Anda mencari senarai pulau di Sabah yang boleh anda bercuti? Mencari pantai yang putih dan alam semulajadinya masih terpelihara?
Tiada siapa dapat menyangkal bahawa Sabah memiliki pulau-pulau yang cantik dan bertaraf dunia. Pulau Sipadan sudah sinonim menjadi mercu tanda keindahan pulau-pulau yang ada di Sabah.
Soalan yang selalu ditanyakan pelancong, apakah pulau di Sabah yang terbaik dikunjungi? Terus terang saya katakan, amat sukar untuk dijawab dengan bahasa mudah.
Kerana setiap pulau mempunyai keistimewaanya tersendiri, setiap pula mempunyai tarikan yang berbeza dan pelbagai aktiviti yang pelbagai.
Sedangkan pelancong asing datang ke Sabah untuk melancong ke pulau-pulau ini dek kerana keindahannya. Hal ini sudah menjawab kenapa anda harus melancong ke Sabah dan bercuti ke pulau-pulau ini dan meneroka sendiri rahsianya.
- Lihat Penginapan Pulau Terbaik di Sabah
- Lihat Pengangkutan Percutian di Sabah
- Lihat Peta Percutian Pulau di Sabah
Mari kita lihat senarai terbaik pulau-pulau di Sabah yang boleh anda kunjungi, terokai dan belajar mengenai kelebihan bercuti dipulau-pulau ini.
Tunku Abdul Rahman National Park

Ia merupakan sebuah taman negara yang menghimpunkan 5 pulau yang terletak sekitar 3 dan 8 kilometer dari Kota Kinabalu.
Taman negara ini meliputi jarak sekitar 4929 hektar dan sekitar ⅔ daripadanya adalah lautan.

Nama taman negara ini diambil bersempena dengan nama Perdana Menteri Malaysia yang pertama iaitu Tunku Abdul Rahman.
Untuk kesini, anda boleh menaiki feri atau bot dari Jesselton Point Ferry Point Terminal.
5 buah pulau yang menjadi gugusan pulau Tunku Abdul Rahman National Park adalah pulau Gaya, Sapi, Manukan, Mamutik dan juga Suluk:
Pulau Gaya

Gaya Island merupakan sebuah pulau yang menjadi destinasi percutian popular di Sabah. Jaraknya adalah sekitar 10 minit sahaja dari Kota Kinabalu.
Nama Gaya ini diambil daripada perkataan Bajau iaitu Gayo yang membawa maksud besar.

Secara umumnya, Gaya Island merupakan sebuah pulau dan juga hutan hujan. Jadi, agak sukar untuk anda dapatkan kenderaan disini dan tiada jalan yang elok diantara tempat penginapan dan tempat tumpuan.
Jadi, pemilihan tempat penginapan adalah sangat penting untuk memudahkan pergerakan anda disini.
- Lokasi: Lihat Penginapan | Lihat Peta | Polish Bay, Gaya Island, Tunku Abdul Rahman Park, Kota Kinabalu
- Tiket: Lihat Tour | Anda perlu menaiki bot pelancong dengan harga RM38 pulang dan balik pulau
- Operasi: Jeti Jesselton dibuka dari 7:00 pagi hingga 5:00 petang untuk pelancong
Pulau Mamutik

Sebuah lagi pulau yang menjadi tumpuan dan destinasi pelancongan di Sabah adalah Mamutik Island. Tempat turun anda adalah di Jesselton Point dan ada boleh temukan perkhidmatan sewa bot dengan syarikat-syarikat yang ada disana.
Anda boleh maklumkan siap-siap kepada bot pukul berapa anda ingin mereka datang mengambil anda semula.

Perjalanan dengan bot mengambil masa sekitar 15 minit sahaja. Pulau ini mempunyai pasir memutih dan air yang jernih.
Anda boleh menyewa gogel untuk snorkeling. Cuma, hati-hati sikit bila anda melakukan aktiviti air disini. Ada banyak obor-obor yang memang suka menyengat.
- Lokasi: Lihat Penginapan | Lihat Peta | X287+JX Kota Kinabalu, Sabah
- Tiket: Lihat Tour | Anda perlu menaiki bot pelancong dengan harga RM38 pulang dan balik pulau
- Operasi: Jeti Jesselton dibuka dari 7:00 pagi hingga 5:00 petang untuk pelancong
Pulau Sulug

Dari kelima-lima buah pulau yang ada di Tunku Abdul Rahman National Park, Sulug Island merupakan pulau yang paling kurang dikunjungi.
Hal ini sekaligus menjadikannya sebagai tempat yang paling sesuai untuk anda kunjungi jika anda ingin melihat pemandangan alam semulajadi pulau tropikal Sabah yang paling memukau.

