fbpx
default logo

Aktiviti Dan Tempat Menarik Di Pulau Mabul [PANDUAN LENGKAP]

Pulau Mabul

Negara Malaysia sememangnya sangat kaya dengan berbagai khazanah alam semulajadi dan ia juga mempunyai begitu banyak destinasi menarik yang boleh dilawati.

Destinasi-destinasi ini menawarkan berbagai pemandangan yang indah yang mampu menarik perhatian sesiapa sahaja yang berkunjung.

Selain itu, keindahan alam semulajadi yang ditawarkan juga membuatkan destinasi-destinasi tersebut menjadi siulan ramai. Tidak kira samada kita membincangkan mengenai destinasi di Semenanjung Malaysia atau di Sabah dan Sarawak, terlalu banyak destinasi yang boleh dicadangkan.

Antara destinasi yang sering menjadi tumpuan pelancong dari dalam dan luar negara apabila berkunjung ke Malaysia pastinya destinasi yang melibatkan pulau-pulau yang indah dan menawarkan pemandangan serta aktiviti yang menarik apabila mereka berkunjung ke sini.

Jika kita berbicara mengenai destinasi percutian di pulau-pulau yang menarik di Malaysia, terdapat dua negeri yang sememangnya sangat terkenal iaitu negeri Sabah dan negeri Terengganu.

Untuk artikel kali ini, jom kita lihat sebuah pulau di Sabah yang sangat terkenal iaitu Pulau Mabul.


Ringkas Mengenai Pulau Mabul

 Mabul Island Panorama

Suatu masa dahulu, jika anda menyebut nama Pulau Mabul, tidak ramai yang mengetahuinya kerana ia tidaklah sepopular sekarang. Ia dilihat lebih kepada menumpang populariti Pulau Sipadan yang terletak lebih jauh darinya.

Namun, itu semua cerita lama dan kini Pulau Mabul tidak lagi kalah dengan mana-mana destinasi percutian pulau yang terdapat di Malaysia. Pulau Mabul kini semakin terkenal dengan keunikannya yang tersendiri seperti aktiviti menyelam dan snorkeling.

Populariti Pulau Mabul dan aktiviti yang ditawarkannya kini terkenal di seluruh dunia dan anda boleh melihat ramai pelancong dari luar negara yang berkunjung ke sini sepanjang tahun.

Pulau Mabul merupakan sebuah pulau kecil yang terletak di luar perairan Sabah.

Pada asalnya ia merupakan sebuah perkampungan nelayan sejak dari tahun 1970-an. Disebabkan jaraknya yang tidak terlalu jauh dengan Pulau Sipadan iaitu sekitar 5 km, ia kemudiannya menjadi destinasi popular buat para penyelam sekitar tahun 1990-an.

Pulau Mabul dikelilingi oleh kawasan pantai berpasir dan ia diletakkan di bawah pentadbiran daerah Semporna, zon Tawau.


Penduduk Setempat Pulau Mabul

Penduduk di Pulau Mabul

Bagi mereka yang berkunjung ke sini, pastinya mereka dapat melihat suasana komuniti di sini yang terdiri daripada 2 perkampungan utama iaitu Kampung Mabul dan Kampung Musu.

Kebanyakan penduduk di Pulau Mabul adalah daripada mereka yang berbangsa Bajau Laut dan juga Suluk Laut yang beragama Islam. Mereka yang tinggal disini mengamalkan cara hidup nomad (Sea Gypsies).

Disini, terdapat beberapa kemudahan asas yang boleh anda dapati seperti masjid, sekolah, dewan serbaguna dan juga dewan nelayan.

Cara pengangkutan utama bagi penduduk sekitar adalah dengan menggunakan bot dan hampir kesemua keluarga memiliki bot kerana kebanyakan mereka disini bergantung hidup hasil daripada pekerjaan mereka sebagai nelayan.

Kehidupan Laut di Mabul

Nelayan disini menggunakan kaedah menangkap ikan secara tradisional yang dikenali sebagai Payau dan Sangkaliya.

