Melancong.my
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
PAKEJ TERKINI
LANGGAN PERCUMA
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Singapore
  • Indonesia
  • Thailand
  • Vietnam
  • China
  • Jepun
  • Korea
  • Lagi
    • Cambodia
    • India & Pakistan
    • Balkan
    • Australia
    • Turki
    • Uzbekistan
    • Maldives
    • Filipina
    • Perancis
    • Switzerland
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Singapore
  • Indonesia
  • Thailand
  • Vietnam
  • China
  • Jepun
  • Korea
  • Lagi
    • Cambodia
    • India & Pakistan
    • Balkan
    • Australia
    • Turki
    • Uzbekistan
    • Maldives
    • Filipina
    • Perancis
    • Switzerland
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
Melancong.my
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
Promosi Terhad Promosi Terhad Promosi Terhad
Halaman Malaysia Pakej Sabah

27 Aktiviti & Tempat Menarik di Semporna

Semporna berada di sebahagian Tawau, di pantai timur Sabah, adalah rumah bagi pulau-pulau yang indah dan terkenal seperti Sipadan, Mataking, Mabul dan Pom Pom

Hasrul Wayne Oleh: Hasrul Wayne
21 Februari, 2026
Kategori: Pakej Sabah
Masa Bacaan: 3 mins read
1.7k 43
A A
2
tempat menarik di Semporna Sabah
62.7k
VIEWS
FacebookTwitterPin
PROMO TERHAD PROMO TERHAD PROMO TERHAD
IKLAN / PROMOSI TERHAD

 

Tempat Menarik di Semporna? Terletak di pantai tenggara negeri Sabah, ia adalah sebuah pekan sebagai hab pelancongan kepulauan yang terbentang luas.

Semporna bermaksud “sempurna” dalam bahasa Melayu.

Jajaran Semporna dan Tawau terletak di bahagian selatan Sabah dan terkenal dengan pulau-pulau peranginan sepanjang musim serta hutan tebal yang menghijau. Anda boleh bercuti di sini tanpa risau akan waktu musim tengkujuh.

Promo Hotel Promo Hotel Promo Hotel
IKLAN / PROMOSI TERHAD

Tumpuan utama adalah di Pulau Mabul, Semporna. Sebuah pulau luar pesisir, adalah salah satu destinasi pelancongan terkenal di Sabah.

Berkat kawasannya yang strategik, perairan ini tidak pernah terjejas oleh taufan atau gempa bumi. Oleh itu ia menjadi tarikan pelancong untuk bercuti ala-ala ‘Maldives’ di sini sepanjang tahun.

Promo-Pakej-Percutian-Semporna-Pulau-Mabul

  • Lihat Pakej Percutian Popular Semporna
  • Lihat Penginapan Terbaik di Semporna
  • Lihat Penginapan Terbaik di Mabul
  • Lihat Tiket Penerbangan ke Semporna
  • Lihat Aktiviti Menarik di Pulau Mabul
  • Lihat Peta Percutian di Pulau Mabul

Pin

  • 1 Pakalangan Bay Semporna
  • 2 Pulau Sipadan: Pulau Semporna Mercu Tanda Dunia
  • 3 Pulau Mabul Sabah Yang Terkenal
  • 4 Pulau Timba Timba Mempersona
  • 5 Pulau Pom Pom
  • 6 Pulau Mataking
  • 7 Pulau Bohey Dulang dan Pulau Bodhgaya
  • 8 Pulau Sibuan
  • 9 Pulau Kapalai
  • 10 Bukit Tengkorak Archaeological Heritage Site
  • 11 Muzium Tun Sakaran
  • 12 Tanjung Parapat
  • 13 Borneo Proboscis River Cruise
Dalam artikel ini kami akan senaraikan semua tempat-tempat paling menarik di Semporna, Tawau.


Pakalangan Bay Semporna

Pakalangan Bay Semporna
Pakalangan Bay Semporna | Imej oleh: Siti Hasmah

Pakalangan Bay Semporna adalah salah satu destinasi pelancongan yang terkini di daerah Semporna. Ia terletak di Kampung Pakalangan, kira-kira 20 km dari pekan Semporna.

Di sini, pengunjung boleh menikmati suasana alam yang indah dan tenang, serta melakukan pelbagai aktiviti seperti mandi-manda, barbeku, kasi makan ikan, dan memancing.

