fbpx
Melancong.my
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
SEBUTHARGA
PAKEJ TERKINI
  • Malaysia
  • Cruise
  • Singapore
  • Indonesia
  • Thailand
  • Vietnam
  • China
  • Jepun
  • Korea
  • Lagi
    • Pulau
    • Cambodia
    • India
    • Balkan
    • Australia
    • Turki
    • Uzbekistan
  • Malaysia
  • Cruise
  • Singapore
  • Indonesia
  • Thailand
  • Vietnam
  • China
  • Jepun
  • Korea
  • Lagi
    • Pulau
    • Cambodia
    • India
    • Balkan
    • Australia
    • Turki
    • Uzbekistan
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
Melancong.my
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
Halaman Malaysia Pakej Sabah

21 Tempat Menarik Di Kota Belud, Kudat & Kota Marudu [TIP OF BORNEO]

3 daerah ini terletak di utara paling hujung Sabah dan berhamparan sehingga ke kaki Gunung Kinabalu

Hadi Oleh: Hadi
16/07/2020
Kategori: Pakej Sabah
Masa Bacaan: 7Minit
6.1k 188
A A
3
tempat-menarik-di-kota-belud
5.6k
SHARES
6.5k
VIEWS
FacebookTwitterPin
IKLAN / ADVERTISEMENT

Kudat, Kota Marudu dan Kota Belud terletak di bahagian utara Sabah dan mempunyai destinasi pelancongan semulajadi yang cukup menarik.

Kawasan Tip of Borneo ini menerima tiupan angin monsun yang paling banyak dari arah laut hingga ke kaki gunung Kinabalu. Disebabkan menerima angin yang kuat, udara disini sentiasa segar dan memberikan idea percutian menarik khususnya aktiviti air. Pun begitu banyak aktiviti kebudayaan yang boleh dijumpai serta makanan & hidangan yang unik.

IKLAN / ADVERTISEMENT
  • Lihat Hotel Terbaik di: Kota Belud | Kudat | Kota Marudu
  • Peta Lokasi: Kota Belud | Kudat | Kota Marudu

Promo-Banner-Sabah

Pin

  • 1  The Tip of Borneo – Simpang Mengayau
  • 2 Pantai Kelambu & Kalampunian
  • 3 Gombizau Honey Bee Farm
  • 4 Sumangkap Gong-Making Village
  • 5 Kampung Bavanggazo
  • 6 Maranjak Longhouse
  • 7 Taman Budaya Tobilung
  • 8 Kinabalu Park Serinsim Station
  • 9 Dataran Bengkoka
  • 10 Pulau Pasir Timbul Pitas
  • 11 Pulau Mantanani
  • 12 Polumpung Melangkap View Camp Site
  • 13 Tamu Kota Belud
  • 14 Bukit Bongol
  • 15 Usukan Cove & Pulau Usukan
  • 16 Le Cruise Proboscis De Kota Belud
  • 17 Gunung Tambuyukon
  • 18 Air Terjun Sorinsim
  • 19 Kampung Siasai Kota Belud
  • 20 Cabana Retreat
  • 21 Pulau Batu Supirak Pitas
Dalam artikel ini kami akan senaraikan tempat-tempat menarik yang ada di Kota Belud, Kota Marudu dan Kota Belud. Jika anda orang Sabah dan ada tempat-tempat menarik yang kami tidak senaraikan disini, sila komen dibawah ya.

 The Tip of Borneo – Simpang Mengayau

The Tip of Borneo Simpang Mengayau
The Tip of Borneo Simpang Mengayau

The Tip of Borneo-Simpang Mengayau merupakan tempat yang sangat terkenal di Sabah dan juga turut dikenali sebagai Tanduk Negeri Sabah. The Tip of Borneo ini adalah bentuk yang anda boleh lihat di dalam peta dimana ia kelihatan seperti kepala anjing.

Ia juga terkenal sebagai tempat pertemuan Laut China Selatan dan juga Laut Sulu. Pemandangan yang anda boleh lihat disini pastinya akan membuatkan anda terpukau. Disini juga anda boleh saksikan pertembungan kedua-dua lautan ini pada bulan-bulan tertentu.


