Alor Setar yang terletak di barat laut Malaysia adalah ibu negeri Kedah.
Selalunya ia dibayangi oleh adiknya iaitu Pulau Langkawi, walaupun begitu bandar ini tidak kurang meriahnya dengan pelancong.
Apa yang menariknya, pelancong yang datang mengunjungi Alor Setar biasanya terkejut kerana menemui sebuah bandar kosmopolitan yang dikelilingi oleh sawah yang tidak berkesudahan.
Tambah lagi, bangunannya mempunyai senibina yang cantik seperti Masjid Zahir, antara contoh seni bina berunsurkan Islam terbaik di Malaysia, manakala rumah kedai tradisionalnya tidak berubah dari generasi ke generasi.
Kesultanannya mempunyai sejarah terpanjang di Malaysia dan terdapat laman web arkeologi, muzium dan tempat bersejarah untuk dikunjungi. Semua ini pastinya memberikan anda pelbagai pengalaman yang menarik yang tidak pernah ditemukan ditempat lain.
![27 Tempat Menarik di Kedah: Pilihan Popular [TERKINI] 3 Padang Alor Setar](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2021/06/Padang-Alor-Setar.jpg)
- Lihat Pakej Percutian Popular di Kedah
- Lihat Penginapan Menarik di Kedah
- Lihat Pilihan Pengangkutan ke Kedah
- Lihat Peta Alor Setar Kedah
Pin
Berikut adalah senarai cadangan saya untuk anda:
Menara Alor Setar
![27 Tempat Menarik di Kedah: Pilihan Popular [TERKINI] 4 Menara Alor Setar berbentuk padi](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2020/06/menara-alor-setar.jpg)
Menara yang berketinggian 165.5 meter ini merupakan menara telekomunikasi yang kedua tertinggi di Malaysia!
Negeri Kedah yang diberi jolokan sebagai negeri Jelapang Padi ini telah menggunakan bentuk rumpun padi sebagai reka bentuk menara ini, manakala tiang besar pula merujuk kepada ‘Tiang Seri’ iaitu lambang rakyatnya yang kuat.
![27 Tempat Menarik di Kedah: Pilihan Popular [TERKINI] 5 Pemandangan ke arah Menara Alor Setar pada waktu malam](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2020/06/pemandangan-menara-alor-setar.jpg)
Selain beroperasi sebagai sistem telekomunikasi, di sini turut disediakan Megaview Banquet Hall dan Restoran Revolving.
Tarikan terbaru disini adalah STAR VIEWÂ yang diinspirasikan daripada Sky Box dan Sky Deck di Menara Kuala Lumpur.
Masjid Zahir
![27 Tempat Menarik di Kedah: Pilihan Popular [TERKINI] 6 The Zahir Mosque (Masjid Zahir) in Alor Setar, Kota Setar](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2020/06/Masjid-Zahir.jpg)
Masjid Zahir turut digelar sebagai Masjid Zahrah, ia dibina pada tahun 1912 dan terletak di Bandar Alor Setar.
Dengan menggunakan senibina daripada Timur Tengah dan India serta berinspirasikan Masjid Azizi di Samutera Utara, masjid ini menjadi antara 10 buah masjid yang tercantik di Malaysia!
![27 Tempat Menarik di Kedah: Pilihan Popular [TERKINI] 7 Seni bina dalam Masjid Zahir](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2020/06/Masjid_Zahir_Interior.jpg)
Seterusnya, lima kubah yang dibina adalah lambang kepada lima rukun islam. Malah koleksi meriam yang terdapat di sekitar masjid itu diambil dari Kuala Kedah.
Masjid Al-Bukhary Alor Setar
![27 Tempat Menarik di Kedah: Pilihan Popular [TERKINI] 8 Masjid-Al-Bukhary-Alor-Setar-Ahmad-Abdullah](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2022/06/Masjid-Al-Bukhary-Alor-Setar-Ahmad-Abdullah.jpg)
Masjid Al-Bukhary yang terletak di Bandar Alor Setar ini dibina oleh Yayasan Albukhary.
