fbpx
Melancong.my
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
PAKEJ TERKINI
LANGGAN PERCUMA
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Singapore
  • Indonesia
  • Thailand
  • Vietnam
  • China
  • Jepun
  • Korea
  • Lagi
    • Cambodia
    • India
    • Balkan
    • Australia
    • Turki
    • Uzbekistan
    • Maldives
    • Filipina
    • Perancis
    • Switzerland
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Singapore
  • Indonesia
  • Thailand
  • Vietnam
  • China
  • Jepun
  • Korea
  • Lagi
    • Cambodia
    • India
    • Balkan
    • Australia
    • Turki
    • Uzbekistan
    • Maldives
    • Filipina
    • Perancis
    • Switzerland
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
Melancong.my
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
Promosi Terhad Promosi Terhad Promosi Terhad
Halaman Malaysia Pakej Perlis

15 Aktiviti & Tempat Paling Menarik di Perlis [PILIHAN POPULAR]

Terletak di sempadan Malaysia-Thailand, ia mempunyai sejarah dan warisan masa lalu yang menjadikannya cukup unik

Hadi Ghazali Oleh: Hadi Ghazali
22 September, 2022
Kategori: Pakej Perlis
Masa Bacaan: 3 mins read
130 15
A A
1
Tempat Menarik di Perlis

Imej oleh: Mohd Nasiruddin

26.3k
VIEWS
FacebookTwitterPin
IKLAN / ADVERTISEMENT

 

Perlis atau juga dikenali dengan gelaran kehormatannya yang popular Perlis Indera Kayangan adalah negeri terkecil di Malaysia.

Ia terletak di bahagian utara pantai barat Semenanjung Malaysia dan mempunyai Wilayah Satun dan Songkhla Thailand di sempadan utara. Ia bersempadan dengan negeri Kedah di sebelah selatan.

Ibu kota Perlis adalah Kangar dan ibu kota kerajaan, di mana Raja mempunyai kediamannya, adalah Arau. Perlis adalah satu-satunya negeri di mana penguasa mempunyai gelaran Raja.

15 Aktiviti & Tempat Paling Menarik di Perlis [PILIHAN POPULAR] 1

IKLAN / ADVERTISEMENT
Tempat Menarik di Perlis
Imej oleh: Iffah Ishak
  • Lihat Penginapan Terbaik di Kangar Perlis
  • Lihat Peta Percutian di Perlis

Pin

  • 1 Galeri Diraja Arau
  • 2 Muzium Kota Kayang
  • 3 Masjid Alwi & Masjid Al-Hussain
  • 4 Taman Negeri Perlis & Kanopi SPF Mata Ayer
  • 5 Ladang Anggur
  • 6 Rimba Herba Perlis
  • 7 Ladang Nipah Kipli
  • 8 Tasik Timah Tasoh
  • 9 Taman Ular dan Reptilia Perlis & Ladang Burung Unta
  • 10 Hutan Lipur Bukit Ayer & Hutan Lipur Bukit Kubu
  • 11 ATV Maneq Hills Adventure
  • 12 Gua Kelam & Gua Wang Burma
  • 13 Bukit Keteri
  • 14 Taman Bunga Kertas Tuanku Lailatul Shahreen
  • 15 Padang Besar & Nat Pokok Getah
Mari kita lihat 15 tempat menarik di Perlis dan aktiviti popular yang dilakukan pelancong ke negeri istimewa ini:


Galeri Diraja Arau

Galeri Diraja Arau
Galeri Diraja Arau

Galeri Diraja Arau merupakan destinasi yang wajib dilawati jika anda berkunjung ke Negeri Perlis!

Galeri ini telah dibina pada tahun 1905 di zaman penerintahan Tuanku Raja Syed Alwi Jamalulail.

Pintu masuk utama Istana Diraja Arau
Pintu masuk utama Istana Diraja Arau

Di sini anda berpeluang untuk melihat pelbagai koleksi barangan diraja Perlis seperti Cop Resmi Diraja, Basikal Rotan dari Switzerland, singgahsana lama dan banyak lagi.

Menariknya, di sini terdapat kain siwah iaitu kelambu kaabah yang diberikan oleh pemerintah Arab Saudi kepada Sultan Perlis.

