Melancong.my
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
PAKEJ TERKINI
LANGGAN PERCUMA
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Singapore
  • Indonesia
  • Thailand
  • Vietnam
  • China
  • Jepun
  • Korea
  • Lagi
    • Cambodia
    • India & Pakistan
    • Balkan
    • Australia
    • Turki
    • Uzbekistan
    • Maldives
    • Filipina
    • Perancis
    • Switzerland
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Singapore
  • Indonesia
  • Thailand
  • Vietnam
  • China
  • Jepun
  • Korea
  • Lagi
    • Cambodia
    • India & Pakistan
    • Balkan
    • Australia
    • Turki
    • Uzbekistan
    • Maldives
    • Filipina
    • Perancis
    • Switzerland
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
Melancong.my
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
Promosi Terhad Promosi Terhad Promosi Terhad
Halaman Malaysia Pakej Selangor

15 Aktiviti & Tempat Paling Menarik di Selangor [TERKINI]

Tarikan Selangor adalah gabungan aktiviti bandar dan alam dan, mudah untuk pergi ke mana saja kerana perhubungan awam yang maju

Hadi Ghazali Oleh: Hadi Ghazali
18 Januari, 2025
Kategori: Pakej Selangor
Masa Bacaan: 5 mins read
33.2k 2.5k
A A
17
tempat menarik di selangor
37.2k
VIEWS
FacebookTwitterPin
PROMO TERHAD PROMO TERHAD PROMO TERHAD
IKLAN / PROMOSI TERHAD

 

Senarai tempat menarik di Selangor: Selangor terletak di pantai barat Semenanjung Malaysia dan mengelilingi wilayah persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Kaya dengan seni, budaya, dan sejarah, Selangor menampilkan seni bina moden di samping bangunan tradisional Melayu, mewujudkan perpaduan pemandangan bandar yang indah.

Bandar yang terancang dan moden ini dilengkapi dengan infrastruktur terbaik termasuk lebuh raya, stadium, tiga lapangan terbang, dan kemudahan sukan yang tiada tandingan.

Promo Hotel Promo Hotel Promo Hotel
IKLAN / PROMOSI TERHAD

Pun dek kepesatan pembangunan, Selangor masih kekal sebagai destinasi pelancongan mesra alam dan memilik keindahan semulajadi yang nyata.

Nasi lemak sarapan pagi dengan kopi

  • Lihat Penginapan Terbaik di Selangor
  • Aktiviti Paling Menarik di Selangor
  • Lihat Peta Percutian di Selangor

Pin

  • 1 Taman Alam Kuala Selangor / Tanah Lembap Pulau Paya
  • 2 Kelip-Kelip Kampung Kuantan Kuala Selangor
  • 3 Bukit Malawati
  • 4 Sky Mirror Kuala Selangor & Blue Tears
  • 5 I-City Shah Alam
  • 6 Muzium Coklat Kuala Lumpur
  • 7 Mitsui Outlet Park
  • 8 Selangor Fruit Valley (SFV)
  • 9 Zoo Negara
  • 10 Bandar Diraja Klang
  • 11 Santuari Ikan Sungai Chilling
  • 12 Hutan Lipur Sungai Congkak & Hutan Lipur Kanching
  • 13 Tadom Hill
  • 14 Pulau Carey
Dalam artikel ini kami senaraikan tempat menarik di Selangor yang anda boleh kunjungi:


Taman Alam Kuala Selangor / Tanah Lembap Pulau Paya

Taman Alam Kuala Selangor | Imej oleh: Khairun Syazreen
Taman Alam Kuala Selangor | Imej oleh: Khairun Syazreen

Taman hijau yang berkeluasan 296 hektar ini mula beroperasi pada tahun 1987 dan meliputi kawasan Hutan Hujan Tropika dan Hutan Paya.

Di sini anda akan melihat pelbagai spesies burung daripada tempatan dan spesies luar negara seperti Rusia dan Siberia.

Monyet banyak boleh ditemukan di Tana Lembap Pulau Payar
Monyet Silver Luntung banyak boleh ditemukan di Tanah Lembap Pulau Payar | Imej oleh Kumar R N

Bermula bulan September hingga April, lebih banyak spesies burung yang bermigrasi ke sini bagi mendapatkan sumber makanan.

Selain melihat burung, anda boleh meneroka keindahan hutan paya bakau, mencari beberapa jenis siput di tasik dan belajar tentang pelestarian alam semulajadi.

