fbpx
Melancong.my
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
PAKEJ TERKINI
LANGGAN PERCUMA
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Singapore
  • Indonesia
  • Thailand
  • Vietnam
  • China
  • Jepun
  • Korea
  • Lagi
    • Cambodia
    • India
    • Balkan
    • Australia
    • Turki
    • Uzbekistan
    • Maldives
    • Filipina
    • Perancis
    • Switzerland
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Singapore
  • Indonesia
  • Thailand
  • Vietnam
  • China
  • Jepun
  • Korea
  • Lagi
    • Cambodia
    • India
    • Balkan
    • Australia
    • Turki
    • Uzbekistan
    • Maldives
    • Filipina
    • Perancis
    • Switzerland
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
Melancong.my
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
Promosi Terhad Promosi Terhad Promosi Terhad
Halaman Malaysia Pakej Kedah

15 Tempat Menarik di Alor Setar Kedah

Hadi Ghazali Oleh: Hadi Ghazali
20 September, 2023
Kategori: Pakej Kedah
Masa Bacaan: 4 mins read
182 2
A A
0
Tempat-Menarik-Di-Alor-Setar-Kedah
35k
VIEWS
FacebookTwitterPin
IKLAN / ADVERTISEMENT

 

Apa perkara yang menarik ada di Alor Setar? Apakah tempat-tempat menarik di Alor Setar yang terkenal?

Dengan slogan negeri asal mereka “Di mana semuanya bermula.” Saya kini boleh mempercayainya apa yang orang Kedah nyatakan.

Pelbagai kejutan yang sangat menyenangkan bagi sesiapa sahaja yang ingin menerokai utara Malaysia.

15 Tempat Menarik di Alor Setar Kedah 1

IKLAN / ADVERTISEMENT

tempat-menarik-di-alor-setar

  • Lihat Penginapan Terbaik di Alor Setar
  • Lihat Peta Percutian di Alor Setar

Ada pelbagai perkara menarik yang anda boleh temukan disini, baik dari segi sejarah, budaya, makanan, pusat membeli-belah dan juga seni jalanan, sebut sahaja dan Alor Setar pasti dapat mempersembahkannya anda.

Pin

  • 1 Menara Alor Setar
  • 2 Pusat Sains Negara Cawangan Utara
  • 3 Top Fast-food Toy Collection
  • 4 Kota Kuala Kedah
  • 5 Muzium DiRaja Kedah
  • 6 Sultan Abdul Halim Muadzam Shah Gallery
  • 7 Rumah Merdeka
  • 8 Muzium Padi
  • 9 Gua Gunung Keriang
  • 10 Masjid Zahir
  • 11 Pekan Rabu
  • 12 Rumah Kelahiran Tun Dr Mahathir
  • 13 Balai Seni Negeri
  • 14 Bonus: Cadangan Tentatif Percutian Alor Setar 3 Hari 2 Malam
    • 14.1 Hari Pertama
    • 14.2 Hari Kedua
    • 14.3 Hari Ketiga
Usah bermadah panjang mari kita lihat aktiviti dan tempat menarik di Alor Setar Kedah.


Menara Alor Setar

Alor-Setar-Tower-Muthuraja-S
Alor Setar Tower | Imej oleh: Muthuraja S

Mercu tanda Alor Setar ini merupakan destinasi yang wajib anda kunjungi!

Menara yang berketinggian 165.5 meter ini bakal menyajikan pemandangan seluruh Alor Setar dan pasti dapat memberikan keseronokkan buat anda.

Menara-Alor-Setar-David-Foster
Menara Alor Setar | Imej oleh: David Foster

Bukan itu sahaja, anda juga boleh menikmati hidangan di Starsky Restaurant ataupun menempah ruang khas jika ingin mengadakan sebarang majlis di sini.

Menara yang dibina berinspirasikan bentuk setangkai padi ini turut mempunyai tarikan Star View iaitu ruang kaca untuk bergambar.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 9:00am – 10:00pm | Lot 99, Darul Aman Hwy, Bandar Alor Setar, 05100 Alor Setar, Kedah

Pusat Sains Negara Cawangan Utara

Pusat-Sains-Negara-Cawangan-Utara-Kenny-Goh
Pusat Sains Negara Cawangan Utara | Imej oleh: Kenny Goh

National Science Centre Northern Region (PSNCWU) adalah tempat yang sesuai untuk mengisi masa lapang dengan aktiviti yang menyeronokkan dan mendidik.

