Pada masa dahulu, Sandakan adalah merupakan pusat pentadbiran Sabah juga dikenali Borneo Utara semasa zaman pemerintahan British.
Manakala Kinabatangan terkenal dengan sungai Kinabatangan terletak diantara Sandakan dan Lahad Datu.
Sandakan mulai makmur ketika Syarikat Borneo Utara British (BNBC) mula membina penempatan baru pada tahun 1879, mengembangkannya menjadi pusat perdagangan & perniagaan yang aktif sekaligus menjadikannya pusat pentadbiran utama bagi Borneo Utara.
Namun, kemakmuran terhenti ketika Jepun menduduki kawasan tersebut. Ketika perang berlanjutan dan pengeboman Bersekutu bermula pada tahun 1944, bandar ini musnah sama sekali.
Tidak dapat membiayai kos pembinaan semula, kuasa pentadbiran Borneo Utara diserahkan kepada pemerintah Crown Colony.
Selepas itu, ibu kota pentadbiran Borneo Utara dipindahkan ke Jesselton yang kini dikenali sebagai Kota Kinabalu.
Jadi, sebelum Kota Kinabalu ibu negeri Sabah adalah terletak di Sandakan.
- Lihat Penginapan Terbaik di Sandakan
- Lihat Aktiviti Terbaik di Sandakan
- Lihat Penginapan Terbaik di Kinabatangan
- Lihat Aktiviti Terbaik di Kinabatangan
- Peta Percutian: Sandakan | Kinabatangan
Pin
Jom lihat tempat menarik di Sandakan dan Kinabatangan yang boleh dikunjungi.
Pusat Pemulihan Orang Utan Sepilok
![14 Tempat Menarik Di Sandakan & Kinabatangan [KLASIK] 6 Rainforest Discovery Centre](http://wpfc.ml/b.gif)
Masa terbaik untuk melawat ‘Orang Liar Borneo’ adalah pada pukul 10 pagi dan sekali lagi, pada pukul 2.30 petang apabila primat ini keluar dari hutan untuk mendapatkan makanan harian mereka, pisang dan susu.
Pusat pemulihan ini merupakan tempat menarik di Sabah bagi melihat sendiri dengan lebih dekat aktiviti Orang Utan dan ianya cukup besar.
Anda boleh melihat orang utan diberi makan dari satu platform di pusat ini dan kemudian mereka kembali semula berkeliaran bebas di dalam hutan di mana mereka boleh menjaga diri sendiri.
Selain orang utan, terdapat lebih 200 spesies burung dan pelbagai jenis tumbuhan liar yang boleh dijumpai di dalam hutan simpan seluas 5.666 hektar.
Rainforest Discovery Centre
![14 Tempat Menarik Di Sandakan & Kinabatangan [KLASIK] 7 Sepilok](http://wpfc.ml/b.gif)
Rainforest Discovery Centre (RDC) di Sepilok, Sandakan adalah sebahagian dari Hutan Simpan Kabili-Sepilok – merupakan Pusat Pemulihan Orang Utan Sepilok dan tempat menarik di Sabah untuk aktiviti kajian alam semulajadi Borneo.
Terletak di Sabah, ia merupakan salah satu pusat pendidikan alam sekitar yang paling terkenal di negeri itu.
Bersiar-siar di dalam hutan atau berjalan di sepanjang 147-meter panjang laluan pejalan kaki kanopi dan menikmati pemandangan hutan hujan yang indah – 28 meter di atas tanah.
Berjalan kaki pada waktu malam di sepanjang denai juga memberikan peluang kepada pelawat untuk melihat hidupan liar yang tinggal di dalam hutan ini, seperti pelanduk, musang, tarsier comel dan pelbagai jenis serangga dan burung.
Bagi pencinta flora, terdapat banyak yang boleh dilihat di taman ini antaranya kira-kira 250 spesis orkid asli yang berkembang mekar. Keluarga orkid adalah kumpulan tumbuhan berbunga terbesar di seluruh dunia dengan kira-kira 25,000 spesies liar secara keseluruhan.
