Bandaraya ini merupakan sebuah bandar moden dan pesat membangun yang mana merupakan ibu negeri kepada negeri Sabah.
Kota Kinabalu, Manggatal, Penampang dan Papar terletak di pantai barat Sabah, dan kini kian pesat membangun disebabkan pembinaan Lebuhraya Pan Borneo.
Kota Kinabalu terkenal dengan kedatangan pelancong dari China, Korea dan Semenanjung Malaysia kerana memberikan percutian yang lengkap.
Bandar ini terletak di pantai barat laut Borneo yang menghadap ke Laut China Selatan. Taman Negara Tunku Abdul Rahman terletak di sebelah baratnya dan Gunung Kinabalu, yang mana memberi nama kota itu, terletak di sebelah timurnya.
Pada abad ke-15, kawasan Kota Kinabalu berada di bawah pengaruh Kerajaan Brune. Pada abad ke-19, British North Borneo Company (BNBC) mula-mula mendirikan penempatan berhampiran Pulau Gaya.
Tahukah anda nama Kota Kinabalu sebelum itu dikenali sebagai “Api-api” sebelum dinamakan semula oleh naib ketua BNBC sebagai “Jesselton”. Jesselton menjadi pelabuhan perdagangan utama di kawasan itu, dan dihubungkan dengan Kereta Api Borneo Utara.
Selepas perang dunia ke dua. Pada tahun 1967, Jesselton dinamakan semula sebagai Kota Kinabalu, Kota menjadi perkataan Melayu untuk Benteng dan Kinabalu setelah Gunung Kinabalu yang berdekatan. Kota Kinabalu diberi status bandar pada tahun 2000.
- Lihat Pakej Percutian Kota Kinabalu Sabah
- Lihat Penginapan Terbaik di Kota Kinabalu
- Lihat Tiket Penerbangan ke Kota Kinabalu
- Lihat Aktiviti Menarik di Kota Kinabalu
- Lihat Peta Percutian Kota Kinabalu Sabah
Pin Berikut kami senaraikan lokasi-lokasi tempat menarik di Kota Kinabalu sandainya anda merancang untuk melancong ke Kota Kinabalu.
Atkinson Clock Tower

Atkinson Clock Tower merupakan salah satu daripada tarikan utama di Kota Kinabalu. Ia terletak di Signal Hill Road dan berdekatan dengan stesen polis lama. Bangunan ini dibina pada tahun 1905 dan merupakan binaan kayu sepenuhnya. Apa yang lebih menarik adalah, ia dibina tanpa paku.
Ia dibina sebagai memperingati Francis George Atkinson yang merupakan Pegawai Daerah pertama di Jesselton sewaktu di bawah pemerintahan Syarikat Borneo Utara British.
Bangunan ini juga merupakan salah satu binaan tertua di Sabah dan telah terselamat daripada dimusnahkan sewaktu penghancuran pekan Jesselton pada Perang Dunia Kedua.
Kini terdapat Laluan Pejalan Kaki Hutan (Treetop Walkway) sejauh 500 meter yang menghubungkan terus Menara Jam Atkinson ke Signal Hill Observatory.
Muzium Sabah

Muzium Sabah dibina pada tahun 1985 dimana suatu masa dahulu ia merupakan tapak kepada Istana Gabenor Borneo Utara British. Muzium ini mempunyai bangunan utama, pusat sains dan pendidikan serta kampung warisan.
Didalamnya pula terdapat berbagai jenis galeri yang menempatkan informasi berkenaan sejarah, seramik, dan pameran ethnography dan arkeologi.
Kampung warisan pula adalah tempat dimana anda boleh mengalami sendiri pengalaman dan keunikan berbagai jenis rumah tradisional etnik-etnik di Sabah.
- Lihat Penginapan | Lihat Peta | 9:00am – 5:00pm | Jalan Muzium, 88300 Kota Kinabalu, Sabah
Masjid Negeri Sabah

Di Sabah, memang tidak dapat dinafikan lagi jika anda ingin melihat keunikan senibina, tempat yang harus anda lawati adalah Masjid Negeri Sabah. Rekaan kubahnya yang besar dan bermotifkan emas, menjadikan ia satu rekaan unik yang menggambarkan seni bina Islam dan juga kontemporari.
Masjid Negeri Sabah ini mampu memuatkan 5000 jemaah pada satu-satu masa. Ia juga mempunyai balkoni yang khusus untuk jemaah wanita. Bagi pengunjung yang ingin berkunjung ke sini, anda dinasihatkan untuk mematuhi etika pemakaian yang telah ditetapkan.
- Lihat Penginapan | Lihat Peta | Jln Tunku Abdul Rahman, 88100 Kota Kinabalu, Sabah
Masjid Bandaraya Kota Kinabalu

Sebuah lagi masjid yang menjadi tanda kehebatan senibina Islam adalah Masjid Bandaraya Kota Kinabalu. Ia mempunyai keluasan seluas 2.47 ekar dan terletak di Likas.
Apa yang menarik mengenai masjid ini adalah lokasi pembinaannya yang terletak di tepi laut dan ia juga mempunyai ciri-ciri yang sama seperti Masjid Nabawi di Madinah. Masjid terapung ini mampu memuatkan sekitar 9000 sehingga 12000 jemaah pada satu-satu masa.
Masjid yang terbesar di Kota Kinabalu ini juga dikatakan masjid yang tercantik di Malaysia. Masjid ini dibuka untuk tujuan lawatan kepada umum pada setiap hari kecuali hari Jumaat dari pukul 8 pagi sehingga 5 petang. Tiada sebarang caj dikenakan kepada pelawat namun perlu mendapatkan pas lawatan pelancong dan sewa pakaian tradisional.
Pelancong tidak dibenarkan masuk sesuka hati tanpa mendaftar di kaunter pelancongan mereka.
- Lihat Penginapan | Lihat Peta | Jalan Pasir, Jalan Teluk Likas, Kampung Likas, 88400 Kota Kinabalu, Sabah
Aquarium & Marine Museum UMS
Destinasi ini, Aquarium & Marine Museum Universiti Malaysia Sabah terletak di Sepangar Bay yang terletak di dalam kampus Universiti Malaysia Sabah.
Ia terletak sekitar 13 kilometer daripada Kota Kinabalu. Pengunjung yang berkunjung ke sini boleh belajar dengan lebih lanjut lagi berkenaan hidupan bawah laut.
Tarikan utama disini termasuk Deep Dive Diorama dimana anda boleh mengalami sendiri persekitaran laut, Marine Museum & Research Showcase, Marine Aquarium, Mangrove Walks, Ocean Outreach Corner, teater mini dan bermacam-macam aktiviti lagi.
- Lihat Penginapan | Lihat Peta | 9:00am – 4:00pm | Jalan UMS, 88400 Kota Kinabalu, Sabah
Yayasan Sabah Tun Mustapha Tower