Kebanyakan nelayan disini mencari rezeki di kawasan berhampiran dengan sempadan Malaysia-Filipina kerana mereka beranggapan kawasan tersebut sebagai “lubuk” utama yang mampu memberikan mereka hasil tangkapan yang banyak.

Secara purata, kebanyakan nelayan disini akan keluar mencari rezeki selama 3-5 hari sebelum mereka pulang dengan hasil tangkapan untuk dijual di Semporna. Beginilah bagaimana penduduk dikawasan ini mencari rezeki dan meneruskan hidup.


Cara Untuk ke Pulau Mabul

Semporna_Sabah_Roundabout

Turun di Kota Kinabalu atau Tawau? Secara umumnya, untuk ke Pulau Mabul, jika anda datang dari Semenanjung Malaysia, anda perlu mengambil penerbangan ke Sabah.

Anda boleh turun samada di Kota Kinabalu atau Tawau. Kebanyakan mereka yang tiba di Lapangan Terbang Kota Kinabalu, ada kemungkinan mereka berasal dari Singapura, Taiwan, Hong Kong atau negara lain selain dari Malaysia.

Bagi mereka yang datang dari Kuala Lumpur, terdapat dua pilihan tempat untuk anda mendarat.

Anda boleh turun samada di Tawau atau Kota Kinabalu tetapi anda perlu mengambil penerbangan sambungan ke Tawau. Kemudian, anda perlu meneruskan perjalanan ke Semporna.

Perjalanan dari Tawau ke Semporna mengambil masa lebih kurang 2 jam dan jangan risau kerana jalan yang menghubungkan Tawau dan Semporna adalah sangat baik.

Dari segi pemandangan sepanjang perjalanan, tidak banyak yang boleh anda lihat kerana ia dikelilingi ladang kelapa sawit.

Semporna_Sabah_Kampung-Balimbang-Asal

Bagi mereka yang tiba di Lapangan Terbang Kota Kinabalu pada lewat petang, anda digalakkan untuk bermalam di Kota Kinabalu kerana ia mempunyai penginapan yang lebih baik berbanding dengan penginapan di Tawau.

Anda juga digalakkan untuk menyambung penerbangan dari Kota Kinabalu ke Tawau pada keesokan harinya kerana ia mengambil masa sekitar 40 minit sahaja untuk kesana.

Dari Lapangan Terbang Tawau untuk ke bandar Tawau pula mengambil masa selama 20 minit dengan menaiki bas.

Jadual Bas Lapangan Terbang Tawau ke Bandar Tawau: 7.15 pagi, 9.15 pagi, 10.50 pagi, 12.15 tengah hari, 2.30 petang, 3.50 petang dan 6.50 petang.

Jadual Bas Bandar Tawau ke Lapangan Terbang Tawau: 5.30 pagi, 8.00 pagi, 8.30 pagi, 10.30 pagi, 1.00 petang, 2.30 petang dan 5.30 petang.

Apabila anda sampai ke Semporna, untuk anda ke Mabul pula mengambil masa sekitar 45 minit. Masa perjalanan anda adalah bergantung kepada cuaca dan beberapa faktor lain.


Aktiviti Menarik Yang Boleh Anda Lakukan di Pulau Mabul

 Tempat Menarik Di Pulau Mabul

Berbagai aktiviti yang anda boleh lakukan di Pulau Mabul yang sangat terkenal sebagai sebuah lokasi fotografi-makro yang terhebat di dunia disamping lokasinya yang terletak di perairan Laut Sulawesi yang dikelilingi terumbu karang.

Pulau Mabul ini pula mempunyai keluasan seluas 21 hektar dan saiznya adalah lebih besar berbanding dengan Pulau Sipadan. Ia merupakan tempat tinggal bagi dua etnik pribumi negeri Sabah iaitu Bajau Laut dan Suluk Laut seperti yang dinyatakan tadi.

