fbpx
Melancong.my
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
SEBUTHARGA
PAKEJ TERKINI
  • Malaysia
  • Cruise
  • Singapore
  • Indonesia
  • Thailand
  • Vietnam
  • China
  • Jepun
  • Korea
  • Lagi
    • Pulau
    • Cambodia
    • India
    • Balkan
    • Australia
    • Turki
    • Uzbekistan
  • Malaysia
  • Cruise
  • Singapore
  • Indonesia
  • Thailand
  • Vietnam
  • China
  • Jepun
  • Korea
  • Lagi
    • Pulau
    • Cambodia
    • India
    • Balkan
    • Australia
    • Turki
    • Uzbekistan
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
Melancong.my
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
Halaman Pakej Pulau Pakej Pulau Langkawi

Langkawi Trip: 13 Aktiviti Percutian Paling Popular [EVERGREEN]

Hadi Oleh: Hadi
16/06/2020
Kategori: Pakej Pulau Langkawi
Masa Bacaan: 6Minit
581 44
A A
13
Puncak Langkawi
560
SHARES
651
VIEWS
FacebookTwitterPin
IKLAN / ADVERTISEMENT

Langkawi Trip

Langkawi trip: Tahukah anda apakah aktiviti menarik yang anda boleh lakukan di Langkawi?

Langkawi tidak asing lagi bagi kebanyakan pelancong tempatan namun rata-rata pelancong tidak pernah jemu dengan pulau yang kaya dengan misteri ini.

Langkawi merupakan diantara destinasi pelancongan yang sangat popular di Malaysia.

Promo-Pulau-Langkawi

Pin

  • 1 Kereta Kabel Langkawi Terpanjang di Dunia
  • 2 Gunung Mat Chinchang
  • 3 Tasik Dayang Bunting
  • 4 Dataran Helang Mercu Tanda Langkawi
  • 5 Langkawi Trip Underwater World Langkawi
  • 6 Air Terjun Telaga Tujuh Langkawi
  • 7 Melihat Pemandangan di Sky Bridge Langkawi
  • 8 Bercuti di Langkawi: Makam Mahsuri
  • 9 Keunikan Laman Padi Langkawi
  • 10 Langkawi Wildlife Park 
  • 11 Taman Buaya Langkawi
  • 12 Pekan Kuah Yang Popular di Langkawi
Sebuah pulau yang menjadi tarikan pelancong dari seluruh dunia yang sangat kaya dengan warisan, tempat menarik dan juga sejarah.

Meskipun ia merupakan sebuah pulau sahaja, namun terlalu banyak tempat menyeronokkan yang tersedia disini.

Dalam artikel kali ini, jom kita sama-sama lihat 10 tempat menyeronokkan di Langkawi yang patut anda kunjungi.


Kereta Kabel Langkawi Terpanjang di Dunia

Puncak Langkawi

Kecuraman sebanyak 42 darjah telah menjadikannya sebagai kereta kabel yang paling curam di dunia.

Bukan itu sahaja, jarak yang dilaluinya sejauh 2.2 KM dan mempunyai tali sepanjang 950 meter telah menjadikannya sebagai kereta kabel yang paling panjang di dunia.

Langkawi_Cable_Car

Ia terletak sekitar 30 minit perjalanan dari Pekan Kuah dan 15 minit perjalanan dari Lapangan Terbang Langkawi.

Ia terletak di puncak Gunung Mat Cincang yang mempunyai ketinggian 709 meter dari paras laut. Operasinya akan dihentikan ketika angin kencang dan cuaca buruk sebagai langkah keselamatan.


  • Lokasi: [Lihat Hotel] | [Lihat Peta] | Jalan Telaga Tujuh, 07100 Langkawi, Kedah

  • Tiket: [Online] | Harga tiket untuk Langkawi SkyCab adalah RM55 untuk orang dewasa dan RM40 untuk kanak-kanak. Walau bagaimanapun, anda boleh mendapat diskaun dengan menunjukkan MyKad anda di kaunter tiket

  • Waktu Operasi: Pembukaan jam 9.30 pagi hingga 07.00 malam

Gunung Mat Chinchang

Gunung Mat Chinchang

IKLAN / ADVERTISEMENT

Gambar waktu petang berlatarbelakangankan Gunung Mat Chinchang | CC: Amani Hasan


Dikhabarkan pada zaman dahulu terdapat dua gergasi yang tinggal di pulau utama di Pulau Langkawi dan mereka dikenali sebagai Mat Chinchang dan Mat Raya.

Semuanya berlaku gara-gara anak lelaki Mat Chinchang telah berselingkuh dengan seorang gadis sunti sewaktu hari pertunangan anak perempuan Mat Raya dengan anak lelaki Mat Chinchang.

