Melancong.my
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
PAKEJ TERKINI
LANGGAN PERCUMA
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Singapore
  • Indonesia
  • Thailand
  • Vietnam
  • China
  • Jepun
  • Korea
  • Lagi
    • Cambodia
    • India & Pakistan
    • Balkan
    • Australia
    • Turki
    • Uzbekistan
    • Maldives
    • Filipina
    • Perancis
    • Switzerland
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Singapore
  • Indonesia
  • Thailand
  • Vietnam
  • China
  • Jepun
  • Korea
  • Lagi
    • Cambodia
    • India & Pakistan
    • Balkan
    • Australia
    • Turki
    • Uzbekistan
    • Maldives
    • Filipina
    • Perancis
    • Switzerland
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
Melancong.my
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
Promosi Terhad Promosi Terhad Promosi Terhad
Halaman Malaysia Pakej Sabah

20 Aktiviti Tempat Menarik Di Tuaran Tamparuli Kiulu Sabah

Tuaran, Tamparuli & Kiulu kini tarikan terbaru pesat membangun dari segi eko dan agro-pelancongan

Hasrul Wayne Oleh: Hasrul Wayne
2 September, 2024
Kategori: Pakej Sabah
Masa Bacaan: 3 mins read
20.2k 204
A A
0
tempat-menarik-di-tuaran
21.3k
VIEWS
FacebookTwitterPin
PROMO TERHAD PROMO TERHAD PROMO TERHAD
IKLAN / PROMOSI TERHAD

 

Tuaran, Tamparuli dan Kiulu kini menerima tempias terhadap kemasukan pelancongan dari Kota Kinabalu.

Destinasi-destinasi ini mempunyai tarikan dan keunikannya tersendiri. Bandar Tuaran bersempadan dengan tiga sisi oleh Sungai Tuaran.

Ia terletak 34 kilometer utara ibu negeri Kota Kinabalu, dan terletak secara strategik di sepanjang lebuh raya utama yang menghubungkan Kota Kinabalu dengan utara Sabah.

Promo Hotel Promo Hotel Promo Hotel
IKLAN / PROMOSI TERHAD

Tamparuli pula adalah sebuah pekan kecil dan sebahagian daripada bandar Tuaran di pantai barat Sabah.

Ia dihuni terutamanya oleh orang-orang Dusun asli, sementara masyarakat sebilangan cina menjalankan sebahagian besar kedai di pekan ini.

Kiulu pula adalah tarikan terbaru dan juga merupakan sebahagian daripada daerah Tuaran namun memiliki tarikan tak kurang hebatnya dengan aktiviti eco-pelancongan seperti merakit di sungai berjeram dan hidup seperti masyarakat tradisi di sini.

Promo-Banner-Sabah

  • Lihat Pakej Percutian Popular di Tuaran
  • Lihat Penginapan Terbaik di Tuaran
  • Lihat Aktiviti Popular di Tuaran
  • Lihat Peta Percutian di Tuaran

Pin

  • 1 Pemandangan Jambatan Gayang Tuaran
  • 2 Cowboy Town Sabandar Tuaran
  • 3 Pantai Sabandar & Leisure Ride
  • 4 Taman Buaya Tuaran Tuaran Crocodile Farm
  • 5 Borneo Ant House Tuaran
  • 6 Bukit Nomburungui Trail
  • 7 Peak of Hope Tuaran
  • 8 Linangkit Cultural Village
  • 9 Borneo Kellybays
  • 10 Jambatan Tamparuli
  • 11 Chanteek Borneo Indigenous Museum
  • 12 Rumah Terbalik Tamparuli
  • 13 Murug-Turug Eco Tourism (MTET)
  • 14 Kiulu Farmstay
  • 15 Kiulu White Water Rafting
  • 16 Zip Borneo Kiulu
Mari kita lihat aktiviti-aktiviti dan tempat menarik di Tuaran, Tamparuli dan Kiulu”


Pemandangan Jambatan Gayang Tuaran

Pemandangan Jambatan Gayang Tuaran
Pemandangan Jambatan Gayang Tuaran

Tuaran ialah ibu kota Daerah Tuaran di Bahagian Pantai Barat Sabah. Penduduknya dianggarkan sekitar 128,200 pada 2019 dengan separuh penduduknya terdiri daripada etnik Dusun, kebanyakan subkumpulan etnik Lotud serta berketurunan Bajau.

