Melancong.my
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
PAKEJ TERKINI
LANGGAN PERCUMA
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Singapore
  • Indonesia
  • Thailand
  • Vietnam
  • China
  • Jepun
  • Korea
  • Lagi
    • Cambodia
    • India & Pakistan
    • Balkan
    • Australia
    • Turki
    • Uzbekistan
    • Maldives
    • Filipina
    • Perancis
    • Switzerland
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Singapore
  • Indonesia
  • Thailand
  • Vietnam
  • China
  • Jepun
  • Korea
  • Lagi
    • Cambodia
    • India & Pakistan
    • Balkan
    • Australia
    • Turki
    • Uzbekistan
    • Maldives
    • Filipina
    • Perancis
    • Switzerland
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
Melancong.my
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
Promosi Terhad Promosi Terhad Promosi Terhad
Halaman Malaysia Pakej Kuala Lumpur

Eksotik & Menarik di KL Tower Mini Zoo

Hadi Ghazali Oleh: Hadi Ghazali
2 Januari, 2025
Kategori: Pakej Kuala Lumpur
Masa Bacaan: 2 mins read
145 2
A A
0
KL-Tower-Mini-Zoo
11.8k
VIEWS
FacebookTwitterPin
PROMO TERHAD PROMO TERHAD PROMO TERHAD
IKLAN / PROMOSI TERHAD

 

Apa yang menarik tentang KL Tower Mini Zoo? Adakah berbaloi berkunjungi ke KL Tower Mini Zoo?

Menara Kuala Lumpur cukup terkenal sebagai mercu tanda dan salah satu tarikan pelancongan di ibu negeri Malaysia ini.

Tapi kita bukan ingin bercerita tentangnya, kali ini kita akan meneroka ke tarikan yang terdapat disekitarnya iaitu KL Tower Mini Zoo.

Promo Hotel Promo Hotel Promo Hotel
IKLAN / PROMOSI TERHAD

Zoo mini yang terletak berdekatan dengan Menara KL dan Hutan Simpan Bukit Nenas ini merupakan antara tarikan berkonsepkan petting zoo yang terbaharu di sini.

Lokasinya yang begitu strategik terletak di tengah-tengah pusat bandar memudahkan anda untuk datang ke sini sama ada menggunakan kenderaan persendirian atau kenderaan awam seperti LRT, monorail dan KL Hop On-Hop Off.

KL-Tower-Mini-Zoo

Ia dibuka setiap hari pada jam 10 pagi hingga 7 petang dengan bayaran masuk RM35 untuk dewasa dan RM29 untuk kanak-kanak dan harganya berbeza bagi pelancong luar.

Untuk lebih jimat anda boleh dapatkan pakej keluarga bagi yang datang secara berkeluarga.

Menariknya bagi kanak-kanak berketinggian bawah 90cm, masuk adalah percuma!

Bayaran masuk berbeza mengikut musim seperti hari biasa, hujung minggu dan cuti am.

KL-Tower-Mini-Zoo

  • Lihat Penginapan di Sekitar KL Tower Mini Zoo
  • Lihat Tiket Masuk KL Tower Mini Zoo
  • Lihat Peta Percutian ke KL Tower Mini zoo

Apa yang menarik di KL Tower Mini Zoo?

KL-Tower-Mini-Zoo

Anda jangan pula jangkakan lokasi ini seperti zoo lain yang menempatkan harimau dan singa ye.

Zoo mini ini mempunyai sekitar 50 spesies haiwan tempatan dan haiwan eksotik, di mana turut membenarkan anda untuk memberi makan dan bergambar secara dekat dengan mereka!

Pakej Kundasang Pakej Kundasang Pakej Kundasang
IKLAN / PROMOSI TERHAD

KL-Tower-Mini-Zoo

Anda tidak perlu bayar untuk menangkap gambar bersama-sama haiwan di sini.

Jadi siapkan aksi untuk bergambar bersama-sama haiwan ini.