Antara aktiviti yang boleh anda lakukan apabila anda berkunjung ke Pulau Mabul adalah menyelam skuba.

Menyelam skuba merupakan antara aktiviti dan tarikan utama disini kerana anda boleh melakukan aktiviti ini sepanjang tahun berbeza dengan beberapa lokasi lain yang bergantung kepada musim.

Kejernihan Air di Pulau Mabul

Antara hidupan semulajadi yang boleh anda lihat apabila anda melakukan aktiviti ini adalah kuda laut, ikan gobi, belut ular, ikan hantu, ikan baji-baji dan juga tapak sulaiman.

Disini, anda boleh pilih untuk menyelam dimana-mana daripada 8 lokasi selaman yang berbeza dan setiap satunya mempunyai keistimewaan dan tarikannya yang tersendiri.

Aktiviti di Pulau Mabul juga banyak dipengaruhi oleh pemilihan resort untuk anda menginap.

Antara aktiviti lain yang boleh anda lakukan di Pulau Mabul adalah snorkeling, kayak, bola tampar pantai atau anda boleh pilih untuk berehat serta menikmati keindahan alam.


Jangan Lupa untuk Singgah ke Pulau Bohey Dulang

 Buhay Dulang Mabul

Pulau Bohey Dulang merupakan antara pulau sekitar yang terdapat berdekatan dengan Pulau Mabul. Kenapa kami cadangkan anda untuk singgah ke Pulau Bohey Dulang!

Jika anda mengambil pakej Bohey Dulang and 7 Island Tour anda tidak perlu risau kerana anda akan ke 7 buah pulau dan Pulau Mabul termasuk didalam salah satu daripada 7 pulau tersebut.

Di Pulau Bohey Dulang, anda boleh melakukan lebih banyak aktiviti. Antaranya ialah:

 

1 . Hiking ke Puncak Bohey Dulang

Bohey Dulang merupakan tinggalan daripada gunung berapi purba. Dari sinilah munculnya aktiviti hiking. Apabila anda menuju ke puncak, anda akan temukan berbagai keindahan flora dan fauna dan kemuncak segalanya adalah apabila anda tiba di puncak. Permandangannya sangat luarbiasa apabila anda dapat melihat lautan biru terbentang luas sekaligus menjadikan pendakian anda ini sebagai sebuah pendakian yang berbaloi.

 

2 . Bird Watching

Di Pulau Bohey Dulang juga terdapat tempat perlindungan burung yang dibina pada tahun 1933. Namun, pada tahun 1978, statusnya telah ditukar kepada taman marin. Pada hari ini, ia terus menjadi syurga buat para pencinta burung kerana ia menempatkan berbagai spesis burung yang sukar ditemui di tempat lain.

 

3 . Snorkeling dan Selam Skuba

Sama seperti di Pulau Mabul, disini juga terdapat lokasi yang menarik untuk aktiviti snorkeling dan juga selam skuba.


Apa Yang Menjadikan Aktiviti Menyelam Sebagai Tarikan Utama di Pulau Mabul?

 Dasar Kepulauan Mabul

Hal ini disebabkan oleh beberapa faktor. Antara sebab yang mendorong kepada kualiti selaman di kawasan berlumpur disini adalah disebabkan oleh wujudnya kegiatan menangkap ikan yang menggunakan dinamit dan juga sianida oleh penduduk tempatan di Pulau Mabul.

Selain itu, kawasan Pulau Mabul dikelilingi oleh terumbu karang yang mencerun keluar antara 25 sehingga 30 meter dalam.

 

Berbagai jenis hidupan marin

Hawksbill-Sipadan

Ia juga turut disebabkan oleh beberapa resort disini yang beroperasi dan berfungsi sebagai resort menyelam.

Kelebihan ini telah menjadikan Pulau Mabul sebagai destinasi percutian dan selam skuba yang unik kerana ia sangat kaya dengan pelbagai hidupan marin sekaligus menjadikannya lebih istimewa berbanding dengan destinasi lain didalam dunia.

