Melancong.my
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
PAKEJ TERKINI
LANGGAN PERCUMA
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Singapore
  • Indonesia
  • Thailand
  • Vietnam
  • China
  • Jepun
  • Korea
  • Lagi
    • Cambodia
    • India & Pakistan
    • Balkan
    • Australia
    • Turki
    • Uzbekistan
    • Maldives
    • Filipina
    • Perancis
    • Switzerland
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Singapore
  • Indonesia
  • Thailand
  • Vietnam
  • China
  • Jepun
  • Korea
  • Lagi
    • Cambodia
    • India & Pakistan
    • Balkan
    • Australia
    • Turki
    • Uzbekistan
    • Maldives
    • Filipina
    • Perancis
    • Switzerland
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
Melancong.my
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
Promosi Terhad Promosi Terhad Promosi Terhad
Halaman Pakej Popular

11 Tempat Menarik di Labuan Bajo Indonesia Eksotik

Hasrul Wayne Oleh: Hasrul Wayne
20 Ogos, 2024
Kategori: Pakej Popular
Masa Bacaan: 3 mins read
7.8k 591
A A
0
tempat-menarik-di-labuan-bajo
8.8k
VIEWS
FacebookTwitterPin
PROMO TERHAD PROMO TERHAD PROMO TERHAD
IKLAN / PROMOSI TERHAD

 

Berbaloikah jika ingin melancong ke Labuan Bajo? Ada tempat menarik di Labuan Bajo yang boleh dikunjungi?

Walaupun dengan kemunculan destinasi ini sebagai lokasi percutian viral, Labuan Bajo kekal sebagai bandar nelayan di tengah-tengah keterujaan ini dan yang pasti penduduk tempatannya sangat mesra dan santai seperti mana-mana tempat lain di Indonesia.

Melihat pada keindahan alam semulajadinya, sangat mudah untuk melihat sebab utama Labuan Bajo menjadi sangat popular dan lebih menarik lagi, rantau ini telah dinamakan sebagai salah satu destinasi ‘L’onely Planet’s Best Value destinations’.

Promo Hotel Promo Hotel Promo Hotel
IKLAN / PROMOSI TERHAD

Kenapa ramai orang melancong Labuan Bajo? Ia adalah salah satu pulau yang paling banyak dikunjungi oleh pelancong. Sebabnya, pulau itu adalah habitat komodo. Jadi, tidak lengkap untuk menikmati lawatan Labuan Bajo jika anda belum melihat komodo secara langsung.

Terletak di hujung barat pulau besar Flores di wilayah Nusa Tenggara timur Indonesia, Ia adalah ibu kota Kabupaten Manggarai Barat, salah satu daripada lapan kabupaten yang merupakan bahagian pentadbiran utama Flores.

tempat-menarik-di-labuan-bajo

  • Lihat Penginapan Terbaik di Labuan Bajo
  • Lihat Aktiviti menarik di Labuan Bajo
  • Lihat Peta Percutian di Labuan Bajo

Pin

  • 1 Pulau Padar
  • 2 Sawah Lingko
  • 3 Pantai Pink
  • 4 Taman Nasional Komodo
  • 5 Manta Point
  • 6 Goa Batu Cermin
  • 7 Goa Rangko
  • 8 Bukit Cinta
  • 9 Cunca Wulang
  • 10 Kampung Ujung
  • 11 Kampung Melo
Mari kita lihat aktiviti dan tempat menarik di Labuan Bajo Indonesia yang anda boleh lawati.


Pulau Padar

Pulau-Padar-Labuan-Bajo
Pulau Padar di Labuan Bajo

Pulau yang terletak di Taman Nasional Komodo ini begitu popular dengan keindahannya yang begitu eksotik.

Pulau yang mempunyai pasir pantai bewarna abu-abu dan merah muda ini turut terkenal dengan aktiviti menyelam skuba dan snorkeling.

Pulau-Padar-Labuan-Bajo-Indonesia
Pulau Padar Labuan Bajo Indonesia

Pulau yang kaya dengan beberapa teluk ini sering dijadikan spot terbaik untuk menyaksikan fenomena matahari terbit dan matahari terbenam selain melihat hamparan pasir pantai yang mempunyai warna berbeza.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | Komodo, West Manggarai Regency, East Nusa Tenggara, Indonesia

Sawah Lingko

Sawah-Lingko-Erick-Kuwu
Sawah Lingko | imej oleh: Erick Kuwu

Sawah Lingko yang terletak di Desa Cancar ini pula menawarkan pemandangan sawah padi yang cukup unik dan memukau!

