Isi Kandungan
Pulau Langkawi merupakan sebuah destinasi perlancongan dan percutian yang terkenal didalam dan luar negara.
Berbagai tempat menarik yang menjadi perhatian pelancong terdapat disana.
Begitu juga dengan penganjuran LIMA yang menjadikan Langkawi sebagai destinasi tumpuan setiap tahun.
Jom baca senarai tempat-tempat menarik di Langkawi yang telah disediakan untuk anda.
Panorama Langkawi SkyCab
Panorama Langkawi SkyCab bukan hanya terhad kepada pengangkutan kereta kabel sahaja malah ia turut menawarkan pelbagai daya tarikan lain yang mampu menjadikan percutian anda di Langkawi amat bermakna.
Selepas ianya siap dibina, Langkawi terus berubah menajadi tumpuan pelancong dari dalam dan luar nerga untuk berkujung ke sini.
Pasti anda tertanya apa yang menarik tumpuan di Langkawi SkyCab ini. Ia menawarkan 16 tarikan:
- SkyCab
Kereta kabel yang paling curam didunia dan akan membawa pengunjung setinggi 708 m atas dari paras laut ke puncak kedua tertinggi di Langkawi. Permandangan sepanjang perjalanan amatlah mengagumkan.
- SkyRex
Menawarkan pengalaman baru kepada anda. Merupakan suatu pengembaraan yang akan membuatkan anda benar-benar teruja.
- SkyDome
Pelbagai persembahan yang akan membawa anda meneroka angkasa,bawah laut dan terbang. Santai bersama rakan-rakan dan keluarga sebelum anda menikmati perjalanan dengan SkyCab.
- SkyBridge
Jambatan untuk anda berjalan-jalan diatas Gunung Machinchang yang setinggi 700m dari paras laut benar-benar akan membuatkan anda teruja menikmati permandangan alam semulajadi yang memukau.
- SkyGlide
Pengangkutan berupa kabin yang mampu bergerak keatas dan kebawah mengikut darjah kecerunan tertentu. Rekaannya seakan-akan lif yang disekelilingnya adalah kaca.
- SkyBoutique
Terletak di puncak Gunung Machinchang, ia menjual berbagai cenderamata istimewa Langkawi kepada pengunjung.
- SkyTrail
Satu trek diantara stesen tengah dan stesen di puncak yang melalui lembah dimana pengunjung akan menikmati keindahan flora dan fauna yang terdapat disana.
- SkyPos
Ia merupakan peti pos yang diletakkan di puncak Gunung Machinchang yang menawarkan servis untuk anda menghantar gambar-gamabr atau poskad kepada insan tersayang.
- SkyBistro
Menawarkan snek dan minuman kepada pengunjung di puncak Gunung Machinchang. Pengunjung boleh menikmati hidangan sambil turut menikmati keindahan permandangan disana.
- 6D CInemotion
Gabungan kesan khas tempat duduk 5D dan cerita 3D yang akan memberikan suatu pengalaman yang menarik buat anda.
- F1 Simulator
Simulator ini direka untuk menghasilkan pecutan menggunakan teknologi terkini yang akan memberikan pengalaman memandu F1 yang sebenar.
- 3D Art Langkawi
Menawarkan ratusan lukisan 3D oleh pelukis-pelukis terkemuka.
- Galeri Produk Langkawi
Merupakan galeri yang menawarkan hasil kraf penduduk setempat.
- One Stop Centre
Merupakan satu inisiatif yang menawarkan maklumat mengenai pakej-pakej penginapan dan seumpama dengan di Langkawi. Anda boleh mendapatkan maklumat mengenai pakej terkini disini.
- Sky Adventure Park
Mengembara dengan menaiki kenderaan pilihan anda dan tempuhi halangan yang disediakan dan nikmati alam semulajadi sepenuhnya.
- Time Travel
Tempat permainan futuristik yang menggunakan teknologi terkini yang akan merealisasikan imaginasi anda.
