Adakah anda sedang merancang percutian ke Kuala Selangor dan apa pula aktiviti dan tempat menarik di Kuala Selangor yang popular?
Terletak di mana Sungai Selangor bertemu dengan laut, pekan kecil Kuala Selangor terkenal dengan makanan laut segar, tapak bersejarah dan permata tersembunyi semula jadi.
Lawatan ke sini akan menggembirakan penggemar sejarah dan pencinta alam semula jadi, sesuai sebagai lawatan sehari yang tidak dapat dilupakan.
Terletak di sebelah barat laut Selangor, Kuala Selangor adalah kira-kira 70 kilometer dari Kuala Lumpur dan cara paling mudah untuk melakukan trip di Kuala Selangor adalah dengan menaiki kereta.
Anda boleh memandu di sini dengan kereta anda sendiri atau menyewa kereta.
Pekan ini juga boleh dicapai melalui bas, tetapi perjalanan akan mengambil masa sehingga 2 jam dan termasuk perhentian di antaranya.

- Lihat Penginapan Terbaik di Kuala Selangor
- Lihat Resort Popular di Kuala Selangor
- Lihat Aktiviti Terbaik di Kuala Selangor
- Lihat Peta Percutian di Kuala Selangor
Pin Mari kita lihat aktiviti dan tempat paling menarik di Kuala Selangor:
Bukit Melawati

Malawati Hill atau Bukit Malawati boleh dikatakan sebagai destinasi wajib jika ke Kuala Selangor. Destinasi yang sesuai untuk dilawati oleh seisi keluarga ini mempunyai pelbagai tarikan yang menanti anda.
Anda bukan sahaja boleh memberi makan monyet tetapi anda boleh mengetahui pelbagai sejarah yang menarik di tentang destinasi ini.

Antaranya sejarah Kediaman Pegawai Daerah Kuala Selangor, Rumah Api Kuala Selangor, Kubu Pertahanan, Makam Sultan dan Kerabat Diraja dan banyak lagi monumen bersejarah yang berada di sini.
Tambahan lagi, di sini turut menyediakan perkhidmatan keretapi untuk anda meronda satu kawasan.
- Lihat Penginapan | Lihat Tour | Lihat Peta | No 1, Puncak Bukit Melawati, 45000 Kuala Selangor, Selangor
Altingsburg Lighthouse

Altingsburg Lighthouse, juga dikenali sebagai Rumah Api Bukit Melawati, terletak di Kuala Selangor.
Dibina oleh Belanda pada abad ke-18, ia berfungsi sebagai panduan navigasi untuk kapal-kapal di Selat Melaka.
Rumah api ini menawarkan pemandangan panorama indah yang meliputi kawasan sekitarnya dan laut yang luas.
Pengunjung dapat menikmati sejarah serta keunikan senibina kolonialnya. Rumah api ini juga menjadi mercu tanda penting dalam sejarah maritim Malaysia.
- Lihat Peta | 86RV+FX Kuala Selangor, Selangor
Perigi Beracun

Perigi Beracun di Bukit Melawati, Kuala Selangor, adalah perigi bersejarah yang dikaitkan dengan kisah tragis dan misteri.
Pada zaman dahulu, perigi ini dikatakan digunakan untuk menghukum pesalah dengan merendam mereka dalam air yang dipercayai telah diracun.
Air perigi ini dicampur dengan getah pokok dan bahan beracun lain, menyebabkan kematian perlahan.
Kini, perigi ini menjadi tarikan pelancongan, mengingatkan pengunjung tentang sejarah kejam dan legasi pemerintahan yang keras di Selangor pada masa itu.
- Lihat Peta | 86RW+78 Kuala Selangor, Selangor
Kelip Kelip Kampung Kuantan

Kg Kuantan Fireflies: Jangan keliru dengan nama destinasi ini iaitu Kelip-kelip Kampung Kuantan, kerana kita masih berada di Kuala Selangor dan bukan di Kuantan, Pahang.
Kelip-kelip yang merupakan spesies ‘Pteroptyx tener’ ini merupakan serangga yang mengeluarkan cahaya di bahagian ekornya dan apabila di kawasan gelap ia seolah-olah lampu yang menerangi sekelilingnya.

