Melancong.my
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
PAKEJ TERKINI
LANGGAN PERCUMA
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Singapore
  • Indonesia
  • Thailand
  • Vietnam
  • China
  • Jepun
  • Korea
  • Lagi
    • Cambodia
    • India & Pakistan
    • Balkan
    • Australia
    • Turki
    • Uzbekistan
    • Maldives
    • Filipina
    • Perancis
    • Switzerland
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Singapore
  • Indonesia
  • Thailand
  • Vietnam
  • China
  • Jepun
  • Korea
  • Lagi
    • Cambodia
    • India & Pakistan
    • Balkan
    • Australia
    • Turki
    • Uzbekistan
    • Maldives
    • Filipina
    • Perancis
    • Switzerland
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
Melancong.my
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
Promosi Terhad Promosi Terhad Promosi Terhad
Halaman Tips Melancong

Kebaikan Melancong Serta 22 Tanda Anda Ketagih Untuk Melancong

Hadi Ghazali Oleh: Hadi Ghazali
28 Julai, 2025
Kategori: Tips Melancong
Masa Bacaan: 2 mins read
145 5
A A
4
Kebaikan Melancong
14.9k
VIEWS
FacebookTwitterPin
PROMO TERHAD PROMO TERHAD PROMO TERHAD
IKLAN / PROMOSI TERHAD

 

Anda suka melancong? Apakah kebaikan melancong? Anda pelancong jenis yang macam mana?

Jom ketahui betapa ketagihnya anda untuk mengembara ke tempat-tempat menarik! Adakah anda tergila-gilakan untuk menikmati percutian menarik?

Adakah anda sentiasa memikirkan untuk keluar bercuti dan merancang jadual cuti hujung minggu di tempat baru?

Promo Hotel Promo Hotel Promo Hotel
IKLAN / PROMOSI TERHAD

Pin

  • 1 Fenomena Terkini Sebab Ramai Orang Suka Melancong
  • 2 Kebaikan Melancong Yang Harus Anda Selami
    • 2.1 Melancong dan bercuti dapat meningkatkan kemahiran komunikasi dan sosial
    • 2.2 Melancong dan bercuti dapat menjana daya kreativiti minda
    • 2.3 Melancong dan bercuti dapat menambah ilmu pengetahuan dan pengalaman
    • 2.4 Melancong dan bercuti dapat merapatkan hubungan silaturrahim sesama manusia
    • 2.5 Melancong dan bercuti dapat menyemarakkan sikap cinta akan tanah air
Inilah 22 petanda yang anda sudah jatuh cinta dengan melancong:


1. Anda sentiasa lebih teruja lebih bercakap tentang melancong berbanding perkara lain. Ini termasuklah perjalanan kereta api dan kereta yang mengambil masa selama lebih 3 jam.

2. Apabila anda sudah balik dari melancong, anda akan berasa ‘gatal kaki’ untuk memulakan pengembaraan yang baru. Nak repeat lah. Tak puaslah…

3. Bagi orang bukan Islam, anda akan mempunyai atau merancang untuk memiliki tatu kompas, peta atau kapal terbang kecil.

4. Anda akan memiliki semua matawang dari setiap negara yang anda telah lawati.

5. Anda selalu menggunakan pencarian ‘Everywhere’ di Skyscanner dan berangan-angan untuk bercuti di tempat-tempat baru yang seterusnya.

6. Mimpi paling ngeri bagi anda adalah kekal di satu tempat yang sama sepanjang hidup anda.

7. Malah, memikirkan yang anda akan kekal di tempat yang sama selama setahun pun sudah tidak sanggup dihadapi.

8. Anda sangat profesional dalam tidur di semua tempat; kawasan check-in lapangan terbang, tempat duduk tengah di dalam kapal terbang, tempat ambil bagasi…

9. Senarai impian anda hanya bertulis ‘Dunia’ & ‘Melancong’.

10. Di mana-mana pun anda duduk, itulah rumah anda. Tiada tempat yang tertentu.

Pakej Kundasang Pakej Kundasang Pakej Kundasang
IKLAN / PROMOSI TERHAD

Fenomena Terkini Sebab Ramai Orang Suka Melancong

“Apa yang diperhatikan kini, ramai orang suka pergi melancong sama ada bersama keluarga atau bersama rakan-rakan, tidak kiralah tempat menarik itu di dalam atau luar negara. Hal ini adalah kerana tiket penerbangan yang murah sudah mudah dicari, dan ramai yang sudi berkongsi aturcara / tentatif perjalanan selepas pulang dari melancong….”

Tempat-Menarik-untuk-Melancong

11. Anda tetapkan ‘Peringatan Harga’ untuk tempat-tempat yang anda tidak rasa sangat untuk pergi. Manalah tahu.

12. ‘Kita sudah sesat!’ Salah. Ini adalah sebuah lagi pengembaraan!

13. Desktop komputer dan home screen telefon anda berlatarbelakangkan tempat-tempat eksotik yang anda sangat teringin untuk lawati.

