Pernah anda terfikir-fikir jika ke melancong ke Singapore,mana tempat menarik di Singapura yang seronok untuk dilawati dan dikunjungi?
Singapore sangat terkenal diseluruh dunia sebagai destinasi perdagangan serantau dan sangat kaya dengan pelabuhan serta ekonominya.
Begitu juga dengan sektor pelancongan, Singapore menjadi tarikan berjuta-juta pelancong saban tahun dan sentiasa meningkat.
- Lihat Pakej Percutian Singapore
- Lihat Penginapan Terbaik Singapore
- Lihat Aktiviti Menarik di Singapore
- Lihat Peta Percutian Singapore
Disebabkan itu juga, tempat-tempat pelancongan dan taman-taman tema tumbuh bagaikan cendawan dan pelancong berasa seronok dengan segala hiburan ini.
Dalam artikel kali ini, akan dikongsikan tempat-tempat yang menarik yang wajib anda lawati apabila anda melancong ke Singapore.
Merlion Fountain dan Esplanade

Jangan lepaskan peluang anda untuk melawat Patung Merlion jika anda ke melancong ke Singapore.
Jika Pulau Langkawi mempunyai patung helang gergasi sebagai simbol uniknya, Singapore mejadikan Raja Rimba ini sebagai simbol bagi negaranya.

Jadi jangan lupa bergambar di sekitar Patung Merlion ini, malah di arah berlawanan terdapat gedung Esplanade yang kelihatan unik seperti sebiji durian.
Lagi-lagi di sekelilingnya terdapat tasik yang sangat cantik. Bagaimana nak ke sana? Jangan risau tempat ini berdekatan dengan stasen MRT Raffles Place atau City Hall.
- Lihat Penginapan | Lihat Tour | Lihat Peta | 1 Esplanade Dr, Singapore 038981
Melancong Ke Singapore: Bugis Street

Anda berminat untuk membawa pulang sebarang cenderahati dari Singapore, anda boleh dapatkannya di Bugis Street, sebuah tempat yang banyak pilihan cenderahati yang dijual disana dengan harga yang berpatutan.
Jangan risau, banyak pilihan di sini. Terletak di Jalan Bugis, deretan kedai di sini sangat panjang sehingga mencecah 1 km.

Pelbagai jenis barangan yang dijual seperti kain dan barang-barang lain.
Kalau di Malaysia, boleh dikatakan seperti di Bazar Jalan Tunku Abdul Rahman. Bukan sekadar kedai-kedai cenderamata sahaja, malah kedai yang menjual makanan segera juga banyak di sekitar sini.
- Lihat Penginapan | Lihat Tour | Lihat Peta | 3 New Bugis Street, Singapore 188867
Pulau Sentosa

Pulau Sentosa ataupun di Singapore dikenali sebagai Sentosa Island ialah sebuah pulau yang lokasinya terletak di selatan Singapura. Disini juga terletaknnya resort yang popular, Resort World Sentosa (RWS).
Sebuah tempat rekreasi yang menarik yang di dalamnya terdapat banyak tempat rekreasi yang tersendiri. Berapakah bayaran yang dikenakan untuk masuk ke sini? Bayaran yang dikenakan ialah $1 sahaja lebih kurang RM2.50.

Jom patah balik ke cara bagaimana anda boleh sampai ke Sentosa Boardwalk ini, anda perlu ke VivoCity terlebih dahulu. Anda sudah sampai? Cari pintu keluar yang menghadap ke laut.
Untuk ke ViviCity anda juga boleh menaiki bas dari VivoCity, dari situ carilah pintu keluar yang menghadap jalan raya.
Kemudian ikutlah petunjuk yang tertera perkataan “Bus”. Jangan lupa, tunggu bas RWS8 yang akan menghala ke Resort World Sentosa. Jika anda menaiki bas, tambang bas adalah $2 dan sudah termasuk bayaran masuk ke RWS.

Terdapat pelbagai cara yang anda boleh gunakan untuk sampai ke Pulau Sentosa. Salah satunya dengan menggunakan Sentosa Boardwalk. Panjangnya sekitar setengah kilometer dan jangan risau anda tidak akan bosan, terdapat pemandangan laut yang indah di sebelahnya.
Anda malas berjalan kaki? Tak mengapa, travelator juga disediakan disini (seperti tangga bergerak, tapi dalam keadaan mendatar).
- Lihat Penginapan | Lihat Tour | Lihat Peta | Bukit Manis Rd, Sentosa, Singapore 099891
Universal Studios Singapore

Pernah dengar Universal Studios Singapore (USS). Sebuah tempat yang sangat menyeronokkan untuk dilawati dengan pelbagai tarikan yang terdapat di sana seperti taman tema, watak-watak dari filem Transformers, Shrek, Sesame Street dan lain-lain.
Jika anda membawa keluarga ke melancong ke Singapore, tempat ini adalah tujuan yang tepat kerana anak-anak pasti teruja dengan pelbagai hiburan dan permainan yang menyeronokkan di sini.
Selain itu juga terdapat pelbagai keunikan persembahan yang ada di sini dan buat anak-anak anda keseronokkan.
- Lihat Penginapan | Lihat Tiket | Lihat Peta | 12:00pm – 7:00pm | 8 Sentosa Gateway, Singapore 098269
Kampung Arab / Glam (Arab Street)

Jika anda ingin mencari komuniti masyarakat Islam di Singapore, anda boleh ke Arab Street atau kampung Arab.
Sekarang tempat ini terkenal sebagai tempat menjual tekstil dan kain-kain.
Jika dahulunya, disinilah tempat yang anda boleh mencari songkok, kitab suci Al-Quran dan lain-lain peralatan ibadat yang lain.

Di daerah ini jugalah anda boleh menemui salah satu masjid yang berada di Singapura iaitu Masjid Sultan, lambang kemegahan Islam di Singapura pada suatu masa dahulu.
- Lihat Penginapan | Lihat Tour | Lihat Peta | 10:00am – 10:00pm | 390 Victoria St, Singapore 188061
Bersambung…
Mari kita lihat 15 aktiviti dan tempat menyeronokkan di Singapore