Lokasi seterusnya terletak sekitar 5 kilometer daripada Pusat Bandaraya Kota Kinabalu. Sebelum ini, ia dikenali sebagai Yayasan Sabah dan binaan setinggi 30 tingkat ini terletak di kawasan Likas Bay. Ia juga dikenali sebagai ikon negeri Sabah.
Ia mempunyai teras yang disokong oleh braket besi untuk setiap tingkatnya. Sewaktu ia siap dibina pada tahun 1977, ia merupakan salah satu daripada tiga bangunan yang mempunyai konsep rekaan sebegini di dunia.
Di dalam bangunan ini terdapat sebuah auditorium, dua teater mini, foyer pameran. Gimnasium, tadika dan juga perpustakaan.
- Lihat Penginapan | Lihat Peta | 7:30am – 5;30pm | Yayasan Sabah Headquarters Complex, Tun Mustapha Tower, Level 26-28, Likas Bay, 88817 Kota Kinabalu, Sabah
Menara Kinabalu

Menara Kinabalu, sebelumnya dikenali sebagai Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS), merupakan pusat pentadbiran bagi negeri Sabah sejak tahun 2016.
Terletak di Teluk Likas, Kota Kinabalu, menara ini menempatkan pejabat bagi agensi-agensi kerajaan, ahli kabinet negeri, dan pejabat YAB Ketua Menteri Sabah. Kompleks ini terdiri daripada tiga menara bangunan:
1. Menara Blok A: Tertinggi dengan tiga puluh tiga (33) aras pejabat. Menempatkan pejabat agensi kerajaan negeri dan menjadi pejabat rasmi bagi Ketua Menteri Sabah serta beberapa jemaah menteri kabinet.
2. Menara Blok B dan Blok C: Masing-masing mempunyai sembilan (9) aras pejabat. Blok B dan C menempatkan pejabat anggota kabinet kerajaan negeri yang lain.

Menara Kinabalu, dengan ketinggian 129.45 meter, memudahkan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat secara teratur, berpusat, dan efisyen. Ia menjadi ikon penting dalam landskap Kota Kinabalu dan simbol kepentingan administratif bagi negeri Sabah.
- Lihat Penginapan | Lihat Peta | 8:00am – 5:00pm | Menara Kinabalu, 88400 Kota Kinabalu, Sabah
Pasar Minggu Gaya Street

Pada awalnya, Gaya Street diberi nama Bond Street. Namun, pada hari ini, Gaya Street lebih dikenali dan menjadi antara pusat perniagaan utama di Kota Kinabalu selama beratus tahun.
Kedai kayu beratapkan nipah banyak terdapat disini dan disini juga anda boleh temukan perniagaan-perniagaan yang diwarisi turun-temurun kekal beroperasi sehingga ke hari ini.
Anda boleh temukan berbagai jenis barangan seperti batik, buah-buahan, bunga, hasil seni, selipar, kasut, barangan antik, cenderahati, kek, haiwan peliharaan dan juga herba.
Destinasi ini merupakan destinasi terbaik untuk anda merasai sendiri suasana masyarakat setempat dan salah satu daripada destinasi terbaik untuk bersiar-siar dengan keluarga.
- Lihat Penginapan | Lihat Peta | 6:00am – 12:00am | Gaya Street, Kota Kinabalu, 88000 Kota Kinabalu, Sabah
Pasar Kraftangan Kota Kinabalu Tun Fuad Stephen

Pasar Kraftangan Kota Kinabalu ini terletak di Jalan Tun Fuad Stephens dan merupakan diantara destinasi tumpuan pelancong yang datang ke negeri Sabah. Disini, anda boleh temukan berbagai jenis barangan dan juga cenderahati.
Pasar Filipino juga merupakan salah satu daripada tarikan negeri Sabah. Sesuai dengan namanya, kebanyakan peniaga disini berbangsa Filipina. Anda boleh temukan berbagai jenis mutiara yang dijadikan kerongsang, rantai dan gelang dijual disini.
Cuma, anda perlu lebih berhati-hati kerana risau anda akan tersalah beli mutiara tiruan. Anda juga boleh temukan gerai-gerai yang menjual hasil laut seperti udang galah dan ikan air tawar.
- Lihat Penginapan | Lihat Peta | 8:00am – 10:00pm | Jalan Tun Fuad Stephen, Pusat Bandar Kota Kinabalu, 88000 Kota Kinabalu, Sabah
Signal Hill Observatory Tower

Signal Hill Observatory Tower merupakan antara puncak tertinggi yang ada di bandar Kota Kinabalu sekaligus mampu memberikan anda gambaran dari atas yang sangat cantik untuk pemandangan Kota Kinabalu.
Ia juga merupakan salah satu daripada lokasi terbaik untuk pemandangan sebegini.
Jaraknya hanya beberapa minit pemanduan sahaja dari Padang Merdeka. Signal Hill Observatory Tower ini juga mampu memberikan anda pemandangan yang menarik sehingga anda mampu untuk melihat pulau-pulau yang ada di Tunku Abdul Rahman Park.
Selepas renovasi besar-besaran, ia kini dibuka semula dengan kemudahan yang lebih mesra OKU dan pencahayaan malam yang sangat cantik. dan merangkumi pejalan kaki sejauh 500 meter hingga ke Atkinson Clock Tower.
- Lihat Penginapan | Lihat Peta | 78, Jalan Asrama, signal hills, 88400 Kota Kinabalu, Sabah
Double Six Monument

Double Six Monument merupakan sebuah lokasi yang terletak di Sembulan dan merupakan sebuah catatan sejarah bagi sebuah tragedi dalam sejarah negeri Sabah.
Tragedi ini melibatkan sebuah kapal terbang yang membawa Ketua Menteri negeri Sabah yang kelima, Tun Mohd. Fuad Stephens dan enam orang lagi menteri yang nahas kerana kapal terbang tersebut telah terhempas.
Nahas tersebut mengorbankan kesemua yang ada di dalam kapal terbang berkenaan. Apa yang lebih menarik adalah, Double Six Monument telah dibina betul-betul diatas lokasi dimana nahas tersebut berlaku.
Monsopiad Heritage Village

Jika anda berkunjung ke Sungai Penampang, anda akan perasan begitu banyak bangunan tradisional yang didirikan. Bangunan-bangunan ini telah dikenal sebagai Monsopiad Heritage Village.
Ia merupakan sebuah muzium yang terletak sekitar 16 kilometer daripada Pusat Bandar Kota Kinabalu. Monsopiad merupakan sebuah nama yang diambil daripada seorang pahlawan yang menetap di Kampung Kuai sekitar 200 tahun dahulu.
Jika anda berkunjung ke sini, jangan lupa untuk mengunjungi Tangkob dimana padi ditempatkan. Di rumah utama Monsopiad pula, anda boleh melihat sejarah mengenai kehidupan Monsopiad dan warisnya.
Selain itu, terdapat beberapa barang yang dipamerkan seperti tembikar, mesin padi, barangan buluh dan juga pakaian Bobohizan Inai Bianti yang merupakan waris terus kepada Monsopiad.
Tarikan lain yang ada disini adalah Siou Do Mohoing atau lebih dikenali sebagai Rumah Tengkorak dimana anda boleh melihat 42 “trofi” daripada Monsopiad dipamerkan disini.
KDCA Cultural Village

