Apakah tempat menarik di Sabah yang popular dikunjungi, atau dimanakah destinasi-destinasi yang jarang diterokai di Sabah?
Sabah memang sudah terkenal diseluruh dunia dan baru-baru ini ia telah menerima anugerah istimewa iaitu diktiraf sebagai ‘3 Tempat Paling Popular Asia Pasifik‘ untuk pelancongan.
Ianya memang benar dan merupakan tarikan besar pelancong dari China dan Korea Selatan. Nak tahu kenapa?
Nak Ikut Kami Bercuti Di Sabah?
Pin
Sabah sangat menarik dari segi pelancongan kerana menawarkan percutian tropika yang sangat lengkap. Sebut saja pasti boleh anda jumpa bah dan pasti ada disini!
Anda boleh bercuti untuk menikmati pemandangan semulajadi dengan elemen pegunungan, pantai dan pulau serta budaya masyarakat yang berbilang bangsa.
Negeri ini dengan sekurang-kurangnya mempunyai 32 suku kaum asli, menawarkan banyak destinasi semulajadi, tarikan kebudayaan, dan tentunya makanan laut yang lazat yang ditangkap segar dari Laut China Selatan.
Bagi pelancong luar, makanan laut di Sabah biasanya dikatakan jauh lebih murah dari tempat luar. Apakah Tempat-tempat percutian menarik yang ada di Sabah? Semak 150 lebih senarai destinasi pilihan dibawah dan bersedialah untuk terpersona.
‘Tip Of Borneo’ Tanjung Simpang Mengayau Kudat

Di bahagian hujung barat laut atau puncak Borneo terletaknya Tanjung Simpang Mengayau atau maksud harafiahnya, “persimpangan singgahan”.
Jika anda membaca risalah pelancongan yang biasanya didapatkan percuma di lapangan terbang, Tanjung Simpang Mengayau ini merupakan lokasi di mana ombak-ombak Laut China Selatan bertembung dengan ombak-ombak dari timur Laut Sulu.
Jika anda merasa berani, anda bolehlah berdiri di tebing laut, di bahagian tanjung yang selamat, diatas batuan licin yang diselimuti alga dan cengkerang kupang yang tajam yang melekat padanya.
Dan juga merasakan sendiri percikan air masin tersembur ke wajah anda kesan daripada pelanggaran ombak keatas batu-batuan pantai, dan pada masa sama merasai angin kuat meniup muka dan badan anda.

Pada hari cerah, anda boleh melihat pulau-pulau terpencil seperti Bangi dan Balambangan dengan sekadar melihat ke laut. Pemandangan pulau-pulau ini adalah amat indah seolah lukisan dan menjadi kemestian untuk dilihat apabila berkunjung ke Sabah.
Apabila hari mulai senja dan matahari mulai melabuhkan tirainya, anda akan dapat melihat jalinan warna biru, merah, oren dan keemasan menghiasi laut pantai – menambahkan lagi keajaiban pemandangan Tanjung Simpang Mengayau.
Tanjung Simpang Mengayau ini terletak di Semenanjung Kudat, kira-kira tiga jam setengah perjalanan dari Bandaraya Kota Kinabalu.
Perjalanan anda akan disambut oleh Pantai Kalampunian yang terletak di sebelah kiri anda, sebuah pantai yang kurang dikunjungi namun masih sangat indah ini akan mengiringi perjalanan anda hinggalah ke puncak Borneo.
Pantai ini terkenal di Sabah sebagai salah satu pantai yang paling murni tidak terusik oleh campur tangan manusia.
Sunset Music Festival Simpang Mengayau