Pantai Kelambu & Kalampunian

Pantai Kelambu
Pantai Kelambu

Ia merupakan satu destinasi yang menarik untuk dikunjungi dan terletak di Kudat. Walaupun kurang dikenali, ia sebenarnya merupakan diantara pantai terbaik yang anda boleh temukan di negeri Sabah.

Keindahannya diserikan lagi dengan lautan membiru dan jernih serta pasir putih selain dikelilingi oleh pulau-pulau. Berbagai aktiviti yang boleh anda lakukan disini seperti speed boating, berenang, snorkeling dan juga ski air.

Selain itu, ia juga sesuai untuk aktiviti bersama keluarga seperti berkelah, bersiar-siar, mengutip kerang dan juga menikmati pemandangan matahari terbenam.


Gombizau Honey Bee Farm

Gombizau Honey Bee Farm
Gombizau Honey Bee Farm

Destinasi seterusnya adalah Gombizau Honey Bee Farm yang terletak di Matunggong. Ia terletak sekitar 43 kilometer dari pekan Kudat. Aktiviti ekonomi utama kawasan ini adalah penternakan lebah dan anda boleh temukan beratus sangkar lebah di Gombizau Honey Bee Farm ini.

Disini, pengunjung berpeluang untuk melihat bagaimana ladang lebah diurus dan juga merasai rasa madu asli. Selain itu, disini juga terdapat ladang getah dan pengunjung juga berpeluang untuk mempelajari cara tradisional penorehan getah.


Sumangkap Gong-Making Village

Sumangkap Gong-Making Village
Sumangkap Gong-Making Village

Gong merupakan salah satu daripada instrumen muzik yang kerap dimainkan sewaktu majlis keraian dan juga majlis-majlis besar seperti perkahwinan.

Gong yang dijual di Kampung Sumangkap terdapat dalam berbagai jenis saiz yang berbeza. Disebabkan oleh hal ini, ia sedikit sebanyak memudahkan urusan pengunjung untuk membeli gong pada saiz yang lebih kecil untuk dijadikan cenderamata.

Harga untuk setiap jenis gong pula berbeza bergantung pada saiznya. Boleh dikatakan harga gong yang ada disini adalah sekitar RM25 sehingga RM37.


Kampung Bavanggazo

Kampung Bavanggazo
Tradisi Kampung Bavanggazo

Suatu masa dahulu, ramai penduduk yang memilih untuk menetap di dalam rumah tradisional mereka iaitu rumah panjang. Namun kini, situasinya mulai berubah apabila ramai yang mula berminat untuk menghuni rumah yang lebih moden sekaligus menjadikan rumah panjang ini semakin sukar untuk ditemukan.

Tapi tidak jika di Kampung Bavanggazo dimana anda akan dapat temukan deretan rumah panjang yang dibina seratus peratus daripada bahan tradisional namun diberikan sedikit sentuhan moden seperti penambahan tandas dan tempat mandi ‘shower’.

Anda berpeluang untuk menikmati hidangan tradisional masyarakat disini, melihat ritual yang dijalankan dan juga akan dipersembahkan dengan persembahan muzik.


Maranjak Longhouse

Maranjak Longhouse
Maranjak Longhouse

Maranjak Longhouse pula berkonsepkan homestay dimana ia dibina sepenuhnya daripada bahan tradisional seperti buluh sebagai dinding dan pelepah nipah sebagai atap.

Rumah panjang ini juga dihiasi sepenuhnya dengan perhiasan tradisional seperti meja makan, bilik, pencahayaan dan juga jenis makanan yang dihidangkan.

Maranjak Longhouse ini pula mampu untuk menempatkan sehingga 30 ke 40 orang pada satu-satu masa. Berbagai aktiviti menarik yang dapat dilakukan disini seperti memancing, jungle trekking, bersiar-siar di taman botanikal, menangkap ketam dan melihat monyet.


Taman Budaya Tobilung

Tobilung
Keunikan Pakaian Tradisi Dusun Tobilung

Taman Budaya Tobilung merupakan salah satu daripada destinasi yang turut dikunjungi oleh pelancong apabila berkunjung ke Sabah. Destinasi ini terletak sejauh 50 kilometer dari pekan Kota Marudu.

