fbpx
Melancong.my
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
PAKEJ TERKINI
LANGGAN PERCUMA
  • Malaysia
  • Cruise
  • Singapore
  • Indonesia
  • Thailand
  • Vietnam
  • China
  • Jepun
  • Korea
  • Lagi
    • Pulau
    • Cambodia
    • India
    • Balkan
    • Australia
    • Turki
    • Uzbekistan
  • Malaysia
  • Cruise
  • Singapore
  • Indonesia
  • Thailand
  • Vietnam
  • China
  • Jepun
  • Korea
  • Lagi
    • Pulau
    • Cambodia
    • India
    • Balkan
    • Australia
    • Turki
    • Uzbekistan
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
Melancong.my
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
Halaman Pakej Popular

15 Tempat Menarik di Kuala Lumpur [Paling Popular]

Hadi Ghazali Oleh: Hadi Ghazali
31 Ogos, 2022
Kategori: Pakej Popular
Masa Bacaan: 4 mins read
511 15
A A
0
tempat-menarik-di-kuala-lumpur-johen-redman

Johen Redman

36.1k
VIEWS
FacebookTwitterPin
Pakej Promo Terkini Pakej Promo Terkini Pakej Promo Terkini

 

Di dalam Malaysia, tempat yang pastinya menjadi destinasi utama pelancongan ada Kuala Lumpur itu sendiri.

Mana mungkin pelancong yang berminat untuk membeli-belah mengabaikan kota raya besar ini sebagai destinasi utama.

Pastinya setiap rakyat Malaysia sekurang-kurangya pernah sekali berkunjung ke Kuala Lumpur ini. Setiap waktu, kota ini pasti memberikan hidangan aktiviti-aktiviti dan tempat-tempat menarik untuk dilawati yang tumbuh seperti cendawan tumbuh dipagi hari.

Tidak terkecuali juga, Kuala Lumpur adalah rumah bagi beberapa haiwan liar yang paling menakjubkan.

Anda boleh mengunjungi Zoo Negara dan Aquaria KLCC untuk melihat sendiri haiwan tempatan dan antarabangsa yang luar biasa yang terbuka untuk dikunjungi orang ramai.

Kuala Lumpur mempunyai banyak monolit monumental yang tersergam mengagumkan. Kita pasti itu menjadi mercu tarikan kehadiran pelancong ke Kuala Lumpur.

Kotaraya Kuala Lumpur

  • Lihat Penginapan Terbaik Kuala Lumpur
  • Lihat Aktiviti Terbaik di Kuala Lumpur
  • Peta Lokasi Percutian Kuala Lumpur

 

Pin

  • 1 Menara Kuala Lumpur (KL Tower)
  • 2 Menara Berkembar Petronas
  • 3 Tugu Negara
  • 4 Bangunan Sultan Abdul Samad
  • 5 Masjid Negara
  • 6 Muzium Negara
  • 7 Masjid Jamek
  • 8 Jambatan Saloma
  • 9 Rumah Penghulu Abu Seman
  • 10 Istana Budaya
  • 11 Planetarium Negara
  • 12 Taman Burung Kuala Lumpur
  • 13 Little India Brickfields
  • 14 Chinatown Kuala Lumpur
Baiklah, untuk itu saya senaraikan tempat-tempat menarik wajib yang harus dilawati anda:


Menara Kuala Lumpur (KL Tower)

Gambar panorama udara Kuala Lumpur, Malaysia Cityscape
Gambar panorama udara Kuala Lumpur, Malaysia Cityscape | Imej oleh: nourdt

KL Tower: Menara telekomunikasi ini merupakan salah satu destinasi yang wajib dikunjungi apabila anda menjejakkan kaki ke Kuala Lumpur.

Dikatakan menara ini merupakan menara ketujuh yang tertinggi di Asia Tenggara!

Titisan hujan di tingkap hotel menyajikan pemandangan unik Menara Kuala Lumpur (Menara Kuala Lumpur). Semasa musim hujan, anda juga akan melihat awan berhampiran puncak menara juga.
Titisan hujan di tingkap hotel menyajikan pemandangan unik Menara Kuala Lumpur (Menara Kuala Lumpur). Semasa musim hujan, anda juga akan melihat awan berhampiran puncak menara juga | Imej oleh: Aliwahid

Apabila anda tiba di puncak menara, jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan panaroma bandar Kuala Lumpur tanpa sempadan melalui Sky Deck dan Sky Box.