Bagi menghayati keindahan alam ini anda boleh meredah sungai menggunakan perkhidmatan bot-bot kecil yang disediakan bagi memelihara habitat kelip-kelip.
Destinasi ini boleh dikunjungi seawal jam 7.30 malam hingga 10.30 mlam setiap hari. Anda juga boleh mengunjungi Taman Alam Kuala Selangor jika menyukai destinasi yang berkonsepkan keindahan alam sekitar.
- Lihat Penginapan | Lihat Tour | Lihat Peta | Kampung Kuantan, 45000 Bestari Jaya, Selangor
Taman Alam Kuala Selangor

Taman Alam Kuala Selangor adalah destinasi ekopelancongan yang menawarkan keindahan alam semula jadi dengan hutan paya bakau dan pelbagai spesis burung.
Ia merupakan syurga untuk penggemar alam dan fotografi, dengan peluang melihat burung helang, monyet ekor panjang, dan kelip-kelip.
Laluan pejalan kaki yang disediakan memudahkan pengunjung menjelajah hutan sambil menikmati suasana yang tenang.
Taman ini juga memainkan peranan penting dalam pemuliharaan ekosistem dan kesedaran alam sekitar.
- Lihat Penginapan | Lihat Peta | 9:00am – 6:00pm | Jalan Klinik, Taman Alam, 45000 Kuala Selangor, Selangor
Pantai Cermin

Sky Mirror atau nama lainnya adalah ‘’Salar de Uyuni Malaysia’’ merupakan sebuah keajaiban yang terdapat di Pekan Lama Kuala Selangor.
Destinasi fotografi ini mengenakan bayaran sebanyak RM80 untuk tambang bot, khidmat jurugambar dan bekalan makanan untuk anda.

Perjalanan bot selama 30 minit bermula apabila air laut mulai surut. Anda pasti berpuas hati dengan hasil gambar yang ditangkap oleh jurugambar tersebut. Satu lagi keajaiban yang patut anda lihat di Kuala Selangor adalah Blue Tears.
Destinasi yang berpunca daripada plankton marin yang mengeluarkan cahaya biru  kehijauan ini sesuai untuk dikunjungi pada waktu malam.
- Lihat Penginapan | Lihat Tour | Lihat Peta | Pasir Penambang No. 215, Jalan Besar PT2, Kuala Selangor, 45000
Memberi Makan Helang

Eagle Feeding: Dah berseronok melihat habitat kelip-kelip? Apakata sekarang anda melawat habitat burung helang pula.
Perjalanan menggunakan bot dari jeti di Pasir Penambang semestinya menjanjikan kenangan terindah bagi percutian anda kali ini.

Juru pandu bot akan memandu ke kawasan teluk di mana anda bakal melihat sekitar 30 hingga 40 ekor helang terbang mengelilingi ruang udara dan menanti makanan yang dibawa oleh pemandu pelancong.
Adegan memberi makan ini begitu menarik dan anda bakal terkesima melihat cara burung helang memperdayakan satu sama lain untuk mendapatkan makanan. Jadi bersiap sedialah dengan kamera anda untuk merakam detik yang berharga ini.
- Lihat Penginapan | Lihat Tour | Lihat Peta | No 1, Jalan Bagan Sungai Yu, Pasir Penambang, 45000 Kuala Selangor
Kota Tanjung Keramat

Kota Tanjung Keramat adalah sebuah kubu bersejarah yang terletak di Kuala Selangor.
Dibina pada abad ke-18 oleh Sultan Ibrahim, ia berfungsi sebagai benteng pertahanan semasa serangan musuh, khususnya Belanda dan Bugis. W
alaupun kini hanya tinggal runtuhan, kota ini tetap menjadi tarikan pelancongan penting kerana nilai sejarahnya.
Pemandangan dari kota ini menawarkan panorama indah Selat Melaka dan sekitarnya.
Ia juga melambangkan ketahanan dan kepentingan strategi pertahanan dalam sejarah Selangor.
- Lihat Peta | Jalan Tanjong Keramat, 45000 Kuala Selangor, Selangor
Kuala Selangor Mural Street Art

