Bercadang melancong ke Taiwan? Adakah tempat-tempat menarik di Taiwan berbaloi? Adakah travel ke Taiwan menyeronokkan?
Untuk menjawab soalan-soalan ini, ada satu kenyataan anda perlu tahu bahawa sebenarnya sangat ramai pelancong Malaysia bercuti di Taiwan.
Ya ramai dari kalangan pelancongan Malaysia berbangsa cina, namun tahukah anda ramai juga pelancong Malaysia adalah dari berbangsa melayu dan lain-lain yang bercuti di Taiwan. Ia sangat ramai.
Untuk pengetahuan anda, negara pulau ini juga sedang dalam usaha memperluas dasar pelancongan mesra muslim di Taiwan.
Maka tidak hairanlah Taiwan menjadi salah satu detinasi luar negara yang popular dari kalangan pelancong Malaysia.
- Lihat Pakej Percutian Terbaik di Taiwan
- Lihat Penginapan Terbaik di Taipei Taiwan
- Lihat Aktiviti Menarik di Taipei Taiwan
- Lihat Peta Pecutian di Taipei Taiwan
Tapi apakah sebabnya? Mari kita lihat aktiviti dan tempat menarik di Taiwan yang paling popular:
Bandar Taichung
![Melancong Ke Taiwan: 50+ Aktiviti & Tempat Paling Menarik [TERKINI] 6 Taichung, Taiwan](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2014/09/taichung-taiwan-cityscape.jpg)
Taichung ialah sebuah bandar perindustrian di sebelah barat tengah Taiwan. Ia merupakan pintu masuk untuk menerokai kawasan pedalaman bergunung-ganang pulau itu.
Termasuk kawasan alam semula jadi seperti Tasik Sun Moon, popular untuk berperahu dan mendaki.
Di pusat bandar yang sibuk terdapat muzium, kuil dan batu bata berhias Stesen Taichung, warisan zaman penjajahan Jepun (1895–1945).
- Lihat Penginapan | Lihat Pengangkutan | Lihat Peta | No. 168號, Section 1, Zhonghang Rd, Shalu District, Taichung City, Taiwan 433
Muzium Seni Halus Negara Taiwan
![Melancong Ke Taiwan: 50+ Aktiviti & Tempat Paling Menarik [TERKINI] 7 National Taiwan Museum of Fine Arts](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2014/09/Taipei-Fine-Arts-Museum.jpg)
National Taiwan Museum of Fine Arts: Ia merupakan muzium seni halus gred kebangsaan yang pertama dan satu-satunya di Taiwan.
Pelbagai koleksi daripada karya artis Taiwan yang merangkumi seni moden dan kotemporari dipamerkan di sini.
Antara pameran yang diadakan pada tahun 2021 adalah ‘’Khazanah Seni Taiwan Terpelihara Di Luar Negara’’ yang mempersembah hampir 232 karya seni.
- Lihat Penginapan | Lihat Tiket | Lihat Peta | No. 2號, Section 1, Wuquan W Rd, West District, Taichung City, Taiwan 403
Miyahara
![Melancong Ke Taiwan: 50+ Aktiviti & Tempat Paling Menarik [TERKINI] 11 Kek Ice Cream Miyahara pelbagai rasa yang memikat](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2014/09/Miyahara-Ice-Cream.jpg)
Miyahara Ice Cream: Apabila berada di Taichung, jangan lepaskan peluang untuk menikmati aiskrim Miyahara yang begitu terkenal di seantero Taiwan!
Miyahara merupakan sebuah restoran dan kedai yang menawarkan pelbagai jenis biskut, coklat, kuih tradisional dan aiskrim.
Tambahan lagi hiasan dalamannya yang seakan-akan filem Harry Potter ini bakal membuat anda terpukau!
- Lihat Penginapan | Lihat Tour | Lihat Lokasi | No. 20號, Zhongshan Rd, Central District, Taichung City, Taiwan 400
Kampung Pelangi Taiwan
![Melancong Ke Taiwan: 50+ Aktiviti & Tempat Paling Menarik [TERKINI] 12 Kampung Pelangi (Rainbow Village)](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2014/09/Rainbow-Village.jpg)
Rainbow Village: Siapa sangka penempatan yang hampir dilupuskan sepenuhnya ini berjaya diselamatkan oleh seorang bekas tentera dengan hanya melukis dan mewarna!
Sebagai penduduk terakhir yang bertahan di perkampungan tersebut Huang Yung-Fu mula bekarya pada dinding rumahnya dan membuahkan hasil apabila pihak berkuasa ingin mengekalkan kawasan itu sebagai destinasi pelancongan kebudayaan.
- Lihat Penginapan | Lihat Tour | Lihat Lokasi | 408, Taiwan, Taichung City, Nantun District
Tanah Lembap Gaomei
![Melancong Ke Taiwan: 50+ Aktiviti & Tempat Paling Menarik [TERKINI] 13 Gaomei Wetlands](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2014/09/Gaomei-Wetlands.jpg)
Gaomei Wetlands: Taman tanah lembap semula jadi Gaomei dengan laluan pejalan kaki, menawarkan pemandangan indah air dan matahari terbenam.
Tanah lembap ini pula adalah salah satu destinasi untuk melihat pelbagai spesies burung yang terbaik di Taiwan.
Hal ini kerana, pelbagai spesies burung akan berhijrah ke sini apabila tibanya musim luruh dan musim sejuk.
- Lihat Penginapan | Lihat Tour | Lihat Lokasi | Meidi St, Qingshui District, Taichung City, Taiwan 436
Teman Kembara LIHPAO
![Melancong Ke Taiwan: 50+ Aktiviti & Tempat Paling Menarik [TERKINI] 17 LIHPAO Discovery Land](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2014/09/LIHPAO-Discovery-Land-2.jpg)
LIHPAO Discovery Land: Taman tema ini tidak kurang menariknya dengan kemunculan dua roller coaster yang pertama di dunia dengan penurunan 90 darjah dan roller coaster pertama yang condong di dunia!
