan adanya Cafe Del Mar, ia semakin popular dan mula dibanjiri pengunjung. Kamal Beach merupakan salah satu daripada pantai yang sangat panjang dan airnya juga sangat jernih dan ia memaparkan banyak pilihan restoran dan juga tempat membeli belah.


  • Lokasi: [Lihat Hotel] | [Lihat Peta] | Kamala, Kathu District, Phuket 83120, Thailand

  • Tiket: Tiada sebarang yuran masuk dikenakan

  • Waktu Operasi: 06:00 Pagi – 6:00 Petang

Pengalaman Ke Phuket Hat Kata Beach

Crab Island phuket
Hanya beberapa minit ke selatan Pantai Karon, Pantai Hat Kata memikat dan menarik pesona ramai pengunjung dengan pasir putih dan air yang jernih

Antara perkara menarik yang anda boleh lakukan di Kata Beach sudah semestinya melibatkan sukan air. Bayangkan sebuah pantai sepanjang 1.5 kilometer yang diteduhi dengan Pandanus dan pokok-pokok almond tropika, Kata Beach merupakan salah satu daripada destinasi tercantik yang anda boleh temukan di Phuket.

Teluknya yang jernih menempatkan sebuah pulau kecil yang dikenali dengan nama Crab Island yang melengkapkan sentuhan penuh tropika kepada pemandangan sekelilingnya. Suasana yang tenang dan damai benar-benar meningkatkan lagi keindahan tempat ini. Kawasan laut pantai ini pula merupakan lokasi terbaik untuk aktiviti seperti luncur air, diving , snorkeling dan berenang.


  • Lokasi: [Lihat Hotel] | [Lihat Peta] | Karon, Mueang Phuket District, Phuket 83100, Thailand

  • Tiket: Tiada sebarang yuran masuk dikenakan

  • Waktu Operasi: 06:00 Pagi – 6:00 Petang

Promthep Cape

Titik luncur & pemandangan yang terkenal dengan pemandangan laut yang menakjubkan, terutama pada waktu matahari terbenam
Titik luncur & puncak yang terkenal dengan pemandangan laut yang menakjubkan, terutama pada waktu matahari terbenam

Promthep Cape merupakan salah satu daripada tarikan utama yang ada di Phuket dan turut menjadi lokasi yang paling kerap dan paling ramai orang memilih untuk bergambar. Tak dinafikan juga jika kami katakan bahawa ia merupakan salah satu daripada lokasi terbaik yang anda boleh temukan di Phuket.

 Setiap petang, anda boleh lihat banyak bas pelancong, kereta, skuter dan bermacam-macam kenderaan lagi masuk ke kawasan parking disini untuk melihat pemandangan matahari terbenam di puncaknya.

Waktu ni memang banyak flash daripada kamera yang anda boleh lihat kerana ramai yang ingin mengabadikan kenangan mereka disini dengan bergambar.


  • Lokasi: [Lihat Hotel] | [Lihat Peta] | Rawai, Mueang Phuket District, Phuket, Thailand

  • Tiket: Tiada sebarang yuran masuk dikenakan

  • Waktu Operasi: 06:00 Pagi – 6:00 Petang

Sirinat National Park

Nai Yang
Taman Negara Sirinat terletak di pantai barat laut Pulau Phuket, di Thailand | CC:  Andy Mitchell

Sirinat National park merupakan taman negara yang terletak dalam kawasan Phuket yang merangkumi beberapa bahagian daratan dan juga lautan dan terletak pada bahagian utara pulau Phuket ini.

Berkeluasan seluas 90 kilometer persegi dimana 68 kilometer persegi adalah kawasan marin dan 22 kilometer persegi lagi adalah kawasan daratan. Ia mempunyai empat pantai utama iaitu, Hat Nai Thon, Hat Mai Khao, Hat Nai Yang dan juga Hat Sai Kaeo.

Ia terkenal kerana ia merupakan salah satu daripada kawasan yang mempunyai pantai pasir putih yang terpelihara. Selain itu, Hat Mai Khao dan Hat Nai Yang merupakan kawasan bertelur penyu. Pada bulan November sehingga Februari, anda boleh lihat penyu-penyu naik ke daratan untuk bertelur.


