Melancong.my
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
PAKEJ TERKINI
LANGGAN PERCUMA
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Singapore
  • Indonesia
  • Thailand
  • Vietnam
  • China
  • Jepun
  • Korea
  • Lagi
    • Cambodia
    • India & Pakistan
    • Balkan
    • Australia
    • Turki
    • Uzbekistan
    • Maldives
    • Filipina
    • Perancis
    • Switzerland
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Singapore
  • Indonesia
  • Thailand
  • Vietnam
  • China
  • Jepun
  • Korea
  • Lagi
    • Cambodia
    • India & Pakistan
    • Balkan
    • Australia
    • Turki
    • Uzbekistan
    • Maldives
    • Filipina
    • Perancis
    • Switzerland
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
Melancong.my
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
Promosi Terhad Promosi Terhad Promosi Terhad
Halaman Malaysia Pakej Sabah

18 Tempat Menarik Di Labuan & Aktiviti Popular

Pada masa dahulu, Labuan dan Beaufort serta Kuala Penyu amat terkenal sebagai pusat pemerintahan British maka anda akan mudah menemukan tinggalan banguan dan pekan lama yang masih wujud disini

Hasrul Wayne Oleh: Hasrul Wayne
2 September, 2024
Kategori: Pakej Sabah
Masa Bacaan: 4 mins read
13.9k 886
A A
0
Dataran-Labuan-Mohd-Arif-Ibrahim

Imej oleh: Mohd Arif Ibrahim

15.4k
VIEWS
FacebookTwitterPin
PROMO TERHAD PROMO TERHAD PROMO TERHAD
IKLAN / PROMOSI TERHAD

 

Apakah tempat menarik di Labuan yang berbaloi dikunjungi? Labuan, Mutiara Borneo, adalah Wilayah Persekutuan Malaysia.

Ia terdiri dari satu pulau besar dan enam pulau kecil di Malaysia Timur. Pada masa dahulu, Labuan dan Beaufort serta Kuala Penyu amat terkenal sebagai pusat pemerintahan British.

Maka anda akan mudah menemukan tinggalan banguan dan pekan lama yang masih wujud disini. Ia juga dikenali sebagai pintu masuk Sabah.

Promo Hotel Promo Hotel Promo Hotel
IKLAN / PROMOSI TERHAD

Pulau Labuan boleh dikunjungi melalui udara dan laut. Terdapat perkhidmatan feri setiap hari dari daratan (Kampung Menumbok) ke Pulau Labuan.

Feri dari Kota Kinabalu mengambil masa tiga jam untuk sampai ke Labuan.

Terdapat juga kemungkinan untuk melakukan perjalanan dengan kapal dari Kota Kinabalu ke Brunei melalui Pulau Labuan. Sebilangan besar pelancong bagaimanapun tiba melalui Lapangan Terbang Labuan.

Jika anda ingin menaiki feri atau bot laju dari jeti Menumbok, anda boleh singgah di Beufort & Kuala Penyu.

Terdapat penerbangan setiap hari dari Kuala Lumpur (dan juga dari Kota Kinabalu) ke Labuan. Penerbangan dikendalikan oleh Malaysia Airlines, AirAsia dan MASWings.

Pakej-Percutian-Sabah

  • Lihat Pakej Percutian Popular di Sabah
  • Lihat Penginapan Terbaik di Labuan
  • Lihat Peta Percutian di Labuan

Pin

  • 1 Muzium Marin Labuan
  • 2 Menara Jam Labuan
  • 3 The Chimney
  • 4 Labuan War Cemetery & Surrender Point
  • 5 One Stop Duty-Free Shopping Labuan
  • 6 Peace Park Labuan
  • 7 Pulau Papan
  • 8 Muzium Labuan
  • 9 Masjid Jamek An-Nur
  • 10 Dataran Labuan
  • 11 Labuan Beach
  • 12 Pulau Layang Layang
  • 13 Pulau Rusukan
  • 14 Taman Marin Pulau Tiga
  • 15 Safari Monkey Tops
  • 16 Weston Wetland
  • 17 Batu Luang, Kuala Penyu
  • 18 Garama Wetland
Ayuh kita semak tempat menarik di Labunan dan sekitarnya.


