Melancong.my
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
PAKEJ TERKINI
LANGGAN PERCUMA
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Singapore
  • Indonesia
  • Thailand
  • Vietnam
  • China
  • Jepun
  • Korea
  • Lagi
    • Cambodia
    • India & Pakistan
    • Balkan
    • Australia
    • Turki
    • Uzbekistan
    • Maldives
    • Filipina
    • Perancis
    • Switzerland
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Singapore
  • Indonesia
  • Thailand
  • Vietnam
  • China
  • Jepun
  • Korea
  • Lagi
    • Cambodia
    • India & Pakistan
    • Balkan
    • Australia
    • Turki
    • Uzbekistan
    • Maldives
    • Filipina
    • Perancis
    • Switzerland
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
Melancong.my
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
Promosi Terhad Promosi Terhad Promosi Terhad
Halaman Malaysia Pakej Sabah

10 Tempat Paling Menarik Di Lahad Datu, Tungku & Kunak [TERKINI]

Lahad Datu, Tungku dan Kunak terletak di pantai timur Sabah. Destinasi-destinasi ini terkenal kerana hutan tertua dan hidupan liar terancam yang masih wujud dan pernah viral dengan Blue Reef

Hasrul Wayne Oleh: Hasrul Wayne
13 Februari, 2024
Kategori: Pakej Sabah
Masa Bacaan: 2 mins read
11.4k 115
A A
0
Blue Ring Reef Lahad Datu
12k
VIEWS
FacebookTwitterPin
PROMO TERHAD PROMO TERHAD PROMO TERHAD
IKLAN / PROMOSI TERHAD

 

Benarkah ada tempat menarik di Lahad Datu yang bertaraf UNESCO antarabangsa?

Tahukah anda Lahad Datu adalah bandar keempat terbesar di Sabah selepas Tawau, Sandakan & Kota Kinabalu.

Ianya terletak di pantai timur Sabah. Mengikut sejarah, Lahad Datu terkenal sebagai tempat persinggahan datu-datu dari kesultanan sulu.

Promo Hotel Promo Hotel Promo Hotel
IKLAN / PROMOSI TERHAD

Perkataan Lahad Datu itu sendiri berasal dari bahasa Βajau-Ѕinama yang membawa maksud Lahad sebagai tempat atau negeri manakala Datu pula bermaksud bangsawan khususnya ketua-ketua suku kaum, panglima atau pembesar daerah.

Manakala 65km dari Lahad Datu terletaknya sebuah pekan dipanggil Tungku yang terkenal dengan hasil pertanian agar-agar (rumpai laut) dan perladangan kelapa sawit kerana FELDA berada disini.

Derah Kunak pula lain ceritanya. Menurut penduduk tempatan, perkataan Kunak berasal dari sebuah kapal laut yang dinamakan Kunak milik Steamship Company sebuah syarikat perkapalan Belanda 1960 yang berlabuh di Dravel Bay yang sekarang ini dikenali sebagai Teluk Lahad Datu.

Pakej-Percutian-Sabah

  • Lihat Pilihan Pakej Percutian di Sabah
  • Lihat Penginapan Terbaik di Lahad Datu
  • Lihat Peta Percutian di Lahad Datu

Pin

  • 1 Blue Ring Reef
  • 2 Lembah Danum
  • 3 Tabin Wildlife Reserve
  • 4 Tower Of Heaven, Menara Kayangan Gunung Silam
  • 5 Silam Coast Conservation Area
  • 6 Tumunong Hallu
  • 7 Sungai Kapur Lahad Datu
  • 8 Bukit Piton Wildlife Safari
  • 9 Madai – Baturong Forest Reserve Nature Centre
  • 10 Gua Madai
Baiklah, tanpa berlengah disini disenaraikan tempat menarik di Lahad Datu, Tungku dan Kunak yang anda boleh kunjungi.