Istana Galeri Diraja Arau Perlis Zamri Desa
Istana Galeri Diraja Arau Perlis | Imej oleh: Zamri Desa

Kebiasaannya untuk ke sini anda perlu membuat permohonan bertulis kepada Setiausaha Sulit Kanan Kepada DYMM Tuanku Raja Perlis.

Ia akan dibuka kepada seluruh rakyat jelata ketika Program Malam Kilauan Cahaya sempena Sambutan Ulang Tahun Keputeraan DYMM Tuanku Raja Perlis.


  • Lihat Hotel | Lihat Peta | Pengangkutan | Arau, 02600 Arau, Perlis | Masuk adalah percuma

Muzium Kota Kayang

Muzium Kota Kayangang | Imej oleh: Azwan Abdullah
Muzium Kota Kayangang | Imej oleh: Azwan Abdullah

Anda juga boleh melawat ke Muzium Kota Kayang untuk mengetahui pelbagai sejarah negeri Indera Kayangan ini.

Bangunan yang menggunakan seni bina rumah Perlis ini menempatkan tiga buah galeri utama.

Batu Acheh Muzium Kota Kayangang | Imej oleh: Tajudin Md Ali
Batu Acheh Muzium Kota Kayangang | Imej oleh: Tajudin Md Ali

Galeri pertama merupakan pengenalan kepada bangunan Benteng Kayang serta barangan yang digunakan oleh golongan bangsawan Perlis.

Galeri kedua pula menempatkan hasil penyelidikan Kota Kayang dan sekitr negeri Perlis.

Koleksi Keris Muzium Kota Kayangang | Imej oleh: Tajudin Md Ali
Koleksi Keris Muzium Kota Kayangang | Imej oleh: Tajudin Md Ali

Manakala galeri ketiga menceritakan tentang keluarga kerabat diraja Nabi Muhammad s.a.w., mempamer replika bunga emas dan pelbagai koleksi lain.

15 Aktiviti & Tempat Paling Menarik di Perlis [PILIHAN POPULAR] 2

IKLAN / ADVERTISEMENT

Muzium ini beroperasi setiap hari kecuali pada hari Isnin, Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidil Adha. Jadi rancanglah percutian anda sebaiknya.


  • Lihat Hotel | Lihat Peta | Pengangkutan | 02000 Kuala Perlis, Perlis | Masuk adalah percuma | Dibuka dari 9 pagi hingga 5 petang

Masjid Alwi & Masjid Al-Hussain

Masjid Alwi
Masjid Alwi | Imej oleh: Mohammad Faiz Yusof

Masjid Alwi merupakan salah sebuah mercu tanda keislaman yang dibina pada tahun 1931.

Ia dinamakan sebagai Masjid Alwi sempena nama Raja Negeri Perlis iaitu Almarhum Tuanku Syed Safi Jamalilail.

Senibina di bahagian dalam Masjid Alwi | Imej oleh: Foxie A.
Senibina di bahagian dalam Masjid Alwi | Imej oleh: Foxie A.

Masjid tertua di negeri Perlis ini turut diiktiraf sebagai tapak warisan negara.

Selain itu Masjid Al-Hussain turut menarik untuk dilawati.

15 Aktiviti & Tempat Paling Menarik di Perlis [PILIHAN POPULAR] 3

IKLAN / ADVERTISEMENT
Masjid Al Hussain Kuala Perlis
Masjid Al Hussain Kuala Perlis | Imej oleh: Zulfamey Sopian

Masjid yang terletak di Kuala Perlis ini merupakan masjid terapung dengan tema konsep resort tropika dan diilhamkan Raja Muda Perlis iaitu Tuanku Syed Faizuddin Putra Syed Sirajuddin Jamalulail.

Di sini terdapat tiga batang pokok kurma yang didatangkan khas dari Tanah Arab.


  • Lihat Hotel | Lihat Peta Masjid Alwi | Lihat Peta Masjid Al Hussain | Pengangkutan | 1, Persiaran Putra Timur, 02000 Kuala Perlis

Taman Negeri Perlis & Kanopi SPF Mata Ayer

Taman Negara Perlis
Taman Negara Perlis

Taman Negeri Perlis ini pula terletak 3km dari Pekan Wang Kelian iaitu sempadan bagi Malaysia-Thailand.

Di sini anda berpeluang untuk melihat spesies flora dan fauna pada zaman purba yang aneh!

