Melancong.my
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
PAKEJ TERKINI
LANGGAN PERCUMA
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Singapore
  • Indonesia
  • Thailand
  • Vietnam
  • China
  • Jepun
  • Korea
  • Lagi
    • Cambodia
    • India & Pakistan
    • Balkan
    • Australia
    • Turki
    • Uzbekistan
    • Maldives
    • Filipina
    • Perancis
    • Switzerland
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Singapore
  • Indonesia
  • Thailand
  • Vietnam
  • China
  • Jepun
  • Korea
  • Lagi
    • Cambodia
    • India & Pakistan
    • Balkan
    • Australia
    • Turki
    • Uzbekistan
    • Maldives
    • Filipina
    • Perancis
    • Switzerland
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
Melancong.my
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
Promosi Terhad Promosi Terhad Promosi Terhad
Halaman Malaysia Pakej Pahang

10 Tempat Menarik di Jerantut Pahang

Hadi Ghazali Oleh: Hadi Ghazali
28 Ogos, 2024
Kategori: Pakej Pahang
Masa Bacaan: 2 mins read
9k 476
A A
0
tempat-menarik-di-jerantut-pahang
9.9k
VIEWS
FacebookTwitterPin
PROMO TERHAD PROMO TERHAD PROMO TERHAD
IKLAN / PROMOSI TERHAD

 

Ada tempat menarik di Jerantut Pahang? Ia merupakan pintu masuk utama ke Taman Negara Malaysia, menjadikannya destinasi menarik bagi pencinta alam.

Pekan ini menawarkan pemandangan semula jadi yang memukau seperti hutan hujan tropika, sungai yang jernih, dan pelbagai flora serta fauna yang jarang ditemui. Pelancong boleh menikmati aktiviti lasak seperti jungle trekking, berakit di Sungai Tembeling, dan memerhati hidupan liar di habitat semula jadi mereka.

Selain Taman Negara, Jerantut juga terkenal dengan Gua Kota Gelanggi, sebuah rangkaian gua batu kapur yang kaya dengan sejarah dan mitos. Bagi mereka yang minat budaya, kunjungan ke Kampung Orang Asli berdekatan memberikan peluang untuk belajar tentang kehidupan dan tradisi suku kaum asli.

Promo Hotel Promo Hotel Promo Hotel
IKLAN / PROMOSI TERHAD

Jerantut juga menawarkan pelbagai makanan tradisional Pahang seperti ikan patin masak tempoyak yang terkenal. Dengan kombinasi alam semula jadi, sejarah, dan budaya, Jerantut adalah destinasi yang ideal untuk percutian yang tenang dan mendamaikan.

Tempat menarik di jerantut pahang
Imej oleh: Eu Jin Ang
  • Lihat Pakej Percutian Popular di Pahang
  • Lihat Penginapan Popular di Jerantut
  • Lihat Peta Percutian di Jerantut

Pin

  • 1 Gua Kota Gelanggi
  • 2 Taman I-City Jerantut
  • 3 Taman Eko Rimba Lata Meraung
  • 4 Bukit Buluh
  • 5 Bukit Seladang
  • 6 Tasik Hati
  • 7 Kompleks Galeri Mat Kilau Pulau Tawar
  • 8 Rumah Rakit D’jongkei Kelola
  • 9 Restoran Murtabak Jerantut Ferry
  • 10 Anak Dol Pizza
Ayuh kita lihat 10 aktiviti dan tempat menarik di Jerantut Pahang yang harus dikunjungi!


Gua Kota Gelanggi

Gua-Kota-Gelanggi-Tang-Kwok-Yoon
Imej oleh: Tang Kwok Yoon

Taman Warisan ini terdiri daripada beberapa buah gua seperti Gua Tongkat, Gua Angin, Gua Batu Sanding, Gua Kota Balai, Gua Penyu dan Gua Kelawar.

Setiap gua di sini mempunyai sejarah yang tersendiri dan kisahnya tercatat di dalam buku Sejarah Melayu.

Tambahan lagi, melalui cerita masyarakat setempat mengatakan gua ini dapat menghubungkan negeri Pantai Timur dan Siam yang menjadi laluan kepada pahlawan Mat Kilau untuk ke Siam.

Lokasi Gua Kota Gelanggi pernah dijadikan lokasi penggambaran filem melayu iaitu Sumpah Semerah Padi.


  • Lihat Peta | WF2F+56 Kampung Sungai Batu, Jerantut, Pahang

Taman I-City Jerantut

Taman-I-City-Jerantut-Ahmad-Fadzil
Imej oleh: Ahmad Fadzil

Taman I-City Jerantut yang terletak di Kampung Sungai Jan merupakan taman rekreasi yang terkini di daerah Jerantut.

Taman ini berkonsepkan seperti I City Shah Alam yang dihiasi dengan pelbagai lampu menarik.

Taman ini dilengkapi dengan taman permainan kanak-kanak, gazebo, laluan refleksologi, padang dan spot bergambar.