Di sini, pengunjung boleh melihat, menyentuh, dan mencuba pelbagai eksperimen sains yang menarik dan menakjubkan. PSNCWU mempunyai dua bahagian utama, iaitu Galeri Pameran dan Pameran Bertema.

Galeri Pameran menampilkan pameran interaktif yang berkaitan dengan sains, teknologi, kejuruteraan, dan matematik.

National-Science-Centre-Northern-Region-Seow-Beng-Ang
National Science Centre Northern Region | Imej oleh: Seow Beng Ang

Pameran Bertema pula menonjolkan tema-tema tertentu seperti angkasa lepas, nanoteknologi, dan tenaga nuklear.

PSNCWU juga menawarkan program-program seperti lawatan sekolah, program jangkau luar, dan program fasilitator. PSNCWU terletak di Gunung Keriang, Alor Setar, dan dibuka pada Sabtu hingga Khamis dari jam 9 pagi hingga 5 petang.

15 Tempat Menarik di Alor Setar Kedah 2

IKLAN / ADVERTISEMENT

  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 9:00am – 4:00pm | Jalan Gunung Keriang, 06570 Alor Setar, Kedah

Top Fast-food Toy Collection

Top-Fast-food-Toy-Collection
Top Fast food Toy Collection

Makanan segera McDonald’s bukanlah sesuatu yang asing lagi dalam kalangan masyarakat Malaysia.

Namun begitu, pernahkah anda tahu tentang kewujudan muzium McDonald’s di Malaysia?

Pelbagai-Koleksi-Mainan-Fast-Food
Pelbagai Koleksi Mainan Fast Food

Top Fast Food Toys merupakan sebuah muzium yang mempunyai pelbagai koleksi mainan dan produk yang berkaitan dengan McDonald’s.

Berada di sini seolah-olah mengembalikan anda ke zaman kanak-kanak dengan koleksi yang berusia sekitar 4 dekad lamanya!


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 10:00am – 7:00pm | 2521, Belakang Pekan Pumpong, 05250 Alor Setar, Kedah

Kota Kuala Kedah

Kota-Kuala-Kedah
Kota Kuala Kedah

Tinggalan sejarah yang terdapat di Alor Setar ini turut menarik untuk anda kunjungi bagi mengimbau sejarah bangsa Melayu.

15 Tempat Menarik di Alor Setar Kedah 3

IKLAN / ADVERTISEMENT

Kota Kuala Kedah merupakan benteng pertahanan yang dibina sekitar tahun 1771 ketika pemerintahan Sultan Muhammad Jiwa.

Kota yang pernah diserang oleh Bugis, Acheh, dan siam ini menggunakan tenaga kerja yang dibawa dari India.

tembok-Kota-Kuala-Kedah-Azri-Ardila
Tembok & menara Kota Kuala Kedah | Imej oleh: Azri Ardila

Muzium ini dibahagikan kepada beberapa bahagian iaitu pengenalan, sejarah, fungsi kota kuala kedah, zaman british, zaman jepun dan zaman selepas merdeka.

Nak tengok peluru meriam yang berusia lebih 100 tahun? Jom melawat ke muzium ini.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 9:00am – 5:00pm | Kota Marina, Kampung Padang Garam, 06600 Kuala Kedah, Kedah

Muzium DiRaja Kedah

Kedah-Royal-Museum-SB-Jan
Kedah Royal Museum | Imej oleh: SB Jan

Muzium yang satu ini pula merupakan istana lama yang dikenali sebagai Istana Kota Setar, Istana Mak Wan Besar, Istana Pelamin dan Rumah Pelamin.

Ketika Alor Setar dibuka sebagai pusat pentadbiran negeri Kedah, istana ini turut siap dibina pada tahun 1735.

Muzium-Diraja-Kedah-Ezry-Hashimi
Muzium Diraja Kedah | Imej oleh: Ezry Hashimi

Ia pernah ditakluki oleh tentera Jepun ketika Perang Dunia Kedua.

