Apakah tempat menarik di Shah Alam yang ramai orang kunjungi? Adakah Shah Alam masih seperti dulu atau meriah dengan aktiviti yang menyeronokkan?
Untuk pengetahuan umum, Shah Alam ialah ibu negeri Selangor dan terletak kira-kira 20 minit dari Kuala Lumpur.
Ia juga terletak di dalam Daerah Petaling dan sebahagian kecil daripada Daerah Klang yang berdekatan. Shah Alam menggantikan Kuala Lumpur sebagai ibu kota negeri Selangor pada tahun 1978 kerana Kuala Lumpur diperbadankan menjadi Wilayah Persekutuan pada tahun 1974.
Shah Alam semakin popular di kalangan penduduk tempatan dan pelawat dari seluruh dunia kerana landskap hijau yang subur dan seni bina yang unik.
Banyak tempat di Shah Alam kini membolehkan anda melihat sejarah dan kemodenannya yang makmur. Daripada 15 tarikan terbaik di Selangor yang tidak boleh anda lepaskan, salah satunya adalah Shah Alam.
![10 Aktiviti & Tempat Paling Menarik di Shah Alam [TERKINI] 2 tempat-menarik-di-shah-alam-firdouss-ross-o](http://wpfc.ml/b.gif)
- Lihat Penginapan Terbaik di Shah Alam
- Lihat Aktiviti Menarik di Shah Alam
- Lihat Peta Percutian di Shah Alam
Berikut adalah senarai 10 tempat tarikan terbaik di Shah Alam:
I-City Shah Alam
![10 Aktiviti & Tempat Paling Menarik di Shah Alam [TERKINI] 3 Malam diterangi lampu seperti Cyber Punk di Icity Theme Park | Imej oleh: Muhammad Ihsan](http://wpfc.ml/b.gif)
Tarikan utama di sini adalah I-City yang merupakan sebuah taman tema berkonsepkan lampu LED yang pertama di Malaysia.
Kemeriahan taman tema ini boleh dilihat apabila tibanya waktu malam dengan orang ramai yang datang untuk bersiar-siar dan mencuba pelbagai tarikannya.
![10 Aktiviti & Tempat Paling Menarik di Shah Alam [TERKINI] 4 I-City-Waterworld-Muhamad-Hafizuddin](http://wpfc.ml/b.gif)
Antara tarikan di sini adalah SnoWalk, Trick Art Museum, Ferris Wheel, Red Carpet Wax Museum, Waterworld by I-City dan banyak lagi untuk anda terokai.
Taman tema yang dihiasi dengan pokok-pokok berlampu ini pasti dapat menghiburkan percutian anda.
- Lihat Penginapan | Lihat Peta | 5:00pm – 12:00am | i-Gallery, Jalan Multimedia, I-City, 40000 Shah Alam, Selangor
Wet World Water Park Shah Alam
![10 Aktiviti & Tempat Paling Menarik di Shah Alam [TERKINI] 5 Wet World Water Park Shah Alam](http://wpfc.ml/b.gif)
Selain Waterworld by I-City anda boleh menikmati keseronokkan taman tema air di Wet World Water Park Shah Alam yang tidak kurang hebatnya.
Taman tema air yang turut menyediakan pakej parti ini menawarkan tarikan seperti Super Hurricane, Monsoon Buster, Thunder River dan Kiddy Typoon Lagoon.
![10 Aktiviti & Tempat Paling Menarik di Shah Alam [TERKINI] 6 Wet World Water Park Shah Alam](http://wpfc.ml/b.gif)
Rasanya jika anda nak bawa anak-anak ini merupakan destinasi percutian yang paling disukai oleh mereka! Taman tema air ini dibuka pada jam 10 pagi hingga 6 petang kecuali pada hari rabu ia ditutup.
- Lihat Penginapan | Lihat Tiket | Lihat Peta | 10:00am – 6:00pm | 3A, Persiaran Dato Menteri, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor
Zipline Shah Alam
![10 Aktiviti & Tempat Paling Menarik di Shah Alam [TERKINI] 7 Zipline-Shah-Alam-Mohd-Tamizi](http://wpfc.ml/b.gif)
Shah Alam turut kaya dengan beberapa destinasi aktiviti lasak yang perlu dikunjungi oleh penggemar aktiviti lasak atau buat individu yang ingin mencuba sesuatu yang baru!
Zipline Shah Alam terletak di Persiaran Tasik, Seksyen 14 ini beroperasi seawal jam 8.30 pagi hingga 6.30 petang dan ditutup pada hari isnin.