Cahaya lampu berwarna-warni yang menghiasi taman pada waktu malam membuatkan taman ini sentiasa dikunjungi orang ramai terutamanya pada waktu malam.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | W9P6+9H Kampung Sungai Jan, Jerantut, Pahang

Taman Eko Rimba Lata Meraung

Lata-Meraung-Wei-Qing
Imej oleh: Wei Qing

Destinasi rekreasi yang satu ini sering menjadi pilihan percutian buat masyarakat setempat dan pelacong luar.

Pakej Kundasang Pakej Kundasang Pakej Kundasang
IKLAN / PROMOSI TERHAD

Taman Eko Rimba Lata Meraung ini dikatakan mendapat nama daripada bunyi deruan air terjun yang mirip rintihan seseorang.

Selain sesuai untuk aktiviti mandi-manda, anda boleh membawa kelengkapan barbeku untuk berkelah sambil menikmati bunyi-bunyian unggas yang menenangkan.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | V77V+FP Kampung Sungai Lekuk, Jerantut, Pahang

Bukit Buluh

Bukit-Buluh-Jerantut-OP-Ayie
Imej oleh: OP Ayie

Destinasi pelancongan ini pula begitu unik untuk anda kunjungi bersama rakan-rakan yang menyukai aktiviti lasak.

Bukit Buluh atau turut dikenali Red Forest ini merupakan kawasan hutan yang mempunyai pokok bewarna merah!

Lokasi pendakian yang terletak di Felda Padang Piol ini berketinggian lebih kurang 371 meter iaitu sekitar 1 jam masa mendaki untuk tiba ke puncaknya.

Pendakian di bukit ini pasti mengujakan dengan deretan pokok yang berbatang kemerahan serta para pendaki yang tidak melepaskan peluang untuk bergambar kenangan.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 299X+XM Felda Padang Piol, Jerantut, Pahang

Bukit Seladang

Bukit-Seladang-Nudin-Abdullah
Imej oleh: Nudin Abdullah

Selain mendaki di Bukit Buluh, Bukit Seladang yang digelar Bukit Pohon Sebatang ini turut sesuai untuk anda mencabar fizikal.

Bukit Seladang yang terletak sekitar 3 kilometer dari Bandar Jerantut ini mempunyai tiga checkpoint iaitu checkpoint 1 dengan ketinggian 294 meter, checkpoint 2 370 meter dan checkpoint terakhir setinggi 444 meter.

Semakin tinggi anda mendaki semakin mencabar trek laluannya dengan tahap kecerunan yang berbeza.

Jadi bolehlah persiapkan fizikal dan mental anda semua mula mendaki.


  • Lihat Peta | W88F+H5 Kampung Sungai Par, Jerantut, Pahang

Tasik Hati

Tasik-Hati-Via-Ferrata
Via Ferrata

Destinasi rekreasi yang dikenali sebagai Tasik Hati ini telah menarik ramai pengunjung untuk datang melihat keindahan tasik yang sentiasa menjadi pilihan ‘’Outdoor Photo Shoot’’ bagi pasangan pengantin.

Menariknya lagi lokasi ini turut menawarkan aktiviti lasak seperti Via Ferrata sepanjang 200 meter, Zip Line sepanjang 202 meter dan kayak.

Pengunjung yang pernah ke sini mengatakan mereka begitu berpuas hati melakukan aktiviti lasak dengan fenomena alam yang cukup indah.


  • Lihat Peta | Kampung Sungai Batu, 27070 Jerantut, Pahang

Kompleks Galeri Mat Kilau Pulau Tawar

Kompleks Galeri Mat Kilau Pulau Tawar
Kompleks Galeri Mat Kilau Pulau Tawar

Mat Kilau merupakan salah seorang pahlawan Melayu yang tidak asing lagi dalam mempertahankan Tanah Melayu di zaman penjajahan.

Kompleks Galeri Mat Kilau dibina bagi menghargai jasa dan pengorbanan beliau suatu ketika dahulu.

Di galeri ini terdapat koleksi barangan lama yang dipamerkan melalui bentuk patung, visual, gambar dan audio.

Anda boleh mengunjungi galeri ini pada jam 9 pagi hingga 5 petang. Lokasi ini sesuai untuk anda membawa anak-anak bagi mengetahui tentang sejarah kehidupan pahlawan Melayu.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 9:00am – 5:00pm | Bengkel Projek Usahawan(IAT Pusat Pertanian,Bkt Rang Galeri Mat Kilau, 27050 Jerantut, Pahang

Rumah Rakit D’jongkei Kelola

Rumah-Rakit-D-jongkei-Kelola-Noormala-Mustafa
Imej oleh: Noormala Mustafa

Jika anda meminati aktiviti memancing yang menginginkan suasana memancing yang luar biasa jangan lepaskan peluang untuk bermalam di Rumah Rakit D’jongkei Kelola.

Rumah rakit ini menyediakan bilik tidur dengan katil dua tingkat, ruang istirehat, dapur serta kolam untuk memancing.

Lokasi ini sesuai untuk anda menghabiskan waktu bersama-sama geng kaki pancing!