KL-Tower-Mini-Zoo

Setelah mendapat dan mengesahkan tiket anda, bolehlah melihat peta mereka yang menawarkan beberapa bahagian seperti Mini Jungle, Moonlight Shed, Happy Farm Village, Birdy School, Pet Village, Jungle View dan Forest Walk.

Jangan bimbang anda tidak akan sesat di sini kerana mereka turut menyediakan anak panah sebagai arah ke lokasi yang seterusnya.

KL-Tower-Mini-Zoo

Menariknya di sini kerana haiwan-haiwannya begitu jinak dan mudah untuk didekati oleh pengunjung.

Untuk kanak-kanak pasti mereka akan merasa teruja dan gembira apabila berpeluang membelai beberapa spesies haiwan di sini.

KL-Tower-Mini-Zoo

Antara haiwan yang ditempatkan di zoo mini ini adalah meerkat, racoon, alpaca, falabella, kangaroo kecil, asian giant toad, malayan porcupine, black tailed prairie dog, arnab, iguana, electus parrot, blue and gold macaw, sulpher crested cockatoo, kura-kura sulcata dan banyak lagi.

KL-Tower-Mini-Zoo

Di sini anda boleh melihat spesies kura-kura yang terbesar di dunia, spesies kuda paling kecil di dunia dan banyak lagi spesies haiwan yang unik!

Pelbagai informasi disediakan di setiap kandang haiwan bagi memudahkan para pengunjung untuk belajar tentang haiwan, terutamanya bagi kanak-kanak.

KL-Tower-Mini-Zoo

Jangan lupa bawa anak anda ke Longkang Fishing yang merupakan sebuah kolam kecil.

Di sini mereka menyediakan peralatan untuk menangkap ikan seperti baldi kecil.

KL-Tower-Mini-Zoo

Anak-anak bolehlah merasakan pengalaman seolah-olah menangkap ikan di tepi longkang seperti di kampung!

Tapi ikan yang ditangkap tak boleh bawa pulang ye, anda perlu lepaskan kembali ke dalam kolam tersebut. Jangan ada anak yang mengamuk inginkan ikan tersebut pula.


Fasiliti di KL Tower Mini Zoo

KL-Tower-Mini-Zoo

KL Tower Mini Zoo turut menyediakan kemudahan asas yang cukup selesa buat pengunjung mereka seperti surau, bangku rehat, tandas dan lain-lain.

Bagi yang membawa stroller kanak-kanak, laluan di sini tidak berapa mesra untuk menggunakan stroller, jadi anda perlu mendukung anak kecil sepanjang berada dalam kawasan ini.

KL-Tower-Mini-Zoo

Di sini turut mempunyai sebuah cafe atau kedai cenderamata, bolehlah anda membeli minuman dan makanan ringan sambil berehat di bahagaian tempat duduk yang disediakan.

Yang datang bersama anak-anak kecil pasti akan tersangkut membeli beberapa patung haiwan, topi kepala haiwan dan beberapa permainan yang turut dijual.


Lain-lain Aktiviti di KL Tower Mini Zoo

KL-Tower-Mini-Zoo

KL Tower Mini Zoo yang semakin mendapat sambutan ini lebih meriah dikunjungi apabila mereka mengadakan beberapa sambutan hari istimewa atau pesta!

Antara sambutan hari istimewa yang diadakan di sini adalah National Wildlife Day, Guinea Pig Appreciation Day, Happy World Snake Day, School’s Out Go Wild dan banyak lagi.

KL-Tower-Mini-Zoo

Apabila anda berkunjung pada hari sambutan tersebut terdapat lebih banyak aktiviti menarik yang disediakan beserta hadiah!

Untuk mengetahui tarikh bagi sambutan hari istimewa akan datang, bolehlah lawati laman media sosial mereka.

KL-Tower-Mini-Zoo

Apa tunggu lagi, jom bawa anak-anak anda mengenali dunia haiwan yang terdiri daripada pelbagai spesies unik ini.

Dari sekecil-kecil spesies hingga ke spesies yang jarang ditemui menanti di KL Tower Mini Zoo ini.