Jika anda inginkan lebih cabaran, anda boleh menyertai KL Towerthon Challenge iaitu menaiki tangga sebanyak 2058 anak tangga untuk sampai ke puncak menara!

Skybox KL Tower | Imej oleh: noor.syahirah
Skybox KL Tower | Imej oleh: noor.syahirah

Menara KL turut menyediakan pelbagai tarikan lain seperti Observation Deck, Canopy Walkway di KL Forest Eco Park, menikmati hidangan di Restoran Atmosphere 360, Mengunjungi KL Tower Mini Zoo dan bergambar di Rumah Terbalik.


  • Lihat Penginapan | Lihat Tiket | Lihat Peta | TH02, Menara Kuala Lumpur, 2, Jalan Puncak, 50250 Kuala Lumpur

Menara Berkembar Petronas

Pemandangan malam Menara Berkembar Kuala Lumpur dengan percikan cahaya
Pemandangan malam Menara Berkembar Kuala Lumpur dengan percikan cahaya | Imej oleh Yusfinekhat

Petronas Twin Tower KLCC: Menara berkembar yang berketinggian 88 tingkat (450m) ini bukan sahaja terkenal dalam kalangan pelancong tempatan malah turut dikenali oleh pelancong dari luar negara.

Jika berkunjung ke sini, sehari mungkin tidak cukup untuk anda menerokai seluruh isinya!

Taman Kuala Lumpur, Malaysia dan cakrawala pada waktu senja
Taman Kuala Lumpur, Malaysia dan cakrawala pada waktu senja

Hal ini kerana, terdapat pelbagai tarikan yang sesuai untuk semua peringkat umur.

Antaranya anda boleh berkunjung ke Aquaria yang menawarkan pelbagai tarikan seperti Aquaria KLCC’s Cage Rage dan Sleep with the Sharks.

Susana petang Suria KLCC, Menara KLCC
Susana petang Suria KLCC, Menara KLCC

Seterusnya bawa anak-anak ke Petrosains, Bersiar-siar di Taman KLCC, membeli-belah di Suria KLCC Mall, melihat hasil seni di Petronas Gallery, melawati syurga buku di Kinokuniya atau duduk bersantai di Taman KLCC sambil menghayati Lake Symphony pada waktu malam.


  • Lihat Penginapan | Lihat Tiket | Lihat Peta | Concourse Level, Petronas Twin Tower, Lower Ground, Kuala Lumpur City Centre, 50088 Kuala Lumpur

Tugu Negara

Tugu Negara
Tugu Negara

National Monument merupakan sebuah monumen bersejarah yang dibina pada tahun 1966 bagi memperingati jasa 11 ribu perajurit yang gugur pada Perang Dunia Pertama, Perang Dunia Kedua dan Darurat Malaya.

Monumen yang berasaskan gangsa ini berjaya mencatatkan rekod sebagai sebuah arca berdiri secara berkumpulan yang tertinggi di dunia!

Keramaian di Tugu Negara
Keramaian di Tugu Negara | Imej oleh Hazwan Hashim

Mengikut perkiraan sejarah, pada tahun 1975 Tugu Negara telah diletupkan oleh pihak komunis dan mengakibatkan beberapa patung gangsa telah jatuh dan rosak.

Pada 11 April 1977 Tugu Negara berjaya disiapkan oleh Christopher B. Carney, Pensyarah Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka Institut Teknologi Mara (ITM).

Malaysia-National--Monument
Dihiasi kolam air pancuran yang menyejukkan suasana persekitaran tugu

Setiap tahun monumen ini akan menerima kunjungan daripada Yang Di-Pertuan Agong, Perdana Menteri dan para pemimpin unit polis dan tentera bagi memberi penghormatan kepada bekas pahlawan negara ini.


  • Lihat Penginapan | Lihat Tour | Lihat Peta | Perdana Botanical Garden, Jalan Parlimen, Kuala Lumpur City Centre, 50480 Kuala Lumpur

Bangunan Sultan Abdul Samad

Bangunan Sultan Abdul Samad
Bangunan Sultan Abdul Samad | Imej oleh Ng Weixian

Sultan Abdul Samad Building ini merupakan salah satu bangunan bersejarah yang cukup terkenal di Malaysia.

