fbpx
Melancong.my
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
PAKEJ TERKINI
LANGGAN PERCUMA
  • Malaysia
  • Cruise
  • Singapore
  • Indonesia
  • Thailand
  • Vietnam
  • China
  • Jepun
  • Korea
  • Lagi
    • Pulau
    • Cambodia
    • India
    • Balkan
    • Australia
    • Turki
    • Uzbekistan
  • Malaysia
  • Cruise
  • Singapore
  • Indonesia
  • Thailand
  • Vietnam
  • China
  • Jepun
  • Korea
  • Lagi
    • Pulau
    • Cambodia
    • India
    • Balkan
    • Australia
    • Turki
    • Uzbekistan
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
Melancong.my
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
Halaman Malaysia Pakej Sabah

50 Aktiviti & Tempat Menarik Di Kundasang Ranau Sabah [POPULAR]

Semakin ramai pelancong tempatan Malaysia memilih untuk melancong ke Sabah terutamanya di Kundasang & Ranau

Hasrul Wayne Oleh: Hasrul Wayne
06/12/2021
Kategori: Pakej Sabah
Masa Bacaan: 4 mins read
5.4k 45
A A
38
Via Ferrata - Low's Peak Circuit
2.3k
SHARES
66k
VIEWS
FacebookTwitterPin
Diskaun Hotel Diskaun Hotel Diskaun Hotel

 

Kundasang adalah sebuah bandar di daerah Ranau di Sabah, Malaysia yang terletak di sepanjang tebing Lembah Kundasang.

Ia terletak kira-kira 6 kilometer dari Taman Nasional Kinabalu, 12 kilometer dari bandar Ranau dan terkenal dengan pasar sayurnya yang dibuka tujuh hari seminggu dan pastinya kaki gunung Kinabalu yang terbentang luas.

Di kaki gunung Kinabalu inilah terletak pelbagai aktiviti pelancongan Kundasang yang meriah dengan kedatangan pelancong.

Antara tempat tumpuan utama adalah di sekitar lembah Kundasang disebabkan pemandangan indah Gunung Kinabalu dan cuaca sejuk tanah tinggi. Dengan itu, pelbagai hotel, resort dan tarikan pelancongan wujud di sini.

Nak Ikut Kami Bercuti Di Sabah?

Promosi-Pakej-Percutian-Kundasang

  • Lihat Penginapan Terbaik di Kundasang
  • Lihat Aktiviti Menarik di Kundasang
  • Lihat Peta Percutian Kundasang

Disebabkan itu juga permintaan terhadap pakej percutian ke Sabah semakin mendapat perhatian. Selain itu kami menyaksikan ramai dikalangan pelancong memilih untuk bercuti disini.

Bagi memudahkan anda untuk mendapatkan maklumat lanjut tempat-tempat menarik di Kundasang, Ranau kami senaraikan aktiviti dan tempat paling popular dikunjungi disini.

Pin

  • 1 Maragang Hill
  • 2 Sosodikon Hill Kundasang
  • 3 Humble Hobbit Home
  • 4 Hidden Hill Kundasang
  • 5 Hooga Cafe & Aquaponic Farm
  • 6 Timpohon Gate & Taman Botani
  • 7 Taman Kinabalu
  • 8 Via Ferrata Gunung Kinabalu
  • 9 Kundasang War Memorial
  • 10 Desa Cattle Dairy Farm
  • 11 Marakau Fish Spa
  • 12 Sungai Moroli Tagal Luanti Fish Massage
  • 13 Poring Hot Spring
  • 14 Arnab Village
Jika ada tempat cadangan disekitar kawasan sila maklumkan kepada diruang komen untuk kami senaraikan. Terima kasih.


Maragang Hill

Puncak dengan pembandangan menakjubkan di Bukit Maragang
Puncak dengan pembandangan menakjubkan di Bukit Maragang

Maragang Hill dibuka pada 16 Sept 2017 dan semenjak itu ia menjadi tumpuan utama para pendaki yang datang dari seluruh Malaysia.