Antara hidupan marin kecil dan eksotik yang terdapat disini adalah sotong katak, sotong kurita, sotong kurita mimik, sotong kontot dan juga sotong kurita cincin biru.

Selain itu, anda juga boleh temukan berbagai jenis ikan seperti ikan gobi sirip berduri, ikan gobi sirip layar hitam dan ikan gobi metalik. Anda juga boleh temukan berbagai jenis spesis ikan katak seperti ikan katak gergasi, ikan katak berwarna dan juga ikan katak badut.

Ikan-ikan katak ini anda boleh lihat ia akan sentiasa bergerak bersama-sama dengan ikan dari spesis ikan kala jengking.

Resort yang menawarkan pakej menyelam

Seaventures-Dive-Resort

Sebab lain yang mendorong kepada perkara ini adalah kerana ia mempunyai sekitar 10 buah resort yang menawarkan penginapan kepada para penyelam dan kebanyakannya berada di pulau atau kayu di atas air.

Selain itu, terdapat juga resort yang terletak di pelantar minyak yang diubahsuai dan jaraknya adalah sekitar 500 m dari pantai. Anda juga boleh menginap di homestay dan satu lagi perkara menarik yang ditawarkan oleh Pulau Mabul adalah penginapan untuk “backpackers” yang turut menawarkan aktiviti menyelam.

Kesemua resort ini terletak berdekatan dengan Pulau Sipadan dan satu perkara yang perlu anda ingat adalah disini terdapat sistem permit yang perlu ditempah beberapa bulan lebih awal.


Tempat Penginapan Yang Kami Cadangkan Untuk Anda di Pulau Mabul

Floating Resort In Mabul

Bagi mereka yang bercadang untuk berkunjung ke Pulau Mabul, berikut merupakan beberapa tempat penginapan yang ingin kami cadangkan untuk anda.

Pemilihan tempat-tempat penginapan tersebut adalah berdasarkan pada pakej, harga, aktiviti, lokasi dan juga kualiti servis yang ditawarkan.


1 . Mabul Beach Resort

 Mabul Beach Resort

Mabul Beach Resort merupakan diantara resort terbaru yang dibuka di Pulau Mabul. Ia menawarkan 24 bilik en-suite baru yang terletak berhadapan dengan pantai serta menawarkan sedikit ciri kemewahan pada harga yang agak berpatutan.

Setiap bilik yang disediakan mempunyai katil bersaiz queen dan juga katil single kecuali bilik VIP yang mempunyai penghawa dingin dimana ia hanya mempunyai katil bersaiz queen sahaja. Kemudahan dan bilik yang ditawarkan sesuai untuk semua tanpa mengira samada anda datang berseorangan, berpasangan atau bersama dengan ahli keluarga anda.

Santai Mabul Beach Resort

Banyak aktiviti yang boleh anda lakukan apabila anda menginap disini seperti menikmati pemandangan menerusi balkoni persendirian anda, berenang, snorkeling dan juga selam skuba di pulau-pulau berdekatan.

Anda juga boleh menghabiskan waktu petang anda dengan berjalan-jalan di pantai. Sememangnya pengalaman yang akan anda perolehi menerusi percutian anda disini adalah sesuatu yang sangat sukar untuk anda temukan di tempat lain.

borneo-divers

Aktiviti yang boleh anda lakukan pada waktu malam pula adalah seperti melihat penyu bertelur di pantai. Mabul Beach resort juga merupakan diantara lokasi untuk menyelam yang terkenal di dunia dan mempunyai pusat menyelam PADI yang mendapat anugerah 5 bintang.

Pusat ini menyediakan latihan dan sesi pembelajaran yang mengajar anda untuk menyelam di air terbuka sehingga ke tahap pengajar yang dilengkapi dengan peralatan menyelam yang terkini pada kualiti terbaik. Pusat ini juga dapat menampung sehingga 80 orang sehari dan mempunyai lebih daripada 100 tapak selaman.