Di sini mengumpulkan koleksi KDYMM Tunku Sultan Abdul Halim Muadzam Shah.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 9:00am – 5:00pm | Bandar Alor Setar, 05000 Alor Setar, Kedah

Sultan Abdul Halim Muadzam Shah Gallery

Sultan-Abdul-Halim-Muadzam-Shah-Gallery-Raynardthan-Pontoh
Galeri Sultan Abdul Halim Muadzam Shah | Imej oleh: Raynardthan Pontoh

Galeri Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah. Galeri ini menampilkan sejarah dan benda-benda seni Sultan Abdul Halim, yang merupakan Sultan Kedah yang ke-28 dan Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang ke-5 dan ke-14.

Galeri ini terletak di bangunan bekas Mahkamah Tinggi Alor Setar, yang mempunyai seni bina klasik dan menawan.

Sultan-Abdul-Halim-Muadzam-Shah-Gallery-CY-Lee
Sultan Abdul Halim Muadzam Shah Gallery | Imej oleh: CY Lee

Anda boleh melihat foto-foto, koleksi-koleksi, dokumen-dokumen rasmi, perhiasan-perhiasan, dan banyak lagi dari Sultan Abdul Halim di galeri ini.

Anda juga boleh belajar tentang sains, teknologi, kejuruteraan, dan matematik melalui pameran-pameran interaktif yang disediakan. Galeri ini dibuka pada hari Sabtu hingga Khamis dari jam 9 pagi hingga 5 petang.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 9:00am – 5:00pm | Medan Bandar, Jalan Raja, 05100 Alor Setar, Kedah

Rumah Merdeka

Rumah-Merdeka-Alor-Setar-Mohd-Rizal
Rumah Merdeka Alor Setar | Imej oleh: Mohd Rizal

Rumah Merdeka merupakan kediaman milik YTM Tunku Abdul Rahman Putra yang dibina ketika zaman pendudukan Jepun di Tanah Melayu.

Asalnya ia dikenali sebagai Rumah Jalan Baru sebelum ditukar kepada nama Rumah Merdeka pada tahun 1954.

Rumah-Merdeka-Hong-Aun
Rumah Merdeka | Imej oleh: Hong Aun

Rumah ini turut menjadi lokasi untuk Tunku merancang strategi politik, menghasilkan penulisan seperti skrip filem Raja Bersiong dan Mahsuri serta tempat berunding bagi isu Konfrontasi Malaysia-Indonesia.

Kini ia dijadikan sebagai tarikan pelancongan dengan mengekalkan susun atur asal rumah tersebut.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 10:00am – 4:00pm | Jalan Putra, Bandar Alor Setar, 05150 Alor Setar, Kedah

Muzium Padi

Muzium Padi Kedah
Muzium Padi Kedah

Dah bertandang ke negeri jelapang padi ni, jom lah singgah ke Muzium Padi yang terletak di Gunung Keriang.

Muzium yang dibina mengikut bentuk Gemai Padi ini mempamerkan bahan-bahan berkaitan padi dari aspek budaya, penyelidikan dan pembangunan serta perkembangan teknologi padi.

Muzium-Padi
Muzium Padi | Imej oleh:

Anda juga berpeluang untuk belajar membanting padi dan jangan lupa untuk ke aras tiga bagi menyaksikan salah satu mural yang terbesar dan tercantik di Malaysia!


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 9:00am – 5:00pm | Gunung Keriang, 05150 Alor Setar, Kedah

Muzium Negeri Kedah
Muzium Negeri Kedah

Asalnya Muzium Sejarah Kedah bertempat di tingkat bawah Balai Besar, Alor Setar sebelum berpindah ke bangunan baru di Lebuhraya Darul Aman, Bakar Bata.

Hal ini kerana pembukaan muzium ini mendapat sambutan orang ramai bagi mengetahui tentang sejarah negeri jelapang padi ini.

