fbpx
Melancong.my
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
PAKEJ TERKINI
LANGGAN PERCUMA
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Singapore
  • Indonesia
  • Thailand
  • Vietnam
  • China
  • Jepun
  • Korea
  • Lagi
    • Cambodia
    • India
    • Balkan
    • Australia
    • Turki
    • Uzbekistan
    • Maldives
    • Filipina
    • Perancis
    • Switzerland
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Singapore
  • Indonesia
  • Thailand
  • Vietnam
  • China
  • Jepun
  • Korea
  • Lagi
    • Cambodia
    • India
    • Balkan
    • Australia
    • Turki
    • Uzbekistan
    • Maldives
    • Filipina
    • Perancis
    • Switzerland
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
Melancong.my
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
Promosi Terhad Promosi Terhad Promosi Terhad
Halaman Malaysia Pakej Selangor

10 Aktiviti & Tempat Menarik di Sekinchan [POPULAR]

Hadi Ghazali Oleh: Hadi Ghazali
13 Oktober, 2022
Kategori: Pakej Selangor
Masa Bacaan: 2 mins read
189 3
A A
2
tempat-menarik-di-sekinchan-nazarizal-mohammad

Imej oleh: Nazarizal Mohammad

12.1k
VIEWS
FacebookTwitterPin
IKLAN / ADVERTISEMENT

 

Apakah tempat menarik di Sekinchan? Adakah Sekinchan berbaloi untuk dikunjungi? Apakah keunikan Sekinchan?

Terletak di daerah Sabak Bernam di Selangor, Sekinchan adalah sebuah perkampungan nelayan yang tenang terletak dalam jarak 1.5 jam pemanduan yang mudah dari Kuala Lumpur.

Terkenal dengan makanan lautnya yang segar, sawah padi yang subur dan suasana santai, tidak hairanlah Sekinchan telah menjamin kedudukannya sebagai destinasi lawatan sehari yang popular untuk penduduk bandar Klang malahan mereka yang dari selatan atau utara, untuk singgah dan bersantai di Sekinchan.

10 Aktiviti & Tempat Menarik di Sekinchan [POPULAR] 1

IKLAN / ADVERTISEMENT

Bulan-bulan terbaik untuk melawat Sekinchan untuk melihat padang hijau adalah pada bulan Mac, April, September dan Oktober apabila cuaca baik dan ketika sawah padi berhamparan hijau yang tidak berkesudahan!

Pekan ini juga boleh dicapai melalui bas, tetapi perjalanan mengambil masa sehingga 4 jam dan termasuk transit di antaranya. Yang terbaik dan cara termudah dan terpantas untuk ke Sekinchan adalah dengan menaiki kereta 100 KM dari Kuala Lumpur.

  • Lihat Penginapan Terbaik di Sekinchan
  • Lihat Aktiviti Menarik di Sekinchan
  • Lihat Peta Percutian di Sekinchan

Pin

  • 1 Pantai Redang Sekinchan
  • 2 Galeri Padi Sekinchan
  • 3 Sekinchan Paddy Fields
  • 4 Ah Ma House
  • 5 Organic Lemon Myrtle Plantations
  • 6 MSekin Wonderland
  • 7 Mango King
  • 8 Sekinchan Coconut Farm
  • 9 16 Bus Cafe Sekinchan
  • 10 AZR Mentarang Fresh Sekinchan
Jadi, apa yang menarik ada di Sekinchan ini? Dalam artikel ini saya senaraikan 10 aktiviti dan tempat menarik di Sekinchan.


Pantai Redang Sekinchan

Pantai-Redang-Sekinchan-Alex-Ng
Pantai Redang Sekinchan | Imej oleh: Alex Ng

Pantai Redang Sekinchan ini dianggap sebagai destinasi tersorok yang jarang diketahui oleh orang luar dan hanya sering dikunjungi oleh warga setempat pada hujung minggu.

Pantai yang berjarak sekitar satu jam setengah dari pusat bandar Kuala Lumpur ini cukup mudah untuk diakses.

Matahari-terbenam-di-Pantai-Redang-Sekinchan-Rezwan
Matahari terbenam di Pantai Redang Sekinchan | Imej oleh: Rezwan

Di sini sekitar kawasan pantai ini anda boleh melihat perkampungan nelayan yang dipelopori oleh kaum Cina.