KL-Tower-Mini-Zoo

Bukan sahaja anak-anak malah orang dewasa pasti turut gembira apabila melihat ragam spesies burung kakak tua yang begitu petah berbicara di sini!

Jom rasai pengalaman membelai haiwan-haiwan yang begitu jinak dan comel.

KL-Tower-Mini-Zoo

Selain berseronok dengan spesies haiwan anda boleh belajar tentang mereka di sini, dengan bantuan ranger yang bertugas jangan segan silu untuk dapatkan tunjuk ajar daripada mereka.

Antara tarikan lain di sekitar KL Tower Mini Zoo adalah Menara Kuala Lumpur, KL Upside Down House dan KL Forest Eco Park.

KL-Tower-Mini-Zoo

Pasti tidak cukup dan tidak puas sehari anda apabila berkunjung ke sini. Jom rancang percutian anda dengan pakej yang disediakan oleh pihak kami bagi memudahkan dan melancarkan proses percutian anda!

Bersambung…

Tags: 6.2RKL TowerKL Tower Mini Zoo ReviewTiket KL Tower Mini Zoo
Trip Promo Trip Promo Trip Promo
IKLAN / PROMOSI TERHAD
Hadi Ghazali

Hadi Ghazali

Meminati dunia pelancongan sejak kecil lagi. Seorang konsultan pelancongan berpengalaman, Follow Hadi di Facebook. Ketahui selanjutnya tentang kami. Dapatkan pakej percutian di Melancong.my. Sertai Group Saya Kaki Melancong!

Artikel+ Bersambung

Menara-Merdeka-118
Pakej Kuala Lumpur

Menara Merdeka 118: Panduan Trip ke Menara Kedua Tertinggi di Dunia!

Pernah tidak terbayang untuk menjejakkan kaki di salah satu mercu tanda paling hebat di dunia masa kini? Hai, dan selamat...

Oleh: Hadi Ghazali
9 Jun, 2026
370
Pakej Kuala Lumpur

32 Aktiviti Tempat Menarik di Putrajaya Yang Paling Popular

  Apakah tempat menarik di Putrajaya yang harus anda kunjungi? Putrajaya merupakan sebuah bandar raya moden yang mempunyai banyak daya...

Oleh: Hadi Ghazali
4 Mei, 2026
57.8k
Selanjutnya

Tinggalkan Balasan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *


TREND PAKEJ |PROMOSI TERKINI

Pakej Scandinavia 2026

REKOMEN

Tempat Menarik di Bukit Tinggi

12 Tempat Menarik di Bukit Tinggi Paling Popular

15 Jun, 2026
34k
Tempat menarik di Kuantan

42 Tempat Menarik di Kuantan Terkini

28 Mac, 2026
87k
blank

43 Aktiviti Tempat Menarik di Janda Baik Terkini

2 Mac, 2026
87.4k
tempat-menarik-di-johor-bahru

30 Tempat Menarik di Johor Bahru Terkini Berserta Tentatif Percutian

9 Jun, 2026
93.3k
tempat menarik di dabong Kelantan

10 Aktiviti Tempat Menarik di Dabong Kelantan

5 Ogos, 2024
24.3k
tempat menarik di kelantan

40 Tempat Menarik di Kelantan Terkini

23 Mac, 2026
30.2k
Selanjutnya
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan

PAKEJ POPULAR |TERKINI 2026

Pakej-Kundasang-2026-FullTour

Pakej-Osaka-Jepun-Muslim

hotel promo hotel promo hotel promo
IKLAN / PROMOSI TERHAD
  • Langgan
  • Tentang Kami
  • Polisi
  • Terma dan Syarat
  • Hubungi Kami

© 2026 Melancong.my

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Indonesia
  • Singapore
  • Thailand
  • Vietnam
  • Cambodia
  • China
  • Korea
  • Jepun
  • Australia
  • India & Pakistan
  • Turki
  • Balkan
  • Uzbekistan
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami

© 2026 Melancong.my