Masjid ini begitu menarik untuk dilawati kerana elemennya mempunyai pengaruh senibina yang berbeza.
![27 Tempat Menarik di Kedah: Pilihan Popular [TERKINI] 10 Masjid-Al-Bukhary-Alor-Setar-Mohd-Zam-Mohamed](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2022/06/Masjid-Al-Bukhary-Alor-Setar-Mohd-Zam-Mohamed.jpg)
Contohnya berilhamkan senibina zaman silam di Khanaqa, senibina Masjid Nabawi dan Masjid Qiblatain di Madinah, senibina Masjib Qaitbay di Kaherah Mesir dan senibina daripada makam Imam Albukhary di Samarkhand, Uzbekistan.
Jangan lupa singgah ke masjid ini bagi menghayati keindahan senibinanya.
Muzium Kota Kuala Kedah
![27 Tempat Menarik di Kedah: Pilihan Popular [TERKINI] 11 Muzium Kota Kuala Kedah](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2020/06/Muzium-Kota-Kuala-Kedah.jpg)
Asalnya dikenali sebagai Kota Kuala Bahang yang mana digunakan oleh Portugis untuk aktiviti perdagangan namun ia telah menjadi kota pertahanan Portugis.
Di sini telah berlaku beberapa peperangan yang mana melibatkan kuasa besar seperti Bugis, Acheh dan Siam.
![27 Tempat Menarik di Kedah: Pilihan Popular [TERKINI] 12 Replika kapal perang Portugis dan beberapa kapal Aceh](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2020/06/Muzium-Kota-Kuala-Kedah-Kapal-Portugis.jpg)
Kini ia diiktirafkan sebagai ‘Tapak Tanah Bersejarah’ dan dijadikan sebagai muzium yang menceritakan tentang fungsi Kota Kuala Kedah pada zaman penjajahan British, Jepun dan selepas negara mengecapi kemerdekaan serta pelbagai lagi barangan yang menarik.
Telaga Gajah
![27 Tempat Menarik di Kedah: Pilihan Popular [TERKINI] 14 Telaga Gajah dikatakan tidak pernah kering](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2020/06/telaga-gajah.jpg)
Pendang merupakan salah satu daerah yang terdapat di negeri Kedah dan dikatakan nama itu berasal daripada perkataan ‘Pendiat’ yang bermaksud parit atau lubang untuk menangkap gajah.
Telaga yang terletak di Laman Warisan Majlis Daerah Pendang (MDP) ini dikatakan tidak pernah kering walaupun dilanda musim kemarau!
Pada zaman penjajahan, telaga ini digunakan untuk memandikan gajah-gajah yang pulang selepas menghantar ufti (bunga emas) ke Siam serta sebagai punca sumber air bersih kepada penduduk setempat.
Rumah Kelahiran Tun Dr Mahathir Mohamad
![27 Tempat Menarik di Kedah: Pilihan Popular [TERKINI] 15 Rumah Kelahiran Tun Dr Mahathir Mohamad](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2020/06/Rumah-Kelahiran-Tun-Dr-Mahathir-Mohamad-2.jpg)
Tun Dr Mahathir Mohamad turut digelar sebagai ‘Bapa Pemodenan’ merupakan bekas perdana menteri Malaysia yang keempat dan ketujuh.
Beliau dilahirkan di rumah No. 18, Lorong Kilang Ais, Jalan Pegawai, Seberang Perak, Alor Setar yang mana rumah tersebut telah dijadikan sebagai salah satu bangunan bersejarah.
![27 Tempat Menarik di Kedah: Pilihan Popular [TERKINI] 16 Barangan dapur di Rumah Kelahiran Tun](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2020/06/Rumah-Kelahiran-Tun-Dr-Mahathir-Mohamad.jpg)
Di sini, anda boleh menghayati kehidupan beliau sejak kecil sehingga dewasa dengan membaca kisah hidup beliau serta melihat koleksi barangan peribadi beliau.
Sekitar rumah ini turut dibina auditorium, balai pameran dan surau yang berkonsepkan rumah tradisional.
