Mungkin tidak ramai di kalangan kita yang tahu akan kewujudan Pulau yang indah ini. Pulau Mantanani mempunyai seribu rahsia untuk anda terokai.
Ada banyak aktiviti dilakukan di sini dan ianya menjadi tumpuan pelancong asing bertandang dan menikmati keindahnnya.
Satu kegemaran ramai pelancong dari seluruh dunia datang ke Pulau Mantanani adalah berkenaan aktiviti menyelamnya. Ia seperti menyelam ke dunia baru. mari kita lihat apa yang menarik.
Menyelam Bersama Dugong Di Pulau Mantanani
Antara tarikan dalam laut adalah kumpulan dugong yang mana Nicky, si dugong sedang menghasilkan ombak dan berkawan dengan para penyelam/ pengunjung yang melakukan aktiviti snorkel di Pulau Mantanani ini.
Dugong-dugong ini telah dikesan hampir setiap hari oleh para penyelam yang menyelam berdekatan pulau ini.
Dugong jantan ini adalah kira-kira 7 kaki panjang dan mendapat namanya daripada luka kecil (‘nick’ dalam English) pada ekor sebelah kirinya. Kesemua tetamu adalah ditegaskan oleh penyelam berpengalaman Scuba Paradise untuk menjarakakan diri daripada dugong yang suka bermain ini.
Menyelam Berdekatan Kapal Karam di Teluk Usukan (Usukan Wreck)

Terletak kira-kira 58 km utara Kota Kinabalu, Usukan Wreck ini melibatkan 3 buah kapal kargo Jepun yang telah karam pada 2 Oktober 1944, semasa Perang Pasifik, Perang Dunia Kedua oleh dua buah kapal selam Amerika, USS Darter dan USS Dace di kawasan Borneo utara yang mana dikenali sebagai Teluk Usukan.
Ketiga-tiga runtuhan kapal karam ini adalah Kokusei Maru, Higane Maru dan Hiyori Maru. Masyarakat tempatan pula memanggil mereka dengan gelaran Rice Bown Wreck, Upside Down Wreck dan Usukan Wreck, yang mana terdampar kira-kira 1km antara satu sama lain, di kedalaman 25m hingga 40m.
Jika anda menyelam ke kedalaman ini, bersedialah untuk selaman penyahmampatan. Ini merujuk kepada selaman untuk membuang nitrogen dari dalam badan.
Kebiasaanya, jurulatih selaman biasanya akan memberitahu berapa minit, namun kebiasaanya, mereka yang dibenarkan menyelam pada kedalaman ini perlu memiliki lesen menyelam terlebih dahulu.

Ketiga-tiga runtuhan kapal karam ini masih menyimpan banyak rahsia dan kini ianya menjadi habitat kepada pelbagai hidupan marin seperti Lionfish, Scorpionfish, sotong kurita, ikan kaca dan batu-batu karang.
Kebanyakan spesis ikan pari boleh ditemui di sini seperti ikan pari Marbled, ikan pari bintik biru dan kawanan besar ikan pari helang. Terdapat lebih 180 spesis nudibrankia, yang mana sebahagiannya masih belum dikenalpasti spesisnya.
Bagi jurugambar makro, aktiviti ‘muck diving’ di sini adalah luarbiasa, kuda-kuda laut, udang-udang imperial, ikan gobi mata merah jambu, ikan jawfish, sotong kurita gelang biru, belut ribbon dan banyak lagi.
Suhu purata di kawasan ini adalah antara 24 dan 29C/ 75 to 84 F.
Usukan Bay Wreck

Terdampar 40 meter di sebelah kirinya, kapal karam ini diliputi oleh batu karang lembut, batu karang hitam dan kawanan besar ikan. Kemudi dan kipasnya masih ada, begitu juga dengan dandang dan enjin stimnya.
Nittetsu Maru – Kedudukan terdampar: kiri/ Panjang: kira-kira 150m/ berat: 7000 tan/ Jarak dari permukaan: 30m/ permukaan ke dasar: 40m.
Upside Down Wreck

Reruntuhan kapal Karamini tidaklah terbalik sepenuhnya namun sudut condongnya lebih kepada menegak. Bahagian paling dasarnya adalah 25m dan yang terdalam tertanam dalam pasir kira-kira 42m.
Terdapat peluru-peluru berselerak di sepanjang dek bawah, dan berenang melalui bahagian tengah kapal akan menampakkan senjata yang tergantung di atas anda!

Runtuhan kapal karam tegak! Runtuh dengan baiknya dan rosak di bahagian lengkuk yang mana terpusing ke atas sebelah kanan kapal. Kipas dan kemudinya masih ada kira-kira pada kedalaman 37 meter.
Buritan kapal agak bercelaru, namun apabila anda mara ke hadapan, sebuah enjin stim akan kelihatan. Di sebelah kanan kapal menghala ke arah lengkuk telah jatuh kebawah ke dasar laut.
Terdapat pusingan yang rosak sebelum bahagian lengkuk tersebut. Di dalam lengkuk itu, yang mana boleh dimasuki daripada pecahan di bahagian bawah geladak berdekatan dengan puncak kapal, bilik yang ada mangkuk nasi boleh dimasuki.
Ianya telah rosak teruk dan melekat kepada batu karang yang keras. Terdapat botol-botol bir dan sake Jepun yang biasa.
Menarik dan penuh keterujaan bukan? Jika anda mempunyai lesen menyelam dan ingin mencabar diri anda, datanglah ke Pulau Mantanani dan rasai sendiri keterujaannya.
boleh saya tahu pulau nie berada dinegeri mana
Ya pulau ini berada di Utara Sabah, dari Kota Belud.
Saya dah pernah beberapa kali ke pulau Mantanani. Kat sana memang amat cantik. kalau snorkeling saja masih tak puas sebab ada banyak yang kita boleh tengok kat dalam laut.
Ya betul sama sekali tuan.
hello ,boleh saya tahu berapa pakej pergi ko pulau mantanani untuk satu kepala?tq
Salam Cik Zarinah. Cik boleh isikan borang yang disediakan, selepas terima maklumat percutian cik kami akan emailkan sebutharga. Isi borang di . 😀