Kuala Selangor Mural Street Art adalah tarikan seni yang menghiasi dinding-dinding bangunan di sekitar pekan Kuala Selangor.
Mural-mural ini menggambarkan kehidupan tempatan, warisan budaya, dan sejarah kawasan ini dengan kreativiti yang memukau.
Setiap lukisan membawa cerita unik, menjadikan jalan-jalan ini galeri seni terbuka yang menarik perhatian pelancong.
Selain memperindah pekan, mural ini juga mempromosikan kesedaran budaya dan menghargai sejarah Kuala Selangor, menjadikannya destinasi popular untuk fotografi dan lawatan santai.
- Lihat Penginapan | Lihat Peta | 17, Jalan Raja Jalil, 45000 Kuala Selangor, Selangor
Sekinchan

Bagi anda yang mendiami kawasan kota, anda bakal teruja dengan destinasi yang satu ini! Sekinchan merupakan salah satu destinasi yang wajib anda kunjungi bagi merasai kehidupan di kawasan kampung yang damai.
Bukan sahaja boleh menikmati keindahan panorama sawah padi malah anda juga boleh bersantai di Kampung Nelayan Bagan.

Seterusnya pada waktu petang anda boleh menikmati angin pantai di Pantai Redang dan melawat Sekinchan Wishing Tree.
Pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan di Sekinchan seperti melawat Galeri Padi Sekinchan (Sekinchan Paddy Galery), Rumah Ah Ma, menikmati hidangan di N16 Cafe dan mencuba minuman Mango King.
- Lihat Penginapan | Lihat Tour | Lihat Peta | Jalan Main Canal, Tali Air 9, Sekincan, Pasir Panjang, Selangor
Pantai Remis

Pantai Remis merupakan salah satu tarikan persisiran pantai yang digemari oleh para pelancong dan penduduk setempat untuk menghirup udara segar.
Bukan sahaja dapat memberi ketenangan malah dapat melakukan pelbagai aktiviti santai seperti bermain layang-layang, memancing serta mencari hidupan laut bersama-sama ahli keluarga atau sahabat handai.

Destinasi ini turut menawarkan pelbagai gerai yang menyajikan makanan laut yang semestinya begitu segar untuk dinikmati!
Di sini juga merupakan antara ‘spot’ terbaik untuk melihat matahari terbenam.
- Lihat Penginapan | Lihat Peta | Kampung Dungun, 45600 Jeram, Selangor
Destinasi Makan Kuala Selangor

Bila syok berjalan kesana sini, perut pun mula bergelora minta diisi. Ayuh ke beberapa restoran yang terkenal dengan menu yang menarik di Kuala Selangor.
Mee Udang Banjir yang terletak di Jalan Kuala Selangor menyajikan pelbagai masakan panas, namun menu utama di restoran ini adalah mee udang yang murah tetapi tidak kedekut udang!

Untuk sarapan anda boleh mencuba Roti Canai Pelangi pelbagai perisa seperti perisa durian, epal dan strawberi di Warung Dimyati.
Kuala Selangor turut terkenal dengan makanan laut, jadi untuk menikmati kesedapannya anda boleh ke Restoran Aroma Ikan Bakar.
- Lihat Penginapan | Lihat Peta | Lot 2430 Batu 3 Kampung Sungai Yu 1, 45000 Kuala Selangor, Selangor
Taman Haiwan Hussin Fauzi

Hussin Fauzi Farm: Bagi yang bercuti bersama kanak-kanak anda bolehlah berkunjung ke Hussin Fauzi Farm yang terletak di Kampung Teluk Penyamun ini.
Selain melihat pelbagai haiwan, mereka boleh menunggang kuda, menangguk ikan, menaiki ATV dan memanah dengan bayaran yang begitu murah!