Pakalangan Bay Semporna
Pakalangan Bay Semporna | Imej oleh: Sym

Pakalangan Bay juga menawarkan beberapa prop yang sesuai untuk mengambil gambar dengan latar belakang yang Instagramable.

Tempat ini sesuai untuk percutian keluarga atau bersama rakan-rakan. Jika anda mencari tempat rekreasi yang berbeza dan menarik di Semporna, Pakalangan Bay adalah pilihan yang tepat untuk anda.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 7:00am – 10:00pm | pakalangan, 91308 Semporna, Sabah

Pulau Sipadan: Pulau Semporna Mercu Tanda Dunia

Sipadan
Pulau Sipadan tersenarai sebagai salah 1 daripada 100 pulau tercantik di dunia

Mendiang Jacques Cousteau, ahli ilmu alam lautan yang terkenal di seluruh dunia, pernah menyifatkan Pulau Sipadan sebagai hasil seni yang tidak tercemar manakala penyelam di seluruh dunia mengundi pulau ini sebagai salah satu daripada lima tapak menyelam terbaik di dunia.

Pulau Sipadan merupakan tempat menarik di Sabah untuk kategori pulau, dan ianya menjadi tarikan antara 10 pulau terpilih di dunia. Terletak 700 m dari dasar laut dan hanya berkeluasan 12 hektar, satu-satunya pulau laut di Malaysia ini mempunyai saiz yang agak kecil.

Pulau ini berbentuk seperti cendawan dan kaya dengan hidupan dasar laut
Pulau ini berbentuk seperti cendawan dan kaya dengan hidupan dasar laut

Pelawat boleh berjalan mengelilingi pulau ini dalam masa 25 minit sahaja, tetapi ia menjadi tarikan kepada pelbagai hidupan laut yang datang dari dasar laut. Pulau Sipadan yang dikelilingi air laut yang bersih dan jernih ini mempunyai kekayaan hidupan laut yang menakjubkan.

Pakej Kundasang Pakej Kundasang Pakej Kundasang
IKLAN / PROMOSI TERHAD

Diisytiharkan sebagai kawasan perlindungan burung pada tahun 1933 oleh pemerintah Borneo Utara ketika itu.

Ia diwartakan semula pada tahun 1963 oleh Kerajaan Malaysia. Kawasan hutan tebal di pulau ini menampung sejumlah besar spesies burung tropika termasuk helang laut, burung rajawali, ‘sunbird’, ‘starling’ dan burung punai.

Pulau Sipadan merupakan Koloni pembiakan besar penyu hijau dan penyu sisik
Pulau Sipadan merupakan Koloni pembiakan besar penyu hijau dan penyu sisik

Hidupan krustasia eksotik termasuk ketam kenari yang menarik bertaburan di tepi pantai dan bersembunyi di celah-celah tumbuhan.

Anda pasti akan terserempak dengan penyu, kumpulan ikan aji-aji, ‘bumphead parrotfish’ dan ikan alu-alu semasa menyelam di sekitar perairan pulau terumbu karang ini.

Kami boleh simpulkan Pulau Sipadan adalah yang paling terbaik untuk menyelam dalam senarai pulau-pulau yang ada di Sabah.


  • Lihat Penginapan | Lihat Tour | Lihat Peta | Jeti Mabul ke jeti Pulau Sipadan mengambil masa 15 minit

Pulau Mabul Sabah Yang Terkenal

Mabul Island Panorama
Menjadi popular bagi penyelam kerana jaraknya dekat dengan pulau Sipadan

Pulau Mabul merupakan sebuah destinasi yang sangat terkenal sebagai sebuah lokasi untuk fotografi-makro. Ia terletak di perairan Laut Sulawesi yang dikelilingi terumbu karang.

Ia berkeluasan 21 hektar dan lebih besar berbanding destinasi terkenal, Pulau Sipadan. Aktiviti paling menarik yang menjadi tumpuan utama pengunjung adalah selam skuba.

Menarik mengenai selam skuba di Pulau Mabul adalah, ia boleh dilakukan sepanjang tahun dan berbeza dengan lokasi lain yang bergantung pada musim.


