Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Sedang merancang percutian impian ke Pulau Langkawi?
Pulau legenda ini sentiasa menyimpan pesona yang istimewa, menanti untuk kita terokai bersama.
Memahami betapa pentingnya perancangan yang baik, saya telah menyusun sebuah panduan mesra merangkumi 70 destinasi dan aktiviti paling menarik di Langkawi untuk tahun ini.
Istimewanya, senarai ini telah dibahagikan mengikut kategori bagi memudahkan anda merangka jadual perjalanan yang tenang dan teratur.
Sama ada anda mencari ketenangan alam semula jadi, keseronokan taman tema, keindahan senja di tepi pantai, mahupun kepuasan membeli-belah, semuanya ada di sini.
Setiap lokasi turut disertakan dengan maklumat ringkas, lokasi tepat, dan anggaran harga tiket sebagai panduan awal.
- Lihat Pakej Percutian Terbaik Langkawi
- Lihat Penginapan Terbaik di Langkawi
- Lihat Tiket Penerbangan ke Langkawi
- Lihat Aktiviti Terbaik di Langkawi
- Lihat Peta Percutian di Langkawi
PinMari kita lihat senarai ini perlahan-lahan, dan semoga ia dapat membantu melengkapkan percutian indah anda. Jemput baca ya.
SkyCab Langkawi

Panorama Langkawi SkyCab bukan hanya terhad kepada pengangkutan kereta kabel sahaja malah ia turut menawarkan pelbagai daya tarikan lain yang mampu menjadikan percutian anda di Langkawi amat bermakna.
Selepas ianya siap dibina, Langkawi terus berubah menajadi tumpuan pelancong dari dalam dan luar nerga untuk berkujung ke sini. Pasti anda tertanya apa yang menarik tumpuan di Langkawi SkyCab ini. Ia menawarkan 16 tarikan:

- SkyCab
Kereta kabel yang paling curam didunia dan akan membawa pengunjung setinggi 708 m atas dari paras laut ke puncak kedua tertinggi di Langkawi. Permandangan sepanjang perjalanan amatlah mengagumkan.
- SkyRex
Menawarkan pengalaman baru kepada anda. Merupakan suatu pengembaraan yang akan membuatkan anda benar-benar teruja.
- SkyDome
Pelbagai persembahan yang akan membawa anda meneroka angkasa,bawah laut dan terbang. Santai bersama rakan-rakan dan keluarga sebelum anda menikmati perjalanan dengan SkyCab.
- SkyBridge
Jambatan untuk anda berjalan-jalan diatas Gunung Machinchang yang setinggi 700m dari paras laut benar-benar akan membuatkan anda teruja menikmati permandangan alam semulajadi yang memukau.

- SkyGlide
Pengangkutan berupa kabin yang mampu bergerak keatas dan kebawah mengikut darjah kecerunan tertentu. Rekaannya seakan-akan lif yang disekelilingnya adalah kaca.
- SkyBoutique
Terletak di puncak Gunung Machinchang, ia menjual berbagai cenderamata istimewa Langkawi kepada pengunjung.
- SkyTrail
Satu trek diantara stesen tengah dan stesen di puncak yang melalui lembah dimana pengunjung akan menikmati keindahan flora dan fauna yang terdapat disana.
- SkyPos
Ia merupakan peti pos yang diletakkan di puncak Gunung Machinchang yang menawarkan servis untuk anda menghantar gambar-gamabr atau poskad kepada insan tersayang.

- SkyBistro
Menawarkan snek dan minuman kepada pengunjung di puncak Gunung Machinchang. Pengunjung boleh menikmati hidangan sambil turut menikmati keindahan permandangan disana.
- 6D Cinemotion
Gabungan kesan khas tempat duduk 5D dan cerita 3D yang akan memberikan suatu pengalaman yang menarik buat anda.
- F1 Simulator
Simulator ini direka untuk menghasilkan pecutan menggunakan teknologi terkini yang akan memberikan pengalaman memandu F1 yang sebenar.
- 3D Art Langkawi
Menawarkan ratusan lukisan 3D oleh pelukis-pelukis terkemuka.
- Galeri Produk Langkawi
Merupakan galeri yang menawarkan hasil kraf penduduk setempat.
- One Stop Centre
Merupakan satu inisiatif yang menawarkan maklumat mengenai pakej-pakej penginapan dan seumpama dengan di Langkawi. Anda boleh mendapatkan maklumat mengenai pakej terkini disini.
- Sky Adventure Park
Mengembara dengan menaiki kenderaan pilihan anda dan tempuhi halangan yang disediakan dan nikmati alam semulajadi sepenuhnya.
- Time Travel
Tempat permainan futuristik yang menggunakan teknologi terkini yang akan merealisasikan imaginasi anda.
- Lihat Hotel | Lihat Peta | Jalan Telaga Tujuh, 07100 Langkawi, Kedah
- Tiket Online | Tiket Langkawi SkyCab adalah RM55 untuk orang dewasa dan RM40 untuk kanak-kanak
- Waktu Operasi: Pembukaan jam 9.30 pagi hingga 07.00 malam
Pemandangan Indah Langkawi Sky Bridge

 Ia merupakan sebuah jambatan melengkung yang dibina di atas puncak Gunung Mat Cincang dan untuk ke sini, anda perlu menaiki Kereta Kabel Langkawi.
Ia tergantung setinggi 100 meter dari puncak gunung.

Bayaran adalah termasuk dengan bayaran Kereta Kabel Langkawi dan jika anda seorang yang gayat, anda mungkin akan berfikir dua kali untuk kesini.
Namun, agak rugi sekiranya anda terlepas pemandangan yang disajikan dari sini.
- Lihat Hotel | Lihat Peta | Jalan Telaga Tujuh, 07100 Langkawi, Kedah
- Tiket Online | Harga tiket untuk Langkawi SkyCab adalah RM55 untuk orang dewasa dan RM40 untuk kanak-kanak
- Dibuka dari pukul 9:30 pagi hingga 7:00 malam
Pulau Payar Marine Park

Tempat ini merupakan destinasi pelancongan popular untuk aktiviti snorkeling dan diving. Anda boleh meneroka keindahan bawah laut Langkawi disini.
Terletak 30 km ke selatan dari pulau utama dan sekitar 45 minit dari jeti Kuah. Mempunyai 4 pulau utama dan Pulau Payar merupakan pulau yang terbesar diikuti dengan Pulau Kaca, Pulau Lembu dan Pulau Segantang.
Antara tarikan utama di Pulau Payar ialah Coral Garden.

Coral Garden merupakan kawasan terumbu karang yang berwarna warni dan bagi mereka yang ingin meneroka kawasan ini perlu mendapatkan kebenaran daripada pihak berkuasa sebelum dibenarkan untuk meneroka kawasan ini.
Kawasan ini juga menyediakan berbagai kemudahan untuk anda seperti meja berkelah, tempat barbeku, gazebo dan tandas.
- Lihat Hotel | Lihat Peta | Kompleks EB Adina peksn Baru Baron Kuah, 07000 Langkawi
- Tiket Online | Harga tiket atau pakej ke Pulau Payar adalah dari RM200
- Waktu operasi adalah 24 jam dan bot transfer seawal 7 pagi
Pantai Cenang Langkawi

 Pantai Cenang merupakan kawasan pantai pekan yang paling sibuk di Langkawi.
Bukan sahaja keindahan pantainya yang menarik perhatian, kemudahan dan kedai-kedai makan yang ada di pantai Cenang turut menjadi tumpuan pengunjung ditambah pula dengan outlet-outlet bebas cukai yang terdapat disini menjadikan Pantai Cenang sebagai destinasi tumpuan.

Mengambil masa sekitar 10 minit dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, ia merupakan destinasi pelancongan yang amat popular buat keluarga kerana ia mempunyai Underwater World Langkawi, Kiki Club dan beberapa tarikan lain lagi.
Pasirnya yang putih dan airnya yang jernih serta pantainya yang luas menjadikan pantai Cenang sebagai tempat yang harus dilawati di Langkawi.
- Lihat Hotel | Lihat Peta | Jalan Pantai Chenang, 07000 Langkawi, Kedah
- Tiket Online | Masuk ke Pantai Cenang adalah percuma, ada pakej permainan pantai disediakan dari RM25
- Waktu Operasi dibuka 24 jam untuk aktiviti riadah pantai
Air Terjun Telaga Tujuh (Seven Wells Waterfall)

Kata orang, Air Terjun Telaga Tujuh merupakan tempat bunian mandi. Jika anda merupakan orang yang tiada masalah dengan cerita-cerita sebegini, anda amatlah dialu-alukan untuk datang ke air terjun yang berdekatan dengan Cable Car dan Oriental Park ini.
Tempat ini mempunyai 7 kolam kecil dan ia merupakan kawasan yang terbentuk secara semulajadi dan berbentuk seakan-akan telaga.
Disebabkan oleh bentuknya yang menyerupai telaga, ia mendapat nama sebagai Air Terjun Telaga Tujuh.