Menariknya tentang taman ini kerana bayaran yang dikenakan kepada pengunjung akan disalurkan kepada Ma’ahad Tahfiz Dar As-Thaqofah.
Destinasi ini beroperasi setiap hari iaitu seawal jam 10 pagi hingga 6 petang. Antara fasiliti yang disediakan adalah taman permainan, gerai makanan, surau dan tandas awam bagi memberi keselesaan kepada para pengunjung.
- Lihat Penginapan | Lihat Peta | Jalan Batu 45, Kampung Teluk Penyamun, 45600 Kuala Selangor, Selangor
Kuala Selangor Cabin Camp (KSCC)

Kuala Selangor Cabin Camp (KSCC) merupakan sebuah lokasi yang begitu menarik untuk dilawati kerana ia menawarkan keunikan, kelainan, keindahan dan keharmonian buat anda.
Tambahan pula ia sering menjadi pilihan untuk melakukan aktiviti lasak seperti memanah atau wall climbing.  Menariknya kerana ia mempunyai Kampung Pelangi yang berinspirasikan dari negara Korea, Taiwan dan Indonesia.

Di sini turut menawarkan pelbagai jenis penginapan seperti homestay, bustay, villastay, hobbitstay dan banyak lagi mengikut bilangan pengunjung.
Bagi anda yang ingin merasai pengalaman tinggal dalam suasana kampung, destinasi ini begitu tepat untuk anda kunjungi.
- Lihat Penginapan | Lihat Peta | Lot 4021, Jalan Rizab Zazuli, Kampung Bukit Hijau, 45800 Jeram, Selangor
Kuil Sri Shakti Dhevasthanam

Sri Shakti Devasthanam Temple: Kuil ini pada awalnya dikenali dengan nama Kuil Sri Maha Mariamman yang sudah dibina hampir seratus tahun dan mengalami pengubahsuaian mengikut peredaran masa.
Dikatakan proses pembinaannya menggunakan tenaga kerja yang mahir dari India dan berpandukan kitab kuno seperti Veda, Agamas dan Sirpa Sastras.

