fbpx
Melancong.my
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
PAKEJ TERKINI
LANGGAN PERCUMA
  • Malaysia
  • Cruise
  • Singapore
  • Indonesia
  • Thailand
  • Vietnam
  • China
  • Jepun
  • Korea
  • Lagi
    • Pulau
    • Cambodia
    • India
    • Balkan
    • Australia
    • Turki
    • Uzbekistan
  • Malaysia
  • Cruise
  • Singapore
  • Indonesia
  • Thailand
  • Vietnam
  • China
  • Jepun
  • Korea
  • Lagi
    • Pulau
    • Cambodia
    • India
    • Balkan
    • Australia
    • Turki
    • Uzbekistan
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
Melancong.my
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
Halaman Malaysia Pakej Sabah

12 Tempat Menarik Di Tenom, Keningau Tambunan & Sipitang [RARE]

Tenom, Keningau, Tambunan dan Sipitang cukup terkenal dengan tulang belakang Sabah dan kedudukannya adalah di kawasan pedalaman Sabah.

Hasrul Wayne Oleh: Hasrul Wayne
23/05/2022
Kategori: Pakej Sabah
Masa Bacaan: 3 mins read
1.4k 12
A A
0
Air Terjun Mahua
311
SHARES
23.3k
VIEWS
FacebookTwitterPin
Diskaun Hotel Diskaun Hotel Diskaun Hotel

 

Daerah-daerah ini kaya dengan hutan tebal dan rahsia keindahan alam semulajadi menjadi kegemaran buat pengkaji alam dari seluruh dunia untuk datang ke sini.

Tenom adalah pusat pertanian di Sabah dan dikenali sebagai bandar kopi. Terletak di kawasan pedalaman Sabah, ia adalah salah satu destinasi percutian kegemaran bagi orang Sabah.


Nak Ikut Kami Bercuti Di Sabah?

Promo-Banner-Sabah

  • Lihat Hotel Terbaik di: Tambunan | Keningau | Sipitang | Tenom
  • Peta Lokasi: Tambunan | Keningau | Sipitang | Tenom

Nama Keningau pula berasal dari pokok kayu manis Jawa (Cinnamomum burmannii) yang banyak terdapat di tempatan yang dikenali sebagai koningau terkenal sebagai raja rempah. Kulitnya dikumpulkan oleh Syarikat Borneo Utara Inggeris untuk dijual sebagai rempah. Semasa era penjajahan Inggeris, Keningau adalah salah satu pusat pentadbiran terpenting di Borneo Utara British.

Tambunan pula terkenal dengan sejarah pahlawan Mat Salleh, dia mengetuai pemberontakan terhadap Syarikat Borneo Utara British pada akhir abad ke-19 sebagai tindak balas kepada ketidakpuasan penduduk tempatan terhadap tuduhan eksploitasi oleh Syarikat. Dia terbunuh dalam pertempuran senjata dengan polis Britain pada 1 Februari 1900.

Sipitang pula adalah bandar terdekat di Sabah dengan sempadan Sarawak. Kegiatan ekonomi utama di Sipitang adalah berkaitan dengan kayu dan terdapat kilang membuat kertas disini.

Sipitang menerima banyak cadangan pembangunan pada masa akan datang daripada syarikat besar seperti Petronas.

Pin

  • 1 Gunung Trusmadi & Trusmadi Forest Reserve
  • 2 Air Terjun Mahua
  • 3 Crocker Range National Park
  • 4 Sinurambi Tambunan (Tambunan Viewing Point)
  • 5 Mat Salleh Memorial Monument
  • 6 Sabah Agriculture Park Tenom
  • 7 Pusat Kebudayaan Murut Tenom
  • 8 Padas River White Water Rafting
  • 9 Tungog Rainforest Eco Camp
  • 10 Gunung Wakid
  • 11 Rafflesia Information Centre
  • 12 Taman Kerangas, Long Pasia
Jom lihat tempat menarik di Tenom, Sipitang Keningau & Tambunan.


Gunung Trusmadi & Trusmadi Forest Reserve

tempat menarik di Tenom
Pemandangan Gunung Trusmadi dari Tambunan

Gunung Trusmadi terletak sekitar 70 kilometer daripada bandar kota Kinabalu dan Trusmadi Forest Reserve ini pula berkeluasan sekitar 184,527 hektar yang disempadani oleh empat buah daerah iaitu Ranau, Tambunan, Keningau dan juga Sook.