Ianya hanya terletak 32 kilometer dari ibu negeri, Kota Kinabalu. Tuaran terkenal dengan ‘mee Tuaran’ yang terkenal dari kalangan pelancong datang untuk merasainya.

Jambatan Gayang merupakan diantara destinasi yang kerap disebut oleh penduduk setempat dan pelancong yang berkunjung ke sini. Ia merupakan lokasi yang turut dikenali oleh pemancing. Sebelum jambatan ini dibina, pemancing hanya boleh memancing di sekitar tebing sungai sahaja.

Gayang merupakan nama yang diambil daripada sebuah perkampungan yang berada berdekatan dengan jambatan ini. Tarikan utama di Jambatan Gayang adalah pemandangannya yang mengasyikkan terutamanya jika anda berkesempatan untuk melihat matahari terbit.


Cowboy Town Sabandar Tuaran

Cowboy Town Sabandar Tuaran
Terletak di bandar kecil Tuaran, Sabandar Cowboy Town adalah segala yang dapat diimpikan oleh peminat Wild West

Kalau anda lihat di Malaysia, setiap negeri pasti akan ada satu tempat tarikan yang agak unik dan “rare”. Sebagai contoh, jika di negeri-negeri di Semenanjung Malaysia, anda boleh temukan taman tema, Legoland dan macam-macam lagi, negeri Sabah juga tidak ketinggalan dengan adanya Cowboy Town Sabandar.

Ia terletak di Tuaran dan mempunyai suasana ala-ala cowboy sekaligus memberikan anda suatu pengalaman yang sukar untuk anda temukan di tempat lain.

Pakej Kundasang Pakej Kundasang Pakej Kundasang
IKLAN / PROMOSI TERHAD

Kecantikan tempat ini memang tidak dapat dinafikan lagi kerana ia sering penuh dengan pengunjung yang ingin bergambar terutamanya pada musim persekolahan. Aktiviti paling menarik untuk dilakukan disini adalah menunggang kuda.


Pantai Sabandar & Leisure Ride

Pantai Sabandar
Pantai Sabandar yang sangat luas nun jauh mata memandang

Jika anda berkesempatan, jangan lepaskan peluang untuk berkunjung ke Pantai Sabandar. Pemandangan disini sangat memukau sesiapa sahaja yang melihatnya. Selain itu ia turut menyediakan kemudahan seperti kedai runcit dan gerai makan.

Jadi, sangat sesuai untuk anda menenangkan fikiran sambil menikmati hidangan setempat disini.

Leisure ride pula menjadi popular kerana anda boleh menunggang kuda disini. Tema yang diketengahkan adalah tema cowboy dan ia juga mempunyai hari khas dimana anda boleh menempah untuk melakukan sesi photoshoot di tepi pantai bersama kuda atau didalam trek yang disediakan.


Taman Buaya Tuaran Tuaran Crocodile Farm

Tuaran Crocodile Farm
Aksi mendebarkan di Tuaran Crocodile Farm

Tuaran Crocodile Farm telah dibina dan dibuka pada tahun 2004 sebagai pusat perlindungan bagi hampir 5000 ekor buaya. Antara spesies buaya yang ada disini ialah buaya tembaga, buaya nile, buaya aqua dan juga buaya gharial.

Tanah seluas 11 ekar yang menempatkan Tuaran Crocodile Farm ini juga turut menempatkan haiwan-haiwan lain seperti anaconda, burung unta, rusa dan bermacam jenis ikan.

