Korea Selatan sangat terkenal dengan keunikan budaya dan tempat-tempat pelancongan.
Adakah anda sedang merancang untuk melancong ke negara terkenal dengan K-Pop ini?
Adakah anda sudah tahu tempat-tempat menarik di Korea Selatan yang boleh anda kunjungi?
Bagaimana dengan lokasi-lokasi menarik seperti dalam drama Korea Selatan yang selalu menjadi tatapan anda di kaca televisyen?
Pasti anda teruja untuk melancong ke Korea dan menikmati keindahan seperti yang anda bayangkan bukan?
Kami telah sediakan anda senarai tempat-tempat menarik di Korea yang popular dan rare dengan kunjungan pelancong.
- Lihat Pakej Percutian Korea Selatan
- Lihat Penginapan Terbaik di Korea Selatan
- Lihat Aktiviti Terbaik di Korea Selatan
- Lihat Peta Popular Korea Selatan
Cuba lihat video sinematik ini, yang membawa gambaran sangat menarik tentang destinasi-destinasi terbaik di Korea Selatan.
Pin
Baca dan kenali lokasi-lokasi tarikan pelancong ke Korea di bawah sebelum anda ke sana, pasti anda tidak ingin lepaskan peluang ke destinasi-destinasi menarik ini.
Istana Gyeongbokgung
![80 Tempat Menarik Di Korea Selatan Top & Rare [PANDUAN LENGKAP] 4 Gyeongbokgung Palace](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2013/05/Gyeongbokgung-Palace-2-1024x680.jpg)
Bangunan ini telah dibina pada tahun 1394 dibawah pemerintahan Raja Taejo, iaitu raja pertama dan pengasas Dinasti Joseon.
Gyeongbokgung Palace ini menempatkan Muzium Rakyat Kebangsaan dan juga Muzium Istana Kebangsaan negara Korea.
Istana ini terdiri daripada beberapa buah bangunan termasuklah Gangnyeongjeon (Dewan Gangnyeongjeon), yang digunakan sebagai ruang beradu utama dan ruang tamu utama raja.
![80 Tempat Menarik Di Korea Selatan Top & Rare [PANDUAN LENGKAP] 5 Gyeongbokgung Palace](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2013/05/Gyeongbokgung-Palace.png)
Boleh dikatakan bahawa ia merupakan istana yang paling indah berbanding empat kembar istananya yang lain, yang mana berada di Seoul.
Gyeongbokgung Palace ini pada asalnya adalah sebuah kompleks besar-besaran menempatkan 330 buah bangunan dan 5792 buah bilik.
![80 Tempat Menarik Di Korea Selatan Top & Rare [PANDUAN LENGKAP] 6 Hyangwonjeong Pavilion](http://wpfc.ml/b.gif)
Namun begitu, kebanyakan bangunan ini telah musnah semasa penjajahan Jepun di Korea (1910-1945).
Sejak tahun 1989, kerajaan Korea telah melaksanakan proses pembinaan semula struktur-struktur yang telah musnah itu. Ini adalah tempat menarik di Korea yang wajib anda kunjungi.
- Lokasi: [Lihat Hotel] | [Lihat Peta] | 161 Sajik-ro, Sejongno, Jongno-gu, Seoul, South Korea
- Tiket: Dewasa (Umur 19-64): 3,000 won / Kumpulan (10 keatas): 2,400 won| Kanak-kanak (Umur 7-18): 1,500 won / Kumpulan (10 keatas): 1,200 won
- Waktu Operasi: Nov-Feb 09:00-17:00 | Mac-Mei 09:00-18:00 | Jun-Ogos 09:00-18:30 | Sept-Okt 09:00-18:00 | Tutup setiap Selasa
Perkampungan Rakyat Korea
![80 Tempat Menarik Di Korea Selatan Top & Rare [PANDUAN LENGKAP] 8 Korean Folk Village](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2013/05/Korean-Folk-Village.jpg)
Tempat menarik di Korea ini adalah contoh yang dekat tentang masyarakat Korea.
Korean Folk Village merupakan muzium yang hidup dan ianya menduduki kawasan seluas kira-kira 243 ekar dalam persekitaran semula jadi yang terletak di Yongin-si, Wilayah Gyeonggi.
![80 Tempat Menarik Di Korea Selatan Top & Rare [PANDUAN LENGKAP] 9 Perkampungan Korea](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/01/Perkampungan-Korea-1024x682.jpg)
Terdapat lebih daripada 260 buah rumah tradisional Korea dibina semula di sini dari zaman Dinasti Joseon.
Pelbagai jenis bangunan dibina di sini, yang mewakili semua kelas sosial dan juga kawasan-kawasan yang berlainan di Korea Selatan.
![80 Tempat Menarik Di Korea Selatan Top & Rare [PANDUAN LENGKAP] 11 Thatch Roofed House Korean Village](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/01/Thatch-Roofed-House-Koran-Village-1024x685.jpg)
Di dalam kampung pula terdapat restoran tradisional, pasar tradisional dan pelbagai bengkel yang mempamerkan barangan kraftangan tradisional Korea, temasuklah logam, kerja kayu, kipas, alat muzik dan banyak lagi.
![80 Tempat Menarik Di Korea Selatan Top & Rare [PANDUAN LENGKAP] 12 Perkampungan Korea semasa musim salji](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/01/Perkampungan-Korea-semasa-musim-salji-1024x682.jpg)
Korean Folk Village juga merangkumi Muzium Rakyat yang mana merupakan sebuah Muzium Seni, mempersembahkan tarian-tarian tradisional, juga taman hiburan yang dilengkapi dengan kenderaan bermain, permainan-permainan dan aktiviti-aktiviti rekreasi untuk seisi keluarga.
- Lokasi: [Lihat Hotel] | [Lihat Peta] | South Korea, Gyeonggi-do, Yongin-si, Giheung-gu, Sanggal-dong, Minsokchon-ro, 90 KR
- Tiket: Dewasa 15,000 won | Remaja (13-18 Tahun) 12,000 won | Kanak-kanak (4-12 Tahun) 10,000 won
- Waktu Operasi: Musim Panas 09:00 – 18:30 | Musim Salji 09:00 – 17:00
Kuil Gyeongju Bulguksa
![80 Tempat Menarik Di Korea Selatan Top & Rare [PANDUAN LENGKAP] 13 Bulguksa Temple](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/01/Bulguksa-Temple-1024x682.jpg)
Bulguksa Temple ini terletak di Gunung Tohamsan di Taman Negara Gyeongju, Gyeongju.
Semasa pemerintahan Raja Gyeongdeok Silla (751), Kim Daeseong, perdana menteri pada masa itu mulai membina kuil ini. Ianya telah disiapkan ketika pemerintahan Raja Hyegong (774).
![80 Tempat Menarik Di Korea Selatan Top & Rare [PANDUAN LENGKAP] 14 Relik Kuil Bulguksa](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/01/Relik-Kuil-Bulguksa-682x1024.jpg)
Walau bagaimanapun, sebahagian besar bangunan ini telah dibakar apabila Jepun menceroboh masuk ke Korea pada tahun 1593, semasa pemerintahan Raja Seonjo pada Zaman Joseon.
![80 Tempat Menarik Di Korea Selatan Top & Rare [PANDUAN LENGKAP] 15 Seinibina Kuil Bulguksa](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/01/Seinibina-Kuil-Bulguksa-1024x682.jpg)
Hanya sebilangan bangunan sahaja terselamat daripada pencerobohan iaitu termasuklah Dewan Geungnakjeon, Jahamun Gate, dan Beomyeongru Pavilion.
![80 Tempat Menarik Di Korea Selatan Top & Rare [PANDUAN LENGKAP] 16 Pemandangan Cantik Kuil Bulguksa](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/01/Pemandangan-Cantik-Kuil-Bulguksa-1024x682.jpg)
Walau bagaimanapun, penggalian tapak dari tahun 1969 ke 1973 telah mendedahkan makluamt secukupnya untuk memulihkan tapak ini kepada keadaannya yang sekarang.
- Lokasi: [Lihat Hotel] | [Lihat Peta] | Jinhyeon-dong, Gyeongju, South Korea
- Tiket: Dewasa 5,000 won | Remaja (13-18 Tahun) 3,000 won | Kanak-kanak (4-12 Tahun) 2,500 won
Zon Ketenteraan DMZ
![80 Tempat Menarik Di Korea Selatan Top & Rare [PANDUAN LENGKAP] 17 Zon Ketenteraan DMZ](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2013/05/Zon-Ketenteraan-DMZ.jpg)
Korean Demilitarized Zone adalah zon mampan yang terkenal sepanjang garis sempadan antara Korea Selatan dan Korea Utara. Zon DMZ ini adalah sepanjang 250 kilometer dan lebar 4 kilometer. Terdapat pelbagai tarikan disepanjang zon ini.
Tidak ada keraguan lagi bahawa DMZ merupakan salah satu pengalaman yang amat penting dalam mana-mana lawatan ke Korea, dan semangat yang menusuk ke dalam jiwa dan emosi memainkan peranan penting dalam satu budaya yang mana dianggap sebagai perpecahan antara kerohanian dan juga politik.
![80 Tempat Menarik Di Korea Selatan Top & Rare [PANDUAN LENGKAP] 18 Korean Demilitarized Zone](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/01/Korean-Demilitarized-Zone-1024x575.jpg)
Ianya adalah gambaran terdekat yang anda boleh dapatkan bagi Korea Utara, melainkan ada perubahan kepada situasi persempadanan dua negara ini.
DMZ sebenarnya adalah zon penampan di antara kedua-dua negara ini, dan kebanyakan masa lawatan adalah melihat ke kawasan lapangan yang berada di antara dua negara dengan pemandangan persempadanan Korea Utara yang dikawal ketat.
![80 Tempat Menarik Di Korea Selatan Top & Rare [PANDUAN LENGKAP] 19 Monumen Korean Demilitarized Zone](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/01/Monumen-Korean-Demilitarized-Zone-1024x768.jpg)
Daratan yang terletak di antara dua sempadan ini sebenarnya adalah sama sahaja dengan negara lain yang menempatkan kuasa tentera di sempadan bagi tujuan keselamatan, namun secara ironiknya, ia merupakan satu pemandangan semula jadi yang cantik, yang menjadi habitat kepada pelbagai hidupan liar.
- Lokasi: [Lihat Hotel] | [Lihat Peta] | South Korea, Gyeonggi-do, Paju-si, Gunnae-myeon, 조산리
- Tiket: Dewasa 36,000 won | Kanak-kanak (12 Tahun Kebawah) 33,000 won | Warga Emas (65 Tahun Keatas) 34,000 won
- Waktu Operasi: Rabu – Ahad | Tiada keretapi Isnin & Selasa
- Lawatan sehari diperlukan bermula 10 pagi hingga 5 petang
Kuil Haeinsa (Hapcheon)
![80 Tempat Menarik Di Korea Selatan Top & Rare [PANDUAN LENGKAP] 20 Kuil Haeinsa](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/01/Kuil-Haeinsa-1024x683.jpg)
Haeinsa Temple ini, yang terletak di pergunungan Kaya, adalah rumah kepada Tripitaka Koreana, iaitu koleksi lengkap akan teks Buddha, terukir pada 80, 000 blok kayu antara tahun 1237 dan 1248.
![80 Tempat Menarik Di Korea Selatan Top & Rare [PANDUAN LENGKAP] 21 Haeinsa-Temple](http://wpfc.ml/b.gif)
Bangunan-bangunan dari Janggyeong Pangeon yang bertarikh dari abad ke-15, telah dibina untuk menempatkan blok-blok kayu ini, yang mana dikagumi ramai sebagai satu kerja seni yang luar biasa.
![80 Tempat Menarik Di Korea Selatan Top & Rare [PANDUAN LENGKAP] 22 Haeinsa Temple](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2013/05/Haeinsa-Temple-3.jpg)
Sebagai depositori tertua Tripitaka, mereka mendedahkan kepakaran yang menakjubkan akan penciptaan dan pelaksanaan teknik-teknik pemuliharaan yang digunakan bagi memelihara blok-blok kayu ini.
- Lokasi: [Lihat Peta] | 10 Chiin-ri, Gaya-myeon, Hapcheon, Gyeongsangnam-do, South Korea
- Tiket: Dewasa 3,000 won | Remaja (13-18 Tahun) 1,500 won | Kanak-kanak (7-12 Tahun) 700 won
- Waktu Operasi: Musim Panas 08:30 – 18:00 | Musim Salji 08:30 – 17:00
Pulau Jeju (Jejudo)
![80 Tempat Menarik Di Korea Selatan Top & Rare [PANDUAN LENGKAP] 23 Jejudo](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2013/05/Jejudo-2-1024x640.jpg)
Jejudo atau lebih dikenali sebagai Pulau Jeju, atau juga dikenali sebagai “Pulau Para Dewa“, merupakan tempat percutian paling popular bagi masayarakat Korea dan juga pelancong-pelancong antarabangsa.
