Singapore sering digambarkan sebagai sebuah taman permainan bagi golongan berada, dan ianya benar bahawa negara kecil ini memiliki kilauan kekayaannya yang tertentu.
Namun begitu, Singapura menawarkan lebih daripada sekadar pusat-pusat membeli belah yang mewah, hotel-hotel mewah, dan makanan yang lazat-lazat (namun ianya berbaloi untuk dinikmati jika anda mampu).
Terdapat juga tinggalan sejarah dan kepelbagaian etnik yang boleh ditemui di sini.
Bersama-sama dengan pelbagai tarikan yang mesra keluarga dan kawasan tumpuan awam yang indah yang mampu menjadikan lawatan anda ke bandar sedikit futuristik ini berbaloi.
Singapore (Singapura) memiliki sistem pengangkutan awam yang sangat baik yang memudahkan perjalanan di sekitarnya mudah dan selesa.
Video Percutian Menarik Singapore
Sebaik sahaja anda membiasakan diri dengan peta metro, anda pasti tidak akan mengalami masalah untuk bergerak dari satu bahagian bandar kebahagian berikutnya.
Bahasa Inggeris dituturkan di mana-mana begitu juga dengan tanda-tanda jalan yang ada, turut dalam bahasa Inggris.
Malahan, Singapore (Singapura) merupakan salah satu negara yang paling mudah dan paling selesa untuk dinavigasi di Asia Tenggara.
- Lihat Pakej Percutian Singapore
- Lihat Penginapan Terbaik Singapore
- Lihat Aktiviti Paling Menarik di Singapore
- Lihat Peta Percutian Singapore
Pin
Selagi anda tidak membandingkan harga dengan negara berdekatan seperti Thailand atau Vietnam, anda akan merasa bahagia datang ke sini. Berikut adalah senarai tempat menarik di Singapore:
Bercuti Di Singapore: Marina Bay Sands
![15 Tempat Menarik Di Singapore: Destinasi Terkini [PALING POPULAR] 4 Marina Bay Sands at Night](http://wpfc.ml/b.gif)
Apakah tempat menarik di Singapore yang paling menjadi sebutan? Tak lain tak bukan adalah Marina Bay Sands.
Resort mewah komplek peranginan Marina Bay Sands adalah terdiri daripada sebuah hotel, jenama-jenama mewah, pusat membeli-belah dengan terusan mengalir melaluinya, Muzium ArtScience, dan juga Marina Bay Sands Skypark – satu sudut pemandangan untuk diambil di seluruh bandar.
Dek pemerhati Skypark ini dan kolam infiniti terdapat di dalam kapal (ya, kapal) yang berada di kemuncak hotel tersebut.
Hanya tetamu hotel tersebut sahaja dibenarkan untuk menggunakan kolam renang infiniti ini namun sesiapa sahaja boleh melawat ke dek pemerhati.
Dari Skypark ini, anda boleh melihat jambatan inovatif Double Helix, pelabuhan, Gardens by the Bay, dan latar langit yang begitu mengagumkan sekali.
Ketika berada di sana di atas bandar, para tetamu hotel boleh menikmati snek atau minum kopi di restoran di atas bumbung atau membeli barang kenang-kenangan dari booth cenderamata yang ada.
Anda juga boleh membeli gambar skrin-hijau anda di hadapan bangunan hotel tersebut ketika ianya dinyalakan pada waktu malam, namun kos adalah sedikit tinggi: 50 dollar Singapore.
Adalah lebih baik untuk meminta tolong daripada pelancong sesama anda untuk menangkap gambar anda.
Kemewahan dan keanggunan Marina Bay Sands melambangkan contoh cita rasa Singapura, dan membantu dalam menjadikan ia sebagai salah sebuah bandar antarabangsa di Asia Tenggara.
