fbpx
Melancong.my
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
PAKEJ TERKINI
LANGGAN PERCUMA
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Singapore
  • Indonesia
  • Thailand
  • Vietnam
  • China
  • Jepun
  • Korea
  • Lagi
    • Cambodia
    • India
    • Balkan
    • Australia
    • Turki
    • Uzbekistan
    • Maldives
    • Filipina
    • Perancis
    • Switzerland
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Singapore
  • Indonesia
  • Thailand
  • Vietnam
  • China
  • Jepun
  • Korea
  • Lagi
    • Cambodia
    • India
    • Balkan
    • Australia
    • Turki
    • Uzbekistan
    • Maldives
    • Filipina
    • Perancis
    • Switzerland
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
Melancong.my
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
Promosi Terhad Promosi Terhad Promosi Terhad
Halaman Malaysia Pakej Selangor

10 Aktiviti & Tempat Menarik di Bangi Paling Popular

Hadi Ghazali Oleh: Hadi Ghazali
6 Oktober, 2022
Kategori: Pakej Selangor
Masa Bacaan: 2 mins read
177 2
A A
0
tempat-menarik-di-bangi-Mohd-Shafeq

Imej oleh: Mohd Shafeq

21.1k
VIEWS
FacebookTwitterPin
IKLAN / ADVERTISEMENT

 

Apakah tempat menarik di Bangi yang popular ketika ini? Apa pula aktiviti menyeronokkan boleh dilakukan di Bandar Baru Bangi?

Tersepit di antara pekan Negeri Sembilan dan Kajang, Bangi dahulunya adalah sebuah pekan kecil yang diselimuti ladang kelapa sawit dan perkampungan Melayu.

Tidak disentuh oleh perindustrian, bandar ini masih mengekalkan keindahannya. Dengan populasi yang kecil, tempat ini sesuai untuk berehat sebentar dari lelah kota.

10 Aktiviti & Tempat Menarik di Bangi Paling Popular 1

IKLAN / ADVERTISEMENT

Sudah pasti ia terkenal dengan pelbagai tempat makan yang menyelerakan boleh ditemukan di Bangi. Akibat dari itu, Bangi menjadi semakin popular.

Bangi kini sudah lengkap dengan aktiviti riadah, tidak juga ketinggalan dengan pusat membeli-belah.

Pendek kata kini Bangi menyediakan anda tempat-tempat menarik dan aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan untuk bercuti.

bandar-baru-bangi-kayven-goh
Bandar Baru Bangi | Imej oleh: Kayven Goh
  • Lihat Penginapan Terbaik di Bangi
  • Lihat Aktiviti Menarik di Bangi
  • Lihat Peta Percutian di Bangi

Pin

  • 1 Bangi Wonderland
  • 2 D Virtual Park
  • 3 Taman Tasik Cempaka
  • 4 Resort Golf Bangi
  • 5 Bangi Sentral
  • 6 Mee Tarik Warisan Asli Bangi
  • 7 Taman Botani Bangi
  • 8 Istana Puteri Bongsu
  • 9 Pusat Kebudayaan UKM
  • 10 Kilang Coklat Beryl’s
Mari kita lihat 10 aktiviti popular anda boleh lakukan di Bangi.


Bangi Wonderland

Bangi-Wonderland
Bangi Wonderland

Bangi Wonderland yang berkeluasan 12 ekar ini menawarkan 14 permainan yang menyeronokkan buat para pengunjungnya.

Taman tema yang sesuai untuk semua peringkat usia ini terkenal dengan gelongsor air seperti Anaconda Trail, Spiralax, Magic Funnel, Boomeriang dan banyak lagi.

Bangi-Wonderland-Taman-Tema
Taman Tema Bangi Wonderland

Keunikan di sini adalah tarikan Water Cannon yang bakal membawa anda terbang melayang ke udara sebelum jatuh ke dalam kolamnya yang begitu seronok!

Pelbagai pilihan permainan mengikut tahap cabaran yang boleh anda cuba di sini.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 11:00am – 6:00pm | 2, Persiaran Bangi Avenue, Bangi Avenue, 43000 Kajang, Selangor

D Virtual Park

D-Virtual-Park-Shahril-Nor
D Virtual Park | Imej oleh: Shahril Nor

Ingin berseronok tetapi tidak mahu berada di bawah terik mentari? Anda boleh kunjungi D Virtual Park yang terletak di dalam Evo Mall.