  • Lihat penginapan | Lihat Tour | Lihat Peta | Menaiki bot laju dari jeti Pekan Semporna selama 45 minit ke Pulau Mabul

Pulau Timba Timba Mempersona

Pulau Timba Timba
Timba – Timba Menyerlah | cc: @parkertehoais

Pulau Timba Timba merupakan destinasi terkenal dan tumpuan untuk mereka yang gemarkan pemandangan pantai yang menarik.

Ia juga terkenal dengan hidupan marin yang unik seperti “cuttlefish”, ikan katak, ketam, ular laut dan beberapa spesies ikan yang bersembunyi disebalik terumbu karang.


  • Lokasi: Lihat Penginapan | Lihat Peta | Semporna Timba-timba Island, 91308 sabah semporna

  • Tiket: Lihat Tour | Menaiki bot laju, harga dari RM50 pulang dan balik pulau (biasanya dengan pakej island hopping)

Pulau Pom Pom

Pulau Pom Pom
Pemandangan Cantik Pulau Pom Pom

Ia terletak 45 minit dari Semporna. Persekitarannya yang santai memberikan anda sebab untuk memilihnya sebagai destinasi terbaik untuk anda berehat dan melapangkan fikiran.

Nama Pulau Pom Pom ini diambil bersempena nama pokok Pom Pom yang tumbuh melata di pulau ini dan telah menjadi simbol bagi pulau ini. Antara aktiviti yang paling kerap dilakukan disini adalah, selam skuba.

Disini, anda boleh temukan ramai pengajar selam skuba profesional yang sedia memberikan khidmat mereka untuk anda. Satu lagi perkara menarik yang ada di Pulau Pom Pom adalah, walau dimana sekalipun anda memilih untuk menginap, pemandangannya pasti tidak akan mengecewakan.


  • Lokasi: Lihat Penginapan | Lihat Peta | Pom Pom Island, Lot Office N, Jalan Bangau Bangau, 91307 Semporna

  • Tiket: Lihat Tour | Menaiki bot laju, harga dari RM50 pulang dan balik pulau (biasanya dengan pakej island hopping)

Pulau Mataking

Air jernih membiru di Pulau Mataking
Air jernih membiru di Pulau Mataking

Pulau Mataking merupakan sebuah pulau yang terletak di Laut Sulawesi di negeri Sabah. Ia merupakan pulau pertama yang menjadi “Underwater Post Office” di Malaysia dan dihubungkan ke Pulau Mataking Kecil.

Pulau ini merupakan pulau peribadi yang dimiliki oleh Reef Dive Resort. Disini disediakan chalet mewah untuk menempatkan penyelam-penyelam yang mengunjungi Sipadan.


  • Lokasi: Lihat Penginapan | Lihat Peta | Jln Bangau Bangau, Pekan Semporna, 91308 Semporna

  • Tiket: Lihat Pengangkutan | Menaiki bot laju, harga dari RM70 pulang dan balik pulau

  • Operasi: Jeti Awam atau Pelancongan Semporna dibuka dari 8:00 pagi hingga 3:00 petang

Pulau Bohey Dulang dan Pulau Bodhgaya

Tun Sakaran Marine Park
Keunikan perairan menawan yang jernih di Tun Sakaran Marine Park

Tun Sakaran Marine Park yang terletak di pintu masuk ke Darvel Bay, di bahagian timur Sabah berdekatan dengan pekan Semporna. Untuk ke sini, ia mengambil masa sekitar 45 minit dengan menaiki bot laju daripada jeti pekan Semporna.

Pulau Bohey Dulang merupakan pulau bergunung yang merupakan tinggalan gunung berapi. Pulau Bohey Dulang dipisahkan daripada Pulau Bodgaya dengan sebuah terusan kecil.

Pembentukan kawah di Bohey Dulang ini telah dipenuhi dengan air laut sekaligus membawa kepada pembentukan “lagoon” yang memukau.


  • Lokasi: Lihat Penginapan | Lihat Peta | Jln Kastam, Taman Bandar Semporna, 91308 Semporna

  • Tiket: Lihat Tour | Menaiki bot laju, harga dari RM50 pulang dan balik pulau (biasanya dengan pakej island hopping)

  • Operasi: Jeti Pelancongan / Awam dibuka dari 7:00 pagi hingga 5:00 petang untuk pelancong

Pulau Sibuan

Pulau Sibuan
Pantai Pulau Sibuan memutih yang sangat mempersona

Pulau ini sangat terkenal dengan keindahan dan kecantikannya jauh lebih lama sebelum Pulau Sipadan menjadi terkenal. Pulau ini terletak 30 minit daripada Semporna.