Gua Kelam Taman Negeri Perlis
Gua Kelam Taman Negeri Perlis

Antaranya pokok Bogak, Beruk Kentoi dan formasi Setul yang merupakan formasi tertua di Malaysia yang dianggarkan berusia lebih 500 juta tahun!

Malah anda boleh melakukan aktiviti jelajah gua, melihat burung, bergambar serta belajar pendidikan alam di sini.

Titian Kanopi FIRM Mata Ayer
Titian Kanopi FIRM Mata Ayer

Menariknya tentang hutan ini kerana ia merupakan satu-satunya hutan separa daun di Malaysia!

Hutan separa daun bermaksud, daun-daunnya akan gugur dalam jangka masa yang begitu singkat.

Pemandangan gayat Hutan Simpan Mata Ayer dari titian kanopi
Pemandangan gayat Hutan Simpan Mata Ayer dari titian kanopi

Nak tengok pokok jati yang tertua di Malaysia?

Ayuh melalui jalan kanopi di Laluan Kanopi SPF Mata Ayer.


  • Lihat Hotel | Lihat Peta | Pengangkutan | M5XR+4J Kaki Bukit, Perlis

Ladang Anggur

Taman Anggur Perlis
Taman Anggur Perlis

Nak merasa pengalaman memetik buah anggur? Anda boleh ke Ladang Anggur Perlis yang terletak di daerah Kangar.

Ladang Anggur ini turut beroperasi setiap hari pada jam 10.00 pagi sehingga 6.00 petang.

Pelbagai jenis anggur ditanam di taman ini
Pelbagai jenis anggur ditanam di taman ini

Jika berkunjung ke sini anda boleh melihat pelbagai jenis anggur, antaranya Black Queen, Black Opal dan New White Malaga.

Di sini bukan sahaja terdapat tanaman anggur malah ia turut dipenuhi dengan Pokok Tin, Pokok Gac, Pokok Delima dan lain-lain pokok.


  • Lihat Hotel | Lihat Peta | Pengangkutan | R119, Kampung Lembah Tuwi, 01000 Kangar, Perlis

Rimba Herba Perlis

Rimba Herba Perlis
Rimba Herba Perlis

Bagi pencinta herba atau ubat-ubatan tradisional, anda boleh singgah ke Rimba Herba Perlis yang seluas 12 hektar untuk melihat variasi tanaman herba.

Lokasi ini telah dibangunkan pada tahun 1988 bagi mengumpulkan pelbagai tanaman herba yang digunakan oleh penduduk tempatan bagi perubatan tradisional.

Lebih 600 spesis herba di Rimba Herba Perlis
Lebih 600 spesis herba di Rimba Herba Perlis

Dikatakan pada tahun 2000, koleksi herba taman ini sudah mencecah lebih kurang 600 spesies.

Antara tanaman herba yang terdapat di sini adalah Tongkat Ali, Kacip Fatimah, Cekor, Selasih dan banyak lagi. Jika berkunjung di sini anda dapat mengenali tentang pelbagai kegunaan dan kebaikan bagi setiap tumbuhan tersebut.


  • Lihat Hotel | Lihat Peta | Pengangkutan | G5M9+MJ Kangar, Perlis | Tiket masuk RM1.00 untuk dewasa

Ladang Nipah Kipli

Ladang Nipah Kipli Sanglang Perlis
Ladang Nipah Kipli Sanglang Perlis

Ladang Nipah Kipli yang terletak di Kuala Sanglang ini mempunyai lebih kurang 2000 pokok nipah bagi menghasilkan jus nipah segar.

Anda boleh bersiar-siar dikawasannya bagi melihat pokok-pokok nipah dengan lebih jelas.

Buah Nipah Perlis | Imej oleh: Mohamad Suhaimi
Buah Nipah Perlis | Imej oleh: Mohamad Suhaimi

Tambahan lagi, anda boleh duduk bersantai di pondok atau berayun di atas buaian bagi menghilangkan kepenatan.

Menu Laksa, ABC, sup daging dan berbagai lagi menjadi kegemarann pengujung ke Ladan Nipah ini | Imej oleh: Azizi Jo
Menu Laksa, ABC, sup daging dan berbagai lagi menjadi kegemarann pengujung ke Ladan Nipah ini | Imej oleh: Azizi Jo

Jangan lepaskan peluang untuk menikmati hidangan Laksa Kuala Perlis dan kepiting sawah yang segar!

Tidak puas menghayati suasana yang mendamaikan ini, anda boleh berkhemah di sini secara berkumpulan.