Ia merupakan destinasi yang sangat popular bagi pelancong asing namun kurang popular dengan pelancong tempatan mungkin kerana terdapat terlalu banyak lokasi air terjun di Malaysia.
Apapun Air terjun Telaga Tujuh tetap merupakan antara tempat yang harus anda kunjungi di Langkawi.
Untuk sampai ke Air Terjun Telaga Tujuh juga sangat mudah. Anda boleh datang kesini dengan kenderaan atau berjalan kaki. Berbagai kemudahan asas seperti tandas dan surau turut disediakan.
- Lihat Hotel | Lihat Peta | Mukim, Jalan Telaga Tujuh, 07000 Langkawi
- Tiket Online | Masuk adalah percuma, tempat letak kereta adalah berbayar
- Waktu Operasi: Pembukaan pukul 8.30 pagi hingga 07.00 malam
SKYTREX Adventure Langkawi

Di Langkawi juga jika anda ingin lakukan aktiviti ekstrem, anda boleh kunjungi Skytrex Langkawi.
Disini ditawarkan 3 tahap kesukaran halangan iaitu Beginner, Intermediate dan Advance. Terletak di Tanjung Burau, Skytrex Langkawi seharusnya menjadi tempat yang wajib anda kunjungi jika anda berkunjung ke Langkawi.

Berbagai kemudahan disediakan seperti tandas, kafe, surau, Skymatch games, team building dan macam-macam lagi.
Satu benda yang anda harus ingat adalah jika anda benar-benar ingin datang ke Skytrex, anda digalakkan untuk membeli tiket secara online.
Jika anda datang secara walk-in selalunya jika anda betul-betul bernasib baik, dapatlah anda beli tiket.
- Lihat Hotel | Lihat Peta | Jalan Teluk Yu, Kampung Kok, 07000 Langkawi
- Tiket Online | Harga pakej SKytrax Adventure Langkawi dari RM60 untuk dewasa
- Waktu Operasi: Pembukaan jam 09.00 pagi hingga 06.00 petang
Air Terjun Temurun (Temurun Waterfall)

Merupakan antara destinasi yang menarik untuk dikunjungi bukan hanya mempunyai air terjun yang menarik malah ciri semulajadinya juga sesuai untuk aktiviti lasak dan mencabar.
Hutan Lipur Air Terjun Temurun sangat sesuai untuk aktiviti mandi manda, berkelah dan berehat.
Selain itu, berbagai spesis flora dan fauna boleh ditemui disini. Air terjunnya juga agak tinggi dan mengalir cantik ke kawasan tadahan sekaligus menjadikannya sebagai kawasan yang amat sesuai untuk anda bermandi-manda.

Satu perkara yang anda harus berwaspada adalah kelibat monyet-monyet liar disekitar kawasan ini.
Ia tidak akan membahayakan anda cuma ia lebih tertarik pada makanan yang anda bawa. Jadi anda perlu pastikan bahawa makanan yang anda bawa disimpan dan disorok sebaiknya untuk mengelakkan makanan anda dicuri.
- Lihat Hotel | Lihat Peta | 161, Jalan Datai, 07000 Langkawi, Kedah
- Tiket Online | Masuk adalah percuma. Pastikan anda menjaga kebersihan dan jangan buang sampah
- Waktu Operasi: Pembukaan jam 07.00 pagi hingga 07.00 petang
Pantai Tanjung Rhu

 Pantai Tanjung Rhu tidak kurang hebatnya berbanding dengan Pantai Cenang.
Walaupun dari segi populariti Pantai Tanjung Rhu kalah sedikit berbanding Pantai Cenang, namun dari segi keindahan dan kecantikan pasir dan air pantai, Pantai Tanjung Rhu adalah lebih baik.
Hal ini mungkin disebabkan Pantai Tanjung Rhu mempunyai kurang tempat-tempat untuk membeli dan restoran-restoran makanan yang menarik.

Bagi mereka yang benar-benar ingin menikmati keindahan alam dan menikmati angin pantai serta tidak inginkan suasana yang sibuk dan sesak seperti di Pantai Cenang, Pantai Tanjung Rhu adalah pilihan yang terbaik untuk anda.
Ia juga turut tersenarai didalam senarai 100 pantai tercantik oleh CNN. Anda perlu meninggalkan pantai ini sebelum pukul 7 melainkan anda menginap di resort yang ada disini.

Untuk sampai ke Pantai tanjung Rhu, anda perlu melalui deretan pokok-pokok rhu di kiri kanan jalan yang menjadikannya sebagai suatu permandangan yang sangat cantik dan menarik.
- Lihat Hotel | Lihat Peta | Ayer Hangat, 07000 Langkawi, Kedah
- Tiket Online | Pantai Tanjung Rhu adalah pantai awam dan tiada bayaran masuk (walaupun terdapat seksyen peribadi yang terletak di Tanjung Rhu Resort)Â
-  Waktu operasi dari pukul 08.00 pagi hingga 06.00 petang | boleh diakses 24 jam
Pasir Putih di Pantai Tengah

Bercuti di Langkawi Pasir Putih di Pantai Tengah. Dari segi popularitinya, ia tidaklah sepopular Pantai Cenang namun ia menawarkan lebih berbanding apa yang ditawarkan oleh Pantai Cenang.
Ia mempunyai berbagai aktiviti-aktiviti pantai dan sukan air seperti bermain jetski, parasailing dan bermacam-macam lagi.
Pasir pantai di Pantai Tengah juga agak halus dan air lautnya juga tenang. Ia sangat sesuai untuk aktiviti mandi dan bermain air laut. Ramai yang mencadangkan supaya datang ketika waktu petang untuk menikmati keindahan matahari terbenam di Pantai Tengah ini.
- Lihat Hotel | Lihat Peta | 16, Jalan Pantai Chenang, Kampung Lubok Buaya, 07000 Langkawi
- Tiket Online | Tiada caj dikenakan, Pantai Tengah adalah pantai awam
- Boleh diakses 24 jam dan biasanya penunjung ada seawal 7 pagi hingga 7 malam
Legenda Park Langkawi

Taman ini mula dibuka pada April 1996 dan terletak bersebelahan dengan Dataran Lang di Kuah.
Idea asal pembukaan taman ini adalah untuk menyediakan suatu suasana yang kondusif dan menarik buat penduduk sekitar dan pelancong yang berkunjung kesini untuk menikmati keindahan alam semulajadi serta sesuai untuk aktiviti keluarga.
Disamping itu juga, ia amat sesuai untuk anda mempelajari lagenda mengenai Langkawi yang telah menjadi perhatian dan pelancong dari dalam dan luar negara.

Melihat kepada pintu masuknya sahaja sudah mampu membuatkan anda kagum dan terpegun. Ia menunjukkan bahawa Langkawi terjadi hasil daripada suatu pergerakan dalam bumi yang memisahkannya dengan daratan suatu masa dahulu.
Pada dinding pintu masuk tersebut juga anda dapat melihat peta besar Langkawi termasuk 99 pulau disekitarnya. Jika anda meneruskan perjalanan menerusi laluan yang disediakan, anda akan dapat menikmati dan mendengar bunyi daun-daun yang ditiup angin.
- Lihat Hotel | Lihat Peta | Kuah, 07000 Kuah, Kedah
- Tiket Online |Â masuk adalah percuma
- Waktu Operasi: Dibuka 24 jam
Tasik Dayang Bunting

Trip ke Langkawi Tasik Dayang Bunting yang terletak 20 kilometer dari pekan Kuah merupakan suatu kawasan yang amat terkenal bagi pelancong dari dalam dan luar negara.
Ia merupakan antara tempat yang harus anda lawati sekiranya anda berkunjung ke Langkawi.
Tasik Dayang Bunting terkenal dengan lagendanya yang mana ia merupakan tempat mandi kegemaran seorang puteri kayangan bernama Mambang Sari. Seorang putera raja, Mat Teja telah jatuh hati kepada puteri tersebut dan berjaya memaksa Puteri Mambang Sari untuk berkahwin dengannya.
Hasil perkahwinan mereka telah dikurniakan seorang anak yang meninggal pada usia 7 hari disebabkan oleh penyakit misteri.

Kerana rasa sedih yang teramat, Mambang Sari menanam mayat anaknya di dalam Tasik Dayang Bunting dan kembali ke kayangan.
Hasil daripada kisah ini telah menyebabkan ramai orang percaya jika seorang perempuan mandi didalam tasik ini, berkemungkinan besar ia akan mengandung.
Tasik Dayang Bunting merupakan kawasan yang sesuai jika anda ingin mandi-manda dan berenang kerana kawasannya tidak seperti di pantai yang berombak dan yang lebih menarik adalah kawasan ini dibina lot-lot kolam bersegi untuk memudahkan pelancong mandi-manda.

Dari segi keselamatan, ia adalah lebih baik berbanding kawasan lain kerana ada disediakan jaring dan life jacket untuk kanak-kanak.
Untuk sampai ke Tasik Dayang Bunting agak mengambil masa kerana ia terletak di tengah-tengah pulau.
Tapi jangan risau kerana ia merupakan perjalanan yang amat berbaloi kerana anda akan dapat menikmati permandangan dan keindahan alam semulajadi yang sangat mendamaikan.
- Lihat Hotel | Lihat Peta | 6Q4P+84 Langkawi, Kedah
- Tiket Online | Masuk adalah percuma, anda memerlukan bot atau jet ski untuk ke tasik ini
- Waktu operasi dari 7 pagi hingga 7 malam
Underwater World Langkawi

Percutian Langkawi di UWL: Jika anda bercakap mengenai percutian Langkawi, Underwater World Langkawi pastinya menjadi antara topik perbualan anda. Ia merupakan antara tarikan terbaik yang terdapat di langkawi.
Terletak berhampiran dengan Pantai Cenang yang merupakan destinasi tumpuan pengunjung dan juga berdekatan dengan zon bebas cukai, ia merupakan akuarium yang terbesar yang terdapat di Malaysia.
Bangunan besar Underwater World Langkawi ini menempatkan 200 spesis hidupan marin dan ikan termasuk ikan Arapaima iaitu ikan air tawar terbesar didunia.