Pelbagai tarikan yang boleh anda cuba seperti Litar Antarabangsa Lihpao untuk aktiviti go-kart.
- Lihat Penginapan | Lihat Tiket | Lihat Lokasi | No. 8, Furong Rd, Houli District, Taichung City, Taiwan 42145
Antara destinasi lain di Taichung adalah Ladang Wuling, Xueshan, Teater Taichung, Pasar Malam Feng Chia, Muzium Sains Semulajadi dan Taman Taichung.
Melancong ke Taipei
![Melancong Ke Taiwan: 50+ Aktiviti & Tempat Paling Menarik [TERKINI] 18 Pencakar langit Taipei 101](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2014/09/Tempat-Menarik-di-Taipei.jpg)
Taipei, ibu negara Taiwan, ialah metropolis moden dengan bekas koloni Jepun, dipenuhi dengan jalan membeli-belah yang sibuk dan bangunan kontemporari.
Latar langit ditiraikan oleh bangunan pencakar langit Taipei 101 berbentuk buluh setinggi 509m, dengan kedai-kedai mewah di pangkalan dan lif pantas ke balai cerap berhampiran bahagian atas.
Taipei juga terkenal dengan suasana ‘street food yang meriah dan banyak pasar malam, termasuk pasar Shilin yang luas.
- Lihat Penginapan | Lihat Pengangkutan | Lihat Peta | No. 340-9, DunHua N Rd, Songshan District, Taipei City, Taiwan 10548
Taman Negara Yamingshan
![Melancong Ke Taiwan: 50+ Aktiviti & Tempat Paling Menarik [TERKINI] 19 Yangmingshan National Park & Hot Springs Tour](http://wpfc.ml/b.gif)
Yamingshan National Park: Taman negara ini antara yang terkenal di Taiwan kerana mempunyai bunga sakura, mata air panas dan gunung berapi tidak aktif tertinggi di Taiwan iaitu Gunung Qixing (Tujuh Bintang).
Ia berbeza dengan taman negara yang lain kerana ketinggian yang lebih rendah iaitu 200-1120 meter.
- Lihat Penginapan | Lihat Tour | Lihat Peta | Lane 251, Zhuzihu Rd, Shilin District, Taipei City, Taiwan 111
Muzium Mata Air Panas Beitou
![Melancong Ke Taiwan: 50+ Aktiviti & Tempat Paling Menarik [TERKINI] 20 Muzium Mata Air Panas Beitou](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2014/09/Muzium-Mata-Air-Panas-Beitou.jpg)
Beitou Hot Spring Museum: Bangunan ini dibina pada era penaklukan Jepun di Taiwan sebagai Rumah Mandi Awam Hokuto yang menjadi rumah mandian terbesar di Asia Timur ketika itu.
Pada 31 Oktober 1998 bangunan ini dibuka semula sebagai Muzium Mata Air Panas Beitou.
Jika anda berminat untuk mengetahui sejarah mata air panas Beitou, bolehlah berkunjung ke muzium yang berkonsepkan senibina Victoria ini.
- Lihat Penginapan | Lihat Tour | Lihat Peta | No. 2, Zhongshan Rd, Beitou District, Taipei City, Taiwan 112
Muzium Istana Negara Taiwan
![Melancong Ke Taiwan: 50+ Aktiviti & Tempat Paling Menarik [TERKINI] 21 Botol Celestial bercorak Naga Dinasti Ming Yongle Biru dan Putih Andrographis](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2014/09/Muzium-Istana-Negara-Taiwan-2.jpg)
National Palace Museum ini merupakan muzium barangan purba yang terbesar di dunia kerana ia menempatkan sekitar 700,000 keping artifak dan karya seni empayar China purba.
Tambahan lagi muzium ini turut membuat pameran di luar negara seperti Amerika Syarikat, Perancis, Jerman, Austria, Jepun dan Australia.
- Lihat Penginapan | Lihat Tiket | Lihat Peta | No. 221, Sec 2, Zhi Shan Rd, Shilin District, Taipei City, Taiwan 111
Muzium Nasional Taiwan
![Melancong Ke Taiwan: 50+ Aktiviti & Tempat Paling Menarik [TERKINI] 22 National Taiwan Museum](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2014/09/National-Taiwan-Museum.jpg)
National Taiwan Museum yang ditubuhkan pada tahun 1908 ini merupakan muzium yang tertua di Taiwan.
Muzium ini mempunyai lima bahagian iaitu antropologi, sains bumi, zoologi, botani dan pendidikan. P
ada Februari 2021 muzium ini menganjurkan pameran yang bertemakan ‘’Menjelajah Taiwan’’ dan mempamerkan 300 barangan bersejarah yang merangkumi ‘’People of Taiwan’’ dan ‘’ Nature of Taiwan’’.
- Lihat Penginapan | Lihat Tiket | Lihat Peta | No. 2, Xiangyang Rd, Zhongzheng District, Taipei City, Taiwan 100
Taman Hiburan Kanak-kanak Taipei
![Melancong Ke Taiwan: 50+ Aktiviti & Tempat Paling Menarik [TERKINI] 23 KidsAwesome Children’s Museum](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2014/09/KidsAwesome-Childrens-Museum.jpg)
KidsAwesome Children’s Museum: Tapak asal taman hiburan ini merupakan Pusat Rekreasi Kanak-kanak Taipei. Seterusnya ia dijadikan sebagai tapak arkeologi negara sebelum pihak bekuasa memutuskan untuk membangunkannya.
Taman hiburan ini dibahagikan kepada tiga zon iaitu Fantasy Forest and Dream Ocean, Magical Planet dan Toy Soldier Kingdom.