Muzium Marin Labuan

Muzium-Marin-Labuan-Mohd-Faris
Muzium Marin Labuan | Imej oleh: Mohd Faris

Sesungguhnya Labuan terkenal dengan keindahan laut yang luas dan menarik. Sekiranya ada tidak berpeluang untuk menyelam di laut, alternatif lain yang anda boleh lakukan adalah datang ke Muzium Marin Labuan ini.

Terdapat pelbagai tarikan dari segi persembahan ekologi dan kehidupan marin yang dipaparkan disini dari laut hinggalah ke laut paya.

Selain itu, keunikan muzium ini terserlah dariapda reka bentuk bangunan 2 tingkat ini yang kelihatan seperti kerang menyambut kedatangan tetamu dari pandangan jauh lagi.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | Kompleks Sukan Air Antarabangsa Labuan, Jalan Tanjung Purun, 87008 Labuan

Menara Jam Labuan

Labuan-Clock-Tower-Fadzil-Hisham
Labuan Clock Tower | Imej oleh: Fadzil Hisham

Labuan Clock Tower: Tahukah anda, ketika aktiviti pengeboman dilakukan tentera bersekutu terhadap kedudukan tentera Jepun pada perang dunia kedua, Menara Jam Labuan adalah antara empat struktur bangunan di bandar Labuan yang terselamat.

Pakej Kundasang Pakej Kundasang Pakej Kundasang
IKLAN / PROMOSI TERHAD

Menara Jam Labuan ini telah dibina oleh seorang peniaga terkemuka dari Melaka iaitu Cee Swee Cheng pada awal 1900. Setelah lebih 100 tahun ianya masih kukuh dan menjadi mercu bandar Labuan yang sehingga kini masih berbunyi menandakan waktu seharian.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | Jalan Tanjung Purun, Bandar Labuan, 87000 Labuan, Wilayah Persekutuan Labuan

The Chimney

The Chimney | Imej oleh: Jothinathan Muniandy

Muzium Chimney merupakan tapak muzium yang memaparkan sejarah perlombongan arang batu di Labuan sekitar tahun 1847 hingga 1911 dan sejarah Tanjung Kubong.

Sementara itu, Menara Cerobong, yang juga dikenali sebagai ‘Punil’ oleh masyarakat tempatan berhampiran berfungsi sebagai mercu tanda bersejarah dan bukti peninggalan semasa era pesat perlombongan arang batu di Labuan yang dibina pada akhir 1890-an.

Muzium yang dahulunya dikenali sebagai Pusat Maklumat Chimney telah siap pada tahun 2000 memaparkan galeri dan koleksi yang menarik semasa pemerintahan zaman kolonial di Labuan.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 87000 Labuan, Labuan Federal Territory

Labuan War Cemetery & Surrender Point

tempat menarik di labuan
Tempat rehat terakhir bagi ribuan tentera yang gugur semasa Perang Dunia II

Labuan War Cemetery atau nama lainnya, Tanah Perkuburan Perang Labuan merupakan sebuah tanah perkuburan bagi prajurit yang berjuang sewaktu Perang Dunia Kedua.

Ia terletak di Labuan dan di antara prajurit yang terkubur disini adalah perajurit daripada negara India dan juga Australia. Kesemuanya terkorban sewaktu pencerobohan oleh askar Jepun.

Selain itu, ia turut menyemadikan tawanan perang di kawasan tersebut. Tanah perkuburan ini dibina oleh “Commonwealth War Graves Commission”.

Antara nama besar yang dikebumikan disini adalah Jack Mackey dan juga Tom Derrick yang merupakan penerima anugerah Victoria Cross.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 87000 Labuan, Labuan Federal Territory

One Stop Duty-Free Shopping Labuan

One-Stop-Duty-Free-Shop-Salwa-Loley
One Stop Duty Free Shop | Imej oleh: Salwa Loley

Adalah menjadi satu kemestian untuk membawa buah tangan sekembalinya dari Labuan. Anda pasti akan gembira apabila dapat membeli-belah buat tangan di One Stop Duty Free Shopping ini.