Bangunan ini turut dijadikan sebagai mercu tanda bandar Kuala Lumpur dan merupakan saksi kemerdekaan negara Malaysia pada 31 Ogos 1957.

Bangunan Sultan Abdul Samad
Bangunan Sultan Abdul Samad pada waktu malam dipenuhi keramaian | Imej oleh:  Izuddin Helmi Adnan

Bangunan yang menggunakan empat juta bata ini terletak di Dataran Merdeka yang mana merupakan salah satu lokasi yang paling meriah apabila menjelang sebarang perayaan penting seperti sambutan hari kemerdekaan dan sambutan tahun baru.

Asalnya ia berfungsi sebagai pejabat kerajaan dan Mahkamah Tinggi serta Mahkamah Agung.

Bangunan Sultan Abdul Samad
3 kubah seperti bawang ini adalah berbentuk ‘saracenic’ merupakan satu ciri senibina Moorish dan Moghul yang berunsurkan Islam

Kini ia merupakan salah satu destinasi pelancongan yang wajib dikunjungi dan sering dijadikan sebagai lokasi untuk penggambaran.

Jadi jangan lepaskan peluang untuk bergambar berlatarbelakangkan seni bina Neo-Mughal atau Moorish ini.


  • Lihat Penginapan | Lihat Tour | Lihat Peta | Jln Raja, Kuala Lumpur City Centre, 50050 Kuala Lumpur

Masjid Negara

Masjid Negara Kuala Lumpur
Masjid Negara Kuala Lumpur

National Mosque of Malaysia: Masjid yang dibina pada tahun 1965 ini merupakan salah satu mercu tanda agama islam yang terkenal di Malaysia.

Kubah utamanya yang berbentuk seperti bintang dan 18 titik merupakan lambang kepada 13 buah negeri Malaysia dan 5 rukun islam.

Ia mempunyai kapasiti untuk 15,000 orang dan terletak di antara taman seluas 13 ekar
Ia mempunyai kapasiti untuk 15,000 orang dan terletak di antara taman seluas 13 ekar | Imej oleh: Uwe Aranas

Malah bentuk payung untuk bahagian kubah itu turut membawa erti semangat dan kedaulatan raja yang melindungi negara.

Masjid ini turut terdapat Makam Pahlawan yang menempatkan 16 makam yang terdiri daripada bekas Perdana Menteri, bekas Timbalan Perdana Menteri dan beberapa lagi bekas ahli kabinet yang banyak menabur jasa kepada negara.

Terletak di jalan Perdana, 3 minit berjalan kaki dari Islamic Arts Museum Malaysia
Terletak di jalan Perdana, 3 minit berjalan kaki dari Islamic Arts Museum Malaysia

Bagi melawat Masjid Negara anda dinasihatkan untuk berpakaian sopan, malah mereka turut menyediakan jubah dan tudung untuk dipinjam.


  • Lihat Penginapan | Lihat Tour | Lihat Peta | Jalan Perdana, Tasik Perdana, 50480 Kuala Lumpur

Muzium Negara

Muzium Negara Malaysia
Muzium Negara Malaysia

National Museum of Malaysia: Muzium bukanlah destinasi yang asing jika anda berkunjung ke mana-mana destinasi pun.

Ketika Perang Dunia Kedua melanda, sebahagian besar Muzium Selangor telah musnah.

Pengaruh Islam dalam hiasan Seramik
Pengaruh Islam dalam hiasan Seramik | Imej oleh: Marufish

Pada tahun 1959 pihak kerajaan telah bersetuju untuk membangunkan semula tapak muzium tersebut dan menggunakan tapak tersebut  bagi membina Muzium Negara dan dirasmikan pada 31 Ogos 1963.

Muzium yang berkonsepkan Istana Melayu tradisional ini merupakan hasil idea daripada YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.

Replika singgahsana Kesultanan Perak
Replika singgahsana Kesultanan Perak | Imej oleh: Gryffindor

Ia dibahagikan kepada 4 galeri iaitu sejarah awal, kerajaan-kerajaan melayu, era kolonial dan malaysia kini.

