Melancong.my
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
PAKEJ TERKINI
LANGGAN PERCUMA
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Singapore
  • Indonesia
  • Thailand
  • Vietnam
  • China
  • Jepun
  • Korea
  • Lagi
    • Cambodia
    • India & Pakistan
    • Balkan
    • Australia
    • Turki
    • Uzbekistan
    • Maldives
    • Filipina
    • Perancis
    • Switzerland
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Singapore
  • Indonesia
  • Thailand
  • Vietnam
  • China
  • Jepun
  • Korea
  • Lagi
    • Cambodia
    • India & Pakistan
    • Balkan
    • Australia
    • Turki
    • Uzbekistan
    • Maldives
    • Filipina
    • Perancis
    • Switzerland
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
Melancong.my
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
Promosi Terhad Promosi Terhad Promosi Terhad
Halaman Malaysia Pakej Kedah

10 Aktiviti Tempat Menarik di Kulim Popular

Hasrul Wayne Oleh: Hasrul Wayne
7 Ogos, 2025
Kategori: Pakej Kedah
Masa Bacaan: 2 mins read
245 12
A A
0
Tempat menarik di Kulim Perak

Tempat menarik di Kulim Perak

37.8k
VIEWS
FacebookTwitterPin
PROMO TERHAD PROMO TERHAD PROMO TERHAD
IKLAN / PROMOSI TERHAD

 

Apa aktiviti yang menarik ada di Kulim? Apa tempat menarik di Kulim yang berbaloi untuk dikunjungi?

Terletak di tenggara Kedah bersempadan dengan Pulau Pinang, bandar ini terletak pada jarak 27 Km dan berkongsi sempadan dengan ibu kota Pulau Pinang, George Town.

Kawasan Kulim ini terletak agak berdekatan dengan tempat-tempat terkenal untuk dilawati di Malaysia, dan terdapat banyak perkara yang boleh dilakukan di Kulim,  yang membuatkan pengunjung gembira dan berpuas hati.

Promo Hotel Promo Hotel Promo Hotel
IKLAN / PROMOSI TERHAD
Tempat Menarik di Kulim
Padang Serai Kulim | Imej oleh: Bahtiar

Kerana kedudukan yang strategik ini, ianya kini menjadi lokasi baru rakyat Malaysia yang ini menetap di Kulim.

  • Lihat Penginapan Terbaik di Kulim
  • Lihat Peta Percutian di Kulim

Pin

  • 1 Tree Top Walk Ulu Sedim
  • 2 Air Terjun Junjung
  • 3 Taman Tasik Putra Kulim
  • 4 Gunung Bongsu
  • 5 Gunung Bintang
  • 6 Taman Burung Kulim
  • 7 Menara Jam Merdeka
  • 8 Warung Buluh
  • 9 Akar Lima
  • 10 S’Antik Cafe
Nak tahu apa dia? mari kita lihat 10 perkara yang ada di Kulim Kedah.


Tree Top Walk Ulu Sedim

Tree-Top-Walk-Ulu-Sedim
Pelbagai aktiviti menarik di Tree Top Walk Ulu Sedim

Tidak lengkap percutian anda di Kulim jika tidak melibatkan diri dengan aktiviti di Tree Top Walk Sungai Sedim.

Destinasi yang mengambil masa sekitar 30 minit dari Bandar Kulim ini beroperasi setiap hari bermula jam 9 pagi sehingga 5 petang dan mengikut keadaan cuaca.

Anda disarankan untuk mengenakan pakaian yang bersesuaian untuk melakukan aktviti luar.

Rafting-Tree-Top-Walk-Ulu-Sedim
Aktiviti popular Water Rafting Tree Top Walk Ulu Sedim

Antara aktiviti menarik di sini adalah flying fox, nature hunt, abseiling, river crossing, talangtula, water rafting dan banyak lagi!

Anda tak cukup masa untuk menyertai ke semua aktiviti? Anda boleh memilih untuk menginap di sini.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 9:00am – 5:00pm | Kg Ulu Riau Tree Top Walk Kg Ulu, 09700 Karangan, Kedah

Air Terjun Junjung

Air-Terjun-Junjong-Chin-Ying-Woei
Air Terjun Junjong | Imej: Chin Ying Woei

Air Terjun Junjung yang terletak sekitar 14 kilometer dari Bandar Kulim ini sudah menjadi tarikan pelancongan sejak tahun 1980an lagi.

Orang ramai sering ke sini bagi melakukan aktiviti berkelah, mandi-manda dan berkhemah ekoran persekitarannya yang terjaga dan sesuai untuk semua peringkat usia.

Menjelang musim buah-buahan, anda boleh menikmati pelbagai buahan khususnya durian yang dijual oleh warga tempatan di kawasan air terjun ini.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | Kampung Sira, Kulim, Kedah

Taman Tasik Putra Kulim

Tasik-Putra-Kulim-Richard-Limhooi
Tasik Putra Kulim | Imej oleh: Richard Limhooi

Lokasi bekas tapak lombong ini terletak di tengah-tengah Bandar Kulim yang dikelilingi dengan pusat pentadbiran, pusat perniagaan dan kawasan perumahan.