- Lokasi: Lihat Hotel | Lihat Peta | 30 Raffles Ave, Singapore 039803
- Tiket: Ini adalah kawasan akses untuk dek tontonan di Skypark di tingkat 57. Terdapat caj kemasukan SG $ 23 untuk orang dewasa, SG $ 20 orang tua dan SG $ 17 kanak-kanak berumur 2 hingga 12 tahun
- Waktu Operasi: Tidak ada batasan waktu untuk tempoh lawatan anda semasa pembukaan jam 9.30 pagi hingga 10 malam (11 petang Fri, Sat & Sun)
Melancong Ke Singapore Flyer
![15 Tempat Menarik Di Singapore: Destinasi Terkini [PALING POPULAR] 8 Singapore Flyer View](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/06/Singapore-Flyer-View-1024x619.jpg)
Jika dek pemerhati di Marina Bay Sands tidak cukup untuk kepuasan hati anda, anda boleh mencuba untuk minum teh sambil melihat bandar tersebut dari atas Singapore Flyer, roda pemerhati terbesar di dunia.
Pilihlah dari pelbagai pilihan pakej harga yang ada yang membolehkan anda di layan dan dimanja sementara menikmati pemandangan bukan sahaja pada latar langit Singapura, namun sampai juga ke Kepulauan Spice Indonesia dan Selat Johor Malaysia.
![15 Tempat Menarik Di Singapore: Destinasi Terkini [PALING POPULAR] 9 Singapore Flyer View](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/06/Singapore-Flyer-1024x708.jpg)
Terdapat beberapa pakej tiket berbeza untuk dipilih, dan masing-masing termasuk akses kepada pameran Multimedia Journey of Dreams yang mengkaji sejarah Singapura dan penciptaan Singapore Flyer.
Penerbangan bertahan selama 30 minti dan beroperasi dari awal pagi hingga ke lewat malam, jadi anda bolehlah memilih pemandangan bandar yang mana anda ingin nikmati dan: permulaan satu lagi hari yang sibuk atau Singapura setelah malam tiba.
- Lokasi: Lihat Hotel | Lihat Peta | 10 Bayfront Ave, Singapore 018956
- Tiket: Tiket Dewasa S $ 33, Tiket Senior S $ 24 (Di atas 60 tahun), Tiket Anak S $ 21 (3 hingga 12 tahun)
- Waktu Operasi: 8.30 pagi hingga 10.30 malam setiap hari (kemasukan terakhir 10.15 malam)
Percutian Singapore Gardens by the Bay
![15 Tempat Menarik Di Singapore: Destinasi Terkini [PALING POPULAR] 10 An image of Garden Marina Bay Sands Singapore](http://wpfc.ml/b.gif)
Setelah anda terpandang akan kawasan hijau yang indah ini (mungkin dari atas Marina Bay Sands), anda tidak akan dapat mengelakkan diri untuk pergi ke sini.
Bersiar-siaran melalui Bay East Garden merupakan sesuatu yang cukup sempurna untuk dilakukan, bagi menikmati kehidupan tumbuh-tumbuhan yang begitu meriah dan melepaskan diri dari kesibukan suasana bandar untuk seketika.
![15 Tempat Menarik Di Singapore: Destinasi Terkini [PALING POPULAR] 11 Percutian Singapore Gardens by the Bay](http://wpfc.ml/b.gif)
Anda pastinya tidak ingin terlepas akan Supertree Groove, di mana anda akan dapat menemui kelompok-kelompok ikonik, akan struktur-struktur futuristik yang direka bagi melaksanakan fungsi alam semulajadi yang mampan.
Kemudian, teruskan menghala ke Cloud Forest Dome untuk melihat air terjun tertutup yang tertinggi di dunia dan belajar serba sedikit mengenai biodiversiti.
- Lokasi: Lihat Hotel | Lihat Peta | 18 Marina Gardens Dr, Singapore 018953
- Tiket: COOLED CONSERVATORIES – Kadar Standard Dua Konservatif Dewasa: $ 28 Kanak-kanak (3-12 tahun): $ 15 | FLORAL FANTASY – Kadar Standard Dewasa: $ 20 Kanak-kanak (3-12 tahun): $ 12 | OCBC SKYWAY – Kadar Standard Dewasa: $ 8 Kanak-kanak (3-12 tahun): $ 5 | OUTDOOR & CHILDERN GARDENS – Percuma
- Waktu Operasi: 9.00 pagi – 9.00 malam setiap hari Jualan tiket terakhir: 8.00 malam Kemasukan terakhir: 8.00 malam Waktu puncak adalah dari 4.00 petang – 7.00 malam setiap hari. Masa menunggu dijangka lebih lama bagi kawasan Conservation. Manakala di Skyway untuk memberikan pengunjung pengalaman yang memuaskan dan membantu menguruskan beratur tarikan, slot masa akan dikeluarkan pada waktu puncak, yang membolehkan setiap pengunjung berada 15 minit sahaja dalam satu-satu masa.