Malah di perkarangan Muzium Negara turut menempatkan beberapa koleksi sejarah yang berkaitan dengan pengangkutan yang digunakan pada zaman dahulu hinggalah zaman sekarang.


  • Lihat Penginapan | Lihat Tour | Lihat Peta | Jln Damansara, Perdana Botanical Gardens, 50566 Kuala Lumpur

Masjid Jamek

Masjid ini dirancang oleh Arthur Benison Hubback, dan dibina pada tahun 1909.
Masjid ini dirancang oleh Arthur Benison Hubback, dan dibina pada tahun 1909 | Imej oleh: Waqar Hassan

Masjid Jamek pernah menjadi masjid utama bagi warga Kuala Lumpur, sebelum Masjid Negara dibina.

Kini, masjid yang dibina pada tahun 1907 ini turut dijadikan sebagai salah satu destinasi pelancongan dan para pengunjung perlu memakai pakaian yang sesuai jika ingin menziarah masjid tersebut.

15 Tempat Menarik di Kuala Lumpur [Paling Popular] 1
Keindahan struktur senibina masjid Jamek | Imej oleh:  Ng Weixian

Seni bina masjid ini pasti bakal memukau pandangan anda, di mana ia mengenengahkan konsep Mughal dari negara India.

Pada waktu malam, suasana sekitarnya begitu bercahaya dengan kehadiran cahaya lampu yang berwarna-warni hasil daripada projek River of Life.

Sejuk mata menandang dengan keindahan air hasil dari projek KL River
Sejuk mata menandang dengan keindahan air hasil dari projek KL River | Imej oleh:  Spencer Wing

Projek ini merupakan salah satu inisiatif untuk mencantikkan dua buah sungai iaitu sungai Klang dan sungai Gombak.

Malah destinasi yang berhampiran dengan masjid ini tidak kurang menarik juga, seperti Muzium Tekstil Negara dan Galeri Kuala Lumpur.


  • Lihat Penginapan | Lihat Tour | Lihat Peta | Kuala Lumpur City Centre, 50050 Kuala Lumpur

Jambatan Saloma

Jembatan Saloma Kuala Lumpur
Jembatan Saloma Kuala Lumpur

Ingin bersiar-siar sambil menikmati kehidupan di ibu kota Malaysia? Apa kata singgah ke Jambatan Saloma atau turut dikenali sebagai ‘Saloma Link’ yang menghubungkan Kampung Baru dan KLCC.

Seni binanya diilhamkan daripada susunan daun sirih atau dikenali sebagai sireh junjung dalam kalangan masyarakat melayu.

Menghubungkan Kampung Baru dengan KLCC
Menghubungkan Kampung Baru dengan KLCC | Imej oleh: Nazahery

Bagi melengkapkan konsep kemelayuan tersebut, nama jambatan ini turut diinspirasi daripada penyanyi keturunan Malaysia-Singapura iaitu Saloma.

Jambatan ini lebih menyerlah pada waktu malam apabila lampu-lampu LED mula mengeluarkan beberapa warna yang bakal menarik perhatian setiap individu yang lalu-lalang disekitarnya.

Terletak di Lorong Raja Muda Musa 3
Terletak di Lorong Raja Muda Musa 3

Malah ia merupakan salah satu destinasi yang menarik bagi mengabadikan potret dengan latar belakang Menara Berkembar Petronas!

Bagi menjamin keselamatan orang awam dan membanteras gejala vandalisme, ia telah menempatkan sistem CCTV dan pengawal keselamatan di sekitarnya.


  • Lihat Penginapan | Lihat Pengangkutan | Lihat Peta | Saloma, Lorong Raja Muda Musa 3, Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur

Pasar Seni

Central Market Kuala Lumpur adalah pusat budaya, seni dan kraf Malaysia
Central Market Kuala Lumpur adalah pusat budaya, seni dan kraf Malaysia

Pasar Seni atau turut dikenali sebagai ‘Central Market’ merupakan lokasi yang terbaik untuk anda ‘window shopping’ serta memborong barangan kesenian.

Di sini terdapat variasi barangan cenderamata seperti barangan antik, batik, ukiran kayu dan banyak lagi koleksi seni yang turut dijual.