- Lihat Penginapan | Lihat Tiket | Lihat Peta | No. 153號, Section 3, Xinyi Road, Da’an District, Taipei City, Taiwan 106
Pasar Malam Ningxia & Huaxi
![Melancong Ke Taiwan: 50+ Aktiviti & Tempat Paling Menarik [TERKINI] 24 Ningxia Night Market](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2014/09/Ningxia-Night-Market.jpg)
Ningxia Night Market dikatakan yang terbesar dan terkenal di Taiwan. Di sini anda boleh menikmati telur dadar tiram, bihun tiram, tempura taiwan dan banyak lagi makanan tradisional Taiwan yang turut dijual.
Anda juga boleh ke Pasar Malam Ningxia atau Pasar Malam Jalan Huaxi.
- Lihat Penginapan | Lihat Tour | Lihat Peta | Ningxia Rd, Datong District, Taipei City, Taiwan 103
TAIPEI 101
![Melancong Ke Taiwan: 50+ Aktiviti & Tempat Paling Menarik [TERKINI] 25 Menara Taipei 101 dilihat dari Downtown Taipei](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2014/09/downtown-taipei-taiwan-101.jpg)
Taipei 101: Bangunan yang pernah dijadikan sebagai Pusat Kewangan Dunia Taipei ini merupakan sebuah bangunan pencakar langit yang pernah diiktirafkan sebagai yang tertinggi di dunia sekitar tahun 2004 sehingga 2009.
![Melancong Ke Taiwan: 50+ Aktiviti & Tempat Paling Menarik [TERKINI] 26 Pencakar Langit Taipei 101](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2014/09/Pencakar-Langit-Taipei-101.jpg)
Pelbagai acara menarik diadakan di sini seperti pertunjukan ‘’Cahaya Harapan Taiwan’’ yang melancarkan 16,000 bunga api pada tahun 2020.
- Lihat Penginapan | Lihat Tiket | Lihat Peta | 110, Taiwan, Taipei City, Xinyi District, Section 5, Xinyi Rd, 7號89樓
Zoo Taipei
![Melancong Ke Taiwan: 50+ Aktiviti & Tempat Paling Menarik [TERKINI] 27 Seekor anak tengiling yang baru lahir di Zoo Taipei](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2014/09/Taipei-Zoo-Combo.jpg)
Zoo Taipei atau Zoo Muzha ini merupakan zoo yang paling terkenal di Taiwan untuk tujuan pemuliharaan, penyelidikan, pendidikan dan rekreasi.
Zoo yang berkeluasan 165 hektar ini merupakan antara yang terbesar di Asia.
Di sini mengumpulkan pelbagai spesies haiwan daripada Taiwan, Australia, Afrika, Hutan Hujan Tropika Asia, Padang Pasir dan banyak lagi.
- Lihat Penginapan | Lihat Tiket | Lihat Peta | No. 30號, Section 2, Xinguang Rd, Wenshan District, Taipei City, Taiwan 116
Antara destinasi lain di Taipei adalah Muzium Seni Halus Taipei, Maokong, Balai Peringatan Dr Sun Yat Sen, The Red House, Balai Peringatan Chiang Kai-Shek, Taman Kreatif Huashan 1914, Taman Hutan Daan, Kuil Lungshan, Kuil Dalongdon Baoan, Kuil Konfucius Taipei dan Blok Sejarah Bopilliao.
Bandar Baru Taipei
![Melancong Ke Taiwan: 50+ Aktiviti & Tempat Paling Menarik [TERKINI] 28 New Taipei City Taiwan](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2014/09/New-Taipei-City-Taiwan.jpg)
New Taipei City yang baru diasaskan merupakan sebahagian daripada kawasan Metropolitan Taipei dan mengelilingi Bandar Taipei di semua bahagian.
Dahulu dikenali sebagai Daerah Taipei (台北縣), New Taipei City (disebut Xīnběi Shì dalam bahasa Mandarin) adalah rumah kepada lebih daripada 3,500,000 penduduk, dan terdiri daripada daerah perindustrian Xinzhuang dan Shulin, pinggir bandar komuter Yonghe, Zhonghe dan Banqiao, kawasan pergunungan Shenkeng dan Xindian, kawasan pantai Tamsui, Ruifang dan Fulong, serta banyak daerah dan kawasan lain yang semuanya patut dikunjungi.
Kebanyakan New Taipei boleh diakses dengan mudah oleh sistem transit awam Taipei, termasuk sistem metro Taipei MRT dan pelbagai perkhidmatan bas dan kereta api.
- Lihat Penginapan | Lihat Pengangkutan | Lihat Peta | 220, Taiwan, New Taipei City, Banqiao District
Dermaga Nelayan Tamsui
![Melancong Ke Taiwan: 50+ Aktiviti & Tempat Paling Menarik [TERKINI] 29 Fisherman's Wharf Long Beach](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2014/09/Fishermans-Wharf-Long-Beach-2.jpg)
Tamsui Fisherman’s Wharf: Destinasi ini pernah terkenal sebagai ‘’Pelabuhan Memancing Kedua Tamsui’’. Di sini terdapat beberapa tarikan seperti Jambatan Kekasih Tamsui untuk menghayati matahari terbenam.
I juga tempat popular di Taman Rumput dan Arca Luaran, Dermaga Bot Nelayan serta Platform Pemandangan Tebing Sungai.
- Lihat Penginapan | Lihat Tiket | Lihat Peta | No. 199號, Guanhai Rd, Tamsui District, New Taipei City, Taiwan 251
Kubu San Domingo
![Melancong Ke Taiwan: 50+ Aktiviti & Tempat Paling Menarik [TERKINI] 30 Fort San Domingo](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2014/09/Fort-San-Domingo.jpg)
Fort San Domingo: Jika anda meminati lokasi yang bersejarah, destinasi ini pasti menepati citarasa anda.