Blue Ring Reef

Tempat Menarik di Lahad Datu Blue Ring Reef Lahad Datu
Blue Ring Reef di Teluk Drave l CC: Kong Hon Ping

Viral tentang penemuan Blue Hole baru-baru ini di Malaysia. Ia adalah sebenarnya penemuan keindahan marin ‘Blue Ring Reef‘ yang seakan-akan ‘Great Blue Hole‘ menyimpan terumbu karang yang unik dan sangat cantik.

Ianya terletak di Terumbu Tingkayu Teluk Dravel Lahad Datu yang telah ditemukan oleh Pirate Divers iaitu Glen Hapirulla.

Kedalamanya adalah sekitar 15 meter atau 45 kaki menarik minat penyelidik seperti Univerisiti Malaysia Sabah (UMS) dan Taman Taman Sabah (TTS) untuk mengumpul data saintifik.

Jika anda adalah seorang penyelam tegar destinasi baru ini adalah wajib anda selami.


Lembah Danum

Lembah Danum
Menyingkap misteri hutan tertua dunia ~ Lembah Danum

Kawasan Pemuliharaan Lembah Danum yang terletak 83 km ke barat daya Lahad Datu kaya dengan kepelbagaian flora dan fauna.

Hutan cantik ini menjadi habitat bagi Badak Sumatera, orang utan, ungka, pelanduk dan harimau akar. Lebih kurang 270 spesis burung telah direkodkan di kawasan ini.

Pakej Kundasang Pakej Kundasang Pakej Kundasang
IKLAN / PROMOSI TERHAD

Pusat Kajian Lapangan Danum terletak di dalam kawasan hutan simpan seluas 440 kaki persegi.

Ia turut menjadi salah sebuah eko-resort pertama di Sabah yang dikenali sebagai Borneo Rainforest Lodge dan menjadikannya salah satu tempat menarik di Sabah. Resort ini memiliki restoran, bar dan chalet yang selesa mengadap Sungai Danum.

Antara aktiviti yang ditawarkan adalah berjalan dalam hutan, berenang di sungai, memerhati burung, lawatan hutan waktu malam dan melawat hutan balak dan kilang balak berhampiran.


Tabin Wildlife Reserve

Tabin Wildlife Reserve adalah rizab hidupan liar terbesar di Malaysia
Tabin Wildlife Reserve adalah rizab hidupan liar terbesar di Malaysia

Jika sekalipun anda tidak berapa menggemari untuk melihat dan mempelajari sedikit sebanyak mengenai hidupan liar sekalipun, anda pastinya akan berubah sebaik sahaja anda berkunjung ke sini.

Tabin Wildlife Reserve merupakan sebuah pusat yang menempatkan berbagai jenis spesies hidupan liar seperti gajah Borneo Pygmy, Tembadau dan juga burung-burung eksotik.

Selain itu, ia turut menempatkan beberapa jenis tumbuhan tropika yang kaya dengan nilai perubatan dan juga nilai terapeutik.

Destinasi ini merupakan destinasi terbaik bagi anda yang gemar berfotografi terutamanya fotografi hidupan liar.


Tower Of Heaven, Menara Kayangan Gunung Silam

Menara Kayangan Gunung Silam
Tingginya 33-Meter (sekitar 108 kaki)

Menara Kayangan Gunung Silam merupakan sebuah destinasi tumpuan yang terletak dan dibina diatas Gunung Silam. Ia terletak sekitar 11 kilometer dari Lahad Datu.

Menara ini berfungsi sebagai menara tinjau dan ia menyajikan pemandangan cantik alam semulajadi yang meliputi hutan simpan Sapagaya.

Menara ini dibina dan terletak pada ketinggian sekitar 880 meter dari aras laut dan menghadap ke arah Teluk Darvel

Disini juga anda boleh melihat pemandangan lautan membiru yang terbentang luas dan menghirup udara segar. Bagi kami, ini merupakan salah satu daripada port terbaik untuk anda berselfie.


Silam Coast Conservation Area

Silam Coast Conservation Area
Silam Coast Conservation Area

Silam Coast Conservation Area merupakan sebuah destinasi yang agak unik yang terletak di Lahad Datu bagi pengunjung kerana menempatkan banyak khazanah alam yang belum lagi dicemari dengan kerakusan manusia.