Pemandangan dari Bukit Melawati Kuala Selangor | Imej oleh: Alvin Ngow
Pemandangan dari Bukit Bukit Melawati Kuala Selangor | Imej oleh: Alvin Ngow

Malah taman ini turut dilengkapi dengan beberapa kemudahan bagi memberi keselesaan kepada para pengunjung sepanjang aktiviti penggembaraan mereka.

Jika anda berminat untuk bermalam di sini, anda boleh menyewa tapak perkhemahan yang disediakan.


  • Lokasi: Lihat Hotel | Lihat Peta | Jalan Klinik, Taman Alam, 45000 Kuala Selangor, Selangor

  • Tiket: Pakej Tour | Tiket masuk adalah RM4 untuk orang dewasa dan RM1 untuk kanak-kanak

  • Operasi: Taman ini dibuka dari 9 pagi hingga 5 petang | Jaga kebersihan

Kelip-Kelip Kampung Kuantan Kuala Selangor

Kelip Kelip Kampung Kuantan Kuala Selangor
Kelip Kelip Kampung Kuantan Kuala Selangor

Siapa sangka kampung kecil yang terletak hanya 9km dari Kuala Selangor ini bukan sahaja menjadi tarikan oleh pelancong tempatan malah turut terkenal di serata dunia!

Kampung Kuantan ini dikenali ekoran daripada habitat Kelip-kelip yang begitu banyak membiak di kawasannya.

Pakej Kundasang Pakej Kundasang Pakej Kundasang
IKLAN / PROMOSI TERHAD
Kelip-kelip Kampung Kuantan boleh ditemukan pada waktu yang tepat
Kelip-kelip Kampung Kuantan boleh ditemukan pada waktu yang tenang | Imej oleh: Mia Alisa

Mengikut laporan daripada Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) Pusat Santuari Keli-kelip ini turut mendapat sambutan daripada pelancong luar negara seperti Chuna, Jepun, Korea , United Kingdom, Amerika Syarikat, Arab Saudi serta pelancong dari Asia Tenggara.

Kampung Kuantan Fireflies Park
Waktu matahari terbenam di Kampung Kuantan Fireflies Park

Taman ini mula beroperasi pada jam 7.30 malam sehingga 10.30 malam setiap hari.

Anda dinasihatkan untuk memakai pakaian yang sesuai bagi memudahkan anda untuk menaiki sampan bagi menyaksikan keindahan cahaya Kelip-kelip sepanjang sungai.


  • Lokasi: Lihat Hotel | Lihat Peta | Kampung Kuantan, 45000 Bestari Jaya, Selangor

  • Tiket: Pakej Tour | Tiket anggaran tiket adalah RM50 untuk 1 sampan dan muat untuk 4 orang dewasa

  • Operasi: Taman ini dibuka dari 7:30 malam hingga 10:30 malam

Bukit Malawati

Bukit Melawati | Imej oleh: Mashie Abdul
Bukit Melawati | Imej oleh: Mashie Abdul

Bukit Malawati merupakan salah satu destinasi pelancongan yang bersejarah untuk anda kujungi, di sini terdapat beberapa buah bangunan yang dibina oleh penjajah seperti rumah pengawai tinggi, rumah rehat dan rumah api.

Pada zaman Kesultanan Selangor kira-kira akhir abad ke-18 dan awal abd ke-19 ia berfungsi sebagai pusat pentadbiran dan kubu pertahanan.

Muzium sejarah Kuala Selangor di Bukit Melawati | Imej oleh: Farhan Azman
Muzium sejarah Kuala Selangor di Bukit Melawati | Imej oleh: Farhan Azman

Ekoran daripada itu terdapat beberapa tinggalan sejarah seperti sebuah Makam Anak Dara, tiga buah Makam Diraja, Perigi Beracun, Tangga Seratus, Tangga Tujuh, Batu Hampar, Busut Malawati, tempat melihat anak bulan, Meriam Penggawa, Bukit Belanda, Muzium Bersejarah Kuala Selangor dan Kota Malawati.

Menaiki Keretapi Mini Bukit Malawati
Menaiki Keretapi Mini Bukit Malawati | Imej oleh: Mohd Nazir

Anda boleh meneroka sejarah setiap tarikan tersebut dengan menaiki kereta api yang disediakan.

Malah anda berpeluang untuk menyaksikan ragam spesies Monyet Daun Perak (Silvery Luntung) yang berkeliaran di situ.