  • Lihat Hotel | Lihat Peta | Pengangkutan | 02700 Sanglang, Perlis | Dibuka dari 1 Petang hingga 7:30 malam

Tasik Timah Tasoh

Empangan Timah Tasoh | Imej oleh: Sawkiew-JR
Empangan Timah Tasoh | Imej oleh: Sawkiew-JR

Tasik Timah Tasoh merupakan antara tarikan terkini di negeri Perlis ini.

Jika berkunjung di sini, pelbagai aktiviti menarik disediakan seperti berkayak, menaiki kenderaan seperti scooter, basikal dan kereta api kanak-kanak untuk mengelilingi kawasan tasik serta anda boleh juga memancing di tasik ini.

Empangan Timah Tasoh juga dihiasi dengan Bukit Chabang | Imej oleh: Malip Alip
Empangan Timah Tasoh juga dihiasi dengan Bukit Chabang | Imej oleh: Malip Alip

Destinasi ini sering menjadi tumpuan orang ramai untuk mengabadikan kenangan, kerana terdapat beberapa props yang disediakan bagi mencantikkan gambar anda.

Lokasi ini gamat sehingga waktu malam kerana orang ramai makin galak untuk bergambar di kawasan pokok tulip bercahaya.


  • Lihat Hotel | Lihat Peta | Pengangkutan | H688+4Q Kangar, Perlis | Dibuka 24 jam. Utamakan keselamatan kanak-kanak

Taman Ular dan Reptilia Perlis & Ladang Burung Unta

Ular Sawa Albino Taman Ular dan Reptilia Perlis
Ular Sawa Albino Taman Ular dan Reptilia Perlis

Anda merupakan peminat haiwan reptilia? Jom singgah ke Taman Ular dan Reptilia yang menempatkan lebih kurang 150 ekor ular daripada pelbagai spesies!

Anda berpeluang untuk mendekati haiwan ini bagi menangkap gambar dengan pelbagai aksi serta jangan lepaskan peluang untuk melihat persembahan ular.

Persembahan ular tedung Taman Ular dan Reptilia Perlis
Persembahan ular tedung Taman Ular dan Reptilia Perlis

Di sini bukan sahaja boleh melihat haiwan reptilia malah anda boleh melawat ke ladang bunga matahari!

Ingin bergambar seperti di ladang bunga matahari Lopburi, Thailand?

Ladang Burung Unta Perlis | Imej oleh: Eyma Abd Talib
Ladang Burung Unta Perlis | Imej oleh: Eyma Abd Talib

Jom ke ladang bunga matahari pula untuk ber’ootd’.

Anda juga boleh membawa anak-anak melihat burung unta dan telurnya di Ladang Burung Unta yang terletak di Padang Besar.


  • Lihat Hotel | Lihat Peta Taman Ular | Lihat Peta Ladang Burung Unta | Pengangkutan | Tiket masuk RM4 bagi dewasa | Dibuka dari 9 pagi hingga 5 petang

Hutan Lipur Bukit Ayer & Hutan Lipur Bukit Kubu

Hutan Lipur Bukit Ayer | Imej oleh: Anne Huda
Hutan Lipur Bukit Ayer | Imej oleh: Anne Huda

Seperti gelarannya negeri permai lagi mempersona ini turut kaya dengan tarikan alam semulajadi seperti Hutan Lipur Bukit Ayer, Taman Rekreasi Bukit Jernih dan Hutan Lipur Bukit Kubu.

Di sini anda boleh mandi-manda bersama ahli keluarga serta meluangkan masa untuk berkelah beramai-ramai.

Hutan Lipur Bukit Kubu
Hutan Lipur Bukit Kubu

Pemandangan yang menghijau serta bunyi deruan air terjun semestinya menenangkan halwa telinga anda! Jika ke Hutan Lipur Bukit Ayer, anda boleh mengikuti aktiviti mendaki yang dikendalikan oleh jabatan perhutanan.

Hutan Lipur Bukit Kubu pula menawarkan panorama indah serta mempunyai tarikan tersendiri iaitu Gua Ikan dan Gua Harimau.