Berketinggian 2642 meter, Gunung Trusmadi merupakan gunung kedua yang tertinggi di Sabah dan juga Malaysia, di belakang Gunung Kinabalu. Ia juga dikabarkan mempunyai tahap kesukaran pendakian yang lebih curam berbanding Gunung Kinabalu.

IKLAN / ADVERTISEMENT

Air Terjun Mahua

Air Terjun Mahua
Alam Semulajadi di Air Terjun Mahua

Berketinggian sekitar 17 meter dan dibuka kepada umum sejak dari Jun 2003, destinasi yang terletak sekitar 26 kilometer dari pekan Tambunan ini telah menjadi salah satu daripada destinasi tumpuan di Sabah.

Bagi anda yang berkunjung ke Tambunan, jangan lepaskan peluang untuk menikmati keindahan Mahua Waterfall.

Sebaik sahaja anda berada sekitar 500 meter daripada air terjun ini, anda akan disajikan dengan bunyi deruman air terjunnya.

Walaupun jika anda berkunjung sewaktu musim panas, persekitaran kawasan ini akan kekal sejuk disebabkan oleh pepohonan merimbun dan juga aliran air sungai yang sedikit sebanyak menyejukkan dan menyegarkan.


Crocker Range National Park

Crocker Range National Park
Pemandangan Banjaran Crocker

Pada Jun 2014, Crocker range National park telah diisytihar sebagai “Biosphere Reserve” dibawah program Coordinating Council for Biosphere Reserve (CRBR). Program ini merupakan sebuah program di bawah UNESCO.

Destinasi ini merupakan destinasi yang sangat sesuai untuk mengadakan mesyuarat ,perkemahan, ‘jungle trekking’, dan aktiviti pendidikan luar. Antara tarikan lain yang ada disini adalah, tapak Rafflesia, laluan trekking, melihat burung dan juga tapak perkhemahan.


Sinurambi Tambunan (Tambunan Viewing Point)

Sinurambi Tambunan
Pemandangan Luas Tambunan | Kredit: @alfie_amk76

Tambunan Viewing Point merupakan sebuah destinasi yang terletak di kampung Dalungan. Kampung ini terletak dibawah pengawasan Pejabat Daerah Tambunan. Jika anda menuju ke Gunung Trusmadi, anda akan melalui kampung ini.

Jika anda ingin ke sini, kami sarankan anda untuk datang pada awal pagi. Hal ini kerana suasana pada awal pagi membolehkan anda melihat pergerakan awan dan “part” paling menarik sudah semestinya untuk melihat matahari naik.

Waktu selain awal pagi agak kurang sesuai kerana bahang matahari yang akan menyebabkan ketidakselesaan buat anda. Selain itu, anda juga dinasihatkan untuk berpakaian tebal kerana tiupan angin agak kuat apabila anda berada di sini.


Mat Salleh Memorial Monument

 

IKLAN / ADVERTISEMENT
Mat Salleh Memorial Monument
Tugu Pahlawan Tambunan

Mat Saleh Memorial Monument atau nama lainnya, Tugu Pahlawan Tambunan terletak di Kampung Tibabar, Tambunan. Ia dibina bagi memperingati perjuangan wira tempatan, Datuk Paduka Mat Salleh yang terkenal atas keberanian beliau ketika era pemerintahan kolonial British.

Terletak kira-kira 90 kilometer dari Kota Kinabalu, tugu ini telah dinaik taraf sebagai Muzium Negeri Sabah dan ia telah dibuka untuk umum pada hari ini.


Sabah Agriculture Park Tenom

Sabah Agriculture Park Tenom
Sabah Agriculture Park Tenom

Sabah Agricultural Park atau Taman Pertanian Sabah merupakan sebuah lokasi berkeluasan 200 hektar dan dibangunkan serta dijaga oleh Departemen Agrikultur Sabah.

Tujuan utama taman ini dibina adalah untuk memberikan aktiviti bersifat rekreasi dan pendidikan kepada pengunjung.