Ikan keli dan ikan koi merupakan diantara tarikan utama disini kerana pengunjung sentiasa ternanti-nanti untuk memberi makan kepada ikan-ikan tersebut.


Borneo Ant House Tuaran

Borneo Ant House Tuaran
(B.A.H) Borneo Ant House

Bagi anda yang sering tertanya-tanya bagaimana semut boleh hidup didalam tanah dan bagaimana struktur sarang semut, Borneo Ant House akan memberikan anda jawapannya. Ia merupakan galeri bawah tanah yang pertama yang ada di Malaysia.

Sebaik sahaja anda masuk kesini, anda dapat melihat dinding yang dipenuhi dengan semut. Anda juga akan temukan sekitar 463 replika semut disini. Terdapat sebuah lagi galeri yang mempamerkan budaya daripada 4 kumpulan etnik iaitu Bajau, Dusun Lotud, Iban dan Bidayuh.

Anda juga boleh menikmati “canopy walk”, melawat rumah pokok versi moden dan juga menikmati hidangan di kafeteria yang disediakan.


Bukit Nomburungui Trail

Bukit Nomburungui Trail
Bukit Nomburungui Trail | CC: @rosli_ms

Bukit Nomburungi Trail merupakan salah satu lokasi tumpuan bagi mereka yang gemar untuk hiking. Pemandangan yang anda boleh lihat di sepanjang perjalanan merupakan sesuatu yang sangat digemari oleh para pencinta alam.

Ia bukan sahaja terkenal dalam kalangan pengunjung tempatan, malah ada yang dari luar negara sanggup datang ke sini semata-mata untuk menikmati sendiri keunikan yang ditawarkan oleh Bukit Nomburungui Trail ini.

Apa yang lebih menarik adalah apa yang menanti anda pada penghujungnya iaitu air terjun yang sangat menyegarkan. Bayangkan sebuah pendakian yang diakhiri dengan air terjun. Memang berganda-ganda kepuasannya.


Peak of Hope Tuaran

Peak of Hope Tuaran
Peak of Hope Tuaran | CC: @ladyDalie

Lokasi ini terletak di Tuaran, Sabah dan ia merupakan sebuah destinasi pelancongan, percutian dan aktiviti lasak yang masih baru. Destinasi ini sangat sesuai bagi anda yang gemarkan aktiviti lasak seperti ATV dan juga paragliding.

Walaupun masih baru, Peak of Hope Tuaran ternyata begitu cepat untuk menjadi terkenal dalam kalangan pelancong tempatan dan juga antarabangsa. Ia dibuka kepada umum pada hari Isnin hingga Ahad dan waktu operasinya adalah dari pukul 10 pagi ke 5 petang.


Linangkit Cultural Village

Linangkit Cultural Village
Dusun Lotud -Linangkit Cultural Village

Anda jenis yang sukakan percutian kebudayaan? Linangkit Cultural Village merupakan destinasi yang terbaik untuk anda dimana anda boleh mengalami sendiri kehidupan masyarakat Lotud yang merupakan salah satu daripada 32 kumpulan etnik di Sabah.

Ia terletak di Kampung Selupoh yang mana jaraknya sekitar satu jam pemanduan daripada Kota Kinabalu.

Alami sendiri suasana aktiviti seharian masyarakat Lotud menerusi bantuan “tour guide”, mencuba sendiri pakaian tradisional, melihat demonstrasi pembuatan kraftangan, pelajari cara penyediaan masakan tradisional, menjala ikan, persembahan kebudayaan, river cruise dan juga melihat kelip-kelip.


Borneo Kellybays

Borneo Kellybays
Kedudukan Borneo Kellybays yang sangat strategik

Bagi anda yang menggemari persekitaran alam semulajadi, Borneo KellyBays merupakan destinasi terbaik untuk anda kunjungi. Ia sangat sesuai untuk anda yang datang bersama keluarga atau dalam kumpulan.