Anda boleh mendapatkan khidmat rumah rehat disini terlebih dahulu sebelum anda memulakan ekspedisi anda untuk meneroka dengan lebih mendalam kawasan ini.

Antara kejutan khazanah alam yang bakal anda temukan adalah pantai yang sangat jernih. Kami sendiri sukar untuk ceritakan kepada anda betapa jernihnya air pantai tersebut. Mungkin cara terbaik adalah, anda datang sendiri ke sini.

Jangan lupa untuk memakai kasut yang sesuai kerana anda perlu lakukan sedikit jungle trekking sebelum sampai ke sini.


Tumunong Hallu

Pantai Tumunong Hallu
Pantai Tumunong Hallu

Sebuah lagi destinasi menarik yang ada di Lahad Datu adalah Tumunong Hallu Beach. Ia merupakan salah satu daripada lokasi “rahsia” yang belum diketahui ramai lagi.

Ia terletak di Silam Coast Conservation Area dan apa yang menarik mengenai Tumunong Hallu Beach adalah, ia masih belum dicemari dengan sebarang pencemaran.

Airnya yang jernih pasti memberikan anda satu pengalaman baru yang berbeza yang sukar untuk anda temukan di tempat lain.


Sungai Kapur Lahad Datu

Sungai Kapur Lahad Datu
Sungai Kapur Lahad Datu | CC: Bike Tours

 Sungai Kapur merupakan salah satu daripada destinasi yang agak menarik untuk anda kunjungi di Sabah kerana ia menawarkan lebih dari satu kelainan dan keistimewaan.

Ia merupakan sebuah pertembungan di antara Lembah Danum dan juga Sungai Kinabatangan. Di sini, anda boleh lakukan berbagai aktiviti menarik seperti jungle trekking, melihat hidupan liar, kembara malam safari dan juga melihat matahari terbit.

Sungai Kapur Lahad Datu juga ada menyediakan rumah rehat. Jadi, anda boleh pastikan diri anda mendapat rehat pada kualiti yang terbaik sebelum anda meneruskan berbagai lagi aktiviti menarik yang ada disini.


Bukit Piton Wildlife Safari

Bukit Piton Forest Reserve

Tidak dapat dinafikan bahawa Bukit Piton semakin mendapat tempat dan menjadi semakin popular dalam kalangan pelancong yang datang ke negeri Sabah.

Ia merupakan sebuah khazanah alam yang tersembunyi yang hanya mampu untuk dinikmati oleh mereka yang terpilih sahaja.

Disini, anda boleh rasai sendiri pengalaman melihat hidupan liar di dalam persekitaran mereka sendiri. Antaranya ialah, orang utan.


Madai – Baturong Forest Reserve Nature Centre

Madai - Baturong Forest Reserve Nature Centre
Air Terjun Madai berketinggian 40 meter

Terlalu banyak sebenarnya khazanah alam semulajadi yang boleh anda temukan di Sabah terutamanya di bahagian pantai timur Sabah.

Kawasan seluas 3436.5 hektar ini terletak sekitar 50 kilometer dari Lahad Datu dan sekitar 15 kilometer dari Kunak.

Destinasi ini sebenarnya sebuah kawasan yang menempatkan berbagai spesies burung dan juga merupakan sebuah tempat yang agak misteri kerana ia mempunyai beberapa buah gua yang mengandungi keranda purba.

Ia merupakan sebuah destinasi yang sangat sesuai untuk anda meneroka gua dan juga canopy walk yang melalui berbagai jenis sepsis tumbuhan, gua dan hidupan lain yang ada di sana.