Perjalanan untuk ke sini pula mengambil masa sekitar 1 jam 10 minit. Disini, anda boleh temukan rumah tradisi masyarakat Tobilung dengan lebih dekat lagi. Selain itu, anda juga boleh belajar dengan lebih lanjut mengenai muzik, pakaian, sejarah, budaya dan juga adat masyarakat Tobilung.

Kinabalu Park Serinsim Station

Kinabalu Park Serinsim Station
Kinabalu Park Serinsim Station | CC: Stanley Molisin

Kinabalu Park Serinsim Station merupakan sebuah taman semulajadi di Kota Marudu. Ia terletak sekitar 15 kilometer daripada pekan Kota Marudu menerusi jalan belakang Lebuhraya Marak-Parak ke Ranau.

Ia merupakan sebuah destinasi yang kurang dikenali oleh penduduk setempat dan juga pelancong. Di sini juga merupakan salah satu pintu masuk untuk mendaki Gunung Tambuyukon. Dari segi keindahan alam semulajadinya, ia tidak kalah dengan destinasi lain yang popular di Sabah.

Ia dibuka setiap hari dari pagi hingga petang dan disini ada disediakan perkhidmatan penginapan di chalet dan asrama atau anda juga boleh memilih untuk berkhemah.


Dataran Bengkoka

Dataran Bengkoka
Replika Udang Galah Dataran Bengkoka

Dataran Bengkoka mempunyai landmark yang agak unik berbanding dengan tempat lain kerana anda akan melihat binaan patung “lobster’ gergasi di tengah-tengah dataran ini.

Ia terletak di Pitas dan mengambil masa sekitar 3 jam perjalanan dari Kota Kinabalu. Dataran Bengkoka merupakan sebuah lokasi perayaan bagi penduduk kawasan ini. Pada hari biasa, destinasi ini agak kurang pengunjung.

Hanya mereka yang ingin pulang ke kampung halaman dan mereka yang ingin ke Tongod, titik tengah negeri Sabah sahaja melaluinya.


Pulau Pasir Timbul Pitas

Pulau Pasir Terapung Pitas
Pulau kecil ini kelihatan hampir tenggelam namun anda masih boleh berjalan kaki

Juga dikenali sebagi Pitas Floating Island ianya merupakan tarikan terkini di Pekan Pitas. Tidak jauh dari Pulau Batu Supirak dan anda boleh ianya seakan-akan huruf ‘S’ bila dilihat dari atas. Untuk ke sini jalan berbatu perlu dilalui kerana ia terletak di Kampung Malubang Pitas.

Pulau Pasir Timbul ini terkenal kerana viral baru-baru ini, dan kini menjadi popular dikalangan pelancong tempatan dan luar negara yang tidak ingin melepaskan peluang mendapatkan swafoto terbaik disini. Disini juga anda boleh memesan menu masakan laut yang sedap dan menikmatinya diatas pasir timbul ini.


Pulau Mantanani

Keindahan Pulau Mantanani
Keindahan Pulau Mantanani

Pulau Mantanani merupakan sekumpulan pulau yang mengandungi tiga buah pulau yang agak terpencil yang terletak di kawasan Kota Belud yang terletak sekitar sejam perjalanan daripada Kota Kinabalu.

Pulau ini mengambil masa sekitar 55 minit dengan menaiki bot daripada jeti Kuala Abai. Antara tarikan utama yang menjadikan Pulau Mantanani ini popular adalah, pemandangannya yang indah, hembusan bayu yang dingin dan menyegarkan serta ia merupakan destinasi tumpuan untuk selam skuba dan juga snorkeling menerusi Mari Mari Dive Centre.


Polumpung Melangkap View Camp Site

Polumpung Melangkap View Camp Site
Destinasi Popular Pemandangan Cukup Segar di Melangkap

Ia merupakan salah satu destinasi popular yang sering dikunjungi oleh pelancong. Destinasi ini terletak di Kota Belud dan keindahan yang ditawarkan disini benar-benar akan membuatkan anda terpukau.

Secara spesifiknya, ia terletak di Kampung Melangkap Baru, sekitar 29 kilometer dari pekan Kota Belud. Antara aktiviti yang sering dilakukan disini adalah berkhemah, barbeku, mandi-manda di sungai dan bermacam-macam aktiviti lagi.