Kini ia mempunyai 10 galeri yang terdiri daripada Dewan Kebudayaan, Dewan Sejarah, Dewan Manuskrip, Dewan Tekstil, Dewan Seni Kraf dan Sudut Bahasa dan Sastera yang dilengkapi dengan pelbagai kelengkapan.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 9:00am – 5:00pm | Darul Aman Hwy, Bakar Bata, 05100 Alor Setar, Kedah

Gua Gunung Keriang

Gunung-Keriang-Jeff-Teh
Gunung Keriang | Imej oleh: Jeff Teh

Gua ini terletak di kaki Gunung Keriang, sebuah formasi batu kapur yang tersergam indah di tengah-tengah sawah padi.

Gua ini mempunyai beberapa bahagian yang berbeza, seperti Gua Terus, Gua Pelamin, dan Gua Seribu Bayur, yang masing-masing mempunyai keunikan dan keindahan tersendiri.

Gua-Gunung-Keriang-Steven-Goh
Gua Gunung Keriang | Imej oleh: Steven Goh

Pengunjung boleh melihat pelbagai formasi stalaktit dan stalagmit, serpihan pinggan kuno, batu-batu yang menyerupai manusia dan kapal, dan banyak lagi.

Gua ini juga dikaitkan dengan mitos Sang Gedembai, seorang makhluk mistik yang boleh menyumpah orang menjadi batu. Gua Gunung Keriang adalah tempat yang sesuai untuk menghayati keajaiban alam dan budaya di Kedah.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 8:00am – 6:00pm | Kampung Gunung Hulu, Alor Setar, Kedah

Masjid Zahir

Seni bina dalam Masjid Zahir
Seni bina dalam Masjid Zahir

Satu lagi mercu tanda yang tersohor di Alor Setar adalah Masjid Zahir yang terletak di tengah-tengah bandar Alor Setar.

Masjid ini dibina diatas tanah pusara wira-wira Kedah yang gugur ketika menghadapi serangan Siam.

The Zahir Mosque (Masjid Zahir) in Alor Setar, Kota Setar
The Zahir Mosque (Masjid Zahir) in Alor Setar, Kota Setar | Imej oleh:

Senibina masjid ini begitu unik seperti kubahnya mempunyai pengaruh senibina Timur Sumatera serta tiangnya menggunakan senibina Greek.

Bermula dari pintu masuk hingga ke bahagian dalam masjid pasti bakal memukau pandangan anda dengan keindahan binaan masjid ini.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 5:00am – 10:00pm | Jalan Kampung Perak, Bandar Alor Setar, 05150 Alor Setar, Kedah

Kubah Masjid Al Bukhary memaparkan seni Uzbekistan
Kubah Masjid Al Bukhary memaparkan seni Uzbekistan | Imej oleh:

Masjid Al Bukhary merupakan antara masjid yang tercantik Malaysia dan dibina sepenuhnya oleh Yayasan Al Bukhary.

Menariknya tentang masjid ini kerana setiap binaannya mempunyai sejarah yang tersendiri.

Masjid Albukhary adalah sebahagian dari Kompleks Albukhary, sebuah pusat Islam yang luas yang merangkumi pusat perubatan, pusat komuniti, rumah anak yatim, akademi warga emas dan pusat pengajian tinggi.Masjid Albukhary adalah sebahagian dari Kompleks Albukhary, sebuah pusat Islam yang luas yang merangkumi pusat perubatan, pusat komuniti, rumah anak yatim, akademi warga emas dan pusat pengajian tinggi.
Masjid Albukhary adalah sebahagian dari Kompleks Albukhary, sebuah pusat Islam yang luas yang merangkumi pusat perubatan, pusat komuniti, rumah anak yatim, akademi warga emas dan pusat pengajian tinggi | Imej oleh:

Sebagai contoh, mihrabnya menggunakan senibina zaman silam di Khanaqah (Makam) Sheikh Abdul Samad, menaranya berinspirasikan menara Masjid Nabawi, mimbar diperbuat daripada kayu Burma Teak serta datarannya berkonsepkan senibina Makam Imam Albukhary di Samaekhand, Uzbekistan.

Untuk mengetahui sejarah pembinaannya anda boleh ke sudut seni bina Galeri Masjid Albukhary.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 5:00am – 10:00pm | Jalan Langgar, Kedah, 05450 Alor Setar

Pekan Rabu

Pekan Rabu Alor Setar
Pekan Rabu Alor Setar | Imej oleh:

Pelancong yang berkunjung ke Alor Setar pasti tidak melepaskan peluang untuk ke Pekan Rabu bagi memborong cenderamata untuk dibawa pulang.