Muzium ini menceritakan pelbagai era penjajahan dan kuasa luar yang pernah menakluki Taiwan daripada era penjajahan Sepanyol, Belanda, Qing sehinggalah ke era moden.
- Lihat Penginapan | Lihat Peta | 251, Taiwan, New Taipei City, Tamsui District, 中正路28巷1號
Yehliu Geopark
![Melancong Ke Taiwan: 50+ Aktiviti & Tempat Paling Menarik [TERKINI] 31 Yehliu Geopark](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2014/09/Yehliu-Geopark.jpg)
Yehliu Geopark merupakan destinasi wajib untuk anda bagi melihat keajaiban formasi geologi yang begitu memukau pandangan!
Di sini terkenal dengan formasi Kepala Ratu, Lilin Laut, Kasut Peri, Batu Halia, Batu Gajah, Batu Ais Krim dan banyak lagi.
Berhampirannya terdapat Yehliu Ocean World yang mempamerkan hidupan laut sepertu ikan lumba-lumba dan singa laut.
- Lihat Penginapan | Lihat Tiket | Lihat Peta | 207, Taiwan, New Taipei City, Wanli District, 港東路167-1號
Jalan Lama Shifen
![Melancong Ke Taiwan: 50+ Aktiviti & Tempat Paling Menarik [TERKINI] 32 Shifen Old Street](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2014/09/Shifen-Old-Street.jpg)
Shifen Old Street: Ia merupakan bandar kereta api lama yang masih mengekalkan kriteria zaman dahulu bagi memberi peluang kepada pelancong untuk merasai kehidupan di zaman lama.
Anda boleh melepaskan tanglung ke langit, menaiki kereta api untuk melawat beberapa stesen yang lain atau berjalan di lereng gunung.
- Lihat Penginapan | Lihat Tour | Lihat Peta | 226, Taiwan, New Taipei City, Pingxi District
Jalan Lama Jiufen
![Melancong Ke Taiwan: 50+ Aktiviti & Tempat Paling Menarik [TERKINI] 33 Jiufen Old Street](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2014/09/Jiufen-Old-Street.jpg)
Jiufen Old Street: Jika Jalan Lama Shifen terkenal sebagai bandar kereta api, Jalan Lama Jiufen pula terkenal sebaai bandar perlombongan emas di puncak gunung.
Pelbagai tarikan dan aktiviti yang menanti anda di sini, antaranya mempelajari sejarah perlombongan emas, bersantai di kedai teh dan snek, melihat pertunjukkan teater dan banyak lagi.
- Lihat Penginapan | Lihat Tour | Lihat Peta | Jishan St, Ruifang District, New Taipei City, Taiwan 224
Muzium Emas Kerajaan Bandar Baru Taipei
![Melancong Ke Taiwan: 50+ Aktiviti & Tempat Paling Menarik [TERKINI] 34 New Taipei City Government Gold Museum](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2014/09/New-Taipei-City-Government-Gold-Museum.jpg)
New Taipei City Government Gold Museum: Pada 2004 ia beroperasi sebagai Taman Ekologi Emas dan bertukar menjadi Muzium Emas pada tahun 2015.
Di sini anda bakal mengetahui tentang penemuan emas, melihat peralatan perlombongan lama dan sistem pengangkutan aktiviti perlombongan.
Anda juga boleh ke Muzium Seramik di Bandar Baru Taipei.
- Lihat Penginapan | Lihat Tiket | Lihat Peta | No. 8號, Jinguang Rd, Ruifang District, New Taipei City, Taiwan 224
Pantai Fulong
![Melancong Ke Taiwan: 50+ Aktiviti & Tempat Paling Menarik [TERKINI] 35 Fulong Beach](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2014/09/Fulong-Beach.jpg)
Fulong Beach yang berpasir keemasan ini begitu terkenal di Taiwan. Pada musim panas Festival Rock Hohaiyan akan diadakan selama tiga hingga ke lima hari di pantai ini.
Namun begitu, keadaan pantai ini sering berubah ekoran daripada keadaan aliran air Sungai Shuang.
- Lihat Penginapan | Lihat Peta | Gongliao District, New Taipei City, Taiwan 228
Daerah Yilan
![Melancong Ke Taiwan: 50+ Aktiviti & Tempat Paling Menarik [TERKINI] 36 Bandar Yilan Dataran Lanyang](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2014/09/Bandar-Yilan-Dataran-Lanyang.jpg)
Yilan County terletak di bahagian tengah dan paling cantik di Dataran Lanyang. Aliran sungai dan mata air menyediakan sumber air yang bersih dan segar yang berterusan untuk nutrien dalam tanah di sini, menjadikan Yilan sebuah daerah digelar bakul roti.
Yilan berkedudukan memandang ke arah laut di Pantai Timur Laut Taiwan, dengan gunung di tiga sisi membentuk geografi yang sangat unik yang dan mewujudkan simbiosis diantara budaya masyarkat dengan landskap semulajadi tersebut.
- Lihat Penginapan | Lihat Tour | Lihat Peta | 260, Taiwan, Yilan County, Yilan City, Guangfu Road, 1號之 21
Pusat Seni Tradisional Negara
![Melancong Ke Taiwan: 50+ Aktiviti & Tempat Paling Menarik [TERKINI] 37 National Center for Traditional Arts](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2014/09/National-Center-for-Traditional-Arts.jpg)
Yilan Traditional Arts center: Destinasi yang terletak di pinggir Sungai Dongshan ini merupakan sebuah pusat untuk merancang, menyelidik dan mempromosi tentang seni tradisional kepada orang ramai.
Anda boleh melihat pelbagai persembahan tradisional, muzik dan opera di sini.
- Lihat Penginapan | Lihat Tiket | Lihat Peta | 268, Taiwan, Yilan County, Wujie Township
Pasar Malam Yilan Luodong
![Melancong Ke Taiwan: 50+ Aktiviti & Tempat Paling Menarik [TERKINI] 38 Yilan Luodong Night Market](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2014/09/Yilan-Luodong-Night-Market-lisanto.jpg)
Yilan Luodong Night Market: Tidak dapat dinafikan lagi bahawa Taiwan begitu meriah dengan tarikan pasar malamnya yang mempunyai ratusan gerai!