Central Market Kuala Lumpur
Aktiviti kemeriahan di Pasar Seni Kuala Lumpur

Bukan sahaja menawarkan barangan seni malah anda boleh bersantai menyaksikan tarian tradisional atau kumpulan muzik jalanan membuat persembahan di sekitarnya secara percuma.

Dah tiba ke Pasar Seni, ringan-ringankan kaki anda untuk menjelajah kawasan sekitarnya pula.

Galeri Rumah Seni Lukis
Galeri Rumah Seni Lukis

Pelbagai lokasi yang menarik yang pasti akan memukau anda!

Antaranya Muzium Ilusi 3D, Luckin Kopi, Jalan Panggung, Kedai Coklat Beryl’s, Lee Wah Florist, Kuil dan Tokong tertua di Kuala Lumpur dan banyak lagi lokasi menarik untuk anda terokai!


  • Lihat Penginapan | Lihat Tour | Lihat Peta | Kuala Lumpur City Centre, 50050 Kuala Lumpur

Rumah Penghulu Abu Seman

Imej Oleh: Badan Warisan Malaysia
Imej Oleh: Badan Warisan Malaysia

Rumah yang berusia sekitar 100 tahun ini merupakan salah satu lambang kemegahan seni bina masyarakat melayu lama.

Asalnya ia didirikan pada tahun 1910 di Kampung Sungai Kechil, Kedah sebagai kediaman seorang penghulu di situ.

Imej Oleh: Badan Warisan Malaysia
Imej Oleh: Badan Warisan Malaysia

Namun ia telah dipindahkan dan dibaik pulih oleh Badan Warisan Malaysia bagi tujuan pemeliharaan dan pemuliharaan warisan seni bina negara.

Kini ia berada di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur dan dijadikan sebagai destinasi pelancongan.

Imej Oleh: Badan Warisan Malaysia
Imej Oleh: Badan Warisan Malaysia

Kunjungan anda bukan sahaja untuk menghayati seni bina tradisionalnya, malah anda berpeluang untuk belajar tentang cara hidup, adat istiadat dan tradisi masyarakat melayu.

Selain itu, terdapat sebuah taman yang dikenali sebagai Taman Warisan yang menempatkan pelbagai tumbuhan dan tanaman herba bagi melengkapkan identiti rumah tradisional melayu.


  • Lihat Penginapan | Lihat Tiket | Lihat Peta | Badan Warisan Malaysia, 2, Jalan Stonor, 50450 Kuala Lumpur

Istana Budaya

Imej: Istana Budaya
Imej: Istana Budaya

Pembinaan Istana Budaya ini tidak semudah yang di sangka, mereka perlu mengusulkan pendapat dan membahaskannya di kongres.

Setelah mendapat kelulusan, pada tahun 1995 pembinaannya bermula dengan kos RM210 juta.

Imej: Istana Budaya
Imej: Istana Budaya

Istana Budaya pada ketika itu merupakan teater pertama di Asia yang mempunyai mekanisme pentas yang canggih.

Malah seni bina bangunannya turut menyerupai bentuk wau bulan Kelantan dan sirih junjung.

Imej: Istana Budaya
Imej: Istana Budaya

Tidak ketinggalan konsep rumah Melayu turut ditonjolkan iaitu serambi sebagai lobi, rumah ibu sebagai Panggung Sari dan rumah dapur sebagai pentas utama dan dewan latihan.

Panggung Sari pula menggunakan konsep Istana Kesultanan Melayu pada masa lampau dan menjadikan anda seperti berada di dalam istana zaman silam!


  • Lihat Penginapan | Lihat Tour | Lihat Peta | Titiwangsa, 53200 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur

Planetarium Negara

Imej: Planetarium Negara
Imej: Planetarium Negara

Percutian seisi keluarga semestinya semakin bermakna dan riang jika anda turut membawa anak-anak anda untuk bersuka-ria sambil belajar di Planetarium Negara.

Bangunan yang bercirikan seni bina islam ini bakal mendekatkan kanak-kanak dengan bidang astronomi dan sains angkasa.

Teater Angkasa
Teater Angkasa

Anda boleh melawati beberapa bahagian seperti kembara simulasi dengan menaiki kokpit untuk merasakan suasana di angkasa, melihat tayangan berkaitan angkasa dengan paparan sekeliling 270 darjah, melihat pameran interaktif dan pelbagai lagi aktiviti menarik yang disediakan.