Sebaik sahaja anda menjejakkan kaki kedalam, anda akan dapat melihat ikan Araipama didalam tangki bersaiz sederhana di pintu masuk.
Underwater World Langkawi dibahagikan kepada 3 bahagian: Tropical Rainforest, Temperate dan Sub-Antartic.

Dalam ketiga-tiga bahagian, Sub-Antartic merupakan bahagian yang paling mencuri tumpuan kerana disini terdapat penguin comel yang memikat hati pengunjung dengan kecomelan mereka.
Kebanyakan orang yang datang ke Underwater World Langkawi bertujuan untuk melihat penguin-penguin tersebut.
Juga terdapat terowong bawah air yang menampung 6 juta liter air yang dihuni oleh berbagai jenis ikan dan hidupan laut lain.
- Lihat Hotel | Lihat Peta | Jalan Pantai Chenang, 07000 Langkawi, Kedah
- Tiket Online | Harga tiket masuk adalah RM 36 bagi dewasa, kanak-kanak berumur 3-12 tahun RM 26
- Waktu Operasi: Dibuka pada 10.00 pagi hingga 06.00 petang
Langkawi Wildlife Park & Bird Paradise

Pada asalnya, Langkawi Wildlife Park merupakan kawasan yang menjadi tumpuan kerana variasi spesis burung yang ada di sana.
Kemudian, menerusi pertambahan berbagai spesis mamalia, reptilia dan hidupan lain telah menjadikannya sebagai taman hidupan liar dan seterusnya dinamakan semula sebagai Langkawi Wildlife Park & Bird Paradise.
Anda akan dapat menemukan lebih daripada 150 spesis haiwan dan burung dari pelbagai pelosok dunia termasuk haiwan dan burung dari Asia Tenggara, Afrika, Amerika Selatan, Australia, Rusia dan semenanjung Malaysia.
Walaubagaimanpun, hidupan seperti harimau dan keluarganya susah untuk ditemui disini. Taman ini secara umumnya hanya menjaga haiwan dan burung yang mudah untuk dijaga.

Antara tarikan utama disini adalah ia merupakan taman pertama seperti ini di Asia.
Ia mempunyai laluan berbumbung daripada pintu masuk hinggalah ke pintu keluar supaya tidak kira cuaca panas terik atau hujan lebat, anda masih lagi dapat untuk menikmati keindahan dan mengenali hidupan yang terdapat disini.
Selain itu, anda juga dapat untuk berinteraksi dengan burung dan haiwan disini. Terdapat sesi untuk anda memberi makan kepada berbagai jenis burung dan haiwan disini.

Pengunjung dapat menyuap sendiri makanan menggunakan tangan mereka kepada haiwan dan burung.
Bagi sesetengah pengunjung, mereka melabelkan menarik di Langkawi Wildlife Park & Bird Paradise ini seperti sebuah zoo.
Namun begitu, aktiviti memberi makan ini yang menjadikannya lebih menarik.
Anda boleh membeli beg makanan untuk diberikan kepada haiwan dan burung dan disetiap kawasan ada disediakan papan tanda yang menerangkan jenis makanan yang sesuai dan boleh diberikan kepada burung dan haiwan.
- Lihat Hotel | Lihat Peta | Lot 1485, Kampung Belanga Pecah, Jalan Ayer Hangat
- Tiket Online | Tiket masuk bagi dewasa adalah RM30Â
- Waktu Operasi: Pembukaan jam 10.00 pagi hingga 06.00 petang
Art in Paradise Langkawi

Siapa sangka lukisan mural 3D yang trending sekarang sudah dibuka di Pulau Langkawi sejak tahun 2015 dan dirasmikan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.
Art in Paradise Langkawi juga telah tercatat dalam Malaysia Book of Record sebagai Muzium 3D terbesar di Malaysia dan kedua terbesar di dunia. Hebatkan?
Dengan 100 lukisan yang dihasilkan oleh pelukis antarabangsa itu cukup untuk membuatkan handphone anda hang dek kerana terlalu banyak gambar.

Anda harus snap gambar dengan angle yang betul bagi mendapatkan gambar yang menarik. Untuk makluman, harga tiket bagi dewasa dan kanak-kanak masing-masing RM40 dan RM30.
Walau bagaimanapun, sedikit tips dari kami, sila dapatkan tiket beserta pakej dengan SkyCab atau DuckTours untuk mendapatkan harga yang jauh lebih murah.
- Lihat Hotel | Lihat Peta | Jalan Telaga Tujuh, 07100 Langkawi, Kedah
- Tiket Online | 3 tahun ke bawah masuk percuma. Dewasa RM30 Kanak-Kanak RM20. Pelancong Asing RM38 Kanak-Kanak RM28
- Waktu Operasi: Pembukaan jam 09.00 pagi hingga 06.00 petang
Makam Mahsuri Langkawi

Tempat bersejarah Langkawi: Hampir semua rakyat Malaysia tahu akan kisah Mahsuri ini yang dikatakan telah dibunuh akibat difitnah.
Sebagai bukti Mahsuri tidak bersalah, darah yang keluar dari badan Mahsuri adalah berwarna putih dan Mahsuri juga telah mengenakan sumpahan 7 keturunan terhadap Langkawi.

Dikatakan 7 keturunan telah berlalu dan menempuhi sumpahan Mahsuri tersebut dan kini Makam mahsuri dikenali sebagai antara destinasi tumpuan pelancong yang datang berkunjung ke Langkawi.
Apa yang menarik disini adalah anda boleh melihat hasil rekaan dan budaya Melayu dalam rumah-rumah tradisional Melayu yang terdapat disini.
- Lihat Hotel | Lihat Peta | Kampung Mawar, 07000 Langkawi, Kedah
- Tiket Online | Yuran masuk ke makam adalah RM5 / dewasa dan RM2.50 / kanak-kanak (di bawah umur 12 tahun) untuk warga tempatan (dengan ID Malaysia) dan RM10 / dewasa, RM5 / anak untuk orang asing
- Waktu Operasi: Pembukaan jam 09.00 pagi hingga 05.00 petang
Kompleks Kraf Langkawi

Membeli belah di Kompleks Kraftangan Langkawi: Merupakan destinasi utama dan tumpuan yang ditubuhkan pada tahun 1996 untuk memudahkan pelawat membeli barangan kraf Malaysia.
Hasil kraf Malaysia sememangnya sangat unik dan mampu menarik perhatian dan tumpuan pelancong dari dalam dan luar negara.
Antara aktiviti utama yang boleh dilakukan disini adalah ia menyediakan ruang niaga bagi usahawan-usahawan untuk menjual pelbagai produk kraf Malaysia.

Pelbagai aktiviti dan promosi dilakukan setiap tahun untuk menarik minat dan kedatangan pengunjung kesini.
Selain itu, ia dapat memupuk rasa cinta, bangga dan minat terhadap warisan budaya kraf yang terdapat di Malaysia.

Program kemuncak yang ada disini ialah Promosi Kraf Langkawi yang dijalankan pada bulan Disember setiap tahun.
Selain itu, Kompleks Kraf Langkawi mempunyai dua buah muzium iaitu Muzium Adat Istiadat Perkahwinan dan Muzium Warisan yang menunjukkan budaya dan adat perkahwinan pelbagai kaum di Malaysia disamping pameran barang-barang lama yang kaya dengan cerita dan sejarah yang tersendiri.
- Lihat Hotel | Lihat Peta | Jalan Teluk Yu, Mukim Bohor, 07000 Langkawi, Kedah
- Tiket Tour Online | Masuk adalah percuma
- Waktu Operasi dibuka setiap hari dari jam 10.00 pagi hingga 06.00 petang
Dataran Lang Langkawi

Lawatan ke Langkawi dengan selfie di Dataran Lang: Destinasi yang seharusnya dikunjungi jika anda berkunjung ke Langkawi. Merupakan destinasi yang telah menjadi simbolik kepada Langkawi.
Ramai yang datang dan mengabadikan kenangan dengan bergambar dengan helang gergasi tersebut sebagai latar belakang.
Jaraknya tidak jauh daripada Jeti Pekan Kuah dan anda tidak perlu menghabiskan masa terlalu lama disini kerana kebanyakan yang datang kesini hanya untuk mengambil gambar dan bersantai sahaja.
- Lihat Hotel | Lihat Peta | Persiaran Putera Kuah, 07000 Langkawi, Kedah
- Lihat Tour | Tiada sebarang caj dikenakan dan waktu yang menarik adalah pada matahari terbenam
- Waktu operasi dibuka pada waktu pagi dan setiap hari 24 jam
Keunikan Laman Padi Langkawi

 Ia merupakan diantara tempat menyeronokkan yang terdapat di Langkawi dan berkonsepkan eko-pelancongan dan disini anda dapat mempelajar sejarah awal bidang penanaman padi bermula.
Apa yang anda boleh lakukan disini adalah menambah pengetahuan dan juga mencuba untuk menanam padi dengan tangan sepertimana cara tradisional.
- Lihat Hotel | Lihat Peta | Jalan Pantai Cenang, Pantai Cenang, 07000 Langkawi, Kedah
- Tiket Online | Tiada caj dikenakan untuk masuk ke Muzium Padi Langkawi
- Waktu Operasi: Pembukaan jam 10.00 pagi hingga 06.00 petang
Crocodile Adventureland Langkawi

Langkawi Crocodile Farm atau turut dikenali sebagai Taman Buaya Langkawi adalah sebuah kawasan yang terletak 32 KM dari Pekan Kuah.
Sepertimana namanya, anda pasti dapat mengagak apa tarikan utama disini kan?