Peminat permainan video pasti berpuas hati dengan destinasi ini yang mempunyai 8 Virtual Reality (VR) dan 1 Alternate Reality (AR) untuk setiap permainannya.

Permainan-VR-D-Virtual-Park-Raudah-Mohd-Yunus
Permainan VR D Virtua Park | Imej oleh: Raudah Mohd Yunus

Destinasi ini merupakan yang pertama di Semenanjung Malaysia yang menggunakan ciri teater hologram untuk permainan video.

Ruang dalamannya yang diterangi dengan cahaya neon membuatkan anda seperti berada di dalam dunia maya.

10 Aktiviti & Tempat Menarik di Bangi Paling Popular 2

IKLAN / ADVERTISEMENT

  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 10:00am – 10:00pm | Jln Medan Pusat 2d, Seksyen 9 Bandar Baru Bangi, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

Taman Tasik Cempaka

Taman-Tasik-Cempaka-Hellmyz-Myzan
Taman Tasik Cempaka | Imej oleh: Hellmyz Myzan

Dah seronok bersuka-ria di taman tema dan pusat permainan video, apakata sekarang anda bersantai atau beriadah di Tasik Cempaka pula.

Tasik Cempaka merupakan taman rekreasi yang terkenal dalam kalangan penduduk Bangi, majoriti penduduknya ke sini pada waktu petang atau hujung minggu untuk meluangkan waktu bersama-sama ahli keluarga.

Pemandangan-di-Taman-Tasik-Cempaka-Ajmr
Pemandangan di Taman Tasik Cempaka | Imej oleh: Ajmr

Antara aktiviti yang sesuai di sini adalah berbasikal, bermain layang-layang, joging, bermain bola sepak atau melakukan aktiviti senaman.

Anda bolehlah membawa jajan untuk dinikmati di tepi tasik sambil melihat ikan-ikan.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 10:00am – 10:00pm | 5, Jalan 1/7d, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

Resort Golf Bangi

Bangi-Golf-Resort
Bangi Golf Resort

Resort Golf Bangi ini begitu istimewa kerana ia direka oleh Ronald Fream iaitu pereka padang golf yang terbaik di dunia!

10 Aktiviti & Tempat Menarik di Bangi Paling Popular 3

IKLAN / ADVERTISEMENT

Padang Golf yang beroperasi sejak tahun1994 ini mempunyai 36 lubang golf dan dibuka setiap hari kepada orang ramai.

Bangi-Golf-Resort-CT-Masyitah
Bangi Golf Resort | Imej oleh: CT Masyitah

Anda boleh menyewa peralatan golf di sini jika ingin mencuba bakat bermain golf! Selain bermain golf, di sini turut terdapat kemudahan lain seperti restoran, spa, kolam renang dan gelanggang tennis.

Kehijauan padang golf dan lanskap yang terurus pasti menyegarkan pandangan anda.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 7:00am – 5:00pm | 1, Persiaran Bandar, Seksyen 1, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

Bangi Sentral

Leeyanarahman-Bangi-Sentral-Ahmad-Taqiyyuddin
Leeyanarahman Bangi Sentral | Imej oleh: Ahmad Taqiyyuddin

Jika di Kuala Lumpur terkenal dengan Jalan Tar sebagai lokasi untuk membeli pelbagai pakaian, di Bangi ini pula terdapat Bangi Sentral yang menawarkan tarikan yang sedemikian.

Bangi Sentral diibaratkan sebagai syurga pakaian bagi kaum wanita kerana terdapat pelbagai butik berjenama tempatan yang berpusat di sini.

Bangi-Sentral-menjadi-tempat-membeli-belah-paling-popular-Azzafrul-Amin
Bangi Sentral menjadi tempat membeli belah paling popular | Imej oleh: Azzafrul Amin

Antara butik terkenal di sini adalah Leeyanarahman, Minaz, Rico Rinaldi dan banyak lagi.

Jadi tidak hairanlah jika kawasan ini sentiasa sesak dan agak sukar untuk mendapatkan parking terutamanya pada musim cuti sekolah atau jualan akhir tahun!