Pada tahun ini sahaja, Jesselton Philharmonic Orchestra membuka program mereka dengan persembahan muzik klasik manakala penyanyi-penyanyi tempatan Malaysia seperti Atilia, Guba, Jadesisters, Marlleynney Fane Paul dan Mohd Rifanzi Ruji, menawarkan lagu-lagu kontemporari, asli dan tradisional bagi menyambut kehadiran penonton-penonton tempatan dan antarabangsa yang ramai.
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.sunsetmusicfest.my.
Dengan suasana pantai yang begitu menyenangkan dan pemandangan matahari senja yang begitu memikat pandangan yang ada di Tanjung Simpang Mengayau, adalah tidak sepatutnya anda dibiarkan menghayati keindahan ini tanpa iringan muzik.
Kewujudan persembah orkestra secara langsung yang mengiringi deruman ombak dan terbukanya tirai malam ini pasti menghiburkan hati anda. Hal ini juga adalah menjadikan Tanjung Simpang Mengayau menjadi antara tempat menarik di Kota Kinabalu.

Untuk beberapa tahun sudah, Sunset Music Festival telah menghadiahkan kepada para pengunjung yang datang ke sini dengan persembahan penuh bertenaga.
Iaitu daripada ramai artis-artis tempatan dan luar negara bagi meraikan kehidupan, muzik dan juga alam semulajadi, dengan seri yang terpancar dari pemandangan indah matahari terbenam Sabah sebagai latar belakang.
Jika anda merancang percutian anda antara bulan Jun dan Julai, anda boleh bermain di pantai pada waktu siang, makan makanan laut lazat yang dihidang, dan menikmati hiburan malam penuh kemeriahan sebelum kembali ke salah satu pusat pelancongan berdekatan untuk merehatkan diri.
Rumah Panjang Rungus di Kampung Bavanggazo

Berkunjung dan Menetap di Rumah Panjang Rungus di Kampung Bavanggazo:
Antara salah satau tempat menarik di Kota Kinabalu adalah Kudat. Kudat boleh dikatakan sebagai rumah kepada masyarakat Rungus asli, masyarakat yang paling tradisional di negeri ini, dan merupakan sub-etnik Kadazandusun.
Suku ini yang biasanya dikenali sebagai suku pertanian juga terkenal dengan penghasilan gong mereka, manik-manik yang berwarna-warni, kain-kain dan bakul-bakul anyaman tangan yang mana anda akan temui ketika berkunjung untuk melihat barangan kraftangan yang dipamerkan di sini.
Bavanggazo merupakan salah satu daripada 3 kampung yang terletak berdekatan antara satu sama lain, bagi merasai kebudayaan Rungus yang unik. Anda pasti akan dapat menikmati keindahan dan keunikan budaya masyarakat Rungus ketika masuk ke dalam rumah panjang tradisional orang Rungus yang dikenali sebagai ‘vinatang’.
Binaan rumah ini agak kukuh dengan bumbungnya terletak rendah bertenggek antara tiga hingga lima kaki di atas tanah. Ia memiliki dewan masyarakat yang besar yang berada di luar bilik-bilik peribadi yang ada dan menjadi tempat untuk berkumpul, bersosial dan bergotong-royong.
Keseluruhan struktur ini memiliki pengudaraan yang baik dengan platform lantai diperbuat daripada buluh berpecah dan keluar mencondong ke dinding – satu ciri yang unik bagi seni bina Rungus. Walaupun di luar panas, di dalam rumah ini terasa nyaman dan sejuk.
Terkenal dengan manik-manik berwarna-warni yang rumit dan tenunan kain tersendiri, wanita Rungus membuat pelbagai trinklets dan pakaian tradisional yang mana anda boleh beli dengan mudah untuk diri sendiri atau dijadikan hadiah buat rakan-rakan setelah pulang dari percutian anda.
Madu Asli Kampung Gombizau