![80 Tempat Menarik Di Korea Selatan Top & Rare [PANDUAN LENGKAP] 24 Oedolgae Rock, Jeju island, South Korea](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/01/Oedolgae-Rock-Jeju-island-South-Korea-1024x682.jpg)
Ia merupakan salah satu destinasi berbulan madu paling digemari oleh pasangan pengantin di Korea.
Campuran pulau ini terdiri daripada gunung berapi, hujan yang kerap, dan iklim sederhana, membuatkan ia hampir sama dengan kepulaun Hawaii di Amerika Syarikat.
![80 Tempat Menarik Di Korea Selatan Top & Rare [PANDUAN LENGKAP] 25 Cheonjiyeon falls, Jeju Island, South Korea](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/01/Cheonjiyeon-falls-Jeju-Island-South-Korea-1024x682.jpg)
Pulau ini menawarkan para pengunjung pelbagai aktiviti seperti mendaki pada Halla-san (puncak tertinggi Korea Selatan), melihat matahari terbenam di atas lautan, melihat air terjun yang hebat dan tiub lava, Jeju Loveland, menunggang kuda, atau sekadar berbaring di atas pasir pantai.
- Lokasi: [Lihat Hotel] | [Lihat Peta] | South Korea, Jeju-do, Cheju, Ido 2(i)-dong, 1771-23
- Tiket: Anda perlu menaiki ferri untuk ke pulau Jeju
Seoraksan National Park
![80 Tempat Menarik Di Korea Selatan Top & Rare [PANDUAN LENGKAP] 26 View from Ulsanbawi rock peak on sunset. Seoraksan National Park, South Corea](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/01/Ulsanbawi-rock-peak-on-sunset.-Seoraksan-National-Park-South-Korea-1024x768.jpg)
Sebagai sebuah taman kebangsaan Korea yang popular, Seorak-san menerima kunjungan pelawat untuk melihat dedaunan bertukar warna pada setiap musim luruh.
Taman ini banyak dikunjungi sepanjang tahun.
![80 Tempat Menarik Di Korea Selatan Top & Rare [PANDUAN LENGKAP] 27 Biryong Falls Watrefall](http://wpfc.ml/b.gif)
Puncak berkarang Seorak-san sering diselubungi oleh kabus, mewujudkan satu pemandangan berawan dalam mana-mana gambar di kawasan tersebut.
Taman ini menempatkan beberapa buah kuil yang terkenal, termasuklah Baekdam-sa.
![80 Tempat Menarik Di Korea Selatan Top & Rare [PANDUAN LENGKAP] 28 Sinheungsa temple in Seoraksan National Park, Seoraksan, South Korea](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/01/Sinheungsa-temple-in-Seoraksan-National-Park-Seoraksan-South-Korea-1024x682.jpg)
Bahagian dalaman bagi Teabaek Mountain Range dinamankan sebagai Inner Seorak. Kawasan-kawasan utama yang lain adalah Outer Seorak dan South Seorak.
Ketiga-tiga kawasan ini dibahagikan oleh Daecheong-bong, puncak utama Seorak -san.
- Lokasi: [Lihat Hotel] | [Lihat Peta] | Seo-myeon, Yangyang-gun, South Korea
- Tiket: Dewasa 3,500 won | Remaja (13-19 Tahun) 1,000 won | Kanak-kanak (7-12 Tahun) 500 won
- Boleh juga melakukan aktiviti mendaki & perkhemahan di kawasan pergunungan ini
Pasar Namdaemun
![80 Tempat Menarik Di Korea Selatan Top & Rare [PANDUAN LENGKAP] 29 Pasar Namdaemun](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/01/Pasar-Namdaemun-1024x682.jpg)
Namdaemun Market adalah antara tempat menarik di Korea Selatan yang harus lawati.
Dinamakan sempenan tempat berdekatan iaitu Namdaemun (Gerbang Besar Selatan) dan terletak berhampiran pusat bandar, pasar ini merupakan pasar borong terbesar di Korea merangkumi kawasan seluas lebih 10 ekar.
![80 Tempat Menarik Di Korea Selatan Top & Rare [PANDUAN LENGKAP] 30 Pasar Namdaemun](http://wpfc.ml/b.gif)
Ianya dipenuhi dengan lebih daripada 1,000 kedai, gerai, peruncit, penjual tepi jalan, dan memiliki beberapa rantaian jabatan kedai-kedai berdekatan.
Antara yang popular adalah masakan tradisional yang anda boleh temukan di sini dengan warna warni yang sangat menarik.
![80 Tempat Menarik Di Korea Selatan Top & Rare [PANDUAN LENGKAP] 31 Pasar Makanan di Namdaemun](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/01/Pasar-Makanan-di-Namdaemun-1024x682.jpg)
Di sini anda boleh mencari pakaian, kasut, kain, pinggan mangkuk, bunga, sayur-sayuran, produk ginseng, alat permainan, dan jam tangan. Di bawah Namdeamun-no (jalan utama ke utara pasar) adalah arked bawah tanah yang luas.
- Lokasi: [Lihat Hotel] | [Lihat Peta] | 21 Namdaemunsijang 4-gil, Hoehyeon-dong, Jung-gu, Seoul, South Korea
- Waktu Operasi: Sepanjang minggu kecuali hari Ahad
Pantai Busan Haeundae
![80 Tempat Menarik Di Korea Selatan Top & Rare [PANDUAN LENGKAP] 32 Haeundae Beach](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/01/Haeundae-Beach-1024x768.jpg)
Busan merupakan pelabuhan yang dikelilingi oleh beberapa buah pantai. Pantai yang terindah sekali tentunya adalah pantai Haeundae.
Sepanjang kira-kira 1.5 kilometer, ianya amat berbaloi untuk dikunjungi pada musim panas dan musim sejuk.
Semasa musim sejuk, ia merupakan tempat yang indah untuk berjalan-jalan, dengan kawanan burung-burung camar berterbangan di udara.
![80 Tempat Menarik Di Korea Selatan Top & Rare [PANDUAN LENGKAP] 33 Haeundae beach in Busan, South Korea](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/01/Haeundae-beach-in-Busan-South-Korea-1024x682.jpg)
Pada musim panas pula, pantai ini sukar untuk dikesan kerana penampan-penampan matahari yang ada. Anda boleh menyewa bot di sana dan semua jenis sukan air yang mungkin disediakan di kawasan pantai.
Akuarium Busan terletak di pantai, dan yachting Center juga terletak berdekatan, memang banyak yang anda boleh lakukan di kawasan pantai ini.
Di samping itu, terdapat banyak hotel moden terletak di tepi pantai, serta kelab-kelab, bar dan sebagainya.
- Lokasi: [Lihat Hotel] | [Lihat Peta] | 264 Haeundaehaebyeon-ro, Jung 1(il)-dong, Haeundae, Busan, South Korea
- Masuk adalah percuma dan waktu operasi dari 8 pagi hingga 6 petang
Resort Ski Yongpyong
![80 Tempat Menarik Di Korea Selatan Top & Rare [PANDUAN LENGKAP] 34 Yongpyong Ski Resort](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/01/Yongpyong-Ski-Resort-1024x576.jpg)
Yongpyong Ski Resort terletak pada aras 7000 meter atas paras laut. Ianya boleh ditemui di pinggir timur Asia, kira-kira 200 km dari Seoul, ibu kota Korea Selatan.
![80 Tempat Menarik Di Korea Selatan Top & Rare [PANDUAN LENGKAP] 35 Bermain Ski di Yongpyong Ski Resort](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/01/Bermain-Ski-di-Yongpyong-Ski-Resort-1024x576.jpg)
Dengan purata salji tahunan 250 cm, kawasan persekitarannya adalah begitu indah, yang membolehkan pengunjung menikmati pelbagai sukan musim sejuk termasuklah ski dari pertengahan November hingga awal April.
![80 Tempat Menarik Di Korea Selatan Top & Rare [PANDUAN LENGKAP] 36 Gondola Yongpyong Ski Resort](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/01/Gondola-Yongpyong-Ski-Resort-1024x768.jpg)
Di tapak seluas 4,300 ekar ini, anda boleh menemui padang golf 45-lubang, 31 cerun ski, hotel-hotel premium, kondominium gaya Eropah dan banyak kemudahan riadah yang lain, yang boleh dinikmati oleh seisi keluarga.
- Lokasi: [Lihat Hotel] | [Lihat Peta] | 130 Daegwalnyeong-myeon, Pyeongchang-gun, Gangwon-do, South Korea
- Caj masuk dan perminan ski dari RM253 – RM380. Dibuka setiap hari dari 8.30 pagi hingga 10:00 malam
Istana Changdeokgung
![80 Tempat Menarik Di Korea Selatan Top & Rare [PANDUAN LENGKAP] 37 Beautiful architecture building Changdeokgung palace in Seoul ci](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/01/Senibina-Changdeokgung-palace-di-Seoul-1024x682.jpg)
Changdeokgung Palace atau Istana Changdeokgung merupakan diantara destinasi yang harus anda kunjungi jika anda berada di Korea Selatan.
Kami juga nak ingatkan anda supaya memperuntukkan masa yang lama jika anda ingin meneroka seluruh kawasan istana ini.
![80 Tempat Menarik Di Korea Selatan Top & Rare [PANDUAN LENGKAP] 38 Beautiful architecture building Changdeokgung palace in Seoul ci](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/01/Beautiful-architecture-building-Changdeokgung-palace-in-Seoul-1024x682.jpg)
Di kawasan ini, terdapat sebuah taman yang sangat indah yang pastinya membuatkan anda terpukau.
Seperti berada di zaman bersejarah Korea, anda pasti sangat sukakan destinasi ini.
![80 Tempat Menarik Di Korea Selatan Top & Rare [PANDUAN LENGKAP] 39 Changdeokgung Palace Secret Garden](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/01/Changdeokgung-Palace-Secret-Garden-1024x682.jpg)
Disini juga terdapat beberapa buah kolam teratai dan dikelilingi oleh pokok-pokok yang berwarna warni terutamanya pada musim luruh.
Kawasan kolam ini juga dikenali sebagai taman rahsia sang Maharaja Dinasti Joseon.
- Lokasi: [Lihat Hotel] | [Lihat Peta] | 99 Yulgok-ro, Waryong-dong, Jongno-gu, Seoul, South Korea
- Tiket: Dewasa 3,000 won & Kanak-kanak (12 Tahun Kebawah) 2,000 won | Secret Garden – Dewasa 8,000 won & Kanak-kanak (12 Tahun Kebawah) 5,000 won
- Waktu Operasi: Sepanjang minggu kecuali hari Isnin
National Museum of Korea
![80 Tempat Menarik Di Korea Selatan Top & Rare [PANDUAN LENGKAP] 40 National Museum of Korea](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/01/national-museum-of-korea-1024x768.jpg)
Mengunjungi muzium merupakan salah satu daripada cara paling mudah dan cepat untuk anda mempelajari mengenai sesebuah negara.
Jadi, National Museum of Korea merupakan destinasi yang terbaik untuk perkara ini jika anda ingin belajar lebih lanjut mengenai negara Korea Selatan ini.
![80 Tempat Menarik Di Korea Selatan Top & Rare [PANDUAN LENGKAP] 41 National Museum of Korea](http://wpfc.ml/b.gif)
Sebaik saja anda melangkah masuk kedalam muzium ini, anda akan terpegun dengan pamerannya yang tersusun kemas bermula dari zaman pra-sejarah sehinggalah zaman moden Korea Selatan.
Jangan risau kerana pameran ini lengkap dengan pengenalan dalam Bahasa Inggeris.
- Lokasi: [Lihat Hotel] | [Lihat Peta] | 137 Seobinggo-ro, Seobinggo-dong, Yongsan-gu, 서울특별시 South Korea
- Tiket: Masuk adalah percuma kecuali pameran istimewa
- Waktu Operasi: Isnin, Selasa, Khamis & Jumaat 10:00-18:00 | Rabu & Sabtu 10:00-21:00 |Ahad & Cuti Umum 10:00-19:00
Namsan Seoul Tower
![80 Tempat Menarik Di Korea Selatan Top & Rare [PANDUAN LENGKAP] 42 Seoul Skyline](http://wpfc.ml/b.gif)
N Seoul Tower atau nama penuhnya adalah Namsan Seoul Tower merupakan salah satu destinasi yang wajib anda kunjungi di Korea Selatan.