Rumah Merdeka
![27 Tempat Menarik di Kedah: Pilihan Popular [TERKINI] 17 Jalan Putra, Bandar Alor Setar, 05150 Alor Setar](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2020/06/rumah-merdeka.jpg)
Rumah Merdeka ini merupakan tempat dimana Bapa Kemerdekaan iaitu Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra menjalankan urusan untuk mendapatkan kemerdekaan.
Di sini anda dapat melihat beberapa ruang seperti bilik tidur, ruang makan, bilik bacaan dan muzik yang mempamerkan koleksi barangan seperti kamera, buku dan banyak lagi.
![27 Tempat Menarik di Kedah: Pilihan Popular [TERKINI] 18 Ruang tamu Rumah Merdeka](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2020/06/rumah-merdeka-2.jpg)
Malah, di sini turut menjadi tempat perbincangan untuk menamatkan konfrantasi Malaysia-Indonesia pada tahun 1963.
Kegigihan almarhum dalam memperoleh kemerdekaan bagi negara kita dapat dirasai apabila menjejaki rumah merdeka ini.
Rumah Tok Su dan Seri Banai
![27 Tempat Menarik di Kedah: Pilihan Popular [TERKINI] 19 Rumah Tok Su](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2020/06/Rumah-Tok-Su.jpg)
Asalnya lokasi rumah ini bukanlah di hadapan Wisma Darul Aman, ia dipindah daripada dua lokasi berbeza iaitu Rumah Tok Su dari Kampung Permatang Karat dan Rumah Seri Banai dari Kubang Pasu.
Kedua-dua buah rumah yang berusia lebih kurang 100 tahun ini memaparkan senibina yang unik serta seni ukir yang begitu halus.
![27 Tempat Menarik di Kedah: Pilihan Popular [TERKINI] 20 Rumah Seri Banai](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2020/06/Seri-Banai.jpg)
Rumah Tok Su pernah dijadikan sebagai tempat untuk perbincangan politik, manakala Rumah Seri Banai merupakan sekolah rakyat.
Kini ia dijadikan sebagai tumpuan pelancongan dan tempat penyelidikan bagi pelajar jurusan senibina.
Balai Besar
![27 Tempat Menarik di Kedah: Pilihan Popular [TERKINI] 21 Balai Besar Alor Setar](http://wpfc.ml/b.gif)
Di daerah Kota Setar pula menempatkan Balai Besar yang berfungsi sebagai Balai Rongseri atau Balai Penghadapan.
Kesenian pertukangan kayu melayu yang menggunakan Kayu Cengal Emas menjadikan kesenian Balai Besar begitu terserlah.
Balai Besar turut digunakan untuk majlis perkahwinan kerabat diraja, majlis pertabalan serta majlis rasmi yang berkaitan negeri.
Muzium Padi
![27 Tempat Menarik di Kedah: Pilihan Popular [TERKINI] 22 Muzium-Padi](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2020/06/Muzium-Padi.jpg)
Terkenal sebagai negeri Jelapang Padi, semestinya terdapat sebuah muzium padi yang dibina bagi menggambarkan keringat para petani.
Muzium yang berbentuk Gemai Padi ini mempunyai tujuh bangunan dan mempunyai tiga aras.
![27 Tempat Menarik di Kedah: Pilihan Popular [TERKINI] 23 Muzium Padi Kedah](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2020/06/Kedah-Padi-Museum.jpg)
Di sini anda akan mengetahui tentang sejarah penanaman padi di Kedah, melihat lukisan tentang aktiviti pertanian dari zaman purba sehingga zaman moden serta anda berpeluang untuk ke puncak Gunung Keriang bagi melihat mural dan lanskap panorama perkampungan tradisional.
Jika ingin merasai kuih tradisional berasaskan padi bolehlah singgah ke gerai cenderamatanya.
Muzium Negeri Kedah
![27 Tempat Menarik di Kedah: Pilihan Popular [TERKINI] 24 Muzium Negeri Kedah](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2020/06/Muzium-Negeri-Kedah.jpg)
Muzium Negeri Kedah ini pula terletak di Lebuhraya Darul Aman, Bakar Bata ini dilengkapi dengan beberapa kemudahan bagi memberi keselesaan kepada para pengunjung seperti menyediakan lif dan kafeteria.