Jika anda ingin menyelami dan memahami bagaimana budaya masyarakat yang hidup sebelum kita, KDCA Cultural Village merupakan lokasi terbaik. Anda boleh temukan binaan yang jelas menggambarkan bagaimana kehidupan nenek moyang kita pada masa dahulu.
Kampung ini terletak di Hongkod Koisaan, Penampang yang jaraknya sekitar 15 minit pemanduan dari Kota Kinabalu. Kampung warisan ini dibina khas untuk puak Kadazandusun di Sabah dan terdapat empat puak Kadazandusun utama iaitu Dusun Tindal Kota Belud, Dusun papar, Rungus dan Murut.
Tagal Tinopikon Park

Tagal Tinopikon Park merupakan sebuah lokasi yang terletak di Kampung Notoruss, Penampang. Jika anda ingin mencari sebuah pengalaman yang berbeza, kunjungan ke destinasi ini adalah kunjungan yang anda tidak patut lepaskan.
Tarikan utama lokasi ini adalah Tagal yang mana membawa maksud “kawasan larangan memancing”. Ia merupakan sebuah kawasan yang diuruskan oleh masyarakat setempat. Disini, anda akan temukan ikan yang tidak bergigi yang tidak sabar-sabar menanti kunjungan anda.
Antara aktiviti yang anda boleh lakukan disini adalah melawat rumah kampung, dusun buah, melihat demonstrasi menoreh getah, jungle trekking, permainan kampung, memberi makan ikan di sungai, berenang di sungai dan juga menikmati hidangan yang dimasak dengan menggunakan kayu api.
Pantai Tanjung Aru

Pantai Tanjung Aru merupakan sebuah destinasi yang terletak di penghujung Jalan Tunku Abdul Rahman dan sejauh 6 kilometer daripada bandar Kota Kinabalu. Namanya diambil bersempena dengan nama pokok aru yang tumbuh melata di pantai ini.
Destinasi ini merupakan diantara destinasi pilihan bagi anda yang inginkan pemandangan matahari terbenam yang paling memukau. Pemandangan ini merupakan pemandangan yang anda boleh saksikan setiap hari disini. Namun, ia tidak pernah sekalipun mengecewakan.
Pulau Dinawan

Pulau Dinawan merupakan sebuah lokasi yang terletak sekitar 25 minit dari jeti Marina Sutera. Anda boleh ke sini dengan menaiki bot laju.
Ia merupakan sebuah destinasi yang sangat sesuai jika anda inginkan tempat yang mempunyai privasi dan sekaligus akan mampu untuk memberikan anda suasana yang sangat menenangkan serta tanpa sebarang gangguan.
Pemandangan disini sangat luar biasa dimana anda boleh melihat Gunung Kinabalu. Antara aktiviti yang anda boleh lakukan disini adalah snorkeling, scuba diving dan bermacam lagi aktiviti serta sukan air. Anda juga boleh memancing, bermain pool dan juga berehat di spa.
Perdana Park Tanjung Aru

Perdana Park Tanjung Aru merupakan sebuah destinasi yang menawarkan berbagai aktiviti rekreasi dan juga pilihan makanan yang banyak. Di sini, terdapat sebuah “running track” yang agak boleh popular dan bagi kebanyakan pengunjung yang berkunjung ke sini, ramai yang memilih untuk untuk bersenam dimana-mana kawasan yang sesuai di sekeliling tasik yang ada disini.
Ramai juga yang memilih untuk “berjalan” diatas tapak refleksologi dan membiarkan anak-anak mereka bermain di taman permainan. Selain itu, ia juga merupakan lokasi kegemaran ramai untuk melihat matahari terbenam. Tarikan lain yang ada disini adalah air pancut berirama yang akan mula beroperasi dari pukul 7-9 PM.
Taman Marin Tunku Abdul Rahman

Terletak kira-kira 10 ke 20 minit perjalanan menaiki bot laju dari ibu negeri Sabah, Kota Kinabalu, Taman Marin Tunku Abdul Rahman terdiri daripada lima buah pulau yang indah yang berkeluasan melebihi 4929 hektar, dua pertiga daripadanya adalah laut.
Tempat menarik di Sabah bagi percutian pulau adalah di Taman Marin Tunku Abdul Rahman kerana ia cantik dan dekat untuk dikunjungi.
Pulau-pulau terdiri daripada – Pulau Manukan, Pulau Mamutik, Pulau Sulug, Pulau Gaya dan Pulau Sapi mempunyai pantai berpasir putih yang penuh dengan ikan dan terumbu karang; sesuai untuk penyelam baru serta mereka yang berkelah.
Untuk mereka yang sukakan aktiviti lasak di atas tanah, Pulau Gaya dan Pulau Sapi juga mempunyai denai kembara merentasi hutan dara mereka.
Rumah bagi pelbagai jenis flora dan fauna eksotik, anda pasti dapat melihat spesis yang jarang ditemui seperti Megapode atau Burung Tambun, burung yang kelihatan seperti ayam dengan kaki besar, berbunyi seperti kucing.
Pulau Sapi

Pulau Sapi merupakan salah satu daripada gugusan pulau yang menjadi Taman Laut Tunku Abdul Rahman bersama-sama dengan pulau-pulau lain yang terkenal iaitu Pulau Manukan dan Pulau Mamutik.
Jika Pulau Manukan terkenal kerana pemdangannya yang cukup memukau, Pulau Sapi pula terkenal kerana ia mempunyai variasi spesies ikan yang terlalu banyak! Jadi, ia merupakan salah satu destinasi terbaik untuk aktiviti snorkeling.
Satu pesanan ikhlas daripada kami adalah, lebih baik jika anda datang awal atau datang pada bukan musim cuti kerana saiz pulau ini tidak terlalu besar dan sentiasa penuh dengan pelancong.
Pulau Manukan

Ia terletak sekitar 30 minit dari Kota Kinabalu dan merupakan salah satu daripada pulau yang termasuk dalam Taman Laut Tunku Abdul Rahman. Salah satu tarikan utama Pulau Manukan adalah pantai pasir putihnya yang sepanjang 1,.5 kilometer ketika air surut.
Bagi anda yang pertama kali berkunjung ke sini, anda pastinya terpukau dengan kejernihan air lautnya yang sukar untuk anda temukan di tempat lain di Malaysia.
Antara aktiviti yang biasanya dilakukan oleh pengunjung pulau ini adalah mandi laut dan juga berehat sambil menenangkan fikiran. Pulau Manukan terkenal kerana pemandangannya yang cukup indah yang sukar untuk kami gambarkan dengan penulisan.
Pulau Mamutik