IKLAN / ADVERTISEMENT

Ia menjadi tarikan kerana puncak bukit ini sangat cantik dengan berlatarbelakangkan puncak gunung Kinabalu. Trek pendakian ini telah diusahakan oleh penduduk kampung dengan berkonsepkan eco-pelancongan.

Stargazing: Bima Sakti dapat dilihat di Maragang Hill
Stargazing: Bima Sakti dapat dilihat di Maragang Hill

Maragang Hill ia juga menjadi mercu sebagai permulaan pendakian sebelum anda betul-betul mendaki gunung Kinabalu.

Berketinggian 2232 meter sudah cukup mencabar kaki anda untuk mendaki ketinggian buat pemula hiking. Dengan pemandangan yang cantik ini pasti pendakian anda berbaloi.


  • Lihat Penginapan | Lihat Tiket | Lihat Peta | Kg. Mesillou, 89308 Kundasang

Sosodikon Hill Kundasang

Pemandangan Bukit Sosodikon Hill Kundasang | Imej oleh: Mohd Mahazir Sham
Pemandangan Bukit Sosodikon Hill Kundasang | Imej oleh: Mohd Mahazir Sham

Terletak sekitar 5 kilometer dari pekan Kundasang, ia tidak jauh dari destinasi terkenal Desa Cattle Dairy Farm.

Laluan ke bukit ini agak sempit dan mencabar. Ramai yang memilih untuk parking kereta di jalan utama dan seterusnya berjalan kaki ke sini.

Sosodikon Hill Kundasang | Imej oleh: Ihyad Mustapha
Sosodikon Hill Kundasang | Imej oleh: Ihyad Mustapha

Untuk mendaki bukit ini, biasanya mengambil masa sekitar 15 hingga ke 20 minit.

Apa yang menanti anda di puncak sana adalah bukit-bukit unik berbentuk piramid di arah selatan dan pemandangan memukau Gunung Kinabalu di arah utara.


  • Lihat Penginapan | Lihat Homestay | Lihat Peta | Kg Kauluan Peti Surat 873, 89308 Kundasang

  • Operasi: Dibuka dari 6 pagi hingga 6 petang | Tiket adalah dari RM3 untuk dewasa

Humble Hobbit Home

Humble Hobbit Home
Rumah Hobbit ini terletak berhadapan dengan Gunung Kinabalu

Jika anda peminat wayang scifi ‘The Lord Of The Rings‘ anda pasti ingin merasakan suasana tinggal di kampung orang Hobbit seperti dalam cerita itu.

Di Kundasang and boleh lakukan perkara yang sama. Rumah Humble Hobbit ini terletak di Kundasang dan mempunyai pemandangan menakjubkan gunung Kinabalu.

Pemandangan menghadap gunung Kinabalu dan Kundasang
Pemandangan menghadap gunung Kinabalu dan Kundasang

Ianya terletak di Jalan Sinisian Kundasang National Park, dan boleh disewa untuk anda menginap semalaman serta merasai sendiri tinggal dirumah orang kredil ini.

IKLAN / ADVERTISEMENT

Rumah kecil Hobbit ini turut dilengkap dengan kemudahan seperti resort.


  • Lihat Penginapan | Lihat Tour | Lihat Peta | B-Inspired Abode, 89308 Kundasang

Hidden Hill Kundasang

Hidden Hill Kundasang dengan berlatarbelakang Gunung Kinabalu
Hidden Hill Kundasang dengan berlatarbelakang Gunung Kinabalu

Mendengarkan namanya sudah pasti memikirkan ada sesuatu yang tersembunyi di balik bukit ini. Ya sangkaan anda betul. Terdapat sebuah homestay yang agak menarik di bukit ini.

Homestay ini berkonsepkan kehidupan desa di Jepun, justeru itu ianya membawa trend penginapan gaya tradisional Jepun dengan pemakaian kostum seperti Kimono dan makanan berresepi Sushi atau Soba.

POTD terbaik di Hidden Hill Kundasang
POTD terbaik di Hidden Hill Kundasang

Jadi, sambil menginap anda juga boleh menikmati suasana seperti berada di Jepun namun berlatarbelakangkan Gunung Kinabalu.