Tamu Kota Belud

Tamu Kota Belud
Keasyikan Pesta di Tamu Kota Belud

Tamu Kota Belud merupakan salah satu daripada destinasi tumpuan yang popular di negeri Sabah. Ia merupakan sebuah tamu mingguan di Sabah. Tamu Kota Belud dibuka pada setiap hari Ahad bermula dari pukul 6 pagi sehingga tengahari.

Maksud perkataan tamu adalah tempat pertemuan. Sehingga ke hari sekalipun maksud tamu ini masih relevan kerana ia merupakan tempat untuk bertemu, berbincang dan berkongsi tentang bermacam perkara.

Antara perkara yang dapat dilakukan oleh berkunjung ke sini adalah membeli kraf tangan asli Sabah, sirih, sayur-sayuran, buah-buahan tropika dan juga peralatan elektrik dari negara Taiwan.


Bukit Bongol

Bukit Bongol
Pemandagan Hijau Bukit Bongol | CC: sue_mclai

Hiking merupakan diantara aktiviti yang paling digemari rakyat Malaysia sekarang ini. Di Sabah, terdapat sebuah destinasi yang agak unik berbanding tempat lain iaitu Bukit Bonggol.

Puncak Bukit Bongol tidaklah setinggi destinasi lain namun masa yang diambil untuk sampai ke puncak tetap mengambil masa beberapa jam. Berdasarkan pengalaman pendaki-pendaki, anda boleh melalui Kg. Pirasan yang mana anda boleh merasai pengalaman melalui sekitar 7 puncak bukit.

Selain itu, anda juga akan dapat melihat 3 air terjun, mandi manda dan juga merasai pengalaman pendakian yang mencabar.


Usukan Cove & Pulau Usukan

Usukan Cove
Aktiviti Snorkeling di Usukan Cove

Gambaran pertama pengunjung Usukan Cove adalah ia merupakan sebuah destinasi yang dipenuhi dengan terumbu karang. Jika anda datang dari Kota Kinabalu, anda hanya perlu menuju ke Kota Belud.

Ia terletak di salah satu daripada lapan pantai tercantik yang ada di Kota Belud. Banyak aktiviti yang boleh anda lakukan disini. Antaranya ialah, snorkeling. Terdapat begitu banyak hidupan laut yang boleh anda temukan disini dan ia pasti akan menjadi satu pengalaman yang unik buat anda.

Selain itu, pengunjung juga gemar untuk memancing disini. Bot memancing akan membawa pengunjung ke tengah laut. Antara hasil tangkapan yang unik yang dipancing oleh pengunjung adalah ikan pari.


Le Cruise Proboscis De Kota Belud

monyet Proboscis sungai Klias
Proboscis Dilihat Dari Tepi Sungai

Le Cruise Proboscis De Kota Belud merupakan sebuah lagi destinasi unik yang menjadi tarikan pengunjung yang berkunjung ke Sabah. Disini, anda boleh temukan salah satu daripada ikon negeri Sabah iaitu monyet proboscis.

Anda akan dibawa menaiki “cruise” sepanjang Sungai Tempasuk dimana anda akan dijamu dengan keindahan Gunung Kinabalu dan gerombolan monyet-monyet proboscis ini.

IKLAN / ADVERTISEMENT

Suka kami ingatkan supaya anda tidak terlupa untuk membawa binokular bersama-sama anda apabila berkunjung ke sini. Nak tahu kenapa? Biarlah ia menjadi rahsia dan hanya akan terbongkar apabila anda sendiri datang berkunjung ke sini.

Gunung Tambuyukon

Gunung Tambuyukon
Indahnya Gunung Tambuyukon

Ia merupakan salah satu diantara gunung-gunung yang terbentuk di atas Banjaran Crocker. Ketinggian puncak gunung ini adalah sekitar 2579 meter dari paras laut. Ia berada dalam kawasan daerah Ranau sekaligus menjadikannya sebagai salah satu kawasan hutan simpan yang berada di bawah Taman Negara Kinabalu.

Ia mempunyai hutan dipterokarp bukit, hutan dipterokarp atas, hutan montane dan juga hutan ericaceous. Disini, anda boleh temukan berbagai jenis spesies flora dan fauna dimana sebahagian besarnya menjadi sumber kajian bagi perubatan moden.