Pekan Rabu yang terletak di tengah-tengah bandar ini begitu mudah untuk diakses oleh anda.

Produk asli Pekan Rabu
Produk asli Pekan Rabu | Imej oleh:

Untuk pengetahuan anda mantan perdana menteri Malaysia iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad pernah berniaga di sini sekitar tahun 1942 hingga 1944.

Anda boleh mendapatkan barangan kraftangan, makanan kering, pakaian seperti songket dengan pelbagai pilihan. Anda juga boleh ke Uptown Stadium Darul Aman pada waktu malam untuk membeli-belah.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | Bandar Alor Setar, 05000 Alor Setar, Kedah

Rumah Kelahiran Tun Dr Mahathir

Barangan dapur di Rumah Kelahiran Tun
Barangan dapur di Rumah Kelahiran Tun | Imej oleh:

 

Rumah Kelahiran Tun Dr Mahathir ini bakal menyingkap kenangan zaman kanak-kanak beliau. Rumah ini telah dijadikan sebagai bangunan bersejarah yang dirasmikan pada 20 Disember 1992.

Di sini turut dibina beberapa buah rumah tradisional sebagai balai pameran, auditorium, surau dan lain-lain.

Rumah Kelahiran Tun Dr Mahathir Mohamad
Rumah Kelahiran Tun Dr Mahathir Mohamad | Imej oleh:

Manakala rumah kelahiran ini mempamerkan barangan lama yang digunakan oleh Tun serta replika tong padi dan sebuah lanca.

Pelbagai catatan dan gambar bersejarah turut dipamerkan di sini.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 10:00am – 4:00pm | No. 18, Lorong Kilang Ais Sekolah Kebangsaan Jalan Pegawai, Jalan Seberang Perak, Taman Pesisiran Tanjung Chali, 05000 Alor Setar, Kedah

Balai Seni Negeri

Balai Seni Negeri Kedah
Balai Seni Negeri Kedah

Bangunan putih yang tersergam indah di bandar Alor Setar ini merupakan antara bangunan kerajaan moden terawal yang dibina di sini.

Pada tahun 1912 bangunan ini dirasmikan dan beroperasi sebagai Mahkamah Besar.

state-art-gallery-in-alor-setar-kedah
State Art Gallery Alor Setar Kedah

Kini ia berfungsi sebagai Balai Seni Negeri yang menempatkan hasil seni anak tempatan Kedah.

Antara hasil seni yang dipamerkan adalah Seni Lukis, Seni Ukiran Kayu dan Seni Khat.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 9:00am – 5:00pm | Bandar Alor Setar, 05000 Alor Setar, Kedah

Bonus: Cadangan Tentatif Percutian Alor Setar 3 Hari 2 Malam

Jika anda ingin melancong ke Alor Setar selama 3 hari 2 malam, berikut adalah cadangan tentatif percutian yang boleh anda ikuti.

Hari Pertama

Tiba di Alor Setar pada pagi hari dan check-in di hotel pilihan anda. Anda boleh memilih hotel yang berdekatan dengan pusat bandaraya untuk kemudahan perjalanan.

Selepas bersiap, anda boleh mula meneroka bandaraya Alor Setar dengan mengunjungi beberapa tempat bersejarah seperti Masjid Zahir, Balai Nobat, Balai Besar, dan Galeri Sultan Abdul Halim. Anda boleh belajar tentang sejarah dan warisan negeri Kedah di tempat-tempat ini.

Untuk makan tengah hari, anda boleh mencuba masakan tradisional Kedah seperti nasi ulam, laksa Kedah, gulai nangka, dan banyak lagi di Pekan Rabu, sebuah pasar yang terkenal dengan pelbagai barangan dan makanan.

Selepas makan tengah hari, anda boleh melanjutkan lawatan anda ke Menara Alor Setar, sebuah menara telekomunikasi yang menjadi mercu tanda bandaraya ini. Anda boleh menikmati pemandangan bandaraya dan sawah padi dari dek pemerhatian yang terletak pada ketinggian 88 meter.