Antara aktiviti yang anda boleh lakukan disini adalah, berkhemah, bola tampar pantai, permainan-permainan yang mencabar, sukan air, memancing dan juga menangkap ketam. Ia terletak di Kampung Laya Laya di Tuaran.

Apa yang dinyatakan tadi adalah aktiviti waktu siang. Bagi aktiviti malam pula, anda boleh pelajari cara untuk mencanting batik dan juga melihat demonstrasi batik. Anda juga boleh menikmati unggun api atau santai-santai sambil minum di tepi pantai.


Jambatan Tamparuli

Jambatan Tamparuli
Jambatan gantung ini terkenal sebagai Jambatan Tamparuli merupakan tarikan popular untuk perhentian foto di bandar ini

Tamparuli ialah sebuah pekan kecil dan sebuah daerah kecil Tuaran di pantai barat Sabah. Ia dihuni terutamanya oleh orang Dusun asli, manakala sebilangan besar komuniti Cina adalah peniaga di pekan ini.

Tamparuli terkenal dengan jambatan gantung yang panjang atau juga dikenali sebagai ‘Jambatan Tamparuli’ yang terletak di tengah-tengah Tamparuli. Terdapat juga sebuah lagu yang dinamakan sempena jambatan yang digubah oleh seorang mendiangpenyanyi Sabah.

Jambatan Tamparuli merupakan sebuah jambatan yang terletak di sebuah pekan kecil yang bernama Tamparuli. Majoriti penduduk pekan Tamparuli ini berbangsa Dusun dan juga Cina. Jambatan Tamparuli merupakan sebuah jambatan panjang tergantung dan terletak betul-betul di tengah pekan Tamparuli.

Pernah dengar lagu Jambatan Tamparuli? Kami tak pasti jika sekarang masih ada lagi dinyanyikan lagu ini di sekolah dalam mata pelajaran muzik. dan lagunya dipopularkan oleh seorang penyanyi Sabah suatu masa dahulu.


Chanteek Borneo Indigenous Museum

Chanteek Borneo Indigenous Museum
Chanteek Borneo Indigenous Museum

Ramai yang kata, kalau anda nak kenal dan alami sendiri kekayaan warisan kebudayaan masyarakat di negeri Sabah, anda wajib dikunjungi Chanteek Borneo Indigenous Museum. Ia merupakan sebuah galeri peribadi yang mempamerkan kostum mini yang merupakan replika kepada kostum sebenar masyarakat di Sabah.

Disini juga menghimpunkan kesemua koleksi kostum lebih daripada 40 kumpulan etnik dan anda juga boleh mencuba sendiri mewarna batik selain menikmati alunan muzik tradisional disini.


Rumah Terbalik Tamparuli

Upside Down House Sabah
Upside Down House Sabah

Diterjemahkan secara harfiahnya sebagai ‘Rumah Yang Dibina Terbalik – Atap di bawah, lantai di atas’, Rumah Terbalik yang berada di Tamparuli ini merupakan yang pertama seumpamanya di Asia Tenggara dan merupakan antara lima struktur terbalik di dunia.

Terdapat tiga di Eropah dan satu lagi di Jepun. Rumah ini siap dibina pada tahun 2012, dan telah disenaraikan sebagai keajaiban seni bina dalam Malaysia Book of Records dan menjadi salah satu tempat menarik di Kota Kinabalu untuk anda kunjungi.

Lawatan bersama pemandu pelancong yang akan menjelaskan kepada pengunjung akan perbezaan hiasan dan ciri-ciri yang terdapat di dalam rumah Melayu sekitar tahun 1980-an.

Kesemua yang ada di dalam rumah ini, daripada perabot kepada perkakasan dalam rumah seperti cicak, berlegaran di atas kepala anda.