Untuk menghayati pemandangan sawah padi seluas 100 hektar ini, anda perlu mendaki 250 anak tangga ke puncak bukit.

Sawah-Lingko-Bea-Keca-Erick-Kuwu
Sawah Lingko Bea Keca

Dari puncak tersebut anda bakal menyaksikan hamparan sawah padi yang berbentuk seperti sarang labah-labah!

Pemandangan sawah padi seperti ini semestinya tidak terdapat di tempat lain.

Pakej Kundasang Pakej Kundasang Pakej Kundasang
IKLAN / PROMOSI TERHAD

  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | Jln.Wae Lawar,RT/RW:005/003,Bealeba_Nenu, Cibal, Kabupaten Manggarai, Flores_Nusa Tenggara Tim, Nenu, Kec. Cibal, Kabupaten Manggarai, Nusa Tenggara Tim. Indonesia_86591, Indonesia

Pantai Pink

Pink-Beach-Pulau-Padar-Labuan-Bajo-Indonesia
Pink Beach Pulau Padar

Jika sebentar tadi anda berasa begitu kagum melihat dataran sawah padi berbentuk sarang labah-labah, sekarang anda bakal ternganga menyaksikan keindahan kawasan pantai yang diliputi dengan pasir bewarna merah jambu!

Pantai-Merah-Jambu-Pulau-Padar-Labuan-Bajo-Indonesia
Pantai Merah Jambu Pulau Padar Labuan Bajo Indonesia

Pantai Pink atau lebih dikenali sebagai Pink Beach ini terletak di Pulau Komodo yang menjadi antara tujuh pantai pink yang cantik di dunia.

Anda boleh mendaki ke puncak Bukit Sabana untuk menyaksikan keindahan pantai ini dari kawasan yang tinggi.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | East Nusa Tenggara, Indonesia

Taman Nasional Komodo

Komodo-National-Park-Eduardus-Dos
Komodo National Park | Imej oleh: Eduardus Dos

Labuan Bajo turut digelar sebagai rumah kepada haiwan spesies komodo dengan jumlahnya sekitar 2500 yang merebak di beberapa pulau seperti Pulau Komodo, Pulau Rinca dan Pulau Padar.

Melihat-Komodo-Yadiyuna
Melihat Komodo | Imej oleh: Yadiyuna

Jadi jangan terkejut jika anda menemui haiwan bersaiz 3 meter dan seberat 70kg ini berkeliaran di sekitar pulau tersebut.

Selain komodo anda juga boleh menyaksikan 12 spesies ular, 1000 spesies ikan, 10 jenis ikan lumba-lumba, 7 spesies ikan paus dan macam macam lagi.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | FFCM+W8 Komodo, West Manggarai Regency, East Nusa Tenggara, Indonesia

Manta Point

manta-point
Melihat pari Manta di Manta Point

Manta Point yang terletak di Pulau Komodo ini  wajib untuk anda kunjungi, khususnya jika anda ingin melakukan aktiviti air. Manta Point menawarkkan peluang buat anda menyaksikan spesies Manta Ray secara langsung.

Menariknya lagi anda juga boleh bermesra atau memberi makan kepada ikan tersebut.

manta-ray-manta-point
Manta Ray adalah spesis unik yang penuh misteri

Dianggarkan spesies ikan manta di sini berukuran sekitar 3 meter. Selain bermain dengan ikan manta anda juga boleh melihat mereka memburu obor-obor untuk dijadikan sebagai hidangan santapan mereka!


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | FJR6+266, Jalan Laut Arafuru, Duren Sawit, Jakarta Timur, Daerah Khusus Ibukota Jakarta 13430, Indonesia

Goa Batu Cermin

Gua-Batu-Cermin-Yoel-Nasrul
Gua Batu Cermin | Imej oleh: Yoel Nasrul

Mirror Stone Cave merupakan sebuah gua yang ditemui sekitar tahun 1951 dan dikatakan dahulu ia berada di bawah permukaan laut dan kini telah muncul ke permukaan darat.

Gua yang seluas 19 hektar ini mempunyai dinding yang dapat memantulkan cahaya seperti cermin kerana dinding gua tersebut mempunyai kandungan garam yang tinggi.