Anda boleh memilih untuk memulakan pendakian dari salah satu daripada 2 laluan pendakian iaitu Substation Kg. Monggis di Ranau (trek 14 kilometer) atau Substation Serinsim (trek 20 kilometer).

Syarat untuk pendakian pula adalah di dalam 1 kumpulan, hanya 9 orang pendaki saja dibenarkan. Untuk setiap 3 pendaki, anda akan diiringi oleh seorang guide. Jadi, jika anda bercadang untuk mendaki di sini, anda perlu membuat tempahan terlebih dahulu dengan Sabah Park.


Air Terjun Sorinsim

Sorinsim Waterfall
Kecantiakn Air Terjun Sorinsim

Satu lagi destinasi menarik yang menjadi kunjungan pelancong di negeri Sabah adalah, Sorinsim Waterfall. Ia terletak sekitar 131 kilometer (2 jam perjalanan daripada Kota Kinabalu) dan sekitar 40 kilometer daripada pekan Kota Marudu.

Airnya yang jernih dan persekitarannya yang tenang telah menjadikan Sorinsim Waterfall ini sebagai salah satu destinasi yang giat dipromosi oleh banyak pihak sekaligus menjadikannya terkenal di Sabah dan juga pelancong dari seluruh dunia.


Kampung Siasai Kota Belud

Parang Kampung Siasai
Seni Parang Kampung Siasai

Uniknya Kampung Siasai di Kota Belud ini adalah, ia merupakan pusat pembuatan parang yang terkenal. Jika anda inginkan kelainan dalam percutian anda, destinasi sebegini haruslah berada di dalam “list’ anda.

Parang merupakan senjata dan juga alat bekerja bagi masyarakat Bajau disini. Dengan kunjungan anda kesini, anda akan mampu untuk belajar dengan lebih lagi mengenai teknik unik dan tradisional yang digunakan oleh masyarakat Bajau untuk menghasilkan parang.

Meskipun berbagai teknologi dan teknik yang lebih moden telah wujud, masyarakat Bajau masih setia dengan teknik dan cara tradisional mereka. Hal ini sekaligus membuktikan bahawa betapa mereka berusaha untuk mengekalkan adat dan budaya mereka.


Cabana Retreat

Cabana Retreat Resort
Kemah Pop Up yang dilengkapi kemudahan seperti hotel dan penghawa dingin

Cabana Retreat adalah tarikan baru yang ada di Kota Belud. Ia merupakan sebuah resort yang sangat unik yang mana adalah yang pertama mempunyai Pop Up Beach Resort di Malaysia. Terkenal juga kerana ia terletak pada kedudukan yang strategik iaitu di pantai Rampayan. Sangat sesuai untuk anda yang ingin berehat santai dan jauh dari kesibukan.

tempat-menarik-di-kota-belud

Pada waktu tertentu anda boleh mendengarkan siulan angin yang sangat kuat dan menyamakan di kawasan pantai ini. Tidak jauh dari situ anda juga boleh melihat pulau Mantanani di ufuk. Banyak aktiviti boleh anda lakukan di Cabana Retreat seperti river cruise, melihat kunang-kunang, water sports, menunggang ATV, surfing, paramotor ride, dan banyak lagi.


Pulau Batu Supirak Pitas

Pulau Batu Supirak Pitas
Lagenda Kapal Nakoda Supirak sangat terkenal dalam cerita rakyat penduduk Kampung Malubang

Supirak Island Pitas merupakan tarikan utama pelancong ke Pekan Pitas. Kampung Malubang adalah kawasan nelayan dan terpencil maka dengan itu tarikan ini masih terpelihara dan mengekalkan alam semulajadinya. 

Pulau menyerupai seakan sebuah kapal ini mempunyai lagenda terkenal yang mana ianya adalah sebuah kapal yang telah bertukar menjadi batu kerana sumpah seorang ibu kepada anaknya. Ia hampir menyamai cerita si Tangggang anak derhaka namun mempunyai versi masyarakat di Pitas. Anda boleh mengetahui kisah selanjutnya ini di sini.