Pasar malam di Yilan ini pula menawarkan makanan ringan tempatan seperti sup herba kambing, ubi kayu ais dengan isi kacang merah, sup pekat mee nasi dan banyak lagi menu menarik.
Lebih menarik kerana orang Yilan begitu terkenal dalam menyediakan menu berasaskan pastri seperti lidah lembu dan anak itik salai!
- Lihat Penginapan | Lihat Peta | 265, Taiwan, Yilan County, Luodong Township, Xingdong Rd, 與號 民權路口
Kawasan Rekreasi Hutan Negara Taipingshan
![Melancong Ke Taiwan: 50+ Aktiviti & Tempat Paling Menarik [TERKINI] 39 Taipingshan-National-Forest-Recreation-Area](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2014/09/Taipingshan-National-Forest-Recreation-Area.jpg)
Taipingshan National Forest Recreation Area: Nama seunik bunyi, sama seperti tarikan yang satu ini.
Destinasi ini menawarkan perkhidmatan kereta api untuk anda menghayati keindahan bunga liar di kawasan pergunungan.
Kereta api ini dikenali sebagai Kereta Api Bong Bong kerana ia mengeluarkan bunyi ‘’Bong Bong’’ ketika beroperasi.
- Lihat Penginapan | Lihat Tour | Lihat Peta | 267, Taiwan, Yilan County, Datong Township, 太平巷58之1號
Daerah Nantou
![Melancong Ke Taiwan: 50+ Aktiviti & Tempat Paling Menarik [TERKINI] 40 Yuchi Township, Nantou County](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2014/09/Nantou-County-2.jpg)
Nantou County ialah daerah kedua terbesar di Taiwan, terletak di bahagian tengah negara. Ia juga satu-satunya daerah bukan pesisir pantai di Taiwan.
Namanya berasal daripada perkataan orang asli Taiwan Hoanya Ramtau. Kawasan pergunungannya menjadikannya destinasi pelancongan; Tasik Sun Moon terletak di daerah ini.
- Lihat Penginapan | Lihat Pengangkutan | Lihat Peta | No. 338號, Zhongzheng Rd, Puli Township, Nantou County, Taiwan 545
Tasik Sun Moon
![Melancong Ke Taiwan: 50+ Aktiviti & Tempat Paling Menarik [TERKINI] 41 Sun Moon Lake](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2014/09/Tasik-Sun-Moon-Nantou-County.jpg)
Ia diberi nama Sun Moon Lake ekoran daripada bentuk nya yang menyerupai matahari dan bulan.
Tasik ini merupakan badan air yang terbesar di Taiwan yang mana kawasan sekitarnya didiami oleh puak Thao.
Di sini turut terdapat beberapa laluan untuk mendaki. Destinasi ini semakin rancak pada pertengahan musim luruh ekoran berlangsungnya Karnival Renang Tasik Sun Moon.
- Lihat Penginapan | Lihat Tour | Lihat Peta | Yuchi Township, Nantou County, Taiwan 555
Taman Negara Yushan
![Melancong Ke Taiwan: 50+ Aktiviti & Tempat Paling Menarik [TERKINI] 42 Yushan National Park](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2014/09/Yushan-National-Park.jpg)
Yushan National Park: Taman negara ini bukan sahaja bertindak sebagai destinasi pelancongan malah ia merupakan kawasan tadahan air bagi sungai-sungai di Taiwan.
Taman negara ini terdapat enam bahagian tumbuhan yang berbeza mengikut suhu daripada suhu panas sehingga suhu sejuk.
Jadi tidak hairanlah jika taman negara ini pernah mencatat 1 juta pelancong pada 2015.
- Lihat Penginapan | Lihat Tour | Lihat Peta | 556, Taiwan, Nantou County, Xinyi Township
Kuil Wenwu
![Melancong Ke Taiwan: 50+ Aktiviti & Tempat Paling Menarik [TERKINI] 43 Wenwu Temple](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2014/09/Wenwu-Temple.jpg)
Wenwu Temple ini begitu berbeza dengan yang lain kerana ia memuja dua dewa di dalam kuil yang sama (mengikut kepercayaan mereka).
Di sini bukan sahaja boleh mengetahui tentang sejarah kuil tersebut, malah permandangan cukup indah kerana terletak di kawasan yang tinggi dan menghadap Tasik Sun Moon.
- Lihat Penginapan | Lihat Tour | Lihat Peta | No. 63, Zhongzheng Rd, Yuchi Township, Nantou County, Taiwan 555
Daerah Yunlin
![Melancong Ke Taiwan: 50+ Aktiviti & Tempat Paling Menarik [TERKINI] 44 Yunlin County](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2014/09/Yunlin-County.jpg)
Yunlin County ialah sebuah daerah di barat Taiwan. Ia terletak di timur Selat Taiwan, barat Daerah Nantou, dan dipisahkan dari Daerah Changhua oleh Sungai Zhuoshui dan dari Daerah Chiayi oleh Sungai Beigang.
Yunlin adalah sebahagian daripada Dataran Chianan, tanah rata yang terkenal dengan pertaniannya.
Janfusun Fancyworld
![Melancong Ke Taiwan: 50+ Aktiviti & Tempat Paling Menarik [TERKINI] 45 Janfusun Fancyworld](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2014/09/Janfusun-Fancyworld.jpg)
Ia merupakan sebuah taman hiburan yang berkeluasan sekitar 60 hektar dan mempunyai Sky Wheel sebagai tarikan utama.
Roda gergasi ini menawarkan pemandangan Dataran Chianan pada ketinggian yang luar biasa!