Pulau Mamutik merupakan sebuah lokasi yang terletak di Kota Kinabalu. Anda boleh menaiki bot di jeti yang terdapat di Jesselton Point untuk ke pulau ini.
Pulau Mamutik merupakan salah satu daripada gugusan pulau yang terletak didalam Tunku Abdul Rahman Marine Park beserta dengan pulau-pulau seperti Pulau Gaya, Pulau Sapi, Pulau Manukan dan juga Pulau Sulug.
Tarikan utama Pulau Mamutik adalah pantainya yang merupakan lokasi terbaik untuk bersantai dan menenangkan fikiran. Selain itu, ia juga mempunyai pokok-pokok Casuarina yang memberikan suasana pulau tipikal.
Harga untuk makanan dan minuman disini juga tidak terlalu mahal jadi anda tidak perlu untuk bungkus makanan siap-siap untuk dibawa ke sini.
Mari Mari Cultural Village

Mari Mari Cultural Village merupakan sebuah destinasi yang terletak di dalam sebuah hutan di Kionsom, Inanam. Lokasinya yang jauh daripada kesibukan dan kesesakan kota menjadikannya sebuah lokasi yang kerap dikunjungi pelancong.
Ia mengetengahkan rumah tradisional masyarakat di Sabah seperti Bajau, Lundayeh, Murut, Rungus dan juga Dusun. Untuk pengalaman yang lebih menarik, anda boleh merasai sendiri rutin harian masyarakat ini dimana mereka akan berkongsi dengan anda cara-cara untuk membuat sumpit, cara menghidupkan api menggunakan buluh dan juga cara membuat tatu.
Lok Kawi Wildlife Park

Lok Kawi Wildlife Park merupakan salah satu daripada destinasi yang terletak di jalan lama Penampang-Papar dan dibangunkan sepenuhnya oleh Bahagian Hidupan Liar Sabah. Ia dibuka sepenuhnya kepada umum pada 17 Februari 2007.
Ia mempunyai dua komponen utama iaitu zoologi dan juga botani. Tujuan utama pembukaan lokasi ini adalah untuk menghasilkan sebuah taman yang sesuai untuk seisi keluarga dan juga lebih kepada Zoo Kanak-Kanak.
Anda boleh temukan berbagai jenis spesies hidupan liar disini seperti gajah pygmy, monyet proboscis, harimau dan juga bermacam jenis spesies rusa. Bahagian botani pula memberikan pengalaman yang unik buat pengunjung dimana anda boleh “jungle trekking” sejauh 1.4 kilometer.
Pulau Sepanggar

Ada beberapa perkataan yang akan terlintas dalam fikiran anda apabila anda sendiri datang ke sini ; biru, warna warni dan putih. Maksud ketiga-tiga warna ini adalah biru air laut, terumbu yang berwarna warni dan juga pasir pantai yang memutih.
Lokasi ini terletak sekitar 10 minit dari Jesselton Point. Pulau Sepanggar bersaiz dua kali ganda lebih besar daripada Pulau Manukan. Ia merupakan sebuah destinasi yang sangat sesuai jika anda inginkan suasana pulau yang agak privasi kerana ia tidak sepadat Pulau Manukan.
Antara aktiviti yang kerap dilakukan disini adalah scuba diving, kayaking, memancing dan jungle trekking.
Pulau Mengalum

Pulau Mengalum merupakan destinasi yang agak popular dalam kalangan kaki pancing. Ia juga menjadi semakin popular dalam kalangan pelancong bermula daripada tahun 2010 apabila ia mula dibuka kepada umum.
Ia merupakan sebuah destinasi yang sangat cantik namun kurang dikenali dan terletak pada sekitar 56 kilometer daripada Kota Kinabalu. Jika anda melihat pulau ini dari udara, anda akan dapati bentuk pulau ini kelihatan seolah-olah seperti sebiji donut.

Tarikan utama di Pulau Mengalum adalah snorkeling dan juga Mengalum Anchor. Mengalum Anchor merupakan sebuah sauh yang dikatakan ditinggalkan oleh seorang pelayar yang bernama Ferdinand Magellan. Ada juga versi lain yang mengatakan sauh ini daripada bot memancing yang karam.
- Lihat Penginapan | Lihat Peta | R19, Jesselton Point Ferry Terminal, Jln Haji Saman, Pusat Bandar Kota Kinabalu, 88300 Kota Kinabalu, Sabah
JSK Borneo Reef Sea World
Adakah anda tidak suka menyelam namun masih ingin melihat dunia lautan yang menarik? Bagaimana pula dengan berjalan dalam laut? Ya, anda tidak salah dengar, berjalan dalam laut dan bukan lagi menyelam atau berenang!
Rasai sendiri pengalaman unik dan menyeronokkan untuk melihat batu karang secara dekat dengan memakai topi keledar oksigen.
Pada masa sama, boleh menghiburkan mata dengan melihat kepelbagaian spesis ikan batu karang dari atas paltform dalam air yang luas milik JSK Borneo Reef Sea World dan turut menjadikannya salah satu tempat menarik di Kota Kinabalu yang boleh anda kunjungi.
Aktiviti ini sesuai untuk mereka yang tidak pandai berenang dan mereka yang berumur lebih daripada 12 tahun.
Selepas taklimat mengenai keselamatan dan isyarat tangan keselamatan, pegawai berpengalaman akan menyelam terlebih dahulu kemudian diiringi oleh para pengunjung.
Berat topi keledar beroksigen adalah 30kg di daratan dan anda sebagai pengunjung akan diberikan bantuan sehingga anda sepenuhnya tenggelam dalam air yang mana akan mengurangkan berat topi keledar dengan ketaranya.
Selain aktiviti berjalan kaki dalam laut, Borneo Reef World juga menawarkan selaman skuba berpandu bagi penyelam berlesen, menyelam skuba sambil meneroka, snokerling, jetski, banana boat, parasailing, dan menunggang sea spies yang berupa seperti perahu bermotor kecil untuk perseorangan.
Tetamu yang menunggu pula boleh bersiar-siar terlebih dahulu di dek pemerhati bawah laut. Anda boleh pergi ke Borneo Reef World Pontoon di Jeti Pelabuhan Jesselton Point.
- Lihat Penginapan | Lihat Peta | 8:30am – 3:00pm | 38, Jalan Haji Saman, Pusat Bandar Kota Kinabalu, 88300 Kota Kinabalu, Sabah
Hutang Lipur Kawang | Kawang Forest Centre