14. Kebanyakan rakan anda tinggal di negara-negara luar dan bukan di tempat anda membesar.

15. Melancong secara bersendirian adalah perkara biasa. Anda tidak perlu menunggu untuk orang lain. Anda boleh berjumpa dengan pelancong yang lain dan paling penting, melihat dunia!

16. Apabila balik, anda tidak mengemas semula bagasi dengan teliti sangat. Rasa macam membazir masa sebab anda akan keluar melancong lagi selepas ini, ewah!

17. Pasport anda adalah harta yang dianggap paling berharga.

18. Anda adalah sangat pakar dalam mengemas barang. 2 minggu dengan bagasi mudah bawa? Jom kita pergi selama sebulan!

19. Kod lapangan terbang adalah kepakaran anda dalam subjek kuiz.

20. Semua benda adalah mengenai air miles dan point sebagai penumpang penerbangan yang kerap. Mengumpulnya adalah matlamat utama dan anda tahu berapa banyak yang anda sudah dapat secara tepat.

21. Anda bagaikan penimbang bagasi. Bukan main! Dah boleh bagitahu terus sama ada beg itu terlalu berat untuk terbang sebaik sahaja anda mengangkatnya.

22. Pak sanggup! And boleh meluangkan masa berjam-jam membaca blog pelancongan untuk mencari tip dan inspirasi.


Kebaikan Melancong Yang Harus Anda Selami

Kebaikan Melancong

Hurm, mungkin senarai diatas itu kedengarannya agak sinis atau berlebih-lebih atau overreacted. Baiklah mari kita lihat pula apakah kebaikan aktiviti melancong dari perspektif positif.

Melancong dan bercuti adalah aktiviti yang memberikan banyak manfaat kepada seseorang. Ia bukan sahaja dapat merehatkan minda dan badan, tetapi juga dapat memperkaya pengetahuan, pengalaman, dan hubungan sosial.

Berikut adalah beberapa kebaikan aktiviti melancong dan bercuti yang boleh dijadikan sebagai panduan:

Melancong dan bercuti dapat meningkatkan kemahiran komunikasi dan sosial

Apabila kita melancong ke tempat yang berlainan bahasa, budaya, atau adat resam, kita perlu belajar cara berkomunikasi dengan penduduk tempatan.

Ini dapat membantu kita mempelajari bahasa baru, menghormati kepelbagaian, dan menyesuaikan diri dengan situasi yang berbeza.

Melancong dan bercuti juga dapat memberi peluang kepada kita untuk berinteraksi dengan pelbagai jenis orang, sama ada rakan seperjalanan, pemandu pelancong, atau peniaga-peniaga setempat.

Hal ini dapat meningkatkan kemahiran sosial kita dan memperluas rangkaian kenalan kita.

Melancong dan bercuti dapat menjana daya kreativiti minda

Kebaikan Melancong

Apabila kita melancong ke tempat yang baru atau menarik, kita akan terdedah kepada pelbagai pengalaman, idea, atau inspirasi yang boleh mencabar minda kita.

Kita mungkin terpanggil untuk mencuba aktiviti-aktiviti yang tidak biasa, seperti melompat bungee, menyelam skuba, atau mendaki gunung.

Kita juga mungkin terinspirasi oleh keindahan alam semula jadi, seni bina, atau seni budaya tempat yang dikunjungi.

Melancong dan bercuti dapat merangsang minda kita untuk berfikir di luar kotak dan menghasilkan karya-karya kreatif.

Melancong dan bercuti dapat menambah ilmu pengetahuan dan pengalaman

Apabila kita melancong ke tempat yang mempunyai sejarah, warisan, atau keunikan tersendiri, kita akan dapat belajar banyak perkara tentang tempat tersebut.

Kita boleh mengunjungi muzium, tapak sejarah, atau tempat-tempat bersejarah untuk mengetahui lebih lanjut tentang latar belakang, peristiwa, atau tokoh-tokoh penting tempat tersebut.

Kita juga boleh mencuba makanan tradisional, membeli barangan kraf, atau menyertai aktiviti-aktiviti budaya untuk merasai kehidupan penduduk tempatan.

Melancong dan bercuti dapat memberi kita ilmu pengetahuan dan pengalaman yang tidak dapat diperoleh di buku teks atau internet sahaja.

Melancong dan bercuti dapat merapatkan hubungan silaturrahim sesama manusia

Kebaikan Melancong

Apabila kita melancong bersama keluarga, rakan, atau pasangan, kita akan dapat menghabiskan masa berkualiti bersama mereka.

Kita boleh berkongsi pengalaman-pengalaman indah, menghadapi cabaran-cabaran bersama-sama, atau menyelesaikan masalah-masalah bersama-sama.

Ini dapat meningkatkan keakraban, kepercayaan, dan keserasian antara kita dan mereka.

Melancong dan bercuti juga dapat memberi kita peluang untuk beramah mesra dengan orang-orang baru yang mungkin menjadi kawan baik atau rakan niaga kita pada masa depan.

Melancong dan bercuti dapat menyemarakkan sikap cinta akan tanah air

Apabila kita melancong ke negara-negara lain, kita akan dapat melihat perbezaan-perbezaan antara negara kita dengan negara mereka.