Langkawi Crocodile Farm menempatkan hampir 1000 ekor buaya yang dipamerkan dan diasingkan kepada beberapa kolam yang berlainan iaitu Kolam Pembiakan, Kolam Pemakanan dan Kolam Pemakanan.
Disini juga diadakan persembahan diantara buaya dengan pelatih buaya yang terlatih dan pastinya penuh debaran.
- Lihat Hotel | Lihat Peta | Mukim Air Hangat, Jalan Datai, Kampung Kubang Badak, 07000 Langkawi, Kedah
- Tiket Online | Dewasa RM 36 & RM 31 Kanak-kanak | Pakej Termasuk: Satu (1) tiket Masukan – Satu (1) memancing buaya – 1 paket pelet untuk makanan buaya -Pemandu pelancong In House
- Waktu Operasi: Pembukaan jam 10.00 pagi hingga 06.00 petang
Lagenda Gunung Mat Chinchang

Dikhabarkan pada zaman dahulu terdapat dua gergasi yang tinggal di pulau utama di Pulau Langkawi dan mereka dikenali sebagai Mat Chinchang dan Mat Raya.
Semuanya berlaku gara-gara anak lelaki Mat Chinchang telah berselingkuh dengan seorang gadis sunti sewaktu hari pertunangan anak perempuan Mat Raya dengan anak lelaki Mat Chinchang.
Akhirnya Mat Raya sangat marah ekoran perbuatan biadap anak lelaki Mat Chinchang. Kesannya persahabatan dua keluarga ini terputus dan telah berlaku pertumpahan darah dan kehilangan nyawa.

Pernah dengar nama Tanjung Cincin? Tempat itu dinamakan sebagai Tanjung Cincin kerana mengikut mitos cincin yang sepatutnya digunakan pada hari tersebut telah jatuh tercampak disitu.
Seperti biasa, hari pertunangan pastinya akan disediakan sedikit juadah untuk para tetamu, seperti mana-mana keluarga, keluarga Mat Raya tidak ketinggalan untuk menyediakan juadah, namun disebabkan onar yang dilakukan oleh anak lelaki Mat Chinchang, kawasan peralatan memasak itu pecah dan dinamakan Kampung Belanga Pecah.
Manakala, kuah yang mengalir dari belanga tersebut diberi nama Pekan Kuah dan Kisap adalah nama bagi dimana kuah itu meresap ke tanah.
Pekan Kuah Yang Popular di Langkawi

Namanya dikhabarkan berasal daripada pergaduhan diantara dua gergasi iaitu Mat Cincang dan Mat Raya satu masa dahulu.
Pertarungan ini telah menyebabkan kuah gulai tertumpah dan dari situlah asalnya nama Pekan Kuah ini.
Pekan Kuah sangat terkenal sebagai tempat:
- Beli-belah bebas cukai
- Dataran Helang
- Coklat Import
- Set Pinggan Mangkuk
- Barang Dapur
- Minyak Gamat
Dream Forest Langkawi

Taman tema malam magis yang sangat viral sekarang! Ia berkonsepkan ‘night walk’ di dalam hutan sepanjang 1.2km yang diterangi lampu neon dan unjuran cahaya memukau.
Sambil berjalan, anda akan dihidangkan dengan penceritaan mitos legenda Langkawi menerusi kesan bunyi dan visual canggih.
Laluan ini sangat landai, mesra stroller, dan sesuai untuk semua peringkat umur. Suasananya rasa macam dalam filem Avatar!
-
Lokasi: Lubuk Semilang, Padang Matsirat.
-
Anggaran Harga Tiket: Dewasa (MyKad) RM68 | Kanak-kanak/Warga Emas RM38.
Maha Tower

Menara epik terbaru yang menjadi mercu tanda moden Langkawi!
Menara setinggi 138 meter ini menawarkan pemandangan panorama Laut Andaman dan kepulauan sekitarnya dari Sky Lounge yang sangat eksklusif.
Waktu paling cantik untuk naik adalah menjelang senja kerana anda boleh saksikan sunset keemasan yang sangat breathtaking.
Jangan lepaskan peluang untuk berjalan di pelantar kaca lutsinar jika anda berani gayat!
-
Lokasi: Persiaran Mahawangsa, Mukim, 07000 Langkawi, Kedah
-
Anggaran Harga Tiket: Dewasa (MyKad) RM39 (Biasa), RM45 (Sunset) | Kanak-kanak RM23 (Biasa).
Eagle’s Nest Skywalk

Tarikan terbaru di puncak Gunung Machinchang! Ini adalah pelantar kaca gergasi berbentuk kepala helang berukuran 38 meter panjang yang terjulur keluar dari tebing gunung.
Perasaan berdiri di atas lantai kaca dengan gaung sedalam beratus meter di bawah memang mencabar adrenalin, tapi pemandangan 360 darjah laut dan hutan hujan di sini tiada tandingannya.
Wajib untuk bucket list anda!
-
Lokasi: Middle Station, Langkawi Skycab, 07000 Langkawi, Kedah
-
Anggaran Harga Tiket: Pakej bermula RM38 (termasuk akses kombo tertentu).
Splash Out Langkawi

Satu-satunya taman tema air bersaiz mega di Langkawi yang berkonsepkan seni bina maritim klasik.
Sesuai untuk percutian keluarga atau bersama kawan-kawan. Terdapat 12 tarikan gelongsor air yang mendebarkan termasuk Perfect Storm dan Shipwreck Falls yang pastinya buat anda menjerit kegembiraan.
Kalau nak santai, boleh layan ombak di Wild Water atau menyusuri River of Life.
-
Lokasi: Kuah (Berhampiran Bella Vista Hotel).
-
Anggaran Harga Tiket: Dewasa (MyKad) RM50 | Kanak-kanak RM35.
Paradise 101

Pulau buatan manusia peribadi yang sangat trendy dan eksklusif! Tempat ini menghimpunkan hiburan siang dan malam dengan kemudahan mewah.
Anda boleh tempah cabana, main taman tema air terapung (Aqua Park), cuba parasailing, atau sekadar lepak minum minuman sejuk sambil layan muzik.
Pada waktu malam, tempat ini bertukar menjadi lokasi party santai tepi pantai yang cukup mempesonakan.
-
Lokasi: Teluk Burau (Jalan, Lot 57, Seksyen (HSM) 10dr744, Mukim, 07000 Langkawi, Kedah).
-
Anggaran Harga Tiket: Pakej kemasukan bermula RM30 (Termasuk pemindahan bot percuma).
Sunset Cruise Langkawi

Aktiviti pelayaran menaiki kapal layar (catamaran) mewah pada waktu lewat petang. Pengalaman luar biasa ini merangkumi makan malam bufet, minuman tanpa had, dan muzik santai.
Paling viral semestinya aktiviti berendam dalam jaring saltwater jacuzzi sambil ditarik oleh bot menghadap matahari terbenam.
Memang sangat romantik dan sesuai untuk berbulan madu atau lari dari kesibukan kota.
-
Lokasi: Berlepas dari Jeti Awana Porto Malai / Telaga Harbour.
-
Anggaran Harga Tiket: Bermula RM150 – RM250 seorang bergantung pada pakej.

Kafe dan bar pantai yang sangat viral di TikTok! Reka bentuknya diinspirasikan dari bar tepi pantai di Bali dengan kemasan kayu dan payung putih estetik.
Tempat letaknya agak tersorok di Pantai Tengah, jadinya suasananya lebih eksklusif.
Anda boleh nikmati hidangan barat yang sedap sambil melihat pertunjukan api (fire show) yang menakjubkan sebaik sahaja matahari mula terbenam.
-
Lokasi: 2461, Jalan Pantai Tengah, 07000 Langkawi, Kedah
-
Anggaran Harga Tiket: Masuk percuma (bayar untuk makanan & minuman).
Dash Resort Beach Club

Sebuah beach club yang menawarkan getaran ala ‘Alice in Wonderland’ yang unik dan ceria.
Terbuka kepada pengunjung luar (bukan tetamu hotel) dengan bayaran minimum untuk menikmati kolam renang yang mengadap terus ke pantai.
Suasananya meriah dengan muzik DJ, dekorasi kolam yang funky termasuk float gergasi, dan sesuai untuk bersantai bersama rakan-rakan memburu gambar OOTD paling gempak.
-
Lokasi: Jalan Teluk Baru, Jalan Pantai Tengah, Mukim, 07000 Langkawi, Kedah
-
Anggaran Harga Tiket: Pas harian bermula RM50-RM100 (boleh ditebus untuk makanan).
Morac Adventure Park