Destinasi seterusnya, Kawang Forest Centre merupakan salah satu daripada tarikan buat anda yang gemarkan jungle trekking jenis mencabar. Jika anda ingin bermalam sekalipun, ia bukanlah masalah disini kerana ia merupakan salah satu daripada tapak terbaik untuk berkhemah dan juga untuk aktiviti rekreasi.
Bagi anda yang tidak takut dengan suasana gelap dan bau busuk, disini terdapat sebuah gua kelawar yang mampu berikan anda lebih kegerunan. Kawang Forest Reserve juga dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan seperti pusat informasi, bilik persalinan, tandas, 3 tapak perkhemahan dan juga 3 unit chalet.
- Lihat Penginapan | Lihat Peta | Kampung Kawang, 89600 Papar, Sabah
Kokol Heaven

Kokol Haven adalah sebuah resort yang terletak betul-betul di puncak Bukit Kokol dengan ketinggian 2700 kasi dari paras laut.
Destinasi ini menawarkan anda pemandangan Kota Kinabalu yang terbentang luas.
Anda boleh menikmati minum petang atau makan malam diterangi lilin sambil melihat pemandangan yang sangat menarik disini.
- Lihat Penginapan | Lihat Peta | 10 km, Jalan Kokol – Tombongon, 88450 Kota Kinabalu, Sabah
Le’ One – Kokol Hill Elf