  • Lihat Hotel | Lihat Peta Hutan Lipur Ayer | Lihat Peta Hutan Lipur Bukit Kubu | Pengangkutan | Masuk adalah percuma dibuka dari 8 pagi – 5 petang

ATV Maneq Hills Adventure

ATV Maneq Hills Adventure | Imej oleh: Imran Azman
ATV Maneq Hills Adventure | Imej oleh: Imran Azman

Jika berhasrat untuk melakukan aktiviti yang lasak, anda boleh mengunjungi ATV Maneq Hills Adventure bagi menempuh 15 halangan ketika mengemudikan ATV bagi menjelajah Bukit Manik.

Menariknya tentang aktiviti ini kerana ia tidak menetapkan had umur untuk turut serta, makanya anak-anak anda turut berpeluang untuk mencuba aktiviti lasak ini!

ATV Maneq Hills Adventure
ATV Maneq Hills Adventure

Jangan ragu-ragu untuk membiarkan anak-anak anda mengemudikan ATV, kerana jurulatih mereka sedia membantu dan memantau keselamatan peserta mereka.

Anda boleh ke sini pada bila-bila masa sahaja kerana ia beroperasi setiap hari bermula jam 9.00 pagi atau 10.00 pagi sehingga jam 6.00 petang.


  • Lihat Hotel | Lihat Peta  | Pengangkutan | 7, 02100 Kangar, Perlis

Gua Kelam & Gua Wang Burma

Gua Kelam Perlis
Gua Kelam Perlis | Imej oleh: Amritpreet Singh

Gua batu kapur ini terletak di pekan Kaki Bukit dan pernah dijadikan sebagai jalan penghubung bagi penduduk Wang Kelian dan penduduk Kaki Bukit.

Namun kini ia merupakan salah satu destinasi pelancongan yang terkenal di negeri Perlis.

Jika ke sini anda berpeluang untuk meneroka isi gua dengan melalui jambatan gantung.

Pembentukan batu kapur di dalam Gua Kelam
Pembentukan batu kapur di dalam Gua Kelam | Imej oleh: E.C Yoong

Malah ia turut dikenali sebagai Taman Rahsia Perlis atau Secret Garden of Perlis.

Hal ini kerana, anda akan disajikan dengan panorama taman yang indah di hujung perjalanan melalui jambatan kayu.

Dinding luar & aluan ke Gua Kelam
Dinding luar & aluan ke Gua Kelam

Antara aktiviti menarik di sini adalah rock climbing, hiking dan flying fox serta bergambar di Gua Kelam 3D Galery.

Destinasi gua lain yang turut menarik untuk dilawati adalah Gua Wang Burma. Gua Wang Burma ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu Gua Wang Burma Satu dan Gua Wang Burma Dua.


  • Lihat Hotel | Lihat Peta  | Pengangkutan | Tiket masuk RM5 untuk dewasa | Kaki Bukit, 02200 Kaki Bukit, Perlis

Bukit Keteri

Pemandangan Bukit Keteri | Imej oleh: Bambang Priyo
Pemandangan Bukit Keteri | Imej oleh: Bambang Priyo

Destinasi ini pula sesuai bagi pecinta alam dan aktiviti lasak. Bukit Keteri yang terletak di Kangar ini dikatakan hasil daripada sebuah gua raksasa yang mana salah sebuah ruangnya dapat menampung jet jumbo!

Aktiviti Rock Climbing di pintu gua Bukit Keteri
Aktiviti Rock Climbing di pintu gua Bukit Keteri | Imej oleh: Asyraf Ishak

Di sini anda dapat melakukan aktiviti panjat batu atau lebih dikenali sebagai ‘Rock Climbing’ yang mana dikatakan antara bukit yang paling sukar dipanjat di Asia!

Bukan sahaja berpuas hati kerana dapat memanjat sehingga ke puncak malah panorama sawah padi yang disajikan begitu memukau pandangan anda!


  • Lihat Hotel | Lihat Peta | Pengangkutan | 02450 Kangar, Perlis

Taman Bunga Kertas Tuanku Lailatul Shahreen

Taman Bunga Kertas Tuanku Lailatul Shahreen
Taman Bunga Kertas Tuanku Lailatul Shahreen | Imej oleh: Juliana

Satu lagi destinasi menarik yang terletak di Kangar iaitu Taman Bunga Kertas Tuanku Lailatul Shahreen. Ia diberi nama sempena Raja Puan Muda, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah.

Di sini anda akan menikmati pemandangan pelbagai warna bunga kertas yang berlatarkan Bukit Cenderawasih. Selain daripada bergambar di sekitarnya, anda juga boleh duduk bersantai dan berjogging di laluan yang disediakan.