Antara tarikan popular di sini adalah Wishing Tree dan Tree House. Wishing Tree begitu merupakan salah satu kepercayaan kaum Cina.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 25, Jalan Jpt, 45400 Sekinchan, Selangor

Galeri Padi Sekinchan

Galeri-Padi-Sekinchan-Yousoff-Effendy
Galeri Padi Sekinchan | Imej oleh: Yousoff Effendy

Pekan kecil ini merupakan antara salah sebuah pengeluar beras yang terbesar di Malaysia. Menariknya lagi kerana ia turut memegang rekod sebagai pengeluar beras tertinggi bagi setiap ekar!

Apabila berkunjung ke Sekinchan anda bakal dijamu dengan 90% pemandangan sawah padi yang begitu cantik.

Pameran-di-Galeri-Padi-Kayattiri-Anthony
Pameran di Galeri Padi | Imej oleh: Kayattiri Anthony

Untuk mengetahui dengan lebih mendalam tentang cara padi diproses anda boleh mengunjungi Galeri Padi Sekinchan.

Anda boleh menikmati menu istimewa di sini iaitu cendol beras perang.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 9:00am – 5:30pm | Lot No, Ban 2, 9990, Jalan Tali Air 5, 45400 Sekinchan, Selangor

Sekinchan Paddy Fields

Sekinchan-Paddy-Fields-Bryan-Oli
Sekinchan Paddy Fields | Imej oleh: Bryan Oli

Jika sebentar tadi anda telah mempelajari pelbagai ilmu tentang padi, jom bersiar-siar di kawasan sawah padi pula! Sekinchan Paddy Fields merupakan destinasi wajid setiap pelancong yang berkunjung ke Sekinchan.

10 Aktiviti & Tempat Menarik di Sekinchan [POPULAR] 2

IKLAN / ADVERTISEMENT

Anda pasti terpukau dengan pemandangan sawah padi yang menghijau.

Pemandangan-sawah-padi-berhampiran-Galeri-Padi-Cikttie-RR
Pemandangan sawah padi berhampiran Galeri Padi | Imej oleh: Cikttie RR

Di sini anda bakal melihat orang ramai sibuk bergaya untuk merakamkan memori.

Mengikut ahli fotografi, waktu yang terbaik untuk bergambar di sini adalah pada waktu awal pagi dan lewat petang.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | Jalan Parit 6, 45400 Sekinchan, Selangor

Ah Ma House

Kuih-Kapit-Ah-Mah
Kuih Kapit Ah Ma

Lokasi seterusnya berkonsepkan rumah tradisional yang bakal mengimbau masa silam anda, bagi generasi muda anda bolehlah melihat ciri-ciri rumah tradisional di sini.

Ah Ma House merupakan ruang pameran yang mempunyai koleksi barangan klasik.

10 Aktiviti & Tempat Menarik di Sekinchan [POPULAR] 3

IKLAN / ADVERTISEMENT
Nostalgia-dapur-tradisional-Ah-Mah
Nostalgia dapur tradisional Ah Ma

Antaranya televisyen, radio, perabot dan lain-lain. Di samping mempamer barangan klasik, Ah Ma House turut beroperasi sebagai bakeri yang menyajikan hidangan kuih kapit serta makanan tradisional yang lain.

Menariknya lagi anda turut boleh membeli beberapa barangan kraftangan sebagai cenderamata!


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 10:00am-6:00pm | Lot 10376, Jalan Tali Air 5, Pekan Sekinchan, 45400 Sekinchan, Selangor

Organic Lemon Myrtle Plantations

Organic Lemon Myrtle Plantations
Organic Lemon Myrtle Plantations

Jika dah puas menjelajah kawasan sawah padi, bolehlah singgah ke ladang lemon pula. Sekinchan merupakan kebun Lemon Myrtle yang pertama ditubuhkan di luar Australia yang mula diusahakan pada tahun 2010.

Proses penuaiannya bermula 9 bulan selepas menanam.

Ladang Lemon Myrtle Organik
Ladang Lemon Myrtle Organik

Hasil tanaman ini akan dijadikan sebagai minyak pati yang boleh digunakan dalam pelbagai bentuk seperti sabun, losyen, pelembap bibir, ubat gigi dan syampu.