Gua Madai

Gua Madai menyimpan misteri 30,000 tahun
Gua Madai menyimpan misteri 30,000 tahun

Gua Madai adalah kawasan popular & terkenal sebagai sumber sarang burung walit yang digunakan dalam sup sarang burung. Pengumpul sarang berlesen mempertaruhkan nyawa mereka untuk naik ke bumbung gua ini hanya dengan menggunakan tangga rotan, tali, dan tiang buluh yang dilekatkan bersama-sama. Ianya diusahakan oleh suku kaum Ida’an tempatan, yang telah memegang hak untuk Gua Madai selama lebih dari 20 generasi.

Tahukah anda?

Penempatan manusia yang paling awal diketahui di Borneo wujud 20.000-30.000 tahun yang lalu, seperti yang dibuktikan oleh alat batu dan sisa makanan yang ditemui oleh penggalian di sepanjang kawasan Teluk Darvel di gua-gua Madai-Baturong berhampiran Sungai Tingkayu. Terdapat juga tempat pengkebumian lama di gua ini walaupun identiti mereka yang dikebumikan di sana masih belum diketahui oleh kebanyakan penduduk kampung yang tinggal berhampiran gua tersebut.

Wahai orang Lahad Datu, Tungku dan Kunak, jika ada lagi tempat-tempat menarik di kawasan ini yang anda boleh cadangkan, sila komen dibawah untuk kami senaraikan.

Bersambung…

Pakej-Percutian-Sabah

Tags: borneotempat menarik di kunaktempat menarik di tungkutempat menarik lahad datu
Trip Promo Trip Promo Trip Promo
IKLAN / PROMOSI TERHAD
Hasrul Wayne

Hasrul Wayne

Editor di Melancong.my, meminati dunia pelancongan. Jika anda ada sebarang idea untuk diketengahkan, hubungi kami untuk selanjutnya: tentang kami.

Artikel+ Bersambung

Pakej Sabah

30 Aktiviti Tempat Menarik di Tawau Terkini

  Apa aktiviti dan tempat menarik di Tawau yang boleh dikunjungi? Adakah Tawau berbaloi untuk percutian? Hal ini sering menjadi...

Oleh: Hadi Ghazali
8 Jun, 2026
30.5k
empat Menarik Di Kundasang Ranau
Pakej Sabah

55 Tempat Menarik Di Kundasang Ranau Sabah Terkini

  Kundasang adalah sebuah bandar di daerah Ranau di Sabah, Malaysia yang terletak di sepanjang tebing Lembah Kundasang. Ia terletak...

Oleh: Hasrul Wayne
29 April, 2026
45.7k
Selanjutnya

Tinggalkan Balasan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *


TREND PAKEJ |PROMOSI TERKINI

Pakej Scandinavia 2026

REKOMEN

Tempat Menarik di Bukit Tinggi

12 Tempat Menarik di Bukit Tinggi Paling Popular

15 Jun, 2026
34.5k
blank

43 Aktiviti Tempat Menarik di Janda Baik Terkini

2 Mac, 2026
87.7k
Tempat menarik di Kuantan

42 Tempat Menarik di Kuantan Terkini

28 Mac, 2026
87.2k
tempat menarik di dabong Kelantan

10 Aktiviti Tempat Menarik di Dabong Kelantan

5 Ogos, 2024
24.5k
tempat menarik di kelantan

40 Tempat Menarik di Kelantan Terkini

23 Mac, 2026
30.5k
tempat-menarik-di-johor-bahru

30 Tempat Menarik di Johor Bahru Terkini Berserta Tentatif Percutian

9 Jun, 2026
93.5k
Selanjutnya
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan

PAKEJ POPULAR |TERKINI 2026

Pakej-Kundasang-2026-FullTour

Pakej-Osaka-Jepun-Muslim

hotel promo hotel promo hotel promo
IKLAN / PROMOSI TERHAD
  • Langgan
  • Tentang Kami
  • Polisi
  • Terma dan Syarat
  • Hubungi Kami

© 2026 Melancong.my

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Indonesia
  • Singapore
  • Thailand
  • Vietnam
  • Cambodia
  • China
  • Korea
  • Jepun
  • Australia
  • India & Pakistan
  • Turki
  • Balkan
  • Uzbekistan
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami

© 2026 Melancong.my