Keunikkan rumah rakit ini turut menarik perhatian KDYTM Tengku Mahkota Pahang Tangku Hassanal untuk datang melawat.


  •  Lihat Peta | VC2P+77 Kampung Batu Kawah, Jerantut, Pahang

Restoran Murtabak Jerantut Ferry

Murtabak-Jerantut-Ferry-Restaurant-Nurul-Rabitah
Imej oleh: Nurul Rabitah

Apabila berkunjung ke Jerantut anda wajib menikmati hidangan murtabak di Restoran Murtabak Jerantut Ferry yang beroperasi seawal jam 7.30 pagi hingga 6.30 petang.

Keistimewaan murtabak di restoran ini adalah mempunyai isi yang tebal dan menggunakan resepi warisan turun-temurun.

Dikatakan lebih kurang 800 keping murtabak terjual menjelang bulan Ramadan!

Jangan pelik jika Bandar ini turut digelar sebagai Bandar Murtabak kerana terdapat beberapa buah restoran lain yang menjual menu ini.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 7:30am – 6:30pm | No. 19, Taman Feri Indah, Jln Kg Pulau Mansok – Jerantut Feri, 27150 Jerantut, Pahang

Anak Dol Pizza

Anak-Dol-Pizza-Taman-Temin-Utama-Jerantut-Joe-Tajau
Imej oleh: Joe Tajau

Dengan slogan ‘Panas Geboo Sejuk Pun Geboo’ pasti menarik sesiapa sahaja yang lalu di Restoran Anak Dol Pizza ini.

Keistimewaan pizza yang dihidangkan adalah dimasak menggunakan kaedah bakar di dalam oven batu kayu api iaitu secara tradisional!

Antara menu yang perlu anda cuba adalah Pizza Sambal Hitam, Pizza Udang Sambal Petai, Pizza Daging Salai dan Pizza Pepperoni.

Keistimewaan pizza kayu api ini telah menarik Majalah 3 di TV3 untuk membuat siaran.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 12:30pm -10:00pm | No 1& 3 Taman Temin Utaman, 27000, Pahang

Bersambung…

Tags: menarik di jerantut
Trip Promo Trip Promo Trip Promo
IKLAN / PROMOSI TERHAD
Hadi Ghazali

Hadi Ghazali

Meminati dunia pelancongan sejak kecil lagi. Seorang konsultan pelancongan berpengalaman, Follow Hadi di Facebook. Ketahui selanjutnya tentang kami. Dapatkan pakej percutian di Melancong.my. Sertai Group Saya Kaki Melancong!

Artikel+ Bersambung

Pakej Pahang

20 Tempat Menarik di Bukit Fraser Terkini

  Berbaloi mengunjungi Bukit Fraser? Apakah tempat menarik di Bukit Fraser patut pelancong lawati? Bukit Fraser ialah sebuah perkampungan tanah...

Oleh: Hadi Ghazali
9 Jun, 2026
38.1k
Pakej Pahang

20 Aktiviti Tempat Menarik di Temerloh

  Dekat mana Temerloh tu? Apa tempat menarik di Temerloh yang ramai orang kunjungi? Apa aktiviti yang boleh dilakukan di...

Oleh: Hadi Ghazali
29 Mei, 2026
30.5k
Selanjutnya

Tinggalkan Balasan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *


TREND PAKEJ |PROMOSI TERKINI

Pakej Scandinavia 2026

REKOMEN

edit post
Tempat Menarik di Bukit Tinggi

12 Tempat Menarik di Bukit Tinggi Paling Popular

15 Jun, 2026
32.4k
edit post
Tempat menarik di Kuantan

42 Tempat Menarik di Kuantan Terkini

28 Mac, 2026
85.9k
edit post
blank

43 Aktiviti Tempat Menarik di Janda Baik Terkini

2 Mac, 2026
86.4k
edit post
tempat-menarik-di-johor-bahru

30 Tempat Menarik di Johor Bahru Terkini Berserta Tentatif Percutian

9 Jun, 2026
92.5k
edit post
tempat menarik di kelantan

40 Tempat Menarik di Kelantan Terkini

23 Mac, 2026
29.5k
edit post
tempat menarik di dabong Kelantan

10 Aktiviti Tempat Menarik di Dabong Kelantan

5 Ogos, 2024
23.5k
Selanjutnya
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan

PAKEJ POPULAR |TERKINI 2026

Pakej-Kundasang-2026-FullTour

Pakej-Osaka-Jepun-Muslim

hotel promo hotel promo hotel promo
IKLAN / PROMOSI TERHAD
  • Langgan
  • Tentang Kami
  • Polisi
  • Terma dan Syarat
  • Hubungi Kami

© 2026 Melancong.my

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Indonesia
  • Singapore
  • Thailand
  • Vietnam
  • Cambodia
  • China
  • Korea
  • Jepun
  • Australia
  • India & Pakistan
  • Turki
  • Balkan
  • Uzbekistan
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami

© 2026 Melancong.my