Madu memiliki rasa yang berbeza-beza, bergantung kepada tempat ianya dikultivasikan. Di sini di Kampung Gombizau, jiran kepada Kampung Bavanggazo, sumber nektar dari pelbagai bunga-bungaan tempatan yang ada di dalam hutan tropika di sekitar menciptakan rasa unik madu di sini.
Jangan ketinggalan untuk membawa sedikit manisan semulajadi ini untuk dibawa pulang bagi menambahkan kenikmatan memakan roti bakar atau bijirin anda.
Sebagai pengunjung, anda akan dibawa melawat ke kawasan penternakan lebah yang terletak kurang daripada 2 meter dari laluan utama kampung, terletak di atas cerun.
Boleh diandaikan bahawa masyarakat di sini suka hidup secara merbahaya. Pemandu pelancong Rungus yang berani dan juga penduduk Gombizau yang menemani anda akan menunjukkan kepada anda bagaimana mereka menyalai sarang lebah yang ada tanpa memakai apa-apa pakaian pelindung.
Asap akan meneutralkan sementara lebah-lebah yang berada di dalam sarang bagi membolehkan pengunjung dipertontonkan bagaimana mereka menuai madu daripada sarang yang ada.
Gong Gergasi Di Kampung Sumangkap

Setiap kali anda melihat gong, tidakkah anda terasa ingin memukulnya? Mungkin sekali ia adalah keinginan semulajadi yang ada dalam diri kita, yang ingin menggoncang sedikit keamanan dan kenyamanan yang ada.
Anda akan dibawa singgah di pusat penghasilan gong yang terkenal di Kampung Sumangkap, juga di persekitaran dua kampung yang disebut di atas, bagi mempelajari tentang industri desa yang bising ini.
Hal ini juga menjadikan ianya tempat menarik di Kota Kinabalu untuk anda kunjungi.
Penduduk-penduduk di sini boleh mendengar bunyi bising sepanjang hari, mengetuk logam aloi dan mewarnakannya bagi menghasilkan gong pelbagai saiz dan nada untuk pelanggan tempatan dan antarabangsa.
Kerja-kerja yang terlibat memerlukan usaha ramai. Setiap gong dan pemegangnya merupakan buatan tangan.
Di sini anda boleh melihat sendiri bagaimana bahan mentah berubah menjadi instrumen penting yang mana merupakan antara idiophone paling biasa digunakan dan dimainkan di Sabah. Gong dinilai sebagai alat muzik, artifak istiadat dan aset kekayaan.
Mari-Mari Cultural Village

Kebiasaannya, apabila bercerita mengenai perkampungan budaya, seseorang pastinya membayangkan pengalaman yang agak kuno dan membosankan. Namun, ianya tidak benar sama sekali apabila bercerita mengenai Perkampungan Budaya Mari Mari.
Ternyata kunjungan ke sini banyak menambahkan ilmu pengetahuan dimana pengunjung dapat melihat sendiri kepelbagaian rumah-rumah komuniti etnik Sabah antaranya – Bajau, Lundayeh, Murut, Rungus dan Dusun – dan terpesona dengan seni bina, tarian tradisional dan ritual mereka.
Melihat sendiri rumah panjang yang benar-benar berpenghuni (penduduk tinggal di dalamnya), boleh dikatakan lawatan ke perkampungan budaya ini merupakan pengalaman yang begitu nyaman sekali.
Pengunjung yang datang juga berpeluang untuk belajar, antara lain, kaedah tradisional untuk menghasilkan api, meniup sumpitan sebenar, merasai wain beras, madu hasilan tempatan dan makan makanan ringan tradisional.
Salah satu acara kemuncak yang dipamerkan oleh perkampungan ini adalah permainan trampolin atau ‘Lansaran’ (trampolin kayu dan buluh) oleh masyarakat Murut berwajah sengit di dalam rumah panjang mereka.
Usaha berpasukan diperlukan bagi menghasilkan rentak kuat di atas trampolin bagi membolehkan pelompat melompat tinggi ke udara bagi merebut bendera daripada sasaran yang diletakan pada siling rumah. Ketinggian lompatan ini boleh mencecah 12 kaki!
Perkampungan Budaya Mari Mari ini dibina dalam suasana hutan terpencil di Kionsom, Inanam, kira-kira 30 minit memandu dari Kota Kinabalu. Bagi pelancongan kebudayaan ini tempat menarik di Kota Kinabalu untuk anda kunjungi dengan lebidh dekat.
Rumah Terbalik di Tamparuli