Terletak berdekatan dengan Church Reef, ia merupakan salah satu daripada pulau yang mempunyai pemandangan yang sangat cantik yang ada di Tun Sakaran Marine Park kerana habitatnya belum disentuh dengan sentuhan pembangunan yang berlebihan.

Tidak kira samada anda ke sini untuk snorkeling, diving atau berkelah, anda akan dapati Pulau Sibuan sukar untuk ditandingi dari segi keindahan dan keunikan pemandangan bawah laut.


  • Lokasi: Lihat Penginapan | Lihat Peta | Lihat Tour

Pulau Kapalai

Pulau Kapalai
Resort Terapung di Kapalai

Pulau Kapalai merupakan sebuah pulau yang memukau kerana ia mempamerkan keindahan dan kejernihan air laut yang mengelilingi pulau tersebut. Untuk kesini, perjalanan mengambil masa sekitar 45 minit dengan menaiki bot laju daripada Semporna.

Namun, keunikan sebenar Pulau Kapalai ini adalah kerana ia bukanlah sebuah “pulau” sepertimana pulau-pulau lain. Ia mempunyai 40 buah chalet terapung yang dibina diatas laut dan pengunjung boleh menikmati keindahan marin yang disajikan disini.


  • Lokasi: Lihat Penginapan | Lihat Peta | On The Water, 91308 Semporna, Sabah

  • Tiket: Lihat Tour | Menaiki bot laju, harga dari RM50 pulang dan balik pulau

  • Operasi: Jeti Awam atau Pelancongan Semporna dibuka dari 9:00 pagi hingga 3:00 petang

Bukit Tengkorak Archaeological Heritage Site

Bukit Tengkorak
Pemandangan dari Bukit Tengkorak | cc: sesatinmalaysia

Menariknya mengenai tempat ini adalah ia merupakan pusat pembuatan tembikar utama di Asia Tenggara sewaktu zaman Neolitik. Ia dibuktikan menerusi penemuan berpuluh ribu serpihan tembikar.

Bukan itu saja, pengkaji sejarah turut menemukan sumber tanah liat yang digunakan. Apa yang lebih menarik adalah, kajian etnoarkeologi turut menunjukkan teknologi ini masih digunapakai oleh Maharashtra Bajau di Semporna.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | CJQC+XR Semporna, Sabah

Muzium Tun Sakaran

 Muzium Tun Sakaran
Pelbagai sejarah masyarakat Bajau boleh anda perolehi di muzium ini

Muzium ini bertempat di Kompleks Inabah Kamal dan ia dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan negeri. Dikhabarkan pembiayaan tersebut bernilai sekitar RM3 juta.

Muzium dua tingkat ini bercirikan konsep bangunan rumah tradisional masyarakat Bajau Semporna dan Lepa-Lepa. Muzium ini adalah untuk menempatkan pameran koleksi peribadi Tun Sakaran. Selain itu, ia juga turut menempatkan khazanah warisan daerah-daerah sekitar.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | Pekan Semporna, 91308 Semporna, Sabah

Tanjung Parapat

Tanjung Parapat
Tanjung Parapat | Imej oleh: Ismail Hassan

Terkenal dengan Parapat Water Village yang menawarkan pengalaman bermalam di atas air.

Di sini, pengunjung boleh menikmati pemandangan matahari terbit dan terbenam yang memukau, serta aktiviti-aktiviti seperti memancing, snorkeling, dan hiking.

Parapat-Water-Village-Aqil-Durrani
Parapat Water Village | Imej oleh: Aqil Durrani

Tanjung Parapat juga berdekatan dengan pulau-pulau cantik seperti Pulau Sipadan dan Bukit Tengkorak yang kaya dengan sejarah dan keindahan semula jadi.