Ia merupakan salah satu daripada bangunan ikonik di sini. Lokasinya adalah di Seoul dan ia terletak diatas sebuah bukit.
![80 Tempat Menarik Di Korea Selatan Top & Rare [PANDUAN LENGKAP] 43 N Seoul Tower](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/01/N-Seoul-Tower-768x1024.jpg)
Menara setinggi 777 kaki ini membuatkan anda dapat melihat pemandangan yang cukup memukau.
Baik waktu pagi ketika matahari terbit, atau petang semasa matahari terbenam, bahkan pada waktu malam dengan pemandangan urban Seoul pasti berbaloi.
![80 Tempat Menarik Di Korea Selatan Top & Rare [PANDUAN LENGKAP] 44 Pemandangan Namsan Seoul Tower](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/01/Pemandangan-Namsan-Seoul-Tower-1024x682.jpg)
Bukan kami saja yang kata begini. Rata-rata pelancong berpuas hati.
Pengunjung yang pernah berkunjung ke sini pun tidak dapat melupakan keindahan pemandangan dari atas menara ini.
- Lokasi: [Lihat Hotel] | [Lihat Peta] | 105 Namsangongwon-gil, Yongsan 2(i)ga-dong, Yongsan-gu, Seoul, South Korea
- Tiket: Observatory – Dewasa 10,000 won & Kanak-kanak 8,000 won | Ssentoy Museum & Showroom – Dewasa 8,000 won & Kanak-kanak 7,000 won | Hello Kitty Island – 8,000 won & Kanak-kanak 7,000 won
- Waktu Operasi: Ahad hingga Jumaat – 10:00-23:00 | Sabtu – 10:00-24:00
Yeouido Hangang Park
![80 Tempat Menarik Di Korea Selatan Top & Rare [PANDUAN LENGKAP] 45 Yeouido Park in Seoul, Korea](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/01/Yeouido-Park-in-Seoul-Korea-1024x448.jpg)
Hangang Park cukup terkenal sebagai taman luas Yeouido dan merupakan sebuah destinasi yang terletak di tepian Sungai Hangang.
Hangang Park merupakan sebuah taman rekreasi yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan yang sesuai untuk anda melakukan aktiviti bersama keluarga.
![80 Tempat Menarik Di Korea Selatan Top & Rare [PANDUAN LENGKAP] 46 Hangang River](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/01/Hangang-Park-1024x682.jpg)
Selain daripada pengunjung tempatan, taman ini juga sering menjadi tumpuan pelancong kerana keindahannya itu sendiri.
Seolah-olah yang selalu anda lihat di drama Korean petang.
![80 Tempat Menarik Di Korea Selatan Top & Rare [PANDUAN LENGKAP] 47 Jambatan Hangang Park](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/01/Hangang-Park-Jambatan-1024x577.jpg)
Antara aktiviti yang boleh dilakukan disini adalah bermain bola keranjang, bola tampar, tenis, berbasikal dan pusat kecergasan.
Disini juga ada disediakan sebuah kolam renang yang luas. Antara tarikan lain yang mencuri perhatian adalah tahap kebersihan kawasan ini.
- Lokasi: [Lihat Hotel] | [Lihat Peta] | 330 Yeouidong-ro, Yeoeuido-dong, Yeongdeungpo-gu, Seoul, South Korea
- Masuk adalah percuma
Haedong Yonggungsa Temple
![80 Tempat Menarik Di Korea Selatan Top & Rare [PANDUAN LENGKAP] 48 Haedong Yonggungsa Temple. Busan, South Korea](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/01/Haedong-Yonggungsa-Temple.-Busan-South-Korea-1024x683.jpg)
Haedong Yonggungsa Temple (Busan Yonggungsa) terletak diatas sebuah tebing berhampiran dengan laut dam sangat strategik.
Jika anda berpeluang berkunjung kesini, anda akan disapa oleh tiupan bayu laut yang menenangkan dan menyegarkan.
![80 Tempat Menarik Di Korea Selatan Top & Rare [PANDUAN LENGKAP] 49 Yonggungsa Temple](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/01/Yonggungsa-Temple-768x1024.jpg)
Destinasi ini merupakan diantara lokasi tumpuan dan sangat popular dalam kalangan mereka yang suka berfotografi.
Hasil gambar yang diambil disini pasti akan menjadi “masterpiece” koleksi anda.
![80 Tempat Menarik Di Korea Selatan Top & Rare [PANDUAN LENGKAP] 50 Busan Yonggungsa](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/01/Busan-Yonggungsa-1024x768.jpg)
Keunikan Haedong Yonggung Temple saja sudah memukau anda dari segi senibinanya dan ditambah pula dengan pemandangan sekeliling pasti akan membuatkan anda lebih terpesona.
Terlupa pula saya nak beritahu anda. Ia telah wujud sejak tahun 1376 lagi!
- Lokasi: [Lihat Hotel] | [Lihat Peta] | 416-3 Sirang-ri, Gijang-eup, Gijang, Busan, South Korea
- Masuk adalah percuma
- Waktu Operasi: 05:00-Matahari terbenam | Dibuka sepanjang hari – Yaksajeon Hall & Kawasan Bangsaengteo
Seoul Central Mosque
![80 Tempat Menarik Di Korea Selatan Top & Rare [PANDUAN LENGKAP] 51 Seoul Central Mosque](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2020/10/Seoul-Central-Mosque-update-750x370.jpg)
Perkembangan agama Islam di Korea Selatan ternyata begitu pesat dan sekaligus menjadikan jumlah penganut agama ini kian bertambah. Disebabkan oleh hal ini, wujudnya masjid-masjid di Korea Selatan seperti Seoul Central Mosque.
Seoul Central Mosque merupakan sebuah masjid yang terletak di Itaewon. Ia merupakan masjid yang terbesar di Korea Selatan.
![80 Tempat Menarik Di Korea Selatan Top & Rare [PANDUAN LENGKAP] 52 Seoul Central Mosque di Itaewon](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2014/10/Seoul-Central-Mosque-di-Itaewon.jpg)
Disini terdapat tiga buah tingkat yang mempunyai peranannya yang tersendiri. Di tingkat satu merupakan pejabat Korean Muslim Federation.
Di tingkat dua pula merupakan ruang solat lelaki manakala tingkat tiga pula merupakan ruang solat wanita.
- Lokasi: [Lihat Hotel] | [Lihat Peta] | 39 Usadan-ro 10-gil, Hannam-dong, Yongsan-gu, Seoul, South Korea
- Sebahagian besar kawasan di sekitar masjid ini menyediakan masakan dan Restoran Halal
Kuil Bongeunsa
![80 Tempat Menarik Di Korea Selatan Top & Rare [PANDUAN LENGKAP] 53 Kuil Bongeunsa dengan Patung Buddha Maitreya](http://wpfc.ml/b.gif)
Bongeunsa Temple pula merupakan salah sebuah tokong Buddha yang menjadi tumpuan pengunjung yang datang ke Korea Selatan.
Ramai yang mengatakan percutian anda ke Korea Selatan tidak lengkap sekiranya anda tidak mengunjungi kawasan ini.
![80 Tempat Menarik Di Korea Selatan Top & Rare [PANDUAN LENGKAP] 54 Bongeunsa Temple](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/01/Bongeunsa-Temple-1024x682.jpg)
Ia terletak dikawasan hutan ditengah-tengah bandar Seoul dan memang tidak dapat dinafikan bahawa Bongeunsa Temple merupakan sebuah binaan yang sangat menarik dan persekitarannya sangat indah.
Hal ini kerana disekeliling tokong ini adalah taman yang dipenuhi dengan pokok bonsai dan juga pokok pir selain daripada pokok kacang hazel yang berada dibahagian pintu masuknya.
- Lokasi: [Lihat Hotel] | [Lihat Peta] | 531 Bongeunsa-ro, Samseong 1(il)-dong, Gangnam-gu, Seoul, South Korea
- masuk adalah percuma, jaga adab dan jangan buat bising
Grevin Museum
![80 Tempat Menarik Di Korea Selatan Top & Rare [PANDUAN LENGKAP] 55 Realistik Grevin Museum](http://wpfc.ml/b.gif)
Grevin Museum merupakan sebuah muzium yang agak unik dan harus anda lawati jika anda berkunjung ke Korea Selatan. Ia dibuka secara rasmi pada tahun 2015.
Muzium yang mempunyai empat tingkat ini direka dengan setiap tema yang berbeza sekaligus memberikan anda sebuah pengalaman yang agak unik.
![80 Tempat Menarik Di Korea Selatan Top & Rare [PANDUAN LENGKAP] 56 Muzium Grevin](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/01/Muzium-Grevin.jpg)
Menarik dan uniknya disini adalah, ia mampu memberikan anda suasana seperti di Madamae Tussauds.
Tak pernah dengar mengenai Madame Tussauds?
![80 Tempat Menarik Di Korea Selatan Top & Rare [PANDUAN LENGKAP] 57 Grevin Museum](http://wpfc.ml/b.gif)
Ia merupakan sebuah muzium orang lilin. Inilah apa yang bakal anda rasai nanti.
Selain itu, anda juga dapat bertemu dengan nama-nama besar dunia seperti Michael Jordan, Albert Einstein dan juga artis-atis ternama dunia dan Korea. Tapi bukan yang real.
- Lokasi: [Lihat Hotel] | [Lihat Peta] | 23 Eulji-ro, Euljiro 1(il)-ga, Jung-gu, Seoul, South Korea
- Tiket: Dewasa 18,000 won | Kanak-kanak & Remaja (5-18 Tahun) 18,000 won
- Waktu Operasi: Setiap hari dari 09:30-19:00
Namsan Park
![80 Tempat Menarik Di Korea Selatan Top & Rare [PANDUAN LENGKAP] 58 Namsan Park](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/01/Namsan-Park-1024x682.jpg)
Namsan Park merupakan sebuah taman yang mempunyai landskap yang agak memukau dan menarik terutamanya jika anda berkunjung ke sini pada musim luruh.
Selain itu, ia juga terkenal kerana pada suatu masa dahulu, ia merupakan kawasan yang dijadikan kubu untuk berlindung daripada serangan musuh.
![80 Tempat Menarik Di Korea Selatan Top & Rare [PANDUAN LENGKAP] 59 Love Locks at N Seoul Tower](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/01/Namsan-Park-Love-Locks-1024x682.jpg)
Hal ini sekaligus menjadikan Namsan Park sebagai sebuah lokasi bersejarah yang kerap dikunjungi oleh pengunjung.
Disini anda akan disajikan dengan keindahan bunga-bungaan yang cantik dipandang, kicauan burung-burung yang sedap didengar disamping kemudahan-kemudahan lain yang serba lengkap.
- Lokasi: [Lihat Hotel] | [Lihat Peta] | Hoehyeondong 1(il)-ga, Seoul
- Tiket: Dewasa 18,000 won | Kanak-kanak & Remaja (5-18 Tahun) 18,000 won
- Waktu Operasi: Setiap hari dari 09:30-19:00
Bukchon Hanok Village
![80 Tempat Menarik Di Korea Selatan Top & Rare [PANDUAN LENGKAP] 60 Historic Neighborhood of Seoul](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/01/Bukchon-Hanok-Village-1024x682.jpg)
Sebuah lagi lokasi yang sangat sesuai jika anda ingin belajar dengan lebih lanjut dan mendalam berkenaan Korea Selatan adalah di Bukchon Hanok Village.
Disini, anda dapat mempelajari dan menyelami keunikan budaya tradisional masyarakat Korea.
![80 Tempat Menarik Di Korea Selatan Top & Rare [PANDUAN LENGKAP] 61 Perkampungan Bukchon Hanok](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/01/Perkampungan-Bukchon-Hanok-1024x456.jpg)
Disini, anda akan menemukan kesemua rumah yang dibina berkonsepkan rumah tradisional Korea atau lebih dikenali sebagai hanok.
Kebanyakan rumah klasik yang ada disini diubah kepada rumah tumpangan, kedai makan, restoran, pusat kebudayaan dan macam-macam lagi untuk menarik minat serta memberikan kemudahan terbaik kepada pengunjung.
- Lokasi: [Lihat Hotel] | [Lihat Peta] | South Korea, Seoul, Jongno-gu, Gahoe-dong, 계동길 37
- Masuk adalah percuma
Insadong Insa Art
![80 Tempat Menarik Di Korea Selatan Top & Rare [PANDUAN LENGKAP] 62 Insadong Insa Art Center](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/01/Insadong-Insa-Art-Center-1024x676.jpg)
Insadong Art merupakan sebuah tempat yang pada satu masa dahulu menjadi pusat kepada pelukis-pelukis di Korea Selatan mempelajari seni lukisan.