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

Mee Tarik Warisan Asli Bangi

Mee-Tarik-Warisan-Asli-Puteri-Anniesa
Mee Tarik Warisan Asli | Imej oleh: Puteri Anniesa

Alang-alang dah berada di kawasan Bangi Sentral, apakata singgah menikmati hidangan di Mee Tarik Warisan Asli Bangi.

Restoran ini cukup terkenal di Bangi dan diusahakan oleh seorang Cina Muslim dengan menawarkan mee tarik sebagai menu istimewanya.

Mee-Tarik-Warisan-Asli-Maryam-Sahir
Mee Tarik Warisan Asli | Imej oleh: Maryam Sahir

Keistimewaan mee tariknya yang begitu segar dan kenyal menjadikan ia berbeza daripada mee kuning biasa.

Anda boleh menikmati hidangan ini sama ada bersup atau bergoreng. Sambil menunggu kaum wanita membeli-belah apa


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 11:00am – 11:00pm | 50 38, Jalan Medan Pusat 2c, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

Taman Botani Bangi

Taman-Botani-Bangi-UKM-Faizal-Abdullah
Taman Botani Bangi UKM | Imej oleh: Faizal Abdullah

Taman Botani Bangi ini lebih dikenali dengan nama Taman Paku Pakis UKM ekoran lokasinya yang berada di dalam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Lokasi ekopelancongan ini turut mempunyai Taman Herba UKM, Hutan Simpan Kekal UKM dan Kompleks Rumah Tumbuhan UKM.

Botani-Bangi-UKM-Muhammad-Hisyam-Saha
Botani Bangi UKM | Imej oleh: Muhammad Hisyam Saha

Di sini menempatkan lebih kurang 200 spesies paku-pakis dan pokok yang berusia lebih 100 tahun seperti rengas dan meranti.

Selain dijadikan sebagai tarikan pelancongan, taman ini turut beroperasi sebagai tempat penyelidikan, nurseri, pusat rujukan serta pusat rekreasi.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | UKM, Jabatan Sains Biologi dan Bioteknologi Fakulti Sains dan Teknologi Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor

Istana Puteri Bongsu

Istana-Puteri-Bongsu-Alan-Seah
Istana Puteri Bongsu | Imej oleh: Alan Seah

Binaan istana lama yang terletak di Taman Pantun, UKM ini turut menarik untuk dilawati kerana mempunyai nilai sejarah yang tersendiri.

Istana Puteri Bongsu ini dikatakan pada asalnya terletak di Kota Bharu, bagi mengetahui kesahihannya anda perlulah ke sini.

Istana-Puteri-Bongsu-Alan-Seah-2
Istana Puteri Bongsu | Imej oleh: Alan Seah

Binaan istana ini cukup mempersona dengan menggunakan 3 jenis motif ukiran daripada motif Melayu, Cina dan India yang memberi simbolik kepada perpaduan kaum.

Istana yang berusia lebih 100 tahun ini mempunyai 50 buah tiang dan dindingnya dihiasi dengan tulisan-tulisan khat yang begitu berseni.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | Jalan Tun Ismail Ali, 43600 Bangi, Selangor

Pusat Kebudayaan UKM

Persembahan-di-Pusat-Kebudayaan-UKM-Abd-Raai-Osman
Persembahan di Pusat Kebudayaan UKM | Imej oleh: Abd Raai Osman

Dah menjelajah kawasan Taman Paku Pakis UKM dan Istana Puteri Bongsu? Jom singgah menghayati seni budaya di Pusat Kebudayaan UKM pula.

Pusat Kebudayaan yang mampu memuatkan lebih 600 orang pada satu masa ini sering menyajikan persembahan seni seperti muzik tradisional, tarian tradisional dan teater.

Persembahan-Kebudayaan-di-UKM-Riskiyanto-Bahrul
Persembahan-Kebudayaan di UKM | Imej oleh: Riskiyanto Bahrul

Pusat kebudayaan ini sering mengadakan aktiviti kebudayaan yang melibatkan peringkat antarabangsa seperti menjadi tuan rumah bagi Hari Antarabudaya yang melibatkan pelajar dari negara luar seperti Jordan, India, Nigeria, Pakistan dan lain-lain.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 8:00am – 5:00pm | Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR), 43600 Bangi, Selangor

Kilang Coklat Beryl’s

Beryls-Chocolate-and-Confectionery-Sdn-Bhd-Ahmed-Obeid
Beryls Chocolate and Confectionery Sdn Bhd | Imej oleh: Ahmed Obeid

Untuk pengetahuan anda, di Bandar Baru Bangi turut terdapat sebuah kilang coklat terkenal untuk anda lawati.