Kebanyakan masanya, tiada pelancong disini dan anda boleh temukan beberapa nelayan tempatan yang berehat sebentar disini pada waktu siang hari.
Untuk lebih menikmati percutian anda, anda boleh berkhemah disini. Antara tarikan utama pulau ini adalah, ia mempunyai begitu banyak kerang dan cengkerang yang anda boleh temukan.
- Lokasi: Lihat Penginapan | Lihat Peta | X287+JX Kota Kinabalu, Sabah
- Tiket: Lihat Tour | Anda perlu menaiki bot pelancong dengan harga RM38 pulang dan balik pulau
- Operasi: Jeti Jesselton dibuka dari 7:00 pagi hingga 5:00 petang untuk pelancong
Pulau Manukan

Daripada kelima-lima buah pulau yang ada di Tunku Abdul Rahman National Park, Manukan Island merupakan pulau kedua terbesar yang ada disini.
Ia mudah diakses dengan menaiki bot. Dalam kalangan penduduk tempatan di Sabah, pulau ini merupakan diantara pulau yang paling popular dan terkenal.

Ia juga terkenal dan menjadi tarikan buat pengunjung dari luar Sabah.
Sesiapa yang berkunjung ke Tunku Abdul Rahman National Park pastinya tidak akan melepaskan peluang untuk berkunjung ke sini.
- Lokasi: Lihat Penginapan | Lihat Peta | X2G4+74 Kota Kinabalu, Sabah
- Tiket: Lihat Tour | Anda perlu menaiki bot pelancong dengan harga RM38 pulang dan balik pulau
- Operasi: Jeti Jesselton dibuka dari 7:00 pagi hingga 5:00 petang untuk pelancong
Pulau Sapi

Bagi anda yang berkunjung ke sini, anda akan dapat melihat ramai pengunjung yang akan mendapatkan pakej tour daripada agensi pelancongan.
Biasanya pakej ini sangat murah dan sesuai dengan bajet pengunjung. Disebabkan oleh hal ini, anda akan temukan terlalu ramai pengunjung disini.

Sapi Island memang tidak dinafikan sangat cantik tapi ia terlalu ramai dengan orang. Jadi, agak terbatas sebenarnya untuk anda melakukan aktiviti terutamanya aktiviti air disini.
- Lokasi: Lihat Penginapan | Lihat Peta | K.K, sapi island, Kota Kinabalu, 88000
- Tiket: Lihat Tour | Anda perlu menaiki bot pelancong dengan harga RM38 pulang dan balik pulau
- Operasi: Jeti Jesselton dibuka dari 7:00 pagi hingga 5:00 petang untuk pelancong
Tun Sakaran Marine Park

Sebuah lagi destinasi percutian yang menarik di Sabah adalah Tun Sakaran Marine Park. Ia juga turut dikenali dengan nama Semporna Islands Park yang terhasil daripada gugusan pulau.

Gugusan pulau ini terdiri daripada Bohey Dulang, Bodgaya, Sebangkat, Tetagan, Selakan, Sebangkat, Maiga, Sibuan dan juga Mantabuan.
Ia tidak dilengkapi dengan fasiliti yang sesuai untuk pelancong kerana ia lebih kepada eksplorasi alam air untuk para penggemar snorkeling dan selam skuba.
- Lokasi: Lihat Penginapan | Lihat Peta | Jln Kastam, Taman Bandar Semporna, 91308 Semporna
- Tiket: Lihat Tour | Menaiki bot laju, harga dari RM50 pulang dan balik pulau (biasanya dengan pakej island hopping)
- Operasi: Jeti Pelancongan / Awam dibuka dari 7:00 pagi hingga 5:00 petang untuk pelancong
Pulau Bodgaya

Pulau pertama yang akan kami ceritakan kepada anda adalah Bodgaya Island. Ia merupakan pulau terbesar yang membentuk Tun Sakaran Marine Park. Lokasinya tidak jauh daripada pekan Semporna.

Pulau ini mempunyai keluasan seluas 7.96 km2. Bodgaya Island dan juga Boheydulang Island serta beberapa lokasi terumbu karang yang lain merupakan tinggalan gunung berapi yang tidak lagi aktif.
- Lokasi: Lihat Penginapan | Lihat Peta | Lihat Pengangkutan
Pulau Boheydulang

Kalau anda berbual dengan sesiapa yang pernah berkunjung ke Boheydulang, pastinya mereka akan katakan pengalaman mereka disini sangat menakjubkan terutamanya dari segi pemandangan yang bakal anda lihat disini.

