fbpx
Melancong.my
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
SEBUTHARGA
PAKEJ TERKINI
  • Malaysia
  • Cruise
  • Singapore
  • Indonesia
  • Thailand
  • Vietnam
  • China
  • Jepun
  • Korea
  • Lagi
    • Pulau
    • Cambodia
    • India
    • Balkan
    • Australia
    • Turki
    • Uzbekistan
  • Malaysia
  • Cruise
  • Singapore
  • Indonesia
  • Thailand
  • Vietnam
  • China
  • Jepun
  • Korea
  • Lagi
    • Pulau
    • Cambodia
    • India
    • Balkan
    • Australia
    • Turki
    • Uzbekistan
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
Melancong.my
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
Halaman Malaysia Pakej Sabah

Tips Cadangan Itinerary Kota Kinabalu Kundasang & Sekitar [REKOMEN]

Ramai yang berminat untuk melancong ke Kota Kinabalu & Sekitarnya, Artikel ini membantu anda merancang percutian

Hasrul Wayne Oleh: Hasrul Wayne
29/03/2021
Kategori: Pakej Sabah
Masa Bacaan: 7 mins read
15.4k 155
A A
3
Aksi-mari-mari-culture-village-blowpipe
13.9k
SHARES
16.2k
VIEWS
FacebookTwitterPin
IKLAN / ADVERTISEMENT

Pin

  • 1 Hari Pertama: Santai di Kota Kinabalu & Menikmati Malam di ‘Waterfront’
  • 2 Hari Kedua: Tamparuli – Taman Kinabalu – Air Panas Poring & Laluan Kanopi
  • 3 Hari Ketiga: ‘Island Hopping’ Pulau Berkembar Manukan & Sapi
  • 4 Hari Keempat: Melawat Hidupan Lok Kawi & Mencari Kunang-Kunang di Sungai Klias
  • 5 Hari Kelima: Melihat Kehidupan Pribumi Sabah di ‘Mari-Mari Cultural Village’
  • 6 Hari ke Enam: Berakit di ”Kulu White Water Rafting’
  • 7 Hari Ke Tujuh: ‘Goodbye Kota Kinabalu & Home Sweet Home’
  • 8 Benda Yang Anda Patut Bawa Ketika Melancong di Kota Kinabalu
  • 9 Perkara Anda Patut Tahu Ketika Bercuti di Kota Kinabalu
  • 10 Perkara Anda Patut Tahu Tentang ‘Water Rafting’
Cadangan itinerary Kota Kinabalu Kundasang: Ramai yang tertanya-tanya. Bagaimana sesuatu aktiviti pelancongan di Borneo dijalankan terutamanya di Kota Kinabalu Sabah? Apakah yang akan dilakukan oleh pihak penyedia pakej kami?

Bagaimana ianya dilakukan dan bila waktu bergerak ke destinasi pelancongan? Kami pasti banyak lagi soalan yang ingin anda bertanyakan.

Pakej-Percutian-Sabah

Sesuatu aktiviti pelancongan sangat bergantung kepada kehendak pelanggan yang ingin bercuti terutamanya destinasi-destinasi yang menarik.

Perkara seterusnya adalah berkait rapat dengan fasiliti dan kemudahan yang disediakan di kawasan pelancongan tersebut. Kami berikan anda satu contoh aturcara yang cukup unik dengan pakej percutian selama 7 hari 6 malam di Kota Kinabalu, Sabah.


Hari Pertama: Santai di Kota Kinabalu & Menikmati Malam di ‘Waterfront’

Signal Hill Kota Kinabalu

  • Lihat Pakej Percutian Popular Kota Kinabalu
  • Lihat Penginapan Terbaik di Kota Kinabalu
  • Peta Lokasi Kota Kinabalu

Tiba di Kota Kinabalu, ibu negeri Sabah, atau juga dikenali sebagai ‘Negeri Dibawah Bayu’.

Jika anda tiba pada sebelah petang dengan penerbangan dari KLIA atau KLIA II, anda akan disyorkan untuk melakukan aktiviti bebas seperti melawat ke pasar-pasar pada waktu petang seperti di Pasar Budaya dan Pasar Filipina untuk menikmati suasana waktu petang di ‘Waterfront Kota Kinabalu’.