Kita mungkin akan menghargai lebih lagi apa yang ada di negara kita, seperti keamanan, kemakmuran, atau keharmonian.

Juga mungkin akan lebih bangga dengan pencapaian-pencapaian negara kita dalam bidang-bidang tertentu, seperti ekonomi, pendidikan, atau sukan.

Melancong dan bercuti dapat menimbulkan rasa patriotik dan nasionalisme dalam diri kita.


Kesimpulannya, melancong dan bercuti adalah aktiviti yang sangat baik untuk dilakukan oleh sesiapa sahaja.

Ia bukan sahaja dapat memberikan keseronokan dan kepuasan, tetapi juga dapat memberikan manfaat-manfaat yang berharga kepada diri kita.

Oleh itu, kita tidak perlu ragu-ragu untuk merancang percutian kita pada masa lapang kita.

Anda boleh memilih destinasi-destinasi yang sesuai dengan bajet, minat, atau cita-cita kita. Kita juga boleh mendapatkan maklumat-maklumat berguna tentang tempat-tempat yang ingin dikunjungi melalui laman web seperti melancong.my.

Selamat melancong dan bercuti!

Tags: faedah melancongmaksud melancong
Trip Promo Trip Promo Trip Promo
IKLAN / PROMOSI TERHAD
Hadi Ghazali

Hadi Ghazali

Meminati dunia pelancongan sejak kecil lagi. Seorang konsultan pelancongan berpengalaman, Follow Hadi di Facebook. Ketahui selanjutnya tentang kami. Dapatkan pakej percutian di Melancong.my. Sertai Group Saya Kaki Melancong!

Artikel+ Bersambung

Kepentingan Sektor Pelancongan Kepada Malaysia
Tips Melancong

Kepentingan Sektor Pelancongan Kepada Malaysia

  Sektor pelancongan adalah salah satu sektor yang memberi sumbangan besar kepada ekonomi dan pembangunan negara Malaysia. Pelancongan bukan sahaja...

Oleh: Hadi Ghazali
4 Mei, 2026
55k
Tips Beg Bagasi
Tips Melancong

Tips Beg Bagasi: Panduan Mudah Semasa Melancong

Pernah sekali, suami kepada seorang kawan bercuti selama dua minggu di Bali dengan membawa bersama sebuah beg gergasi, mengheret beg...

Oleh: Hasrul Wayne
9 Disember, 2025
5k
Selanjutnya

Komen 4

  1. blank Nad says:
    + -

    Hi, ini kali pertama saya ke vietnam..bole cadangkan tempat yg menarik di area ben thah market? Saya tempah hotel di area situ..dan bole cadangkan apa2 sahaja ketika di sana nanti? Terima kasih😇

    Reply
    • blank Hasrul Wayne says:
      + -

      Nad, saya cadangkan awak lihat artikel ini: https://www.melancong.com.my/vietnam/pakej-ho-chi-minh/

  2. blank Pok mat pauh says:
    + -

    Jikalau beli barang motor seperti coverset kena cukai ke nanti? X byk pun 1set je… First time to travel

    Reply
    • blank Hadi Ghazali says:
      + -

      Pok Mat, kami kurang pasti. Biasanya barangan motor akan ditahan kastam Malaysia, contohnya helmet motor. Bisanya boleh atau perlu poskan, perlu merujuk pada pihak kastam untuk status terkini.

Tinggalkan Balasan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *


TREND PAKEJ |PROMOSI TERKINI

Pakej Scandinavia 2026

REKOMEN

edit post
Tempat Menarik di Bukit Tinggi

12 Tempat Menarik di Bukit Tinggi Paling Popular

15 Jun, 2026
32.4k
edit post
Tempat menarik di Kuantan

42 Tempat Menarik di Kuantan Terkini

28 Mac, 2026
85.9k
edit post
blank

43 Aktiviti Tempat Menarik di Janda Baik Terkini

2 Mac, 2026
86.4k
edit post
tempat-menarik-di-johor-bahru

30 Tempat Menarik di Johor Bahru Terkini Berserta Tentatif Percutian

9 Jun, 2026
92.5k
edit post
tempat menarik di kelantan

40 Tempat Menarik di Kelantan Terkini

23 Mac, 2026
29.5k
edit post
tempat menarik di dabong Kelantan

10 Aktiviti Tempat Menarik di Dabong Kelantan

5 Ogos, 2024
23.5k
Selanjutnya
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan

PAKEJ POPULAR |TERKINI 2026

Pakej-Kundasang-2026-FullTour

Pakej-Osaka-Jepun-Muslim

hotel promo hotel promo hotel promo
IKLAN / PROMOSI TERHAD
  • Langgan
  • Tentang Kami
  • Polisi
  • Terma dan Syarat
  • Hubungi Kami

© 2026 Melancong.my

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Indonesia
  • Singapore
  • Thailand
  • Vietnam
  • Cambodia
  • China
  • Korea
  • Jepun
  • Australia
  • India & Pakistan
  • Turki
  • Balkan
  • Uzbekistan
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami

© 2026 Melancong.my