Ia berlaku pada zaman Dinasti Joseon. Dinasti Joseon merupakan sebuah dinasti pada tahun 1392 sehingga 1910.
![80 Tempat Menarik Di Korea Selatan Top & Rare [PANDUAN LENGKAP] 63 Artis Insadong Insa Art Center](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/01/Artis-Insadong-Insa-Art-Center-1024x682.jpg)
Namun kini, Insadong masih lagi kekal dengan identitinya sebagai pusat kesenian dengan menghimpunkan berbagai jenis hasil seni seperti lukisan, kraftangan, pakaian dan macam-macam lagi. Anda juga boleh membeli peralatan untuk melakukan kaligrafi disini.
Kini ada lebih dari 5 galeri seni lukisan pelbagai tema yang wujud disini.
- Lokasi: [Lihat Hotel] | [Lihat Peta] | 24 Insadong-gil, Insa-dong, Jongno-gu, Seoul, South Korea
- Anda boleh mendapatkan upah lukisan spontan dan membeli koleksi lukisan
Pulau Dongbaekseom
![80 Tempat Menarik Di Korea Selatan Top & Rare [PANDUAN LENGKAP] 64 Dongbaekseom Island](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/01/Dongbaekseom-Island-1024x768.jpg)
Dongbaekseom Island atau Pulau Dongbaekseom merupakan sebuah pulau yang bukan 100% pulau. Hal ini kerana ia bercantum dengan tanah di kota Busan.
Ia disebabkan oleh proses pemendapan yang berlaku.
![80 Tempat Menarik Di Korea Selatan Top & Rare [PANDUAN LENGKAP] 65 Pulau Dongbaekseom](http://wpfc.ml/b.gif)
Keindahan panorama pulau ini bukanlah satu perkara yang mudah untuk anda temukan di tempat lain. Keindahannya akan menjadi semakin sukar untuk diungkapkan tatkala matahari terbenam.
Tarikan lain yang ada disini adalah rumah apinya. Jadi, pastikan anda tidak terlepas peluang untuk kesini!
- Lokasi: [Lihat Hotel] | [Lihat Peta] | U-dong, Busan, South Korea
- Masuk adalah percuma dan anda boleh berjalan sambil beriadah
Pantai Gwangalli Beach
![80 Tempat Menarik Di Korea Selatan Top & Rare [PANDUAN LENGKAP] 66 Pantai Gwangalli](http://wpfc.ml/b.gif)
Pantai Gwangalli merupakan sebuah kawasan pantai yang terkenal dengan kejernihan airnya. Antara “landmark” menarik yang anda boleh lihat dari sini adalah Jambatan Gwangandaegyo.
Lebih menarik jika anda melihat jambatan ini pada waktu malam kerana ia akan bergemerlapan dengan cahaya lampu.
![80 Tempat Menarik Di Korea Selatan Top & Rare [PANDUAN LENGKAP] 67 Gwangalli Beach in Busan, South Korea](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/01/Gwangalli-Beach-in-Busan-South-Korea-1-1024x682.jpg)
Pada waktu ini merupakan waktu terbaik untuk anda mengambil gambar kerana hasilnya memang sangat sempoi!
Kami sangat sarankan anda untuk kesini pada bulan Oktober untuk merasai keseronokan sebenar disini kerana pada bulan ini berlangsungnya Busan International Firework Festival.
- Lokasi: [Lihat Hotel] | [Lihat Peta] | 219 Gwanganhaebyeon-ro, Gwangan 2(i)-dong, Suyeong-gu, Busan, South Korea
- Masuk adalah percuma
Taejongdae
![80 Tempat Menarik Di Korea Selatan Top & Rare [PANDUAN LENGKAP] 68 Taejongdae Danubi](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/01/Taejongdae-Danubi-1024x684.jpg)
Antara tarikan utama Taejongdae adalah keretapi Danubi yang merupakan sebuah keretapi hop-on dan hop-off yang mampu membawa anda mengunjungi kesemua destinasi menarik yang ada disini.
Sebagai permulaan kepada kembara menakjubkan anda disini, anda akan dibawa ke sebuah kawasan pemerhatian untuk anda menikmati pemandangan menarik yang ada disini.
![80 Tempat Menarik Di Korea Selatan Top & Rare [PANDUAN LENGKAP] 69 Rumah Api Taejongdae](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/01/Rumah-Api-Taejongdae-1024x684.jpg)
Kemudian, anda akan dibawa ke rumah api. Untuk ke sini, anda perlu berjalan kaki dan jaraknya boleh tahan jauh. Bayu laut disini agak dingin.
Jadi, pastikan anda berpakaian yang sesuai. Ia juga mempunyai tarikan lain seperti tokong, tebing dan juga tapak dinosaur.
- Lokasi: [Lihat Hotel] | [Lihat Peta] | 1054 Dongsam-dong, Yeongdo-gu, Busan, South Korea
- Masuk adalah percuma
Busan Al Fatah Mosque
![80 Tempat Menarik Di Korea Selatan Top & Rare [PANDUAN LENGKAP] 70 Masjid Al fatah di Busan](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/01/Masjid-Al-fatah-di-Busan-1024x532.jpg)
Ternyata Korea Selatan merupakan sebuah destinasi yang sangat sesuai bagi anda yang beragama Islam kerana anda boleh temukan masjid seperti Masjid Al fatah yang terletak di Busan.
Ia bermaksud agama Islam semakin diterima disini sekaligus membolehkan anda menunaikan ibadah wajib ini dengan sempurna dan selesa sepanjang kunjungan anda kesini.
![80 Tempat Menarik Di Korea Selatan Top & Rare [PANDUAN LENGKAP] 71 MASJID AL FATAH BUSAN](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/01/MASJID-AL-FATAH-BUSAN-1024x797.jpg)
Ia terletak berdekatan dengan Stesen Dusil Exit 8. Selain itu, ia juga terletak berdekatan dengan dua buah restoran yang menyajikan hidangan dan masakan halal.
Jadi, tiada masalah untuk anda menjamu selera dan juga beribadah dengan tenang disini.
- Lokasi: [Lihat Hotel] | [Lihat Peta] | 30-1 Namsan-dong, Geumjeong-gu, Busan, South Korea
- Masuk adalah percuma dan untuk menunaikan solat
Bukbu Asia Town
![80 Tempat Menarik Di Korea Selatan Top & Rare [PANDUAN LENGKAP] 72 Bukbu Asia Town](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/01/Bukbu-Asia-Town-1024x682.jpg)
Sesuai dengan namanya, Bukbu Asia Town merupakan lokasi yang sangat menarik perhatian terutamanya pelancong dari negara-negara Asia seperti Indonesia, Thailand dan semestinya Malaysia.
Di Bukbu Asia Town ini anda boleh temukan berbagai jenis kedai dan juga restoran yang menjual bermacam jenis makanan. Lebih menarik adalah kebanyakan restoran disini menjual makanan yang halal.
![80 Tempat Menarik Di Korea Selatan Top & Rare [PANDUAN LENGKAP] 73 Rice Ball Bukbu Asia Town](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/01/Rice-Ball-Bukbu-Asia-Town-1024x576.jpg)
Disini anda boleh dapatkan barangan keperluan dan juga mengisi perut dengan makanan yang lazat sebelum anda menyambung jelajah ke destinasi lain di Korea Selatan.
Selain itu, anda juga boleh temukan sebuah masjid disini. Kiranya Bukbu Asia Town ini seolah-olah one-stop destination terbaik untuk anda.
- Lokasi: [Lihat Hotel] | [Lihat Peta] | Bisan 7(chil)-dong, Daegu, South Korea
- Anda boleh menemukan pelbagai makanan halal di sini
Kuil Beomeosa
![80 Tempat Menarik Di Korea Selatan Top & Rare [PANDUAN LENGKAP] 74 Kuil Beomeosa](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/01/Kuil-Beomeosa-1024x683.jpg)
Kalau anda minta kami gambarkan Beomeosa Temple ini, kami akan ungkapkan dengan 2 perkataan. Cantik. Klasik.
Bayangkan yang anda dapat menikmati keindahan yang cukup memukau terutamanya pada musim luruh disekitar Beomeosa Temple ini dimana daun-daun pokok yang berwarna warni akan memberikan satu pemandangan yang cukup mengasyikkan mata.
![80 Tempat Menarik Di Korea Selatan Top & Rare [PANDUAN LENGKAP] 75 Beomeosa Iljumun](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/01/Beomeosa-Temple-1024x768.jpg)
Daun-daun pokok yang berwarna merah, kuning dan juga hijau pastinya akan menjadi satu latar belakang gambar yang sangat sempurna untuk anda bergambar sendirian atau bersama keluarga.
- Lokasi: [Lihat Hotel] | [Lihat Peta] | 250 Beomeosa-ro, Cheongnyongnopo-dong, Geumjeong-gu, Busan, South Korea
- Masuk adalah percuma jaga adab dan jangan berbuat bising
Itaewon Halal Food
![80 Tempat Menarik Di Korea Selatan Top & Rare [PANDUAN LENGKAP] 76 Itaewon Halal Food](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/01/Itaewon-Halal-Food-1024x765.jpg)
Bagi pelancong Muslim yang datang ke Korea Selatan, anda tak perlu risau dalam mendapatkan makanan yang halal.
Hal ini kerana di Itaewon, anda akan menemukan begitu banyak restoran dan juga kedai makan yang menyediakan makanan halal.
![80 Tempat Menarik Di Korea Selatan Top & Rare [PANDUAN LENGKAP] 77 Makanan Halal Korea Itaewon](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/01/Makanan-Halal-Korea-Itaewon-1024x768.jpg)
Ia bukan saja untuk menyambut dan menjamu pelancong yang beragama Islam bahkan ia turut menjadi tumpuan buat penduduk setempat yang beragama Islam.
Disini anda boleh temukan restoran yang menyediakan makanan Korea yang halal dan juga makanan dari Timur Tengah.
- Lokasi: [Lihat Hotel] | [Lihat Peta] | South Korea, Seoul, Yongsan-gu, Itaewon 1(il)-dong, Itaewon-ro, 187 이태원역 2번출구
- Pelbagai restoran halal boleh ditemukan di sini
Gamcheon Culture Village
![80 Tempat Menarik Di Korea Selatan Top & Rare [PANDUAN LENGKAP] 78 Perkampungan budaya Gamcheon](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/01/Gamcheon-Culture-Village-1024x660.jpg)
Kunjungan anda kesini pastinya akan menjadikan hari anda lebih ceria dan berwarna-warni! Bayangkan di Gamcheon Culture Village ini setiap sudutnya dipenuhi dengan bermacam jenis warna yang pastinya tidak sebosan dengan pemandangan satu warna sahaja.
Kami nak pesan siap-siap kepada anda supaya memakai kasut yang sesuai dan selesa.
![80 Tempat Menarik Di Korea Selatan Top & Rare [PANDUAN LENGKAP] 79 Perkampungan Budaya Gamcheon](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/01/Perkampungan-Budaya-Gamcheon-1024x768.jpg)
Hal ini kerana disini kawasan kampungnya bertingkat-tingkat. Disini juga terdapat banyak kedai kopi.
Jadi, kalau dah penat berjalan tu bolehlah rehat sebentar dan menghirup secawan kopi untuk mengembalikan tenaga anda.
- Lokasi: [Lihat Hotel] | [Lihat Peta] | South Korea, Busan, Saha-gu, Gamcheon-dong, 10-13
- Masuk adalah percuma, perjalanan sekitar kawasan perumahan dan kampung
Sea Life Busan Aquarium
![80 Tempat Menarik Di Korea Selatan Top & Rare [PANDUAN LENGKAP] 80 Sea Life Busan Aquarium](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/01/Sea-Life-Busan-Aquarium-1024x687.jpg)
Tak kira walau kemana sahaja anda mengembara, hidupan laut pastinya akan tetap menjadi salah satu daripada tarikan untuk anda.
Begitu juga di Korea Selatan dimana anda dapat temukan sebuah lokasi yang dikenali sebagai Sea Life Busan Aquarium.
![80 Tempat Menarik Di Korea Selatan Top & Rare [PANDUAN LENGKAP] 81 Akuarium Sea Life di Busan](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/01/Akuarium-Sea-Life-di-Busan-1024x682.jpg)
Disini, anda dapat menikmati keindahan dan keunikan panorama air dengan adanya sekitar 250 spesis hidupan marin yang berbeza.
Ia pastinya akan memberikan satu kelainan dalam percutian anda disini.