Kota Kinabalu Sabah Jesselton Point

Ketika tiba, sambutan hangat dari krew pelancongan kami dan anda akan dibawa ke hotel penginapan yang telah ditempah.

IKLAN / ADVERTISEMENT

Juga kebiasaannya kami mencadangkan untuk anda menginap di hotel sekitar ‘waterfront’ bagi memudahkan pergerakan anda. Banyak cafe-cafe dan tempat-tempat menarik yang ada di kawasan ini.

Pasar Ikan Masin Kota Kinabalu

Sepanjang hari adalah aktiviti ‘Free & Easy’ akan dilakukan dan kemudiannya anda perlu berehat diwaktu malam untuk bersedia dengan aktiviti seterusnya pada keesokan hari.

Namun, jika anda tiba pada siang hari, kami akan mencadangkan untuk anda membuat lawatan sekitar Kota Kinabalu seperti di Muzium Sabah, Menara Yayasan Sabah dan pelbagai lagi.


Hari Kedua: Tamparuli – Taman Kinabalu – Air Panas Poring & Laluan Kanopi

Jambatan Tamparuli

Selepas bersarapan, kita akan bertemu di ruangan lobi penginapan dan akan meneruskan aktiviti dengan perjalanan selama setengah jam memandu ke Pekan Tamparuli.

Anda berpeluang melawat Kedai Papan Bersejarah dan melalui ‘Jambatan Tamapruli’, iaitu jambatan gantung yang menjadi lambang popular pekan Tamparuli bagi mendapatkan rasa suasana kehidupan kampung.

Kinabalu Park Mountain View

Selepas itu, kita akan menyambung perjalanan ke lembah Kinabalu. Perjalanan akan mengambil masa lebih kurang 1 jam setengah yang mana akan melalui perkampungan dan ladang padi di sepanjang perjalanan pendakian melalui Banjaran Crocker.

Ketika di dalam perjalanan juga, kita akan melakukan penerangan di hentian Nabalu. Nabalu adalah lokasi dimana penduduk tempatan melakukan aktiviti jualan hasil bumi dan pertanian serta kraftangan.

IKLAN / ADVERTISEMENT

Botanical Kinabalu Park

Ketika sampai di ‘Kinabalu Park‘, anda akan segera merasa perubahan suhu & tekanan udara. Nikmatilah udara segar dan sejuk meskipun di waktu tengahari.

Sepanjang perjalanan meredah laluan semulajadi, anda akan menikmati keindahan ‘Botanical Garden’ & sekiranya cuaca baik anda berpeluang melihat pemandangan Gunung Kinabalu yang sangat indah dan kami jamin anda akan amat teruja dengan perasaan baru itu.

Spesies Burung di Kinabalu Park-2

Keindahan Kinabalu ditambat dengan kira-kira 4500 spesies tumbuhan termasuk 1500 spesies orkid, 77 adalah memang berasal dari Kinabalu. Taman ini turut melindungi 289 spesies burung dan 290 sebagai kupu & rama-rama.

Selepas penat, seterusnya adalah untuk makan tengahari di restoran terpilih tempatan.

Poring Hot Spring Ranau

Selesai makan seterusnya adalah bergerak ke ‘Poring Hot Spring’ salah satu tarikan yang ada di sini. Lebih kurang 40 KM dari Kinabalu Park. Poring Hot Spring mendapat nama dari buluh panjang yang wujud disitu.

Di sana, terdapat tempat mandian ‘Japanese Bath‘ yang mana pelancong boleh merendam kaki dan membiarkan tindak balas air sulfur menyegarkan anda, yang dipercayai dapat memberikan kelebihan kesihatan.

Poring canopy walk

Pelancong juga boleh melalui ‘Treetop Canopy Walk’ yang mana jambatan tergantung di atas hutan tropika dan alami ketinggian 41 meter dari atas tanah dengan kepanjangan sejauh 157 meter.