Pasti suatu pengalaman yang unik dan menyeronokkan. Dapatkan kenangan POTD anda disini jika berada di Kundasang ya!


  • Lihat Penginapan | Lihat Hotel | Lihat Peta | Nearby Perkasa Hotel and Kem Bina ,Kg Dodon Kasigau, Kundasang 89308 Ranau

Hooga Cafe & Aquaponic Farm

Aquaponic Kundasang Farm Ville
Aquaponic Kundasang Farm Ville

Ini juga adalah satu destinasi menarik di mana tempat ini memaparkan konsep kebun Aquaphonic. Konsep ini semakin popular di mana penanaman sayur seperti salad dan ikan Talapia dipelihara dalam satu rangkaian ekosistem.

Air daripada ikan peliharaan akan disalurkan kepada sayur hidrphonik tersebut sekaligus menjimatkan kos dan memberi makanan secara tidak langsung keapda tumbuhan.

Lebih baik anda pergi ke sini sendiri dan lihat cara ianya berfungsi. Tambahan lagi anda boleh membeli sayur-sayur ini secara terus dengan mencabut sendiri daripada tempat hidroponik tadi.

Kundasang Farm Ville Lighting
Kundasang Farm Ville Lighting

Di kebun ini juga anda boleh mendapatkan gambar POTD kerana terdapat laluan cermin yang diterangi lampu yang agak unik dan memberikan suasana yang cukup cantik.

Setelah penat bergambar dan melihat kebun tadi, anda boleh berehat di Googa Cafe yang menawarkan minum kopi yang pelbagai sambil menikmati kek manis yang sangat sedap.

Namun pada sebelah malam selepas pukul 6 petang, cafe ini mensajikan makan malam seperti burger, nasi ayam atau daging masak lada hitam, atau juga masakan ala barat yang memikat selera.

Kundasang Hooga Cafe
Kundasang Hooga Cafe

Tumpuan destinasi ini adalah pada waktu petang dan malam kerana lampu yang indah menghiasi menambahkan suasana yang romantik dan menyeronokkan.

Tambahan lagi, anda boleh menemukan sebuah replika bas 2 tingkat yang menawarkan ais krim yang sedap sambil duduk ditingkat atas bas menikmati pemandangan malam yang indah.


  • Lihat Penginapan | Lihat Tour | Lihat Peta | Tiket masuk adalah percuma bagi Cafe | Aquaponic RM15 dewasa & RM6 kanak-kanak

Timpohon Gate & Taman Botani

Melihat gunung Kinabalu pada jarak paling dekat adalah di Timpohon
Melihat gunung Kinabalu pada jarak paling dekat adalah di Timpohon

Salah satu daripada dua pintu utama dan juga “starting point” pendakian ke Gunung Kinabalu.

Di kawasan ini disediakan kemudahan asas seperti tandas dan juga kedai yang menjual barang keperluan sebelum mula mendaki serta kawasan berbumbung untuk berkelah.

IKLAN / ADVERTISEMENT

Ramai pelancong yang datang ke sini untuk melihat sendiri persekitaran alam sekitar flora dan fauna yang ada di kaki gunung Kinabalu.

Taman Botani Kinabalu | Imej oleh: Amin Rahim
Taman Botani Kinabalu | Imej oleh: Amin Rahim

Anda juga boleh mengambil inspirasi untuk bercita-cita mendaki Gunung Kinabalu. Siapakan tahu lawatan seterusnya adalah dengan mendaki Gunung Kinabalu.

Taman Botani pula agak unik kerana ia lembap berkabus seperti lepas hujan sepanjang tahun.

Ia turut menempatkan berbagai jenis tumbuhan yang mempunyai bermacam jenis kegunaan.

Biasanya pelancong luar akan mengupah “tour guide” bagi mendapatkan informasi berkenaan tumbuhan yang ada disini.


  • Lihat Penginapan | Lihat Tour | Lihat Peta | Tiket masuk adalah RM3 | Kinabalu Park, 2GHW+XR Kundasang, Sabah

Taman Kinabalu

Tempat Menarik Di Sabah
Kinabalu Park Pemandangan Dari Perkampungan

Taman Kinabalu merupakan pintu masuk ke Gunung Kinabalu dan tempat menarik di Sabah yang paling popular. Ia terletak 1,585 meter di atas paras laut dan menjadi tapak permulaan bagi pendakian ke puncak Gunung Kinabalu.

