Melancong.my
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
PAKEJ TERKINI
LANGGAN PERCUMA
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Singapore
  • Indonesia
  • Thailand
  • Vietnam
  • China
  • Jepun
  • Korea
  • Lagi
    • Cambodia
    • India & Pakistan
    • Balkan
    • Australia
    • Turki
    • Uzbekistan
    • Maldives
    • Filipina
    • Perancis
    • Switzerland
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Singapore
  • Indonesia
  • Thailand
  • Vietnam
  • China
  • Jepun
  • Korea
  • Lagi
    • Cambodia
    • India & Pakistan
    • Balkan
    • Australia
    • Turki
    • Uzbekistan
    • Maldives
    • Filipina
    • Perancis
    • Switzerland
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
Melancong.my
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
Promosi Terhad Promosi Terhad Promosi Terhad
Halaman Pakej Popular

10 Perkara & Tempat Menarik di Brunei

Hasrul Wayne Oleh: Hasrul Wayne
14 Januari, 2024
Kategori: Pakej Popular
Masa Bacaan: 3 mins read
18.7k 986
A A
1
tempat-menarik-di-brunei-terkini
20.5k
VIEWS
FacebookTwitterPin
PROMO TERHAD PROMO TERHAD PROMO TERHAD
IKLAN / PROMOSI TERHAD

 

Apakah aktiviti dan tempat menarik di Brunei yang popular dikunjungi pelancong?

Kesultanan Brunei seperti yang kita tahu adalah negara kecil yang sangat kaya. Kaya dari segi ekonomi, kaya dengan masjid, kaya dengan hutan hujan dan banyak lagi.

Brunei ialah sebuah negara kecil di pulau Borneo, dalam 2 bahagian kedudukan berbeza yang dikelilingi oleh Malaysia dan Laut China Selatan.

Promo Hotel Promo Hotel Promo Hotel
IKLAN / PROMOSI TERHAD

Walaupun negara ini kecil, namun Ia terkenal dengan pantai dan hutan hujan biodiversenya, kebanyakannya dilindungi dalam rizab.

Ibu kotanya, Bandar Seri Begawan, adalah rumah kepada masjid Jame’Asr Hassanil Bolkiah yang mewah dan 29 kubah emasnya. Istana Nurul Iman yang besar di ibu negara adalah kediaman sultan yang memerintah Brunei.

omar-ali-saifuddien-mosque-brunei

  • Lihat Penginapan Terbaik di Brunei
  • Lihat Aktiviti Paling Menarik di Brunei
  • Lihat Peta Percutian di Brunei

Pin

  • 1 Masjid Sultan Omar Ali Saifuddien
  • 2 Muzium Alat Kebesaran Diraja
  • 3 Taman Negara Ulu Temburong
  • 4 Taman Hiburan Jerudong
  • 5 Tugu Peringatan Sebilion Tong
  • 6 Tamu Kianggeh
  • 7 Pasar Pelbagai Barangan Gadong
  • 8 Pantai Muara
  • 9 Taman Tasek Lama
  • 10 Pusat Penemuan Minyak (Oil and Gas Discovery Centre)
  Masih diselubungi misteri? Mari kita lihat perkara menarik yang ada di Brunei.


Masjid Sultan Omar Ali Saifuddien

Masjid-Sultan-Omar-Ali-Saifuddien-2
Masjid Sultan Oma Ali Saifuddien

Masjid Omar Ali Saifuddien yang dikenali sebagai mercu tanda Brunei ini merupakan masjid yang diiktiraf sebagai masjid terunik di Asia Pasifik.

Jadi tidak hairanlah jika masjid yang terletak di Bandar Seri Begawan ini menjadi tarikan utama setiap pengunjung yang dating ke Brunei. Masjid ini telah dibina pada tahun 1958 dan menjadi salah satu senibina moden islam dengan gabungan seni Mughal dan melayu.

Masjid-Jame-Asr-Hassanil-Bolkiah-Omar-Hamdi
Masjid Jame Asr Hassanil Bolkiah | Imej oleh: Omar Hamdi

Satu lagi masjid yang terkenal adalah Masjid Emas atau nama sebenarnya Masjid Jame’ Asr Hassanil Bolkiah. Keistimewaan masjid ini kerana setiap kubah diperbuat daripada emas 29 karat.

Menariknya lagi kerana kebanyakkan bahan binaannya turut diimport dari luar negara seperti chandelier kristal dari England, lantai marmar dari Itali dan karpet dari Arab Saudi.


  • Lihat Penginapan | Lihat Tour | Lihat Peta | 8:30am – 5:30pm | Jalan McArthur, Bandar Seri Begawan BS8711, Brunei

Muzium Alat Kebesaran Diraja

Royal-Regalia-Museum-Arjay-Bernardo
Royal Regalia Museum | Imej oleh: Arjay Bernardo

Muzium Alat Kebesaran Diraja ini mempamerkan pelbagai alat kebesaran  diraja serta lencana Kerajaan Negara Brunei.