  • Lokasi: Lihat Hotel | Lihat Peta |  45000 Kuala Selangor, Selangor

  • Tiket: Pakej Tour | Masuk adalah percuma. Tiket keretapi adalah RM3 untuk orang dewasa dan RM1 untuk kanak-kanak

  • Operasi: Taman ini dibuka dari 9:30 pagi hingga 5:30 petang | Jaga kebersihan 

Sky Mirror Kuala Selangor & Blue Tears

Sky Mirror Fun Life Jetty
Sky Mirror Fun Life Jetty

Fenomena air pasang surut  sering terjadi di kawasan pantai dan muara sungai, malah bukan sesuatu yang menarik untuk ditonton.

Namun ia berbeza bagi Kuala Selangor, fenomena ini telah mencetuskan sebuah lagi destinasi viral dalam kalangan rakyat Malaysia!

Waktu petang di Sky Mirror Kuala Selangor
Waktu petang di Sky Mirror Kuala Selangor

Sky Mirror yang terletak di pantai perkampungan nelayan Jeram ini akan mula menarik pandangan pelancong apabila air mulai surut.

Seusai air surut, akan terbentang hamparan pasir yang mebentuk seperti pulau dengan keadaan pasirnya menunjukkan pantulan langit dengan begitu jelas sekali.

Sky Mirror Fun Life Jetty adalah yang paling popular
Sky Mirror Fun Life Jetty adalah yang paling popular

Fenomena ini telah menarik perhatian orang ramai serta para peminat seni fotografi untuk merakamkan keindahan tersebut.

Bagi melihat fenomena tersebut, anda disarankan untuk berkunjung seawal jam 6 pagi sehingga 1 petang serta mengikut Kalendar Cina, fenomena ini tidak berlaku pada hari ke 9 sehingg 12 dan hari ke 23 hingga 25.

Antara tarikan yang menarik di sekitarnya adalah menaiki bot pada waktu malam bagi menyaksikan keunikan ‘Blue Tears’ iaitu air laut yang bercahaya biru berkilau!


  • Lokasi: Lihat Hotel | Lihat Peta | Pasir Penambang No. 215, Jalan Besar 45000, Kuala Selangor

  • Tiket: Pakej Tour | Tiket masuk adalah dari RM7 untuk dewasa

  • Operasi: Taman ini dibuka dari 7 pagi hingga 7 petang

I-City Shah Alam

AJ CityPark Shah Alam
AJ CityPark Shah Alam

Ingin merasai pengalaman seperti berada di alam fantasi?

Ayuh berkunjung ke Taman Tema yang berkonsepkan lampu LED yang pertama di Malaysia iaitu Taman Tema I-City Shah Alam!

Malam diterangi lampu seperti Cyber Punk di Icity Theme Park | Imej oleh: Muhammad Ihsan
Malam diterangi lampu seperti Cyber Punk di Icity Theme Park | Imej oleh: Muhammad Ihsan

Pelbagai tarikan disediakan mengikut peringkat umur, antaranya bermain salji di Snowalk, Laser Warzone, Waterworld, Space Mission, Circus Travel, Trick Art Museum dan banyak lagi.

Pelbagai permainan taman tema seperti roda feris ada disini I Imej oleh: Tom Bos
Pelbagai permainan taman tema seperti roda feris ada disini I Imej oleh: Tom Bos

Jika ingin membeli-belah atau menjamu selera anda boleh ke Central I-City yang terletak berhadapan dengannya.

Seterusnya jangan lepaskan peluang untuk menziarahi masjid terbesar di Malaysia serta masjid kedua terbesar di Asia Tenggara iaitu Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

Icity Theme Park dikunjungi pelancong tempatan dan luar negara | Imej oleh: Renjith
Icity Theme Park dikunjungi pelancong tempatan dan luar negara | Imej oleh: Renjith

Menariknya tentang masjid biru ini kerana ia mempunyai menara individu tertinggi di dunia, mempunyai kumpulan menara tertinggi di dunia dan mempunyai kubah terbesar dalam kategori bangunan keagamaan di dunia!


  • Lokasi: Lihat Hotel | Lihat Peta | AJ CityPark, D-1-G, Jalan Multimedia 7/Ah, I-City, 40000 Shah Alam, Selangor

  • Tiket: Pakej Tour | Tiket masuk percuma anda cuma membeli tiket untuk permainan

  • Operasi: Taman ini dibuka dari 11 pagi dan taman tema dari 6 petang hingga lewat malam

Muzium Coklat Kuala Lumpur

Muzium sejarah penghasilan dan pembuatan coklat
Muzium sejarah penghasilan dan pembuatan coklat

Muzium Coklat Kuala Lumpur ini terletak di Kota Damansara dan mempunyai lebih 100 jenama coklat dengan harga yang berpatutan!