- Lihat Penginapan | Lihat Tiket | Lihat Peta | 646401, Taiwan, Yunlin County, Gukeng Township, 67號
Bandar Tainan
![Melancong Ke Taiwan: 50+ Aktiviti & Tempat Paling Menarik [TERKINI] 46 Sebuah menara kuil yang unik di Tainan](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2014/09/Tainan-packie-chen.jpg)
Tainan, sebuah bandar di pantai barat daya Taiwan, adalah ibu kota pulau itu dari 1683–1887 di bawah dinasti Qing.
Hari ini ia terkenal dengan kubu dan kuilnya yang berusia berabad-abad.
Salah satu tapaknya yang paling terkenal ialah Menara Chihkan, sebuah kompleks Cina abad ke-18 dengan taman-taman, menara yang diukir dengan rumit dan sebuah kuil yang didirikan di atas asas Fort Provintia, sebuah pos Belanda sejak pertengahan 1600-an.
- Lihat Penginapan | Lihat Pengangkutan | Lihat Peta | No. 212, Section 2, Minzu Rd, West Central District, Tainan City, Taiwan 700
Air Panas Guanziling
![Melancong Ke Taiwan: 50+ Aktiviti & Tempat Paling Menarik [TERKINI] 47 Guanziling Hot Spring](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2014/09/Guanziling-Hot-Spring.jpg)
Guanziling Hot Spring: Kolam air panas yang mempunyai suhu sekitar 75 darjah celcius ini mulai dikenali pada zaman Jepun.
Ia turut mempunyai mata air lumpur semulajadi yang terbaik di dunia! Bagi anda yang ingin merehatkan diri bolehlah singgah ke destinasi yang mula beroperasi seawal jam 9 pagi sehingga 11.30 malam ini.
- Lihat Penginapan | Lihat Tour | Lihat Peta | 732, Taiwan, Tainan City, Baihe District
Muzium Chimei
![Melancong Ke Taiwan: 50+ Aktiviti & Tempat Paling Menarik [TERKINI] 48 Chimei Museum](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2014/09/Chimei-Museum.jpg)
Chimei Museum: Muzium ini begitu dikenali kerana ia menempatkan koleksi senjata, arca purba dan koleksi biola yang terbesar di dunia.
Ia turut mendapat gelaran sebagai ‘’salah satu koleksi seni yang paling mengejutkan di dunia’’ daripada Majalah Forbes pada tahun 1996.
- Lihat Penginapan | Lihat Tiket | Lihat Peta | No. 66號, Section 2, Wenhua Rd, Rende District, Tainan City, Taiwan 71755
Kuil Konfucius Tainan
![Melancong Ke Taiwan: 50+ Aktiviti & Tempat Paling Menarik [TERKINI] 49 Tainan Confucius Temple](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2014/09/Tainan-Confucius-Temple.jpg)
Tainan Confucius Temple: Keunikan kuil ini kerana ia masih menjalankan upacara Confucian kuno dan satu-satunya institusi di Taiwan yang masih mengamalkan penyembahan tiga haiwan berbeza, iaitu kambing, khinzir dan lembu (mengikut kepercayaan mereka).
- Lihat Penginapan | Lihat Peta | No. 2號, Nanmen Rd, West Central District, Tainan City, Taiwan 700
Pasar Malam Bunga
![Melancong Ke Taiwan: 50+ Aktiviti & Tempat Paling Menarik [TERKINI] 50 Jeruk buah bersalut manisan di Garden Night Market](http://wpfc.ml/b.gif)
Garden Night Market: Pasar malam yang beroperasi pada hari khamis, sabtu dan ahad ini turut menjual pelbagai juadah makanan yang lazat.
Antaranya teh buih, gula-gula jambu batu, stik ayam panggang, telur dadar tiram, ais krim spring roll, tauhu busuk dan banyak lagi.
- Lihat Penginapan | Lihat Peta | No. 533號, Section 3, Hai’an Rd, North District, Tainan City, Taiwan 704
Pelabuhan Lama Anping
![Melancong Ke Taiwan: 50+ Aktiviti & Tempat Paling Menarik [TERKINI] 51 Anping Old Fort](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2014/09/Anping-Old-Fort.jpg)
Anping Old Fort: Asalnya ia dikenali sebagai ‘’Fort Zeelandia’’ yang dibina oleh pihak Belanda pada tahun 1624 sebagai pusat pentadbiran dan perdagangan.
Ia merupakan kubu pertama yang dibina oleh Belanda ekoran kedudukannya yang begitu strategik bagi aktiviti perdagangan.
- Lihat Penginapan | Lihat Tiket | Lihat Peta | No. 82, Guosheng Rd, Anping District, Tainan City, Taiwan 708
Taman Negara Taijang
![Melancong Ke Taiwan: 50+ Aktiviti & Tempat Paling Menarik [TERKINI] 52 Taijiang National Park](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2014/09/Taijiang-National-Park.jpg)
Taijiang National Park: Taman negara ini mula beroperasi pada tahun 2009 dan digelar sebagai taman negara yang termuda di Taiwan.
Detinasinya yang terletak ditepi laut menjadikannya sebagai destinasi yang paling terkenal untuk melihat matahari terbenam.
Selain itu, ia turut menjadi habitat kepada spesies yang unik seperti Black-faced Spoonbill.
- Lihat Penginapan | Lihat Tiket | Lihat Peta | No. 118號, Sicao Blvd, Annan District, Tainan City, Taiwan 709
Bandar Kaohsiung
![Melancong Ke Taiwan: 50+ Aktiviti & Tempat Paling Menarik [TERKINI] 53 Sungai Cinta berlatarbelakangkan Tuntex Sky Tower](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2014/09/kaohsiung-taiwan-skyline.jpg)
Kaohsiung ialah sebuah bandar pelabuhan besar di selatan Taiwan. Ia adalah rumah kepada banyak bangunan pencakar langit, seperti Menara Tuntex Sky Tower setinggi 248m, dan terkenal dengan kepelbagaian tamannya.