Bagi yang sukakan kelajuan, litar go-kart bertaraf antarabangsa ini adalah jawapannya.
Trek sepanjang 1.3 kilometer ini direka dengan selekoh tajam dan laluan lurus yang mencabar, sesuai untuk amatur mahupun pelumba berpengalaman.
Go-kart yang digunakan diimport khas dan sangat selamat. Berlumba dengan keluarga atau kawan-kawan sambil menikmati angin pulau pasti jadi memori yang tak dapat dilupakan.
-
Lokasi: Lot 67, Pantai Cenang, Mukim, 07000 Langkawi, Kedah
-
Anggaran Harga Tiket: Bermula RM75 untuk 10 minit (Single Seater).
Nadias Hotel Rooftop (Echo Pool Bar)

Inginkan tempat lepak minum petang dengan pemandangan Pantai Cenang dari tempat tinggi?
Rooftop bar ini adalah rahsia yang mula popular. Ia menawarkan suasana kolam renang infiniti dengan koktel/soda dan makanan ringan yang enak.
Anda tak perlu berhimpit di tepi pantai sebaliknya boleh nikmati pemandangan matahari terbenam dengan tenang dari tingkat atas.
-
Lokasi: Nadias Hotel Cenang, 977, Jalan Pantai Cenang, Mukim Kedawang, 07000 Langkawi, Kedah
-
Anggaran Harga Tiket: Masuk percuma, beli makanan/minuman (Harga purata RM30+).
SkyDome

Ditempatkan bersebelahan stesen pangkalan kereta kabel, SkyDome menawarkan tayangan unjuran 360 darjah di dalam kubah.
Anda akan dibawa mengembara merentas dimensi masa dari zaman angkasa lepas hingga ke dasar laut menggunakan teknologi visual yang canggih.
Tayangannya ringkas, sekitar 10 minit, tetapi cukup untuk memberi keterujaan dan merehatkan kaki sebelum meneruskan penjelajahan.
-
Lokasi: Oriental Village.
-
Anggaran Harga Tiket: Termasuk percuma dalam Pakej Kombo SkyCab.
SkyRex

Satu pengalaman simulasi gerabak berkonsepkan taman tema dinosaur yang cukup realistik.
Anda akan duduk di dalam trem pelancong dan merasai gegaran, tiupan angin, serta percikan air maya seolah-olah sedang diserang oleh T-Rex gergasi yang kelaparan.
Grafiknya hebat dan durasinya pendek namun sarat dengan elemen kejutan yang menghiburkan bagi mereka yang menggemari siri fiksyen saintifik.
-
Lokasi: Oriental Village.
-
Anggaran Harga Tiket: Termasuk percuma dalam Pakej Kombo SkyCab.
Glass Bottom Gondola (SkyCab)

Kalau anda mahukan kelainan dan keberanian ekstra, naik taraf tiket SkyCab anda kepada gondola lantai kaca!
Semasa meluncur naik ke puncak gunung, anda boleh melihat terus ke dasar hutan belantara yang hijau di bawah kaki anda.
Mungkin anda akan ternampak kelibat burung enggang atau kera berayun di pokok. Sesuai untuk merakam video timelapse yang sangat epik.
-
Lokasi: Stesen Bawah SkyCab, Oriental Village.
-
Anggaran Harga Tiket: RM105 (Dewasa/Kanak-kanak) untuk naik taraf lantai kaca.
Jeti Kuah & Taman Lagenda

Kawasan jeti utama ini sentiasa sibuk tetapi meriah dengan kedai bebas cukai dan pemandangan bot berlabuh.
Di sebelahnya terletak Taman Lagenda, sebuah taman rekreasi luas yang didedikasikan kepada mitos-mitos Langkawi.
Berjalan kaki di sini pada waktu petang sangat menenangkan, dikelilingi arca gergasi cerita rakyat dan landskap taman bunga yang dijaga rapi.
Sesuai untuk joging ringan.
-
Lokasi: Pekan Kuah.
-
Anggaran Harga Tiket: Percuma
Kilim Karst Geoforest Park

Kawasan paya bakau yang mendapat pengiktirafan UNESCO ini wajib diterokai menggunakan bot pelancong.
Anda akan meluncur menyusuri sungai berapit bukit batu kapur raksasa yang umurnya ratusan juta tahun.
Sambil itu, anda boleh saksikan helang menyambar mangsa di permukaan air, melihat keunikan pokok bakau berselirat, dan merasai kedamaian alam yang sungguh memukau jiwa.
-
Lokasi: Kampung Kilim.
-
Anggaran Harga Tiket: Sewa bot bermula RM250 – RM350 untuk 2-3 jam.
Air Terjun Durian Perangin

Destinasi perkelahan hujung minggu kegemaran penduduk tempatan.
Berbeza dengan Telaga Tujuh, pendakian ke sini lebih mesra keluarga dan laluannya santai.
Ia menampilkan air terjun 14 tingkat dengan kolam yang pelbagai saiz di setiap tingkat, sesuai untuk berendam.
Kawasan ini redup dan banyak fasiliti asas seperti gazebo menjadikannya lokasi sempurna untuk membawa bekal dan berkelah.
-
Lokasi: Mukim Bohor, di kaki Gunung Raya.
-
Anggaran Harga Tiket: Percuma.
Gunung Raya

Puncak tertinggi di Langkawi! Anda boleh memandu kereta menyusuri jalan berliku sejauh 13km hingga ke puncak menara tinjau.
Sepanjang pemanduan, perhatikan sekeliling kerana sering kelibat monyet dahan, burung enggang besar, dan hidupan liar lain menyapa anda.
Dari puncaknya, anda disajikan pandangan kepulauan Langkawi yang hampir menyeluruh. Sesekali ia dilitupi kabus tebal ala-ala Cameron Highlands!
-
Lokasi: Akses masuk dari Jalan Ulu Melaka.
-
Anggaran Harga Tiket: Memandu naik percuma. (Menara tinjau mungkin ada bayaran kecil RM10).
Taman Pertanian Mardi Langkawi

Bagi pencinta alam dan buah-buahan, ekopelancongan berasaskan pertanian ini patut dikunjungi.
Taman luas ini dipenuhi dusun buah-buahan tempatan organik.
Anda akan dibawa meronda ladang menaiki trak khas, belajar mengenali jenis buah-buahan, dan paling syok, boleh makan buah-buahan segar sepuasnya secara bufet (bergantung pada musim).
Sangat santai dan mendidik!
-
Lokasi: Lubuk Semilang.
-
Anggaran Harga Tiket: Dewasa RM15 | Kanak-kanak RM10 (Harga mungkin berubah ikut musim buah).
Gua Kelawar (Kilim)

Terletak dalam kawasan Kilim Geoforest Park. Gua ini dinamakan sempena ribuan kelawar buah yang bergantung di siling gua yang gelap dan lembap ini.
Jangan risau, pelantar jalan kayu disediakan untuk anda berjalan masuk dengan selamat.
Selain kelawar, struktur batu kapur stalaktit dan stalagmit yang terbentuk ribuan tahun turut mencuri tumpuan.
Hanya pastikan anda bawa lampu suluh!
-
Lokasi: Hutan Paya Bakau Kilim.
-
Anggaran Harga Tiket: Masuk percuma tetapi memerlukan sewaan bot Kilim. Bayaran RM2 sewa lampu picit.
Gua Buaya

Satu lagi keajaiban geologi dalam laluan pelayaran Kilim Karst.
Menariknya, bot akan membawa anda menyusuri sungai dan merentasi betul-betul di bawah terowong gua batu kapur semula jadi ini ketika air surut!
Walaupun namanya Gua Buaya, jangan risau tiada buaya hidup di sini.
Ia dinamakan sedemikian sekadar kerana mitos lama. Pengalaman melintasi gua gelap di atas bot amat menyeronokkan.
-
Lokasi: Hutan Paya Bakau Kilim.
-
Anggaran Harga Tiket: Disertakan dalam pakej bot Kilim Karst.
Pantai Pasir Hitam

Terletak berhampiran Tanjung Rhu, pantai ini cukup unik kerana warna pasirnya yang bercampur tona hitam dan putih pekat kesan daripada campuran mineral ilmenite dan tourmaline dari gunung berhampiran.
Walaupun pantainya tidak sesuai untuk mandi-manda, ia adalah lokasi yang sangat fotogenik dan misteri untuk merakam gambar, ditemani sisa kapal nelayan lama yang terdampar di situ.
-
Lokasi: Jalan Teluk Yu, Ayer Hangat.
-
Anggaran Harga Tiket: Percuma.
Teluk Datai (Datai Bay)

Sebuah teluk yang sangat mendamaikan dan menawan hati, dikelilingi rimbunan hutan hujan dara berusia beratus juta tahun.
Kawasan ini menempatkan resort paling eksklusif di Langkawi.
Walaupun sebahagian besar pantainya adalah hak milik peribadi resort, anda masih boleh merasai pesonanya dengan menempah slot minum petang atau makan malam di sana.
Alam semula jadinya sangat terpelihara.
-
Lokasi: Jalan Teluk Datai.
-
Anggaran Harga Tiket: Akses eksklusif untuk pelanggan resort/restoran.
Pantai Pasir Tengkorak

Namanya mungkin menyeramkan, tetapi keindahannya pasti buat anda ternganga! Pantai ini agak tersembunyi dan bersaiz kecil, terletak jauh di sebelah utara pulau.
Pasirnya amat halus manakala air lautnya bersih dan biru memikat.
Dilengkapi fasiliti tapak perkelahan, pantai ini adalah salah satu rahsia best-kept di Langkawi untuk lari dari hiruk-pikuk dan bunyi bising pelancong.
-
Lokasi: Jalan Datai.
-
Anggaran Harga Tiket: Percuma.
Pulau Beras Basah