Melancong Ke Singapore Botanic Gardens
![15 Tempat Menarik Di Singapore: Destinasi Terkini [PALING POPULAR] 12 Singapore Botanic Gardens](http://wpfc.ml/b.gif)
Jangan terkeliru dengan Gardens on the Bay kerana taman botanikal ini sendiri amat bernilai untuk dikunjungi.
Singapura telah menerima pencalonan Warisan Dunia UNESCO yang pertama bagi taman-taman botani, dan mereka memiliki alasan yang baik untuk menerimanya.
Berada di bandar ini, kadang-kadang anda dapat merasakan seperti berada di dalam hutan konkrit, meskipun udaranya bersih dan nyaman,oleh itu, kewujudan kebun-kebun dan taman-taman bunga akan mengekalkan warisan liar Singapura ini untuk menyeimbangkannya.
Malahan, anda boleh melawat pokok warisan taman botanikal ini, melalui denai pejalan kaki, yang mana dikekalkan sebagai sebahagian daripada usaha untuk melindungi spesies pokok matang di bandar ini.
Pastikan untuk tidak melepaskan peluang melawat Taman Orkid Kebangsaan yang ada di sini. Antara tarikan lain yang pasti menarik minat anda adalah eco-garden, eco-lake, taman bonsai, ukiran-ukiran, dan beberapa lagi tapak yang unik.
- Lokasi: Lihat Hotel | Lihat Peta | 1 Cluny Rd, Singapore 259569
- Tiket: SG $ 5 untuk kemasukan dewasa. Pelajar dan warga tua mendapat diskaun SG $ 1
- Waktu Operasi: Dibuka setiap hari dari pukul 5 pagi hingga tengah malam dan tiada kos untuk dijelajah. Walau bagaimanapun, National Orchid Garden – permata mahkota taman ini hanya mengalu-alukan pengunjung dari 8:30 pagi hingga 7:00 petang.
Bercuti Ke Singapore Chinatown
Jika anda pernah melancong ke China, Chinatown yang berada di Singapura ini akan membangkitkan memori lama anda di sana.
Dari kedai-kedai kecil mom-and-pop dan makanan-makanan asli Cina kepada tanglung merah terang, wujudnya kemeriahan dan keseronokan di daerah ini.
Anda boleh melawat Pusat Warisan Cina dan melihat sendiri kuil Hindu Sri Mariamman yang begitu indah dan mengagumkan. Satu lagi kuil yang berbaloi untuk dilihat adalah kuil Buddha Tooth Relic.
Jika anda bangun awal pagi (sekitar 4 pagi), anda pastinya dapat mendengar majlis drum pagi. Atau anda boleh sahaja melihat sendiri upacara penutupan pada waktu petang setelah selesai melihat kawasan-kawasan peninggalan sejarah yang ada.
![15 Tempat Menarik Di Singapore: Destinasi Terkini [PALING POPULAR] 15 Ann Siang Hill](http://wpfc.ml/b.gif)
Penanda warisan telah dipasang di seluruh kawasan dalam bahasa Inggeris, Jepun, Cina (Simplified) agar para pengunjung boleh memahaminya dengan lebih mudah akan kepentingan kawasan-kawasan terbabit.
Namun, tempat ini bukan sekadar menjadi bukti kepada kesan pengaruh Cina di seluruh Singapura pada masa lampau tetapi, ia adalah kawasan kejiranan yang progresif (dengan Wi-Fi percuma) dan rumah-rumah yang ada penuh bergaya menganjur ke kawasan Ann Siang Hill, di mana bistro menarik dan butik-butik mewah beroperasi seperti yang dapt di lihat di bandar Barat.
Ini adalah salah satu tempat menarik di Singapore yang tidak patut anda hiraukan jika bertandang ke Singapore.