Di sini, terdapat 10 galeri pameran iaitu Dewan Kebudayaan, Dewan sejarah, Dewan Manuskrip, Dewan Tekstil, Dewan Seni Kraf dan Sudut Bahasa dan Sastera.
Muzium DiRaja Kedah
![27 Tempat Menarik di Kedah: Pilihan Popular [TERKINI] 25 Muzium DiRaja Kedah](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2020/06/Muzium-DiRaja-Kedah.jpg)
Fungsi asal bangunan ini adalah sebagai istana yang dikenali dengan beberapa nama seperti Istana Kota Setar, Istana Mak Wan Besar, Istana Pelamin atau Rumah Pelamin.
Malah istana tersebut pernah menjadi markas tentera Jepun ketika Perang Dunia Kedua.
Menjelang tahun 1983, ia telah dibaikpulih untuk dijadikan sebagai Muzium Diraja yang mempamerkan koleksi KDYMM Tunku Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah dan koleksi kerabat Diraja Negeri Kedah.
Jika anda berminat untuk mengetahui tentang Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah boleh juga berkunjung ke Galeri Sultan Abdul Halim.
Muzium Arkeologi Lembah Bujang
![27 Tempat Menarik di Kedah: Pilihan Popular [TERKINI] 26 muzium arkeologi lembah bujang](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2020/06/Bujang-Valley-Archaeological-Museum.jpg)
Anda perlu melawat ke Muzium Arkeologi Lembah Bujang ini kerana ia merupakan satu-satunya muzium yang menjelaskan tentang bukti kewujudan aktiviti perdagangan antarabangsa dan penyebaran agama Hindu Buddha di Asia Tenggara.
Terdapat juga beribu koleksi artifak yang ditemukan ketika proses ekskavasi yang di jalankan di sekitar Lembah Bujang yang menjadi bukti kepada perdangangan antarabangsa dan perkembangan agama tersebut.
Malah lanskap di sekitar muzium ini agak menarik kerana menggunakan elemen alam semulajadi seperti aliran air sungai, air terjun semulajadi serta flora dan fauna yang hidup disitu.
Balai Nobat
![27 Tempat Menarik di Kedah: Pilihan Popular [TERKINI] 27 Balai Nobat](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2020/06/Balai-Nobat.jpg)
Nobat merupakan salah satu alat muzik yang dimainkan ketika upacara penting seperti pertabalan, kemangkatan dan upacara rasmi kerabat diraja.
Balai Nobat ini terletak di Medan Bandar Alor Setar iaitu berhampiran dengan Menara Alor Setar dan Pintu Gerbang.
![27 Tempat Menarik di Kedah: Pilihan Popular [TERKINI] 28 Pintu Gerbang di Balai Nobat](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2020/06/Pintu-Gerbang-di-Balai-Nobat.jpg)
Bukan sahaja berfungsi sebagai tempat penyimpanan alat muzik Nobat malah ia merupakan salah satu mercu tanda Bandar Alor Setar.
Balai Seni Negeri
![27 Tempat Menarik di Kedah: Pilihan Popular [TERKINI] 29 Balai Seni Negeri Kedah](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2020/06/Balai-Seni-Negeri-Kedah.jpg)
Balai Seni Negeri yang terletak di bandar Alor Setar ini pada awalnya dibina sebagai Mahkamah Besar dan merupakan antara bangunan kerajaan moden yang awal dibina di bandar tersebut.
Balai ini menempatkan pelbagai hasil seni seperti Seni Lukis, Seni Ukiran Kayu dan Seni Khat yang dihasilkan oleh anak jati Kedah.
Pulau Langkawi
![27 Tempat Menarik di Kedah: Pilihan Popular [TERKINI] 30 Jambatan gantung di Langkawi](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2020/06/langkawi-malaysia-travel-destina-7C5RVCX.jpg)
Langkawi begitu terkenal dengan variasi cerita mitos dan lagenda, antaranya kisah sumpahan Mahsuri yang dibunuh dan mengeluarkan darah berwarna putih.