Titik tumpuannya ialah di Sungai Cinta, dengan laluan pejalan kaki dan kafe di sepanjang tebingnya, dan bot persiaran yang mengemudi perairannya.
Pilihan membeli-belah terdiri daripada pusat membeli-belah mewah hingga ke pasar malam Liuhe dan Ruifeng.
- Lihat Penginapan | Lihat Pengangkutan | Lihat Peta | Zhongshan 4th Rd, Xiaogang District, Kaohsiung City, Taiwan 812
Muzium Buddha Fo Guang Shan
![Melancong Ke Taiwan: 50+ Aktiviti & Tempat Paling Menarik [TERKINI] 54 Fo Guang Shan Buddha Museum](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2014/09/Fo-Guang-Shan-Buddha-Museum.jpg)
Fo Guang Shan Buddha Museum: Muzium ini memaparkan kebudayaan, keagamaan dan pendidikan agama Buddha. Pelbagai fasiliti disediakan kepada pelancong seperti kerusi roda, kereta bayi, restoran serta kedai kopi Starbucks.
- Lihat Penginapan | Lihat Tour | Lihat Peta | No. 1號, Tongling Rd, Dashu District, Kaohsiung City, Taiwan 84049
Taman Tema E-DA
![Melancong Ke Taiwan: 50+ Aktiviti & Tempat Paling Menarik [TERKINI] 55 E-DA Theme Park](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2014/09/E-DA-Theme-Park.jpg)
E-DA Theme Park: Taman tema yang menggunakan konsep Yunani ini merupakan yang terbesar di Selatan Taiwan.
Ia mempunyai tiga ruang utama yang dikenali Acropolis, Santorini dan Trojan Castle yang menampilkan pelbagai tarikan yang menyeronokkan.
- Lihat Penginapan | Lihat Tiket | Lihat Peta | No. 10號, Section 1, Xuecheng Rd, Dashu District, Kaohsiung City, Taiwan 840
Kolam Lotus
![Melancong Ke Taiwan: 50+ Aktiviti & Tempat Paling Menarik [TERKINI] 56 Pagoda Naga dan Harimau Taiwan di Kolam Teratai](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2014/09/kaohsiung-taiwan-dragon-and-tiger-pagodas-at-lotus.jpg)
Lotus Pond: Tasik buatan ini mula beroperasi pada tahun 1951 dan pernah menjadi lokasi untuk beberapa sukan air seperti Sukan Dunia 2009. Tasik ini terkenal dengan kecantikan tumbuhan teratai yang memenuhi permukaan tasik serta beberapa binaan kuil disekitarnya.
Antaranya Kuil Confucius Kaohsiung, Astaka Musim Bunga dan Musim Gugur, Pagoda Naga dan Harimau, Pavilion Pei Chi, Istana Chi Ming dan banyak lagi kuil yang menarik.
- Lihat Penginapan | Lihat Tour | Lihat Peta | Zuoying District, Kaohsiung City, Taiwan 813
Pasar Malam Rueifong
![Melancong Ke Taiwan: 50+ Aktiviti & Tempat Paling Menarik [TERKINI] 57 Rueifong Night Market](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2014/09/Rueifong-Night-Market.jpg)
Rueifong Night Market: Pasar malam yang terbesar di Kaohsiung ini menempatkan ratusan gerai yang mana kebanyakkannya menjual makanan ringan yang terkenal di Taiwan.
Pasar ini mula beroperasi pada jam 5 petang sehingga jam 2 pagi.
- Lihat Penginapan | Lihat Tour | Lihat Peta | 804, Taiwan, Kaohsiung City, Zuoying District, Yucheng Rd, 南屏路
Sungai Cinta (Love River)
![Melancong Ke Taiwan: 50+ Aktiviti & Tempat Paling Menarik [TERKINI] 58 Kaohsiung Love River](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2014/09/kaohsiung-love-river.jpg)
Love River: Ia bukanlah sungai semata-mata, tetapi ia merupakan tulang belakang bagi Kaohsiung yang memberi pelbagai kepentingan kepada penduduk dan ekonomi.
Destinasi ini turut kaya dengan pelbagai acara kebudayaan seperti Pesta Tanglung.
- Lihat Penginapan | Lihat Tour | Lihat Peta | No. 2號, Longde Rd, Gushan District, Kaohsiung City, Taiwan 804
Muzium Seni Halus Kaohsiung
![Melancong Ke Taiwan: 50+ Aktiviti & Tempat Paling Menarik [TERKINI] 59 Kaohsiung Museum of Fine Arts](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2014/09/Kaohsiung-Museum-of-Fine-Arts.jpg)
Kaohsiung Museum of Fine Arts: Muzium yang berkeluasan 8.15 ekar ini mempunyai empat tingkat ini memuatkan pelbagai galeri pameran seperti kaligrafi dan arca.
Tambahan lagi, ia turut menempatkan perpustakaan kepada orang ramai dan para pengkaji seni.
- Lihat Penginapan | Lihat Peta | No. 80, Meishuguan Rd, Gushan District, Kaohsiung City, Taiwan 804
Daerah Pintung
![Melancong Ke Taiwan: 50+ Aktiviti & Tempat Paling Menarik [TERKINI] 60 Jembatan keretapi besi Gaoping, Pintung](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2014/09/Pintung-City.jpg)
Pintung County ialah sebuah daerah di Selatan Taiwan yang mempunyai stesen janakuasa nuklear.
Ia mempunyai iklim monsun tropika yang hangat dan terkenal dengan pertanian dan pelancongannya. Taman Negara Kenting, taman negara tertua dan terbesar di Taiwan, terletak di daerah itu.