Malah, terdapat sebuah kereta terbalik diletakkan di luar!

Rumah terbalik ini terletak di batu 21, Jalan Telibong, Tamparuli, kira-kira 40 minit dari Kota Kinabalu. Layari laman web www.upsidedownhouse.com.my untuk maklumat lanjut.

Rumah Terbalik Tamparuli atau turut dikenali sebagai Upside Down House Sabah merupakan salah satu daripada lima binaan terbalik yang ada di dunia. Tiga daripadanya boleh ditemukan di Eropah dan satu lagi terletak di negara Jepun.

Disini, segalanya adalah terbalik. Ia termasuklah perabot, meja makan, dapur dan kereta yang ada di garaj. Tarikan terbaru yang ada disini adalah 3D Wonders Museum dimana anda akan menikmati pengalaman 3D yang agak sukar untuk anda temukan di tempat lain.

Ia merupakan muzium 3D terbesar yang ada di Borneo dan juga satu-satunya yang menekankan kepentingan memelihara alam semulajadi.


Murug-Turug Eco Tourism (MTET)

Murug-Turug
Air Terjun Murug-Turug | CC: Sabah Tourism

Murug Turug Eco Tourism (MTET) juga turut dikenali sebagai Air Terjun Murug Turug. Ia terletak di kampung Minangkob. Ia merupakan sebuah destinasi yang sangat sesuai untuk aktiviti riadah dan sangat sesuai juga bagi anda yang gemarkan ketenangan alam semulajadi.

Aktiviti utama disini adalah menikmati keindahan air terjun, mandi manda dan juga hiking. Uniknya disini adalah anda boleh mencuba kasut kampung yang diperbuat daripada getah dan sangat sesuai dipakai di kawasan ini.

Ia terletak sekitar 15 kilometer dari pekan Tamparuli dan anda boleh menggunakan pengangkutan sendiri untuk datang ke sini.


Kiulu Farmstay

Kiulu Farmstay
Terletak di Sungai Kiulu adalah Kiulu Farmstay yang indah, sebuah projek ekopelancongan berasaskan komuniti

Lembah Kiulu ialah sebuah kawasan kecil di Daerah Tuaran dengan populasi lebih 2,000 orang. Namanya (Kiulu) berasal daripada tumbuhan yang dipanggil Tulu, iaitu buluh kecil yang biasa tumbuh di tebing sungai.

Lembah Kiulu komited untuk menggunakan sumber tempatan (penginapan, aktiviti dan orang ramai), mengekalkan amalan budaya yang unik dan membangunkan pelancongan luar bandar melalui latihan hos dan menghubungkan homestay dengan produk atau aktiviti sekitar.

Kiulu Farmstay merupakan sebuah komuniti yang berkonsepkan “ecotourism” dimana anda akan berpeluang untuk menikmati dan mengalami sendiri perasaan hidup di dalam 3 jenis perkampungan dan komuniti yang berbeza iaitu Kampung Mantob, Kampung Dumpiring dan Kampung Pinagon Baru.

Anda boleh memilih untuk tinggal di bilik yang disediakan atau lebih “mesra alam” dengan tinggal di dalam khemah. Antara aktiviti yang boleh dilakukan disini ialah menunggang kerbau, “quad biking” , “river tubing”, “fish spa”, mendaki dan “white water rafting”.


Kiulu White Water Rafting

Aktiviti Santai Kiulu White Water Rafting
Merakit sejauh 15km, menjadikannya perjalanan arung jeram terpanjang di Borneo

Kiulu White Water Rafting merupakan salah satu aktiviti yang sangat sesuai bagi anda yang tidak gemarkan aktiviti yang terlalu ekstrim. Ia boleh dikira sebagai sederhana mencabar dan agak menenangkan.

Jarak paling jauh yang ada adalah sekitar 15 kilometer dan paras air bagi laluan ini agak tinggi. Laluan satu lagi pula adalah sepanjang 7 kilometer dan paras air disini adalah sederhana.