  • Lokasi: [Lihat Hotel] | [Lihat Peta] | 89/1 หมู่ที่ 1 Sa Khu, Thalang District, Phuket 83140, Thailand

  • Tiket: Yuran kemasukan taman negara 200 Baht untuk dewasa dan 100 Baht untuk kanak-kanak

  • Waktu Operasi: 07:00 Pagi – 5:00 Petang

Karon View Point

Karon View Point
Karon Viewpoint (yang dahulu disebut sebagai Kata Viewpoint) adalah salah satu sudut pemandangan yang paling sering dikunjungi di Phuket

Karon View Point pada dulunya dikenali dengan nama Kata Viewpoint merupakan salah satu daripada viewpoints yang paling kerap dikunjungi di Phuket. Dari sini, anda boleh melihat pemandangan menarik Kata Noi, Kata Yai dan juga pantai Karon.

Ia terletak diantara Hai Narn dan juga Kata Noi. Destinasi ini merupakan salah satu daripada destinasi yang paling sibuk dan padat dengan pengunjung sepanjang tahun. Selain itu, ia juga merupakan diantara destinasi wajib kunjung bagi mana-mana itinerari.

Penduduk setempat memanggil Karon View Point dengan nama Khao Saam Haad. Gambar yang biasanya diambil pengunjung adalah dengan menjadikan Mom Tri’s Villa Royale dihadapan dan menjadikan Hilton Arcadia di Karon Beach sebagai latar belakang.


  • Lokasi: [Lihat Hotel] | [Lihat Peta] | 4233 Karon, Mueang Phuket District, Phuket 83100, Thailand

  • Tiket: Masuk adalah percuma

  • Waktu Operasi: 07:00 Pagi – 7:00 Petang

Aktiviti Di Phuket: Flying Hanuman

Flying Hanuman
Flying Hanuman adalah pengembaraan eko kerana ia adalah sebahagian daripada hutan yang mengelilinginya seluas 80,000 meter persegi

Flying Hanuman merupakan sebuah kembara zipline yang akan menjadi sebuah kembara yang agak unik buat anda di Phuket. Bayangkan dengan melalui zipline ini, anda akan dapat melihat keindahan pulau dan juga keindahan merentas lautan, pemandangan matahari dan juga pasir pantai yang menjadi tarikannya.

Kawasan berbukit di Phuket sebenarnya dipenuhi dengan hutan tebal yang sangat sesuai untuk anda terokai.

Ia juga sangat sesuai untuk aktiviti outdoor. Tempat ini memberikan pelancong peluang untuk menikmati servis yang menarik, keseronokan luarbiasa, keterujaan dan juga meninggalkan memori bermakna tanpa memberikan kesan kepada keseimbangan alam semulajadi di sekitarnya.


  • Lokasi: [Lihat Hotel] | [Lihat Peta] | 89/16 Moo 6, Soi Namtok Kathu, Wichitsongkram Road, Kathu, Kathu, Amphoe Kathu, Phuket 83120, Thailand

  • Tiket: Harga termasuk aktiviti zipline dari 1500 Baht ke 3500 Baht

  • Waktu Operasi: 08:00 Pagi – 5:00 Petang

Pulau Di Phuket: Ko Racha Yai

Ko Racha Yai
Pulau Racha (atau Pulau Raya), kira-kira 12 km di selatan Phuket, terkenal sebagai destinasi menyelam dan snorkeling yang hebat | CC: Jeff Gunn

Destinasi seterusnya dalam senarai tempat menarik kami di Phuket adalah Ko Racha Yai yang juga turut dikenali dengan nama Ko Raya Yai. Ko Racha Yai merupakan salah satu daripada pulau berkembar bersama-sama dengan Ko Racha Noi di bahagian selatan Phuket.

Destinasi ini sangat terkenal dengan keindahan airnya yang jernih. Pulau-pulau ini telah menjadi salah satu daripada “syurga” buat para penyelam selama bertahun-tahun.

Kiranya memang destinasi ini sangat popular dalam kalangan penyelam. Dengan adanya Ko Racha Yai yang turut menawarkan keindahan pasir pantainya yang putih dan kemudahan tempat penginapan yang berkualiti, destinasi ini semakin popular dan mendapat tempat di hati pengunjung.


  • Lokasi: [Lihat Hotel] | [Lihat Peta] | 89/16 Moo 6, Soi Namtok Kathu, Wichitsongkram Road, Kathu, Kathu, Amphoe Kathu, Phuket 83120, Thailand

  • Tiket: Harga yuran kemasukan taman negara 600 Baht

Percutian Mewah Phuket di Surin Beach

Surin Beach Phuket Thailand
Pantai Surin yang cantik ini dikenali sebagai ‘Millionaire’s Row’ kerana ada dikalangan selebriti terkenal memilik resort mewah, termasuk Amanpuri

Surin Beach yang merupakan sebuah destinasi percutian yang terkenal kerana kecantikan semulajadinya sekaligus menjadikannya turut dikenali sebagai “Milionaire’s Row”. Jolokan ini adalah kerana ia mempunyai begitu banyak resort mewah seperti Amanpuri, Twinpalms dan juga The Surin.