Ia biasanya akan menjadi pilihan jika anda bukanlah terlalu berminat untuk melakukan aktiviti air seperti snorkeling.
Disini anda boleh mendaki ke lookout yang ada untuk lebih menikmati suasana dan pemandangan sekitar. Lautan sekitar juga mempunyai air yang sangat jernih yang pastinya akan membuatkan anda terpesona.
- Lokasi: Lihat Penginapan | Lihat Peta | Lihat Tour
Pulau Tetagan

Pulau bersaiz sekitar 30.25 hektar ini merupakan pulau kedua terkecil yang ada didalam Tun Sakaran marine Park selepas Mantabuan Island. Tetagan Island dihubungkan dengan Bodgaya Island oleh sebuah terusan cetek.

Suatu masa dahulu, di pulau ini anda boleh temukan sebuah perkampungan nelayan yang agak meriah yang mempunya populasi penduduk sekitar 200-250 orang Bajau.
Ekonomi utama penduduk tersebut adalah perikanan dan juga pertanian. Namun, ramai yang memilih untuk meninggalkan pulau ini selepas beberapa ketika.
- Lokasi: Lihat Penginapan | Lihat Peta | Lihat Pengangkutan
Pulau Selakan

Selakan Island merupakan sebuah pulau yang paling ramai penghuninya di Tun Sakaran Marine Park.
Disini jugalah anda boleh temukan satu-satunya sekolah yang ada didalam gugusan pulau ini. Jadi, anak-anak dari pulau-pulau lain akan datang bersekolah disini.

Ia terletak di selatan Maiga Island dan disini anda boleh temukan pantai pasir yang mengelilingi sekitar kampung utama pulau ini. Anda juga dapat temukan pokok bakau yang tumbuh melata sepanjang bahagian pulau ini.
Disini terdapat dua buah jeti yang menjadi akses utama pengangkutan masuk dan keluar dari pulau ini.
- Lokasi: Lihat Penginapan | Lihat Peta | Lihat Pengangkutan
Pulau Sebangkat

Dari kesemua pulau yang ada disini Tun Sakaran Marine Park, Sebangkat Island merupakan pulau yang paling dekat dengan daratan.
Jika pada hari cuaca cerah, anda boleh melihat pulau ini yang terletak sekitar 10 kilometer dari pekan Semporna.

Ia mempunya pantai yang cantik dan turut menjadi tumpuan buat penggemar snorkeling. Disini juga anda boleh temukan ladang rumpai laut yang menjadi antara perusahaan utama penduduk di pulau ini.
- Lokasi: Lihat Penginapan | Lihat Peta | Lihat Tour
Pulau Maiga

Sebuah lagi pulau yang berada didalam Tun Sakaran Marine Park, Maiga Island pastinya mudah untuk dicam mesti dari jauh lagi disebabkan oleh keunikan rupa pulau itu sendiri.
Ia mempunyai banyak pokok kelapa di sepanjang pantainya.

Terletak sekitar 35 minit perjalanan dengan menaiki bot laju daripada pekan Semporna, Maiga Island terletak diantara Sibuan dan juga Selakan.
Kebanyakan pengunjung yang datang kesini akan berehat santai dan menikmati perkelahan makan tengahari atau memilih untuk melakukan aktiviti snorkeling didalam lautan biru pulau ini. Ramai juga yang memilih untuk membeli rumpai laut daripada orang Bajau yang ada disini.
- Lokasi: Lihat Penginapan | Lihat Peta | Lihat Tour
Pulau Sibuan

Sibuan Island sangat terkenal kerana kecantikan dan keindahannya sebelum Sipadan Island mencuri tumpuan pengunjung. Ia berbentuk seperti air mata dan terletak sekitar 30 minit dari Semporna.

Ia turut menjadi tarikan kerana keindahan alam semulajadinya. Hal ini tidak pelik kerana pulau ini tidak tercemar dengan sentuhan tangan-tangan rakus manusia.
Jika anda berkunjung ke sini untuk snorkeling, selam skuba atau berkelah, anda pastinya tidak akan menyesal dengan apa yang bakal anda dapat disini.
- Lokasi: Lihat Penginapan | Lihat Peta | Lihat Tour
Pulau Mantabuan

Mantabuan Island merupakan pulau terkecil yang ada didalam Tun Sakaran Marine Park dengan keluasan sekitar 10 hektar sahaja.
Ia terletak sekitar 2 kilometer dari Bohey Dulang dan juga Bodgaya.