Jika anda mencari tempat yang tenang dan menyeronokkan untuk bercuti, Parapat Water Village adalah pilihan yang tepat untuk anda.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 5:00pm – 6:30am | Kampung Tanjung Parapat Semporna, 91308 Semporna, Sabah

Borneo Proboscis River Cruise

Bayau - Borneo Proboscis River Cruise
Borneo Proboscis River Cruise

Borneo Proboscis River Cruise di Semporna menawarkan pengalaman unik menyusuri sungai paya bakau. Tarikan utamanya adalah menyaksikan Monyet Proboscis (monyet Belanda) jantan yang berhidung besar dan unik, serta haiwan liar lain seperti monyet pemakan ketam dan pelbagai spesies burung.

Pelayaran ini biasanya bermula pada lewat petang untuk melihat monyet-monyet ini pulang ke sarang mereka di tepi sungai. Apabila senja berlabuh, bot akan membawa anda menyaksikan keindahan kelip-kelip yang berkelipan seperti lampu hiasan di pokok-pokok bakau, mencipta suasana malam yang ajaib sebelum anda pulang.

Bersambung…

Promo-Pakej-Percutian-Semporna-Pulau-Mabul

Tags: borneopulau sempornasemporna hotelsemporna resortsemporna sabah
Trip Promo Trip Promo Trip Promo
IKLAN / PROMOSI TERHAD
Hasrul Wayne

Hasrul Wayne

Editor di Melancong.my, meminati dunia pelancongan. Jika anda ada sebarang idea untuk diketengahkan, hubungi kami untuk selanjutnya: tentang kami.

Artikel+ Bersambung

empat Menarik Di Kundasang Ranau
Pakej Sabah

55 Tempat Menarik Di Kundasang Ranau Sabah Terkini

  Kundasang adalah sebuah bandar di daerah Ranau di Sabah, Malaysia yang terletak di sepanjang tebing Lembah Kundasang. Ia terletak...

Oleh: Hasrul Wayne
29 April, 2026
45.4k
tempat-menarik-di-kota-kinabalu
Pakej Sabah

62 Aktiviti Tempat Menarik Di Kota Kinabalu Terkini

  Bandaraya ini merupakan sebuah bandar moden dan pesat membangun yang mana merupakan ibu negeri kepada negeri Sabah. Kota Kinabalu,...

Oleh: Hasrul Wayne
30 Mac, 2026
80.9k
Selanjutnya

Komen 2

  1. blank Sakinah says:
    + -

    It’s actually Semporna Sabah Dan Tawau Sabah. Semporna adalah daerah individual,bukan daerah di dalam Tawau. Sila betulkan fakta anda.

    Reply
    • blank Hasrul Wayne says:
      + -

      Ya mudah dikenali sebagai daerah masing-masing namun Semporna adalah sebahagian daripada divisi/bahagian Tawau termasuk berberapa daerah lain. Cik Sakinah boleh rujuk https://en.wikipedia.org/wiki/Tawau_Division

Tinggalkan Balasan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *


TREND PAKEJ |PROMOSI TERKINI

Pakej Scandinavia 2026

REKOMEN

Tempat Menarik di Bukit Tinggi

12 Tempat Menarik di Bukit Tinggi Paling Popular

8 Oktober, 2025
31.7k
Tempat menarik di Kuantan

42 Tempat Menarik di Kuantan Terkini

28 Mac, 2026
85.3k
blank

43 Aktiviti Tempat Menarik di Janda Baik Terkini

2 Mac, 2026
85.8k
tempat-menarik-di-johor-bahru

10 Tempat Menarik di Johor Bahru Terkini Berserta Tentatif Percutian

4 Mac, 2026
92.1k
tempat menarik di kelantan

40 Tempat Menarik di Kelantan Terkini

23 Mac, 2026
29.1k
tempat menarik di dabong Kelantan

10 Aktiviti Tempat Menarik di Dabong Kelantan

5 Ogos, 2024
23k
Selanjutnya
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan

PAKEJ POPULAR |TERKINI 2026

Pakej-Kundasang-2026-FullTour

Pakej-Osaka-Jepun-Muslim

hotel promo hotel promo hotel promo
IKLAN / PROMOSI TERHAD
  • Langgan
  • Tentang Kami
  • Polisi
  • Terma dan Syarat
  • Hubungi Kami

© 2026 Melancong.my

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Indonesia
  • Singapore
  • Thailand
  • Vietnam
  • Cambodia
  • China
  • Korea
  • Jepun
  • Australia
  • India & Pakistan
  • Turki
  • Balkan
  • Uzbekistan
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami

© 2026 Melancong.my