Akhirnya Mat Raya sangat marah ekoran perbuatan biadap anak lelaki Mat Chinchang. Kesannya persahabatan dua keluarga ini terputus dan telah berlaku pertumpahan darah dan kehilangan nyawa.

Pernah dengar nama Tanjung Cincin? Tempat itu dinamakan sebagai Tanjung Cincin kerana mengikut mitos cincin yang sepatutnya digunakan pada hari tersebut telah jatuh tercampak disitu.

Seperti biasa, hari pertunangan pastinya akan disediakan sedikit juadah untuk para tetamu, seperti mana-mana keluarga, keluarga Mat Raya tidak ketinggalan untuk menyediakan juadah, namun disebabkan onar yang dilakukan oleh anak lelaki Mat Chinchang, kawasan peralatan memasak itu pecah dan dinamakan Kampung Belanga Pecah.

Manakala, kuah yang mengalir dari belanga tersebut diberi nama Pekan Kuah dan Kisap adalah nama bagi dimana kuah itu meresap ke tanah.

Tasik Dayang Bunting

Tasik Dayang Bunting

Tasik Dayang Bunting antara destinasi wajib jika ke Langkawi | CC: Metku


Ini adalah salah satu tempat pelancongan yang popular di Pulau Langkawi. Malah seperti kebanyakan tempat yang lain, Tasik Dayang Bunting mempunyai kisahnya yang tersendiri.

Dipercayai bahawa sesiapa yang mengalami masalah sukar mendapatkan zuriat boleh dirawat dengan air dari tasik ini dengan cara meminum atau mandi dengannya.

Lagenda Putri Dayang Sari adalah lagenda yang masyur dari beberapa versi cerita yang mengaitkan dengan kewujudan tasik ini. Lokasi tasik ini adalah di sebuah pulau yang diberi nama sama seperti nama tasiknya iaitu Pulau Dayang Bunting.

Tasik Dayang Bunting

Untuk pengetahuan anda, pulau ini adalah pulau yang terbesar yang terdapat di sekitar Langkawi dengan ukuran 800 x 350 meter.

Lebih menarik lagi, jika dilihat dari udara, tasik ini menggambarkan seperti seorang wanita yang mengandung sedang tidur terbaring!

Mengikut mitos berkaitan tasik ini, pada zaman dahulu terdapat seorang puteri kayangan yang bernikah dengan seorang putera raja. Hasil perkahwinan, mereka telah dikurniakan seorang bayi.

Tapi belum sempat bayi tersebut hidup lama di dunia, dia telah mangkat.

Ekorang terlalu sedih, dia telah menyemadikan anaknya di tasik tersebut. Sebelum meninggalkan bumi, dia telah menjampi air tasik tersebut agar ianya menjadi penawar bagi sesiapa yang mandul dan ingin mendapatkan zuriat boleh mengambil manfaat dari air tasik ini.


  • Lokasi: [Lihat Hotel] | [Lihat Peta] | Pulau Dayang Bunting, Kedah

  • Tiket: [Online] | Harga untuk pelancongan island hoping sekitar RM 35 hingga RM 60 seorang. Bagi mereka yang berkunjung dalam kumpulan, anda boleh memilih untuk menyewa bot untuk 8 orang pada harga RM 280 atau RM 300 untuk bot 12 orang

Dataran Helang Mercu Tanda Langkawi

 Dataran Helang Langkawi

Dataran Helang boleh diumpamakan sebagai mercu tanda Langkawi dan disini terletaknya sebuah patung helang merah gergasi berwarna coklat.

Patung helang gergasi ini merupakan lambang Pulau Langkawi.

Suasana di sini yang santai dan berangin membuatkannya menjadi destinasi yang paling sesuai untuk anda bersantai dan bergambar kenangan.

Tiada sebarang bayaran masuk dikenakan untuk anda berkunjung ke sini.

Langkawi Eagle Square

Tak sah kalau anda ke Langkawai tidak mengunjungi Dataran Helang yang menjadi salah satu simbol bagi Pulau Langkawi.

Tahukah anda bahawa patung helang ini mempunyai ketinggian 12 meter yang menjadi asal-usul bagi Pulau Langkawi mendapat namanya.

Bagi pelancong yang pertama kali sampai ke sini, mereka pastinya akan terpegun dengan seni binaan patung ini yang terletak bersebelahan dengan pelantar Jeti Kuah.

Menurut cerita daripada rakyat tempatan Langkawi bermaksud Helang Merah. Lang adalah singkatan bagi “helang” manakala “kawi” bermaksud perang merah dalam bahasa Melayu lama.