- Lokasi: [Lihat Hotel] | [Lihat Peta] | 266 Haeundaehaebyeon-ro, Jung-dong, Haeundae, Busan, South Korea
- Tiket: Dewasa 29,000 won | Kanak-kanak (4-12 Tahun) 23,000 won
BIFF Square
![80 Tempat Menarik Di Korea Selatan Top & Rare [PANDUAN LENGKAP] 82 Busan International Film Festival](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/01/Busan-International-Film-Festival-1024x598.jpg)
BIFF Square atau nama penuhnya, Busan International Film Festival merupakan sebuah lokasi terkenal dan turut menjadi destinasi yang wajib singgah buat penggemar shopping dan juga food hunters.
Ia terletak berhampiran dengan Menara Busan.
![80 Tempat Menarik Di Korea Selatan Top & Rare [PANDUAN LENGKAP] 83 Busan International Film Festival Ceremony](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/01/Busan-International-Film-Festival-Ceremony-1024x683.jpg)
BIFF Square beralamat di Nombor 20, BIFF Gwangjang-ro, Jung-gu, Busan.
Bukan apa kami berikan anda alamat kerana kami nak anda mencuba satu hidangan popular yang menjadi sebutan pengunjung disini iaitu Hotteok yang merupakan sebuah hidangan yang mengandungi kacang, serbuk cinnamon dan juga bijan.
- Lokasi: [Lihat Hotel] | [Lihat Peta] | 58-1 Gudeok-ro, Nampo-dong, Jung-gu, Busan, South Korea
- Masuk adalah percuma. Kawasan orang awam
Apsan Observatory
![80 Tempat Menarik Di Korea Selatan Top & Rare [PANDUAN LENGKAP] 84 Pemandangan Apsan Mountain](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/01/Pemandangan-Apsan-Mountain-1024x239.jpg)
Apsan Observatory pula merupakan sebuah destinasi yang memberikan anda dua cara utama untuk berkunjung kesini.
Cara pertama adalah sangat sesuai buat anda yang fit dan mempunyai stamina yang agak tinggi kerana anda boleh mendaki sehingga ke puncak Gunung Apsan.
![80 Tempat Menarik Di Korea Selatan Top & Rare [PANDUAN LENGKAP] 85 Apsan Park](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/01/Apsan-Park-1024x682.jpg)
Cara kedua pula boleh dikatakan sebagai cara termudah kerana anda boleh saja menaiki kereta kabel yang disediakan disini.
Tak kisahlah walau cara apa sekalipun yang anda pilih, anda pastinya tidak akan kecewa dengan apa yang bakal disajikan kepada anda disini.
- Lokasi: [Lihat Hotel] | [Lihat Peta] | Apsansunhwan-ro, Daemyeong 9(gu)-dong, Nam-gu, Daegu, South Korea
- Masuk adalah percuma
Apsan Park
![80 Tempat Menarik Di Korea Selatan Top & Rare [PANDUAN LENGKAP] 86 Apsan Park Daegu](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/01/Apsan-Park-Daegu-1024x682.jpg)
Apsan Park merupakan sebuah destinasi yang berada berdekatan dengan Apsan Observatory. Sama seperti cara untuk anda ke Apsan Observatory, anda mempunyai dua pilihan cara untuk kesini.
Bagi anda yang gemarkan pendakian yang mencabar stamina dan kecergasan anda, anda boleh cuba cara yang pertama ini iaitu mendaki sekitar 2 jam untuk sampai ke puncak.
Cara yang kedua pula adalah dengan menaiki kereta kabel yang disediakan di kaki gunung.
- Lokasi: [Lihat Hotel] | [Lihat Peta] | Daemyeong 9(gu)-dong, Daegu
- Masuk adalah percuma, jaga kebersihan dan treking dengan selamat
Kim Gwang Seok Street
![80 Tempat Menarik Di Korea Selatan Top & Rare [PANDUAN LENGKAP] 87 Kim Gwang Seok Street](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/01/Kim-Gwang-Seok-Street-1024x683.jpg)
Kim Kwang Seok merupakan seorang penyanyi dan juga penulis lagu yang terkenal dan sangat berbakat di Korea Selatan. Malangnya, beliau mati pada usia yang sangat muda.
Sebagai menghargai dan mengenang bakat beliau, pada mulanya sebuah tugu telah dibina namun kini jalan disekitarnya juga telah dihias dengan cara yang paling kreatif.
Boleh dikatakan hampir kesemua sudut di Kim Gwang Seok ini diberikan sentuhan kreatif sehingga menjadikan ia sebagai sebuah lokasi yang sangat menarik untuk dikunjungi.
- Lokasi: [Lihat Hotel] | [Lihat Peta] | Daebong-dong, Jung-gu, Daegu, South Korea
- Masuk percuma, adalah kawasan perjalanan Daegu
Dongseongno Street
![80 Tempat Menarik Di Korea Selatan Top & Rare [PANDUAN LENGKAP] 88 DONGSEONGNO STREET](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/01/DONGSEONGNO-STREET-1024x768.jpg)
Kalau anda perlukan sebuah destinasi yang sangat meriah dengan fesyen, destinasi yang sangat sesuai untuk anda adalah Dongseongno Street. Jangan terkejut kalau disini anda temukan ramai anak muda yang berfesyen dengan pelbagai jenis gaya.
Disini anda boleh temukan berbagai jenis kedai pakaian, aksesori, barangan kemas dan macam-macam lagi. Selain itu, anda juga boleh temukan panggung wayang disini. Dongseongno Street merupakan sebuah destinasi yang sangat sesuai untuk kaki shopping dan harga barangan disini pula sangatlah murah!
- Lokasi: [Lihat Hotel] | [Lihat Peta] | 167-2 Dongseongno 2(i)-ga, Jung-gu, Daegu, South Korea
- Masuk percuma adalah kawasan perjalanan Dongseongno & fesyen
Hillcrest Eco-Adventure
![80 Tempat Menarik Di Korea Selatan Top & Rare [PANDUAN LENGKAP] 89 Hillcrest Eco-Adventure](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/01/Hillcrest-Eco-Adventure-1024x682.jpg)
Kalau anda inginkan sebuah destinasi taman tema eko yang sentiasa meriah tanpa mengira musim, Hillcrest merupakan destinasi yang sangat sesuai untuk anda. Hillcrest sesuai dikunjungi pada bila-bila masa kerana akan sentiasa ada pelbagai jenis aktiviti yang bersesuaian mengikut musim kunjungan anda.
Hillcrest juga turut menawarkan aktiviti yang sangat sesuai untuk anda yang sukakan cabaran iaitu Eco-Adventure. Dalam pakej Eco-Adventure ini, anda boleh melakukan aktiviti seperti flying fox, wall climbing, tightrope walking, ladder ropes dan macam-macam lagi aktiviti lain.
- Lokasi: [Lihat Hotel] | [Lihat Peta] | 1003 Gachang-ro, Gachang-myeon, Dalseong-gun, Daegu, South Korea
- Masuk adalah percuma, jaga keberishan dan dilarang memetik bunga
Biseul Mountain
![80 Tempat Menarik Di Korea Selatan Top & Rare [PANDUAN LENGKAP] 90 Biseul Mountain](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/01/Biseul-Mountain.jpg)
Biseul Mountain atau Gunung Biseul merupakan sebuah destinasi yang sentiasa popular dan menjadi kunjungan tanpa mengira musim. Gunung Biseul yang berketinggian 1084 meter ini pastinya akan memberikan anda satu pemandangan yang cukup unik dan tidak mampu untuk anda temukan di tempat lain.
Bayangkan yang anda dapat melihat pemandangan yang berbeza-beza pada setiap musim. Pemandangan Angaegyegok pada musim panas, pemandangan bunga Chamklot pada musim bunga, pemandangan pokok mapel pada musim luruh dan juga pemandangan gunung ais pada musim sejuk. Unik kan?
- Lokasi: [Lihat Hotel] | [Lihat Peta] | Gachang-myeon, Daegu
- Masuk percuma kawasan trekking berbukit
Daegu Arboretum
![80 Tempat Menarik Di Korea Selatan Top & Rare [PANDUAN LENGKAP] 91 Daegu Arboretum Botanical Garden](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/01/Daegu-Arboretum-Botanical-Garden-1024x499.jpg)
Menarik mengenai Daegu Arboretum adalah sejarahnya yang mana sebelum ini ia merupakan sebuah tapak buangan sampah! Namun kini, ia telah berubah menjadi sebuah destinasi yang sangat mempersona.
Ia dipenuhi dengan bermacam jenis tumbuhan selain menawarkan udara yang sangat segar selepas dibiarkan selama 10 tahun. Bayangkan destinasi yang dahulunya menempatkan lebih dari 4.1 juta ton sampah kini telah berubah kepada tempat yang segar dan menenangkan. Ajaib kan?
- Lokasi: [Lihat Hotel] | [Lihat Peta] | Daegok-dong, Dalseo-gu, Daegu, South Korea
- Masuk percuma jaga kebersihan dan jangan memetik bunga
83 Tower Daegu
![80 Tempat Menarik Di Korea Selatan Top & Rare [PANDUAN LENGKAP] 92 83 TOWER Daegu](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/01/83-TOWER-Daegu-1024x682.jpg)
Di mana-mana destinasi dalam dunia ini sekalipun, pastinya ada bangunan ikonik yang harus dilawati kan? Begitu juga halnya di Korea Selatan dimana percutian anda kesini tidak akan lengkap sekiranya anda tidak mengunjungi bangunan ikonik disini, 83 Tower.
Ia merupakan sebuah menara tertinggi di Daegu. Saranan kami untuk waktu kunjungan anda kesini adalah pada hari Festival Starlight diadakan kerana pada waktu ini, anda akan dapat menyaksikan sekitar 8 juta lampu LED dinyalakan.
- Lokasi: [Lihat Hotel] | [Lihat Peta] | 200 Duryugongwon-ro, Duryu-dong, Dalseo-gu, Daegu, South Korea
- Tiket: Dewasa 10,000 won | Kanak-kanak (4-12 Tahun) 5,000 won
- Waktu Operasi: Setiap Hari. 10.30 pagi – 9.30 malam
E-World Daegu
![80 Tempat Menarik Di Korea Selatan Top & Rare [PANDUAN LENGKAP] 93 E-WORLD DAEGU](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/01/E-WORLD-DAEGU-1024x683.jpg)
Kalau anda dah sampai ke 83 Tower, apa kata kalau anda terus ke E-World Daegu? Disini anda akan temukan sebuah taman tema indah yang mempunyai pelbagai jenis tarikan menarik. Antara tarikan utama disini adalah magic castle, carousel, little car ride, roller coaster, boomerang dan macam-macam lagi.
Destinasi ini juga sesuai untuk anda yang ingin bergambar. Tambah-tambah kalau anda datang ke sini pada waktu malam. Taman ini akan diwarnai dengan cahaya yang berwarna-warni.
- Lokasi: [Lihat Hotel] | [Lihat Peta] | 200 Duryugongwon-ro, Duryu-dong, Dalseo-gu, Daegu, South Korea
- Tiket: Dewasa 33,000 won | Remaja (13-18 Tahun) 29,000 won | Kanak-kanak (4-12 Tahun) 24,000 won
- Waktu Operasi: Setiap Hari. 10.30 pagi – 9.30 malam
Mount Hallasan
![80 Tempat Menarik Di Korea Selatan Top & Rare [PANDUAN LENGKAP] 94 Gunung Hallasan](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/01/Gunung-Hallasan-1024x682.jpg)
Kunjungan anda ke Korea Selatan tidak akan lengkap sekiranya anda terlepas untuk mengunjungi sebuah kawasan pergunungan yang dikenali sebagai Gunung Hallasan. Disini, anda boleh temukan berbagai jenis spesis tumbuhan.
Berdasarkan apa yang dikhabarkan, terdapat sekitar 1800 jenis semuanya.
Tu belum cerita mengenai haiwan lagi. Terdapat sekitar 4000 spesis haiwan disini. Untuk kesini, anda perlu melalui satu pendakian yang agak mencabar dan semuanya adalah sangat berbaloi bila anda berjaya sampai ke puncaknya.
- Lokasi: [Lihat Hotel] | [Lihat Peta] | Odeung-dong, Jeju-si
- Tiket: Masuk adalah percuma
O’Sulloc Tea Museum
![80 Tempat Menarik Di Korea Selatan Top & Rare [PANDUAN LENGKAP] 96 Osulloc Tea Museum](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/01/Osulloc-Tea-Museum-1024x768.jpg)
Jika di Malaysia, destinasi dan pusat pameran serta tumpuan teh pastinya di Cameron Highland. Tapi, kalau di Korea Selatan pula, O’Sulloc Tea Museum adalah tempatnya.
Muzium teh yang berkonsepkan elegan ini merupakan salah satu daripada destinasi yang wajib anda kunjungi di Korea Selatan.