Pulau ini didiami oleh komuniti kecil Bajau Laut yang tinggal didalam rumah bot atau rumah air. Ia juga bukanlah satu perkara yang pelik jika terdapat pengunjung yang diajak mereka untuk menikmati air kelapa segar.
Disini juga terletaknya pengkalan tentera Malaysia.
- Lokasi: Lihat Penginapan | Lihat Peta | Lihat Pengangkutan
Turtle Islands National Park

Turtle Island National Park yang diwartakan pada tahun 1977 terletak sekitar 40 kilometer dari Sandakan di Lautan Sulu dan mengandungi beberapa buah pulau iaitu Selingan, Bakungan Kecil dan Gulisan.
Taman negara ini merupakan pusat perlindungan kepada penyu dan disini juga anda boleh temukan pemandangan yang sukar ditemukan di tempat lain iaitu pemandangan penyu naik ke darat.
Setiap pulau mempunyai fungsi mereka yang tersendiri.
- Lokasi: Lihat Penginapan | Lihat Peta | Office: Jalan Buli Sim Sim, 90719 Sandakan, Sabah
- Tiket: Lihat Tour | Anda perlu membuat tempahan pakej melawat untuk ke kepulauan ini, pejalanan mengambil masa sejam
- Operasi: Jeti Sabah Park Sandakan dibuka dari 6:00 pagi hingga 5:00 petang untuk pelancong
Pulau Selingan

Pulau ini sangat menarik, kecil dan sangat sempurna dengan adanya pemandangan pantai serta melihat penyu pada waktu malam yang ternyata mampu memberikan kelainan dalam percutian anda.

Tapi, kalau anda memilih untuk menginap disini anda tidak boleh berharap yang anda akan mendapat fasiliti 5 bintang kerana pulau ini merupakan pusat pemuliharaan.
Jadi, segala fasiliti yang ada disini adalah lebih kepada praktikal sahaja.
Program pemuliharaan penyu juga dijalankan dengan baik dan anda boleh melihat penyu-penyu tersebut tanpa mengganggu mereka.
- Lokasi: Lihat Penginapan | Lihat Peta | Lihat Tour
Little Bakkungan

Little Bakkungan Island, sesuai dengan namanya merupakan sebuah pulau kecil yang dikelilingi oleh Laut Sulu.
Walaupun begitu, ia merupakan pulau terbesar diantara tiga buah pulau yang membentuk Turtle Island National Park.

Sebuah lagi pulau yang memiliki nama yang hampir sama adalah Great Bakkungan Island. Walaupun jarak diantara kedua-dua buah pulau ini dipisahkan sejauh 2 kilometer sahaja, namun jarak tersebut merupakan jarak yang memisahkan diantara Malaysia dan juga Filipina.
Great Bakkungan Island merupakan pulau yang berada dalam kawasan Filipina. Jadi, jangan terkeliru pula nanti.
- Lokasi: Lihat Penginapan | Lihat Peta | Lihat Tour
Pulau Gulisaan

Pulau terakhir dalam gugusan pulau yang membentuk Turtle Island National Park adalah Gulisaan Island.
Bersama-sama dengan Selingaan Island dan juga Little Bakkungan Island, pulau ini telah diwartakan sebagai sebagai sebahagian daripada taman marin dan dikenali dengan nama Taman Pulau-Pulau Penyu pada tahun 1977.

Menariknya di Turtle Island National Park ini adalah, anda bukan sahaja dapat melihat dan merasai pengalaman baru melihat penyu-penyu yang ada bahkan anda juga dapat menikmati panorama alam semulajadi yang cukup memukau.
- Lokasi: Lihat Penginapan | Lihat Peta | Lihat Tour
Pulau-Pulau Paling Popular di Sabah
Tadi kita dah melihat pulau-pulau di Sabah yang menjadi tumpuan pelancong kerana kedudukannya yang dekat diantara satu sama lain.
Pulau yang berhampiran antara satu sama lain memudahkan aktiviti pelancongan.
Pelancong dapat bergerak secara ‘island hopping’, sekaligus menikmati penjimatan serta aktiviti yang maksima diatas pulau dan pantai.
Mari kita lihat pula pulau-pulau di Sabah yang menjadi tumpuan pelancong untuk menginap sehari dua diatas air atau resort atau juga menjadi tumpuan penyelam dek kerana keindahan terumbu karang yang menyeronokkan.
Pulau Mabul

Siapa yang tak pernah dengar berkenaan Mabul Island kan? Setiap kali nama Pulau Mabul disebut, pastinya anda akan terbayangkan pokok kelapa dan juga perkampungan atas air yang cukup memukau.

Lokasinya terletak sekitar 15 minit perjalanan dengan menaiki bot laju daripada sebuah lagi pulau yang terkenal iaitu Sipadan Island.
Mabul telah mendapat pengiktirafan sebagai salah sebuah destinasi terbaik untuk muck-diving dalam dunia.
- Lokasi: Lihat Penginapan | Lihat Peta | Celebes Sea Mabul Island, 89000 Semporna
- Tiket: Lihat Tour | Menaiki bot laju, harga dari RM50 pulang dan balik pulau
- Operasi: Jeti Awam Semporna dibuka dari 9:00 pagi hingga 4:00 petang untuk pelancong
Pulau Mataking

Memand tidak dapat dinafikan lagi bahawa Sabah mempunyai lokasi dan destinasi pulau yang cukup memukau. Salah satu daripadanya adalah Mataking Island.
Pasir putih yang berkilau, air laut membiru dan juga resort berkelas dunia, pastinya akan membuatkan kunjungan anda kesini penuh makna.