Pendakian selama 20 minit diperlukan untuk sampai ke Laluan Kanopi. Selepas berehat menghilangkan penat, seterusnya mengucapkan selamat tinggal dan kembali ke penginapan.


Hari Ketiga: ‘Island Hopping’ Pulau Berkembar Manukan & Sapi

Manukan Island

Selesai sarapan dan bertemu di lobi kita terus berangkat ke jeti untuk 20 minit menyelusuri ombak dengan bot laju yang pastinya membuat anda seronok dan teruja menuju ke taman terkenal ‘Tunku Abdul Rahman Park’.

Taman marina ini terdiri daripada 5 gugusan pulau yang indah dan menarik. Keindahan terumbu karang dengan air cetek yang menampakan hidupan laut berenangan di dasarnya yang jernih, dan pastinya pantai indah memutih. Wow!

Sapi & Manukan Island

Hentian pertama adalah Pulau Manukan, yang mana anda boleh menyenangkan hati dengan kejernihannya dengan air kristal, lantunan cahaya matahari pagi sambil angin berdesiran ke pantai meniup anda yang sedang asyik membaca buku di tangan, ataupun memilih untuk menikmati pemandangan hidupan laut dengan memberi makan ikan yang berenang-renangan.

Luangkan dan manjakan diri anda dipulau ini sebelum anda bergerak ke pulau seterusnya iaitu ke Pulau Sapi. Dengan bot laju mengambil masa 10 minit untuk menikmati hidangan BBQ yang pastinya menyambut perut anda yang sedang lapar.

Parasailing Sapi Island

Setelah menikmati juadah tengahari anda, aktiviti seterusnya adalah meredah laluan hutan ringkas atau berenang atau boleh juga melakukan aktiviti air seperti snorkeling, Parasailing.

Inginkan keseronokan maksimum? Penuhi aktiviti anda juga dengan Banana Boating, Fly-Fishing dan Windsurfing dengan tambahan bayaran ketika berada disana.

Banana Boat Sapi Island

Nakkan ketenangan? Anda juga boleh berendam atau bersantai di pantai menikmati matahari tropika. Selain itu juga anda boleh mencuba Sea Walking Adventure,di ‘Sapi Island’ yang mana anda akan memakai Sistem Helmet Selaman Khas dan menyelam di dasar laut.

Sambil berjalan di permukaan melakukan aktiviti menyentuh tumbuhan laut, dan karang dan bermain dengan ikan sambil memberi makan.

Sea Walking Adventure

Untuk menikmati keseronokan ini anda tidak perlu mempunyai kemahiran berenang atau menyelam.

Selepas hampir petang, bersedia untuk berangkat dari pulau dengan menunggu di jeti untuk menanti ketibaan bot pulang ke jeti Kota Kinabalu, seterusnya kami akan menghantar anda kembali ke penginapan.


Hari Keempat: Melawat Hidupan Lok Kawi & Mencari Kunang-Kunang di Sungai Klias

Putatan Sabah Lok Kawi Wildlife Park

Untuk aktiviti hari keempat anda akan lebih mengenali tentang haiwan-haiwan dan habitat liar. Pada sebelah pagi kita akan bertolak ke Penampang, lebih kurang perjalanan menaiki kenderaan sejauh 15 kilometer.

di Taman Hidupan Lok Kawi atau juga dikenali sebagai ‘Lok Kawi Wildlife Park’ anda akan melihat pelbagai hidupan yang memang berasal dari hutan Borneo.

Beruang di Lok Kawi

Taman ini terdiri daripada dua komponen: zoologi dan botani. Objektif utama taman ini adalah untuk menjadi taman berorientasikan keluarga dan penekanan diberikan pada zoo kanak-kanak.

Antara haiwan yang ada ialah adalah gajah Borneo Pygmy, monyet Proboscis, harimau Malaya, serta beberapa spesies rusa yang berlainan.

gajah Borneo Pygmy

Komponen botani, sebaliknya; menawarkan pelawat peluang untuk melakukan ‘jungle trekking’ sepanjang jejak botani ini. Jejak yang berturap adalah lebih kurang 1.4 kilometer.