Pulau Payar Marine Park Langkawi
Tempat ini merupakan destinasi perlancongan popular untuk aktiviti snorkeling dan diving. Anda boleh meneroka keindahan bawah laut Langkawi disini.
Terletak 30 km ke selatan dari pulau utama dan sekitar 45 minit dari jeti Kuah. Mempunyai 4 pulau utama dan Pulau Payar merupakan pulau yang terbesar diikuti dengan Pulau Kaca, Pulau Lembu dan Pulau Segantang.
Antara tarikan utama di Pulau Payar ialah Coral Garden.
Coral Garden merupakan kawasan terumbu karang yang berwarna warni dan bagi mereka yang ingin meneroka kawasan ini perlu mendapatkan kebenaran daripada pihak berkuasa sebelum dibenarkan untuk meneroka kawasan ini.
Kawasan ini juga menyediakan berbagai kemudahan untuk anda seperti meja berkelah, tempat barbeku, gazebo dan tandas.
Santai Di Pantai Cenang Langkawi
Pantai Cenang merupakan kawasan pantai pekan yang paling sibuk di Langkawi.
Bukan sahaja keindahan pantainya yang menarik perhatian, kemudahan dan kedai-kedai makan yang ada di pantai Cenang turut menjadi tumpuan pengunjung ditambah pula dengan outlet-outlet bebas cukai yang terdapat disini menjadikan Pantai Cenang sebagai destinasi tumpuan.
Mengambil masa sekitar 10 minit dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, ia merupakan destinasi pelancongan yang amat popular buat keluarga kerana ia mempunyai Underwater World Langkawi, Kiki Club dan beberapa tarikan lain lagi.
Pasirnya yang putih dan airnya yang jernih serta pantainya yang luas menjadikan pantai Cenang sebagai tempat yan gharu dilawati di Langkawi.
Meneroka Air Terjun Telaga Tujuh
Kata orang, Air Terjun Telaga Tujuh merupakan tempat bunian mandi. Jika anda merupakan orang yang tiada masalah dengan cerita-cerita sebegini, anda amatlah dialu-alukan untuk datang ke air terjun yang berdekatan dengan Cable Car dan Oriental Park ini.
Tempat ini mempunyai 7 kolam kecil dan ia merupakan kawasan yang terbentuk secara semulajadi dan berbentuk seakan-akan telaga.
Disebabkan oleh bentuknya yang menyerupai telaga, ia mendapat nama sebagai Air Terjun Telaga Tujuh.
Ia merupakan destinasi yang sangat popular bagi pelancong asing namun kurang popular dengan pelancong tempatan mungkin kerana terdapat terlalu banyak lokasi air terjun di Malaysia.
Apapun Air terjun Telaga Tujuh tetap merupakan antara tempat yang harus anda kunjungi di Langkawi.
Untuk sampai ke Air Terjun Telaga Tujuh juga sangat mudah. Anda boleh datang kesini dengan kenderaan atau berjalan kaki. Berbagai kemudahan asas seperti tandas dan surau turut disediakan.
Mencabar Diri Dengan Skytrex Langkawi
Di Langkawi juga jika anda ingin lakukan aktiviti ekstrem, anda boleh kunjungi Skytrex Langkawi.
Disini ditawarkan 3 tahap kesukaran halangan iaitu Beginner, Intermediate dan Advance. Terletak di Tanjung Burau, Skytrex Langkawi seharusnya menjadi tempat yang wajib anda kunjungi jika anda berkunjung ke Langkawi.
Berbagai kemudahan disediakan seperti tandas, kafe, surau, Skymatch games, team building dan macam-macam lagi.
Satu benda yang anda harus ingat adalah jika anda benar-benar ingin datang ke Skytrex, anda digalakkan untuk membeli tiket secara online.
Jika anda datang secara walk-in selalunya jika anda betul-betul bernasib baik, dapatlah anda beli tiket.
Hutan Lipur Air Terjun Temurun
Merupakan antara destinasi yang menarik untuk dikunjungi bukan hanya mempunyai air terjun yang menarik malah ciri semulajadinya juga sesuai untuk aktiviti lasak dan mencabar.