Menariknya lagi kerana kuil ini adalah satu-satunya kuil di dunia yang mempunyai semua elemen di 51 tempat yang dapat ditemui di satu tempat.
Ia turut mempunyai 96 tiang yang menyokong struktur kuil dan setiap tiang mewakili 96 falsafah (tatvas) agama Hindu. Bagi menyingkap sejarah kuil ini, anda bolehlah berkunjung ke sini.
- Lihat Penginapan | Lihat Peta | Jalan Kuala Selangor, Bukit Rotan, 45700 Bukit Rotan, Selangor
Fenomena “Blue Tears” Sungai Selangor
Tahukah anda, Kuala Selangor mempunyai fenomena alam luar biasa yang dipanggil “Blue Tears” atau Air Mata Biru?
Tarikan ekopelancongan terkini ini menawarkan pengalaman menaiki bot pada waktu malam menyelusuri perairan Sungai Selangor.
Anda pasti terpesona melihat cahaya biru bercahaya yang terhasil daripada plankton unik di permukaan air.
Fenomena ini sungguh memukau dan memberikan suasana romantis persis kisah dongeng.
Waktu terbaik berkunjung adalah ketika tiada bulan mengambang agar cahayanya lebih jelas.
Jangan lepaskan peluang merakam memori indah percutian anda bersama keluarga dan insan tersayang di lokasi viral ini!
-
Lokasi: Jeti Sky Mirror, Kuala Selangor
-
Anggaran Harga Tiket: RM40 – RM50 (Dewasa)
Balai Seni Sasaran / Sasaran Art Park
Bagi pencinta seni, Balai Seni Sasaran adalah destinasi wajib singgah yang semakin tular.
Terletak di Jeram, taman rekreasi dan seni ini menampilkan pelbagai karya arca, lukisan mural, serta instalasi seni hasil sentuhan artis tempatan dan antarabangsa.
Pameran di sini menggabungkan elemen kreativiti moden bersama budaya komuniti setempat.
Persekitarannya yang luas dan cantik sangat sesuai untuk pengunjung mengambil gambar OOTD.
Menariknya, inisiatif persatuan seni ini berjaya mempromosikan Kuala Selangor sebagai hab kesenian yang inovatif serta memberikan nafas segar dalam tarikan pelancongan budaya buat para pengunjung dari luar dan dalam negara.
-
Lokasi: Jalan Sasaran, Jeram, Kuala Selangor
-
Anggaran Harga Tiket: Masuk Percuma
Masjid Diraja Raja Lumu
Jika meminati pelancongan agama dan senibina, Masjid Diraja Raja Lumu merupakan tarikan viral yang wajib diziarahi.
Terletak berhampiran Bukit Melawati, masjid moden ini dinamakan sempena Sultan Selangor pertama.
Reka bentuknya sangat memukau, menampilkan pengaruh senibina ala Sepanyol dengan kubah tembaga gah serta tingkap kaca yang mempesona.
Suasana ruang dalaman amat tenang, luas, dan dilengkapi kemudahan mesra pengunjung untuk keselesaan beribadah.
Ramai pelancong gemar merakam gambar di sekitar pelataran masjid terutamanya pada waktu senja kerana keindahan landskap sekelilingnya yang memberikan kedamaian rohani luar biasa buat setiap individu yang bertandang.
-
Lokasi: Jalan Raja Lumu, Kuala Selangor
-
Anggaran Harga Tiket: Masuk Percuma
Restoran Aroma Ikan Bakar
Percutian tidak lengkap tanpa menjamu selera di Restoran Aroma Ikan Bakar yang sangat popular.
Destinasi makan-makan ini sentiasa tular di media sosial berkat lokasinya yang strategik tepat di pesisiran Pantai Jeram.
Anda boleh menikmati hidangan sambil merasai hembusan angin laut dan menyaksikan pemandangan matahari terbenam yang memukau.
Pelbagai pilihan makanan laut segar sedia menanti, daripada ikan bakar petai hinggalah ketam cili yang cukup menyelerakan.
Suasananya yang meriah dan santai menjadikannya pilihan utama seisi keluarga untuk berkumpul dan merakam detik gembira sambil memanjakan deria rasa dengan masakan tempatan terbaik.
-
Lokasi: Jalan Jati, Pantai Jeram, Kuala Selangor
Cendol Bakar Kampung Assam Jawa
Bagi peminat manisan, Cendol Bakar Kampung Assam Jawa merupakan port persinggahan tular yang wajib dicuba.
Jangan bimbang, cendol ini tidak dibakar; namanya diambil sempena pengasas keluarga ini!
Keistimewaan utamanya terletak pada curahan gula melaka wangi, dipadankan bersama santan segar dan ais sagat halus.
Pengunjung juga boleh menambah durian, pulut, atau jagung mengikut cita rasa.
Konsep pandu lalu dan ruang makan santai di sini amat memudahkan pelancong yang ingin menyegarkan badan selepas penat bersiar-siar.
Hidangan pencuci mulut legenda ini pasti memberikan kepuasan optimum pada setiap hirupan ketika cuaca panas terik.
-
Lokasi: Kampung Assam Jawa, Kuala Selangor
Firefly Park Resort, Bukit Belimbing