Muzium ini dibahagikan kepada 6 bahagian iaitu perjalanan kemunculan coklat, pelopor coklat, industri pencoklatan, kebaikan coklat untuk kesihatan dan galeri coklat.

Pembuatan coklat dan mencuba coklat
Pembuatan coklat dan mencuba coklat

Tambahan lagi anda akan didedahkan dengan pendidikan interaktif, pengalaman menghasilkan coklat, membeli coklat sebagai buah tangan dan menerokai dunia coklat.

Set model keretapi coklat 30 kaki
Set model keretapi coklat 30 kaki

Seterusnya, muzium coklat 2.0 pula menempatkan Loacker Town, Koleksi Patung-patung ‘Cow Parade’ Asli, Potret Koleksi m&m, Buku Bacaan Raksasa, Replika Koleksi Model Kapal Bersejarah, Replika Pokok Koko Malaysia yang Berukuran Besar, Set Kereta Api Model Panjang Kaki 3D, Wall Art 3D Coklat Venicce, Koleksi Arca Coklat Artistik, Perbarisan Buku dan Co, Menara Coklat KLCC dan Cermin Gila.

Jom selami dunia coklat bersama ahli keluarga atau rakan-rakan anda!


  • Lokasi: Lihat Hotel | Lihat Peta | 2, Jalan Teknologi 3/5, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor

  • Tiket: Pakej Tour | Masuk adalah percuma, lawatan berkumpulan perlu membuat tempahan awal

  • Operasi: Muzium ini dibuka dari 10 pagi hingga 5 petang

Mitsui Outlet Park

Terdapat permainan mini di beberapa kawasan Mitsui Outlet Park
Terdapat permainan mini di beberapa kawasan Mitsui Outlet Park

Mitsui Outlet Park KLIA SEPANG (MOP) merupakan salah satu gedung membeli-belah moden yang menawarkan pelbagai barang berjenama seperti Coach, Calvin Klein, Swarovski, Aldo dan banyak lagi.

Di sini turut menempatkan kedai barangan Jepun yang dikenali sebagai Japan Avenue. Anda bukan sahaja bakal asyik untuk membeli-belah, malah anda boleh bersantai dan menjamu selera dengan pilihan variasi hidangan daripada masakan melayu, masak barat dan sebagainya.

Pelbagai jenama terkenal boleh ditemukan di Terdapat permainan mini di beberapa kawasan Mitsui Outlet Park | Imej oleh: Suwin Pilaplow
Pelbagai jenama terkenal boleh ditemukan di Terdapat permainan mini di beberapa kawasan Mitsui Outlet Park | Imej oleh: Suwin Pilaplow

Gedung membeli-belah ini turut mengenengahkan beberapa konsep seperti Sunshine Square, Pier Walk, Tropical Plaza dan Beach Walk dan memberikan pengalaman yang berbeza kepada para pengunjung yang melalui setiap kawasan tersebut!

Jika anda berada di KLIA, anda boleh menggunakan perkhidmatan bas ulang alik secara percuma.


  • Lokasi: Lihat Hotel | Lihat Peta | Persiaran Komersial, KLIA, 64000 Sepang, Selangor

  • Tiket: Lihat Pakej | Masuk adalah percuma pusat membeli belah

  • Operasi: Dibuka dari 10 pagi hingga 5 petang | Jaga kebersihan

Selangor Fruit Valley (SFV)

SFV Lembah Buah Selangor
SFV Lembah Buah Selangor

Ladang buah-buahan yang bertempat di Rawang ini menempatkan pelbagai buah-buahan tempatan yang menarik seperti kelapa pandan, durian belanda, buah belimbing, jambu batu, rambutan, pulasan, betik dan banyak lagi.

Destinasi yang berkeluasan 646 hektar ini turut menempatkan taman arnah, taman rusa, taman sayur-sayuran, kebun madu kelulut, serta taman herba dan rempah-ratus.

Pelbagai jenis buah-buahan tempatan boleh ditemukan disini
Pelbagai jenis buah-buahan tempatan boleh ditemukan disini

Menikmati keenakan rasa buah yang asli sambil menghirup udara yang segar semestinya menjanjikan sebuah pengalaman yang mengasyikkan bagi percutian pada kali ini!