Jika anda menginginkan suasana yang romantik, bolehlah datang ke sini pada waktu malam kerana panorama laut yang disajikan sangat indah apabila ianya disimbahi dengan cahaya lampu daripada kapal yang berlabuh di Jeti Kuah.


  • Lokasi: [Lihat Hotel] | [Lihat Peta] | Persiaran Putera Kuah, 07000 Langkawi, Kedah

  • Waktu Operasi: Dibuka setiap hari dari 24 jam

Langkawi Trip Underwater World Langkawi

  Underwater World Langkawi

Jangan lupa untuk singgah ke akuarium terbesar di Malaysia di Underwater World Langkawi dimana anda berpeluang untuk melihat berbagai hidupan akuatik yang sukar untuk anda lihat di tempat lain.

Lokasinya adalah di hujung Pantai Cenang dan anda akan dikenakan bayaran untuk masuk ke sini. Ia menghimpunkan lebih 200 spesies hidupan marin dan juga ikan air tawar.

Underwater World Langkawi Penguin

Pernah tengok penguin dan ikan jerung secara live? Bukan itu sahaja.

Anda juga boleh melihat ikan Arapaima yang merupakan ikan air tawar yang terbesar di dunia.


  • Lokasi: [Lihat Hotel] | [Lihat Peta] | Jalan Pantai Chenang, 07000 Langkawi, Kedah

  • Tiket: [Online] | Pemegang Pasport Malaysia (Dewasa) RM 36 | Pemegang Pasport Malaysia (Kanak-kanak berumur 3-12 tahun) RM 26

  • Waktu Operasi: Pembukaan jam 10.00 pagi hingga 06.00 petang

Air Terjun Telaga Tujuh Langkawi

Air Terjun Telaga Tujuh Langkawi

Inginkan lokasi yang menenangkan? Rasanya Air Terjun Telaga Tujuh adalah destinasi terbaik buat anda. Ia terletak di Gunung Mat Cincang.

Namanya berasal daripada pembentukan air terjun yang terhasil daripada tujuh mata air semulajadi yang mengalir ke tujuh telaga berasingan.

Untuk sampai ke puncak air terjun, anda memerlukan masa sekitar 45 minit dengan menaiki anak tangga yang disediakan.


  • Lokasi: [Lihat Hotel] | [Lihat Peta] | Jalan Telaga Tujuh, 07100 Langkawi, Kedah

  • Tiket: Pintu masuk air terjun ini ditandakan dengan tempat letak kereta kecil. Anda boleh meletak kenderaan anda di sana dengan bayaran minimum sebanyak RM2 untuk kereta dan RM1 untuk motosikal

  • Waktu Operasi: Pembukaan jam 6.30 pagi hingga 06.00 petang

Melihat Pemandangan di Sky Bridge Langkawi

 Langkawi Sky Bridge View

Ia merupakan sebuah jambatan melengkung yang dibina di atas puncak Gunung Mat Cincang dan untuk ke sini, anda perlu menaiki Kereta Kabel Langkawi.

Ia tergantung setinggi 100 meter dari puncak gunung.

Langkawi Sky Bridge

Bayaran adalah termasuk dengan bayaran Kereta Kabel Langkawi dan jika anda seorang yang gayat, anda mungkin akan berfikir dua kali untuk kesini.

Namun, agak rugi sekiranya anda terlepas pemandangan yang disajikan dari sini.


  • Lokasi: [Lihat Hotel] | [Lihat Peta] | Jalan Telaga Tujuh, 07100 Langkawi, Kedah

  • Tiket: [Online] | Harga tiket untuk Langkawi SkyCab adalah RM55 untuk orang dewasa dan RM40 untuk kanak-kanak. Walau bagaimanapun, anda boleh mendapat diskaun dengan menunjukkan MyKad anda di kaunter tiket

  • Waktu Operasi: Pembukaan jam 9.30 pagi hingga 07.00 malam

Bercuti di Langkawi: Makam Mahsuri

Makam Mahsuri

Makam Mahsuri Pandak Mayah | CC: Esharkj


Pernah dengar mengenai lagenda Mahsuri yang mana darah yang mengalir selepas hukuman bunuhnya berwarna putih? Jika tidak, anda perlu melawat Makam Mahsuri kerana disini adalah tempat di mana Mahsuri binti Pandak Maya telah dikuburkan.

Menurut mitos, Mahsuri dibunuh kerana telah difitnah berselingkuh dengan lelaki lain ketika ketiadaan suaminya. Ekoran tidak berpuas hati kerana telah difitnah dia telah bersumpah bahawa Langkawi akan menerima bala selama 7 keturunan.