Walau bagaimanapun, untuk berjalan-jalan santai, pelawat hanya dinasihatkan untuk berjalan separuh di sepanjang laluan ini.

orangUtan di Lok Kawi

Selain itu, tarikan utama di taman ini adalah pertunjukkan burung-burung yang sangat menarik. Ditambah lagi anda berpeluang menyaksikan kehidupan OrangUtan yang sangat ramah dan pelbagai ragam.

monyet Proboscis sungai Klias

Setelah selesai melawat taman hidupan haiwan dan botani tadi, kita akan singgah makan tengah hari ketika dalam perjalanan menuju ke kawasan Beaufort untuk melakukan aktiviti pelayaran di atas sungai Klias. Ianya juga dikenali sebagai ‘Klias Wildlife River Cruise‘.

Kita akan memulakan perjalanan menuju ke Semenajung kota Klias (lebih kurang perjalanan 112 km dari Bandaraya Kota Kinabalu), dan melalui beberapa perkampungan etnik, pekan-pekan kecil seperti juga daerah Beaufort dan Kuala Penyu. Setibanya di sana, anda akan dihidangkan dengan High Tea tempatan sebelum terus ke bot pemandangan ‘River Cruise’.

Bornean Bristlehead

Semasa melakukan pelayaran di sungai Klias, anda berpeluang melihat pelbagai haiwan hidupan liar dengan habitat semulajadi terpelihara seperti monyet berekor panjang dari spesies ‘Long Tail Macaque‘, aneka burung seperti Raja Udang (Kingfisher), helang, burung besar dari spesies ‘Darter’, dan sudah pastinya monyet dari spesies ‘Proboscis’ atau lebih dikenali Bayau.

Anda akan dapat membezakan kelainan jantina Bayau dengan melihat perwatakan mereka yang unik.

Klias Wildlife River Cruise

Pemandu pelancong akan menerangkan anda tentang habitat di sepanjang sungai ini termasuk hidupan liar yang ada disini. Ketika anda belayar sehingga kegelapan mula menyelubungi, perlahan-lahan anda akan menjumpai kelipan seakan lampu krismas yang diterangi oleh serangan dari jenis kelip-kelip (Fireflies).

Bagaimanapun semua kelibat muncul jika cuaca mengizinkan, dan jika bertuah/ rezeki, anda akan dapat melihat keindahan ini. Malah anda juga berpeluang untuk melihat aktiviti kehidupan di waktu malam seperti Musang Terbang atau Kelawar Malam.

Kunang-Kunang

Pastikan juga anda membawa teropong untuk mendapatkan penglihatan yang jelas dan memuaskan ketika terjumpa kelibat haiwan liar.

IKLAN / ADVERTISEMENT

Selepas keseronokkan ‘River Cruise’ ini anda akan kembali ke jeti untuk menjamu makan malam yang mana daging perap yang dihasilkan dari pelbagai kaedah, nasi, kentang dan sayur-sayuran. Selepas makan malam, kita akan bertolak ke Kota Kinabalu dan dihantar ke penginapan.


Hari Kelima: Melihat Kehidupan Pribumi Sabah di ‘Mari-Mari Cultural Village’

Kebudayaan-di-Sabah-Kota-Kinabalu-update

Sarapan di hotel dan kemudian bertolak ke Mari mari Cultural Village. Setibanya anda nanti, bersedialah untuk kembali ke zaman silam iaitu Zaman Dahulu Borneo melalui paparan seni bina tamadun yang unik, simulasi kehidupan, perayaan dan ritual zaman dahulu kala.

Juga, beramah mesralah dengan penduduk suku kaum disitu ketika anda memasuki rumah mereka dan melihat kekayaan budaya.

mari-mari-culture-village-river-bug

Jika anda inginkan pengalaman yang nyata, alamilah aktiviti kehidupan di kampung kecil itu yang mana rutin harian adalah berkisarkan kehidupan tradisional Sabah didepan mata anda sendiri.

Ambil peluang untuk melihat demonstrasi pembuatan BlowPipe / Serembung.

Aksi-mari-mari-culture-village-blowpipe

Cara menghidupkan api dengan buluh, cara menghasilkan tattoo tradisional, dan melihat dengan lebih dekat simbol unik yang ada pada masyarakat ini.