IKLAN / ADVERTISEMENT

 Resort-resort mewah ini juga berdiri sama gagah dengan rumah-rumah mewah yang bernilai sekitar $1,000,000 setiap satunya yang memenuhi lokasi utama di puncak bukit-bukau yang berhadapan dengan Laut Andaman.

 Walaupun ia sentiasa dipenuhi dengan pengunjung, ia sedikitpun tidak menjadi terlalu padat dan sesak. Pasir pantainya yang putih dan airnya yang biru jernih menjadikannya lebih menarik dan popular buat pengunjung dari dalam dan luar negara.

Disebabkan oleh banyaknya kemudahan penginapan didirikan, ia turut sama membuka ruang untuk banyak bisnes lain seperti restoran turut berkembang.


  • Lokasi: [Lihat Hotel] | [Lihat Peta] | Choeng Thale, Thalang District, Phuket 83110, Thailand

  • Tiket: Masuk adalah percuma kecuali kawasan persendirian hotel

  • Waktu Operasi: 06:00 Pagi – 8:00 Petang

Percutian Phuket: Ko He & Banana Beach

Ko He
Ko Hae (เกาะ เฮ), kadang-kadang dieja Ko He atau Ko Hey dan juga dikenali sebagai Coral Island, adalah sebuah pulau di tenggara Phuket

Ko He atau nama lainnya adalah Banana Beach yang juga turut dikenali dengan nama Banana Rock Beach merupakan salah satu destinasi yang kurang dikenali di Phuket. Ia berkemungkinan besar disebabkan oleh lokasinya yang agak terpencil.

Apapun ia memang tak dapat dinafikan sebagai salah satu daripada hidden gems yang ada di Phuket. Ia mempunyai kepanjangan sekitar 180 meter dan menawarkan keindahan air laut yang sangat jernih.

Satu peringatan mesra untuk anda. Ketinggian ombak ada masanya boleh mencecah sehingga ke kawasan deretan pokok jadi beringatlah dimana anda nak duduk bersantai.


  • Lokasi: [Lihat Hotel] | [Lihat Peta] | Choeng Thale, Thalang District, Phuket 83110, Thailand

  • Tiket: Biasanya dijual secara pakej termasuk trip menaiki bot ulang alik 500-750 baht

  • Waktu Operasi: 06:00 Pagi – 8:00 Petang

Phuket Aquarium

Phuket Aquarium
Phuket Aquarium yang sederhana ini adalah sebahagian daripada Phuket Biologi Marin yang dikendalikan oleh kerajaan

Sebuah lagi destinasi menarik yang ada di Phuket adalah Phuket Aquarium. Phuket Aquarium terletak di kawasan Cape Panwa dan mempunyai sebuah terowong dimana anda boleh melihat bermacam jenis hidupan marin yang unik.

Terowong ini tidaklah terlalu besar dan cuma mempunyai kepanjangan beberapa meter sahaja.

Disini juga ada menempatkan beberapa bilik yang mempamerkan akuarium bermacam saiz bermula daripada saiz yang paling kecil yang menempatkan kuda laut, clown fish yang berwarna-warni, longhorn cowfish yang sangat unik dan juga ikan berbentuk empat segi!


  • Lokasi: [Lihat Hotel] | [Lihat Peta] | หมู่ที่ 8 51 ถนน ศักดิเดช Wichit, Mueang Phuket District, Phuket 83000, Thailand

  • Tiket: 180 Baht untuk dewasa dan 100Baht untuk kanak-kanak

  • Waktu Operasi: 08:30 Pagi – 4:30 Petang

Siam Niramit Phuket

Siam Niramit Phuket
Memaparkan persembahan pentas yang kompleks, meliputi sejarah & budaya Thailand, juga menampilkan 100+ pelakon & 500+ kostum

Siam Niramit Phuket merupakan sebuah lokasi yang sangat menarik untuk anda menikmati keunikan kebudayaan masyarakat setempat dalam suasana yang meriah sekaligus memberikan lebih keunikan dari segi hiburan di Phuket.

Lokasinya yang berada tepat di By-Pass Road di persisir Phuket Town menjadikan ia salah satu lokasi yang paling mudah untuk dikunjungi disini.

Persembahan ini memaparkan nyanyian, rutin tarian dan juga persembahan seni mempertahankan diri. Ia dipersembahkan oleh kumpulan profesional yang sangat berpengalaman sekaligus menjadikan setiap persembahan yang dipamerkan pada tahap yang paling berkualiti.