Pakej Kundasang Pakej Kundasang Pakej Kundasang
IKLAN / PROMOSI TERHAD

Pada tahun 1850an lokasi ini telah dibangunkan sebagai tapak perlombongan bijih timah dan menjadikan kawasan sekitarnya turut membangun dan membentu sebuah pusat bandar.

Kulim-Hi-Tech-Park
Kulim Hi Tech Park

Kini ia bukan sahaja bertindak sebagai kolam takungan air malah turut berfungsi sebagai pusat rekreasi yang mempunyai pelbagai kemudahan seperti medan selera, trek jogging, peralatan gimnasium, taman permainan, dataran aerobik dan banyak lagi.

Satu lagi taman yang anda boleh lawati adalah Taman Kulim Hi-Tech.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 8J, Jalan Belibis, Taman Tunku Putra, 09000 Kulim, Kedah

Gunung Bongsu

Gunung-Bongsu
Gunung Bongsu

Gunung Bongsu ini terletak dalam kawasan Hutan Simpan Gunung Bungsu dan mempunyai ketinggian 658 meter.

Gunung yang menyajikan keindahan hijau ini turut menempatkan tinggalan sejarah seperti kubu komunis yang boleh anda terokai.

Menariknya lagi, di sini turut menyediakan aktiviti menunggang basikal dan motosikal di kawasan gunung serta berkayak atau berakit merentasi aliran sungai dan jeram yang berliku-liku.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 09800 Karangan, Kedah

Gunung Bintang

Puncak-Gunung-Bintang-Bersempadan-Negeri-Perak
Puncak Gunung Bintang Bersempadan Negeri Perak

Selain itu, anda juga boleh memilih Gunung Bintang bagi aktiviti yang lebih lasak dan trek pendakian yang lebih mencabar.

Gunung yang berketinggian 1862 meter dari paras laut ini mempunyai panorama yang cukup indah di samping adanya jeram dan air terjun yang bakal anda temui sepanjang aktiviti pendakian ke puncaknya.

Keindahan-Hutan-Gunung-Bintang
Keindahan Hutan Gunung Bintang

Tambahan lagi, di sini turut mempunyai beberapa buah gua yang anda boleh terokai bersama ahli kumpulan pendakian anda. Jangan lupa untuk bergambar di port wajib di sini iaitu Taman Bonzai sebagai kenangan.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta |  Mukim Bakai Baling Kedah, Kampung Hulu Bakai, 09020, Kedah

Taman Burung Kulim

Cantiknya-Burung-Merak-Taman-Burung-Kulim-Azrul-Che-Abu
Cantiknya Burung Merak Taman Burung Kulim | Imej oleh: Azrul Che Abu

Jom luangkan masa anda bersama ahli keluarga di Taman Burung Kulim pula. Taman ini merupakan sebuah mini zoo yang menempatkan pelbagai spesies haiwan yang menarik.

Sebagai contoh kura-kura, arnab, ayam, itik, landak dan beberapa spesies reptilia.

Taman-Burung-Kulim-Mohd-Hakim
Taman Burung Kulim | Imej oleh: Mohd Hakim

Kanak-kanak pastinya lebih teruja apabila mereka berpeluang untuk mndekati beberapa spesies haiwan serta memberi makan kepada haiwan tersebut.

Taman ini terletak di Jalan Tunku Bendahara dan beroperasi seawal jam 10 pagi sehingga 6 petang.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 10:00am – 6:00pm | 60, Jalan Tunku Bendahara, 09000 Kulim, Kedah

Menara Jam Merdeka

Clock-Tower-Kulim-Khairul-Effendi
Clock Tower Kulim | Imej oleh: Khairul Effendi

Menara jam yang telah dirasmikan pada 15 September 1957 ini telah menjadi mercu tanda bagi Kulim.

Menara ini turut mempunyai dataran yang luas dan sekelilingnya dihiasi dengan lanskap yang cantik. Lokasi ini sesuai untuk anda bersiar-siar di waktu petang dan bergambar di sekitarnya. T

ambahan lagi, ia beroperasi sepanjang masa tanpa mengenakan sebarang bayaran masuk.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | Medan Bandar, Kampung Bukit Awi, 09000 Kulim, Kedah

Warung Buluh

Warung-Pokok-Buluh
Warung Pokok Buluh

Warung Buluh yang terletak di Sungai Ular ini begitu terkenal sebagai lokasi untuk bersarapan pagi, sama ada anda ingin dine-in atau take away.

Di sini anda boleh mendapatkan roti canai, mee kuah daging, nasi lemak, nasi kerabu, nasi dagang, laksam, nasi ayam serta aneka kuih-muih.