Pulau yang sentiasa termasuk di dalam pakej island hopping. Di sini, anda diberikan masa sekitar satu jam untuk berehat atau mandi-manda.
Air lautnya berwarna hijau kebiruan dan di tepi pantainya sering dikunjungi kumpulan monyet jinak (tapi awas barang peribadi anda!).
Ramai suka snorkeling secara santai di tepian pantai kerana airnya sangat tenang.
-
Lokasi: Lawatan Bot dari Teluk Baru / Pantai Cenang.
-
Anggaran Harga Tiket: Termasuk dalam Pakej Island Hopping (RM35-RM50).
Pulau Singa Besar

Ini adalah salah satu pit-stop wajib dalam siri lompat pulau, tapi anda tidak akan turun dari bot.
Sebaliknya, bot akan berhenti berhampiran pantai untuk aktiviti memberi makan helang (Eagle Feeding).
Menariknya, ratusan burung helang merah dan helang siput akan terbang berlegar di udara dan menukik tajam mencakar permukaan air untuk menyambar cebisan makanan.
-
Lokasi: Kawasan Perairan Pulau Singa Besar.
-
Anggaran Harga Tiket: Termasuk dalam Pakej Island Hopping.
Pulau Rebak

Sebuah pulau persendirian merangkap marina eksklusif. Jika anda inginkan percutian romantis di resort yang mendamaikan, menginaplah di sini.
Walau bagaimanapun, anda masih boleh melawat untuk berjalan-jalan melihat jajaran kapal layar mewah dari seluruh dunia berlabuh di marinanya.
Tempah sahaja makan tengah hari di restorannya untuk mendapatkan laluan menaiki bot percuma dari pelabuhan.
-
Lokasi: Pulau Rebak (Naik bot dari Port Langkasuka).
-
Anggaran Harga Tiket: Bayaran bot atau makan di resort
Umgawa Legendary Adventures (Zipline)

Berbeza dengan Skytrex, Umgawa memfokuskan kepada kepantasan zipline (gelongsor kabel) tahap dunia yang membelah rimba Geoforest Park berhampiran Air Terjun Telaga Tujuh.
Merentasi lembah dan jeram dengan laju memberi ilusi seolah-olah anda terbang seperti burung.
Jurupandunya juga akan berkongsi maklumat tentang flora dan fauna di sepanjang perjalanan anda bergantung di abah-abah keselamatan.
-
Lokasi: Telaga Tujuh.
-
Anggaran Harga Tiket: Pakej bermula dari RM200 ke atas.
Langkawi Canopy Adventure

Satu lagi operator cabaran bertali di sekitar rimba Gunung Raya.
Ia menawarkan pengalaman separa ekstrem dengan meluncur merentasi sungai dan hutan sambil dikelilingi alam semula jadi yang lebih sunyi.
Laluan yang disediakan juga lebih mencabar dan mendalam berbanding taman tema tali biasa.
Pastikan kecergasan fizikal anda di tahap memuaskan!
-
Lokasi: Lubuk Semilang.
-
Anggaran Harga Tiket: Sekitar RM150 – RM200 pakej.
Mangrove Kayaking (Berkayak)

Inginkan cara yang berbeza selain bot laju untuk melawat paya bakau Kilim? Cubalah berkayak!
Mendayung menyusuri akar-akar bakau secara perlahan membolehkan anda meresapi ketenangan alam, melihat ketam rebab, ikan belacak, dan ular paya yang berlingkar dengan lebih intim.
Ia agak memenatkan lengan, namun kepuasannya menjelajah pelosok sungai kecil yang tidak dapat dilalui bot amat berbaloi.
-
Lokasi: Hutan Paya Bakau Kilim.
-
Anggaran Harga Tiket: Pakej berpandu sekitar RM100 – RM150.
Jet Ski Island Tour

Aktiviti premium yang sangat menakjubkan di Langkawi.
Anda bukan hanya main jet ski sekejap di pantai, tetapi merentasi laut luas memandu jet ski sendiri secara konvoi (bersama guide) untuk melawat pulau-pulau, masuk ke terowong batu kapur, dan sampai ke perairan air tawar.
Pengalaman menunggang mesin laju membelah ombak ini sangat luar biasa!
-
Lokasi: Bertolak dari Pantai Cenang (Mega Water Sports).
-
Anggaran Harga Tiket: Bermula RM600 – RM900 untuk sebiji jet ski (boleh naik berdua).
ATV Extreme Zone

Aktiviti lasak yang mula trending semula. Naik All-Terrain Vehicle (ATV) dan redah lumpur, sungai cetek, serta dusun bukit di laluan berliku sekitar Kampung Padang Matsirat atau kawasan Air Hangat.
Ditemani panduan pelatih, memecut membelah kebun getah dengan jentera 4 tayar ini gerenti memuaskan hati, terutama apabila badan anda kotor bermandi peluh dan lumpur.
-
Lokasi: Padang Matsirat / Air Hangat.
-
Anggaran Harga Tiket: Bermula RM100 – RM150 ikut masa.
Skydive Langkawi

Pernah bermimpi terjun dari kapal terbang? Langkawi menawarkan pengalaman tandem skydive untuk anda mencuba sukan ekstrem paling tinggi.
Jatuh bebas dari ketinggian 10,000 kaki sambil melihat peta pulau Langkawi perlahan-lahan membesar di depan mata sebelum payung terjun dibuka memang sukar diungkap dengan kata-kata.
Tenang, anda diikat bersama instruktor bertauliah antarabangsa.
-
Lokasi: Pejabat di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi.
-
Anggaran Harga Tiket: Pakej bermula dari RM1,500 ke atas.
Helicopter Tour Langkawi

Imej oleh: Rishi Saravanan
Tingkatkan kemewahan percutian anda dengan menempah penerbangan helikopter peribadi mengelilingi pulau!
Selama 15 hingga 30 minit, juruterbang akan membawa anda terbang rendah melepasi Gunung Machinchang, SkyBridge, Pantai Cenang dan pulau-pulau Dayang Bunting.
Ini adalah cara terpantas dan termewah untuk menyaksikan topografi memukau pulau ini dengan gaya ‘VIP’.
-
Lokasi: Jeti Heli, Lapangan Terbang.
-
Anggaran Harga Tiket: Pakej bermula dari RM1,000 (untuk 3-4 orang).
Parasailing Pantai Cenang

Terbang seperti layang-layang ditarik bot laju!
Berbeza dengan parasailing pantai tradisional, kini ia banyak dilakukan terus dari atas bot di tengah laut, menjadikannya lebih selamat.
Bergantung di awang-awangan dan dapat melihat pemandangan pesisir Pantai Cenang dari pandangan helang memang menyeronokkan dan sangat sesuai untuk anda mencabar rasa takut pada ketinggian.
-
Lokasi: Pantai Cenang / Pantai Tengah.
-
Anggaran Harga Tiket: Bermula RM80 – RM120 (Seorang / Berdua)
Galeria Perdana

Sebuah galeri berhawa dingin yang amat cantik diilhamkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Ia mempamerkan ribuan hadiah eksklusif dan seni kraf tangan luar biasa yang pernah beliau terima dari pelbagai ketua negara seluruh dunia semasa bergelar Perdana Menteri.
Pameran kereta klasik antarabangsa dan ukiran kristal pastinya mengagumkan setiap lapisan umur yang melawat.
-
Lokasi: Jalan Ayer Hangat, Kampung Kilim, 07000 Langkawi, Kedah
-
Anggaran Harga Tiket: Dewasa RM10 | Kanak-kanak RM4.
Atma Alam Batik Art Village

Pusat batik tempatan yang sangat artistik. Pemiliknya merangkumi pelukis dan pencanting yang menjadikan corak batik di sini sangat abstrak dan moden.
Selain membeli busana dan lukisan batik yang dijamin berkualiti tinggi, anda boleh menyertai bengkel kilat mencanting batik sendiri!
Seronok mewarna menggunakan canting panas untuk dijadikan cenderamata peribadi.
-
Lokasi: Padang Matsirat, 07000 Langkawi, Kedah
-
Anggaran Harga Tiket: Masuk percuma. (Bengkel mewarna berbayar mengikut saiz kain).
Rumah Terbalik Langkawi (Upside Down House)

Semuanya tunggang-langgang! Daripada kereta, tandas, ruang tamu hinggalah ke bilik tidur, semuanya dibina terbalik di siling.
Anda perlu bergambar kemudian memusingkan gambar tersebut di dalam telefon untuk mendapat ilusi seolah-olah anda sedang tergantung bak Spiderman.
Tempat santai yang sangat sesuai untuk bonding bersama keluarga dan merakam OOTD lucu.
-
Lokasi: Berhampiran simpang Pantai Cenang.
-
Anggaran Harga Tiket: Dewasa RM18 | Kanak-kanak RM12.
Ayer Hangat Village (Hot Spring)

Kolam air panas semula jadi masin tiga tingkat yang sungguh menyegarkan!
Selepas penat memandu pusing pulau, rehatkan sendi dan otot dengan merendamkan kaki ke dalam air mineral panas ini.
Anda juga boleh menyewa bilik jakuzi air panas peribadi.
Pusat ini dibina dalam persekitaran taman budaya yang cantik serta sesekali menampilkan persembahan kebudayaan tarian tradisional.
-
Lokasi: Jalan Ayer Hangat.
-
Anggaran Harga Tiket: Masuk RM5. Sewa bilik persendirian bermula RM15.
Buffalo Park (Taman Kerbau)