- Lokasi: Lihat Hotel | Lihat Peta | 272 South Bridge Rd, Singapore 058821
Singapore Little India dan Arab Street
Salah satu aspek yang paling menarik mengenai Singapura adalah kawasan kejiranannya yang pelbagai. Ya, negara ini adalah syurga kepada pembeli-pembeli yang bijak, tetapi anda juga akan dapat menemui kekayaan tradisi, makanan-makanan yang lazat dan watak-watak tempatan dalam kawasan yang lebih tua.
Tidak ada tempat yang lebih nyata berbanding di Little India dan Arab Street (juka dikenali sebagai Arab Quarters) ini. Masyarakat India memiliki sejarah yang amat kaya di Singapura, dan ini membawa kita kembali ke lebih 200 tahun dahulu. Ini adalah salah satu tempat menarik di Singapore yang bercirikan India dan Arab.
![15 Tempat Menarik Di Singapore: Destinasi Terkini [PALING POPULAR] 17 Arab Street](http://wpfc.ml/b.gif)
Nama Singapura sebenarnya berasal daripada perkataan Sanskrit untuk Lion City, menurut laman web rasmi Little India.
Pada hari ini, kejiranan ini merupakan sebuah tempat yang maju, penuh warna-warni di mana cuti-cuti tradisional diraikan, dan para pengunjung boleh memerhatikan upacara ibadah dan aktiviti di Kuil Sri Veeramakaliamman atau membeli sari sambil beramah-mesra dengan peniaga-peniaga tempatan.
![15 Tempat Menarik Di Singapore: Destinasi Terkini [PALING POPULAR] 18 singapore-street-little-india](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/01/singapore-street-little-india-1024x682.jpg)
Di kawasan kejiranan Arab pula, anda pastinya ingin melawat ke Masjid Sultan yang penuh bersejarah, yang pada asalnya dibina pada tahun 1825.
Orang bukan Islam tidak dibenarkan masuk ke dewan solat, namun masih boleh menikmati keindahan kubah emasnya yang tersendiri dan seni ketukangan struktur luarnya yang unik dan tersendiri.
Lorong Haji dan Bali adalah tempat yang baik terutamanya untuk membeli sesuatu yang lebih unik daripada sebuah beg tangan berjenama terkenal, dan anda juga akan mendapati diri anda diselubungi oleh bunyi-bunyian muzik dan makanan-makanan pelbagai, kerana terdapatnya banyak restoran di sini.
- Lokasi: Lihat Hotel | Lihat Peta | 3 Muscat St, Singapore 198833
Hotel Terbaik Singapore: Hotel Raffles
![15 Tempat Menarik Di Singapore: Destinasi Terkini [PALING POPULAR] 19 Raffles Hotel](http://wpfc.ml/b.gif)
Tempat menarik di Singapore ini adalah sangat ‘rare’ dan bercirikan klasik.
Bangunan kolonial ini merupakan salah satu daripada tinggalan terakhir dunia akan bangunan hotel dari abad ke-19, dan ianya pernah dilawati oleh tokoh-tokoh sastera seperti Rudyard Kipling dan Joseph Conrad, juga bintang film bisu terkenal, Charlie Chaplin.
Dibina pada tahun 1887, Hotel Raffles ini telah berkhidmat sebagai mercu tanda bagi Singapura untuk lebih satu abad lamanya dan terus beroperasi sepadan dengan reputasi yang dimiliki, bersama-sama hidangan makanan yang lazat dan perkhidamatan yang begitu cemerlang.
![15 Tempat Menarik Di Singapore: Destinasi Terkini [PALING POPULAR] 20 Hotel Raffles](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2015/05/Hotel-Raffles-3.jpg)
Seni bina klasik dan juga taman-taman tropika menyediakan suasana yang begitu nyaman, dan mewakili satu lagi aspek sejarah yang pelbagai dan kaya bagi Singapura.
Hotel Raffles ini terletak di Daerah Kolonial Singapura, yang mana menempatkan juga tempat-tempat bersejarah yang lain.