Sering dikunjungi lawatan berkumpulan seperti budak sekolah dan persatuan
Sering dikunjungi lawatan berkumpulan seperti budak sekolah dan persatuan

Destinasi ini sentiasa beroperasi setiap hari bermula seawal jam 8.30 pagi hingga 5.00 petang.

Jika anda bercuti bersama keluarga atau secara berkumpulan, destinasi ini begitu sesuai untuk dimasukkan ke dalam jadual perjalanan anda!


  • Lokasi: Lihat Hotel | Lihat Peta | KM7, Jalan Batang Berjuntai, Batu Arang, Rawang, 45600 Berjuntai Bestari, Selangor

  • Tiket: Pakej Tour | Tiket masuk adalah RM15 untuk orang dewasa dan RM10 untuk kanak-kanak

  • Operasi: Taman ini dibuka dari 9:30 pagi hingga 3:30 petang | Jaga kebersihan

Zoo Negara

Terbaru di Zoo Negara Rimba Reptile
Terbaru di Zoo Negara Rimba Reptile

Zoo adalah sebuah destinasi yang paling wajib dikunjungi kerana ia sesuai untuk semua peringkat umur dan semestinya bakal menghiburkan percutian anda!

Unta di Zoo Negara
Unta di Zoo Negara

Zoo yang berkeluasan 110 ekar tanah ini mempunyai lebih dari 5137 spesimen dari 476 spesies mamalia, burung, reptilia, amfibia dan ikan.

Spesis unik Male Golden Pheasants di Zoo Negara
Spesis unik Male Golden Pheasants di Zoo Negara

Jika anda tidak larat untuk berjalan kaki anda boleh memilih untuk berbasikal atau menaiki trem bagi menjelajah keseluruh zoo ini.

Menghabiskan masa di sini begitu berbaloi dengan adanya beberapa aktiviti yang menarik menanti anda.

Harimau Malaya di Zoo Negara
Harimau Malaya di Zoo Negara

Zoo Negara bukan sahaja menyajikan pandangan pelbagai spesies haiwan malah anda boleh menyaksikan beberapa pertunjukkan haiwan dan memberi makan kepada haiwan di sana!

Gajah jinak terkenal di Zoo Negara
Gajah jinak terkenal di Zoo Negara

Selain itu, pihak pengurusan zoo turut menyediakan pakej untuk anda meraikan sambutan seperti hari keluarga dan hari lahir.


  • Lokasi: Lihat Hotel | Lihat Peta | Jalan Taman Zooview, Taman Zooview, 68000 Ampang, Selangor

  • Tiket: Pakej Tour | Tiket masuk adalah RM45 untuk orang dewasa dan RM18 untuk kanak-kanak, terdapat diskaun

  • Operasi: Taman ini dibuka dari 9 pagi hingga 5 petang | Jaga kebersihan

Bandar Diraja Klang

Masjid di Little India Klang
Masjid di Little India Klang

Klang turut dikenali sebagai ‘Klang Indah dan Permai’ sesuai dengan statusnya sebagai sebuah bandar diraja suatu ketika dahulu.

Klang bukan sahaja terkenal dengan aktiviti pelabuhan dan perkapalan, malah terdapat beberapa destinasi yang begitu menarik untuk anda lawati.

Galeri Diraja Sultan Abdul Aziz
Galeri Diraja Sultan Abdul Aziz

Sebagai contoh anda boleh ke Pulau Ketam bagi merasai suasana kehidupan para nelayan di atas rumah terapung, membeli-belah di Wisma GM Klang Whoesale City dengan harga yang berpatutan, menjelajah ke Little India Klang, Membeli makanan kering di Pasar Jawa Klang.

Masjid Diraja Sultan Sulaiman
Masjid Diraja Sultan Sulaiman | Imej oleh: Nazif JT

Bagi yang meminati sejarah, anda boleh melawat beberapa mercu tanda bersejarah di Klang ini, antaranya Gedung Raja Abdullah & Kota Raja Mahadi

Selain itu juga, Masjid Diraja Sultan Sulaiman, Jambatan Kota, Galeri Diraja Sultan Abdul Aziz, Masjid Bandar Diraja Klang, Masjid India Muslim Tengku Kelana, dan Taman Tugu Keris.