Disini terdapat beberapa tarikan utama seperti :

  • Native Orchids
  • Crop Museum
  • Ornamental Garden
  • Plant Evolution and Adaptation Garden
  • Model Garden
  • Bee Centre and Museum
  • Animal Park

Bagi kami, Sabah Agricultural Park Tenom ini merupakan sebuah destinasi yang agak menarik disebabkan oleh kepelbagaian tarikan dan aktiviti yang boleh dilakukan di sana.


Pusat Kebudayaan Murut Tenom

Murut Cultural Centre
Murut Cultural Centre

Murut Cultural Centre atau turut dikenali dengan nama Pusat Kebudayaan Murut, terletak di Kampung Pulong sekitar 10 kilometer dari pekan Tenom. Pusat ini meliputi keluasan seluas 33 ekar dan terletak bersebelahan Sungai Pegalan.

Keluasan binaan bangunan pusat ini sahaja sudah mengambil 20 ekar tanah. Di pusat ini, pelbagai barangan dipamerkan seperti tembikar, gong dan juga rekaan tradisional masyarakat Murut.

 Selain itu, dengan berkunjung ke sini, anda boleh mempelajari dan menghargai keunikan seni bina Murut menerusi rekaan bangunan-bangunan yang ada di sini.


Padas River White Water Rafting

Padas River White Water Rafting
Berakit tahap 4 dan 5 di Sungai Padas

Jika anda inginkan sedikit kelainan dalam kunjungan anda ke Sabah, anda mungkin boleh pertimbangkan untuk menikmati kembara air menerusi Padas River White Water Rafting.

Kembara sejauh 30 kilometer ini merupakan yang terpanjang di kawasan Borneo setakat ini. Sungai Padas juga dikategorikan sebagai laluan yang paling menyeronokkan dan selamat di Asia Tenggara.

Ia sangat sesuai bagi mereka yang berusia diantara 12 sehingga 55 tahun.


Tungog Rainforest Eco Camp

Tungog Rainforest Eco Camp
Melihat kehidupan sungai dan hutan secara terus

Tungog Rainforest Eco Camp merupakan sebuah destinasi yang direka khusus untuk anda yang ingin berbakti kepada tempat kunjungan anda disamping menikmati dan merasai sendiri pengalaman hutan hujan dan juga hidupan liar.

Di sini terdapat lima jenis hutan “floodplain”, 208 spesies burung dan hidupan-hidupan liar lain. Tungog Rainforest Eco Camp merupakan sebuah platform terbaik bagi anda yang ingin melihat hidupan liar di dalam sebuah habitat yang unik.

Diantara aktiviti utama yang anda boleh lakukan disini adalah kembara sungai, meneroka gua, “nature walk”, melihat hidupan liar dan burung serta aktiviti mengutip benih dan menanam pokok.


Gunung Wakid

Gunung Wakid
Singgah Menarik di Gunung Wakid iaitu Kolopis | Kredit: Raymund Siun

Gunung Wakid atau turut dikenali sebagai Mount Wakid merupakan sebuah gunung yang agak popular yang berada di atas Banjaran Crocker. Ia terletak di Kampung Sunsuron. Kampung ini merupakan kampung pertama yang anda perlu lalui jika anda ingin menuju ke Tambunan dari Kota Kinabalu.

Ia cuma mengambil masa sekitar sejam setengah untuk sampai ke gunung ini dari Kota Kinabalu. Gunung Wakid berketinggian 1372 meter dari paras laut dan menawarkan pendakian yang agak santai bermula dari “starting point” ke kaki bukit. Kemudian, pendakian akan menjadi sedikit mencabar sehingga ke puncak.

Disepanjang pendakian anda, anda akan disajikan dengan keindahan flora dan fauna. Pendakian biasanya mengambil masa sekitar beberapa jam sahaja dan anda perlu sediakan pakaian lebih kerana anda akan melalui Air Terjun Kolopis sewaktu anda mendaki turun gunung ini.

Dari anda lalu saja, lebih baik anda segarkan diri anda terlebih dahulu di Air Terjun Kolopis. Air terjun ini merupakan salah satu daripada tarikan utama yang ada disini dan sangat rugi jika anda terlepas peluang ini.


Rafflesia Information Centre

Rafflesia Information Centre Sabah
Rafflesia adalah Bunga Terbesar Di Dunia

Rafflesia Information Centre merupakan sebuah pusat pemeliharaan dan pemuliharaan Rafflesia. Pusat ini terletak sekitar satu jam pemanduan daripada Kota Kinabalu. Pusat ini juga terletak di hujung hutan simpan.