Ia meliputi kawasan seluas 754 km persegi dan merangkumi Gunung Kinabalu, Gunung Tambuyukon dan kaki bukit.

tempat menarik di Kota Kinabalu
Gunung Kinabalu

Gunung-gunung ini memiliki sejarah geografi yang menarik dengan mengambil masa beribu-ribu tahun untuk terbentuk. Gunung Kinabalu yang tersergam indah sebenarnya adalah massif granit yang kemudiannya tembus dari kerak ke permukaan bumi.

Massif ini muncul ekoran daripada hakisan pasir dan batu lumpur setebal beberapa kaki. Semasa Zaman Ais, glasier yang menuruni puncak membentuk kawasan tersebut tetapi puncak berceranggah yang timbul dari permukaan ais tidak berubah. Gunung berceranggah ini menjadi mercu tanda Taman Negara pada hari ini.


  • Lihat Penginapan | Lihat Tour | Lihat Peta | Mt Kinabalu National Park, Kinabalu Park, 89300 Ranau, Sabah

Via Ferrata Gunung Kinabalu

Via Ferrata Kinabalu
Menguji Keterujaan Anda ~ Via Ferrata Kinabalu

Via Ferrata (atau laluan besi dalam bahasa Itali) merupakan jalan gunung yang merangkumi beberapa siri anak tangga, rel dan kabel yang melekat pada permukaan batu.

Terdapat lebih daripada 300 laluan via ferrata di dunia dan via ferrata tertinggi di dunia kini boleh ditemui di Gunung Kinabalu di Malaysia, di mana poin tertinggi bermula pada ketinggian 3,400 meter dan berakhir pada ketinggian 3,800 meter.

Ini kali pertama sukan mendaki gunung menggunakan via ferrata diperkenalkan di Asia dan tempat menarik di Sabah untuk mencabar diri anda pada ketinggian.

Aktiviti untuk semua, via ferrata dibina untuk membantu mereka yang ada sedikit atau tiada pengalaman langsung untuk sampai ke permukaan batu yang biasanya dicapai oleh pendaki berpengalaman.

Via Ferrata - Low's Peak Circuit

Ada beberapa keperluan yang perlu dipenuhi sebelum menjalani aktiviti via ferrata, termasuk tahap kesihatan sederhana, mampu untuk mendaki setinggi 3,200 meter dalam masa 6 jam, berumur sekurang-kurangnya 10 tahun, berketinggian sekurang-kurangnya 1.3 meter; dan paling penting tidak takut pada ketinggian (atau sanggup untuk mengatasi rasa gayat).

Aktiviti ini pengalaman mencabar dan bagi mereka yang berminat untuk merasai sendiri via ferrata di Gunung Kinabalu, anda perlu tahu bahawa laluan untuk mereka yang baru mencuba adalah merasai pengalaman pertama mendaki dinding granit Gunung Kinabalu (pendakian kira-kira 2–3 jam).

Laluan pertengahan mengambil masa 4 – 5 jam perjalanan dan sebagai ganjaran para pendaki akan dapat menikmati keindahan pemandangan yang cantik.


  • Lihat Penginapan | Lihat Tour | Lihat Peta | Kundasang, 89300 Kota Belud, Sabah

Kundasang War Memorial

Kundasang War Memorial
Mengimbau Perang Dunia Kedua ~ Kundasang War Memorial

Memorial Perang Kundasang merupakan tugu pertama yang dibina untuk memperingati banduan perang dari Australia dan British yang meninggal dunia di Sandakan dan sewaktu melakukan perjalanan maut ke Ranau dalam Perang Dunia ke-2.

Memorial yang dibina seperti kubu ini direka oleh arkitek tempatan, J.C. Robinson.