Selain Kampung Kuantan, Firefly Park Resort di Bukit Belimbing menawarkan alternatif ekopelancongan memukau untuk melihat kelip-kelip.
Kawasan ini amat teratur, menggunakan bot berkuasa elektrik yang senyap agar serangga sensitif ini tidak terganggu.
Menyusuri sungai pada waktu malam, anda berpeluang menyaksikan ribuan kelip-kelip berkerdipan megah di pokok berembang seolah-olah taburan bintang.
Pemandangan ajaib ini amat mendamaikan jiwa sesiapa sahaja.
Resort ini turut dilengkapi pelbagai kemudahan selesa seperti chalet penginapan dan restoran makanan laut, menjadikannya destinasi percutian pakej lengkap yang paling ideal buat keluarga yang inginkan ketenangan alam semula jadi yang eksklusif.
-
Lokasi: Jalan Haji Omar, Bukit Belimbing, Kuala Selangor
-
Anggaran Harga Tiket: RM15 – RM20 (Dewasa)
Route 5 Cafe, Jeram
Mewakili kategori kafe hipster masa kini, Route 5 Cafe di Jeram pasti memikat hati golongan muda.
Kafe estetik ini mengetengahkan reka bentuk berkonsepkan kontena perindustrian moden berserta sentuhan santai yang sangat unik.
Kedudukannya yang strategik menghadap lautan membolehkan pelanggan menghirup kopi premium sambil merenung panorama matahari terbenam yang cukup luar biasa.
Variasi menu di sini menampilkan hidangan pastri, kek viral, dan gabungan masakan gaya barat yang lazat.
Ruangnya yang cantik menjadikannya lokasi pertemuan idaman untuk mengambil gambar OOTD dan mencipta kenangan manis bersama rakan-rakan di hujung minggu.
-
Lokasi: Jalan Sungai Yu, Jeram, Kuala Selangor
Pasar Pasir Penambang
Untuk kategori pelancongan komuniti dan beli-belah, Pasar Pasir Penambang merupakan syurga idaman peminat hasil laut.
Pasar basah komersial ini sentiasa meriah dengan kedatangan pelancong yang mencari tangkapan laut segar terus dari jeti.
Anda berpeluang membeli udang, ketam, sotong, dan pelbagai spesies ikan pada harga borong berpatutan.
Selain itu, deretan kedai di sini turut mempromosikan variasi produk kering buatan tempatan seperti keropok lekor, ikan masin, belacan, serta udang kering berkualiti tinggi.
Tempat ini sememangnya lokasi persinggahan wajib untuk anda memborong buah tangan berbaloi sebelum berangkat pulang ke destinasi masing-masing.
-
Lokasi: Pasir Penambang, Kuala Selangor
Pantai Jeram
Walaupun Pantai Remis popular, Pantai Jeram juga sebuah destinasi rekreasi alam semula jadi yang viral masa kini.
Kawasan pantai ini lapang, terjaga rapi, dan dihiasi susunan batuan cantik yang melunjur ke arah laut.
Ia pantas menjadi tumpuan keluarga untuk aktiviti riadah santai seperti berkelah, bermain layang-layang, atau sekadar menikmati bayu petang yang menyegarkan.
Sambil berjalan-jalan, anda boleh menikmati jualan snek di gerai tepi pantai yang menawarkan pelbagai makanan jalanan tempatan seperti cucur udang dan keropok lekor panas.
Persekitaran harmoni ini mencipta momen percutian ringkas namun cukup bermakna buat semua peringkat umur.
-
Lokasi: Pantai Jeram, Kuala Selangor
-
Anggaran Harga Tiket: Masuk Percuma
Nasi Ambeng D’Rebung
Sebagai penutup percutian, cubalah menyelami kekayaan warisan hidangan Jawa di restoran Nasi Ambeng D’Rebung.
Lokasi tular ini amat terkenal dengan penyediaan set Nasi Ambeng asli yang lazat di Kuala Selangor.
Mengikut tradisi, satu hidangan besar disajikan dalam dulang, merangkumi nasi putih, ayam masak kicap, mee goreng, serunding kelapa, dan sambal goreng istimewa.
Pengalaman menjamu selera secara beramai-ramai gaya kampung ini pasti mengeratkan silaturahim antara keluarga.
Porsi makanannya yang sungguh lumayan, dipadukan bersama aroma rempah-ratus tradisional, pastinya membuatkan setiap suapan terasa amat berbaloi dan menyuntik rindu untuk kembali lagi.
-
Lokasi: Benteng Pekan Lama, Kuala Selangor
-
Anggaran Harga Tiket: RM10 – RM15 (Satu set hidangan Nasi Ambeng)



Assalamualaikum…saya bercadang ingin bercuti ke pulau Tioman pada 28/11 nie…ad x pakej untuk family…2 dewasa..1 kanak2 3y…1 kanak2 1y
Waalaikumusalam. Ya ada Cik Niza. Pakej family kami sediakan juga.
Salam. Kalau kita dh ambil pakej panuba, boat transfer dkt kg air btg tu kena byr lg ke? Or bur ferry je?
Ada pakej yang dah termasuk boat transfer cik Ain. Bergantung keperluan cik samada ingin menaiki bot atau feri. Boleh hubungi kami untuk cadangan yang paling sesuai.