Hutan Lipur Air Terjun Temurun sangat sesuai untuk aktiviti mandi manda, berkelah dan berehat.
Selain itu, berbagai spesis flora dan fauna boleh ditemui disini. Air terjunnya juga agak tinggi dan mengalir cantik ke kawasan tadahan sekaligus menjadikannya sebagai kawasan yang amat sesuai untuk anda bermandi-manda.
Satu perkara yang anda harus berwaspada adalah kelibat monyet-monyet liar disekitar kawasan ini.
Ia tidak akan membahayakan anda cuma ia lebih tertarik pada makanan yang anda bawa. Jadi anda perlu pastikan bahawa makanan yang anda bawa disimpan dan disorok sebaiknya untuk mengelakkan makanan anda dicuri.
Pantai Tanjung Rhu Langkawi
Pantai Tanjung Rhu tidak kurang hebatnya berbanding dengan Pantai Cenang. Walaupun dari segi populariti Pantai Tanjung Rhu kalah sedikit berbanding Pantai Cenang, namun dari segi keindahan dan kecantikan pasir dan air pantai, Pantai Tanjung Rhu adalah lebih baik.
Hal ini mungkin disebabkan Pantai Tanjung Rhu mempunyai kurang tempat-tempat untuk membeli dan restoran-restoran makanan yang menarik.
Bagi mereka yang benar-benar ingin menikmati keindahan alam dan menikmati angin pantai serta tidak inginkan suasana yang sibuk dan sesak seperti di Pantai Cenang, Pantai Tanjung Rhu adalah pilihan yang terbaik untuk anda.
Ia juga turut tersenarai didalam senarai 100 pantai tercantik oleh CNN. Anda perlu meninggalkan pantai ini sebelum pukul 7 melainkan anda menginap di resort yang ada disini.
Untuk sampai ke Pantai tanjung Rhu, anda perlu melalui deretan pokok-pokok rhu di kiri kanan jalan yang menjadikannya sebagai suatu permandangan yang sangat cantik dan menarik.
Pasir Putih di Pantai Tengah Langkawi
Dari segi popularitinya, ia tidaklah sepopular Pantai Cenang namun ia menawarkan lebih berbanding apa yang ditawarkan oleh Pantai Cenang.
Ia mempunyai berbagai aktiviti-aktiviti pantai dan sukan air seperti bermain jetski, parasailing dan bermacam-macam lagi.
Pasir pantai di Pantai Tengah juga agak halus dan air lautnya juga tenang. Ia sangat sesuai untuk aktiviti mandi dan bermain air laut. Ramai yang mencadangkan supaya datang ketika waktu petang untuk menikmati keindahan matahari terbenam di Pantai Tengah ini.
Rahsia Taman Lagenda Langkawi
Taman ini mula dibuka pada April 1996 dan terletak bersebelahan dengan Dataran Lang di Kuah.
Idea asal pembukaan taman ini adalah untuk menyediakan suatu suasana yang kondusif dan menarik buat penduduk sekitar dan pelancong yang berkunjung kesini untuk menikmati keindahan alam semulajadi serta sesuai untuk aktiviti keluarga.
Disamping itu juga, ia amat sesuai untuk anda mempelajari lagenda mengenai Langkawi yang telah menjadi perhatian dan pelancong dari dalam dan luar negara.
Melihat kepada pintu masuknya sahaja sudah mampu membuatkan anda kagum dan terpegun.
Ia menunjukkan bahawa Langkawi terjadi hasil daripada suatu pergerakan dalam bumi yang memisahkannya dengan daratan suatu masa dahulu.
Pada dinding pintu masuk tersebut juga anda dapat melihat peta besar Langkawi termasuk 99 pulau disekitarnya. Jika anda meneruskan perjalanan menerusi laluan yang disediakan, anda akan dapat menikmati dan mendengar bunyi daun-daun yang ditiup angin.