Taman Bunga Kertas Tuanku Lailatul Shahreen
Taman Bunga Kertas Tuanku Lailatul Shahreen

Pihak pengurusan taman turut menyediakan tangga untuk anda memanjat ke kawasan yang berbukit, anda pasti terpesona apabila melihat pemandangan penuh taman ini daripada atas bukit tersebut.

Bagi melakukan aktiviti rekreasi anda boleh lawati beberapa taman lain seperti Taman Rekreasi Tasik Melati dan Taman Merdeka.


  • Lihat Hotel | Lihat Peta | Pengangkutan | 01000 Kangar, Perlis

Padang Besar & Nat Pokok Getah

Padang Besar Perlis
Padang Besar Perlis

Anda ingin membeli cenderamata sebagai kenang-kenangan? Jom singgah ke Padang Besar yang terletak bersempadan dengan negara Thailand.

Di sini terdapat pelbagai jenis barangan daripada pakaian, makanan, peralatan dapur sehinggalah barangan persiapan perkahwinan turut dijual!

Nat Pokok Getah
Nat Pokok Getah | Imej oleh: Dato Hj Arpan

Antara destinasi membeli-belah yang terkenal di Perlis adalah Nat Pokok Getah.

Namanya seunik destinasinya yang bertempat di kawasan pokok getah! Pasar pagi ini hanya beroperasi pada hari Jumaat dan Ahad seawal jam 7.30 pagi sehinggan jam 12.00 tengahari. Jika anda mencari barangan antik, datanglah ke Nat Pokok Getah ini.


  • Lihat Hotel | Lihat Peta Padang Besar | Lihat Peta Nat Pokok Getah | Pengangkutan | Kampung Kubang, 02600 Arau, Perlis

Bersambung…

Tags: arau perlisharum manis perlishomestay perliskangar perliskuala perlis
blank

blank
IKLAN / ADVERTISEMENT
Hadi Ghazali

Hadi Ghazali

Meminati dunia pelancongan sejak kecil lagi. Seorang konsultan pelancongan berpengalaman, Follow Hadi di Facebook. Ketahui selanjutnya tentang kami. Dapatkan pakej percutian di Melancong.my. Sertai Group Saya Kaki Melancong!

Artikel+ Bersambung

Selanjutnya
4.5 2 votes
Penilaian Artikel
Langgan
Maklumkan saya
guest
guest
1 Komen
Inline Feedbacks
View all comments

TREND PAKEJ | PROMOSI TERKINI

Pakej Scandinavia

REKOMEN

tempat-menarik-di-yan-kedah

10 Aktiviti & Tempat Menarik di Yan Kedah Paling Popular

5 September, 2023
22.9k
tempat-menarik-di-hatyai-songkhla-thailand-nithit-teeraworawit

10 Tempat Menarik di Hatyai Songkhla Thailand

8 Jun, 2023
51.3k
tempat-menarik-di-teluk-intan-nor-khaliza-mat-yunus-unsplash

10 Aktiviti & Tempat Menarik di Teluk Intan

24 Ogos, 2023
15.5k
Kepentingan-Sektor-Pelancongan-Kepada-Malaysia

Kepentingan Sektor Pelancongan Kepada Malaysia

12 Julai, 2023
18.3k
tempat-menarik-di-janda-baik

10 Aktiviti & Tempat Menarik di Janda Baik [PALING POPULAR]

28 Mac, 2023
47.6k
halal hatyai trip

Halal Hatyai Trip: Pengalaman Percutian Hat Yai 4 Hari 3 Malam

8 Jun, 2023
25.3k
Selanjutnya
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan

Pakej-Uzbek-Final-Call-2023

hotel promo hotel promo hotel promo
IKLAN / ADVERTISEMENT
  • Langgan
  • Tentang Kami
  • Polisi
  • Terma dan Syarat
  • Hubungi Kami

© 2023 Melancong.my - Powered by Hasrul & Co.

Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Indonesia
  • Singapore
  • Thailand
  • Vietnam
  • Cambodia
  • China
  • Korea
  • Jepun
  • Australia
  • India
  • Turki
  • Balkan
  • Uzbekistan
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami

© 2023 Melancong.my - Powered by Hasrul & Co.

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
wpDiscuz
1
0
Ingin sertai perbincangan? Sila komen.x
()
x
| Balas