Jadi sebelum menamatkan percutian anda di sini, jom singgah memborong coklat di Kilang Coklat Beryl’s terlebih dahulu.

Beryls-Chocolate-and-Confectionery-Sdn-Bhd-Along-LE
Beryls Chocolate and Confectionery Sdn Bhd | Imej oleh: Along LE

Kilang Coklat Beryl’s telah bertapak di membuka kilang pertamanya di Desa Serdang, Kuala Lumpur pada tahun 1995 dan mula mengembangkan perniagaannya.

Di sini anda boleh melihat cara coklat jenama Beryl’s ini diproses dan dipaketkan sebelum dijual kepada orang ramai.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 8:30am – 5:30pm | 8, Jalan 9/1, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

Bersambung…

Tags: bangi hotelmee tarik warisan asli bangitempat menarik di ukm
blank

blank
IKLAN / ADVERTISEMENT
Hadi Ghazali

Hadi Ghazali

Meminati dunia pelancongan sejak kecil lagi. Seorang konsultan pelancongan berpengalaman, Follow Hadi di Facebook. Ketahui selanjutnya tentang kami. Dapatkan pakej percutian di Melancong.my. Sertai Group Saya Kaki Melancong!

Artikel+ Bersambung

tempat-menarik-di-selangor-ANMWFNV
Pakej Selangor

15 Aktiviti & Tempat Paling Menarik di Selangor [TERKINI]

  Senarai tempat menarik di Selangor: Selangor terletak di pantai barat Semenanjung Malaysia dan mengelilingi wilayah persekutuan Kuala Lumpur dan...

Oleh: Hadi Ghazali
28 Mei, 2023
22.2k
Bukit Jelutong Eco Community
Pakej Selangor

8 Aktiviti Menarik di Bukit Jelutong Eco Community Park

  Apa aktiviti dan tempat menarik di Bukit Jelutong Eco Community Park tawarkan? Shah Alam yang digelar sebagai Bandaraya Anggerik...

Oleh: Hadi Ghazali
19 Februari, 2023
5.6k
Selanjutnya
0 0 votes
Penilaian Artikel
Langgan
Maklumkan saya
guest
guest
0 Komen
Inline Feedbacks
View all comments

TREND PAKEJ | PROMOSI TERKINI

Pakej Scandinavia

REKOMEN

tempat-menarik-di-yan-kedah

10 Aktiviti & Tempat Menarik di Yan Kedah Paling Popular

5 September, 2023
23k
tempat-menarik-di-hatyai-songkhla-thailand-nithit-teeraworawit

10 Tempat Menarik di Hatyai Songkhla Thailand

8 Jun, 2023
51.3k
tempat-menarik-di-teluk-intan-nor-khaliza-mat-yunus-unsplash

10 Aktiviti & Tempat Menarik di Teluk Intan

24 Ogos, 2023
15.5k
Kepentingan-Sektor-Pelancongan-Kepada-Malaysia

Kepentingan Sektor Pelancongan Kepada Malaysia

12 Julai, 2023
18.3k
tempat-menarik-di-janda-baik

10 Aktiviti & Tempat Menarik di Janda Baik [PALING POPULAR]

28 Mac, 2023
47.6k
halal hatyai trip

Halal Hatyai Trip: Pengalaman Percutian Hat Yai 4 Hari 3 Malam

8 Jun, 2023
25.3k
Selanjutnya
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan

Pakej-Uzbek-Final-Call-2023

hotel promo hotel promo hotel promo
IKLAN / ADVERTISEMENT
  • Langgan
  • Tentang Kami
  • Polisi
  • Terma dan Syarat
  • Hubungi Kami

© 2023 Melancong.my - Powered by Hasrul & Co.

Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Indonesia
  • Singapore
  • Thailand
  • Vietnam
  • Cambodia
  • China
  • Korea
  • Jepun
  • Australia
  • India
  • Turki
  • Balkan
  • Uzbekistan
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami

© 2023 Melancong.my - Powered by Hasrul & Co.

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
wpDiscuz
0
0
Ingin sertai perbincangan? Sila komen.x
()
x
| Balas