Satu lagi ekopelancongan yang ringkas tapi memuaskan. Ia adalah ladang ternakan kerbau susu pertama seumpamanya di Langkawi.
Anda boleh melihat lembu dan kerbau meragut rumput dengan latar belakang Gunung Mat Cincang. Tarikan utama di sini?
Semestinya ais krim, yogurt, keju mozzarella, dan dadih yang diproses terus daripada susu kerbau segar yang sangat enak!
-
Lokasi: Kampung Nyior Chabang.
-
Anggaran Harga Tiket: Masuk sekitar RM5. Makanan berbayar.
Beras Terbakar (Padang Matsirat)

Melihat sejarah peninggalan sisa kesan hangus akibat arahan membakar semua bekalan padi ketika Langkawi diserang tentera Siam.
Tapaknya tidaklah gah, sekadar kawasan berturap dan sedikit serpihan beras hitam dalam kotak kaca, tetapi nilai sejarah dan emosi kejadian tersebut sangat besar.
Kini ia dikelilingi gerai-gerai peniaga baju, kain pelekat, dan buah tangan yang boleh ditawar harganya.
-
Lokasi: Kampung Raja, Padang Matsirat.
-
Anggaran Harga Tiket: Percuma.
Haji Ismail Group (HIG) Complex

Nama paling keramat bila sebut fasal coklat! Kompleks bertingkat ini syurga bagi pencinta coklat berjenama antarabangsa, pinggan mangkuk periuk belanga, bagasi, dan minyak wangi bebas cukai.
Dari Daim, Pepero, Kisses hinggalah ke Ferrero Rocher, semuanya dijual dengan harga runtuh gila-gila.
Sediakan dompet tebal kerana anda pasti nak borong habis-habisan!
-
Lokasi: Kuah.
-
Anggaran Harga Tiket: Percuma. (Bayar belanja sendiri ya!).
Idaman Suri

Jika HIG adalah syurga coklat, Idaman Suri adalah lubuk segala jenis kelengkapan rumah buat golongan mak-mak.
Dari set sudu garpu, teko jenama Pyrex, Corningware, cadar, hinggalah tuala, harganya tersangatlah murah.
Memang nampak ramai pelawat menyorong troli penuh kotak berisi pinggan mangkuk terus masuk ke dalam bonet kereta untuk diangkut pulang naik feri.
-
Lokasi: Taman Berlian, Kuah.
-
Anggaran Harga Tiket: Percuma.
Pasar Malam Temonyong (Cenang)

Hanya beroperasi pada malam Khamis, pasar malam terpanjang ini menawarkan syurga ‘street food’.
Anda wajib memburu pelbagai makanan lazat seperti Nasi Kerabu utara, pulut panggang, sotong bakar gergasi, dan air buah tembikai blender.
Suasananya cukup meriah bercampur dengan pelancong asing yang turut sama ralit mencuba sate dan murtabak.
-
Lokasi: Kampung Temonyong (Khamis Malam Sahaja).
-
Anggaran Harga Tiket: Percuma.
Pasar Malam Kuah

Pasar malam rasmi hari Rabu dan Sabtu. Saiznya amat besar dan menjadi pusat bekalan untuk mencari makan malam bajet.
Deretan gerai menjual pelbagai kuih tradisional Melayu, nasi campur lauk kenduri, apam balik panas, burger special dan banyak lagi.
Anda juga boleh mencari pakaian atau kraf tangan kecil seperti fridge magnet dengan harga yang jauh lebih murah.
-
Lokasi: Pekan Kuah.
-
Anggaran Harga Tiket: Percuma.
Cenang Mall

Satu-satunya pusat beli-belah lengkap dan moden di sepanjang Pantai Cenang.
Amat berguna jika anda inginkan suasana berhawa dingin setelah berjemur panas di pantai, atau mencari keperluan asas seperti farmasi, ATM bank, farmasi, serta rangkaian restoran makanan segera yang sudah biasa dikenali.
Ia pusat perhentian rehat yang selesa.
-
Lokasi: Tengah-tengah Pantai Cenang.
-
Anggaran Harga Tiket: Percuma.
Restoran Jom Ikan Bakar (Padang Matsirat)

Makan di Langkawi tak sah tanpa ikan bakar! Restoran ini viral dan sering full house.
Menyajikan ulam-ulaman kampung, kerabu yang sedap, dan sudah semestinya tangkapan laut segar yang dibakar dengan pes sambal istimewa mereka sendiri.
Rasanya menyengat dan authentic. Singgah kemari untuk mengisi perut selepas penat melawat pulau.
-
Lokasi: Padang Matsirat.
-
Anggaran Harga Tiket: Harga berdasarkan saiz ikan & makanan.
Kerisik Restaurant (Laman Padi)

Ingin nikmati makan malam yang eksotik dalam suasana tradisional?
Restoran ini menyajikan masakan lauk-pauk asli Kedah seperti kari ikan, udang masak lemak, dan kerabu mangga.
Uniknya, anda dihidangkan makan malam di atas dangau berbumbung nipah yang dikelilingi deretan sawah padi hijau yang ditiup bayu malam. Amat indah dan damai.
-
Lokasi: Di dalam kawasan Laman Padi Pantai Cenang.
-
Anggaran Harga Tiket: Purata makanan RM30 – RM60 seorang.
The Cliff Restaurant

Mencari fine dining yang betul-betul eksklusif?
Restoran mewah berseni bina kayu dan kaca ini terletak berhujung tebing di atas air membahagikan Pantai Cenang dan Pantai Tengah.
Ia bukan sahaja menawarkan hidangan ala barat bertaraf lima bintang, tetapi pengalaman menyaksikan pemandangan 360 darjah ombak memecah pantai di bawah restoran sewaktu mentari melabuhkan tirai.
-
Lokasi: Hujung Pantai Cenang.
-
Anggaran Harga Tiket: Purata makanan RM80 – RM150 seorang.
Langkawi Fair Mall

Pusat beli-belah tertua dan terbesar di pulau ini yang baru dinaik taraf.
Ia kekal relevan menempatkan kedai utama pengedar arak import bebas cukai, deretan kedai pakaian berjenama, cermin mata, butik sukan dan jam tangan mewah.
Sesuai dijadikan penutup itinerary untuk menghabiskan baki wang membeli cenderamata last minute sebelum gerak pulang ke jeti feri.
-
Lokasi: Pekan Kuah.
Kilang Minyak Gamat Nusantara

Percutian ke Langkawi pasti rasa tidak lengkap jika tidak membawa pulang minyak gamat sebagai buah tangan.
Di kilang ini, anda berpeluang melihat sendiri demonstrasi bagaimana minyak gamat asli dimasak secara tradisional di dalam kawah besar yang panas.
Baunya yang unik dan berherba pasti menusuk kalbu dan memberikan rasa ketenangan.
Selain minyak urut, terdapat pelbagai produk berasaskan hidupan laut ini seperti sabun, krim ruam, dan tonik kesihatan yang sangat mujarab.
Sambil membeli-belah produk rawatan alternatif yang sangat bagus ini, anda juga dapat menyokong pengusaha industri kecil tempatan kita dengan gembira.
-
Lokasi: Jalan Padang Matsirat, Kampung Mata Air.
-
Anggaran Harga Tiket: Masuk percuma (Bayar untuk pembelian barangan sahaja).
Pulau Tuba

Bagi anda yang inginkan kelainan dan mencari ketenangan sebenar, mari luangkan masa menerokai pesona Pulau Tuba.
Ia merupakan sebuah pulau berpenghuni yang masih mengekalkan ciri-ciri perkampungan nelayan tradisional Melayu yang sangat mendamaikan.
Anda boleh menyewa motosikal sebaik sahaja tiba di jeti untuk mengelilingi pulau, merentasi keindahan sawah padi, dan melihat kerbau berkeliaran.
Gaya hidup masyarakat di sini sangat santai dan mesra, seolah-olah membawa anda kembali ke zaman dahulu yang cukup permai.
Ia adalah satu terapi jiwa yang sungguh bernilai buat anda yang ingin lari sekejap dari hiruk-pikuk dunia moden.
-
Lokasi: Menaiki bot dari Jeti Kuah atau Jeti Dato Syed Omar.
-
Anggaran Harga Tiket: Tambang bot sehala sekitar RM5. Sewa motosikal sekitar RM30 hingga RM40 sehari.
Telaga Harbour Park

Imej oleh: Redwan Halim
Kawasan pelabuhan kapal layar ini menawarkan pemandangan yang sangat eksklusif dan memukau jiwa.
Reka bentuk seni binanya mendapat sentuhan gaya Eropah yang sungguh mendamaikan pandangan mata.
Anda boleh bersiar-siar di sepanjang laluan pejalan kaki sambil melihat pelbagai jenis kapal layar mewah berlabuh dengan tenang.
Terdapat banyak deretan kafe dan restoran yang menyajikan hidangan lazat untuk anda berehat sambil menikmati bayu laut.
Ia adalah lokasi yang sangat sempurna untuk merakam gambar kenangan percutian atau sekadar menikmati waktu petang yang santai bersama keluarga.
-
Lokasi: Pantai Kok.
-
Anggaran Harga Tiket: Percuma (Hanya bayar untuk makanan di kafe atau restoran).
Masjid Al-Hana