Bagi mengetahui tentang sejarah Mahsuri, anda bolehlah berkunjung ke Kota Mahsuri.
![27 Tempat Menarik di Kedah: Pilihan Popular [TERKINI] 31 Hotel & resort bercirikan kampung melayu](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2020/06/langkawi-afeeq-nadzrin-RR1Jb8Vjoh8-unsplash.jpg)
Langkawi turut dikenali sebagai syurga untuk membeli-belah kerana terdapat beberapa kedai bebas cukai yang menawarkan pelbagai barangan yang menarik.
Jika anda ingin menyaksikan keindahan beberapa buah pulau kecil dan Tasik Dayang Bunting, bolehlah menaiki SkyCab Langkawi atau SkyBridge Langkawi.
![27 Tempat Menarik di Kedah: Pilihan Popular [TERKINI] 32 Menaiki bot melihat tebing dan burung helang](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2020/06/pulau-langkawi-JAJFRB4.jpg)
Antara tarikan lain di Langkawi adalah, Underwater World Langkawi, Pantai Cenang, Taman Buaya Langkawi, Taman Agro Teknologi MARDI Langkawi, Island Hopping dan banyak lagi.
Jangan lepaskan peluang untuk berkunjung ke pulau yang penuh sejarah ini. Untuk mengetahui lebih lanjut, kami syorkan anda baca senarai tempat dan aktiviti di Langkawi.
Gunung Jerai
![27 Tempat Menarik di Kedah: Pilihan Popular [TERKINI] 33 Gunung Jerai](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2020/06/puncak-gunung-jerai.jpg)
Tarikan yang satu ini semestinya memberi pengalaman yang berbeza ekoran daripada suhu persekitarannya yang agak dingin iaitu di antara 19 hingga 24 darjah celcius.
Gunung Jerai yang brketinggian 1217 meter ini bukan sahaja mempunyai suhu yang dingin malah kaya dengan pelbagai khazanah.
![27 Tempat Menarik di Kedah: Pilihan Popular [TERKINI] 34 Hutan Gunung Jerai](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2020/06/hutan-gunung-jerai.jpg)
Di sini, anda boleh melawat Padang Tok Sheikh dan Telaga Tok Sheikh, melakukan aktiviti rekreasi seperti trekking dan berbasikal serta menyaksikan keindahan flora dan fauna. Manakala di puncak gunung ini turut terdapat bongkah batu yang menyerupai sebuah kapal.
Dikatakan, batu tersebut merupakan kapal Maharaja Mergong Mahawangsa yang disumpah oleh Sang Kelembai!
Pekan Rabu
![27 Tempat Menarik di Kedah: Pilihan Popular [TERKINI] 35 Pekan Rabu Alor Setar](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2020/06/Pekan-Rabu-Alor-Setar.jpg)
Jika di negeri Kelantan terkenal dengan Pasar Siti Khadijah, di negeri Kedah pula terkenal dengan Pekan Rabu.
Pekan Rabu yang berkonsepkan ‘One Stop Centre’ ini merupakan sebuah tempat perniagaan yang dijalankan oleh lebih kurang 277 peniaga tempatan.
![27 Tempat Menarik di Kedah: Pilihan Popular [TERKINI] 36 Produk asli Pekan Rabu](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2020/06/pekan-rabu-produk.jpg)
Pelbagai barangan yang ditawarkan dengan harga yang berpatutan seperti makanan tradisional, pakaian tradisional, kraftangan tempatan, majalah serta produk industri kecil dan sederhana (IKS).
Pekan Rabu ini beroperasi setiap hari bermula jam 9 pagi hingga 8 malam.
Zon Bebas Cukai Bukit Kayu Hitam
![27 Tempat Menarik di Kedah: Pilihan Popular [TERKINI] 37 Zon Bebas Cukai Bukit Kayu Hitam](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2020/06/Zon-Bebas-Cukai-Bukit-Kayu-Hitam.jpg)
Seperti negeri Kelantan yang mempunyai zon bebas cukai, di daerah Kubang Pasu turut terdapat zon bebas cukai yang terkenal iaitu Bukit Kayu Hitam.