Ianya juga terletak di pinggiran Bukit Kokol dan merupakan tarikan terbaru untuk pelancong datang melihat pemandangan Kota Kinabalu. Jika anda suka ber swafoto, ini adalah tempat yang tepat untuk anda.
Terdapat buaian yang anda boleh hayunkan sambil melihat pemandangan menakjubkan Kota Kinabalu.
- Lihat Penginapan | Lihat Peta | 10:00am – 7:00pm | 25FV+JJ Kota Kinabalu, Sabah
Jesselton Quay (JQ)
Jesselton Quay atau lebih dikenali sebagai JQ merupakan kawasan pembangunan komersial baharu yang terletak betul-betul di pinggir laut.
Tempat ini menjadi tular kerana reka bentuk bangunannya yang moden dan nampak sangat mewah, sesuai untuk mereka yang suka fotografi gaya ‘urban’.
Kawasannya sangat luas untuk berjalan santai sambil melihat feri dan bot yang keluar masuk dari jeti berdekatan.
Suasana malam di sini juga cukup hidup dengan lampu-lampu bangunan yang cantik, menjadikannya lokasi popular untuk lepak santai bersama rakan-rakan atau keluarga selepas penat pusing bandar.
- Lokasi: Jalan Haji Saman (Sebelah Jesselton Point), Kota Kinabalu.
Le’ One Marine Sport, Karambunai
Bagi yang inginkan suasana pantai yang lebih privasi dan tidak terlalu sesak seperti di Tanjung Aru, Karambunai adalah jawapannya. Le’ One Marine Sport menawarkan pelbagai aktiviti air yang seronok seperti jet ski dan kayak dalam persekitaran yang lebih eksklusif.
Pasirnya putih dan kawasannya sangat luas, sesuai kalau anda mahu buat aktiviti ‘team building’ atau sekadar mahu berehat jauh dari hiruk-pikuk pusat bandar.
Pemandangan matahari terbenam di sini juga tidak kurang hebatnya dan sering menjadi pilihan untuk sesi penggambaran perkahwinan atau majlis istimewa.
- Lokasi: Karambunai Peninsula, Kota Kinabalu.
Rooftop @ Mercure Kota Kinabalu
Anda tidak perlu mendaki bukit yang tinggi untuk melihat pemandangan bandar raya KK secara 360 darjah.
Cukup sekadar naik ke tingkat atas Hotel Mercure. Di sini terdapat bar dan restoran yang menawarkan pemandangan laut yang sangat luas termasuklah gugusan pulau-pulau Taman Tunku Abdul Rahman.
Suasananya sangat ‘chill’ dan tenang, sesuai untuk pasangan yang ingin makan malam romantik atau sesiapa sahaja yang ingin menikmati minuman sambil melihat matahari terbenam dalam suasana yang lebih selesa dan moden.
Ia adalah antara permata tersembunyi di tengah bandar.
- Lokasi: Jalan Haji Saman, Pusat Bandar Kota Kinabalu.
Bukit Botak (Sepanggar)
Bagi peminat aktiviti mendaki yang mahukan cabaran sederhana tetapi mendapat ganjaran pemandangan yang ‘superb’, Bukit Botak adalah pilihan terbaik.
Dinamakan Bukit Botak kerana puncaknya yang hanya ditumbuhi rumput tanpa pokok besar, memberikan pandangan tanpa halangan.
Dari atas, anda boleh melihat Teluk Sepanggar yang membiru dan kawasan pelabuhan dengan jelas.
Laluan pendakiannya tidaklah terlalu panjang, sangat sesuai untuk aktiviti pagi atau petang. P
astikan anda bawa kamera kerana pemandangan dari sini memang sangat luas dan cantik untuk dirakam, terutamanya ketika cuaca cerah.
- Lokasi: Sepanggar (Berhampiran kawasan perumahan Indah Permai), Kota Kinabalu.
Basikal di Laluan Tanjung Lipat
Ini adalah aktiviti petang paling popular di kalangan warga tempatan Kota Kinabalu.
Terdapat laluan khas untuk berbasikal dan berjoging yang panjang bermula dari kawasan pelabuhan sehinggalah ke Masjid Bandaraya.
Anda boleh menyewa basikal dengan harga yang sangat murah di beberapa kiosk yang disediakan.
Sambil mengayuh, anda akan ditemani dengan tiupan angin laut yang menyegarkan dan pemandangan laut yang indah di sebelah kiri.
Ia adalah cara terbaik untuk bersantai secara aktif sambil menikmati keindahan pesisir pantai bandar raya KK tanpa perlu bersesak dengan trafik.
- Lokasi: Teluk Likas (Tanjung Lipat), Kota Kinabalu.
Bukit Kopungit
Bukit ini adalah rahsia orang tempatan untuk melihat matahari terbenam dengan pemandangan yang unik.
Pendakiannya sangat santai dan tidak mengambil masa yang lama.
Apa yang menarik, dari puncak Bukit Kopungit, anda boleh melihat landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) dengan jelas.
Jadi, anda boleh tengok kapal terbang berlepas dan mendarat dengan latar belakang matahari terbenam dan laut.
Memang satu pengalaman yang berbeza berbanding tempat mendaki yang lain.
Kawasan ini juga sesuai untuk mereka yang baru berjinak-jinak dengan aktiviti ‘hiking’ yang ringan.
- Lokasi: Kepayan (Berhampiran dengan kawasan aeropod), Kota Kinabalu.
Mari Mari Sepanggar Island
Ramai pelancong hanya tahu tentang Pulau Sapi atau Manukan, tetapi Mari Mari Sepanggar Island menawarkan pengalaman yang lebih tenang dan tersembunyi.
Pulau ini tidak mempunyai ramai pelawat, jadi anda boleh menikmati pantai dengan lebih bebas.
Airnya jernih dan sangat sesuai untuk aktiviti ‘snorkeling’ bagi melihat batu karang yang masih terjaga.
Selain itu, terdapat juga aktiviti mendaki hutan di dalam pulau untuk melihat pemandangan teluk dari atas.
Sesuai untuk keluarga atau kumpulan yang mahukan suasana privasi tanpa gangguan orang ramai yang terlalu ramai.
- Lokasi: Jeti Jesselton Point (Naik bot ke Pulau Sepanggar).
Riverside Park, Inanam
Riverside Park adalah kawasan rekreasi yang memfokuskan kepada keindahan sungai semula jadi yang menyegarkan.
Tempat ini sangat popular di kalangan penduduk tempatan untuk aktiviti berkelah di hujung minggu.
Air sungainya cetek dan jernih, sangat selamat untuk kanak-kanak mandi-manda. Terdapat kemudahan seperti gazebo dan kawasan barbeku yang boleh digunakan.
Jika anda sudah bosan dengan suasana pantai, Riverside Park memberikan alternatif suasana hutan tropika dan sungai yang lebih sejuk dan mendamaikan untuk anda berehat bersama keluarga sambil menikmati makanan dalam suasana kampung yang tenang.
- Lokasi: Kampung Kionsom, Inanam, Kota Kinabalu.
Pillars of Sabah
Tempat ini asalnya adalah tapak bangunan lama yang terbakar dan hanya meninggalkan tiang-tiang konkrit sahaja.
Namun, artis-artis tempatan telah mengubah tempat ini menjadi galeri seni terbuka yang sangat unik.
Setiap tiang dilukis dengan pelbagai tema, seperti haiwan yang terancam di Sabah atau isu-isu komuniti.
Lukisannya sentiasa berubah mengikut projek seni semasa, jadi setiap kali anda datang, mungkin ada hasil seni yang baharu.
Ia terletak betul-betul di tengah bandar dan menjadi lokasi wajib singgah untuk sesiapa yang sukakan seni jalanan atau grafiti kreatif.
- Lokasi: Lorong Bank 1, Pusat Bandar (Berhampiran Gaya Street), Kota Kinabalu.
Sabah Art Gallery
Dari luar lagi anda pasti akan tertarik dengan bangunan ini kerana seni binanya yang sangat unik, berbentuk seperti motif bakul tradisional masyarakat Sabah.
Di dalamnya, anda boleh melihat pelbagai koleksi seni halus hasil tangan pelukis-pelukis berbakat dari seluruh negeri.
Galeri ini bukan sahaja mempamerkan lukisan, tetapi juga arca dan seni digital yang menceritakan tentang identiti dan budaya Sabah dari sudut pandang moden.
Tempatnya sangat tenang dan sejuk, sesuai bagi mereka yang ingin menghayati seni dalam suasana yang lebih formal dan tersusun rapi.
- Lokasi: Jalan Shantung, Luyang, Kota Kinabalu.
Petagas War Memorial
Tugu peringatan ini didedikasikan khas kepada para pejuang gerila di Sabah yang telah terkorban semasa menentang tentera Jepun pada Perang Dunia Kedua.