- Lihat Penginapan | Lihat Pengangkutan | Lihat Peta | 900, Taiwan, Pingtung County, Pingtung City
Pulau Lambai
![Melancong Ke Taiwan: 50+ Aktiviti & Tempat Paling Menarik [TERKINI] 61 Lambai Island](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2014/09/Lambai-Island.jpg)
Lambai Island Ia merupakan salah satu pulau batu karang yang terbesar di Taiwan dan mempunyai penduduk yang agak ramai.
Antara tarikan di sini adalah kuil, pantai, terumbu karang,gua dan formasi batuan yang begitu unik.
Vase Rock adalah salah satu batu yang terbentuk hasil daripada hakisan yang berketinggian 9 meter.
- Lihat Penginapan | Lihat Tour | Lihat Peta | Liuqiu Township, Pingtung County, Taiwan 929
Muzium Biologi Marin dan Akuarium
![Melancong Ke Taiwan: 50+ Aktiviti & Tempat Paling Menarik [TERKINI] 62 National Museum of Marine Biology & Aquarium](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2014/09/National-Museum-of-Marine-Biology-Aquarium.jpg)
National Museum of Marine Biology & Aquarium: Bukan sekadar tetapi ia turut menyediakan taman tema air yang sesuai untuk percutian seisi keluarga.
Destinasi ini menawarkan tiga pertunjukkan yang menarik iaitu Waters of Taiwan, Coral Kingdom Pavillion dan World Waters Pavillion.
Menariknya tentang destinasi ini kerana ia mempunyai laluan bergerak bawah air sepanjang 81 meter dan merupakan terowong bawah air yang terbesar di Asia!
- Lihat Penginapan | Lihat Tiket | Lihat Peta | No. 2, Houwan Rd, Checheng Township, Pingtung County, Taiwan 944
Taman Negara Kenting
![Melancong Ke Taiwan: 50+ Aktiviti & Tempat Paling Menarik [TERKINI] 63 Kenting National Park](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2014/09/Kenting-National-Park.jpg)
Kenting National Park: Taman negara yang mula beroperasi pada 1 Januari 1984 uni merupakan taman negara yang tertua di Taiwan.
Pada Mac setiap tahun akan diadakan Festival Band Rock Spring Scream dan menjadikannya destinasi paling terkenal dan pernah menerima 5.84 juta pelancong pada tahun 2016.
- Lihat Penginapan | Lihat Tiket | Lihat Peta | No. 596, Kending Rd, Hengchun Township, Pingtung County, Taiwan 946
Daerah Hualien
![Melancong Ke Taiwan: 50+ Aktiviti & Tempat Paling Menarik [TERKINI] 64 Hualien County](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2014/09/Hualien-County.jpg)
Hualien County ialah sebuah daerah di pantai timur Taiwan. Ia adalah daerah terbesar mengikut kawasan, namun disebabkan kawasan pergunungan, mempunyai salah satu populasi terendah di negara ini.
- Lihat Penginapan | Lihat Tour | Lihat Peta | 971, Taiwan, Hualien County, Xincheng Township, 機場巷1號
Taman Tema Farglory
![Melancong Ke Taiwan: 50+ Aktiviti & Tempat Paling Menarik [TERKINI] 65 Farglory Ocean Park](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2014/09/Farglory-Ocean-Park.jpg)
Farglory Ocean Park: Ia merupakan taman tema marin pertama di Taiwan yang menawarkan 8 tema.
Antaranya Fishing Village, Discovery Island, Ocean theater, Happy street, Pirate’s bay, Brighton shore, the sea world,dan the crystal castle.
- Lihat Penginapan | Lihat Tour | Lihat Peta | 974, Taiwan, Hualien County, Shoufeng Township, 189號
Pasar Malam Dongdamen
![Melancong Ke Taiwan: 50+ Aktiviti & Tempat Paling Menarik [TERKINI] 66 Dongdamen Night Market](http://wpfc.ml/b.gif)
Dongdamen Night Market: Pasar malam yang terbesar di daerah Hualien yang mulai beroperasi pada tahun 2015.
Dianggarkan mempunyai sekitar 400 gerai yang menjual pelbagai barangan kepada penduduk tempatan dan pelancong asing. Anda boleh menaiki bas di stesen Hualien untuk ke sini.
- Lihat Penginapan | Lihat Tour | Lihat Peta | No. 50, Zhongshan Rd, Hualien City, Hualien County, Taiwan 970
Pantai Qixingtan
![Melancong Ke Taiwan: 50+ Aktiviti & Tempat Paling Menarik [TERKINI] 67 Qixingtan Beach](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2014/09/Qixingtan-Beach.jpg)
Qixingtan Beach atau turut dikenali dengan nama Chihsingtan merupakan sebuah pantai yang begitu terkenal dengan keindahan semulajadinya.
Maka tidak hairanlah jika pantai yang mengadap laut pasifik ini sering menjadi destinasi pilihan pelancong. Anda boleh berjalan kaki dari stesen Beipu.
- Lihat Penginapan | Lihat Tour | Lihat Peta | 971, Taiwan, Hualien County, Xincheng Township, 滨海路
Taman Negara Taroko
![Melancong Ke Taiwan: 50+ Aktiviti & Tempat Paling Menarik [TERKINI] 68 Taroko National Park](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2014/09/Taroko-National-Park.jpg)
Taman negara yang seluas 92,000 hektar ini kaya dengan pelbagai sumber geologi dan semula jadi yang jarang ditemui.
Di sini anda bakal terpersona apabila berjalan di kawasan lembah marmar atau mendaki dibeberapa laluan yang disediakan.
Sepanjang pendakian terdapat beberapa tarikan seperti Kawasan Rekreasi Tianxiang, Kuil Xiangde, Tianxiang Plum Garden, Kuil Eternal Spring dan Buluowan Terrace.
- Lihat Penginapan | Lihat Tour | Lihat Peta | 972, Taiwan, Hualien County, Xiulin Township, 富世291號
Bersambung…