Tambahan lagi, reka bentuk bangunan ini melambang visi dan falsafash negara Melayu Islam Beraja.

Pameran-Muzium-Alat-Kebesaran-Diraja-Brett-Kwong
Pameran Muzium Alat Kebesaran Diraja | Imej oleh: Brett Kwong

Di sini terdapat empat galeri pamera utama iaitu Pameran Alat Kebesaran Diraja dalam istiadat Perpuspaan, Galeri Pameran Diraja, Galeri Pameran Jubli Perak dan Galeri Pameran Jubli Emas: Lima Dekad di atas Takhta Kerajaan.

Pakej Kundasang Pakej Kundasang Pakej Kundasang
IKLAN / PROMOSI TERHAD

Anda juga boleh melawat ke Muzium Maritim Brunei yang mempamerkan penemuan Kapal Karam Brunei tahun 1997, Muzium Teknologi Melayu yang mempamerkan barangan zaman dahulu dan Muzium Brunei yang mempamerkan bahan kesenian islam dari abad ke-16.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 9:00am – 2:00pm | Jln Sultan Omar Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan BS8611, Brunei

Taman Negara Ulu Temburong

Taman-Negara-Ulu-Temburong-Randolfo-Santos
Taman Negara Ulu Temburong | Imej oleh: Randolfo Santos

Ulu Temburong National Park merupakan taman negara pertama yang dibina di Brunei dan mula dipelihara sejak tahun 1991.

Ia turut digelar sebagai ‘Permata Hijau Brunei’ dan menjadi contoh terbaik dasar perlindungan hutan yang Berjaya. Destinasi ekopelancongan ini mempunyai beberapa sungai utama seperti Sungai Temburong dan Sungai Belalong.

Ulu-Temburong-National-Park-규를르
Ulu Temburong National Park | Imej oleh: 규를르

Untuk ke sini anda perlu menaiki bot panjang di Bandar Seri Begawan. Di sini anda boleh melakukan beberapa aktiviti seperti canopy walk, menaiki bukit, melawat ruang pameran kayu, dan berkayak.

Taman negara ini turut menyediakan penginapan di Ulu-Ulu Resort. Anda juga boleh ke Hutan Simpan Labi untuk meneroka alam semulajadi terutamany pada waktu malam dan jika anda bernasib baik, bolehlah melihat cendawan yang bercahaya!


  • Lihat Penginapan | Lihat Tour | Lihat Peta | 8:00am – 6:00pm | No 15 Spg 107, Kg Menengah, Brunei

Taman Hiburan Jerudong

Jerudong-Park-Playground
Jerudong Park Playground

Jerudong Park Playground: Tahukah anda Brunei mempunyai taman hiburan yang terbesar dan termahal di Asia Tenggara? Taman Hiburan Jerudong yang dibina pada tahun 1990 oleh firma reka bentuk Senibina dan Landskap yang berpusat di Perth, Australia ini menelan belanja 1 bilion.

Tarikan di taman hiburan ini terbahagi kepada tiga bahagian utama iaitu Wonder Park, Adventure Park dan Water Park.

Jerudong-Park-Playground-Big-Red-Warrior-Obstacle-Course
Jerudong Park Playground Big Red Warrior Obstacle Course

Anda juga tidak perlu bimbang tentang makanan, kerana di sini terdapat beberapa kiosk dan gerai makanan yang menawarkan pelbagai menu menarik.

Di sini turut membolehkan anda untuk mengadakan majlis perkahwinan, sambutan hari lahir, lawatan sekolah, seminar dan lain-lain acara.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 10:00am – 10:00pm | Jerudong BG3122, Brunei

Tugu Peringatan Sebilion Tong

Billionth-Barrel-Monument-Kenneth
Billionth Barre Monument | Imej oleh: Kenneth
Tugu-Peringatan-Sebilion-Tong-nelson-lin
Tugu Peringatan Sebilion Tong | Imej oleh: Nelson Lin

Billionth Barrel Monument: Brunei merupakan antara negara pengeluar minyak yang terbesar di Asia Pasifik. Oleh itu sebuah tugu telah dibina sekitar tahun 1991 bagi memperingati pengeluaran tong minyak billion yang dihasilkan di medan minyak darat di Seria.

Tugu ini turut dibina berhampiran S-1 iaitu telaga pertama yang ditemui oleh Brunei Shell Petroleum pada tahun 1929.

Destinasi yang terletak berhampiran pantai ini terdapat lima paip yang memebentuk struktur gerbang yang mengingatkan kepada lima rukun islam serta jubin lantainya menggunakan reka bentuk model islam serta hasil tangan arkitek warga tempatan.