![10 Aktiviti & Tempat Paling Menarik di Shah Alam [TERKINI] 8 Zipline-Shah-Alam-Mohd-Tamizi-2](http://wpfc.ml/b.gif)
Di sini anda boleh mencabar diri dengan aktiviti flying fox yang mempunyai kabel sepanjang 240 meter dan pelantar setinggi 18 meter.
Anda boleh melakukan aktiviti ini secara berseorangan atau berpasangan.
- Lihat Penginapan | Lihat Peta | 9:30am – 6:30pm | Persiaran Tasik, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor
Mudtrekker Paintball Park
![10 Aktiviti & Tempat Paling Menarik di Shah Alam [TERKINI] 9 Mudtrekker-Painball-Park-Shah-Alam-2](http://wpfc.ml/b.gif)
Jika anda berkunjung ke Shah Alam secara berkumpulan jangan lepaskan lokasi yang satu ini.
Lokasi ini menawarkan permainan paintball dengan pilihan medan perang yang berbeza seperti Speedball, Cowboy Town, Vietnam Hill Battle Ground dan Fox Hole Valley.
![10 Aktiviti & Tempat Paling Menarik di Shah Alam [TERKINI] 10 Mudtrekker-Painball-Park-Shah-Alam](http://wpfc.ml/b.gif)
Disini turut mempunyai motor elektrik, kolam renang, tennis, squash dan gelanggang badminton.
Jadi tidak hairanlah jika ramai golongan muda atau pelajar yang menghabiskan hujung minggu mereka di sini.
- Lihat Penginapan | Lihat Peta | 9:00am – 5:00pm | Jalan Hijau Serindit U9/68, Seksyen U9, Cahaya SPK, 40150 Shah Alam, Selangor
Shah Alam Extreme Park (SAEP)
![10 Aktiviti & Tempat Paling Menarik di Shah Alam [TERKINI] 11 Shah-ALam-Extreme-Park-Hairul-Ahmad](http://wpfc.ml/b.gif)
Satu Lagi lokasi yang menawarkan tarikan aktiviti luar atau aktiviti lasak adalah Shah Alam Extreme Park yang beroperasi di Seksyen 13.
Di sini dikenali sebagai pusat aktiviti lasak kerana mempunyai pelbagai pilihan aktviti buat anda.
![10 Aktiviti & Tempat Paling Menarik di Shah Alam [TERKINI] 12 Bowl-Shah-ALam-Extreme-Park-Qodeem](http://wpfc.ml/b.gif)
Antara yang popular adalah skate park, bike park, wall climbing, paintball dan futsal.
Menariknya di sini kerana menyediakan permukaan luncur konkrit serta litar basikal yang begitu seimbang dan menjamin keselamatan pemain.
- Lihat Penginapan | Lihat Peta | 9:00am – 7:00pm | Jalan Lompat Pagar 13/37, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor
Taman Tasik Shah Alam
![10 Aktiviti & Tempat Paling Menarik di Shah Alam [TERKINI] 13 Taman-Tasik-Shah-Alam-Tengah-Mohd-Tamizi](http://wpfc.ml/b.gif)
Dah enjoy dengan pelbagai aktiviti lasak di Shah Alam? Jom berkunjung ke Taman Tasik Shah Alam bagi menikmati udara segar dan melakukan aktiviti yang lebih santai.
Lokasi ini sering dipenuhi dengan penduduk setempat dan berkunjung luar kerana lanskap dan fasilitinya yang menarik.
![10 Aktiviti & Tempat Paling Menarik di Shah Alam [TERKINI] 14 Taman-Tasik-Shah-Alam-Permai-Recreational-Park-Mohd-Syuhaib](http://wpfc.ml/b.gif)
Bukan sahaja mempunyai permandangan tasik yang indah, ia turut mempunyai jambatan kanopi, jambatan gantun, menara tinjau, menaiki bot, berkayak, trek basikal kanak-kanak serta taman permainan kanak-kanak.
Taman yang direka oleh arkitek Jepun ini begitu sesuai sebagai destinasi perkelahan.
- Lihat Penginapan | Lihat Peta | Pesiaran Tasek, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor
Taman Botani Negara Shah Alam
![10 Aktiviti & Tempat Paling Menarik di Shah Alam [TERKINI] 15 Taman-Botani-Negara-Nurfaizah](http://wpfc.ml/b.gif)
Bandaraya Anggerik ini kaya dengan tarikan pelancongan yang berkonsepkan alam semulajadi dan dipenuhi dengan pelbagai lanskap menarik.