Ianya terletak betul-betul di tengah bandaraya Labuan, disini anda boleh membeli barangan seperi coklat, kraftangan, mutiara, saho, sambal Labuan, tapai dan banyak lagi pada harga yang sangat murah kerana tiada cukai dikenakan keatas barangan yang ada sini.

Jadi pastikan anda bersedia untuk memilih barangan yang ingin dibawa pulang.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 9:00am – 9:00pm | Bandar Labuan, 87000 Labuan, Labuan Federal Territory

Peace Park Labuan

Taman Damai
Peace Park Labuan | Imej oleh: Simon Bertrand

Taman Damai Labuan, yang juga dikenali sebagai Peace Park, merupakan sebuah taman peringatan yang didirikan oleh kerajaan Jepun sebagai simbol perdamaian dan penghormatan kepada semua yang terkorban dalam Perang Dunia Kedua di wilayah Borneo.

Ia terletak di Kampung Layang-Layangan, bersebelahan dengan Pantai Layang-Layangan. Taman ini dibina pada tahun 1972 dan mewakili hubungan baik antara Malaysia dan Jepun pasca perang.
Ia mempunyai landskap yang cantik dengan kolam, jembatan, dan gazebo yang menggambarkan gaya Jepun.

Peace-Park-Azli-Nissa
Peace Park | Imej oleh: Azli Nissa

Terdapat monumen dan plak yang mengingatkan pengunjung tentang kekejaman perang dan pentingnya menjaga perdamaian.

Taman ini juga berfungsi sebagai tempat untuk mengenang dan menghormati mereka yang telah gugur semasa perang.

Ia adalah tempat yang menenangkan dan memberi peluang kepada pengunjung untuk merenung dan menghargai nilai perdamaian dan keharmonian antara bangsa-bangsa.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 87000 Labuan, Labuan Federal Territory

Pulau Papan

Pulau Papan Labuan
Pulau Papan | Imej oleh: Nuar Anuar

Pulau Papan, yang terletak di luar pantai Pulau Labuan, adalah salah satu daripada enam pulau yang tergolong dalam Wilayah Persekutuan Labuan, Malaysia.

Pulau ini terkenal dengan pemandangan alamnya yang indah dan mercu suar kolonial lama. Pulau Papan juga memiliki taman pertanian mini yang mempamerkan pelbagai jenis tumbuhan menarik yang boleh ditemui di Borneo.

Pulau ini merupakan destinasi yang sempurna bagi mereka yang mencari ketenangan dan ingin dekat dengan alam semula jadi. Ia sering menjadi pilihan utama bagi penduduk tempatan untuk bersantai pada hujung minggu. Selain itu, penduduk Brunei juga kerap mengunjungi pulau ini pada hujung minggu.

Pulau Papan
Pulau Papan | Imej oleh: AK Kalong

Di Pulau Papan, pengunjung boleh melakukan pelbagai aktiviti seperti snorkeling, jungle trekking, dan berkelah. Walaupun begitu, perlu diingatkan bahawa berenang dan aktiviti air lain adalah atas risiko sendiri kerana tiada pengawal selamat di pulau tersebut.

Untuk penginapan, terdapat chalet dan tapak perkhemahan yang boleh disewa. Chalet-chalet di sana besar dan bersih, tetapi pengunjung disarankan untuk membuat tempahan terlebih dahulu terutama pada musim puncak.

Untuk ke sana, pengunjung perlu mengambil bot laju dari Jeti Labuan, yang hanya mengambil masa kira-kira lima minit perjalanan.


  • Lihat Peta | 773C+H8 Labuan, Labuan Federal Territory

Muzium Labuan

Tugu Muzium Labuan
Tugu Muzium Labuan | Imej oleh: Ayu Jalil

Bangunan ini dibina pada tahun 1950-an sebagai Pejabat Pentadbiran British dan kemudian digunakan sebagai Pejabat Daerah Labuan dan Pejabat Perbandaran Labuan pada tahun 1980-an. Muzium ini memaparkan sejarah dan kebudayaan Wilayah Persekutuan Labuan melalui dua galeri.