  • Lokasi: Lihat Hotel | Lihat Peta | Jalan Stesen, Kawasan 1, 41000 Klang, Selangor

  • Tiket: Lihat Tour | Anda boleh menaiki keretapi atau kenderaan sendiri untuk ke Klang

 

Batu Caves

Tarikan pelancongan popular di Batu Caves yang merupakan gua batu kapur yang dianggap suci
Tarikan pelancongan popular di Batu Caves yang merupakan gua batu kapur yang dianggap suci

Batu Caves merupakan sebuah bukit batu kapur yang berusia sekitar 400 juta tahun yang berfungsi sebagai tempat beribadat bagi penganut agama Hindu.

Di sini turut terdapat patung Lord Murugan yang paling tinggi di dunia dengan ketinggian 140 kaki.

Menaiki anak tangga seribu yang diwarnai hingga kepuncak
Menaiki anak tangga seribu yang diwarnai hingga kepuncak | Imej oleh: Taylor Simpson

Destinasi ini bertambah meriah dan sesak apabila perayaan Thaipusam diadakan. Dikatakan perayaan tersebut pernah mencatat rekod sebagai salah satu perhimpunan terbesar di dunia dengan bilangan penganut yang hadir sebanyak 1.5 juta orang!

Ditengah-tengah Batu Caves cahaya masuk dari atas menyemarakkan suasana
Ditengah-tengah Batu Caves cahaya masuk dari atas menyemarakkan suasana

Untuk sampai ke puncak Gua Kuil atau Cathedral Cave, anda perlu mendaki sebanyak 272 tangga.

Anda bakal asyik mendaki anak tangga kerana terpesona melihat tangganya yang dicat mengikut warna pelangi.

Kemeriahan dan sambutan Thaipusam disambutan masyarakat Hindu Malaysia setiap tahun
Kemeriahan dan sambutan Thaipusam disambutan masyarakat Hindu Malaysia setiap tahun | Imej oleh: Deva Darshan

Menurut pihak pengurusan kuil, ia dicat sedemikian sebagai tanda mengalu-alukan kedatangan pelancong dan memberi ketenangan kepada penganut mereka.


  • Lokasi: Lihat Hotel | Lihat Peta | Gombak, 68100 Batu Caves, Selangor

  • Tiket: Pakej Tour | Tiket masuk Gua Batu Utama (Gua Kuil atau Gua Katedral) – PERCUMA. Gua Gelap RM10. Vila Gua RM 15. Gua Ramayana RM 5

  • Operasi: Taman ini dibuka dari 6 pagi hingga 9 malam | Jaga kebersihan

Santuari Ikan Sungai Chilling

Kehijauan pokok hutan Sungai Chiling masih terpelihara
Kehijauan pokok hutan Sungai Chiling masih terpelihara | Imej oleh SK Rahul

Destinasi yang terletak di Kuala Kubu Bharu ini mula beroperasi kepada orang awam pada tahun 2007.

Ekoran daripada spesies ikan kelah dan ikan tengas yang giat membiak di Sungai Chilling ini, telah menarik perhatian Jabatan Perikanan Negeri Selangor dan Jabatan Perhutanan Negeri Selangor untuk menubuhkan pusat santuari ikan sekali gus menjadikannya sebagai salah satu lokasi pelancongan.

Santuari Ikan Sungai Chiling menjadi destinasi jelajah bagi peminat hiking
Santuari Ikan Sungai Chiling menjadi destinasi jelajah bagi peminat hiking | Imej oleh: Azmi Mahamad

Apabila berkunjung ke sini anda dilarang sama sekali untuk menangkap ikan!

Akan tetapi, anda masih boleh menikmati percutian anda dengan memberi makan ikan dan mengikuti aktiviti menyusuri sungai dan hutan untuk ke air terjun utama.

Air Terjun Sungai Chiling
Air Terjun Sungai Chiling | Imej oleh: Mohammad Zohrul Islam

Apabila tiba di air terjun utama, anda akan dapati lebih banyak ikan dengan pelbagai saiz yang membiak di situ. Walaupun ia berfungsi sebagai habitat ikan, anda masih dibenarkan untuk mandi di kawasan tersebut.