Taman Botani Negara Shah Alam yang berkeluasan 817 hektar ini merupakan salah satu bukti kepada anda. Dikatakan ia merupakan antara taman hutan pertanian yang terbesar yang direka untuk penyelidikan dan pelancongan.
![10 Aktiviti & Tempat Paling Menarik di Shah Alam [TERKINI] 16 Taman-Botani-Negara-Nurfaizah](http://wpfc.ml/b.gif)
Di sini menempatkan taman haiwan seluas 72 hektar, taman empat musim, taman rempah seluas 16 hektar dan taman buah tropika seluas 36 hektar.
Anda juga boleh berbasikal, berkhemah, memancing dan bermain paintball di sini.
- Lihat Penginapan | Lihat Peta | 7:30am – 4:30pm | 40000, Taman Pertanian Malaysia, 40170 Shah Alam, Selangor
Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz
![10 Aktiviti & Tempat Paling Menarik di Shah Alam [TERKINI] 17 Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz | Imej oleh: Fahrul Azmi](http://wpfc.ml/b.gif)
Masjid biru yang berdiri megah di pusat bandar Shah Alam ini menjadi lambang kehebatan islam dan turut menjadi masjid yang terbesar di Asia Tenggara.
Ia turut mempunyai kubah terbesar di dunia dengan empat menara tinggi dibina sekelilingnya.
![10 Aktiviti & Tempat Paling Menarik di Shah Alam [TERKINI] 18 Masjid-Sultan-Salahuddin-Abdul-Aziz-fahrul-azmi-3](http://wpfc.ml/b.gif)
Dinding mehrab pula disaluti batu marmar antik turki serta mimbar diperbuat oleh pengukir tempatan berinspirasikan corak masjid-masjid lama di Malaysia.
Tambahan lagi, Sultan Salahuddin turut menyumbangkan jam antik berusia 600 tahundan 4 buah lampu chandelier yang berharga lebih daripada 2 juta.
- Lihat Penginapan | Lihat Peta | Persiaran Masjid, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor
Kompleks Taman Seni Islam
![10 Aktiviti & Tempat Paling Menarik di Shah Alam [TERKINI] 19 Selangor-International-Islamic-Arts-Complex-Mohd-Tamizi](http://wpfc.ml/b.gif)
Destinasi yang terletak bersebelahan dengan masjid biru ini memaparkan nilai warisan ketamadunan dan seni islam berlandaskan nilai-nilai ajaran al-Quran.
Tarikan utama di sini adalah replika rumah Rasulullah SAW yang dibina berpandukan pelan asal yang mempunyai katil, jubah, ruang makan dan ruang solat.
![10 Aktiviti & Tempat Paling Menarik di Shah Alam [TERKINI] 20 Quran-Scroll-Kompleks-Taman-Seni-Islam-Khai](http://wpfc.ml/b.gif)
Anda juga boleh melihat pameran Rehlah Nabawiyah, keadaan Gua Hira, seni kaligrafi dan bilik kebal yang menyimpan manuskrip al-Quran beharga RM20 juta tulisan tangan anak tempatan.
Lawatan anda ke kompleks ini pasti melahirkan rasa yang kagum terhadap seni islam.
- Lihat Penginapan | Lihat Peta | 9:00am – 5:30pm | 2A, Persiaran Damai, Seksyen 10, 40100 Shah Alam, Selangor
Laman Budaya Galeri Shah Alam
![10 Aktiviti & Tempat Paling Menarik di Shah Alam [TERKINI] 21 Galeri-Shah-Alam-Mohd-Issany](http://wpfc.ml/b.gif)
Di sini merupakan pusat kebudayaan Shah Alam yang menempatkan pusat teater, galeri seni dan muzium.
Lokasi yang berdekatan dengan Taman Tasik Shah Alam ini menjadi titik tumpuan kepada peminat seni kebudayaan untuk menyaksikan pelbagai persembahan kebudayaan, pameran hasil seni anak tempatan dan pertandingan kebudayaan.
![10 Aktiviti & Tempat Paling Menarik di Shah Alam [TERKINI] 22 Shah-Alam-Gallery-M-Yus-Mj](http://wpfc.ml/b.gif)
Pada waktu malam pula lokasi ini dimeriahkan dengan tarikan Laman Budaya Musical Fountain iaitu persembahan air pancuran berirama setinggi 40 meter yang dimulai pada jam 9 malam hingga 11 malam.
- Lihat Penginapan | Lihat Peta | 9:00am – 5:00pm | Persiaran Tasik, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor
Bersambung…