Galeri bawah tanah menceritakan sejarah kronologi Labuan, dari zaman prasejarah, pemerintahan Kesultanan Brunei, pemerintahan British, Perang Dunia Kedua, era pasca perang, kemerdekaan dan pentadbiran negeri Sabah, tokoh-tokoh terkemuka Labuan, dan pembangunan Labuan sebagai Wilayah Persekutuan.

Sisa perang dunia II di Labuan Museum
Sisa perang dunia II di Labuan Museum | Imej oleh: TA-Kusuma

Galeri atas menunjukkan aspek sosio-budaya dan sosio-ekonomi masyarakat setempat melalui enam bahagian yang mewakili masyarakat Brunei Melayu, Kedayan, Cina, Kadazandusun, India dan Sikh.

Antara koleksi berharga adalah batu pengisar dari zaman Neolitik, senjata perang masa Perang Dunia Kedua, dan alat tulis yang digunakan semasa pengisytiharan Labuan sebagai Wilayah Persekutuan pada tahun 1984.

Replika rumah Kedayan memberi pengunjung gambaran autentik tentang rumah kayu tradisional, dan motif tembaga dalam kehidupan masyarakat Labuan juga dipamerkan. Muzium ini mempunyai 707 koleksi, termasuk artefak sejarah dan etnologi.


  • Lihat Peta  | 9:00am – 5:00pm | U 0364, Jalan Dewan, Bandar Labuan, 87008 Labuan, Wilayah Persekutuan Labuan

Masjid Jamek An-Nur

Masjid Jamek An Nur
Masjid Jamek An Nur | Imej oleh: Faiz Abdul Majid

Masjid Jamek An-Nur, yang juga dikenali sebagai Masjid Negeri Wilayah Persekutuan Labuan, adalah masjid tunggal di Wilayah Persekutuan Labuan, Malaysia.

Pembinaan masjid ini pada mulanya dikendalikan oleh kerajaan Sabah melalui Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS). Masjid ini dirasmikan pada 1 Februari 1988 oleh Yang di-Pertuan Agong kelapan, Sultan Iskandar ibni Sultan Ismail dari Johor bersempena Hari Wilayah.

Masjid Jamek An Nur
Masjid Jamek An Nur | Imej oleh: Azli Nissa

Projek pembinaan dimulakan pada 9 Jun 1980 tetapi ditangguhkan atas sebab teknikal. Pada 16 April 1984, setelah Pulau Labuan menjadi Wilayah Persekutuan kedua selepas Kuala Lumpur, projek ini diambil alih oleh kerajaan Persekutuan.

Senibina masjid ini adalah gabungan unsur senibina Melayu Brunei dan Turki, menghasilkan identiti unik yang indah.

Masjid ini dilengkapi dengan kubah, dua menara tinggi, tiga dewan kuliah, perpustakaan Darul Hikmah, pejabat pentadbiran, dan bilik rehat VIP².


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | Masjid, Bandar Labuan, 87000 Labuan, Wilayah Persekutuan Labuan

Dataran Labuan

Dataran Labaun MTC
Dataran Labaun | Imej oleh: MTC

Dataran Labuan, terletak di pusat bandar Labuan adalah taman awam yang menjadi pusat kegiatan sosial dan budaya. Dengan padang bola sepak dan pentas terbuka, ia sering menjadi tempat acara utama pulau tersebut.

Di belakang pentas, terdapat platform dengan bendera 14 negeri Malaysia, serta replika ‘The Chimney’, mercu tanda terkenal Labuan.

Dataran Labuan
Dataran Labuan | Imej oleh: Herwin Radin

Dataran ini juga berhampiran dengan kawasan perairan yang sibuk, menawarkan pelbagai pilihan makanan dari masakan Melayu, Cina, dan India.