Diterjemahkan secara harfiahnya sebagai ‘Rumah Yang Dibina Terbalik – Atap di bawah, lantai di atas’, Rumah Terbalik yang berada di Tamparuli ini merupakan yang pertama seumpamanya di Asia Tenggara dan merupakan antara lima struktur terbalik di dunia.
Terdapat tiga di Eropah dan satu lagi di Jepun. Rumah ini siap dibina pada tahun 2012, dan telah disenaraikan sebagai keajaiban seni bina dalam Malaysia Book of Records dan menjadi salah satu tempat menarik di Kota Kinabalu untuk anda kunjungi.
Lawatan bersama pemandu pelancong yang akan menjelaskan kepada pengunjung akan perbezaan hiasan dan ciri-ciri yang terdapat di dalam rumah Melayu sekitar tahun 1980-an.
Kesemua yang ada di dalam rumah ini, daripada perabot kepada perkakasan dalam rumah seperti cicak, berlegaran di atas kepala anda.
Malah, terdapat sebuah kereta terbalik diletakkan di luar!
Rumah terbalik ini terletak di batu 21, Jalan Telibong, Tamparuli, kira-kira 40 minit dari Kota Kinabalu. Layari laman web www.upsidedownhouse.com.my untuk maklumat lanjut.
Borneo Reef World Pontoon

Adakah anda tidak suka menyelam namun masih ingin melihat dunia lautan yang menarik? Bagaimana pula dengan berjalan dalam laut? Ya, anda tidak salah dengar, berjalan dalam laut dan bukan lagi menyelam atau berenang!
Rasai sendiri pengalaman unik dan menyeronokkan untuk melihat batu karang secara dekat dengan memakai topi keledar oksigen.
Pada masa sama, boleh menghiburkan mata dengan melihat kepelbagaian spesis ikan batu karang dari atas paltform dalam air yang luas milik Borneo Reef World Pontoon dan turut menjadikannya salah satu tempat menarik di Kota Kinabalu yang boleh anda kunjungi.
Aktiviti ini sesuai untuk mereka yang tidak pandai berenang dan mereka yang berumur lebih daripada 12 tahun.
Selepas taklimat mengenai keselamatan dan isyarat tangan keselamatan, pegawai berpengalaman akan menyelam terlebih dahulu kemudian diiringi oleh para pengunjung.
Berat topi keledar beroksigen adalah 30kg di daratan dan anda sebagai pengunjung akan diberikan bantuan sehingga anda sepenuhnya tenggelam dalam air yang mana akan mengurangkan berat topi keledar dengan ketaranya.
Selain aktiviti berjalan kaki dalam laut, Borneo Reef World juga menawarkan selaman skuba berpandu bagi penyelam berlesen, menyelam skuba sambil meneroka, snokerling, jetski, banana boat, parasailing, dan menunggang sea spies yang berupa seperti perahu bermotor kecil untuk perseorangan.
Tetamu yang menunggu pula boleh bersiar-siar terlebih dahulu di dek pemerhati bawah laut. Anda boleh pergi ke Borneo Reef World Pontoon di Jeti Pelabuhan Jesselton.
Water Rafting di Sungai Padas