  • Lokasi: Lihat Hotel | Lihat Peta | 44000 Kuala Kubu Bharu, Selangor

  • Tiket: Pakej Tour | Bayaran masuk adalah RM 1 dan semasa masuk anda akan diminta membayar deposit atau RM 3 setiap beg plastik atau botol

  • Operasi: Taman ini dibuka dari 8 pagi hingga 6 petang, air terjun hanya hingga 3 petang | Jaga kebersihan

Hutan Lipur Sungai Congkak & Hutan Lipur Kanching

Hutan Lipur Sungai Congkak
Hutan Lipur Sungai Congkak | Imej oleh: Jin Gk

Hutan Lipur Sungai Congkak yang terletak di dalam Hutan Simpan Hulu Langat ini merupakan antara destinasi rekreasi yang popular untuk anda kunjungi.

Jika anda ingin menenangkan fikiran dan bersantai bersama ahli keluarga atau rakan-rakan, destinasi ini adalah pilihan yang tepat untuk anda!

Sungai Congkak Recreational Forest
Sungai Congkak Recreational Forest | Imej oleh: Zulkhairi Aris

Selain mandi-manda anda turut boleh membuat BBQ ditempat yang dikhaskan oleh pihak pengurusan hutan lipur tersebut.

Tambahan lagi mereka turut menyediakan beberapa kemudahan lain seperti tempat perkhemahan, bilik persalinan, tandas dan taman permainan mini untuk kanaka-kanak.

Air Terjun Hutan Lipur Kanching
Air Terjun Hutan Lipur Kanching | Imej oleh: Fatima

Selain itu, anda juga boleh berkunjung ke Hutan Lipur Kanching iaitu salah satu hutan rekreasi yang tertua di Malaysia!

Hutan Lipur Kanching yang terletak di Rawang ini pula terkenal dengan air terjunnya yang berketinggian 120 meter dan mempunyai 7 tingkat air terjun.


  • Lokasi: Lihat Hotel | Lihat Peta | Batu 20, Jalan Sungai Congkak, Kampung Padang, 43100 Hulu Langat, Selangor

  • Tiket: Pakej Tour | Bayaran masuk adalah RM 1 dan semasa masuk anda akan diminta membayar deposit atau RM 3 setiap beg plastik atau botol

  • Operasi: Taman ini dibuka dari 8 pagi hingga 6 petang, air terjun hanya hingga 3 petang | Jaga kebersihan

Tadom Hill

Di tengah kehijauan dan tasik seluas 18 hektar, harta tanah desa yang tenang ini berjarak kurang dari 1 km dari Highway 32
Di tengah kehijauan dan tasik seluas 18 hektar, harta tanah desa yang tenang ini berjarak kurang dari 1 km dari Highway 32

Bagi pencinta aktiviti lasak anda boleh mencuba beberapa aktiviti menarik yang disediakan di Tadom Hill yang terletak di perkampungan orang asli Banting.

Destinasi yang berkonsepkan buluh ini menyediakan pelbagai aktiviti darat dan aktiviti air yang bakal mendebarkan anda!

Memilik resort dan chalet yang diperbuat dari buluh dengan senibina menarik
Memilik resort dan chalet yang diperbuat dari buluh dengan senibina menarik

Antaranya 5-m bamboo diving platform, tarzan swing, bamboo water swing, water slides.

Anda bebas untuk memilih aktiviti untuk disertai sama ada aktiviti aktif atau pasif seperti bamboo limbo, giant jenga, volleyball, soccer board, basketball.

Pelbagai aktiviti rekreasi boleh dilakukan disini
Pelbagai aktiviti rekreasi boleh dilakukan disini

Tambahan lagi, anda juga boleh memilih untuk menginap di sini dengan pelbagai jenis pilihan penginapan daripada khemah, hammock, dorm  dan chalet buluh!

Percutian ke Tadom Hill lebih mengujakan jika anda datang bersama ahli keluarga atau secara berkumpulan.


  • Lokasi: Lihat Resort | Lihat Peta | No.2, Jalan Bukit Tadom, (Kampung Orang Asli) Kampung Labohan Dagang, 42700 Banting, Selangor

  • Tiket: Pakej Tour | Bayaran masuk mengikut pakej atau pilihan resort

  • Operasi: Taman ini dibuka untuk pengunjung resort sahaja

Pulau Carey

Hatter's Castle
Hatter’s Castle | Imej oleh: KT Mah

Pulau Carey bukanlah seperti pulau-pulau di negeri lain yang memerlukan anda untuk menggunakan pengangkutan air, malah anda boleh tiba ke destinasi ini dengan pengangkutan darat sahaja.

Pulau yang terletak di daerah Kuala Langat ini tidak kurang menariknya untuk anda kunjungi.