Selain itu, ia dekat dengan Muzium Labuan dan kompleks Financial Park, menjadikannya titik pertemuan yang penting bagi penduduk dan pelancong.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | Jalan Merdeka, Bandar Labuan, 87000 Labuan, Wilayah Persekutuan Labuan

Labuan Beach

Pantai-Labuan-T-SPark
Pantai Labuan | Imej oleh: T SPark

Labuan Beach, juga dikenali sebagai Pantai Tanjung Batu, terletak di pinggir bandar Labuan. Pantai ini merupakan pantai yang paling dekat dengan bandar Labuan dan menjadi tumpuan penduduk setempat, namun tidak sesak, sesuai untuk piknik dan bersantai.

Pantai ini luas, berpasir dan sangat bersih. Dari pantai, pengunjung boleh menikmati pemandangan indah ke arah pantai Borneo Utara (Sarawak) di seberang laut.

Labuan Beach Kelvin Wong
Labuan Beach | Imej oleh: Kelvin Wong

Masuk ke pantai ini adalah percuma dan terdapat kemudahan parkir yang luas dengan beberapa gerai kecil yang menjual makanan tempatan, walaupun kebanyakan pengunjung membawa peralatan BBQ sendiri.

Labuan Beach adalah tempat yang sempurna untuk menghabiskan masa beberapa jam jauh dari kesibukan bandar Labuan.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | Bandar Labuan, 87000 Labuan, Labuan Federal Territory

Pulau Layang Layang

Pulau Layang Layang
Terletak kira-kira 300 kilometer dan merupakan syurga buat penyelam

Pulau Layang Layang menjadi salah sebuah lokasi menyelam terkemuka selepas Pulau Sipadan. Pantai syurga ini terletak di Laut China Selatan kira-kira 300km ke barat laut Kota Kinabalu, ibu negeri Sabah.

Kawasan pulau yang luas menempatkan resort dengan 90 buah bilik, pangkalan Tentera Laut Malaysia dan koloni penetasan bagi beberapa jenis burung laut yang berhijrah.

Topografi terumbu karang terdiri daripada terumbu keras yang banyak di kawasan ini: sesetengah kawasan agak cetek dan boleh dilihat sewaktu air surut tetapi kebanyakannya bermula pada kedalaman 5m di dasar laut.

Antara hidupan laut yang terdapat di 14 tempat menyelam di sini ialah ikan jerung (black-tip sharks, hammerheads), jacks barracudas, bump-head parrotfish, lionfish, belut moray,, penyu, nudibranches, gobies dan ikan ghost pipe.


Pulau Rusukan

Pulau Rusukan Besar
Pulau Rusukan Besar | CC: @ekasumadji

Pulau Rusukan merupakan sebuah pulau yang agak unik. Namanya saja mempunyai bermacam versi ejaan seperti Pulau Rugokan. Pulau Rusukan terletak berhampiran dengan Pulau Kuraman.

Pulau Rusukan sebenarnya sebahagian daripada gugusan pulau yang dijadikan Labuan Marine Park. Gugusan ini terdiri daripada tiga buah pulau iaitu Pulau Rusukan Besar, Pulau Rusukan Kecil dan Pulau Kuraman.

Pulau-Rusukan-Besar
Pulau Rusukan Besar

Aktiviti yang biasanya dilakukan disini adalah snorkeling dan “scuba trails”. Kedua-dua aktiviti ini memberikan anda satu peluang untuk mengalami sendiri keindahan bawah laut.

Selain itu, aktiviti seperti berkhemah, fotografi, kayak dan belajar dengan lebih lanjut mengenai hidupan marin menjadi diantara aktiviti utama yang dilakukan disini.


Taman Marin Pulau Tiga

Taman Marin Pulau Tiga
Pulau Survivor ~ Taman Marin Pulau Tiga

Juga dikenali sebagai Survivor Island, adalah pulau terbesar antara tiga buah pulau yang membentuk Taman Pulau Tiga. Kawasan yang cantik dan persekitaran semulajadi yang tidak tercemar menarik Rangkaian TV CBS dari AS untuk menjadikannya sebagai lokasi utama untuk episod pertama siri program terkenal ‘Survivor’, dan menggelarnya sebagai ‘Pulau Survivor‘.