Jika anda ingin menambahkan lagi keseronokan dalam aktiviti percutian anda, jangan ketinggalan untuk menyertai program meluncur air sungai atau water rafting di Sungai Padas.
Destinasi yang dimaksudkan adalah Pangi, sebuah perkampungan kecil yang hanya boleh dicapai dengan kereta api.
Bergantung kepada program yang anda sertai, perjalanan bermula sebelum matahari terbit dengan menaiki van ke bandar Beaufort, di mana anda dapat menaiki kereta api diesel lama, satu-satunya pengangkutan masuk ke kawasan pedalaman selain daripada berjalan kaki.
Perjalanan kereta api akan berhenti di beberapa stesen sebelum tiba ke stesen Pangi, sambil menyelusuri tepian Sungai Padas bersama himpunan bukit-bukit menghijau dan deruman air sungai yang mengalir deras.
Jika anda sukakan aktiviti ekstrim dan lasak cabaran ini wajib anda sertai kerana ia juga menjadi satu tempat menarik di Kota Kinabalu untuk anda sahut cabaran.
Anda boleh duduk di dalam gerabak besi bersama-sama dengan penumpang-penumpang tempatan dan berbual-bual dengan mereka, atau berdiri di tepi pintu untuk melihat keindahan alam semulajadi Sabah sambil mendengar bunyi ketukan logam roda keretapi lama bergeser dengan rel.
Program meluncur sungai ini merupakan program sehari penuh. Ianya diadakan sepanjang tahun namun arus paling deras biasanya boleh ditemui pada bulan November ke bulan Mac. Wow and sudah terasa goncangannya?
Monyet Proboscis di Sungai Garama dan Firefly

Sungai Garama merupakan antara sungai yang sering dikunjungi untuk melihat hidupan liar. Di sini anda boleh melihat Monyet Proboscis di kalangan hidupan lain seperti kera ekor panjang, biawak dan buaya dan ianya telah diwarta dan menjadi tempat menarik di Kota Kinabalu bagi pencinta flora dan fauna.
Ia merupakan perjalanan selama 2 jam menuju keluar ke lokasi di mana pengunjung dapat melihat primat ekor panjang Sabah ini dan ianya tidak mengambil masa lama untuk dapat melihatan kawanan mereka di bahagian berlainan sepanjang sungai ini.
Selepas makan malam, pengunjung dibawa untuk melihat kelip-kelip bakau di sungai yang sama. Bagi yang tidak tahu, kelip-kelipan yang tidak selari menunjukkan terdapat beberapa spesis kelip-kelip di pokok yang sama. Spesis kelip-kelip di pokok bakau berbeza dengan apa yang sering dijumpai di daratan.
Bagi mereka yang merancang untuk berkunjung ke Kota Kinabalu, mungkin terbit dalam diri akan persoalan berapa lama masa perlu diperuntukkan dan dirancang, semasa percutian singkat di sini.
Dengan destinasi-destinasi yang disenaraikan diatas, anda boleh merancang sekurang-kurangnya 6 hari penginapan, dan itu adalah termasuk R&R pantai yang sedikit.
Jalanraya di Kota Kinabalu kebanyakannya adalah lorong tunggal, kesesakan jalanraya boleh menjadi agak teruk dengan trafik ketika waktu puncak. Digalakkan untuk menjangkakan sebarang kelewatan apabila berkunjung ke sini namun ianya sangat berbaloi untuk melancong ke tempat tempat menarik di Kota Kinabalu ini.
Ada banyak lagi tempat-tempat menarik di Sabah yang ingin kami kongsikan. Untuk memudahkan pencarian anda sila lihat destinasi-destinasi percutian di Sabah mengikut kategori kawasan di bawah:
9 Senarai Zon-Zon Tempat Menarik Di Sabah

-
Tempat Menarik Di Kota Kinabalu [MOST POPULAR OF BORNEO]
-
Tempat Paling Menarik Di Kundasang & Ranau [PEAK OF BORNEO]
-
Tempat Menarik Di Tuaran, Tamparuli & Kiulu [NORTH BORNEO]
-
Tempat Menarik Di Labuan, Beaufort & Kuala Penyu [GATE OF BORNEO]
-
Tempat Menarik Di Kota Belud, Kudat & Kota Marudu [TIP OF BORNEO]
-
Tempat Menarik Di Tenom, Keningau Tambunan & Sipitang [INDIGEOUS BORNEO]
-
Tempat Menarik Di Sandakan & Kinabatangan [HOMETOWN BORNEO]
-
Tempat Menarik Di Lahad Datu, Tungku & Kunak [WILDLIFE BORNEO]
-
Tempat Menarik di Semporna & Tawau [PEARL OF BORNEO]