2 . Billabong Scuba

 Billabong Scuba

Resort ini merupakan antara resort yang terbaik yang anda boleh dapatkan di Pulau Mabul. Rekaan tempat penginapannya sangat menarik.

Bayangkan anda bermalam di rumah di atas air yang sangat jernih, pemandangan yang memukau dan ketenangan bayu laut yang pastinya membuatkan anda berasa seperti tidak ingin untuk pulang menghadap kesibukan kota.

Untuk menikmati permandangan menghadap laut, anda perlu membayar lebih sedikit berbanding harga biasa tapi jujur kami katakan bahawa apa yang anda bayar sememangnya berbaloi dengan apa yang anda dapat.

Billabong Scuba

Disini, anda diberikan kemudahan yang terbaik dengan kualiti servis yang cukup memuaskan. Anda juga akan dihidangkan dengan makanan sebanyak 3 kali sehari iaitu hidangan sarapan, makan tengahari dan juga makan malam.

Jadi anda tidak perlu risau lagi mengenai makanan. Anda boleh makan sepuas hati anda.

Billabong Scuba

Ia juga turut menawarkan pakej snorkeling di mana pada mulanya anda akan belajar untuk snorkeling dengan menggunakan life jacket dan kemudian tanpa life jacket.

Hidupan marin yang terdapat disini juga sangat memukau mata yang melihat. Selain itu, pemandangan sekitar juga sangat menarik.

Anda selfie dari mana-mana tempat disini dan meletakkan laut sebagai latar belakang pastinya akan menjadikan gambar anda kelihatan sangat-sangat cantik.


Berbaloi atau tidak untuk anda ke Pulau Mabul?

Semporna Sabah Regatta Lepa


Baca juga: Tempat Menarik di Sipadan Yang Sangat Mengagumkan [RAHSIA LAUT]


Bagi kami, ia sangat berbaloi kerana anda dapat melakukan aktiviti selam skuba di lokasi yang dikenali sebagai antara yang terbaik di dunia tanpa perlu bagi anda untuk pergi ke luar negara dan berhabis kos yang lebih besar.

Ia juga kaya dengan berbagai khazanah alam semulajadi yang pastinya akan memberikan anda suatu pengalaman yang luarbiasa sekaligus anda dapat menikmati pengalaman yang unik dan berbeza berbanding dengan tempat lain.

Kembali Ke Atas
Melancong.com.my Laman online panduan pakej percutian oleh Hadigo Travel And Tours Sdn Bhd [1114604D | MOTAC:7816 | MATTA:6429]

6
Hantar Mesej Perbualan

avatar
3 Comment threads
3 Thread replies
1 Followers
 
Most reacted comment
Hottest comment thread
4 Comment authors
siti zalehaabdul jalilHadicarmen Recent comment authors
  Langgan  
Terbaru Lama Popular
Maklumkan saya
siti zaleha
Tetamu
siti zaleha

Hai en hadi.. saya berminat ke mabul bersama suami.. 3 hari 2 mlm.. maybe dalam bulan julai..

abdul jalil
Tetamu
abdul jalil

haii.. sy ingin pakej ke mabul 3h2m untuk 2 dewasa dan 1 baby kurang setahun. tapi sy masih tak dapat tarikh sebenar kerana kesibukkan masa. jika sy boleh dapat dulu kos tidak termasuk kos kapal terbang.

carmen
Tetamu
carmen

halo,bole sy tahu pergi p.mabul ini pakej 2d1n utk 4org..

Scuba In Malaysia
Tips & Promosi Melancong Setiap Minggu
Terus ke email anda & lebih 15 ribu langganan ketika ini
Maklumat anda tidak akan dikongsi dengan pihak ketiga
Discover Paris
We never share this data with 3rd parties.
2018 (C) All rights reserved.
Panduan Percutian
Dapatkan langganan tips dan panduan pakej percutian terus ke Email atau Messenger anda. Caranya? Pilih salah satu dibawah.
2019 (C) All rights reserved.