  • Lokasi: [Lihat Hotel] | [Lihat Peta] | 55, 81 Chalermprakiat Ratchakan Thi 9 Road, Tambon Ko Kaeo, อ.เมือง Phuket 83000, Thailand

  • Tiket: Harga tiket dari 1400 Baht hingga 200 Baht bergantung pada lokasi tempat duduk

  • Waktu Operasi: 05:00 Pagi – 11:00 Petang

Aktiviti Di Bang Pae Waterfall Phuket

Bang Pae Waterfall
Air terjun kecil di tengah-tengah batu & kehijauan tropika, dengan kolam renang | CC: Jeff Gunn

 Bang Pae Waterfall merupakan sebuah destinasi yang terletak Khao Phra Thaeo National Park di Thalang, di kawasan utara Phuket Town. Ia merupakan salah satu daripada lokasi rekreasi popular buat mereka yang datang berkunjung ke sini.

Ia juga menjadi salah satu daripada tempat terbaik untuk anda berkelah dan juga sangat sesuai untuk anda berenang pada musimnya.

Disini juga terdapat banyak restoran yang terletak berdekatan dengan tempat parking kereta, berdekatan tasik dan juga diluar pagar.

Bang Pae Waterfall merupakan air terjun terbesar yang ada di Phuket namun jika mengikut standard antarabangsa, ia termasuk dalam kategori kecil sebenarnya. Apapun, ia tetap menarik kerana airnya yang segar, keadaan sekelilingnya yang teduh dan juga eksotik.


  • Lokasi: [Lihat Hotel] | [Lihat Peta] | Pa Klok, Thalang District, Phuket 83110, Thailand

  • Tiket: Yuran masuk adalah 200 Baht seorang manakala 100 Baht untuk kanak-kanak

  • Waktu Operasi: 08:00 Pagi – 6:00 Petang

Bersambung…

Pakej-Phuket-Terkini

Promosi Diskaun Promosi Diskaun Promosi Diskaun
Hadi Ghazali

Hadi Ghazali

Meminati dunia pelancongan sejak kecil lagi. Seorang konsultan pelancongan berpengalaman, Follow Hadi di Facebook. Ketahui selanjutnya tentang kami. Dapatkan pakej percutian di Melancong.my. Sertai Group Saya Kaki Melancong!

Artikel+ Bersambung

Saphan Hin Muay Thai
Pakej Phuket

Bercuti Di Phuket: 10 Perkara Paling Menyeronokkan di Phuket Thailand Yang Anda Patut Lakukan [POPULAR]

  Sukar sekali untuk kami memberitahu anda akan apa yang perlu dilakukan di Phuket kerana anda bebas untuk memilih tempat-tempat...

Oleh: Hadi Ghazali
01/08/2021
13.6k
Selanjutnya
Seterusnya
Tokyo, Japan in the Ginza District

Tempat Menarik Di Tokyo: 32 Tarikan Paling Popular di Jepun [TERKINI]

Wat Phra Singh, Chiang Mai, Thailand

21 Aktiviti & Tempat Menarik Di Chiang Mai No 1 [PILIHAN POPULAR]

5 1 vote
Penilaian Artikel
Langgan
Maklumkan saya
guest
guest
4 Komen
Inline Feedbacks
View all comments
Tempat Menarik di Johor
Pakej Johor

15 Tempat Menarik di Johor: Aktiviti & Tempat Makan [POPULAR]

15/06/2021
59.1k
tempat menarik di johor
Pakej Johor

10 Aktiviti & Tempat Paling Menarik di Johor Bahru [TERKINI]

11/10/2021
31.9k
tempat menarik di cameron highlands
Pakej Pahang

50 Aktiviti & Tempat Menarik Di Cameron Highlands Yang Paling Popular [TERKINI]

27/11/2021
47k
Selanjutnya
IKLAN / ADVERTISEMENT
  • Newsletter
  • Tentang Kami
  • Polisi
  • Terma dan Syarat
  • Hubungi Kami

© 2021 Melancong.my - Powered by Hasrul & Co.

Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Indonesia
  • Singapore
  • Thailand
  • Vietnam
  • Cambodia
  • China
  • Korea
  • Jepun
  • Australia
  • India
  • Turki
  • Balkan
  • Uzbekistan
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami

© 2021 Melancong.my - Powered by Hasrul & Co.

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
wpDiscuz
4
0
Ingin sertai perbincangan? Sila komen.x
()
x
| Reply