Kembara Simulasi
Kembara Simulasi

Lokasinya begitu strategik kerana terletak di kawasan Taman Botani Perdana. Oleh itu seusai meneroka alam angkasa, anda boleh menghayati keindahan flora dan fauna pula bersama ahli keluarga.


  • Lihat Penginapan | Lihat Tiket | Lihat Peta | 53, Jalan Perdana, Tasik Perdana, 50480 Kuala Lumpur

Taman Burung Kuala Lumpur

KL Bird Park
Imej: KL Bird Park

Kuala Lumpur Bird Park, Taman Burung yang beroperasi di Taman Tasik Kuala Lumpur ini telah menempatkan 3000 burung tempatan daripada 200 spesies yang berlainan. Taman ini dibahagikan kepada empat zon yang menampilkan tarikan yang berbeza.

Sebagai contoh zon 1 dan zon 2 dikenali sebagai salah satu bilik penerbangan bebas yang terbesar di dunia!

Taman Burung Kuala Lumpur
Taman Burung Kuala Lumpur

Konsep ini bagi memastikan spesies burung-burung di situ dapat membiak dengan baik sekali gus memastikan ekosistem mereka kekal terpelihara.

Kemudian di Zon 3 anda berpeluang untuk memberi makan kepada burung enggang serta menemui Kedai Hadiah Hornbill, Restoran dan Kafe Hornbill tiga tingkat.

KL Bird Park
KL Bird Park

Bagi Zon 4 anda bakal terhibur dengan gelagat spesies burung kakak tua pula.

Taman Burung bukan sahaja membenarkan anda untuk melihat pelbagai spesies burung, malah di setiap zon turut mempunyai pelbagai aktiviti yang akan mendekatkan anda dengan pelbagai spesies burung.


  • Lihat Penginapan | Lihat Tiket | Lihat Peta | KL Bird Park, 920, Jalan Cenderawasih, Perdana Botanical Gardens, 50480 Kuala Lumpur

Little India Brickfields

Kuala Lumpur. Brickfields aka Little India
Kuala Lumpur. Brickfields aka Little India

Inginkan kelainan dalam percutian anda? Jom singgah ke Little India Brickfields bagi merasai suasana seperti berada di negara India pula!

Little India Brickfields ini dikenali sebagai Little India rasmi di Malaysia yang mana mempunyai bilangan penduduk India dan perniagaan oleh milik warga India yang tinggi di negara ini.

Terletak di selatan Pusat Bandar. Jalan utamanya, Jalan Tun Sambanthan
Terletak di selatan Pusat Bandar. Jalan utamanya, Jalan Tun Sambanthan | Imej oleh: David McKelvey

Tambahan lagi lokasinya yang strategik iaitu terletak berhampiran dengan KL Sentral.

Bagi menghayati kesibukkannya, anda boleh berjalan melewati setiap deretan kedai yang menjual pelbagai barangan yang berkaitan dengan masyarakat India.

Deretan kedai rumah klasik Little India Brickfields
Deretan kedai rumah klasik Little India Brickfields Imej oleh: Stefan Fussan

Malah di sini turut terdapat sebuah kuil Cina terbesar di Asia Tenggara. Dah penat berjalan?

Jom menikmati nasi daun pisang dan minuman Lassi pelbagai perisa di gerai makanan tradisional yang tersedia.


  • Lihat Penginapan | Lihat Tour | Lihat Peta | 229, Jalan Tun Sambanthan, Brickfields, 50470 Kuala Lumpur

Chinatown Kuala Lumpur

Diakui Petaling Street masih menjadi tumpuan utama warga Kuala Lumpur membeli belah juga pelancong
Diakui Petaling Street masih menjadi tumpuan utama warga Kuala Lumpur membeli belah juga pelancong | Imej oleh: Ravin Rau

Petaling Street: Sudah menghayati gaya hidup masyarakat India? Sekarang ayuh menyaksikan kemeriahan di Chinatown yang mana dipelopori oleh masyarakat Cina pula.

Chinatown yang terletak di Jalan Petaling ini begitu terkenal dengan keunikan pasar malamnya yang menjual pelbagai barangan dengan harga berpatutan, malah para pembeli dibolehkan untuk tawar-menawar ketika aktiviti jual beli berlaku.