Kawasannya sangat bersih, tenang dan dipenuhi dengan pokok-pokok bunga yang cantik.
Di sini tertera nama-nama pahlawan yang telah gugur demi mempertahankan tanah air.
Walaupun ia adalah tapak peringatan, ramai yang datang ke sini untuk menghargai pengorbanan masa lalu sambil menikmati suasana taman yang damai.
Lokasinya sangat dekat dengan landasan kapal terbang, jadi anda boleh melihat pesawat lalu di atas kepala dengan jarak yang dekat.
- Lokasi: Jalan Putatan (Berhampiran KKIA), Kota Kinabalu.
Jesselton Duty Free (JDF)
Bagi peminat barangan berjenama, Jesselton Duty Free adalah pusat beli-belah terbaru yang menawarkan pengalaman membeli-belah barangan bebas cukai di tengah bandar raya.
Anda boleh mencari pelbagai barangan seperti minyak wangi, beg tangan, coklat, dan jam tangan berjenama antarabangsa dengan harga yang lebih berpatutan.
Mall ini terletak di kawasan waterfront yang moden, jadi lepas penat membeli-belah, anda boleh terus keluar ke kawasan pesisir laut untuk makan-makan atau sekadar menikmati pemandangan laut yang cantik.
Ia adalah destinasi ‘shopping’ yang lebih eksklusif berbanding mall biasa.
- Lokasi: Jesselton Mall, Jalan Haji Saman, Kota Kinabalu.
Toojou bukan sekadar hotel atau hostel biasa, ia adalah ‘social space’ yang sangat moden dan ‘fun’. Tarikan paling ikonik di sini ialah gelongsor gergasi dari tingkat atas terus ke lobi!
Ia adalah tempat lepak yang sangat popular bagi golongan muda dan pengembara solo kerana suasananya yang santai dan penuh dengan aktiviti sosial.
Terdapat juga kawasan ‘rooftop bar’ yang sering mengadakan acara muzik atau tayangan filem.
Jika anda mencari tempat yang mempunyai ‘vibe’ kreatif dan mahu berkenalan dengan kawan-kawan baharu dari serata dunia, inilah tempat paling sesuai.
- Lokasi: Jalan Masjid Lama, Bandaran Berjaya, Kota Kinabalu.
Cocoa Kingdom (Putatan)
Jika anda peminat coklat, Cocoa Kingdom adalah tempat yang wajib dikunjungi. Ia merupakan destinasi pelancongan coklat yang terbesar di Sabah.
Di sini, anda boleh melihat sendiri bagaimana buah koko diproses sehingga menjadi coklat yang sedap.
Selain itu, terdapat pelbagai jenis coklat unik yang dihasilkan secara tempatan untuk anda cuba dan beli sebagai buah tangan.
Reka bentuk bangunannya yang berwarna-warni juga sangat menarik untuk dijadikan latar belakang gambar.
Ia adalah aktiviti yang sangat menyeronokkan terutamanya bagi keluarga yang membawa kanak-kanak kecil.
- Lokasi: Jalan Putatan Ramayah, Putatan, Kota Kinabalu.
Pasar Malam Sinsuran
Walaupun ramai yang pergi ke Pasar Filipina, Pasar Malam Sinsuran adalah pilihan alternatif bagi orang tempatan untuk mencari makanan laut yang segar dan dimasak secara panas-panas.
Di sini juga terdapat banyak gerai yang menjual kraftangan, mutiara Sabah, dan pelbagai jenis keropok serta ikan masin dengan harga yang lebih boleh dirunding.
Suasananya sangat meriah dan penuh dengan bau masakan yang menyelerakan. Ia adalah lokasi terbaik untuk merasai ‘vibe’ pasar malam sebenar di KK di mana anda boleh melihat kehidupan harian penduduk tempatan sambil menikmati makanan laut yang murah.
- Lokasi: Kawasan Sinsuran (Belakang Kompleks Tun Fuad Stephens), Kota Kinabalu.
Perdana Park (Musical Fountain)
Terletak tidak jauh dari Pantai Tanjung Aru, taman ini adalah tempat terbaik untuk aktiviti santai keluarga di waktu malam.
Tarikan utamanya ialah persembahan air pancut berirama yang dihiasi dengan lampu berwarna-warni mengikut rentak muzik.
Kanak-kanak pasti akan seronok melihat pertunjukan ini. Selain itu, terdapat laluan berjalan kaki yang sangat selesa dan beberapa gerai makanan yang menjual snek.
Kawasan ini sangat bersih dan terjaga, menjadikannya lokasi kegemaran penduduk tempatan untuk beriadah selepas waktu kerja dalam suasana yang ceria dan meriah dengan cahaya lampu.
- Lokasi: Jalan Mat Salleh, Tanjung Aru, Kota Kinabalu.
Perpustakaan Negeri Sabah (Cawangan Tanjung Aru)
Tempat ini viral bukan sebab orang nak baca buku sangat, tapi sebab seni bina bangunannya yang world-class!
Dari luar nampak macam corak tradisyen Sabah yang moden, tapi di dalam, tangga dan susunan rak bukunya memang nampak macam dalam filem Interstellar atau galeri seni di luar negara.
Sangat cantik untuk ambil gambar gaya minimalist dan intellectual.
- Lokasi: Tanjung Aru (Berdekatan dengan Perdana Park), Kota Kinabalu.
API-API Night Market (Gaya Street)
Kalau dulu orang tahu Pasar Gaya waktu pagi Ahad saja, sekarang pasar malam hari Jumaat dan Sabtu ini lagi viral.
Suasananya sangat meriah dengan lampu-lampu neon.
Apa yang buat dia viral? Makanan jalanan yang unik-unik macam Tanghulu, Grilled Seafood yang murah, dan pelbagai minuman “hipster” yang kreatif.
Memang tempat wajib singgah untuk cari makan malam sambil ‘healing’ dengar buskers.
- Lokasi: Jalan Gaya (Pusat Bandaraya), Kota Kinabalu.
Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS)
Bangunan ini sebenarnya pejabat kerajaan, tapi sebab rupa fizikalnya yang macam botol kaca gergasi yang berkilau, ia jadi spot bergambar paling ikonik.
Waktu paling cantik adalah waktu senja apabila cahaya matahari pantul pada dinding kaca bangunan ni.
Ramai pelancong (terutamanya dari Korea dan China) sanggup datang sini semata-mata nak tangkap gambar bangunan ni dari tepi jalan.
- Lokasi: Teluk Likas (Berhampiran Menara Tun Mustapha), Kota Kinabalu.
The Luma Hotel (Lobi & Creative Space)
Ini adalah hotel butik paling ‘chic’ di KK sekarang. Lobi dia saja dah cukup viral sebab rekaan dalaman yang bertemakan hutan tropika tapi nampak sangat mewah dan moden.
Di tingkat bawah ada kafe dan kedai kopi yang selalu jadi tempat lepak kegemaran influencers.
Kalau anda suka ‘vibe’ bandar yang elegan dan estetik, tempat ni memang jawapannya.
- Lokasi: Sutera Avenue (Berhadapan Imago Shopping Mall), Kota Kinabalu.
Signal Hill Observatory Platform (Wajah Baru)
Baru-baru ini platform tinjau Signal Hill telah dinaiktaraf dengan wajah yang lebih moden.
Ia kini lebih selesa dan selamat untuk orang ramai melihat pemandangan pusat bandaraya KK dan laut dari tempat tinggi.
Ramai orang muda datang sini waktu petang untuk buat konten video timelapse matahari terbenam yang sangat cantik tanpa perlu bayar apa-apa bayaran masuk.
- Lokasi: Jalan Bukit Bendera (Hujung Jalan Padang), Kota Kinabalu.
Fatt Kee Coffee Shop (Tomato Fish Soup)
Ini bukan sup ikan biasa-biasa. Fatt Kee sangat viral dengan Sup Ikan Tomato mereka yang pekat, masam-masam manis, dan sangat segar.
Anda boleh pilih mahu isi ikan digoreng atau segar, dan biasanya dimakan dengan mi atau nasi.
Portion dia memang ‘padu’ dan mengenyangkan. Kedai ini sentiasa penuh, jadi kena datang awal sikit atau sedia untuk beratur.
Bagi yang suka makanan berprotein tinggi, ini memang pilihan terbaik sebab isi ikannya sangat banyak!
- Lokasi: Hilltop (Kawasan komersial berhampiran Lintas), Kota Kinabalu.
Woo!
Kalau anda cari tempat makan yang ‘aesthetic’ dan sesuai untuk masuk Instagram, Woo! adalah tempatnya.
Kafe ini mempunyai seni bina minimalis dengan siling yang sangat tinggi dan banyak cahaya semula jadi, memang syurga untuk peminat fotografi.