![80 Tempat Menarik Di Korea Selatan Top & Rare [PANDUAN LENGKAP] 97 O’sulloc Tea Museum](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/01/O’sulloc-Tea-Museum-1024x578.jpg)
Muzium ini dikelilingi oleh ladang teh yang menghijau dan anda boleh melihat sejarah pembuatan teh yang dipamerkan di dalam muzium ini.
Anda juga boleh membeli produk-produk yang berasaskan teh disini.
- Lokasi: [Lihat Hotel] | [Lihat Peta] | 15 Sinhwayeoksa-ro, Andeok-myeon, Seogwipo, Jeju-do, South Korea
- Tiket: Masuk adalah percuma
- Waktu Operasi: 09:00-18:00
Cheonjeyeon Waterfall
![80 Tempat Menarik Di Korea Selatan Top & Rare [PANDUAN LENGKAP] 98 Cheonjeyeon Waterfall](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/01/Cheonjeyeon-Waterfall-1024x575.jpg)
Uniknya mengenai destinasi yang seterusnya adalah, ia merupakan sebuah air terjun tiga tingkat. Air Terjun Cheonjeyeon menjadi diantara destinasi tumpuan pelancong yang datang Korea Selatan.
Air terjun ini keluar dari sebuah gua yang membentuk air terjun tingkat pertama dan air yang terkumpul didalam kolam pula akan membentuk air terjun yang kedua.
![80 Tempat Menarik Di Korea Selatan Top & Rare [PANDUAN LENGKAP] 99 Air Terjun Cheonjeyeon](http://wpfc.ml/b.gif)
Air terjun ketiga pula mengalirkan air tersebut ke dalam laut.
Anda boleh melihat sendiri kesemua tiga tingkat air terjun ini. Cumanya, anda perlukan ketahanan fizikal yang agak tinggi kerana anda perlu menaiki anak tangga yang agak banyak.
- Lokasi: [Lihat Hotel] | [Lihat Peta] | South Korea, Jeju-do, Seogwipo-si, Jungmun-dong, 2232
- Tiket: Dewasa 2,500 won | Remaja (13-18 Tahun) 1,350 won | Kanak-kanak (4-12 Tahun) 850 won
Jeongbang Falls
![80 Tempat Menarik Di Korea Selatan Top & Rare [PANDUAN LENGKAP] 100 Air Terjun Jeongbang](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/01/Air-Terjun-Jeongbang-1024x575.jpg)
Sebuah lagi destinasi air terjun untuk anda yang datang melancong ke Korea Selatan.
Menariknya mengenai Air Terjun Jeongbang ini adalah ia merupakan satu-satunya air terjun yang terus mengalir jatuh kedalam lautan di Asia.
![80 Tempat Menarik Di Korea Selatan Top & Rare [PANDUAN LENGKAP] 101 Air Terjun Jeongbang](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/01/Jeongbang-Falls-575x1024.jpg)
Selain itu, disini juga ada disediakan ruang pemerhatian yang terletak di tebing untuk anda menikmati pemandangan yang sangat indah. Satu peringatan untuk anda.
Hati-hati jika anda ingin datang dekat dengan air terjun ini kerana batuan disini agak licin. Ingat ya!
- Lokasi: [Lihat Hotel] | [Lihat Peta] | South Korea, Jeju-do, Seogwipo, Jungmun-dong, 2232
- Tiket: Dewasa 2,000 won | Kanak-kanak (4-12 Tahun) 1,600 won
- Waktu Operasi: 09:00-19:00
Seonsang Ilchulbong
![80 Tempat Menarik Di Korea Selatan Top & Rare [PANDUAN LENGKAP] 102 Taman Negara Seonsang Ilchulbong](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/01/SEONSANG-ILCHULBONG-1024x667.jpg)
Seonsang Ilchulbong atau turut dikenali dengan nama Seongsan Sunrise Peak merupakan sebuah destinasi yang telah diiktiraf oleh UNESCO sebagai salah satu daripada 7 keajaiban dunia.
Ia juga memegang rekod sebagai kawasan pertama yang telah diiktiraf sebagai tapak warisan dunia.
![80 Tempat Menarik Di Korea Selatan Top & Rare [PANDUAN LENGKAP] 103 Seongsan Sunrise Peak](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/01/Seongsan-Sunrise-Peak-1024x543.jpg)
Semuanya adalah kerana bentuknya yang agak unik dan kelihatan seperti sebuah mahkota. Berdasarkan kajian, ia terbentuk sekitar 100 ribu tahun dahulu hasil daripada letusan sebuah gunung berapi di permukaan lautan.
- Lokasi: [Lihat Hotel] | [Lihat Peta] | Seongsan-eup, Seogwipo-si
- Tiket: Dewasa 2,000 won | Kanak-kanak (4-12 Tahun) 1,000 won
- Waktu Operasi: 07:30-20:00
Jeju Waterworld
![80 Tempat Menarik Di Korea Selatan Top & Rare [PANDUAN LENGKAP] 104 jeju waterworld](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/01/jeju-waterworld-1024x603.jpg)
Untuk destinasi yang seterusnya, kami akan berikan sedikit kelainan buat anda. Destinasi saranan kami untuk anda adalah Jeju Waterworld.
Ia merupakan salah satu cara terbaik untuk anda melepaskan penat lelah anda berjalan meneroka negara Korea Selatan ini.
Banyak aktiviti yang anda boleh lakukan selain daripada aktiviti biasa yang boleh dilakukan di taman tema air seperti sauna, spa, pusat kecergasan, indoor golf dan juga kampung herba.
- Lokasi: [Lihat Hotel] | [Lihat Peta] | 33 Woldeukeom-ro, Daeryun-dong, Seogwipo, Jeju-do, South Korea
- Tiket: Dewasa 35,000 won | Kanak-kanak (4-12 Tahun) 32,000 won
- Waktu Operasi: 10:00-20:00
Jungmun Saekdal Beach
![80 Tempat Menarik Di Korea Selatan Top & Rare [PANDUAN LENGKAP] 105 Jungmun Saekdal Beach South Korea](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/01/Jungmun-Saekdal-Beach-South-Korea-1024x576.jpeg)
Jungmun Beach atau Pantai Jungmun merupakan sebuah pantai yang boleh dikatakan agak unik. Hal ini kerana pasir di pantai ini tidak seperti di tempat lain.
Pasirnya berwarna merah, hitam, putih dan juga kelabu.
![80 Tempat Menarik Di Korea Selatan Top & Rare [PANDUAN LENGKAP] 106 Jungmun Beach South Korea](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/01/Jungmun-Beach-South-Korea-1024x576.jpg)
Anda juga boleh temukan berbagai jenis hidupan yang eksotik di sekitar kawasan tebing pantai ini. Antara aktiviti yang boleh anda lakukan disini adalah selam skuba, ski air, parasailing dan juga menaiki kapal layar.
Untuk peringatan, anda dinasihatkan untuk lebih berhati-hati jika anda ingin mandi di pantai ini kerana airnya agak dalam.
- Lokasi: [Lihat Hotel] | [Lihat Peta] | 2812-2 Jungmun-dong, Seogwipo, Jeju-do, South Korea
- Tiket: Masuk adalah percuma
Teddy Bear Museum
![80 Tempat Menarik Di Korea Selatan Top & Rare [PANDUAN LENGKAP] 107 Muzium Teddy Bear](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/01/TEDDY-BEAR-MUSEUM.jpg)
Anda peminat drama Korea? Pastinya anda pernah mendengar mengenai drama Princess Hours. Muzim Teddy Bear telah menjadi salah satu daripada lokasi penggambaran drama tersebut.
Sekalipun anda bukanlah peminat drama Korea, anda pasti teringin untuk melihat teddy bear disini yang agak unik.
![80 Tempat Menarik Di Korea Selatan Top & Rare [PANDUAN LENGKAP] 108 TEDDY BEAR MUSEUM With Costume](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/01/TEDDY-BEAR-MUSEUM-With-Costume-1024x614.jpg)
Hal ini kerana ia digambarkan dalam karakter yang berbeza seperti Madonna, Marilyn Monroe dan juga Elvis Presley. Ada lagi karakter-karakter lain.
Satu lagi tarikan utama disini adalah pameran teddy bear yang telah berusia 100 tahun!
- Lokasi: [Lihat Hotel] | [Lihat Peta] | 2889 Saekdal-dong, Seogwipo, Jeju-do, South Korea
- Tiket: Dewasa 10,000 won | Remaja 9,000 won | Kanak-kanak (4-12 Tahun) 8,000 won
- Waktu Operasi: 09:00-19:00
Manjanggul Cave
![80 Tempat Menarik Di Korea Selatan Top & Rare [PANDUAN LENGKAP] 109 Manjanggul Cave](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/01/Manjanggul-Cave-1024x683.jpg)
Gua Manjanggul merupakan salah satu daripada tapak warisan UNESCO di Korea Selatan. Ia juga memiliki rekod lain yang agak menakjubkan iaitu ia merupakan salah satu daripada gua atau terowong yang terpanjang di dunia.
Terowong sepanjang 8-9 kilometer ini terhasil daripada aliran lava pada suatu ketika dahulu.
Namun begitu, jarak yang dibuka dan dibenarkan untuk pelancong lalui adalah 1 kilometer sahaja.
Nasihat kami untuk anda adalah, pakai pakaian yang agak tebal kerana gua ini agak sejuk dan pakai kasut yang sesuai kerana ia agak licin.
- Lokasi: [Lihat Hotel] | [Lihat Peta] | 182 Manjanggul-gil, Gujwa-eup, Cheju, Jeju-do, South Korea
- Tiket: Dewasa 2,000 won | Kanak-kanak (4-12 Tahun) 1,000 won
- Waktu Operasi: 09:00-18:00
Jeju Folk Village
![80 Tempat Menarik Di Korea Selatan Top & Rare [PANDUAN LENGKAP] 110 Jeju Folk Village Museum](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/01/Jeju-Folk-Village-Museum-1024x768.jpg)
Anda teringin untuk merasai sendiri suasana dan pengalaman perkampungan klasik di Pulau Jeju? Kalau macam tu, Jeju Folk Village Museum merupakan destinasi yang terbaik untuk anda lawati.
Kawasan yang berkeluasan 40 ekar ini menempatkan kampung yang dibina dan direka dengan penuh ketelitian.
![80 Tempat Menarik Di Korea Selatan Top & Rare [PANDUAN LENGKAP] 111 Jeju Folk Village](http://wpfc.ml/b.gif)
Ia menggunakan barang-barang antik seperti 1046 barangan buluh, 1627 barangan kayu dan lain-lain lagi.
Memang tidak dapat dinafikan bahawa muzium ini agak realistik dan ia merupakan diantara tarikan utama buat mereka yang berkunjung ke Korea.
- Lokasi: [Lihat Hotel] | [Lihat Peta] | 631-34 Minsokhaean-ro, Pyoseon-myeon, Seogwipo, Jeju-do, South Korea
- Tiket: Dewasa 9,000 won | Kanak-kanak (4-18 Tahun) 5,000 won
- Waktu Operasi: 08:30-18:30
Incheon Bridge
![80 Tempat Menarik Di Korea Selatan Top & Rare [PANDUAN LENGKAP] 112 Incheon Bridge View](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/01/Incheon-Bridge-View-1024x589.jpg)
Di Korea Selatan, anda boleh temukan jambatan ketujuh terpanjang di dunia. Jambatan ini tidak lain dan tidak bukan adalah Jambatan Incheon.
Pemandangan yang dapat anda saksikan daripada jambatan ini adalah keindahan lautan dan juga bandaraya Incheon. Nak lagi memukau, anda boleh datang ke sini pada waktu malam.
![80 Tempat Menarik Di Korea Selatan Top & Rare [PANDUAN LENGKAP] 113 Incheon Bridge](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/01/Incheon-Bridge-1024x337.jpg)
Selain daripada pemandangan yang memukau, Incheon Bridge juga terkenal kerana ia mempunyai senibina yang agak luarbiasa menariknya serta sangat mengagumkan.
Ramai yang memilih untuk mengambil gambar dan tidak kurang juga yang merakam video. Anda pun jangan terlepas untuk buat salah satu tu ya!
- Lokasi: [Lihat Hotel] | [Lihat Peta] | Hang-dong 7(chil)-ga, Incheon, South Korea
Incheon Grand Park
![80 Tempat Menarik Di Korea Selatan Top & Rare [PANDUAN LENGKAP] 114 Incheon Grand Park](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/01/Incheon-Grand-Park-1024x768.jpg)
Incheon Grand Park merupakan sebuah taman yang benar-benar merefleksi namanya sebagai sebuah taman yang sangat grand!