Selain itu ia boleh diproses kering untuk kegunaan teh dan hidangan masakan. Anda boleh berkunjung ke ladang lemon ini untuk melihat cara penanamannya hinggalah cara ia diproses untuk kegunaan tersebut.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 45400 Sekinchan, Selangor

MSekin Wonderland

Msekin-Wonderland-Muhd-Nor-A
Msekin Wonderland | Imej oleh: Muhd Nor A

Antara tarikan terbaru di Sekinchan adalah taman tema airnya yang terletak berhampiran dengan Pantai Redang Sekinchan.

MSekin Wonderland merupakan taman tema air kanak-kanak yang pertama beroperasi di sini! Taman tema yang dikhususkan buat kanak-kanak ini mempunyai 10 jenis kolam yang dilengkapi dengan gelongsor, air pancut dan aktiviti menarik.

Msekin-Wonderland-Fun-Fair-Auni-Afiqah
Msekin Wonderland Fun Fair | Imej oleh: Auni Afiqah

Antara tarikan lain yang disediakan adalah permainan basikal elektrik, ATV dan karnival permainan di waktu malam.

Taman tema yang beroperasi setiap hari ini turut menawarkan harga pakej keluarga yang lebih jimat buat anda.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 10:00am – 8:00pm | No 358, Jalan Pantai Redang, Bagan Sekinchan, 45400 Sekinchan, Selangor

Mango King

Gerai-di-bawah-pokok-mangga-Cindy
Gerai di bawah pokok mangga | Imej oleh: Cindy

Selain terkenal sebagai lubuk pengeluaran beras, Sekinchan turut mempunyai buah mangga yang wajib untuk anda nikmati.

Lokasi Mango King ini merupakan sebuah rumah yang mana bahagian hadapannya dijadikan kawasan runcit pernigaan kecil-kecilan yang menjual buah mangga, jambu batu, nangka, markisa, keropok udang, ais mangga dan rojak buah.

Mango-King-KW-Yap
Jus mangga segar Mango King | Imej oleh: KW Yap

Jika ke sini tidak lengkap sekiranya anda tidak merasai kemanisan buah mangga dan aisnya yang begitu menyegarkan.

Lokasi ini dibuka setiap hari pada jam 9 pagi hingga 6 petang.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 9:00am – 6:00pm | 248, Lorong Empat, 45400 Sekinchan, Selangor

Sekinchan Coconut Farm

Sekinchan-Coconut-Farm-Kuang-Wah-Goh
Sekinchan Coconut Farm | Imej oleh: Kuang Wah Goh

Sekinchan Coconut Farm yang terletak di Jalan Tali Air 4 ini merupakan sebuah kawasan ladang kelapa yang boleh untuk anda lawati.

Di sini bukanlah ladang kelapa semata-mata, tetapi ia mempunyai beberapa gerai makanan dan minuman yang diusahakan oleh penduduk tempatan. Anda boleh mengajak ahli keluarga untuk menikmati air kelapa asli, coconut shake dan makanan ringgan di sini.

Gerai-jualan-di-Sekinchan-Coconut-Farm-Vinoth
Gerai jualan di Sekinchan Coconut Farm | Imej oleh: Vinoth

Lokasi ini dipenuhi orang ramai pada waktu petang untuk menikmati minum petang sambil menikmati permandangan yang menenangkan.

Namun begitu, gerai di sini hanya beroperasi pada hari sabtu dan ahad sahaja.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 10:00am – 5:00pm | Jalan Tali Air 4, 45400 Sekinchan, Selangor

16 Bus Cafe Sekinchan

16-Bus-Cafe-Sekinchan
16 Bus Cafe Sekinchan

Nama yang begitu unik pasti membuat anda tertanya tentang lokasi yang satu ini. N.16 Bus Cafe Sekinchan merupakan sebuah kafe ‘rustic’ yang beroperasi dalam sebuah bas lama!

Kafe dua tingkat ini terletak ditengah-tengah sawah padi yang turut mempunyai ruang menjamu selera di bahagian dalamnya.

16-Bus-Cafe-Sekinchan-Menu
Menu 16 Bus Cafe Sekinchan

Anda boleh menikmati hidangan chicken chop, pasta, ayam goreng korea dan pencuci mulut.

Menariknya lagi mereka turut mempunyai pilihan kopi yang dibancuh sendiri iaitu Honey Citron Tea, Honey Lemon Pea Flower, Rosemary Green Tea, Iced White Coffee dan Iced Black Coffee.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 11:00am – 7:00pm | jalan tali air 4 sekinchan, 45400 Tanjong Karang, Selangor

AZR Mentarang Fresh Sekinchan

AZR-Mentarang-Fresh-Sekinchan-Izzati-Nadhirah
AZR Mentarang Fresh Sekinchan | Imej oleh: Izzati Nadhirah

Pasti tidak semua tahu tentang kewujudan mentarang, malah tidak pernah menikmati hidangan berasaskan mentarang ini.