 Makam Mahsuri

Ia merupakan lagenda Pulau Langkawi dan tempat ini sentiasa menjadi diantara lokasi tumpuan pengunjung apabila berkunjung ke Pulau Langkawi.

Disini juga ditempatkan Makam Mahsuri yang dibina semula lengkap dengan muzium, teater dan rumah Kedah.

Ia merupakan lambang seni bina rumah Langkawi yang pernah popular di masa lampau.


  • Lokasi: [Lihat Hotel] | [Lihat Peta] | Kampung Mawar, 07000 Langkawi, Kedah

  • Tiket: Yuran masuk ke makam adalah RM5 / dewasa dan RM2.50 / kanak-kanak (di bawah umur 12 tahun) untuk warga tempatan (dengan ID Malaysia) dan RM10 / dewasa, RM5 / anak untuk orang asing

  • Waktu Operasi: Pembukaan jam 09.00 pagi hingga 05.00 petang

Keunikan Laman Padi Langkawi

 Laman Padi Langkawi

Ia merupakan diantara tempat menyeronokkan yang terdapat di Langkawi dan berkonsepkan eko-pelancongan dan disini anda dapat mempelajar sejarah awal bidang penanaman padi bermula.

Apa yang anda boleh lakukan disini adalah menambah pengetahuan dan juga mencuba untuk menanam padi dengan tangan sepertimana cara tradisional.


  • Lokasi: [Lihat Hotel] | [Lihat Peta] | Jalan Pantai Cenang, Pantai Cenang, 07000 Langkawi, Kedah

  • Waktu Operasi: Pembukaan jam 09.00 pagi hingga 05.00 petang

Langkawi Wildlife Park 

LANGKAWI WILDLIFE PARK

Ia juga turut dikenali dengan nama Taman Burung Langkawi. Ia telah dibuka pada tahun 2002 dan merupakan sebuah hutan tropika yang menempatkan lebih 2000 burung daripada 150 spesis yang berlainan.

Ia dikelilingi oleh dinding setinggi 15 meter dan bertutup serta anda dapat melihat burung bebas berterbangan. Anda juga dapat melihat sebuah air terjun buatan manusia disini.


  • Lokasi: [Lihat Hotel] | [Lihat Peta] | Jalan Pantai Chenang, 07000 Langkawi, Kedah

  • Tiket: [Online] |Pemegang Pasport Malaysia (Dewasa) RM 36 | Pemegang Pasport Malaysia (Kanak-kanak berumur 3-12 tahun) RM 26

  • Waktu Operasi: Pembukaan jam 10.00 pagi hingga 06.00 petang

Taman Buaya Langkawi

 Taman Buaya Langkawi

Langkawi Crocodile Farm atau turut dikenali sebagai Taman Buaya Langkawi adalah sebuah kawasan yang terletak 32 KM dari Pekan Kuah.

Sepertimana namanya, anda pasti dapat mengagak apa tarikan utama disini kan?

Persembahan Buaya Langkawi

Langkawi Crocodile Farm menempatkan hampir 1000 ekor buaya yang dipamerkan dan diasingkan kepada beberapa kolam yang berlainan iaitu Kolam Pembiakan, Kolam Pemakanan dan Kolam Pemakanan.

Disini juga diadakan persembahan diantara buaya dengan pelatih buaya yang terlatih dan pastinya penuh debaran.


  • Lokasi: [Lihat Hotel] | [Lihat Peta] | Mukim Air Hangat, Jalan Datai, Kampung Kubang Badak, 07000 Langkawi, Kedah

  • Tiket: [Online] | Dewasa RM 36 & RM 31 Kanak-kanak | Pakej Termasuk: Satu (1) tiket Masukan – Satu (1) memancing buaya  – 1 paket pelet untuk makanan buaya -Pemandu pelancong In House

  • Waktu Operasi: Pembukaan jam 10.00 pagi hingga 06.00 petang

Pekan Kuah Yang Popular di Langkawi

Pemandangan Pekan Kuah Langkawi

Namanya dikhabarkan berasal daripada pergaduhan diantara dua gergasi iaitu Mat Cincang dan Mat Raya satu masa dahulu.

Pertarungan ini telah menyebabkan kuah gulai tertumpah dan dari situlah asalnya nama Pekan Kuah ini.

Pekan Kuah sangat terkenal sebagai tempat:

IKLAN / ADVERTISEMENT
  • Beli-belah bebas cukai
  • Dataran Helang
  • Coklat Import
  • Set Pinggan Mangkuk
  • Barang Dapur
  • Minyak Gamat

 

Pekan Kuah Langkawi

Tempat makan menarik juga boleh ditemukan disini. Anda boleh mendapatkan hidangan istimewa utara dan juga makanan laut disini.