![15 Tempat Menarik Di Singapore: Destinasi Terkini [PALING POPULAR] 21 RHS Jubilee Ballroom](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/06/RHS_Jubilee-Ballroom-1024x536.jpg)
Antaranya ialah Landing Site Raffles, di mana Sir Stamford Raffles dikatakan telah melangkah naik ke darat pada tahun 1819.
Cerita ini mengatakan bahawa apa yang ditemuinya adalah kawasan perkampungan nelayan yang kecil namun apa yang dilihatnya adalah kawasan pelabuhan yang berpotensi, jadi dia membeli tanah tersebut daripada Sultan Johor dan menjemput para pedagang Cina dan India untuk bergerak ke sana.
Dan, dari situlah benih-benih etnik pelbagai Singapura disemai.
- Lokasi: Lihat Hotel | Lihat Peta | 1 Beach Rd, Singapore 189673
Lawatan Ke Singapore Chapel dan Muzium Changi
![15 Tempat Menarik Di Singapore: Destinasi Terkini [PALING POPULAR] 22 Changi Chapel Museum](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2015/05/Changi-Chapel-Singapore.jpg)
Singapura tidak terlepas dari kengerian Perang Dunia ke-2, dan Chapel (gereja kecil) dan Muzium Changi menceritakan banyak kisah orang-orang yang menderita di bawah pendudukan Jepun.
Muzium ini memaparkan surat-surat, gambar-gambar, lukisan-lukisan dan barang-barang peribadi yang kini menjadi bukti kepada pemenjaraan lebih daripada 50, 000 orang awam dan tentera di Penjara Changi.
![15 Tempat Menarik Di Singapore: Destinasi Terkini [PALING POPULAR] 23 Changi Chapel and Museum](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/06/Changi-Chapel-and-Museum-1024x521.jpg)
Chapel Changi, yang terdapat di halaman terbuka muzium, merupakan sebuah replika akan lebih banyak lagi gereja-gereja kecil yang dibina pada Perang Dunia Ke-2.
Ianya berdiri sebagai tugu bagi mereka yang tidak ingin berada di bawah pemerintahan Jepun.
Sesuatu yang Mesti Tengok di dalam muzium ini adalah lukisan dinding teliti yang dicipta dari lukisan asal oleh Bombardier Stanley Warren.
Para pengunjung boleh menyertai lawatan berpandu atau memilih untuk lawatan audia yang memaparkan tentang pengalaman-pengalaman banduan-banduan Changi.
- Lokasi: Lihat Hotel | Lihat Peta | 1000 Upper Changi Rd N, Singapore 507707
- Tiket: Percuma. Lawatan dalam rumah (lawatan berpandu selama 45 minit dalam Bahasa Inggeris) atau lawatan Audio – SG $8 setiap orang dewasa dan SG $4 setiap anak.
- Waktu Operasi: Dibuka dari pukul 9.30 pagi hingga 5.00 petang
Melawat Singapore Zoo Yang Unik
Mengakui dirinya sebagai zoo hutan hujan terbaik di dunia, Zoo Singapura merupakan satu lokasi yang cukup mengagumkan.
Kemudahan yang ada di sini cukup bersih dan menarik, dan haiwan-haiwan zoo yang ada kelihatannya dipelihara dengan penuh rapi dengan kepelbagaian tumbuh-tumbuhan dan ruang habitat.
Orang Utan yang ada cukup mengagumkan, dan para pengunjung boleh melihat orang utan yang seperti seorang dewasa dan bayi bergayut di tinggi sekali di atas platform-platform mereka dan makan pisang-pisang yang ada.
![15 Tempat Menarik Di Singapore: Destinasi Terkini [PALING POPULAR] 25 Singapore Zoo](http://wpfc.ml/b.gif)
Terdapat juga sebuah keluarga besar chimpanzee, kuda belang, meerkat, Biawak Komodo, tikus mondok, harimau putih, kanggaru, dan banyak lagi haiwan-haiwan lain.
para pengunjung boleh memerhatikan sendiri penyusuan kepada beberapa haiwan yang ada. Luangkan sekurang-kurangnya tiga jam untuk anda berjalan-jalan di sekitar zoo ini.