Gua-Batu-Cermin-Irwan-Setiawan
Gua Batu Cermin | Imej oleh: Irwan Setiawan

Untuk menyaksikan fenomena tersebut anda disarankan ke sini pada jam 9 pagi hingga 12 tengahari.

Selain dinding cermin, anda juga boleh melihat pembentukan stalakmit dan stalaktit yang cukup unik.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 9:00am – 5:00pm | Batu Cermin, Komodo, West Manggarai Regency, East Nusa Tenggara, Indonesia

Goa Rangko

Rangko-Cave-Farkin-Rois
Rangko Cave | Imej oleh: Farkin Rois

Satu lagi lokasi tarikan gua yang tidak kurang hebatnya untuk anda terokai di Labuan Bajo adalah Goa Rangko yang terletak di Desa Rangko.

Keunikan gua ini kerana ia mempunyai sebuah kolam air masin yang begitu jernih sedalam 7 meter.

Persisiran-ke-Gua-Rangko
Persisiran ke Gua Rangko

Anda dibenarkan untuk berenang atau berendam di dalam kolam tersebut sambil menghayati pantulan cahaya matahari yang masuk di celah-celah dinding gua.

Waktu yang disarankan untuk ke sini adalah pada jam 1 petang hingga 3 petang bagi mendapatkan cahaya matahari tersebut.


  • Lihat Peginapan | Lihat Peta | 6:30am – 6:00pm | Tanjung Boleng, Boleng, West Manggarai Regency, East Nusa Tenggara, Indonesia

Bukit Cinta

Bukit-Cinta-Lembata-Buce-Atawolo
Bukit Cinta | Imej oleh: Lembata Buce Atawolo

Dikatakan lokasi ini sering dikunjungi oleh pasangan kekasih, oleh itu ia dinamakan sebagai Bukit Cinta.

Bukit Cinta menawarkan tarikan yang cukup sesuai untuk anda mengabadikan gambar dengan pemandangan alam semulajadi.

Pemandangan-Bukit-Sylvia-Abdul-Haji
Pemandangan Bukit Sylvia | Imej oleh: Abdul Haji

Di sini anda boleh melakukan aktiviti trekking bersama pasangan anda serta menyaksikan matahari yang mulai terbenam pada jam 5 petang.

Selain Bukit Cinta, Bukit Amelia dan Bukit Sylvia turut menawarkan tarikan yang serupa buat para pelancong.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | H899+V29, Watokobu, Nubatukan, Lembata Regency, East Nusa Tenggara, Indonesia

Cunca Wulang

Air-Terjun-Cunca-Wulang-Firda-Milla
Air Terjun Cunca Wulang | Imej oleh: Firda Milla

Mendengar nama lokasinya pasti membuat anda sedikit pelik tentang tarikan yang menanti anda di Labuan Bajo ini.

Cunca Wulang merupakan sebuah air terjun yang mempunyai kisah mitosnya iaitu dikatakan lokasi ini ditemui oleh lima orang nenek yang mencari air ketika musim kemarau.

Cunca-Wulang-Waterfall-Edu-Achon
Cunca Wulang Waterfall | Imej oleh: Edu Achon

Cunca Wulang ini berketinggian 200 meter dan digelar sebagai Grand Canyon versi kecil yang mengalir diantara tebing batu besar.

Anda boleh memanjat batuannya untuk melakukan aksi loncat dari ketinggian 6 meter. Selain Cunca Wulang, anda boleh mengunjungi Cunca Rami atau Cunca Rede.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 6:00am – 5:00pm | FX3V+XH4, Pota Wangka, Boleng, West Manggarai Regency, East Nusa Tenggara, Indonesia

Kampung Ujung

Pemandangan-Laut-dari-Kampung-Ujung-Gita-Prasetya-Adiguna
Pemandangan Laut dari Kampung Ujung | Imej oleh: Gita Prasetya Adiguna

Kampung Ujung merupakan sebuah perkampungan yang terletak di pinggir pantai dan semestinya terkenal dengan kepelbagaian makanan tempatan sebagai tarikan utamanya.

Di sini anda boleh menikmati makanan laut yang begitu segar dan boleh dipilih sendiri sebelum dimasak.