Kenangan Team DAG di Kundasang War Memorial
Kenangan Team DAG di Kundasang War Memorial

Ia mempunyai empat buah taman yang bercantum tetapi terasing, dan mewakili tanah tumpah darah mereka yang terkorban: Taman Australia, Taman Ros Inggeris, Taman Borneo dengan bunga liar Kinabalu dan di bahagian atas, Taman Tafakur dengan kolam dan pergola.

Memorial ini dibuka kepada pengunjung tempatan dan luar, bukan saja untuk melihat kawasan taman yang sempurna tetapi juga untuk memperingati mereka yang berkorban nyawa demi kemerdekaan penduduk tempatan. Ia dibuka kepada pengunjung dengan bayaran yang minimal.


  • Lihat Penginapan | Lihat Tour | Lihat Peta | Jalan Kundasang Kauluan, Kundasang, 89300 Ranau, Sabah

Desa Cattle Dairy Farm

Desa Cattle Dairy Farm Cows
Pemandangan seperti di New Zealand tetapi ini di kaki Gunung Kinabalu

Terletak di kaki bukit Gunung Kinabalu, ia merupakan antara “port” popular bagi pengantin untuk bergambar kerana ia berlatar belakang Gunung Kinabalu itu sendiri.

Tarikan utamanya selain dari cuaca dan suhunya yang dingin adalah Cattle Farm yang menghasilkan 900,000 liter susu setiap tahun. Majoriti susu ini diperah daripada Friesians, baka yang terkenal dengan pengeluaran susu yang banyak.

Ia juga merupakan destinasi ideal untuk seisi keluarga kerana terdapat banyak aktiviti yang boleh dilakukan seperti memberi susu kepada lembu, memberi makan rumput kepada kambing dan melihat sendiri bagaimana proses memerah susu dilakukan.

Jangan lupa untuk dapatkan cenderahati popular daripada Cattle Farm seperti susu kotak dan juga aiskrim.


Marakau Fish Spa

Marakau Fish Spa
Mempunyai ikan berwarna putih keemasan yang paling besar dan sangat-sangat jinak

Terletak sekitar 10 minit dari Pekan Ranau, Marakau Fish Spa merupakan diantara tarikan yang unik yang ada disini. Dengan caj untuk lawatan sekitar RM2 bagi kanak-kanak dan RM3 bagi orang dewasa, anda akan diberikan satu pek baja ikan percuma.

Disini anda akan disajikan dengan kecantikan ikan koi yang berwarna dan bermacam jenis yang berenang-renang di dalam air sungai yang jernih. Anda dikehendaki untuk memakai selipar khas yang disediakan dan anda akan diajar oleh “guide” cara yang betul untuk memberi makan baja ikan.


Sungai Moroli Tagal Luanti Fish Massage

Tagal Luanti Fish Massage
Antara tagal yang popular untuk anda bermain bersama ikan-ikan terapi

Terletak kira-kira 30 kilometer dari Pekan Kundasang, ia beroperasi pada setiap hari bermula dari pukul 8.30 pagi sehingga pukul 5.00 petang. Untuk masuk, anda akan dikenakan yuran sekitar RM5.00 termasuk dengan pakej rendam kaki selama 30 minit bagi dewasa dan RM2.00 bagi kanak-kanak.

Pakej yang lebih menarik adalah Pakej Mandi Bersama Ikan pada harga RM10.00. Caj untuk baja ikan pula adalah RM2.00 untuk 1 pek. Konsep penggunaan ikan terapi ini adalah ia akan memakan sel kulit mati anda sekaligus menjadikan tubuh anda lebih bersih, halus dan juga dipercayai dapat untuk mengubati penyakit tertentu.


Poring Hot Spring

Poring Hot Spring
Jika terasa sejuk di pergunungan, mandi air panas di Poring Hot Spring adalah pilihan terbaik

Terletak 35 kilometer dari Luanti, Poring Hot Spring sangat terkenal dengan keunikan kolam air panas semulajadi. Kandungan galian sulfur yang ada padanya memberikan kesan kesegaran badan terhadap pengunjung.