Peminat, ahli alamiah dan saintis yang sedang meningkat dari semua lapisan masyarakat akan dapat meneroka dengan lebih lanjut mengenai keajaiban hutan hujan melalui RDC yang unik yang membantu meningkatkan kesedaran masyarakat umum dan menghargai kepentingan pemuliharaan serta penggunaan sumber hutan yang mampan.
Pulau Penyu National Park
![14 Tempat Menarik Di Sandakan & Kinabatangan [KLASIK] 11 Pulau Selingan](http://wpfc.ml/b.gif)
Pulau Penyu National Park atau Turtle Island Park merupakan gabungan tiga buah pulau iaitu ; Pulau Selingan, Pulau Bakungan Kecil dan Pulau Gulisan. Popularitasnya diperoleh daripada penyu Green dan Hawkbill yang sering bertelur di pesisir pantai di pulau-pulau tersebut.
Penyu-penyu tersebut kebiasaannya bertelur sepanjang tahun dan paling kerap dapat dilihat bermula dari bulan Julai sehingga Oktober dimana laut lebih tenang pada ketika itu.
Jadi, anda boleh merancang kunjungan anda di sana pada bulan-bulan tersebut. Rugi jika anda tidak berpeluang untuk melihat pemandangan ini.
Pulau Lankayan
![14 Tempat Menarik Di Sandakan & Kinabatangan [KLASIK] 15 Pulau Lankayan](http://wpfc.ml/b.gif)
Di Lautan Sulu, terdapat sebuah pulau resort terumbu karang yang sangat cantik dan memukau. Pulau ini dikenali sebagai Pulau Lankayan. Ia terletak di arah barat laut Pulau Borneo dan kira-kira dalam 15 kilometer dari Sandakan.
Antara aktiviti menarik yang sering dilakukan oleh pengunjung di Pulau Lankayan adalah aktiviti menyelam skuba. Pengalaman selam skuba anda akan diserikan lagi dengan adanya spesis hidupan marin seperti Prawn Gobies, Nudibranchs dan juga Coral Shrimps.
Antara hidupan marin lain yang turut menjadi tumpuan adalah Whale Shark dan juga penyu spesis Green serta Hawkbill. Ramai juga yang berkunjung ke sini hanya untuk menikmati keindahan alam semulajadi.
Labuk Bay Proboscis Monkey Sanctuary
![14 Tempat Menarik Di Sandakan & Kinabatangan [KLASIK] 16 Labuk Bay Proboscis Monkey Sanctuary](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/01/Labuk-Bay-Proboscis-Monkey-Sanctuary-1024x768.jpg)
Monyet jenis Proboscis merupakan di antara spesies yang unik dan dijaga dengan baik di sebuah pusat yang dikenali sebagai Labuk Bay Proboscis Monkey Sanctuary. Pusat ini terletak di Semawang.
Disini, anda boleh melihat sendiri aktiviti harian monyet Proboscis ini dengan lebih dekat. Pusat ini terletak didalam kawasan ladang sawit yang turut menawarkan “night tour” dimana anda boleh melihat hidupan lain yang turut mendiami pusat ini.
Terdapat beberapa ciri mudah untuk anda membezakan jantina monyet Proboscis ini. Monyet jantan mempunyai hidung yang lebih besar, gaya rambut “flat-top” kemerahan dan ekor putih. Manakala bagi monyet betina pula, ia mempunyai saiz hidung yang lebih kecil.
Borneo Sun Bear Conservation Centre
![14 Tempat Menarik Di Sandakan & Kinabatangan [KLASIK] 17 Beruang di Lok Kawi](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2018/02/Beruang-di-Lok-Kawi-1024x682.jpg)
Pusat ini terletak berhampiran dengan Sepilok Orang Utan Rehabilitation Centre dan mula beroperasi pada tahun 2014. Pusat yang menempatkan Sun Bear terkecil di dunia ini menempatkan sekitar 44 ekor Sun Bear yang sebelum ini dikurung dan dimiliki secara haram.
Ia juga bertujuan untuk memberikan kesedaran kepada masyarakat untuk menghantar spesis tersebut ke pusat ini bagi tujuan pemeliharaan dan pemuliharaan.
Pusat ini dilengkapi dengan beberapa fasiliti seperti bilik tinjauan, “boardwalk” dan juga pusat pengunjung. Beruang comel ini patut anda lawati jika anda berada di Sandakan.