Tasik Dayang Bunting Langkawi
Tasik Dayang Bunting yang terletak 20 kilometer dari pekan Kuah merupakan suatu kawasan yang amat terkenal bagi pelancong dari dalam dan luar negara.
Ia merupakan antara tempat yang harus anda lawati sekiranya anda berkunjung ke Langkawi.
Tasik Dayang Bunting terkenal dengan lagendanya yang mana ia merupakan tempat mandi kegemaran seorang puteri kayangan bernama Mambang Sari. Seorang putera raja, Mat Teja telah jatuh hati kepada puteri tersebut dan berjaya memaksa Puteri Mambang Sari untuk berkahwin dengannya.
Hasil perkahwinan mereka telah dikurniakan seorang anak yang meninggal pada usia 7 hari disebabkan oleh penyakit misteri.
Kerana rasa sedih yang teramat, Mambang Sari menanam mayat anaknya di dalam Tasik Dayang Bunting dan kembali ke kayangan.
Hasil daripada kisah ini telah menyebabkan ramai orang percaya jika seorang perempuan mandi didalam tasik ini, berkemungkinan besar ia akan mengandung.
Tasik Dayang Bunting merupakan kawasan yang sesuai jika anda ingin mandi-manda dan berenang kerana kawasannya tidak seperti di pantai yang berombak dan yang lebih menarik adalah kawasan ini dibina lot-lot kolam bersegi untuk memudahkan pelancong mandi-manda.
Dari segi keselamatan, ia adalah lebih baik berbanding kawasan lain kerana ada disediakan jaring dan life jacket untuk kanak-kanak.
Untuk sampai ke Tasik Dayang Bunting agak mengambil masa kerana ia terletak di tengah-tengah pulau.
Tapi jangan risau kerana ia merupakan perjalanan yang amat berbaloi kerana anda akan dapat menikmati permandangan dan keindahan alam semulajadi yang sangat mendamaikan.
Keindahan Underwater World Langkawi
Jika anda bercakap mengenai Langkawi, Underwater World Langkawi pastinya menjadi antara topik perbualan anda. Ia merupakan antara tarikan terbaik yang terdapat di langkawi.
Terletak berhampiran dengan Pantai Cenang yang merupakan destinasi tumpuan pengunjung dan juga berdekatan dengan zon bebas cukai, ia merupakan akuarium yang terbesar yang terdapat di Malaysia.
Bangunan besar Underwater World Langkawi ini menempatkan 200 spesis hidupan marin dan ikan termasuk ikan Arapaima iaitu ikan air tawar terbesar didunia.
Sebaik sahaja anda menjejakkan kaki kedalam, anda akan dapat melihat ikan Araipama didalam tangki bersaiz sederhana di pintu masuk.
Underwater World Langkawi dibahagikan kepada 3 bahagian: Tropical Rainforest, Temperate dan Sub-Antartic.
Dalam ketiga-tiga bahagian, Sub-Antartic merupakan bahagian yang paling mencuri tumpuan kerana disini terdapat penguin comel yang memikat hati pengunjung dengan kecomelan mereka.
Kebanyakan orang yang datang ke Underwater World Langkawi bertujuan untuk melihat penguin-penguin tersebut.
Juga terdapat terowong bawah air yang menampung 6 juta liter air yang dihuni oleh berbagai jenis ikan dan hidupan laut lain.
Langkawi Wildlife Park & Bird Paradise
Pada asalnya, Langkawi Wildlife Park merupakan kawasan yang menjadi tumpuan kerana variasi spesis burung yang ada di sana.
Kemudian, menerusi pertambahan berbagai spesis mamalia, reptilia dan hidupan lain telah menjadikannya sebagai taman hidupan liar dan seterusnya dinamakan semula sebagai Langkawi Wildlife Park & Bird Paradise.
Anda akan dapat menemukan lebih daripada 150 spesis haiwan dan burung dari pelbagai pelosok dunia termasuk haiwan dan burung dari Asia Tenggara, Afrika, Amerika Selatan, Australia, Rusia dan semenanjung Malaysia.