Mataking Island merupakan destinasi terbaik untuk anda yang gemarkan aktiviti menyelam dan juga untuk anda yang tidak gemarkannya.
Bagi penyelam, anda boleh terokai Eel Garden, Coral Garden, Nudibranch Garden, Turtle Playground dan banyak lagi. Untuk bukan penyelam pula, anda boleh melakukan aktiviti seperti mencanting batik, kayak, berkanu dan juga jungle-trekking.
- Lokasi: Lihat Penginapan | Lihat Peta | Jln Bangau Bangau, Pekan Semporna, 91308 Semporna
- Tiket: Lihat Pengangkutan | Menaiki bot laju, harga dari RM70 pulang dan balik pulau
- Operasi: Jeti Awam atau Pelancongan Semporna dibuka dari 8:00 pagi hingga 3:00 petang
Pulau Sipadan

Kalau anda bertanya kepada pelancong-pelancong veteran, pastinya mereka akan kata pemandangan yang anda dapat lihat disini adalah pemandangan yang tidak tercemar dengan tangan manusia seperti 45 tahun dahulu.

Unik dan menariknya disini adalah 3000 spesis ikan dan ratusan spesis terumbu karang yang menjadi tarikan utama buat pelancong.
Selain itu, ia turut terkenal sebagai habitat utama buat penyu jenis hawksbill. Ia juga mempunyai 12 lokasi selaman dan antara yang popular adalah Turtle Cavern, Barracuda Point, South Point dan juga Hanging Gardens.
- Lokasi: Lihat Penginapan | Lihat Peta | Taman Bandar Semporna, 91308 Semporna, Sabah
- Tiket: Lihat Pengangkutan | Menaiki bot laju, harga dari RM70 pulang dan balik pulau (biasanya dengan pakej island hopping)
- Operasi: Jeti Awam atau Pelancongan Semporna dibuka dari 9:00 pagi hingga 3:00 petang
Pulau Kapalai

Namanya pasti akan membuatkan anda terbayangkan sebuah lokasi indah yang terapung diatas air yang jernih. Lokasinya terletak sekitar 45 minit daripada Semporna dengan menaiki bot laju.
Kapalai Island merupakan salah satu daripada lokasi selaman tercantik yang ada didalam dunia.

Namun begitu, apa yang menjadikan Kapalai Island ini lebih unik adalah ia bukanlah sebuah pulau sebenarnya.
Ia merupakan sebuah “pulau” yang terbina hasil daripada pembinaan 40 buah chalet terapung yang menjadikan ia sebagai sebuah lokasi yang sangat unik.
- Lokasi: Lihat Penginapan | Lihat Peta | On The Water, 91308 Semporna, Sabah
- Tiket: Lihat Tour | Menaiki bot laju, harga dari RM50 pulang dan balik pulau
- Operasi: Jeti Awam atau Pelancongan Semporna dibuka dari 9:00 pagi hingga 3:00 petang
Pulau Pom Pom

Kalau anda perlukan pulau yang agak terpencil untuk anda berehat dan menenangkan diri, anda boleh menaiki bot laju daripada Semporna dan terus menuju ke Pom Pom Island.
Ia juga merupakan salah satu daripada lokasi selaman yang terkenal dalam kalangan pelancong kerana ia menawarkan pemandangan bawah laut yang sangat memukau mata.

Disini ada disediakan sebuah resort untuk tujuan penginapan dengan kualiti fasiliti yang baik sekaligus mampu memberikan keselesaan yang anda perlukan.
Ia juga turut menjadi lokasi perkahwinan pantai dan menjadi destinasi tumpuan pasangan untuk berbulan madu.
- Lokasi: Lihat Penginapan | Lihat Peta | Pom Pom Island, Lot Office N, Jalan Bangau Bangau, 91307 Semporna
- Tiket: Lihat Tour | Menaiki bot laju, harga dari RM50 pulang dan balik pulau (biasanya dengan pakej island hopping)
- Operasi: Jeti Pelancongan Semporna dibuka dari 8:00 pagi hingga 3:00 petang
Pulau Timba-Timba

Sebuah lagi destinasi pulau yang sering mencuri tumpuan pelancong adalah Timba-Timba Island.
Ia menjadi tarikan dan tumpuan kerana ia merupakan lokasi dimana terdapatnya sebuah pantai yang indah.