Bukit Kayu Hitam ini merupakan pintu masuk bagi Malaysia-Thailand dan menjadikannya sesuai untuk menjalankan aktiviti perdagangan.
![27 Tempat Menarik di Kedah: Pilihan Popular [TERKINI] 38 Kompleks Bebas Cukai](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2020/06/Kompleks-Bebas-Cukai.jpg)
Antara lokasi membeli-belah yang popular adalah Kompleks Bebas Cukai Cergas Jaya, The Duty Free Zone Bukit Kayu Hitam, Pekan Danok, Bazar Jualan Bukit Kayu Hitam, Kompleks Darul Qiyam dan Bazar Batu Sempadan.
Jangan lupa bawa passport jika ingin ke Pekan Danok.
Pasar Kemboja
![27 Tempat Menarik di Kedah: Pilihan Popular [TERKINI] 39 Pasar Kemboja Pendang](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2020/06/Pasar-Kemboja-Pendang.jpg)
Pasar Kemboja ini terletak di Pendang dan beroperasi pada hari jumaat bermula seawal jam 7 pagi sehingga 1 tengahari.
Dikatakan barangan yang dijual di sini lebih murah berbanding pasar tani yang lain.
![27 Tempat Menarik di Kedah: Pilihan Popular [TERKINI] 40 Kemeriahan Pasar Kemboja](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2020/06/Kemeriahan-Pasar-Kemboja.jpg)
Malah pelbagai pilihan barangan yang ditawarkan seperti pakaian, hiasan dalaman rumah, bunga serta pasu dan pelbagai lagi barangan yang menarik.
Bagi peminat seni, anda boleh membeli lukisan tanpa warna atau ‘painting by number’ yang mana lukisan tersebut perlu diwarnakan mengikut kod nombor yang ditetapkan.
Tree Top Walk Sungai Sedim
![27 Tempat Menarik di Kedah: Pilihan Popular [TERKINI] 41 Tree Top Walk Sungai Sedim](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2020/06/Tree-Top-Walk-Sungai-Sedim.jpg)
Tree Top Walk Sungai Sedim terletak di kawasan Hutan Simpan Gunung Inas di Kulim memberi peluang kepada anda untuk menikmati keindahan alam sekitar daripada ketinggian yang berbeza.
Jika anda bernasib baik, anda akan melihat pelbagai hidupan liar ketika berjalan di jambatan sepanjang 950m ini, malah puncak tertingginya 26m pastinya memberi pemandangan hijau yang memukau!
Taman Burung Kulim
![27 Tempat Menarik di Kedah: Pilihan Popular [TERKINI] 42 Taman Burung Kulim](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2020/06/Taman-Burung-Kulim.jpg)
Taman Burung Kulim merupakan Mini Zoo yang begitu sesuai bagi ahli keluarga yang membawa anak-anak.
Di sini, anda berpeluang untuk mendekati dan melakukan aktiviti bersama haiwan yang dipamerkan seperti memberi makan kepada mereka.
Terdapat pelbagai spesies arnab, burung, ikan dan banyak lagi spesies haiwan yang jinak untuk anda bermesra dan bergambar!
Pusat Sains Negara Wilayah Utara
![27 Tempat Menarik di Kedah: Pilihan Popular [TERKINI] 43 Pusat Sains Negara Wilayah Utara](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2020/06/Pusat-Sains-Negara-Wilayah-Utara.jpg)
Bercuti sambil menambah ilmu pengetahuan sains anda di Pusat Sains Negara Wilayah Utara yang terletak di Alor Setar pasti lebih bermakna!
Destinasi ini bukan sahaja sesuai untuk kanak-kanak malah untuk semua peringkat umur bagi mengetahui tentang teori dan fakta sains yang dijelaskan dalam pelbagai bentuk permainan dan demonstrasi.
Pendekatan tentang ilmu sains semestinya lebih mudah difahami jika anda terlibat dengan aktiviti yang disediakan.