15 Tempat Menarik di Kuala Lumpur [Paling Popular] 2
Imej oleh:  Olga Ozik

Bukan itu sahaja, sekitarnya turut terdapat beberapa kuil Buddha dan Tao yang berusia ratusan tahun!

Anda mungkin hanya membayangkan destinasi ini dipenuhi oleh khemah-khemah jualan pasar sahaja bukan?

China Town, Petaling Street
China Town, Petaling Street | Imej: Jeremy tan

Jangan terkejut jika berkunjung ke sana anda akan menemui beberapa kafe hipster menghidangkan pelbagai makanan yang lazat.

Antaranya Old China Cafe yang merupakan kafe tertua di Chinatown ini menyajikan hidangan cina dan melayu yang sesuai dengan selera pelbagai

bangsa.


  • Lihat Penginapan | Lihat Tour | Lihat Peta | 37, Jalan Petaling, City Centre, 50000 Kuala Lumpur

Bersambung…

Tags: keistimewaan kuala lumpurKL Towerklcckuala lumpur hotelkuala lumpur malaysiapetaling street
Promosi Diskaun Promosi Diskaun Promosi Diskaun
Hadi Ghazali

Hadi Ghazali

Meminati dunia pelancongan sejak kecil lagi. Seorang konsultan pelancongan berpengalaman, Follow Hadi di Facebook. Ketahui selanjutnya tentang kami. Dapatkan pakej percutian di Melancong.my. Sertai Group Saya Kaki Melancong!

Artikel+ Bersambung

Tempat Menarik di Amsterdam
Pakej Popular

15 Tempat Menarik di Amsterdam & Aktiviti Yang Paling Menyeronokkan

  Amsterdam terkenal dengan muzium seninya menempatkan . Nukilan hasil karya Rembrandt dan Vermeer di Rijksmuseum, dan seni moden di...

Oleh: Hasrul Wayne
4 Februari, 2023
23.1k
tempat-menarik-di-hong-kong-paulo-evangelista
Pakej Hong Kong

10 Tempat Menarik di Hong Kong Paling Popular

  Apakah tempat menarik di Hong Kong yang popular? Adakah Hong Kong sesuai untuk pelancong dari Malaysia? Hong Kong ialah...

Oleh: Hasrul Wayne
22 Januari, 2023
297
Selanjutnya

Tinggalkan Balasan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Offer Limited Offer Limited Offer Limited
IKLAN / ADVERTISEMENT

LANGGAN PROMOSI

tempat-menarik-di-bangkok-thailand
Pakej Bangkok Pattaya

50 Tempat Menarik Di Bangkok Dan Pattaya [SENARAI POPULAR & RARE]

Oleh: Hadi Ghazali
12 Julai, 2022
0
44.6k

  Thailand merupakan antara destinasi pelancongan popular di dunia. Bangkok, yang merupakan ibu negara bagi Thailand merupakan antara tempat yang...

Baca Selanjutnya
Gili Trawangan, Gili Indah, North Lombok Regency, West Nusa Tenggara, Indonesia

Pulau Lombok & Sejarahnya: 30 Senarai Pulau & Gili Terkenal Menjadi Kunjungan Pelancong

28 September, 2022
19k
Museum-Tsunami-at-night-in-Banda-Aceh

5 Tempat Paling Menarik Banda Aceh Indonesia [POPULAR]

16 Ogos, 2022
6.1k
10 Aktiviti & Tempat Menarik di Desaru 3

10 Aktiviti & Tempat Menarik di Desaru

20 September, 2022
9.9k
tempat-menarik-di-gold-coast-australia

20 Aktiviti & Tempat Paling Menarik di Gold Coast Australia

23 November, 2022
28.1k
Selanjutnya
hotel promo hotel promo hotel promo
  • Langgan
  • Tentang Kami
  • Polisi
  • Terma dan Syarat
  • Hubungi Kami

© 2023 Melancong.my - Powered by Hasrul & Co.

Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Indonesia
  • Singapore
  • Thailand
  • Vietnam
  • Cambodia
  • China
  • Korea
  • Jepun
  • Australia
  • India
  • Turki
  • Balkan
  • Uzbekistan
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami

© 2023 Melancong.my - Powered by Hasrul & Co.

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In