Selain itu, anda juga boleh temukan begitu banyak hidupan marin yang unik dan sukar untuk anda temukan di tempat lain.
Antara hidupan marin unik yang ada disini adalah cuttlefish, frog fish, ketam, ular laut dan bermacam-macam lagi.
- Lokasi: Lihat Penginapan | Lihat Peta | Semporna Timba-timba Island, 91308 sabah semporna
- Tiket: Lihat Tour | Menaiki bot laju, harga dari RM50 pulang dan balik pulau (biasanya dengan pakej island hopping)
- Operasi: Jeti Awam atau Pelancongan Semporna dibuka dari 9:00 pagi hingga 3:00 petang
Pulau Tiga “Survivor Island”

Tiga Island terletak didalam daerah Kuala Penyu. Nama lain pulau ini adalah Survivor Island kerana ia merupakan salah satu daripada lokasi rahsia siri realiti TV Survivor.
Jadi, bermula dari situlah nama Survivor Island mula diberikan kepada pulau ini.

Pulau ini mempunyai dua resort iaitu Pulau Tiga Resort dan juga Gaya Island Resort. Ada bermacam jenis tarikan dan aktiviti yang anda boleh lakukan disini seperti berenang, snorkeling dan juga selam skuba.
Satu lagi tarikan istimewa disini adalah lumpur terapeutik gunung berapi.
- Lokasi: Lihat Penginapan | Lihat Peta | Borneo Eagle Resort Pulau Tiga Kuala Penyu, 89740 Kota Kinabalu
- Tiket: Lihat Tour | Perlu menyewa bot 12 orang dengan caj RM650 atau ambil pakej 2H1M dengan Rm250 seorang
- Operasi: Jeti Kuala Penyu dibuka dari 7:00 pagi hingga 5:00 petang untuk pelancong
Pulau Mengalum

Pulau yang jauh daripada kesesakan pengunjung ini merupakan salah satu daripada hidden gem yang ada di Sabah.
Bayangkan kecantikan pasir pantainya yang kejernihan air lautnya yang pasti akan membuatkan anda terpukau.

Merupakan salah satu daripada lokasi terbaik untuk anda menyelam kerana disini tahap penglihatan didalam airnya agak tinggi sekaligus membolehkan anda menikmati pemandangan hidupan marin dengan sebaiknya.
Berbagai jenis spesis hidupan laut anda boleh temukan disini.
- Lokasi: Lihat Penginapan | Lihat Peta | Pulau Tiga Kuala Penyu, 89740 Kota Kinabalu, Sabah
- Tiket: Lihat Tour | Menaiki bot laju sejauh 50km dan perlu mengambil pakej percutian
- Operasi: Jeti Jesselton dibuka dari 7:00 pagi hingga 5:00 petang untuk pelancong
Pulau Lankayan

Lankayan Island merupakan sebuah pulau tropika kecil yang terletak di Beluran, Sabah. Lokasinya adalah di Laut Sulu.
Tarikan utama Lankayan Island adalah kekayaan spesis flora dan faunanya.

Lankayan Island hanya mempunyai sebuah resort sahaja yang dibina pada tahun 1997 iaitu Lankayan Island Dive Resort.
Kebanyakan penyelam tertarik dengan kekayaan hidupan marin, terumbu karang dan beberapa lagi tarikan lain yang ada disini.
Namun, apa yang benar-benar menjadikannya popular adalah kerana ia merupakan salah satu daripada lokasi untuk anda melihat whale shark.
- Lokasi: Lihat Penginapan | Lihat Peta | Ground Floor, Lot 38 & 39, Block C Bandar Tyng, Mile 5, North Road, PPM 255, 90000 Sandakan, Sabah
- Tiket: Lihat Tour | Menaiki bot laju, selama 2 jam dan anda perlu mendapatkan pakej percutian untuk menginap di Lankayan Resort
- Operasi: Jeti PSR Sandakan dibuka dari 10:00 pagi hingga 4:00 petang untuk pelancong
Pulau Mantanani

Kecantikan pulau ini memang tidak dapat dinafikan lagi. Jaraknya adalah sekitar satu jam setengah daripada Kota Kinabalu.
Pulau ini lebih bersih berbanding dengan Sapi Island dan juga Mamutik Island.

Tempat ini juga lebih sesuai kepada mereka yang ingin berehat santai bersama keluarga dan mengambil gambar.
Ia bukanlah lokasi yang agak menarik buat kaki selam kerana hidupan marin yang ada disini tidaklah setanding dengan tempat lain.
- Lokasi: Lihat Penginapan | Lihat Peta | Pulau Mantanani Besar, Kampong Mantanani, Sabah, Kota Belud, 89150, Sabah
- Tiket: Lihat Tour | Menaiki bot laju, anda boleh menempah pakej percutian sehari atau dua
- Operasi: Jeti Rampayan dibuka dari 10:00 pagi hingga 4:00 petang untuk pelancong
Pulau Dinawan

Kalau anda perlukan tempat rehat untuk anda merehatkan serta menenangkan diri anda, Dinawan Island adalah tempatnya.
Percutian anda disini pastinya akan memberikan anda satu bentuk ketenangan yang sukar untuk anda temukan di tempat lain.