Anda juga berpeluang untuk melihat dengan lebih dekat demonstrasi cara memotong pokok Ara bagi menghasilkan pasu dan berpeluang menari sambil melompat untuk ‘Hadiah’ di atas binaan Lansaran, iaitu trampolin tradisional seperi lantai anjal.

mari-mari cultural village lompatan

Anda juga berpeluang mendapatkan sampel makanan dari setiap etnik seperti Montoku (bukan untuk muslim) dan menyaksikan cara memasak menggunakan buluh.

Selepas itu pergilah melihat persembahan pentas iaitu tarian kebudayaan oleh penduduk kampung. di pementasan ini, kami yakin anda pasti akan terpaku dengan persembahan yang disajikan kepada anda.

Penontion mari-mari cultural village

Melihat dan mencuba tarian bambu pasti membuat anda teruja. Warna-warni tarian serta alunan musik yang rancak bakal merubah hari anda pada waktu itu. Anda akan perasan banyak pelancong asing di lokasi percutian ini.

Selepas lawatan di ‘Mari-Mari Cultural Village’ anda boleh singgah di Salut Sepanggar untuk menikmati puding kelapa, kelapa bakar atau lokan bakar yang popular dan cukup sedap.

Kelapa & Lokan Bakar Salut
Kelapa & Lokan Bakar Salut

3 jenis makanan ini sangat popular dan rata-rata pelancong akan mencubanya. Setiap menu ini mempunyai rasa dan keunikan tersendiri.

Selepas berehat sebentar, kita akan menuju ke Gayang. Kawasan ini mempunyai pemandangan yang cantik berlatarbelakangkan Gunung Kinabalu.

Pemandangan Indah di Gayang Sabah

Jika bernasib baik anda akan dapat melihat pemandangan Gunung Kinabalu dari kawasan ini. Ianya mempunyai landskap matahari terbaik yang cukup menarik pada waktu pagi, pada waktu petang pula, pemandangnya juga cukup menawan hati.

Anda boleh memilih untuk menaiki bot dan berlayar menyusuri sungai muara di sini yang sangat cantik.


Hari ke Enam: Berakit di ”Kulu White Water Rafting’

Berkayak di Kiulu

Sarapan di hotel kemudian berjumpa di lobi sebelum bertolak ke Sungai Kiulu dalam lebih kurang 1 jam setengah perjalanan.

Penjelajahan akan melalui pemandangan indah kampung dengan kehidupan luas mata memandang padi yang menghijau serta latar belakang yang indah.

Pemandangan Indah Kiulu River

Setelah sampai, anda akan diberi penerangan tentang aspek keselamatan dan pelbagai panduan oleh ‘River Guide’. Koleksi peralatan rafting termasuk helmet, jaket keselamatan dan pad keselamatan turut disediakan.

Permulaan aktiviti merakit adalah dengan jarak sejauh 9 Kilometer melalui sungai Kiulu. Rasailah ‘adrenaline’ berkocak terus ke saluran darah ketika anda mendayung di permukaan air sungai yang berbonggol dengan batuan dengan kelajuan yang pasti mengejutkan anda.

Kiulu Water Rafting

Sambil itu nikmati juga pemandangan persisiran sungai hutan tropika yang indah ketika menyusuri sungai dan anda akan dapati pelbagai titik seperti Body Rafting, The Wall Rapid dan Holy Smoke Rapid.

Setelah sampai di titik terakhir, anda boleh bersalin baju baru dan nikmati hidangan BBQ tengah hari Sumptuous yang disediakan di Sungai Kiulu.

Kiulu Water Rafting

Selepas selesai jamuan kita boleh bergerak kembali ke tempat penginapan, rehat atau menghabiskan masa dengan aktiviti bebas. Antara aktiviti bebas yang anda boleh lakukan adalah membeli-belah.

Untuk mencari ole-ole di bawa pulang ke kampung halaman adalah sangat mudah. Anda boleh temukan pelbagai cenderahati dari pakaian, makanan dan juga perhiasan.