Sebelum matahari terbenam, anda boleh menuju ke Muzium Padi, sebuah muzium yang menampilkan sejarah dan proses penanaman padi di Kedah. Anda boleh melihat pelbagai jenis padi, alat-alat pertanian, dan replika rumah petani di sini.

Untuk makan malam, anda boleh mencari restoran atau gerai makan yang menjual hidangan khas Kedah seperti nasi lemak royale, nasi tomato, roti jala, dan banyak lagi. Anda juga boleh mencuba kuih-muih tradisional seperti dodol, bahulu, kuih karas, dan banyak lagi.

Hari Kedua

Bangun awal dan bersiap untuk mengunjungi beberapa tempat menarik di luar bandaraya Alor Setar. Anda boleh menyewa kereta atau menggunakan pengangkutan awam untuk perjalanan anda.

Destinasi pertama anda adalah Kota Kuala Kedah, sebuah kubu bersejarah yang terletak di muara sungai Kedah. Kubu ini telah dibina pada abad ke-17 untuk melindungi negeri Kedah daripada serangan musuh. Anda boleh melihat kubu-kubu batu merah, meriam-meriam lama, dan muzium yang mempamerkan artifak-artifak bersejarah di sini.

Selepas itu, anda boleh menuju ke Gua Gunung Keriang, sebuah gua batu kapur yang terletak di kaki Gunung Keriang. Gua ini mempunyai beberapa bahagian yang berbeza seperti Gua Terus, Gua Pelamin, dan Gua Seribu Bayur. Anda boleh melihat formasi stalaktit dan stalagmit, serpihan pinggan kuno, batu-batu aneh, dan banyak lagi di sini. Gua ini juga dikaitkan dengan mitos Sang Gedembai, seorang makhluk mistik yang boleh menyumpah orang menjadi batu.

Untuk makan tengah hari, anda boleh mencari tempat makan yang berdekatan dengan Gunung Keriang atau kembali ke bandaraya Alor Setar untuk mencuba makanan lain.

Selepas makan tengah hari, anda boleh melawat Pusat Sains Negara Cawangan Utara, sebuah pusat sains yang menawarkan pelbagai pameran dan aktiviti interaktif yang berkaitan dengan sains, teknologi, kejuruteraan, dan matematik. Anda boleh melihat, menyentuh, dan mencuba pelbagai eksperimen sains yang menarik dan menakjubkan di sini.

Sebelum hari gelap, anda boleh mengunjungi Top Fast Food Toys, sebuah muzium yang mempamerkan koleksi mainan dan memorabilia dari jenama McDonald’s dan Coca-Cola. Anda boleh melihat lebih daripada 40,000 koleksi dari seluruh dunia yang telah dikumpul oleh pemilik muzium sejak 4 dekad yang lalu. Anda juga boleh bergambar bersama patung Ronald McDonald di sini.

Untuk makan malam, anda boleh mencari tempat makan yang sesuai dengan selera anda atau kembali ke hotel untuk berehat.

Hari Ketiga

Bangun awal dan check-out dari hotel. Anda boleh menyimpan beg-beg anda di kaunter resepsi atau di tempat simpanan bagasi jika anda masih ingin meneruskan lawatan anda.

Anda boleh menghabiskan masa anda dengan berjalan-jalan di bandaraya Alor Setar dan mencari cenderamata atau barangan tempatan untuk dibawa pulang. Anda boleh melawat beberapa tempat seperti Pasar Sentral, Pasar Tani, Pasar Malam, atau kedai-kedai cenderamata yang menjual barangan seperti kain batik, songkok, keris, dan banyak lagi.

Jika anda masih ada masa, anda boleh mengunjungi beberapa tempat menarik lain yang belum sempat anda lawati seperti Rumah Kelahiran Mahathir, sebuah rumah tradisional yang merupakan tempat kelahiran bekas Perdana Menteri Malaysia ke-4 dan ke-7, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Anda boleh melihat perabot-perabot lama, foto-foto keluarga, dan bahan-bahan sejarah yang berkaitan dengan kehidupan beliau di sini.