Zip Borneo Kiulu

Zip Borneo Tamparuli
Aksi Mencabar di Zip Borneo Tamparuli

Zip Borneo merupakan sebuah lokasi yang sangat sesuai bagi anda yang menggemarkan aktiviti ekstrim dimana anda mempunyai begitu banyak pilihan cabaran bergantung kepada keupayaan anda. Tarikan utama disini adalah zip-line ber ketinggian 320 meter yang merentasi Sungai Kiulu dan anda akan mendarat terus didalam hutan.

Ia juga turut menyediakan aktiviti yang sesuai bagi anak-anak yang berumur 6 tahun keatas, jadi ia juga sangat sesuai untuk kunjungan bersama keluarga. Tarikan lain yang ada disini adalah “wall climbing”, “abseiling” dan “high rope”.

Anda tak perlu risau mengenai soal keselamatan kerana ia memang sangat-sangat mematuhi standard keselamatan dan staf-staf disini juga merupakan staf yang terlatih.


Bersambung…

Tags: tempat menarik di kiulutempat menarik di tamparuli
Trip Promo Trip Promo Trip Promo
IKLAN / PROMOSI TERHAD
Hasrul Wayne

Hasrul Wayne

Editor di Melancong.my, meminati dunia pelancongan. Jika anda ada sebarang idea untuk diketengahkan, hubungi kami untuk selanjutnya: tentang kami.

Artikel+ Bersambung

Pakej Sabah

30 Aktiviti Tempat Menarik di Tawau Terkini

  Apa aktiviti dan tempat menarik di Tawau yang boleh dikunjungi? Adakah Tawau berbaloi untuk percutian? Hal ini sering menjadi...

Oleh: Hadi Ghazali
8 Jun, 2026
30.7k
empat Menarik Di Kundasang Ranau
Pakej Sabah

55 Tempat Menarik Di Kundasang Ranau Sabah Terkini

  Kundasang adalah sebuah bandar di daerah Ranau di Sabah, Malaysia yang terletak di sepanjang tebing Lembah Kundasang. Ia terletak...

Oleh: Hasrul Wayne
29 April, 2026
45.9k
Selanjutnya

Tinggalkan Balasan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *


TREND PAKEJ |PROMOSI TERKINI

Pakej Scandinavia 2026

REKOMEN

Tempat Menarik di Bukit Tinggi

12 Tempat Menarik di Bukit Tinggi Paling Popular

15 Jun, 2026
35.7k
blank

43 Aktiviti Tempat Menarik di Janda Baik Terkini

2 Mac, 2026
88.7k
tempat menarik di kelantan

40 Tempat Menarik di Kelantan Terkini

23 Mac, 2026
31.4k
Tempat menarik di Kuantan

42 Tempat Menarik di Kuantan Terkini

28 Mac, 2026
87.9k
tempat-menarik-di-johor-bahru

30 Tempat Menarik di Johor Bahru Terkini Berserta Tentatif Percutian

9 Jun, 2026
94.3k
tempat menarik di dabong Kelantan

10 Aktiviti Tempat Menarik di Dabong Kelantan

5 Ogos, 2024
25.3k
Selanjutnya
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan

PAKEJ POPULAR |TERKINI 2026

Pakej-Kundasang-2026-FullTour

Pakej-Osaka-Jepun-Muslim

hotel promo hotel promo hotel promo
IKLAN / PROMOSI TERHAD
  • Langgan
  • Tentang Kami
  • Polisi
  • Terma dan Syarat
  • Hubungi Kami

© 2026 Melancong.my

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Indonesia
  • Singapore
  • Thailand
  • Vietnam
  • Cambodia
  • China
  • Korea
  • Jepun
  • Australia
  • India & Pakistan
  • Turki
  • Balkan
  • Uzbekistan
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami

© 2026 Melancong.my