Masjid utama di Pulau Langkawi ini menjanjikan ketenangan rohani buat anda yang singgah beribadah mahupun berehat seketika.
Seni binanya sangat indah kerana ia menggabungkan elemen reka bentuk Islam Moorish berserta ukiran tempatan Melayu yang cukup halus.
Kubah emasnya kelihatan begitu megah dan cantik dari kejauhan, seolah-olah menyambut kedatangan tetamu dengan penuh mesra.
Kawasan sekitarnya sentiasa bersih dan dijaga rapi, memberikan keselesaan optimum untuk anda menenangkan fikiran.
Kedudukannya yang strategik berhampiran taman dan pesisir laut juga membuatkan suasana di sini sentiasa ditiup angin sepoi-sepoi bahasa yang menyegarkan.
-
Lokasi: Persisiran Pantai, Pekan Kuah.
-
Anggaran Harga Tiket: Percuma.
Gua Cherita (Cave of Legends)

Satu lagi lokasi penuh misteri dan sejarah yang menanti kunjungan anda ialah Gua Cerita yang terletak di semenanjung utara Langkawi.
Untuk sampai ke sini, anda akan merasai pengalaman menaiki bot yang menyeronokkan sambil ditemani pemandangan laut yang kebiruan.
Sebaik sahaja tiba, anda pasti terpukau melihat formasi batu kapur purba yang sangat unik dan menyimpan pelbagai coretan ukiran purba di dinding guanya.
Suasana di dalam gua ini sungguh hening dan sejuk, amat sesuai untuk anda berehat sambil menghayati kebesaran alam semula jadi.
Ia merupakan persinggahan yang ringkas namun cukup memberikan ketenangan serta pengalaman berharga buat peminat sejarah dan mitos legenda tempatan.
-
Lokasi: Tanjung Rhu (Boleh diakses menaiki bot dari Jeti Tanjung Rhu).
-
Anggaran Harga Tiket: Masuk adalah percuma (Namun memerlukan kos sewaan bot bermula sekitar RM150 – RM200 bergantung kepada saiz bot).
Hafiz Rojak Pantai Kok Langkawi

Bagi anda yang inginkan suasana santai di Langkawi sambil menikmati makanan ‘ringan-ringan’ bolehlah cuba makanan di Hafiz Rojak.
Istimewanya Hafiz Rojak ialah makanan dijual berkonsepkan food truck. Ada pelbagai menu selain rojak, antaranya ialah laksa, pasembor, cendol, nasi lemak, rojak buah dan mee rebus.

Lori yang beroperasi di tepi Pantai Kuah dan Pantai Kok ini telah menjadi pilihan Jalan-jalan Cari Makan selain telah banyak memenangi pertandingan memasak.
Tidak hairanlah makanan yang disediakan sedap-sedap belaka.
- Lihat Peta | Jalan Pantai Kok, 07000 Langkawi, Kedah
- Dibuka setiap hari kecuali hari Rabu dari pukul 02.00 petang hingga 07.30 Malam
Kak Yan Nasi Campur Langkawi

Pernah dengar tentang Bronok? Di pantai timur ia merupakan nama lain bagi kuih sagu. Namun, di Langkawi bronok terkenal sebagai haiwan eksotik yang banyak membiak di kawasan pantai berselut.
Ia seakan-akan gamat, berwarna coklat atau merah jambu dan mempunyai tekstur yang kenyal.
Bronok tidak boleh dimasak dengan haba, oleh itu menu terbaik adalah kerabu. Kak Yan Nasi Campur antara salah satu kedai yang menyajikan kerabu bronok setiap hari.

Rata-rata pelanggan yang datang berkunjung memang mahu merasa sendiri kerabu bronok yang dikatakan amat sedap itu.
Selain kerabu bronok, kedai ini juga menyajikan lebih 20 jenis lauk pauk yang cukup untuk membuatkan anda pening untuk memilih.
Kedai ini terletak di Jalan Ulu Melaka, Kampung Padang Gaong dan ia dibuka setiap hari. Nak makan datang awal, lambat makanan habis.
- Lihat Peta | Jalan Ulu Melaka, Kampung Padang Gaong, 07000 Langkawi
- Dibuka setiap hari dari jam 08.00 pagi hingga 04.00 petang
Selera Lubuk Buaya Pantai Cenang Langkawi

Seperti nama kedai ini, lokasinya memang terletak di Kampung Lubuk Buaya tidak jauh dari Pantai Cenang.
Kedai ini menyediakan lauk pauk tempatan dan juga menu seafood yang dikatakan antara yang segar dihidangkan kepada pelanggan.

Harga yang murah, makanan yang sedap dan servis pantas antara sebab kedai ini menjadi lokasi tumpuan pelanggan.
Memang bonus kalau anda dapat singgah ke sini kerana waktu makan dapat dijimatkan dan dapatlah anda meluangkan masa berjalan di kawasan lain pula.
- Lihat Peta | Kampung Lubok Buaya, 07000 Langkawi, Kedah
- Waktu Operasi: Dibuka setiap hari dari jam 06.00 petang hingga 02.00 pagi
Desa Permata Ikan Bakar Seafood

Tak sah kalau bercuti ke Langkawi tanpa menikmati seafood. Desa Permata Ikan Bakar antara tempat popular makanan sedap di Langkawi yang terletak di Taman Desa Permata, Kuah.
Menu utamanya adalah gabungan makanan utara dan Thai menjadikan kedai ini sentiasa penuh dengan pelanggan.

Selain itu, seafood yang disediakan sangat segar, servis pelanggan yang terbaik dan harga pula boleh tahan murah. Jadi, apa lagi yang diperlukan sekiranya anda dalam percutian bajet?
Sudah tentu anda sangat gembira menikmati makanan di sini.
- Lihat Peta | No 5-6 Gerai Taman Desa Permata, Langkawi, 07000 Kuah, Kedah
- Waktu Operasi: Dibuka setiap hari dari jam 05.00 petang hingga 12.00 Malam
Unkaizan Japanese Restaurant Langkawi

Bosan dengan makanan tempatan? Mari cuba makanan di Unkaizan Japanese Restaurant. Ia adalah satu-satunya restoran makanan Jepun di Langkawi, diasaskan oleh keluarga jepun yang berpindah ke Langkawi.
Lokasinya terletak di Jalan Pantai Tengah dan anda boleh melihat sunset sekiranya anda makan di sini lebih kurang jam 7 petang.

Dengan servis pelanggan yang tiptop, hiasan dalaman yang memukau dan makanan yang lazat pastinya anda akan mimpi untuk datang lagi ke sini.
Sekali sekala makan sushi pun sedap juga kan?

Baiklah, itu sahaja 5 tempat popular makanan sedap di Langkawi yang dapat kami kongsikan untuk kali ini.
Diharap tempat yang dikongsikan ini dapat menjadi sumber rujukan untuk anda yang tercari-cari tempat makanan istimewa di Langkawi.
- Lihat Peta | Jalan Pantai Tengah, Pantai Tengah, 07000 Langkawi
- Dibuka setiap hari kecuali hari Rabu dari jam 06.00 petang hingga 11.00 malam
Peta Tempat Tempat Menarik Di Langkawi

Mengunakan Peta Pulau Langkawi ini amat mudah. Percutian di Langkawi merangkumi 5 geografi peta Langkawi yang utama iaitu kawasan marin, kawasan pulau, kawasan pergunungan, kawasan tasik dan kawasan pusat pelancongan.
Jika percutian anda mempunyai masa yang ringkas, tanah besar adalah spot utama dan anda boleh bercuti express dengan melawat ke tempat-tempat menarik di sekitar pekan Kuah, Pantai Cenang dan kawasan Kompleks Kraftangan.
Jika ditanya apakah percutian Langkawi yang terbaik? Anda perlu membuat tambahan masa perjalanan dengan bergerak ke kawasan tanah tinggi iaitu Gunung Mat Chincang.
Bagai menikmati percutian yang paling sempurna, jangan lupakan untuk melawat pulau-pulau disekitar Pulau Dayang Bunting dan tasik Dayang Bunting yang penuh misteri itu.
Bagaimana Hendak Bercuti Ke Langkawi?

Perkhidmatan feri beroperasi pada waktu siang dari Kuala Perlis dan Kuala Kedah di tanah besar, ke Langkawi dan dari Pulau Pinang ke Langkawi. Malaysia Airlines, syarikat penerbangan nasional, mengendalikan penerbangan terus setiap hari ke Langkawi dari Kuala Lumpur.
Selain itu, syarikat penerbangan tambang murah AirAsia mempunyai penerbangan ke Langkawi dari Kuala Lumpur dan Bangkok.
Syarikat penerbangan lain yang membuat penerbangan ke Langkawi termasuklah Firefly (dari Kuala Lumpur) dan Silk Air (dari Singapura).
Kebanyakan pelancong bersetuju bahawa tarikan terhebat Langkawi, ialah persekitaran semula jadinya yang tidak terjejas.
Bersambung…






Ingin details melancong ke Langkawi.
Assalam boleh emailkan kepada sy pakej 3h2m untuk dewasa termasuk activiti serta penginapan
Wsalam. Ya boleh cik Efah. Saya emelkan selanjutnya. Terima kasih.