Agnes Keith House
![14 Tempat Menarik Di Sandakan & Kinabatangan [KLASIK] 18 Agnes Keith House](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2020/07/Agnes-Keith-House-update.jpg)
Disini merupakan tempat terletaknya kuarters kolonial British yang dikenali sebagai Newlands, pernah diduduki oleh seorang penulis Amerika yang bernama Agnes Newton Keith.
Antara hasil karya beliau yang popular adalah, Land Below The Wind yang ditulis pada tahun 1939. Kuarters ini telah didiami oleh Agnes bersama-sama dengan keluarganya.
Namun, pada hari ini, ia telah berubah dan menjadi rumah warisan yang menampilkan sisi menarik kehidupan dan sejarah sewaktu Borneo Utara British. Ia dilengkapi dengan hiasan-hiasan perabot dan antik kolonial.
Sebuah galeri juga disediakan di tingkat satu dimana ia menceritakan kisah hidup wanita ini, penulisan dan keluarganya.
Sandakan Memorial Park
![14 Tempat Menarik Di Sandakan & Kinabatangan [KLASIK] 19 Sandakan Memorial Park](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/01/Sandakan-Memorial-Park-1024x682.jpg)
Sandakan Memorial park menyaksikan kematian sekitar 2400 tawanan perang Australia dan British yang ditawan oleh Jepun di kem Sandakan POW dihadapan Tentera bersekutu sewaktu Perang Pasifik.
Terletak sekitar 11 kilometer dari Sandakan, Sandakan Memorial Park yang dahulunya merupakan kawasan tawanan perang telah berubah menjadi sebuah Taman Rimba. Ia dijaga dengan teliti dan rapi sekaligus berjaya mengekalkan kecantikan lanskapnya.
Ia merupakan kawasan yang sangat sesuai bagi mereka yang gemarkan suasana yang menenangkan jiwa. Taman ini juga menyediakan sebuah muzium kecil yang berperanan sebagai memorial kepada ribuan tawanan perang Australia dan British yang kehilangan nyawa kepada askar Jepun.
Sandakan Crocodile Farm
![14 Tempat Menarik Di Sandakan & Kinabatangan [KLASIK] 20 Sandakan Crocodile Farm](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/01/Sandakan-Crocodile-Farm-1024x683.jpg)
Sandakan Crocodile Farm terletak di Sandakan dan merupakan kandang buaya yang terbesar di Malaysia. Ia menempatkan sekitar 3000 ekor buaya dibawah jagaannya. Kebanyakan buaya disini merupakan buaya liar yang boleh dijumpai di sepanjang Sungai Kinabatangan.
Buaya-buaya ini diternak dan dibiak untuk memenuhi kehendak pasaran terhadap kulitnya yang boleh dibuat beg, kasut, tali pinggang dan beg duit.
Selain dari peluang untuk melihat hidupan ini dengan lebih dekat, anda juga berpeluang untuk melihat persembahan ular dan juga buaya.
Ia bukan sahaja pilihan yang terbaik bagi anda untuk anda datang ke sini bersama-sama dengan keluarga. Ia juga merupakan sebuah destinasi terbaik jika anda ingin mengajar anak-anak anda lebih lagi berkenaan hidupan ini.
Kinabatangan Wildlife Sanctuary & River
![14 Tempat Menarik Di Sandakan & Kinabatangan [KLASIK] 21 Kinabatangan Wildlife Sanctuary](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/01/Kinabatangan-Wildlife-Sanctuary-1024x522.jpg)
Untuk mendapatkan kepuasan dan pengalaman yang terbaik, anda perlukan dua hari untuk diperuntukkan disini. Kinabatangan Wildlife Sanctuary & River merupakan sebuah destinasi tumpuan yang terletak di Sungai Kinabatangan.
Disini ada disediakan “lodge” di sepanjang Sungai Kinabatangan dan anda berpeluang untuk melakukan aktiviti-aktiviti menarik seperti berlayar sepanjang Sungai Kinabatangan dimana anda berpeluang untuk melihat gajah, orang utan, monyet proboscis dan bermacam-macam jenis hidupan lagi.