Untuk makan tengah hari, anda boleh mencuba makanan ringan seperti rojak, cendol, ais kacang, atau mee goreng yang boleh didapati di gerai-gerai makan di sekitar bandaraya Alor Setar.

Selepas makan tengah hari, anda boleh mengambil beg-beg anda dan bersiap untuk pulang. Anda boleh menggunakan pengangkutan awam atau teksi untuk ke lapangan terbang atau stesen bas atau keretapi untuk pulang ke destinasi anda.

Ini adalah cadangan tentatif percutian ke Alor Setar selama 3 hari 2 malam yang boleh anda ikuti. Anda juga boleh menyesuaikan percutian anda mengikut minat dan bajet anda.

Apa pun pilihan anda, kami yakin anda akan menikmati percutian anda di Alor Setar dan membawa pulang kenangan indah. Selamat melancong!.

Tags: hotel alor setarpakej alor setarpercutian alor setar
blank

blank
IKLAN / ADVERTISEMENT
Hadi Ghazali

Hadi Ghazali

Meminati dunia pelancongan sejak kecil lagi. Seorang konsultan pelancongan berpengalaman, Follow Hadi di Facebook. Ketahui selanjutnya tentang kami. Dapatkan pakej percutian di Melancong.my. Sertai Group Saya Kaki Melancong!

Artikel+ Bersambung

tempat-menarik-di-yan-kedah
Pakej Kedah

10 Aktiviti & Tempat Menarik di Yan Kedah Paling Popular

  Apakah aktiviti dan tempat menarik di Yan Kedah yang berbaloi dikunjungi? Yan Kedah adalah sebuah daerah yang menawarkan pelbagai...

Oleh: Hadi Ghazali
5 September, 2023
23k
tempat-menarik-di-kulim-hakimi-manaf
Pakej Kedah

10 Aktiviti & Tempat Menarik di Kulim Popular

  Apa aktiviti yang menarik ada di Kulim? Apa tempat menarik di Kulim yang berbaloi untuk dikunjungi? Terletak di tenggara...

Oleh: Hasrul Wayne
29 Ogos, 2023
23.7k
Selanjutnya
4 2 votes
Penilaian Artikel
Langgan
Maklumkan saya
guest
guest
0 Komen
Inline Feedbacks
View all comments

TREND PAKEJ | PROMOSI TERKINI

Pakej Scandinavia

REKOMEN

tempat-menarik-di-yan-kedah

10 Aktiviti & Tempat Menarik di Yan Kedah Paling Popular

5 September, 2023
23k
tempat-menarik-di-hatyai-songkhla-thailand-nithit-teeraworawit

10 Tempat Menarik di Hatyai Songkhla Thailand

8 Jun, 2023
51.3k
tempat-menarik-di-teluk-intan-nor-khaliza-mat-yunus-unsplash

10 Aktiviti & Tempat Menarik di Teluk Intan

24 Ogos, 2023
15.5k
Kepentingan-Sektor-Pelancongan-Kepada-Malaysia

Kepentingan Sektor Pelancongan Kepada Malaysia

12 Julai, 2023
18.3k
tempat-menarik-di-janda-baik

10 Aktiviti & Tempat Menarik di Janda Baik [PALING POPULAR]

28 Mac, 2023
47.6k
halal hatyai trip

Halal Hatyai Trip: Pengalaman Percutian Hat Yai 4 Hari 3 Malam

8 Jun, 2023
25.3k
Selanjutnya
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan

Pakej-Uzbek-Final-Call-2023

hotel promo hotel promo hotel promo
IKLAN / ADVERTISEMENT
  • Langgan
  • Tentang Kami
  • Polisi
  • Terma dan Syarat
  • Hubungi Kami

© 2023 Melancong.my - Powered by Hasrul & Co.

Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Indonesia
  • Singapore
  • Thailand
  • Vietnam
  • Cambodia
  • China
  • Korea
  • Jepun
  • Australia
  • India
  • Turki
  • Balkan
  • Uzbekistan
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami

© 2023 Melancong.my - Powered by Hasrul & Co.

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
wpDiscuz
0
0
Ingin sertai perbincangan? Sila komen.x
()
x
| Balas