Jika zoo ini tidak cukup untuk memuaskan keperluan anda melihat haiwan-haiwan liar, terdapat juga Night Safari, River Safari (termasuk juga panda gergasi), dan Jurong Bird Park. Pas untuk taman-taman ini tersedia jika anda ingin melawat lebih dari satu taman hidupan liar ini.
- Lokasi: Lihat Hotel | Lihat Peta | 80 Mandai Lake Rd, Singapore 729826
- Tiket: Tiket Dewasa SG $ 37, Tiket Kanak-kanak SG $ 25 (3 hingga 12 tahun) dan Tiket Warga Emas SG $ 17 (berumur 60 tahun ke atas)
- Waktu Operasi: Dibuka dari pukul 8.30 pagi hingga 6.00 petang
Tempat Bersejarah Singapore Fort Canning Park
![15 Tempat Menarik Di Singapore: Destinasi Terkini [PALING POPULAR] 26 Fort Canning Park](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2015/05/Fort-Canning-Park-2.jpg)
Sebagai sebuah kubu kuat tentera, Fort Canning Park telah melalui satu siri kehidupan yang panjang dan pelbagai. Dibina pada tahun 1859, kubu ini merupakan tapak penting untuk pertahanan Singapura.
Sekarang ini di zaman penuh keamanan, bangunan asal ini merupakan rumah kepada persembahan-persembahan seni moden, dan taman ini kerap dijadikan tempat untuk berkelah, konsert, persembahan teater, dan perayaan-perayaan yang lain.
![15 Tempat Menarik Di Singapore: Destinasi Terkini [PALING POPULAR] 27 Fort Canning Park](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2015/05/Fort-Canning-Park-3.jpg)
Tarikan lain di taman ini termasuk peninggalan sejarah dari sejarah awal Singapura, dari seawal abad ke-14, seperti contoh banglo peribadi Sir Stamford Raffles.
Para pengunjung boleh melihat sendiri replika pasar rempah yang Raffles tubuhkan pada tahun 1822, dan juga patung ASEAN yang didirikan pada tahun 1980-an.
- Lokasi: Lihat Hotel | Lihat Peta | River Valley Rd, Singapore 179037
- Waktu Operasi: Dibuka dari pukul 7.00 pagi hingga 7.00 malam
Tips Bercuti Di Singapore Pulau Sentosa
![15 Tempat Menarik Di Singapore: Destinasi Terkini [PALING POPULAR] 28 Merlion Sentosa](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/06/Merlion-Sentosa-1024x676.jpg)
Singapura tidak begitu dikenali sebagai lokasi pantai, namun jika anda benar-benar ingin berseronok di bawah sinaran matahari, Pulau Sentosa merupakan tempat yang paling sesuai. Ini adalah tempat menarik di Singapore bertemakan peranginan persisiran laut.
Pantai Siloso merupakan tempat yang baik untuk menghabiskan masa di pantai, dan para pengunjung boleh bermain bola tampar di gelanggang percuma yang ada atau pergi berkayak dan bermain papan luncur.
![15 Tempat Menarik Di Singapore: Destinasi Terkini [PALING POPULAR] 29 Adventure Cove Waterpark in Sentosa, Singapore](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/06/Adventure-Cove-Waterpark-in-Sentosa-Singapore-1024x575.jpg)
Terdapat juga beberapa tarikan pantai yang lain, ditambah dengan Aquarium Underwater World dimana anda boleh berenang dengan dolphin.
Apa yang mesti lihat di Pulau Sentosa adalah Merlion, patung terkenal di Singapura yang mempunyai kepala singa dan badan ikan.
Anda boleh menggunakan eskalator untuk kebahagian atas patung tersebut, dan menikmati pemandangan panorama kawasan persekitarannya.
![15 Tempat Menarik Di Singapore: Destinasi Terkini [PALING POPULAR] 30 Pulau Sentosa](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2017/04/Pulau-Sentosa-1024x768.jpg)
Fort Siloso, satu-satunya pelabuhan terpelihara negara ini, juga terletak di Pulau Sentosa.
Mereka yang suka mengembara pastinya ingin menyemak akan The Flying Trapeze dan SeaBreeze Water-Sports @ Wave House, di mana anda boleh mencuba sendiri untuk terbang dengan memakai jet pack kuasa air.