Pemandangan alam semulajadi yang memukau, bunyi burung kenyalang dan latar belakang Gunung Kinabalu pastinya akan sentiasa membuatkan anda terpukau.
Terdapat beberapa aktiviti utama yang anda boleh lakukan disini seperti snorkeling, sea walking, scuba diving dan bermacam jenis sukan air lagi.
- Lokasi: Lihat Penginapan | Lihat Peta | KM22, Papar Road, Kg. Laut Kinarut,, 88200 Kota Kinabalu, Sabah
- Tiket: Lihat Tour | Menaiki bot laju, anda boleh menempah pakej percutian sehari atau dua
- Operasi: Jeti Beringgis dibuka dari 9:00 pagi hingga 5:00 petang untuk pelancong
Pulau Sepanggar

Ada tiga perkataan yang sesuai untuk gambarkan Sepanggar Island. Biru, warna-warni dan putih.
Tiga perkataan tersebut menggambarkan kebiruan air laut, warna-warni terumbu karang dan keputihan pasir pantainya yang mempersona.

Jaraknya hanyalah sekitar 10 minit sahaja daripada Jesselton Point. Saiz pulau ini adalah 2 kali ganda lebih besar daripada Manukan Island.
Namun, pula ini lebih kurang kesesakannya berbanding Manukan Island. Sebabnya, tak ramai yang tahu berkenaan pulau ini. Antara tarikan utama disini adalah scuba diving, kayak, memancing dan jungle trekking.
- Lokasi: Lihat Penginapan | Lihat Peta | 338H+R2 Kota Kinabalu, Sabah
- Tiket: Lihat Tour | Menaiki bot laju, harga dari RM35 pulang dan balik pulau
- Operasi: Jeti Jesselton dibuka dari 7:00 pagi hingga 5:00 petang untuk pelancong
Pulau Bum Bum

Bum Bum Island merupakan sebuah pulau yang terletak sekitar 1 kilometer daripada Semporna. Ia dipisahkan dari daratan dengan sebuah terusan yang dikenali dengan nama Terusan Tando Bulong.

Pulau ini merupakan salah satu daripada destinasi tumpuan untuk island hopping di Sabah. Antara tarikan utama yang anda boleh lakukan disini adalah mengunjungi Tun Sakaran Marine Park dan mengunjungi ladang rumpai laut.
- Lokasi: Lihat Penginapan | Lihat Peta | Kg Tundun Bum-Bum 91308 Semporna, Sabah
- Tiket: Lihat Tour | Menaiki bot laju, harga dari RM5 pulang dan balik pulau
- Operasi: Jeti awam Semporna dibuka dari 7:00 pagi hingga 5:00 petang untuk pelancong
Pulau di Sabah Yang Jarang Diterokai

Jika anda dah tahu pulau-pulau yang paling popular di Sabah, dalam slot ini pula mari kita lihat pulau-pulau yang jarang diterokai di Sabah yang juga menyimpan seribu satu misteri menarik.
Pulau-pulau ‘rare’ ini ada cerita dan lagendanya tersendiri yang menjadi buat mulut sejak dari dulu lagi. Memiliki sejarah penubuhannya dan tempat-tempat menarik yang masih segar.
Pulau Layang-Layang

Layang-layang Island atau turut dikenali dengan nama Swallows Reef merupakan sebuah pulau buatan manusia yang dibina khas untuk Tentera Laut Diraja Malaysia.
Ia kemudiannya dibangunkan lagi sebagai sebuah resort selaman, Layang-layang Island Resort.

Disini, anda boleh temukan bermacam jenis hidupan marin yang sukar untuk ditemukan di tempat lain seperti kuda laut, hammerhead shark, grey reef shark, leopard shark dan macam-macam lagi yang sekaligus menyebabkan pulau ini mendapat pengiktirafan dunia sebagai salah satu lokasi selaman terbaik.
- Lokasi: Lihat Penginapan | Lihat Peta | Pejabat Lrg Lintas Square, Lintas Plaza, 88300 Kota Kinabalu
- Tiket: Jeti Jesselton & Lapangan Terbang KKIA, perlu menempah pakej eksklusif
- Operasi: Berjarak 300km menaiki penerbangan atau bot laju dari Kota Kinabalu
Pulau Timbun Mata

Timbun Mata Island merupakan pulau terbesar yang ada di bahagian selatan Darvel Bay yang terletak di antara Lahad Datu & Semporna, Sabah.
Panjangnya adalah sekitar 26 kilometer dan lebarnya pula adalah sekitar 10 kilometer.