Ia merupakan salah satu daripada destinasi di Korea Selatan yang sesuai dikunjungi pada bila-bila masa tanpa mengira musim.
![80 Tempat Menarik Di Korea Selatan Top & Rare [PANDUAN LENGKAP] 115 Incheon Grand Park View](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/01/Incheon-Grand-Park-View-1024x682.jpg)
Pemandangan yang ada disini termasuklah gunung, tasik, rumah hijau dan taman botani. Ramai pengunjung yang pernah datang pun pasti akan berkunjung lagi ke sini untuk setiap kunjungan mereka ke Korea Selatan.
Ia juga turut menawarkan kemudahan seperti khemah untuk bersantai, ruang berbasikal, dan juga mini library.
- Lokasi: [Lihat Hotel] | [Lihat Peta] | Jangsu-dong, Incheon, South Korea
- Tiket: Masuk adalah percuma
- Waktu Operasi: 05:00-22:00
Jayu Park
![80 Tempat Menarik Di Korea Selatan Top & Rare [PANDUAN LENGKAP] 116 Freedom Park atau Jayu Park](http://wpfc.ml/b.gif)
Freedom Park mempunyai nama lainnya iaitu Jayu Park. Ia merupakan sebuah taman yang terletak di atas bukit.
Jika anda ingin melihat pemandangan indah sekitar Incheon, Freedom Park adalah tempatnya.
![80 Tempat Menarik Di Korea Selatan Top & Rare [PANDUAN LENGKAP] 117 MacArthur statue Jayu Park](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/01/MacArthur-statue-Jayu-Park-768x1024.jpg)
Anda juga akan dapat melihat lautan, gunung dan bermacam jenis tumbuhan serta bunga yang menambahkan lagi seri tempat ini.
Lagi kalau anda datang ke sini pada musim bunga. Ia juga merupakan taman pertama di Korea Selatan yang mengetengahkan konsep barat.
- Lokasi: [Lihat Hotel] | [Lihat Peta] | 25 Jayugongwonnam-ro, Bukseong-dong 3(sam)-ga, Jung-gu, Incheon, South Korea
- Tiket: Masuk adalah percuma
Jeondeungsa Temple
![80 Tempat Menarik Di Korea Selatan Top & Rare [PANDUAN LENGKAP] 118 Jeondeungsa Jonggo](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/01/Jeondeungsa-Jonggo-1024x576.jpg)
Pada awal pembinaannya, Kuil Jeondeungsa dinamakan sebagai Jinjingsa pada zaman Dinasti Goryeo. Kawasan sekitar dan binaannya sangat indah dan mengagumkan.
Selain itu, bangunan utama tokong ini juga memukau mata kerana ukirannya begitu menarik.
![80 Tempat Menarik Di Korea Selatan Top & Rare [PANDUAN LENGKAP] 119 Jeondeungsa Temple](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/01/Jeondeungsa-Temple-1024x465.jpg)
Di dinding bangunan ini juga berperanan sebagai sebuah memorial.
Hal ini kerana di dindingnya tertulis nama-nama para pejuang negara Korea Selatan yang berjuang menentang tentera Perancis suatu masa dahulu.
- Lokasi: [Lihat Hotel] | [Lihat Peta] | 37-41 Jeondeungsa-ro, Gilsang-myeon, Kanghwa, Incheon, South Korea
- Tiket: Dewasa 3,000 won | Kanak-kanak (4-12 Tahun) 2,000 won
- Waktu Operasi: 07:30-18:30
Songwol-dong Fairy Tale Village
![80 Tempat Menarik Di Korea Selatan Top & Rare [PANDUAN LENGKAP] 120 Songwol-dong Fairy Tale Village](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/01/Songwol-dong-Fairy-Tale-1024x714.jpg)
Sangat sesuai buat anda yang berkunjung kesini bersama keluarga. Bayangkan suka tak suka anak anda bila anda bawa mereka kesini. Songwol-dong Fairy Tale Village ni merupakan sebuah lokasi yang mengetengahkan konsep dunia dongeng.
Disini anda boleh temukan karakter-karakter kartun terkenal.
![80 Tempat Menarik Di Korea Selatan Top & Rare [PANDUAN LENGKAP] 121 Songwol-dong Fairy Tale Village](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/01/Songwol-dong-Fairy-Tale-Village-1024x514.jpg)
Mungkin anda yang dewasa juga akan turut rasa seronok bila berada disini. Kawasannya agak kecil namun anda tidak sempat pun untuk fikirkan semua tu kerana masa anda disini adalah untuk mengagumi kesemua hasil seni yang ada disini.
Namakan saja watak kartun apa, Cinderella, Peter Pan, Snow White dan lain-lain, pasti anda akan temukan semuanya disini.
- Lokasi: [Lihat Hotel] | [Lihat Peta] | Jayugongwonseo-ro 45beon-gil, Songwol-dong 3(sam)-ga, Jung-gu, Incheon, South Korea
Songdo Central Park
![80 Tempat Menarik Di Korea Selatan Top & Rare [PANDUAN LENGKAP] 122 Taman Urban Songdo Central Park](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/01/Taman-Urban-Songdo-Central-Park-1024x685.jpg)
Kalau anda pernah ke Central Park New York, anda pastinya bersetuju dengan kami jika kami katakan Songdo Central Park ini pun tak kurang hebatnya.
Walaupun Songdo Central Park ini berada ditengah-tengah hutan konkrit, namun ia tetap kaya dengan tumbuhan hijaunya.
![80 Tempat Menarik Di Korea Selatan Top & Rare [PANDUAN LENGKAP] 123 Songdo Central Park](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/01/Songdo-Central-Park-1024x685.jpg)
Suasana disini agak meriah kerana anda boleh temukan berbagai aktiviti disini seperti berbasikal, bot pedal, kapal layar dan juga berkayak.
Nak tahu apa yang lebih menarik disini? Disini juga terdapat hidupan seperti arnab dan rusa yang anda boleh dekati.
- Lokasi: [Lihat Hotel] | [Lihat Peta] | 196 Technopark-ro, Songdo-dong, Yeonsu-gu, Incheon, South Korea
Jjajangmyeon Museum
![80 Tempat Menarik Di Korea Selatan Top & Rare [PANDUAN LENGKAP] 124 Jjajangmyeon Museum](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/01/Jjajangmyeon-Museum-1024x680.jpg)
Bagi anda yang gemarkan drama Korea, pastinya nama Jjajangmyeon ini tidak asing lagi dengan anda kan? Pasti ada saja adegan dalam drama atau filem Korea yang melibatkan makanan ini.
Sebenarnya, Jjangmyeon merupakan nama sejenis mee yang dicipta oleh pendatang dari negara China pada awal tahun 1900. Bermula dari situ, mee Jjangmyeon semakin banyak digunakan didalam masakan Korea.
![80 Tempat Menarik Di Korea Selatan Top & Rare [PANDUAN LENGKAP] 125 Muzium Jjajangmyeon](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/01/Muzium-Jjajangmyeon-1024x644.jpg)
Di muzium Jjajangmyeon ini, anda akan temukan banyak informasi berkenaan mee ini dan yang peliknya, anda akan tertarik dengan apa yang ada disini walaupun majoritinya berkaitan dengan mee.
- Lokasi: [Lihat Hotel] | [Lihat Peta] | 32-6 Seollin-dong, Jung-gu, Incheon, South Korea
- Tiket: Dewasa 1,000 won | Remaja 700 won | Kanak-kanak (4-12 Tahun) 500 won
- Waktu Operasi: 09:00-18:00
Ganghwa Chojijin Fortress
![80 Tempat Menarik Di Korea Selatan Top & Rare [PANDUAN LENGKAP] 126 Ganghwa Chojijin Fortress](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/01/Ganghwa-Chojijin-Fortress-1024x768.jpg)
Kubu Ganghwa Chojijin ini berusia agak tua juga. Bayangkan yang kubu ini telah dibina pada tahun 1655 lagi.
Ia berfungsi sebagai kubu pertahanan Korea Selatan daripada serangan musuh yang datang dari arah laut.
![80 Tempat Menarik Di Korea Selatan Top & Rare [PANDUAN LENGKAP] 127 Kubu Ganghwa Chojijin](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/01/Kubu-Ganghwa-Chojijin-1024x717.jpg)
Antara tarikan utama disini adalah beberapa buah meriam yang anda dapat lihat secara dekat. Meriam-meriam ini digunakan untuk mempertahankan negara oleh tentera pada zaman Dinasti Joseon. Anda akan dikenakan bayaran untuk masuk ke sini.
Bayaran adalah sebanyak 700 won untuk dewasa dan 500 won untuk kanak-kanak.
- Lokasi: [Lihat Hotel] | [Lihat Peta] | 624 Choji-ri, Gilsang-myeon, Kanghwa, Incheon, South Korea
- Tiket: Dewasa 700 won | Remaja 600 won | Kanak-kanak (4-12 Tahun) 500 won
- Waktu Operasi: 09:00-18:00
Sindo Island
![80 Tempat Menarik Di Korea Selatan Top & Rare [PANDUAN LENGKAP] 128 Sindo Island](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/01/Sindo-Island-1024x587.jpg)
Sindo Island atau Pulau Sindo ini agak unik sebenarnya. Ia merupakan salah satu daripada tiga buah pulau yang dihubungkan dengan jambatan.
Dua pulau lain yang ada adalah Pulau Sido dan juga Pulau Modo.
![80 Tempat Menarik Di Korea Selatan Top & Rare [PANDUAN LENGKAP] 129 Sindo Island Map](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/01/Sindo-Island-Map-1024x569.jpg)
Pulau Sindo ini pula terletak diantara kedua-duanya. Menariknya di Pulau Sindo ini adalah, ia mempunyai sebuah pantai yang dikenali sebagai Pantai Sugi. Ia merupakan destinasi yang sangat terkenal sebagai sebuah tapak perkhemahan untuk pelancong dalam dan juga luar negara.
Kalau anda nak menjelajah pulau ini, anda boleh lakukannya dengan berbasikal yang merupakan aktiviti utama disini.
- Lokasi: [Lihat Hotel] | [Lihat Peta] | Bukdo-myeon, Incheon
Incheon’s Children Science Museum
![80 Tempat Menarik Di Korea Selatan Top & Rare [PANDUAN LENGKAP] 130 Incheon’s Children Science Museum 1](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/01/Incheon’s-Children-Science-Museum-1-1024x477.jpg)
Kalau anda rasa mengunjungi muzium adalah satu bentuk aktiviti yang membosankan, apa kata anda tarik balik kenyataan anda tersebut kerana anda pastinya tidak sangka yang muzium akan jadi sangat menarik apabila anda mengunjungi Incheon’s Children Science Museum!
Untuk makluman anda, Incheon’s Children Science Museum & Incheon’s Children Museum adalah berbeza. Tetapi ia berkedudukan sangat dekat antara satu sama lain. Children Science Museum adalah yang terbaru namun kami syorkan anda pergi kedua-duanya.
![80 Tempat Menarik Di Korea Selatan Top & Rare [PANDUAN LENGKAP] 131 Incheon’s Children Museum](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/01/Incheon’s-Children-Museum-1024x672.jpg)
Anda bukan saja mampu membawa anak-anak anda untuk melihat pameran yang menarik bahkan anda juga dapat mencungkil kreativiti mereka dalam masa yang sama.
Antara pameran interaktif yang ada disini adalah Book Study, Global Village Culture Search, Science Exploration, Dino Exploration, bilik 3D dan juga bilik seni.
- Lokasi: [Lihat Hotel] | [Lihat Peta] | 21 Bangchuk-ro, Gyeyang 2(i)-dong, Gyeyang-gu, Incheon, South Korea
- Tiket: Dewasa 4000 won | Remaja 3000 won | Kanak-kanak (4-12 Tahun) 2000 won
- Waktu Operasi: 09:00-18:00
Garosu-gil Street
![80 Tempat Menarik Di Korea Selatan Top & Rare [PANDUAN LENGKAP] 132 Garosu-gil](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/01/Garosu-gil-1024x768.jpg)
Garosu-gil membawa maksud daripada perkataan Korea iaitu jalan yang dipenuhi deretan pokok.
Sebenarnya ia memang benar-benar menggambarkan Garosu-gil kerana anda boleh lihat sendiri bahawa kawasan ini dipenuhi dengan deretan pokok gingko.
![80 Tempat Menarik Di Korea Selatan Top & Rare [PANDUAN LENGKAP] 133 Garosu-gil Street](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/01/Garosu-gil-Street-1024x710.jpg)
Kami sangat sarankan anda untuk kesini pada musim luruh. Hal ini kerana anda akan melihat daun-daun pokok gingko ini berubah warna kepada warna kuning keemasan. Menarik kan?