Di sini turut dijadikan galeri seni lukis terbuka bagi mempamerkan hasil karya pelukis tempatan negara Brunei.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | J888+PV3, Seria, Brunei

Tamu Kianggeh

Kianggeh-Market-Abdul-Latif-Abdullah
Kianggeh Market | Imej oleh: Abdul Latif Abdullah

Jom singgah ke Tamu Kianggeh untuk melihat aktiviti jual beli dalam kalangan masyarakat Brunei. Tamu Kianggeh merupakan sebuah pasar yang berada di tebing sungai Kianggeh di mana laluan air sentiasa sibuk dengan kenderaan bot bermotor yang melintas.

Di sini anda boleh mendapatkan pelbagai barangan seperti sayur-sayuran, herba perubatan, makanan tempatan, hasil laut dan banyak lagi.

Tamu-Kianggeh-Kamarul-Dzaman-Ajimain
Barangan kraftangan dijual di Tamu Kianggeh | Imej oleh: Kamarul Dzaman Ajimain

Tamu Kianggeh beroperasi setiap hari seawal jam 8 pagi sehingga 5.30 petang. Dan dikatakan pada pagi jumaat destinasi ini paling sibuk dan meriah dengan pengunjung.

Jom rancang percutian anda ke sini bagi memborong barangan tempatan dengan pelbagai pilihan yang unik dan sukar untuk ditemui di tempat lain.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 8:00am – 5:30pm | VWRW+52C, Jln Sungai Kianggeh, Bandar Seri Begawan BS8111, Brunei

Pasar Pelbagai Barangan Gadong

Pasar-Pelbagai-Barangan-Gadong-Azaman-Suleiman
Pasar Pelbagai Barangan Gadong | Imej oleh: Azaman Suleiman

Gadong Night Market: Satu lagi pasar yang menjadi tarikan pelancongan adalah Pasar Pelbagai Barangan yang terletak berdekatan dengan ‘Masjid Emas’.

Pasar ini turut menjadi mercu tanda tradisional kesultanan serta menjadi pasar malam yang paling popular di negara ini.

Pasar-Pelbagai-Barangan-Gadong
Pasar Pelbagai Barangan Gadong

Pasar ini menyediakan warga tempatan dan warga asing dengan juadah tempatan dan hasil segar Bersama-sama dengan pakaian dan barangan lain sejak tahun 1970 lagi.

Sebagai usaha utama oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, pasar malam mini telah diberi nafas segar untuk memberikan keselesaan kepada penjual dan pengunjung.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 3:00pm – 10:00pm | WW39+RPC, Simpang 37, Bandar Seri Begawan, Brunei

Pantai Muara

Pantai-Muara-Arjay-Bernardo
Pantai Muara | Imej oleh: Arjay Bernardo

Di Brunei ini anda turut berpeluang untuk menikmati percutian di tepi pantai. Pantai Muara ini dahulunya terbentang hingga ke Pelumpong Spit sebelum ia dipisahkan untuk memberi laluan mudah ke Pelabuhan Muara pada tahun 1960an.

Pantai ini terletak pada jarak anggaran 27 km dari Bandar Seri Begawan dan 3 km dari Pelabuhan Muara.

Muara-Beach-Brunei-Phuong-Tang
Muara Beach Brunei | Imej oleh: Phuong Tang

Pantai yang seluas 11 hektar ini turut mempunyai fasiliti rekreasi yang agak lengkap seperti trek sepanjang 1.2 km, padang bola tampar, padang bola sepak pantai, tapak perkhemahan dan banyak lagi.

Pada Januari 2022, Pejabat Ekonomi dan Kebudayaan Taipei (TECO) menganjurkan kempen pembersihan pantai di sini. Pantai Seri Kenangan yang berada di Kuala Tutong turut sesuai untuk dilawati.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | No:G11 Jalan Cashuarina Muara Kem, Darussalam BT 1328, Brunei

Taman Tasek Lama

Tasek-Lama-Recreational-Park-Teo-Weikeong
Tasek Lama Recreational Park | Imej oleh: Teo Weikeong

Tasek Lama Recreational Park: Dalam jarak berjalan kaki dari tarikan utama di Bandar Seri Begawan, Taman Tasek Lama adalah taman rekreasi yang damai di tengah-tengah pusat bandar.

Dengan banyaknya pokok, flora dan fauna, taman ini juga menjadi habitat kepada hutan berbukit dengan berbilang denai yang menghala lebih dalam ke dalam hutan belantara, termasuk yang menuju ke takungan.

Menara-memerhati-Tasek-Lama-Zhang-Wei
Menara memerhati Tasek Lama | Imej oleh: Zhang Wei

Dikatakan lebih 80 spesies burung telah direkodkan ditemui di sini, termasuk Straw-headed Bulbul dan White-rumped Shama.