Makanan di sini lebih kepada gaya fusion dan western yang moden. Kopi mereka juga sangat berkualiti.
Ia adalah tempat lepak kegemaran “influencers” di KK untuk bergambar sambil menikmati hidangan yang nampak mewah tapi rasa tetap sedap.
- Lokasi: Jalan Dewan (Kawasan bangunan lama berhampiran Gaya Street), Kota Kinabalu.
Borenos Fried Chicken
Ramai orang kata, “Tak sah datang Sabah kalau tak makan Borenos.” Ini adalah jenama ayam goreng tempatan Sabah yang kian viral mengatasi jenama antarabangsa.
Ayamnya sangat rangup di luar tapi juicy di dalam. Yang paling ikonik ialah Full 1/2 Spring Chicken mereka, anda dapat setengah ekor ayam terus dalam satu hidangan!
Sosnya pun ada rasa unik yang tersendiri. Memang wajib cuba untuk rasai perbezaan ayam goreng kebanggaan orang Sabah.
- Lokasi: Kompleks Asia City, Pusat Bandaraya Kota Kinabalu.
Keng Wan Hing (Polo Bun & Dim Sum)
Ini adalah kedai kopi tradisional (kopitiam) yang viral semula di media sosial. Walaupun nampak macam kedai lama, tapi Polo Bun (Roti Nanas) mereka yang panas-panas dengan mentega di tengah memang boleh buat orang mengidam.
Selain itu, pelbagai jenis dim sum dan pau tradisional juga dijual di sini.
Suasananya sangat klasik, sesuai untuk sarapan pagi sambil merasai budaya ‘lepak’ cara lama penduduk KK.
Ia terletak di kawasan yang sangat strategik untuk pelancong berjalan kaki.
- Lokasi: Jalan Gaya (Gaya Street), Kota Kinabalu.
Todak Waterfront Seafood (Bakaran)
Walaupun tempat ini sudah lama, ia sentiasa viral setiap kali pelancong luar datang.
Di sini anda boleh pilih sendiri hidangan laut yang masih hidup—dari udang gergasi, ketam, hingga ke ikan pelik-pelik, dan minta mereka masak ikut selera anda.
Yang paling best adalah makan di meja tepi laut sambil menikmati angin malam.
‘Vibe’ dia sangat meriah dengan bau ikan bakar yang semerbak.
Harganya juga lebih berpatutan jika anda pandai memilih dan tawar-menawar dengan peniaga.
- Lokasi: Jalan Tun Fuad Stephens (Bersebelahan Pasar Filipina), Kota Kinabalu.
Bukit Bonduk (Bonduk Hill), Sepanggar
Bukit Bonduk, yang juga dikenali sebagai Bukit Botak, adalah sebuah bukit popular di Sepanggar.
Tempat ini sangat sesuai untuk mereka yang baru mula berjinak-jinak dengan aktiviti mendaki.
Walaupun laluannya agak curam di beberapa bahagian, pendakian tidak mengambil masa yang panjang, biasanya kurang daripada satu jam.
Dari puncak bukit ini, anda akan disajikan dengan pemandangan Teluk Sepanggar yang sangat indah.
Pemandangan laut biru dan bukit-bukau sekeliling pasti menghilangkan rasa penat.
Ramai orang datang ke sini pada waktu pagi untuk bersenam sambil menikmati udara segar dan melihat keindahan matahari terbit.
-
Lokasi: Jalan Sepanggar, Kota Kinabalu, Sabah.
Balai Seni Lukis Sabah (Sabah Art Gallery)
Balai Seni Lukis Sabah mempunyai reka bentuk bangunan yang sangat unik, berbentuk seperti bakul tradisional etnik Rungus.
Di dalamnya, anda boleh melihat pelbagai jenis karya seni yang cantik dan menarik hasil tangan artis tempatan Sabah.
Pameran di sini sentiasa ditukar supaya pengunjung tidak bosan. Tempat ini sangat tenang dan sesuai untuk pencinta seni, atau sesiapa sahaja yang mahu belajar tentang budaya tempatan melalui lukisan dan ukiran.
Bayaran masuk adalah sangat murah. Anda juga boleh mengambil banyak gambar yang cantik untuk disimpan sebagai kenangan bersama kawan dan keluarga.
-
Lokasi: Jalan Penampang, Kota Kinabalu, Sabah (Berdekatan dengan Bangunan Arkib Negara).
Kota Kinabalu Wetland Ramsar Site
Kota Kinabalu Wetland adalah kawasan paya bakau yang sangat penting dan terletak betul-betul di tengah bandar raya.
Tempat perlindungan hidupan liar ini mempunyai laluan kayu sepanjang 1.5 kilometer yang selesa untuk anda berjalan kaki sambil menikmati alam semula jadi.
Anda boleh melihat pelbagai jenis burung, ketam, dan ikan belacak di sini.
Tempat ini sangat bagus untuk berehat sambil menenangkan fikiran daripada kesibukan bandar. Ia juga menjadi tempat belajar yang baik untuk kanak-kanak mengenal alam.
Suasananya sangat damai, sejuk, dan dikelilingi pokok bakau hijau yang dijaga dengan sangat rapi.
-
Lokasi: Jalan Bukit Bendera Upper, Likas, Kota Kinabalu, Sabah.
Masjid Pink (Masjid UMS)
Masjid Universiti Malaysia Sabah, atau lebih terkenal dengan nama Masjid Pink, adalah salah satu ikon tercantik di negeri ini.
Reka bentuknya sangat menarik kerana warna merah jambunya yang terang, digabungkan dengan kubah berwarna keemasan.
Masjid ini terletak di atas sebuah bukit kecil di dalam kawasan kampus universiti. Pemandangan di sekeliling masjid ini juga sangat cantik dan mendamaikan.
Ramai pelancong dari dalam dan luar negara suka datang ke sini untuk mengambil gambar sebagai kenang-kenangan.
Walaupun ia tempat pelancongan, ia tetap sebuah masjid yang aktif digunakan oleh pelajar untuk bersolat.
-
Lokasi: Universiti Malaysia Sabah (UMS), Jalan UMS, Kota Kinabalu, Sabah.
Akuarium UMS (UMS Marine Museum) & Pantai ODEC
Akuarium UMS adalah tempat yang sangat menarik untuk melihat hidupan marin tanpa perlu menyelam ke dalam laut.
Anda boleh melihat pelbagai spesies ikan dan karang yang berwarna-warni di sini. Selepas melawat akuarium, anda boleh singgah ke Pantai ODEC yang terletak di dalam kawasan kampus yang sama.
Pantai ini sangat tenang dan sesuai untuk aktiviti santai seperti berkelah atau berjalan di tepi pantai bersama keluarga.
Menikmati angin laut yang segar pada waktu petang sambil melihat matahari terbenam menjadikan tempat ini sangat istimewa bagi pengunjung dan juga pelajar universiti.
-
Lokasi: Pusat Penyelidikan Borneo Marin, Universiti Malaysia Sabah (UMS), Kota Kinabalu, Sabah.
Bangunan Maybank di Gaya Street telah menjadi lokasi bergambar yang sangat popular secara tiba-tiba, terutamanya dalam kalangan pelancong dari luar negara.
Tempat ini menjadi tular di media sosial kerana latar belakang papan tanda bank yang besar dengan warna kuning yang terang, dikelilingi oleh suasana jalanan yang sibuk.
Gaya gambar bertemakan gaya hidup bandar atau “street photography” nampak sangat menarik di sini.
Selain mengambil gambar di hadapan bangunan ini, anda juga boleh melawat pasar ahad Gaya Street yang terkenal berhampiran lokasi ini untuk membeli pelbagai cenderamata dan merasa makanan tempatan.
-
Lokasi: Jalan Gaya (Gaya Street), Pusat Bandar Kota Kinabalu, Sabah.
Taman Ujana Rimba Tropika
Taman Ujana Rimba Tropika adalah sebuah taman rekreasi yang luas dan menghijau, terletak tidak jauh dari pusat bandar.
Tempat ini sangat sesuai untuk aktiviti riadah keluarga pada hujung minggu atau waktu petang.
Terdapat laluan berjoging yang panjang, taman permainan kanak-kanak, dan juga peralatan senaman awam.
Anda akan berasa sangat segar apabila berjalan di bawah rimbunan pokok-pokok besar yang rendang.
Ramai orang datang ke mari untuk berkelah, bersenam, atau sekadar duduk berehat membaca buku sambil lari sebentar daripada tekanan dan bunyi bising kenderaan di kawasan bandar.
-
Lokasi: Jalan Penampang, Luyang, Kota Kinabalu, Sabah.
Bersambung…







Berapa harga setiap package jika ada 6 org dlm Satu kumpulan
Hi Calvin, tuan boleh rujuk senarai pakej yang kami sediakan di Melancong.my