Rafflesia Information Centre ini dibuka dari pukul 8 pagi sehingga 3 petang setiap hari kepada pengunjung. Antara aktiviti yang menjadi tarikan utama disini adalah “jungle trekking” untuk mencari bunga Rafflesia.

Kami sangat menggalakkan anda untuk memakai kasut trekking yang sesuai dan selesa untuk aktiviti ini.


Taman Kerangas, Long Pasia

Air Terjun Fefukan di Long Pasia
Air Terjun Fefukan di Long Pasia | Kredit: Murphy Ng

Maksud Taman Kerangas adalah taman terbiar di mana ia merupakan kawasan hutan khas untuk memberikan perlindungan kepada spesis orkid. Ia merupakan sebuah kawasan yang terkenal dengan tumbuhan seperti Orkid, Rhododendrons dan juga tumbuhan “Pitcher”.

IKLAN / ADVERTISEMENT

Taman Kerangas ini ada dua tingkat dimana di tingkat pertama adalah untuk pertumbuhan berbagai spesies orkid dan tingkat seterusnya adalah sebagai tempat perlindungan kepada spesies-spesies yang terancam akibat aktiviti pembalakan.

Bersambung…

Promo-Banner-Sabah

Tags: tempat menarik di keningautempat menarik di sipitangtempat menarik di tambunan
Promosi Diskaun Promosi Diskaun Promosi Diskaun
Hasrul Wayne

Hasrul Wayne

Editor di Melancong.my, meminati dunia pelancongan. Jika anda ada sebarang idea untuk diketengahkan, hubungi kami untuk selanjutnya: tentang kami.

Artikel+ Bersambung

Deramakot Forest Reserve
Pakej Sabah

14 Tempat Menarik Di Sandakan & Kinabatangan [KLASIK]

  Pada masa dahulu, Sandakan adalah merupakan pusat pentadbiran Sabah juga dikenali Borneo Utara semasa zaman pemerintahan British. Manakala Kinabatangan...

Oleh: Hasrul Wayne
03/07/2022
13.1k
Taman Marin Tun Sakaran
Pakej Pulau Mabul

14 Aktiviti Terbaik Ketika Melancong Ke Pulau Mabul & Kepulauan Semporna

  Sebut mengenai Pulau Mabul dan pemandangan pokok kelapa dan kampung-kampung air yang indah terngiang-ngiang di dalam minda. Terletak hanya...

Oleh: Hasrul Wayne
30/06/2022
35.2k
Selanjutnya
Seterusnya
pakej-cameron-highlands

Pakej Cameron Highlands: Cadangan Percutian 3 Hari 2 Malam [TERBAIK]

Panduan & Aktiviti Menarik di Pulau Kapas [TERKINI]

Panduan & Aktiviti Menarik di Pulau Kapas [TERKINI]

4.5 2 votes
Penilaian Artikel
Langgan
Maklumkan saya
guest
guest
0 Komen
Inline Feedbacks
View all comments
tempat-menarik-di-johor-bahru-imran-azman
Pakej Johor

15 Tempat Menarik di Johor: Aktiviti & Tempat Makan [POPULAR]

11/06/2022
150.1k
tempat menarik di johor
Pakej Johor

10 Aktiviti & Tempat Paling Menarik di Johor Bahru [TERKINI]

11/10/2021
34.9k
tempat menarik di cameron highlands
Pakej Pahang

50 Aktiviti & Tempat Menarik Di Cameron Highlands Yang Paling Popular [TERKINI]

27/11/2021
48.1k
Selanjutnya
IKLAN / ADVERTISEMENT
  • Newsletter
  • Tentang Kami
  • Polisi
  • Terma dan Syarat
  • Hubungi Kami

© 2021 Melancong.my - Powered by Hasrul & Co.

Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Indonesia
  • Singapore
  • Thailand
  • Vietnam
  • Cambodia
  • China
  • Korea
  • Jepun
  • Australia
  • India
  • Turki
  • Balkan
  • Uzbekistan
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami

© 2021 Melancong.my - Powered by Hasrul & Co.

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
wpDiscuz
0
0
Ingin sertai perbincangan? Sila komen.x
()
x
| Balas