Anda tidak perlu runsing untuk mencari warung ini kerana lokasinya terletak di tepi jalan begitu mudah untuk dijejaki.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 3569, Jalan Syed Sheh 2, Kampung Syed Sheh, 09000 Kulim, Kedah

Akar Lima

Menu-Menyelerakan-Akar-Lima-Ahmad-Shahril
Menu Menyelerakan Akar Lima | Imej oleh: Ahmad Shahril

Anda pasti tertanya-tanya tentang lokasi yang satu ini bukan? Namanya yang unik pasti menggamit perhatian setiap pengunjung.

Akar Lima merupakan sebuah kafe yang terletak di Lorong Laksamana, Kampung Pas Tumpang  dan begitu sesuai untuk anda menikmati tea time bersama-sama ahli keluarga mahupun rakan-rakan.

Susana-Vintage-di-Akar-Lima
Susana Vintage di Akar Lima

Pelbagai variasi menu yang terdiri daripada sandwich, brushetta, mash potato, scone, milkshake, smoothie dan banyak lagi yang bakal membuat anda rambang mata untuk memilih.

Kafe ini beroperasi seawal jam 5 petang hingga 10 malam, jadi ia turut menyediakan menu makan malam.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | Lorong Laksamana, Kampung Pas Tumpang, 09000 Kulim, Kedah

S’Antik Cafe

Santik-Cafe-Menu
Menu Santik Cafe

Malam-malam rasa nak makan makanan barat la pulak? S’Antik Cafe bakal menyempurnakan keinginan anda.

Restoran yang mempunyai nama yang unik ini bukan sahaja menyediakan menu makanan barat yang lazat tetapi turut mempunyai dekorasi restoran yang unik!

Santik-Cafe-Khairy
Santik Cafe | Imej oleh: Khairy

Keunikkan restoran ini dapat dilihat apabila anda melangkah masuk ke dalam restoran ini. Anda pasti kagum melihat pelbagai barangan antik yang menghiasi setiap sudutnya.

Tambahan lagi, makanan yang dihidangkan turut memuaskan dengan harga yang berpatutan.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | Jalan Keladi, 09000 Kulim, Kedah

Bersambung…

Trip Promo Trip Promo Trip Promo
IKLAN / PROMOSI TERHAD
Hasrul Wayne

Hasrul Wayne

Editor di Melancong.my, meminati dunia pelancongan. Jika anda ada sebarang idea untuk diketengahkan, hubungi kami untuk selanjutnya: tentang kami.

Artikel+ Bersambung

Tempat menarik di Alor Setar
Pakej Kedah

20 Tempat Menarik di Alor Setar Kedah

  Apa perkara yang menarik ada di Alor Setar? Apakah tempat-tempat menarik di Alor Setar yang terkenal? Dengan slogan negeri...

Oleh: Hadi Ghazali
23 April, 2026
50.7k
Tempat Menarik di Sungai Petani
Pakej Kedah

25 Aktiviti Tempat Menarik di Sungai Petani Kedah

  Ada apa dengan Sungai Petani? Apakah aktiviti dan tempat-tempat menarik yang ada di Sungai Petani? Sejak kebelakangan ini Sungai...

Oleh: Hadi Ghazali
30 Mac, 2026
71.8k
Selanjutnya

Tinggalkan Balasan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *


TREND PAKEJ |PROMOSI TERKINI

Pakej Scandinavia 2026

REKOMEN

Tempat Menarik di Bukit Tinggi

12 Tempat Menarik di Bukit Tinggi Paling Popular

15 Jun, 2026
34.5k
blank

43 Aktiviti Tempat Menarik di Janda Baik Terkini

2 Mac, 2026
87.7k
Tempat menarik di Kuantan

42 Tempat Menarik di Kuantan Terkini

28 Mac, 2026
87.2k
tempat menarik di dabong Kelantan

10 Aktiviti Tempat Menarik di Dabong Kelantan

5 Ogos, 2024
24.5k
tempat menarik di kelantan

40 Tempat Menarik di Kelantan Terkini

23 Mac, 2026
30.5k
tempat-menarik-di-johor-bahru

30 Tempat Menarik di Johor Bahru Terkini Berserta Tentatif Percutian

9 Jun, 2026
93.5k
Selanjutnya
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan

PAKEJ POPULAR |TERKINI 2026

Pakej-Kundasang-2026-FullTour

Pakej-Osaka-Jepun-Muslim

hotel promo hotel promo hotel promo
IKLAN / PROMOSI TERHAD
  • Langgan
  • Tentang Kami
  • Polisi
  • Terma dan Syarat
  • Hubungi Kami

© 2026 Melancong.my

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Indonesia
  • Singapore
  • Thailand
  • Vietnam
  • Cambodia
  • China
  • Korea
  • Jepun
  • Australia
  • India & Pakistan
  • Turki
  • Balkan
  • Uzbekistan
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami

© 2026 Melancong.my