Ia juga terkenal dengan butik pakaian, kafe, restoran, bar, dan juga galeri. Selain itu, ia turut dipenuhi dengan bangunan yang mempunyai reka bentuk yang agak menarik.
- Lokasi: [Lihat Hotel] | [Lihat Peta] | Banpo 4(sa)-dong, Seocho-gu, Seoul, South Korea
S.M Town
![80 Tempat Menarik Di Korea Selatan Top & Rare [PANDUAN LENGKAP] 134 SMTOWN COEX Artium](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/01/SMTOWN-COEX-Artium-1024x683.jpg)
S.M Entertainment mungkin merupakan satu nama yang tidak asing lagi buat peminat k-pop. S.M Entertainment merupakan salah satu daripada syarikat hiburan gergasi yang mendominasi industri hiburan di Korea Selatan.
SM Town telah dibuka secara rasmi pada 14 Januari 2015 dan ia terletak di COEX Artium.
![80 Tempat Menarik Di Korea Selatan Top & Rare [PANDUAN LENGKAP] 135 COEX Mall Megabox Cinema Lobby](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/01/COEX-Mall-Megabox-Cinema-Lobby-1024x683.jpg)
SM Town terdiri daripada SM Town Studio, ruang untuk pengunjung merasai pengalaman sebagai artis S.M Entertainment, kedai cenderahati dan juga kafe.
Anda juga boleh melihat sebuah skrin besar di SM Town Theater dimana anda boleh menikmati persembahan hologram dan juga persembahan secara langsung.
- Lokasi: [Lihat Hotel] | [Lihat Peta] | 513 Yeongdong-daero, Samseong 1(il)-dong, Gangnam-gu, Seoul, South Korea
Dongdaemun Market
![80 Tempat Menarik Di Korea Selatan Top & Rare [PANDUAN LENGKAP] 136 Dongdaemun](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/01/Dongdaemun-1024x682.jpg)
Dongdaemun merupakan salah satu destinasi wajib singgah jika anda dah berada di Seoul, Korea Selatan. Mana tidaknya.
Dongdaemun sangat terkenal sebagai sebuah pusat membeli belah.
![80 Tempat Menarik Di Korea Selatan Top & Rare [PANDUAN LENGKAP] 137 Dongdaemun Market](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/01/Dongdaemun-Market-1024x768.jpg)
Dongdaemun dibahagikan kepada dua bahagian iaitu Seksyen 1 yang berada di sekitar Doosan Tower manakala Seksyen 2 pula berada berdekatan dengan Dongdaemun Design Plaza and Park.
Anda boleh temukan berbagai jenis barangan yang dijual pada harga borong dan juga harga runcit disini. Kawasan atau pusat membeli belah yang utama disini adalah Doosan Tower, Hello APM dan juga MIgliore.
- Lokasi: [Lihat Hotel] | [Lihat Peta] | 28 Choui-ro, Yongsin-dong, Dongdaemun-gu, Seoul, South Korea
Lotte World
![80 Tempat Menarik Di Korea Selatan Top & Rare [PANDUAN LENGKAP] 138 Lotte World](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/01/Lotte-World-1024x682.jpg)
Nak tahu sebuah lagi destinasi di Korea Selatan yang memegang rekod sebagai indoor theme park terbesar di dunia? Ia tidak lain dan tidak bukan adalah Lotte World.
Lotte World dibahagikan kepada dua bahagian utama iaitu Indoor Adventure Theme setinggi 4 tingkat dan juga Magic Island Theme yang terletak di sebelah luar.
![80 Tempat Menarik Di Korea Selatan Top & Rare [PANDUAN LENGKAP] 139 Lotte World Mask Venetian](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/01/Lotte-World-Mask-Venetian-768x1024.jpg)
Beza kedua-dua bahagian ini adalah kesesuainnya berdasarkan peringkat umur. Indoor Adventure Theme lebih sesuai untuk anak-anak kecil.
Magic Island Theme yang berhampiran dengan tasik Seokchonhosu pula lebih sesuai untuk pengunjung dewasa.
- Lokasi: [Lihat Hotel] | [Lihat Peta] | 300 Olympic-ro, Jamsil 6(yuk)-dong, Songpa-gu, Seoul, South Korea
- Tiket Universal Pass: Dewasa 57,000 won | Remaja 50,000 won | Kanak-kanak (4-12 Tahun) 46000 won
- Waktu Operasi: 09:30-22:00
Everland Theme Park
![80 Tempat Menarik Di Korea Selatan Top & Rare [PANDUAN LENGKAP] 140 Everland Theme Park](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/01/Everland-Theme-Park-1024x588.jpg)
Kalau tadi kami dah kongsikan dengan anda indoor theme park yang terbesar didunia, sekarang kami akan kongsikan dengan anda theme park yang terbesar di Korea Selatan pula.
Everland Theme Park memegang rekod tersebut dan ia terletak di Everland Resort di Yongin.
![80 Tempat Menarik Di Korea Selatan Top & Rare [PANDUAN LENGKAP] 141 Everland Theme Park Resort](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/01/Everland-Theme-Park-Resort-1024x768.jpg)
Antara catatan luarbiasa yang pernah dilakukannya adalah, ia menerima sekitar 7.3 juta pengunjung pada setiap tahun dan ia juga pernah berada di tangga ke-16 dunia bagi jumlah pengunjung paling ramai pada tahun 2014.
Ia terbahagi kepada lima bahagian iaitu Global Fair, Zoo-Topia, European Adventure, Magic Land dan juga American Adventure.
- Lokasi: [Lihat Hotel] | [Lihat Peta] | 199 Everland-ro, Pogog-eup, Cheoin-gu, Yongin-si, Gyeonggi-do, South Korea
- Tiket Universal Pass: Dewasa 54,000 won | Remaja 46,000 won | Kanak-kanak (4-12 Tahun) 43000 won
- Waktu Operasi: 10:00-22:00
Myeongdong
![80 Tempat Menarik Di Korea Selatan Top & Rare [PANDUAN LENGKAP] 142 Myeongdong Street](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/01/Myeongdong-Street-1024x768.jpg)
Untuk 3 tahun berturut-turut daripada tahun 2011 sehingga 2013, Myeongdong tersenarai sebagai sebuah tempat membeli belah ke-9 termahal di dunia.
Anda boleh temukan bermacam jenis barangan buatan Korea terutamanya produk kecantikan yang terkenal seperti Nature Republic, Tony Moly dan lain-lain.
![80 Tempat Menarik Di Korea Selatan Top & Rare [PANDUAN LENGKAP] 143 Myeongdong Neon at Night](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/01/Myeongdong-Neon-at-Night-795x1024.jpg)
Oh ya. Kalau anda nak cari makanan yang halal pun bukanlah satu masalah disini.
Disini anda boleh temukan bukan saja restoran yang menyajikan makanan yang halal malah anda juga boleh temukan halal street foods disini.
- Lokasi: [Lihat Hotel] | [Lihat Peta] | 53-9 Myeongdong 1(il)-ga, Jung-gu, Seoul, South Korea
Yang Good BBQ Restaurant
![80 Tempat Menarik Di Korea Selatan Top & Rare [PANDUAN LENGKAP] 144 Yang Good BBQ Restaurant](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/01/Yang-Good-BBQ-Restaurant.jpg)
Ok. Untuk destinasi seterusnya, kami fokus kepada makanan pula. Bukan apa. Apa gunanya kalau melancong ke negara orang tapi tidak berpeluang untuk merasai kelazatan masakan tempat tersebut.
Cumanya yang menjadi masalah buat Muslim adalah mencari makanan yang halal.
![80 Tempat Menarik Di Korea Selatan Top & Rare [PANDUAN LENGKAP] 145 Yang Good BBQ Restaurant Rice](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/01/Yang-Good-BBQ-Restaurant-Rice.jpg)
Jadi, kami sangat-sangat cadangkan kepada anda untuk menikmati masakan di Yang Good BBQ Restaurant. Destinasi ini sangat sesuai untuk anda yang datang ke Seoul.
Kalau dah sampai Seoul, jangan lepaskan peluang untuk singgah ke sini ya!
- Lokasi: [Lihat Hotel] | [Lihat Peta] | 15 Nonhyeon-ro 95-gil, Yeoksam-dong, Gangnam-gu, Seoul, South Korea
Nami Island
![80 Tempat Menarik Di Korea Selatan Top & Rare [PANDUAN LENGKAP] 146 Winter Sonata Nami Island](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/01/Winter-Sonata-Nami-Island-1024x768.jpg)
Nami Island atau Pulau Nami merupakan sebuah pulau yang agak unik kerana bentuknya seakan-akan bulan sabit. Ia merupakan hasil daripada pembinaan Empangan Cheongpyeong.
Ada sejarah mengatakan bahawa Pulau Nami ini merupakan tempat bersemadinya General Nami yang merupakan ketua kepada kemenangan besar terhadap pemberontak.
![80 Tempat Menarik Di Korea Selatan Top & Rare [PANDUAN LENGKAP] 147 Nami Island](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/01/Nami-Island-1024x768.jpg)
Menarik mengenai Pulau Nami ini adalah ia tidak mempunyai tiang telefon kerana semua wayar ditanam didalam tanah untuk mengekalkan landskap asal pulau ini.
Selain dari pemandangannya yang indah, Pulau Nami juga menyediakan restoran berstatus halal disini.
- Lokasi: [Lihat Hotel] | [Lihat Peta] | 1 Namisum-gil, Namsan-myeon, Chuncheon, Gangwon-do, South Korea
- Tiket: [Naminara Visa (Entrance Fee + Farry Fare] Dewasa 13,000 won | Remaja 10,000 won | Kanak-kanak (4-12 Tahun) 7,000 won
- Waktu Operasi: Mengikut jadual Feri 07:30-09:00 (30 minit pusingan) | 09:00-18:00 (10-20 minit pusingan) | 18:00-21:40 (30 minit pusingan)
Petite France
![80 Tempat Menarik Di Korea Selatan Top & Rare [PANDUAN LENGKAP] 148 Petite France Nami Island](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/01/Petite-France-Nami-Island-1024x768.jpg)
Petite France mampu memberikan anda perasaan dan pengalaman berada di Perancis. Ia merupakan sebuah lokasi yang terletak di Gapyeong. Ia merupakan sebuah taman tema yang dibangunkan dengan senibina asli Perancis.
Selain itu, ia juga didedikasikan kepada penulis terkemuka Perancis, Saint Exupery.
![80 Tempat Menarik Di Korea Selatan Top & Rare [PANDUAN LENGKAP] 149 Petite France](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/01/Petite-France-1024x768.jpg)
Watak novel The Little Prince juga dapat anda temukan disini. Ia juga mempunyai kafe, workshop, muzium dan rumah tumpangan yang disediakan khas untuk pengunjung.
Anda juga boleh menyaksikan persembahan muzik orgel, tarian marionette dan juga pertunjukan boneka.
- Lokasi: [Lihat Hotel] | [Lihat Peta] | Hoban-ro, Oeseo-myeon, Gapyeong-gun, Gyeonggi-do, South Korea
- Tiket: Dewasa 10,000 won | Remaja 8,000 won | Kanak-kanak (4-12 Tahun) 6,000 won
- Waktu Operasi: 09:00-18:00
Bukhansan National Park
![80 Tempat Menarik Di Korea Selatan Top & Rare [PANDUAN LENGKAP] 150 Bukhansan National Park Rock](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/01/Bukhansan-National-Park-Rock-1024x576.jpg)
Bukhansan National Park atau Taman Negara Bukhansan merupakan sebuah destinasi yang terdiri daripada Gunung Bukhansan dan Dobongsan.
Gunung Bukhansan boleh dikatakan mempunyai tiga puncak iaitu Baegundae, Insubong dan Mangyeongdae yang membuatkan gunung ini dikenali sebagai Samgaksan yang membawa maksud gunung dengan tiga tanduk.
![80 Tempat Menarik Di Korea Selatan Top & Rare [PANDUAN LENGKAP] 151 Bukhansan National Park](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/01/Bukhansan-National-Park-1024x426.jpg)
Anda juga boleh temukan Kubu Bukhansanseong disini. Kubu ini mempunyai 15 pintu gerbang dan 120 bilik.
Selain daripada itu, anda juga akan disajikan dengan keindahan pemandangan yang cukup memukau terutamanya pada musim luruh.
Bersambung…
- Lokasi: [Lihat Hotel] | [Lihat Peta] | 262 Bogukmun-ro, Jeongneung-dong, Seongbuk-gu, Seoul, South Korea
- Tiket: Sila rujuk website rasmi untuk sebarang tempahan hiking atau lawatan kworks.co.kr