Tambahan lagi, waktu terbaik untuk melihat burung adalah pada jam 6 hingga 10 pagi dan 4 hingga 6.30 petang. Antara taman rekreasi yang turut menarik untuk anda lawati adalah Taman Mahkota Jubli Emas, Taman Rekreasi Damuan dan Taman Jubli Perak.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 8:00am – 6:00pm | jin, Bandar Seri Begawan BS8311, Brunei

Pusat Penemuan Minyak (Oil and Gas Discovery Centre)

Seria-Energy-Lab
Seria Energy Lab

Pusat Penemuan Minyak merupakan tarikan pelancongan yang berkonsepkan pusat sains yang terletak di Daerah Belait dan berdekatan dengan Seria Energy Lab (SEL).

Pusat sains yang dirasmikan oleh Sultan Hassanal Bolkiah ini beroperasi setiap hari kecuali hari jumaat dan isnin. Pusat ini terdiri daripada galeri utama, gelanggang bola keranjang, lubang bola sepak pantai, bilik persidangan, taman permainan, makmal sains, bilik darjah dan teater.

Oil-Gas-Discovery-Centre-Pua-Kai-Chek
Oil Gas Discovery Centre | Imej oleh: Pua Kai Chek

Destinasi pelancongan ini begitu sesuai untuk anda lawati bersama anak-anak bagi menerokai dunia minyak dan gas ini.

Tarikan yang dipenuhi pelbagai info interaktif ini menyediakan maklumat terperinci tentang pengekstrakan minyak pantai dan proses penapisan. Pusat sains yang dianggap sebagai mercu tanda saintifik negara ini turut menyediakan bengkel robotik, bengkel teknologi dan kem untuk saintis muda.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 8:30am – 5:00pm | J88G+RRF, Simpang 16, Seria, Brunei

Bersambung…

Tags: melancong ke bruneipakej percutian ke bruneipantai brunei
Trip Promo Trip Promo Trip Promo
IKLAN / PROMOSI TERHAD
Hasrul Wayne

Hasrul Wayne

Editor di Melancong.my, meminati dunia pelancongan. Jika anda ada sebarang idea untuk diketengahkan, hubungi kami untuk selanjutnya: tentang kami.

Artikel+ Bersambung

Tempat Menarik di Bukit Tinggi
Pakej Popular

12 Tempat Menarik di Bukit Tinggi Paling Popular

  Bukit Tinggi Pahang adalah salah satu destinasi percutian yang menarik di Malaysia. Apakah tempat menarik di Bukit Tinggi berbaloi...

Oleh: Hadi Ghazali
15 Jun, 2026
34k
tempat-menarik-di-uzbekistan
Uzbekistan

23 Tempat Menarik Di Uzbekistan Popular

  Apakah aktiviti dan tempat-tempat menarik yang ada di Uzbekistan? Uzbekistan dikenali sebagai Bandar Matahari kerana anda akan dapat melihat...

Oleh: Hadi Ghazali
9 Mac, 2026
32.8k
Selanjutnya

Komen 1

  1. blank Hezlin says:
    + -

    Pm pakej Brunei
    2 dewasa 2 knk2
    4h3m
    13 mei 23

    Reply

Tinggalkan Balasan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *


TREND PAKEJ |PROMOSI TERKINI

Pakej Scandinavia 2026

REKOMEN

Tempat Menarik di Bukit Tinggi

12 Tempat Menarik di Bukit Tinggi Paling Popular

15 Jun, 2026
34k
Tempat menarik di Kuantan

42 Tempat Menarik di Kuantan Terkini

28 Mac, 2026
87k
blank

43 Aktiviti Tempat Menarik di Janda Baik Terkini

2 Mac, 2026
87.4k
tempat-menarik-di-johor-bahru

30 Tempat Menarik di Johor Bahru Terkini Berserta Tentatif Percutian

9 Jun, 2026
93.3k
tempat menarik di dabong Kelantan

10 Aktiviti Tempat Menarik di Dabong Kelantan

5 Ogos, 2024
24.3k
tempat menarik di kelantan

40 Tempat Menarik di Kelantan Terkini

23 Mac, 2026
30.2k
Selanjutnya
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan

PAKEJ POPULAR |TERKINI 2026

Pakej-Kundasang-2026-FullTour

Pakej-Osaka-Jepun-Muslim

hotel promo hotel promo hotel promo
IKLAN / PROMOSI TERHAD
  • Langgan
  • Tentang Kami
  • Polisi
  • Terma dan Syarat
  • Hubungi Kami

© 2026 Melancong.my

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Indonesia
  • Singapore
  • Thailand
  • Vietnam
  • Cambodia
  • China
  • Korea
  • Jepun
  • Australia
  • India & Pakistan
  • Turki
  • Balkan
  • Uzbekistan
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami

© 2026 Melancong.my