Melancong-ke-Kota-Kinabalu-Kraftangan

Anda boleh temukan perhiasan mutiara yang popular di kawasan komersial kraftangan seperti di Sinsuran dan Segama. Selain itu anda juga boleh temukan banyak kraftangan di pasar budaya.

Dapatkan snek ringan seperti keropok amplang dan keropok ikan yang pelbagai rasa.

Waktu Malam di Kota Kinabalu

Tidak kurang juga dengan makanan laut kering seperti gamat, sotong kering serta ikan kering yang murah-murah anda boleh dapatkan disini.

Pada sebelah malam pula, anda boleh ke ‘Pasar Filipin‘ atau ‘Dataran Todak/Ikan Marin‘ untuk menemukan pelbagai gerai masakan makanan laut pada harga berpatutan. Pendek kata anda boleh makan hingga kenyang.


Hari Ke Tujuh: ‘Goodbye Kota Kinabalu & Home Sweet Home’

Matahari-Terbenam-di-Tanjung-Aru

Jika penerbangan anda pada hari ketujuh pada sebelah petang. Anda boleh sambung untuk melakukan aktiviti membeli-belah di sekitar Kota Kinabalu. Terdapat juga pusat membeli-belah terkenal seperti ‘Imago Shopping Mall‘ atau ‘Suria Sabah Hypermall‘.

Jika anda bertuah, pada hari Ahad anda boleh berkunjung ke pasar ‘Gaya Street‘. Ianya dikenali sebagai tamu yang cukup terkenal dan mempunyai pelbagai produk yang boleh ditemukan. Ianya hanya diadakan setiap hujung minggu.

Berkunjung ke Mari-Mari Cultural Village

Baca Juga: 150 Aktiviti & Tempat Menarik Di Sabah: Paling Menyeronokan Di Borneo [POPULAR & RARE]


Setelah anda mendaftar keluar, kita boleh bergerak ke ‘Signal Hill‘ untuk melihat pemandangan sebenar bandaraya Kota Kinabalu dari tempat tinggi. Anda juga boleh memilih untuk singgah di kedai ‘Coffee & Sabah Tea‘, serta ‘Rumah Coklat‘ yang mana koko ditanam dan diproses di Sabah.

Selepas penat membeli belah, & jika berkesempatan anda boleh berehat santai di Pantai Tanjung Aru untuk menikmati matahari terbenam. Selepas itu kami akan membawa anda ke Lapang Terbang Kota Kinabalu untuk mengucapkan selamat tinggal dan sehingga berjumpa lagi di lain kesempatan.


Benda Yang Anda Patut Bawa Ketika Melancong di Kota Kinabalu

  • Kasut yang selesa
  • Baju hujan ringkas
  • Jaket sejuk
  • Teropong
  • Kamera
  • Losyen ‘Sunblock’
  • Selipar
  • Tuala
  • Tshirt/Baju Renang/ Trunk
  • Pakaian Tambahan
  • Peralatan Pembersih Peribadi
  • Penghalau serangga

 


Perkara Anda Patut Tahu Ketika Bercuti di Kota Kinabalu

  • Jika anda tiba di Lapangan Terbang Kota Kinabalu ketika hari lawatan anda, krew atau pemandu pelancong kami akan menyambut dan membawa anda dari lapangan terbang kemudian menaiki pengangkutan yang disediakan.
  • Kami tidak dapat menjamin keberadaan ‘Wildlife Sightings’ kerana ia bergantung pada cuaca dan keadaan.
  • Kami juga berhak untuk menentukan laluan, jadual masa, jadual aturcara dan tempahan penginapan adalah diluar kuasa kami untuk keperluan & permintaan anda.
  • Taman Kinabalu adalah tanah tinggi beraltitud 1500 meter dari paras laut, dan pastinya adalah sejuk.
  • ‘Canopy Walk’ adalah laluan berketinggian 60 meter dan tidak sesuai untuk mereka yang mengalami masalah jantung.