Pulau ini terbentuk hasil letusan beberapa gunung berapi lumpur. Letusan terakhir berlaku pada tahun 1941 dan sejak daripada itu, semua gunung berapi ini kekal tidak aktif.

Pemandangan senja di Pulau Tiga
Pemandangan senja di Pulau Tiga | CC: Louise

Beberapa muntahan lumpur gunung berapi yang telah sejuk, yang kaya dengan mineral masih boleh dijumpai berdekatan puncak pulau ini.

Ramai yang menganggap bahawa lumpur yang kaya dengan mineral ini bagus untuk kulit, menjadikan mandi lumpur sebagai satu aktiviti wajib.

Bagi pencinta alam semulajadi, terdapat hutan hijau yang subur, serta pantai dengan pasir yang putih bersih dan air jernih yang tidak tercemar untuk dinikmati.

Terumbu karang yang mengelilingi pulau ini adalah rumah bagi banyak spesis ikan dan hidupan marin yang lain.

Antara aktiviti yang boleh anda lakukan di sini adalah menyelam, sukan air tidak bermotor, menjelajah, melihat burung dan banyak lagi.


Safari Monkey Tops

Safari Monkey Tops
Monyet Proboscis ~ Semenanjung Tanah Lembap Klias | Imej oleh: Mewot

Anda boleh menggunakan lebuh raya untuk ke Safari Monkey Tops dengan perjalanan mengambil masa 1 jam 30 minit. Di sebalik pokok-pokok bakau yang tumbuh di Semenanjung Tanah Lembap Klias,

hutan tanah lembap ini kaya dengan tumbuh-tumbuhan dan hidupan liar seperti monyet proboscis, monyet long tail ( macaques), buaya, kelip-kelip dan pelbagai spesis burung.

Bangunan utamanya diperbuat daripada bahan tempatan dan boleh memuatkan 200 orang pengunjung pada satu-satu masa. Kompleks ini menempatkan bar kaunter dan sebuah kedai cenderahati yang menjual pelbagai barangan kraf tempatan.

Ia turut memiliki menara pemerhati setinggi 30 kaki yang membolehkan anda menikmati pemandangan tanah lembap tropika dan hidupan liar di tebing sungai. Kompleks ini mempunyai laluan papan setinggi 500 kaki beratap nipah dan sebuah jeti sungai yang menawarkan pelayaran sungai yang selesa.

Nak belayar menelusuri sungai dan menikmati keindahan flora dan fauna ini adalah tempat menarik di Sabah bagi aktiviti sedemikian.


Weston Wetland

Weston Proboscis Monkey & Firefly River Cruise
Weston Proboscis Monkey dan Firefly River Cruise | Imej oleh: orangputihkita

Jika anda inginkan satu gambaran yang sesuai mengenai Weston, anda boleh gambarkannya sebagai sebuah pekan masa lampau.

Keindahan sebuah pekan sebelum perang, deretan rumah kedai lama, jeti berusia 100 tahun dan juga sekolah kayu tertua di Borneo pastinya menjadikan Weston Wetland sebagai sebuah destinasi yang agak unik berbanding destinasi lain.

Di Weston juga, anda boleh temukan berbagai jenis hidupan liar seperti monyet proboscis, langur, burung, ular dan bermacam-macam lagi.

Ia juga mempunyai berbagai jenis hidupan akuatik seperti belacak, buaya, dan udang sungai.


Batu Luang, Kuala Penyu

Batu Luang, Kuala Penyu
Batu Luang, Kuala Penyu | Imej oleh: Muhammad Adzha 

Batu Luang merupakan sebuah destinasi yang dikelilingi oleh batuan hijau berlumut, laut, batu kerikil dan gua.

Jika anda berjaya mengambil gambar kesemua ini sewaktu senja, anda akan mendapat salah satu gambar pemandangan matahari paling menakjubkan di Sabah.