Sekian sahaja artikel kali ini berkenaan tempat menyeronokkan di Langkawi. Pastikan anda melawat berkunjung ke semua tempat yang dinyatakan apabila anda ke Langkawi nanti.

Promo-Pulau-Langkawi

Artikel Popular: Tempat Menarik & Aktiviti Paling Terbaik Di Langkawi
Kongsi224Tweet140Pin50
Hadi

Hadi

Seorang yang tenang dan ceria. Suka meneroka perkara yang baru. Meminati dunia pelancongan sejak kecil lagi. Seorang konsultan pelancongan berpengalaman, Follow Hadi di Facebook. Ketahui selanjutnya tentang kami.

Artikel+ Bersambung

Pakej Pulau Langkawi
Pakej Pulau Langkawi

Senarai Tempat Menarik di Langkawi [PANDUAN LENGKAP]

Apakah tempat menarik di Langkawi yang harus anda kunjungi? Dalam artikel ini kami senaraikan tempat paling popular di kunjungi pelancong,...

Oleh: Hadi
27/12/2020
31.8k
Nur Amalina binti Zulkifli
Pakej Pulau Langkawi

Pakej Langkawi: 4 Cadangan Aturcara Percutian Langkawi Terbaik [PANDUAN POPULAR]

Anda sedang mencari pakej Langkawi untuk percutian anda? Bagi anda yang inginkan percutian ringkas dan penuh makna, pakej Langkawi adalah...

Oleh: Hadi
16/06/2020
4.1k
Selanjutnya
Seterusnya
Gur Amir

20 Tempat Menarik Di Uzbekistan Yang Popular [PILIHAN TERKINI]

Tioman Paya Resort

Tioman Paya Resort: Chalet Terbaik Pulau Tioman

0 0 vote
Penilaian Artikel
Langgan
Maklumkan saya
guest
guest
13 Komen
Inline Feedbacks
View all comments
Aen
Aen
2 • •

saya berminat

0
Balas
faris
faris
2 • •

Sy masih belum mendapat quatiation daripada pihak agen..

0
Balas
Hadi
Hadi
Konsultan
Reply to  faris
2 • •

Mohon hubungi kami En Faris di 1700-81-5374. Operator kami akan bantu Encik untuk semakan.

0
Balas
« Sebelum 1 2
IKLAN / ADVERTISEMENT

Terkini

Pakej Pulau Langkawi

Senarai Tempat Menarik di Langkawi [PANDUAN LENGKAP]

27/12/2020
31.4k
Tempat Menarik Di Kunming

Tempat Menarik Di Kunming China: 10 Tarikan [POPULAR]

11/11/2020
11.1k
Batam

Tips Melancong Ke Batam: 4 Tarikan Popular Pelancong bercuti di Batam

10/11/2020
3k

Popular

  • Tempat Menarik Di Johor

    15 Tempat Menarik di Johor: Aktiviti & Tempat Makan [POPULAR]

    24263 Kongsi
    Kongsi 9702 Tweet 6064
  • 50 Aktiviti & Tempat Menarik Di Cameron Highlands Malaysia [PANDUAN LENGKAP]

    25434 Kongsi
    Kongsi 10173 Tweet 6358
  • Senarai Tempat Menarik di Langkawi [PANDUAN LENGKAP]

    27044 Kongsi
    Kongsi 10816 Tweet 6760
IKLAN / ADVERTISEMENT

Sertai Telegram

Dapatkan tips & promo percutian terkini dihantar terus ke Telegram anda.

Telegram

Cuti-Cuti Malaysia

  • Pakej Pulau
  • Pakej Sabah
  • Pakej Sarawak

Pautan

  • Newsletter
  • Tentang Kami
  • Polisi
  • Terma dan Syarat
  • Hubungi Kami

Tentang Kami

Melancong.com.my adalah sebuah jenama & laman online info panduan pelancongan. Ianya dikendalikan oleh syarikat pelancongan iaitu Hadigo Travel And Tours Sdn Bhd

© 2020 Melancong.my - Direka oleh SEOM.

Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Indonesia
  • Singapore
  • Thailand
  • Vietnam
  • Cambodia
  • China
  • Korea
  • Jepun
  • Australia
  • India
  • Turki
  • Balkan
  • Uzbekistan
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami

© 2020 Melancong.my - Direka oleh SEOM.

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
wpDiscuz
13
0
Ingin sertai perbincangan? Sila komen.x
()
x
| Reply