Warung-dan-Pasar-Malam-Kampung-Ujung-Mohamad-Roghibi
Warung dan Pasar Malam Kampung Ujung | Imej oleh: Mohamad Roghibi

Selain menikmati hidangan makanan laut yang enak, anda turut dapat menyaksikan pemandangan matahari terbenam di sini.

Antara menu tempatan tersohor di Labuan Bajo adalah kolo, jagung bose, tumisan, sambal ikan teri dan sup ikan kuah asam.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | GV6H+W4R, Labuan Bajo, Komodo, West Manggarai Regency, East Nusa Tenggara, Indonesia

Kampung Melo

Melo-Village-Krido-Sadmoko
Melo Village | Imej oleh: Krido Sadmoko

Labuan Bajo bukan sahaja kaya dengan tarikan berupa alam semulajadi, malah adat budayanya turut menarik untuk dipertonton kepada para pengunjung.

Kampung Melo merupakan antara destinasi yang sesuai untuk anda kunjungi bagi melihat kehidupan dan budaya penduduknya.

Persembahan-Budaya-Kampung-Melo-Felix-Candra-Sutanto
Persembahan Budaya Kampung Melo | Imej oleh: Felix Candra Sutanto

Suhu disini agak dingin kerana berada di ketinggian 624 meter. Apabila tiba ke kampung ini, anda boleh melihat persembahan tarian caci dengan kostum tradisional masyarakat tersebut.

Anda juga bakal dijamu dengan minuman khas iaitu sopi dan hidangan pinang berisi kapur serta sirih.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | CX34+VRF, Liang Ndara, Sano Nggoang, West Manggarai Regency, East Nusa Tenggara, Indonesia

Bersambung…

Tags: labuan bajo hotellabuan bajo resort
Trip Promo Trip Promo Trip Promo
IKLAN / PROMOSI TERHAD
Hasrul Wayne

Hasrul Wayne

Editor di Melancong.my, meminati dunia pelancongan. Jika anda ada sebarang idea untuk diketengahkan, hubungi kami untuk selanjutnya: tentang kami.

Artikel+ Bersambung

tempat-menarik-di-uzbekistan
Uzbekistan

23 Tempat Menarik Di Uzbekistan Popular

  Apakah aktiviti dan tempat-tempat menarik yang ada di Uzbekistan? Uzbekistan dikenali sebagai Bandar Matahari kerana anda akan dapat melihat...

Oleh: Hadi Ghazali
9 Mac, 2026
32.7k
Percutian Scandinavia
Pakej Popular

Percutian Scandinavia: Destinasi Impian Pelancong Malaysia

Negara-negara Scandinavia, yang terdiri daripada Norway, Sweden dan Denmark, merupakan destinasi yang semakin popular dalam kalangan pelancong Malaysia yang ingin...

Oleh: Hadi Ghazali
5 Mac, 2026
613
Selanjutnya

Tinggalkan Balasan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *


TREND PAKEJ |PROMOSI TERKINI

Pakej Scandinavia 2026

REKOMEN

Tempat Menarik di Bukit Tinggi

12 Tempat Menarik di Bukit Tinggi Paling Popular

8 Oktober, 2025
32k
Tempat menarik di Kuantan

42 Tempat Menarik di Kuantan Terkini

28 Mac, 2026
85.5k
blank

43 Aktiviti Tempat Menarik di Janda Baik Terkini

2 Mac, 2026
86k
tempat-menarik-di-johor-bahru

30 Tempat Menarik di Johor Bahru Terkini Berserta Tentatif Percutian

9 Jun, 2026
92.3k
tempat menarik di kelantan

40 Tempat Menarik di Kelantan Terkini

23 Mac, 2026
29.3k
tempat menarik di dabong Kelantan

10 Aktiviti Tempat Menarik di Dabong Kelantan

5 Ogos, 2024
23.2k
Selanjutnya
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan

PAKEJ POPULAR |TERKINI 2026

Pakej-Kundasang-2026-FullTour

Pakej-Osaka-Jepun-Muslim

hotel promo hotel promo hotel promo
IKLAN / PROMOSI TERHAD
  • Langgan
  • Tentang Kami
  • Polisi
  • Terma dan Syarat
  • Hubungi Kami

© 2026 Melancong.my

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Indonesia
  • Singapore
  • Thailand
  • Vietnam
  • Cambodia
  • China
  • Korea
  • Jepun
  • Australia
  • India & Pakistan
  • Turki
  • Balkan
  • Uzbekistan
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami

© 2026 Melancong.my