Perkara Anda Patut Tahu Tentang ‘Water Rafting’

  • Peserta perlu cergas dan sihat.
  • Peserta perlulah berumur dalam lingkungan 5 hingga 65 tahun.
  • Kanak-kanak dibawah umur 12 tahun perlu mendapat perhatian dari penjaga atau orang tua.
  • Sila maklumkan jika ada permintaan khas sebagai contoh: vegetarian.
  • Semua peserta adalah diharuskan mengisi borang ‘Liability’ sebelum melakukan aktiviti.

 

Kota Kinabalu Sabah Pakej Percutian

Kongsi5570Tweet3481Pin1254
Telegram Melancong.my Telegram Melancong.my Telegram Melancong.my
Sebelumnya

Tips Melancong Ke Pulau Redang Untuk Pertama Kali [PANDUAN]

Seterusnya

10 Tempat Menarik Di Chengdu, Sichuan: Melihat Panda [TERKINI]

Hasrul Wayne

Hasrul Wayne

Editor di Melancong.my, berasal dari Sabah dan meminati dunia pelancongan. Jika anda ada sebarang idea untuk diketengahkan, hubungi kami untuk selanjutnya: tentang kami.

Artikel+ Bersambung

Pulau Timba Timba
Pakej Sabah

15 Tempat Menarik di Semporna & Tawau [PILIHAN EKSOTIK POPULAR]

  Semporna, terletak di pantai tenggara negeri Sabah di Malaysia, adalah sebuah pekan & daerah di bahagian Tawau, Sabah. Semporna...

Oleh: Hasrul Wayne
02/04/2021
11.9k
Via Ferrata - Low's Peak Circuit
Pakej Sabah

[TERKINI] Tempat Paling Menarik Di Kundasang & Ranau Sabah

  Kundasang adalah sebuah bandar di daerah Ranau di Sabah, Malaysia yang terletak di sepanjang tebing Lembah Kundasang. Ia terletak...

Oleh: Hasrul Wayne
01/03/2021
7.1k
Selanjutnya
Seterusnya
pakej percutian chengdu

10 Tempat Menarik Di Chengdu, Sichuan: Melihat Panda [TERKINI]

Sinabung Gundaling

Bercuti di Medan & Melakukan Aktiviti Paling Menarik

4.5 2 votes
Penilaian Artikel
Langgan
Maklumkan saya
guest
guest
3 Komen
Popular
Terbaru Lama
Inline Feedbacks
View all comments
IKLAN / ADVERTISEMENT

Cadangan

Suasana Malam di Kuching

Cadangan Itinerary Terbaik Percutian Pakej Kuching Sarawak 4 Hari 3 Malam

24/02/2021
2.5k
Museum-Tsunami-at-night-in-Banda-Aceh

5 Tempat Paling Menarik Banda Aceh Indonesia

26/03/2021
416
Perkampungan Klasik Korea Selatan

Pakej Korea Musim Salji: Cadangan Percutian 5 Hari 4 Malam [POPULAR]

29/03/2021
2.9k
amalfi-coast-italy

20 Aktiviti & Tempat Menarik di Itali Serta Tips Percutian Terbaik [Panduan Lengkap]

10/06/2020
1.5k
IKLAN / ADVERTISEMENT

Sertai Telegram

Dapatkan tips & promo percutian terkini dihantar terus ke Telegram anda.

Telegram

Follow

Langgan Artikel

Network

  • Kenyir Eco
  • Malaysia Cruise
  • Sabah Trans

Pautan

  • Newsletter
  • Tentang Kami
  • Polisi
  • Terma dan Syarat
  • Hubungi Kami

Tentang Kami

Melancong.com.my adalah sebuah jenama & laman online info panduan pelancongan. Ianya dikendalikan oleh syarikat pelancongan iaitu Hadigo Travel And Tours Sdn Bhd

© 2021 Melancong.my - Direka oleh Hasrul & Co.

Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Indonesia
  • Singapore
  • Thailand
  • Vietnam
  • Cambodia
  • China
  • Korea
  • Jepun
  • Australia
  • India
  • Turki
  • Balkan
  • Uzbekistan
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami

© 2021 Melancong.my - Direka oleh Hasrul & Co.

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
wpDiscuz
3
0
Ingin sertai perbincangan? Sila komen.x
()
x
| Reply