Pulau ini merupakan sebuah pulau bergunung dan puncak tertinggi yang ada di pulau ini adalah Gunung Tannabalu yang berketinggian 620 meter.
Ia merupakan gunung berapi yang sudah tidak aktif lagi.
- Lokasi: Lihat Penginapan | Lihat Peta | Jln Utama, Pekan Kunak, 91100 Kunak, Sabah
Pulau Jambongan

Pulau Jambongan merupakan pulau kedua terbesar di Sabah ini merupakan sebuah destinasi yang cukup memukau namun kurang dikenali dalam kalangan pelancong.
Lokasinya terletak kira-kira 30 minit daripada Pangkalan Pekan Paitan dengan menaiki bot laju.

Pemandangan yang ada di pulau ini pastinya akan membuatkan anda terpukau.
Namun, pulau yang didiami oleh majoriti suku kaum Bajau dan Suluk ini ada pantang larangnya yang tersendiri iaitu anda tidak boleh membakar tangkapan laut iaitu kima, udang, ketam dan belangkas untuk dimakan kerana dikatakan ia merupakan perjanjian pembukaan kampung dengan makhlus halus yang mendiami pulau tersebut.
- Lokasi: | Lihat Peta | QC2C+26 Jambongan, Sabah
Pulau Malawali

Sebuah lagi pulau yang menjadi tarikan di Sabah adalah Malawali Island. Destinasi tumpuan pengunjung ini terletak di Laut Sulu.
Ia termasuk dibawah daerah Kudat dan berada berhampiran dengan Banggi Island dan juga Balambangan Island.

Apa yang menjadikan pulau ini sebagai sebuah pulau tarikan adalah ia dikelilingi dengan begtu banyak terumbu karang yang pastinya akan memberikan anda suatu bentuk pemandangan unik .
Selain itu, ia juga merupakan salah satu daripada lokasi selaman popular yang anda boleh temukan di Sabah.
- Lokasi: Lihat Peta | Pulau Malawali, Sabah
Pulau Timbang

Kalau sebut berkenaan Timbang Island, ada sejarah unik yang mengambil tempat disini pada suatu masa dahulu.
Pada awal tahun 1870-an, terdapat seorang pengembara berbangsa Scotland dan pengedar senjata iaitu William Clarke Cowie yang mendapat kebenaran untuk membina penempatan disini.

Penempatan tersebut kemudiannya mendapat nama sebagai Kampung German kerana pada waktu tersebut terdapat terlalu ramai pedagang daripada Jerman yang datang dan menetap disini.
- Lokasi: Lihat Peta | Kampung Tronglit, Pulau Timbang, Sabah, 90400 Sandakan
Pulau Berhala

Berhala Island merupakan sebuah pulau berhutan yang kecil yang terletak di Sandakan. Saiz pulau ini adalah sekitar 5 hektar. Disini, anda boleh temukan beberapa jenis burung pemangsa seperti Brahminy Kites, Serpent Eagles dan juga Sea Eagles.

Tarikan lain yang ada disini adalah rumah api yang terletak pada puncak tertinggi pulau ini. Suatu masa dahulu, sewaktu Perang Dunia Ke-2, pulau ini telah dijadikan sebagai stesen kuarantin untuk buruh-buruh yang datang daripada China dan juga Filipina.
- Lokasi: Lihat Penginapan | Lihat Peta | Pulau Berhala, Bahala Sandakan, Sabah
Pulau Banggi

Banggi Island terletak sekitar 40 kilometer daripada Kudat dimana Laut Sulu dan Laut Cina Selatan bertembung.
Pulau ini juga merupakan pulau terbesar yang anda boleh temukan di Sabah. Di pulau ini, anda boleh temukan penduduk tempatan yang terkenal kerana rumah pokok mereka.

Namun, tarikan utamanya adalah pulau-pulau yang berdekatan. Salah satunya adalah Maliangin Island dimana anda boleh temukan pokok-pokok tropika dan juga lautan biru yang sangat sesuai untuk aktiviti snorkeling.
Satu lagi adalah Pulau Balambangan yang merupakan sebuah pulau cantik ditambah pula dengan 12 gua menakjubkan yang menanti anda untuk menerokanya.
- Lokasi: Lihat Penginapan | Lihat Peta | 435P+H5 Karakit, Sabah
Ada banyak lagi pulau-pulau di Sabah yang cukup menarik dan misteri. Langgan newsletter percuma untuk mendapatkan info terkini percutian anda.
Bersambung…