Dibuka setiap hari dari pukul 8.00 pagi sehingga 4.00 petang, ia turut menyediakan tarikan lain seperti:

  • Slide pool dan rock pool
  • Indoor Bathtub
  • Taman Rama-rama
  • Gua Kelawar
  • Air Terjun Kungit dan Langanan
  • Taman Tropika
  • Pusat Pemuliharaan Orkid
  • Poring Canopy Walk

Bayaran RM3 untuk dewasa dan RM1 bagi mereka yang dibawah 18 tahun. Bagi pelancong luar pula, RM15 untuk dewasa dan RM10 untuk bawah 18 tahun.


Arnab Village

Arnab Village
Bakal merasa seperti berada di dunia fantasi arnab

Terletak sekitar 100 kilometer dari Kota Kinabalu di Ranau. Ia dimiliki Jubair Juhinin yang merupakan graduan Sains Akuakultur Universiti Malaysia Sabah. Disini ditempatkan lebih kurang 200 ekor arnab daripada 8 spesis yang berbeza dan apa yang menariknya adalah arnab-arnab ini dibiarkan berkeliaran bebas.

Ia beroperasi setiap hari dari pukul 9.00 pagi sehingga 5.00 petang dan yuran sebanyak RM3 dikenakan bagi pengunjung dewasa manakala yuran sebanyak RM2 dikenakan untuk kanak-kanak. Makanan arnab pula dikenakan caj sebanyak RM2.

Bersambung…

Promo-Banner-Sabah

Tags: homestay kundasangkundasang hotelkundasang sabahtempat menarik di ranau
Promosi Diskaun Promosi Diskaun Promosi Diskaun
Hasrul Wayne

Hasrul Wayne

Editor di Melancong.my, meminati dunia pelancongan. Jika anda ada sebarang idea untuk diketengahkan, hubungi kami untuk selanjutnya: tentang kami.

Artikel+ Bersambung

Air Terjun Mahua
Pakej Sabah

12 Tempat Menarik Di Tenom, Keningau Tambunan & Sipitang [RARE]

  Daerah-daerah ini kaya dengan hutan tebal dan rahsia keindahan alam semulajadi menjadi kegemaran buat pengkaji alam dari seluruh dunia...

Oleh: Hasrul Wayne
23/05/2022
22.6k
Faizul Hisham
Pakej Sabah

Honeymoon Kota Kinabalu: Cadangan Berbulan Madu 3 Hari 2 Malam

  Adakah anda bercadang untuk berbulan madu atau menyambut ulang tahun bersama pasangan tersayang? Anda Inginkan suasana yang indah dah...

Oleh: Hadi Ghazali
19/05/2022
14.3k
Selanjutnya
Seterusnya
Star-Cruise-Star-Pisces

Star Pisces: Pelayaran Genting Star Cruise Yang Dinantikan Telah Tiba [POPULAR & LIMITED EDITION]

melancong-ke-taiwan

Melancong Ke Taiwan: 50+ Aktiviti & Tempat Paling Menarik [TERKINI]

4.5 2 votes
Penilaian Artikel
Langgan
Maklumkan saya
guest
guest
38 Komen
Inline Feedbacks
View all comments
Tempat Menarik di Johor
Pakej Johor

15 Tempat Menarik di Johor: Aktiviti & Tempat Makan [POPULAR]

15/06/2021
59.1k
tempat menarik di johor
Pakej Johor

10 Aktiviti & Tempat Paling Menarik di Johor Bahru [TERKINI]

11/10/2021
31.9k
tempat menarik di cameron highlands
Pakej Pahang

50 Aktiviti & Tempat Menarik Di Cameron Highlands Yang Paling Popular [TERKINI]

27/11/2021
47k
Selanjutnya
IKLAN / ADVERTISEMENT
  • Newsletter
  • Tentang Kami
  • Polisi
  • Terma dan Syarat
  • Hubungi Kami

© 2021 Melancong.my - Powered by Hasrul & Co.

Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Indonesia
  • Singapore
  • Thailand
  • Vietnam
  • Cambodia
  • China
  • Korea
  • Jepun
  • Australia
  • India
  • Turki
  • Balkan
  • Uzbekistan
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami

© 2021 Melancong.my - Powered by Hasrul & Co.

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
wpDiscuz
38
0
Ingin sertai perbincangan? Sila komen.x
()
x
| Reply