Batu Luang mempunyai sebuah kisah tragis yang agak menarik.

Nak tahu lebih lanjut mengenai kisah ini? Anda boleh terus berkunjung ke sini kerana bukan sahaja kisahnya yang unik, kawasannya juga agak unik.

Selain itu, Pantai Batu Luang juga merupakan sebuah destinasi menarik untuk bergambar.


Garama Wetland

Garama Wetland
Menyelusuri Sungai Garama | Imej oleh: David Kirkland

Bila anda berkunjung ke sini, pastikan anda tidak lepaskan peluang untuk menaiki bot melalui Sungai Garama dan melihat gerombolan monyet Proboscis yang berhidung besar ini bergerak dalam kumpulan-kumpulan kecil.

Anda juga berpeluang untuk melihat hidupan lain seperti badak air, Macaques dan burung. Perjalanan dengan bot ini mengambil masa selama 1 jam setengah dan berakhir dengan pemandangan matahari terbenam.

Anda juga boleh menikmati hidangan makanan dan minuman tempatan yang disajikan di gerai-gerai yang terdapat di sepanjang sungai ini.

Bersambung…

Promo-Banner-Sabah

Tags: hotel di labuanpenginapan di labuanpulau labuantempat menarik di labuan
Trip Promo Trip Promo Trip Promo
IKLAN / PROMOSI TERHAD
Hasrul Wayne

Hasrul Wayne

Editor di Melancong.my, meminati dunia pelancongan. Jika anda ada sebarang idea untuk diketengahkan, hubungi kami untuk selanjutnya: tentang kami.

Artikel+ Bersambung

Pakej Sabah

30 Aktiviti Tempat Menarik di Tawau Terkini

  Apa aktiviti dan tempat menarik di Tawau yang boleh dikunjungi? Adakah Tawau berbaloi untuk percutian? Hal ini sering menjadi...

Oleh: Hadi Ghazali
8 Jun, 2026
30.4k
empat Menarik Di Kundasang Ranau
Pakej Sabah

55 Tempat Menarik Di Kundasang Ranau Sabah Terkini

  Kundasang adalah sebuah bandar di daerah Ranau di Sabah, Malaysia yang terletak di sepanjang tebing Lembah Kundasang. Ia terletak...

Oleh: Hasrul Wayne
29 April, 2026
45.7k
Selanjutnya

Tinggalkan Balasan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *


TREND PAKEJ |PROMOSI TERKINI

Pakej Scandinavia 2026

REKOMEN

Tempat Menarik di Bukit Tinggi

12 Tempat Menarik di Bukit Tinggi Paling Popular

15 Jun, 2026
34k
Tempat menarik di Kuantan

42 Tempat Menarik di Kuantan Terkini

28 Mac, 2026
87k
blank

43 Aktiviti Tempat Menarik di Janda Baik Terkini

2 Mac, 2026
87.4k
tempat-menarik-di-johor-bahru

30 Tempat Menarik di Johor Bahru Terkini Berserta Tentatif Percutian

9 Jun, 2026
93.3k
tempat menarik di dabong Kelantan

10 Aktiviti Tempat Menarik di Dabong Kelantan

5 Ogos, 2024
24.3k
tempat menarik di kelantan

40 Tempat Menarik di Kelantan Terkini

23 Mac, 2026
30.2k
Selanjutnya
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan

PAKEJ POPULAR |TERKINI 2026

Pakej-Kundasang-2026-FullTour

Pakej-Osaka-Jepun-Muslim

hotel promo hotel promo hotel promo
IKLAN / PROMOSI TERHAD
  • Langgan
  • Tentang Kami
  • Polisi
  • Terma dan Syarat
  • Hubungi Kami

© 2026 Melancong.my

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Indonesia
  • Singapore
  • Thailand
  • Vietnam
  • Cambodia
  • China
  • Korea
  • Jepun
  • Australia
  • India & Pakistan
  • Turki
  • Balkan
  • Uzbekistan
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami

© 2026 Melancong.my