Baiklah. Sampai disini dahulu cerita kita tentang tempat-tempat menarik yang ada di Kota Belud, Kota Marudu dan Kudat. Sekali lagi jika ada cadangan lain sila ajukan diruang komen. 

Mulakan perancangan anda untuk bercuti di Sabah tahun ini!

Promo-Banner-Sabah

Kongsi2251Tweet1407Pin507
Hadi

Hadi

Seorang yang tenang dan ceria. Suka meneroka perkara yang baru. Meminati dunia pelancongan sejak kecil lagi. Seorang konsultan pelancongan berpengalaman, Follow Hadi di Facebook. Ketahui selanjutnya tentang kami.

Artikel+ Bersambung

Pulau Sipadan Sabah
Pakej Sabah

150 Aktiviti & Tempat Menarik Di Sabah: Paling Menyeronokan Di Borneo [POPULAR & RARE]

Apakah tempat menarik di Sabah yang popular dikunjungi, atau dimanakah destinasi-destinasi yang jarang diterokai di Sabah? Sabah memang sudah terkenal...

Oleh: Hasrul
28/10/2020
18.6k
Blue Ring Reef Lahad Datu
Pakej Sabah

20 Tempat Menarik Di Lahad Datu, Tungku & Kunak [LAIN DARI YANG LAIN]

Tahukah anda Lahad Datu adalah bandar keempat terbesar di Sabah selepas Tawau, Sandakan & Kota Kinabalu. Ianya terletak di pantai...

Oleh: Hasrul
06/11/2020
6.5k
Selanjutnya
Seterusnya
Dream Cruises Genting Dream 11

Genting Dream Cruise Malaysia: Pelayaran & Percutian Terhebat No 1 [POPULAR]

Pulau Timba Timba

15 Tempat Menarik di Semporna & Tawau [PILIHAN EKSOTIK POPULAR]

5 1 vote
Penilaian Artikel
3 Komen
Inline Feedbacks
View all comments
Aziz
Aziz
4 • •

Adakah pakej ni merangkumi semua tempat yg dinyatakan?

0
Hadi
Hadi
Konsultan
Reply to  Aziz
4 • •

Bergantung kepada pilihan trip dan kehendak pelanggan cik Aziz. 🙂

0
IKLAN / ADVERTISEMENT

Terkini

Pakej Pulau Langkawi

Senarai Tempat Menarik di Langkawi [PANDUAN LENGKAP]

27/12/2020
31.4k
Tempat Menarik Di Kunming

Tempat Menarik Di Kunming China: 10 Tarikan [POPULAR]

11/11/2020
11.1k
Batam

Tips Melancong Ke Batam: 4 Tarikan Popular Pelancong bercuti di Batam

10/11/2020
3k

Popular

  • Tempat Menarik Di Johor

    15 Tempat Menarik di Johor: Aktiviti & Tempat Makan [POPULAR]

    24263 Kongsi
    Kongsi 9702 Tweet 6064
  • 50 Aktiviti & Tempat Menarik Di Cameron Highlands Malaysia [PANDUAN LENGKAP]

    25434 Kongsi
    Kongsi 10173 Tweet 6358
  • Senarai Tempat Menarik di Langkawi [PANDUAN LENGKAP]

    27044 Kongsi
    Kongsi 10816 Tweet 6760
IKLAN / ADVERTISEMENT

Sertai Telegram

Dapatkan tips & promo percutian terkini dihantar terus ke Telegram anda.

Telegram

Cuti-Cuti Malaysia

  • Pakej Pulau
  • Pakej Sabah
  • Pakej Sarawak

Pautan

  • Newsletter
  • Tentang Kami
  • Polisi
  • Terma dan Syarat
  • Hubungi Kami

Tentang Kami

Melancong.com.my adalah sebuah jenama & laman online info panduan pelancongan. Ianya dikendalikan oleh syarikat pelancongan iaitu Hadigo Travel And Tours Sdn Bhd

© 2020 Melancong.my - Direka oleh SEOM.

Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Indonesia
  • Singapore
  • Thailand
  • Vietnam
  • Cambodia
  • China
  • Korea
  • Jepun
  • Australia
  • India
  • Turki
  • Balkan
  • Uzbekistan
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami

© 2020 Melancong.my - Direka oleh SEOM.

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
wpDiscuz