- Lokasi: Lihat Hotel | Lihat Peta | 88 Sentosa Gateway, Singapore 098269
Shopping Di Singapore Orchard Road
![15 Tempat Menarik Di Singapore: Destinasi Terkini [PALING POPULAR] 31 Orchard Road](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2015/05/Orchard-Road-4-1024x543.jpg)
Seseorang boleh dimaafkan jika datang ke Singapura sekadar untuk membeli-belah sahaja, kerana Singapura merupakan sebuah bandar bertaraf dunia untuk rekaan penuh bergaya.
Kawasan Orchard Road merupakan destinasi membeli-belah yang sesuai untuk bermula, kerana terdapat banyak kedai-kedai mewah di setiap selekoh.
Anda boleh jangkakan satu kejiranan yang memiliki 22 buah pusat membeli-belah dan enam department store.
Terdapat juga empat buah teater filem, termasuklah IMAX, dan karaoke KTV.
Jika anda merasa lapar ketika menghabiskan wang anda membeli-belah, terdapat banyak kedai-kedai makan yang menghidangkan masakan-masakan antarabanga di sini.
- Lokasi: Lihat Hotel | Lihat Peta | 181 Orchard Rd, Singapore 238896
Tempat Menarik Di Singapore Clarke Quay
![15 Tempat Menarik Di Singapore: Destinasi Terkini [PALING POPULAR] 33 Clarke Quay](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2015/05/Clarke-Quay-2-1024x510.jpg)
Dikenali sebagai “”Pusat perdagangan pada abad ke-19”, Clarke Quay kekal hidup sebagai warisan yang menjadi hub penuh kesibukan. Pada hari ini, ianya memiliki berkilau dengan setiap kilauan yang ditambahkan padanya.
Selepas sehari yang panjang membeli-belah di Orchard Road, para pengunjung bolehlah menghala dengan gembiranya ke Clarke Quay untuk makan malam di tepi laut dan juga hiburan. Teksi sungai dan juga pelayaran bertolak dari sini.
- Lokasi: Lihat Hotel | Lihat Peta | 3 River Valley Rd, Singapore 179024
- Waktu Operasi: Dibuka dari pukul 10.00 pagi hingga 10.00 malam
Sejarah Di Singapore Muzium Tamadun Asia
![15 Tempat Menarik Di Singapore: Destinasi Terkini [PALING POPULAR] 34 Empress Place Building](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2015/05/Empress-Place-Building-2.jpg)
Jika Hotel Raffles dan Fort Canning Park tidak cukup untuk memuaskan hati anda akan seni bina kolonial, anda bolehlah membuat kunjungan ke Empress Place Building.
Ianya dibina pada tahun 1865 dan dibina di dalam gaya Neo-klasik, dan dinamakan sempena Queen Victoria.
Kini ia menempatkan Muzium Tamadun Asia, yang meliputi banyak kebudayaan Asia yang mana telah membantu membentuk Singapura.
- Lokasi: Lihat Hotel | Lihat Peta | 1 Empress Pl, Singapore 179555
- Waktu Operasi: Dibuka dari pukul 10.00 pagi hingga 07.00 malam
Asal Usul Singapore Pulau Ubin (Pulau Granit)
![15 Tempat Menarik Di Singapore: Destinasi Terkini [PALING POPULAR] 35 Pulau Ubin](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2015/05/Pulau-Ubin-2-1024x683.jpg)
Untuk melihat bagaimanakah kehidupan di Singapura sebelum kegemilangan dan juga kemunculan pelbagai bangunan pencakar langit, kunjungilah Pulau granit ini. Pengurusan Taman Negara menggelarkan lawatan kesini sebagai ‘kembali ke masa lalu Singapura di tahun 1960-an’.
Di mana para penduduk tinggal di dalam perkampungan yang mudah (yang terakhir di negara ini) dan pertanian dan menangkap ikan masih merupakan salah satu cara hidup.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Singapore, anda juga boleh membaca artikel: Panduan Mudah Melancong Ke Singapore.
- Lokasi: Lihat Hotel | Lihat Peta | CX5V+72 North Eastern Islands, Singapore
Bersambung…