MnM Whimsical Houses
![27 Tempat Menarik di Kedah: Pilihan Popular [TERKINI] 44 MnM Whimsical Houses](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2020/06/MnM-Whimsical-Houses.jpg)
Anda pernah berkunjung ke rumah terbalik? MnM Whimsical Houses merupakan sebuah tarikan pelancongan yang terletak di Kg Changkat Setol, Changlun.
Lokasi ini sesuai untuk anda yang suka bergambar, di mana ia bukan sahaja menyediakan rumah terbalik malah terdapat lagi tarikan lain seperti rumah berkembar sengget, rumah atas pokok dan rumah Hobbit!
Di sekitarnya turut terdapat taman permainan kanak-kanak berbentuk senget, mini petting zoo dan rumah kucing.
Taman Tema di Kedah
![27 Tempat Menarik di Kedah: Pilihan Popular [TERKINI] 45 Fantasia Aquapark](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2020/06/fantasia-aquapark.jpg)
Berkunjung ke taman tema air bukan sahaja memuaskan kanak-kanak, malah orang dewasa turut rasa seronok jika ke sini.
Di negeri jelapang padi ini menawarkan tiga buah taman tema air di lokasi yang berbeza.
![27 Tempat Menarik di Kedah: Pilihan Popular [TERKINI] 46 The Carnivall Waterpark](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2020/06/The-Carnivall-Waterpark.jpg)
Antaranya Fantasia AquaPark terletak di Jitra, The Carnivall Waterpark di Sungai Petani dan Ulu Legong Hot Spring di Baling.
![27 Tempat Menarik di Kedah: Pilihan Popular [TERKINI] 47 Ulu Legong Hot Spring](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2020/06/Ulu-Legong-Hot-Spring.jpg)
Jika inginkan aktiviti rekreasi boleh ke The Carnivall Waterpark yang turut menawarkan aktiviti wall climbing, menunggang kuda, mini golf dan teater 7D.
Pantai Terbaik di Kedah
![27 Tempat Menarik di Kedah: Pilihan Popular [TERKINI] 48 Pantai Tanjung Rhu](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2020/06/Pantai-Tanjung-Rhu.jpg)
Jika anda ingin bersantai dan menikmati hidangan laut sambil merasai angin pantai bolehlah singgah ke beberapa buah pantai yang agak terkenal dalam kalangan pelancong.
![27 Tempat Menarik di Kedah: Pilihan Popular [TERKINI] 49 Pantai Merdeka](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2020/06/Pantai-Merdeka.jpg)
Contohnya Pantai Tanjung Rhu, Pantai Murni, Pantai Tanjung Jaga, dan Pantai Merdeka.
Malah di Tanjung Dawai terdapat sebuah arked yang menjual pelbagai jenis makanan daripada hasil laut yang boleh dijadikan sebagai buah tangan tanda berkunjung ke negeri Kedah.
Tarikan Alam Kedah
![27 Tempat Menarik di Kedah: Pilihan Popular [TERKINI] 50 Tasik Pedu](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2020/06/Tasik-Pedu.jpg)
Sememangnya negeri Kedah ini kaya dengan keindahan alam semulajadi yang menenangkan.
Antara destinasi yang pastinya menjanjikan ketenangan kepada anda adalah:
![27 Tempat Menarik di Kedah: Pilihan Popular [TERKINI] 51 Air Terjun Junjong](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2020/06/Air-Terjun-Junjong.jpg)
Air Terjun Batu Hampar, Hutan Lipur Ulu Paip, Air Terjun Junjong, Air Terjun Puncak Janing, Tasik Pedu, Air Terjun Titi Hayun, Lata Mengkuang, Ulu Muda Eco Park, Air Terjun Seri Perigi, Air Terjun Lata Bayu, Taman Rekreasi Bukit Hijau dan Air Terjun Tupah.
![27 Tempat Menarik di Kedah: Pilihan Popular [TERKINI] 52 Titi Hayun](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2020/06/Titi-Hayun-Waterfall.jpg)
Pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan bersama ahli keluarga atau rakan-rakan jika berkunjung ke lokasi tersebut.
Bersambung…