Amverton Cove Golf Island Resort
Amverton Cove Golf Island Resort | Imej oleh: Linda Liu

Di sini anda boleh melawat penempatan awal masyarakat Orang Asli Mah Meri yang terkenal dengan aktiviti seni pembuatan boneka kayu dan topeng.

Selain itu, anda boleh melawat ke beberapa destinasi yang agak terkenal seperti Pusat Kebudayaan Dan Kraftangan Orang Asli Pulau Carey, Bukit Jugra, Muzium In-Situ Jugra, Kuan Wellness Eco Park, Hatter’s Castle, Kolam Memancing Ikan LS dan Kedai Jualan Ikan.

Sunset Pulau Carey
Sunset Pulau Carey| Imej oleh: Slevin Bernard

Jika anda merancang untuk menghirup udara pantai, anda boleh singgah pula ke Pantai Kelanang, Pantai Tanjung Ru atau Pantai Pulau Carey.

Anda rasa cukup ke sehari untuk jelajah Pulau Carey ini?


  • Lokasi: Lihat Hotel | Lihat Peta | Jalan Pulau Carey, 42000 Pulau Carey, Selangor

  • Lihat Pakej | Banyak aktiviti dan tempat menarik di Pulau Carey

Bersambung…

Tags: bercuti di selangortempat bercuti di selangortempat melancong di selangor
Trip Promo Trip Promo Trip Promo
IKLAN / PROMOSI TERHAD
Hadi Ghazali

Hadi Ghazali

Meminati dunia pelancongan sejak kecil lagi. Seorang konsultan pelancongan berpengalaman, Follow Hadi di Facebook. Ketahui selanjutnya tentang kami. Dapatkan pakej percutian di Melancong.my. Sertai Group Saya Kaki Melancong!

Artikel+ Bersambung

tempat menarik di kuala selangor
Pakej Selangor

25 Aktiviti Tempat Menarik di Kuala Selangor Terkini

  Adakah anda sedang merancang percutian ke Kuala Selangor dan apa pula aktiviti dan tempat menarik di Kuala Selangor yang...

Oleh: Hadi Ghazali
16 Mei, 2026
31.9k
Pakej Selangor

25 Aktiviti Tempat Menarik di Bangi Terkini

  Apakah tempat menarik di Bangi yang popular ketika ini? Apa pula aktiviti menyeronokkan boleh dilakukan di Bandar Baru Bangi?...

Oleh: Hadi Ghazali
14 Mei, 2026
19.6k
Selanjutnya

Komen 17

  1. blank farah says:
    + -

    3 dewasa 1 kanak..3hari 2 mlm?

    Reply
    • blank Hasrul Wayne says:
      + -

      Hi Cik Farah. Untuk tarikh bila?

Selepas

Tinggalkan Balasan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *


TREND PAKEJ |PROMOSI TERKINI

Pakej Scandinavia 2026

REKOMEN

edit post
Tempat Menarik di Bukit Tinggi

12 Tempat Menarik di Bukit Tinggi Paling Popular

15 Jun, 2026
35.5k
edit post
blank

43 Aktiviti Tempat Menarik di Janda Baik Terkini

2 Mac, 2026
88.6k
edit post
tempat menarik di kelantan

40 Tempat Menarik di Kelantan Terkini

23 Mac, 2026
31.3k
edit post
Tempat menarik di Kuantan

42 Tempat Menarik di Kuantan Terkini

28 Mac, 2026
87.8k
edit post
tempat menarik di dabong Kelantan

10 Aktiviti Tempat Menarik di Dabong Kelantan

5 Ogos, 2024
25.2k
edit post
tempat-menarik-di-johor-bahru

30 Tempat Menarik di Johor Bahru Terkini Berserta Tentatif Percutian

9 Jun, 2026
94.2k
Selanjutnya
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan

PAKEJ POPULAR |TERKINI 2026

Pakej-Kundasang-2026-FullTour

Pakej-Osaka-Jepun-Muslim

hotel promo hotel promo hotel promo
IKLAN / PROMOSI TERHAD
  • Langgan
  • Tentang Kami
  • Polisi
  • Terma dan Syarat
  • Hubungi Kami

© 2026 Melancong.my

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Indonesia
  • Singapore
  • Thailand
  • Vietnam
  • Cambodia
  • China
  • Korea
  • Jepun
  • Australia
  • India & Pakistan
  • Turki
  • Balkan
  • Uzbekistan
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami

© 2026 Melancong.my