Mentarang merupakan salah satu haiwan laut yang begitu terkenal di Sekinchan.

Menu-menyelerakan-di-AZR-Mentarang-Fresh-Sekinchan-Yatt-Shr
Menu menyelerakan di-AZR Mentarang Fresh Sekinchan | Imej oleh: Yatt Shr

Di restoran ini anda boleh mencuba menu mentarang mengikut pilihan masakan seperti bakar, masak lemak, masak tiga rasa dan lain-lain.

Anda juga boleh menikmati hidangan mentarang dan makanan laut yang segar di Warung Amai Mentarang.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 11:00am – 7:00pm | Lot 8659C, Jalan Parit 8, Kampung Sungai Leman, 45400 Sekinchan, Selangor

Bersambung…

Tags: chalet di sekinchanhomestay menarik di sekinchanpenginapan di sekinchantempat makan di sekinchan
blank

blank
IKLAN / ADVERTISEMENT
Hadi Ghazali

Hadi Ghazali

Meminati dunia pelancongan sejak kecil lagi. Seorang konsultan pelancongan berpengalaman, Follow Hadi di Facebook. Ketahui selanjutnya tentang kami. Dapatkan pakej percutian di Melancong.my. Sertai Group Saya Kaki Melancong!

Artikel+ Bersambung

tempat-menarik-di-selangor-ANMWFNV
Pakej Selangor

15 Aktiviti & Tempat Paling Menarik di Selangor [TERKINI]

  Senarai tempat menarik di Selangor: Selangor terletak di pantai barat Semenanjung Malaysia dan mengelilingi wilayah persekutuan Kuala Lumpur dan...

Oleh: Hadi Ghazali
28 Mei, 2023
22.2k
Bukit Jelutong Eco Community
Pakej Selangor

8 Aktiviti Menarik di Bukit Jelutong Eco Community Park

  Apa aktiviti dan tempat menarik di Bukit Jelutong Eco Community Park tawarkan? Shah Alam yang digelar sebagai Bandaraya Anggerik...

Oleh: Hadi Ghazali
19 Februari, 2023
5.6k
Selanjutnya
0 0 votes
Penilaian Artikel
Langgan
Maklumkan saya
guest
guest
2 Komen
Inline Feedbacks
View all comments

TREND PAKEJ | PROMOSI TERKINI

Pakej Scandinavia

REKOMEN

tempat-menarik-di-yan-kedah

10 Aktiviti & Tempat Menarik di Yan Kedah Paling Popular

5 September, 2023
23k
tempat-menarik-di-hatyai-songkhla-thailand-nithit-teeraworawit

10 Tempat Menarik di Hatyai Songkhla Thailand

8 Jun, 2023
51.3k
tempat-menarik-di-teluk-intan-nor-khaliza-mat-yunus-unsplash

10 Aktiviti & Tempat Menarik di Teluk Intan

24 Ogos, 2023
15.5k
Kepentingan-Sektor-Pelancongan-Kepada-Malaysia

Kepentingan Sektor Pelancongan Kepada Malaysia

12 Julai, 2023
18.3k
tempat-menarik-di-janda-baik

10 Aktiviti & Tempat Menarik di Janda Baik [PALING POPULAR]

28 Mac, 2023
47.6k
halal hatyai trip

Halal Hatyai Trip: Pengalaman Percutian Hat Yai 4 Hari 3 Malam

8 Jun, 2023
25.3k
Selanjutnya
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan

Pakej-Uzbek-Final-Call-2023

hotel promo hotel promo hotel promo
IKLAN / ADVERTISEMENT
  • Langgan
  • Tentang Kami
  • Polisi
  • Terma dan Syarat
  • Hubungi Kami

© 2023 Melancong.my - Powered by Hasrul & Co.

Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Indonesia
  • Singapore
  • Thailand
  • Vietnam
  • Cambodia
  • China
  • Korea
  • Jepun
  • Australia
  • India
  • Turki
  • Balkan
  • Uzbekistan
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami

© 2023 Melancong.my - Powered by Hasrul & Co.

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
wpDiscuz
2
0
Ingin sertai perbincangan? Sila komen.x
()
x
| Balas