Walaubagaimanpun, hidupan seperti harimau dan keluarganya susah untuk ditemui disini. Taman ini secara umumnya hanya menjaga haiwan dan burung yang mudah untuk dijaga.
Antara tarikan utama disini adalah ia merupakan taman pertama seperti ini di Asia.
Ia mempunyai laluan berbumbung daripada pintu masuk hinggalah ke pintu keluar supaya tidak kira cuaca panas terik atau hujan lebat, anda masih lagi dapat untuk menikmati keindahan dan mengenali hidupan yang terdapat disini.
Selain itu, anda juga dapat untuk berinteraksi dengan burung dan haiwan disini. Terdapat sesi untuk anda memberi makan kepada berbagai jenis burung dan haiwan disini.
Pengunjung dapat menyuap sendiri makanan menggunakan tangan mereka kepada haiwan dan burung.
Bagi sesetengah pengunjung, mereka melabelkan Langkawi Wildlife Park & Bird Paradise ini seperti sebuah zoo.
Namun begitu, aktiviti memberi makan ini yang menjadikannya lebih menarik.
Anda boleh membeli beg makanan untuk diberikan kepada haiwan dan burung dan disetiap kawasan ada disediakan papan tanda yang menerangkan jenis makanan yang sesuai dan boleh diberikan kepada burung dan haiwan.
Lagenda Makam Mahsuri Langkawi
Hampir semua rakyat Malaysia tahu akan kisah Mahsuri ini yang dikatakan telah dibunuh akibat difitnah.
Sebagai bukti Mahsuri tidak bersalah, darah yang keluar dari badan Mahsuri adalah berwarna putih dan Mahsuri juga telah mengenakan sumpahan 7 keturunan terhadap Langkawi.
Dikatakan 7 keturunan telah berlalu dan menempuhi sumpahan Mahsuri tersebut dan kini Makam mahsuri dikenali sebagai antara destinasi tumpuan pelancong yang datang berkunjung ke Langkawi.
Apa yang menarik disini adalah anda boleh melihat hasil rekaan dan budaya Melayu dalam rumah-rumah tradisional Melayu yang terdapat disini.
Membeli Belah di Kompleks Kraf Langkawi
Merupakan destinasi utama dan tumpuan yang ditubuhkan pada tahun 1996 untuk memudahkan pelawat membeli barangan kraf Malaysia.
Hasil kraf Malaysia sememangnya sangat unik dan mampu menarik perhatian dan tumpuan pelancong dari dalam dan luar negara.
Antara aktiviti utama yang boleh dilakukan disini adalah ia menyediakan ruang niaga bagi usahawan-usahawan untuk menjual pelbagai produk kraf Malaysia.
Pelbagai aktiviti dan promosi dilakukan setiap tahun untuk menarik minat dan kedatangan pengunjung kesini.
Selain itu, ia dapat memupuk rasa cinta, bangga dan minat terhadap warisan budaya kraf yang terdapat di Malaysia.
Program kemuncak yang ada disini ialah Promosi Kraf Langkawi yang dijalankan pada bulan Disember setiap tahun.
Selain itu, Kompleks Kraf Langkawi mempunyai dua buah muzium iaitu Muzium Adat Istiadat Perkahwinan dan Muzium Warisan yang menunjukkan budaya dan adat perkahwinan pelbagai kaum di Malaysia disamping pameran barang-barang lama yang kaya dengan cerita dan sejarah yang tersendiri.
Selfie Di Dataran Lang Langkawi
Destinasi yang seharusnya dikunjungi jika anda berkunjung ke Langkawi. Merupakan destinasi yang telah menjadi simbolik kepada Langkawi.
Ramai yang datang dan mengabadikan kenangan dengan bergambar dengan helang gergasi tersebut sebagai latar belakang.
Jaraknya tidak jauh daripada Jeti Pekan Kuah dan anda tidak perlu menghabiskan masa terlalu lama disini kerana kebanyakan yang datang kesini hanya untuk mengambil gambar dan bersantai sahaja.

Hantar Mesej Perbualan