Selain itu, anda juga berpeluang untuk merasai sendiri pengalaman merentas hutan hujan yang terletak di Kinabatangan Wildlife Sanctuary menerusi tiga trek utamanya serta peluang untuk melawat Sepilok Orangutan Rehabilitation Centre dan juga Gua Gomantong.
Gua Gomantong
![14 Tempat Menarik Di Sandakan & Kinabatangan [KLASIK] 22 Gua Gomantong](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/01/Gua-Gomantong-768x1024.jpg)
Gua Gomantong merupakan sebuah destinasi yang terletak di dalam Hutan Simpan Gomantong. Ia berkeluasan sekitar 3297 hektar dan terletak di Daerah Kinabatangan. Gua Gomantong merupakan singkapan batu kapur yang membentuk bukit batu kapur yang terbesar didalam daerah ini.
Didalam bukit batu kapur ini pula, terdapat sekitar 19 buah gua yang telah dikenalpasti dan ia telah terbentuk sejak berkurun lamanya.
Disebabkan oleh sejarahnya yang panjang, Gua Gomantong juga telah menghasilkan sarang burung layang-layang dimana aktiviti penuaian sarang burung tersebut telah menjadi salah satu dari pemandangan dan pengalaman yang sangat unik buat pengunjung.
Sukau & Bilit
Di Kampung Sukau, pelancongan telah menjadi diantara sumber rezeki paling utama disebabkan oleh keindahan alam semulajadi yang indah dan mempersonakan.
Selain itu, pembangunan resort dan perkara-perkara lain dalam sektor pembangunan yang pesat turut mendorong kepada kemasukan dan kunjungan pelancong dari dalam dan luar negara ke sini.
Tarikan lain yang ada disini adalah, kemudahan penginapan homestay yang disediakan yang telah berjaya menarik minat pelancong kerana dengan cara ini, mereka dapat menikmati suasana masyarakat setempat dengan lebih mendalam lagi.
Deramakot Forest Reserve
![14 Tempat Menarik Di Sandakan & Kinabatangan [KLASIK] 24 Deramakot Forest Reserve](http://wpfc.ml/b.gif)
Deramakot Forest Reserve terletak di tengah-tengah negeri Sabah dan merupakan salah satu destinasi tumpuan tersembunyi.
Sehingga ke hari ini, hampir 75% daripada keseluruhan hidupan mamalia seperti Orang Utan, gajah Pygmy, Tembadau, monyet Proboscis dan juga harimau bintang yang terdapat di Sabah boleh ditemukan di sini.
Jika anda inginkan sebuah kembara hidupan liar, Deramakot Forest Reserve pasti tidak akan mengecewakan anda.
Untuk berkunjung ke sini, anda perlukan akses kepada pacuan empat roda. Disini juga ada disediakan penginapan asas. Antara aktiviti yang anda boleh lakukan disini adalah, jungle trekking, morning walk dan juga kembara hidupan liar. Anda juga dibenarkan untuk mengambil gambar hidupan liar yang ada disini.
Museum Batu Tulug
![14 Tempat Menarik Di Sandakan & Kinabatangan [KLASIK] 25 Muzium Batu Tulug](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/01/Muzium-Batu-Tulug-1024x682.jpg)
Agop Batu Tulug merupakan sebuah bukit batu kapur yang berketinggian 39 meter dan merupakan sebahagian daripada sejarah 20-25 juta tahun pembentukan batu kapur. Perkataan agop merupakan perkataan Orang Sungai yang membawa maksud gua.
Di gua ini terdapat tiga gua utama yang menempatkan ratusan keranda yang berusia sekitar 200-250 tahun yang dikawal dan dijaga oleh kelawar dan juga burung layang-layang.
Untuk mendapatkan informasi lanjut mengenai Agop Batu Tulug, anda boleh dapatkannya menerusi muzium yang disediakan disini. Ia telah beroperasi bermula dari tahun 1996 lagi dan beroperasi sebagai pusat maklumat, tangga menuju ke gua, tandas dan juga pondok berehat.
Ada tempat percutian di Sandakan & Kinabatangan yang saya tidak senaraikan? Sila maklumkan diruangan komen ya.
Bersambung…