Melancong.my
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
PAKEJ TERKINI
LANGGAN PERCUMA
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Singapore
  • Indonesia
  • Thailand
  • Vietnam
  • China
  • Jepun
  • Korea
  • Lagi
    • Cambodia
    • India & Pakistan
    • Balkan
    • Australia
    • Turki
    • Uzbekistan
    • Maldives
    • Filipina
    • Perancis
    • Switzerland
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Singapore
  • Indonesia
  • Thailand
  • Vietnam
  • China
  • Jepun
  • Korea
  • Lagi
    • Cambodia
    • India & Pakistan
    • Balkan
    • Australia
    • Turki
    • Uzbekistan
    • Maldives
    • Filipina
    • Perancis
    • Switzerland
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
Melancong.my
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
Promosi Terhad Promosi Terhad Promosi Terhad
Halaman Malaysia Pakej Kuala Lumpur

8 Tarikan Terkini Menara Berkembar Petronas KLCC

Hadi Ghazali Oleh: Hadi Ghazali
11 Januari, 2025
Kategori: Pakej Kuala Lumpur
Masa Bacaan: 3 mins read
198 8
A A
0
Menara Berkembar Petronas KLCC
29.6k
VIEWS
FacebookTwitterPin
PROMO TERHAD PROMO TERHAD PROMO TERHAD
IKLAN / PROMOSI TERHAD

 

Saya pasti anda dah pernah berkunjung ke Menara Berkembar Petronas KLCC. Umur menara berkembar ini sudah melebihi 28 tahun!

Menara Berkembar Petronas (KLCC) berketinggian 45.9 meter (88 tingkat) ini siap dibina pada Disember 1996 dan mempunyai sebuah jejantas sepanjang 58.4 meter yang menghubungkan kedua-dua bangunan ini di aras 41 dan 42.

Menara yang pernah tersenarai sebagai bangunan tertinggi di dunia ini berfungsi sebagai pejabat dan tarikan pelancongan yang menawarkan pelbagai aktiviti menarik.

Promo Hotel Promo Hotel Promo Hotel
IKLAN / PROMOSI TERHAD

Lokasinya yang terletak di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur menjadikannya lokasi yang strategik sebagai salah satu mercu tanda Malaysia dan memudahkan orang ramai untuk berkunjung ke sini.

Anda boleh mendapatkan servis pengangkutan awam seperti GoKL, RapidKL, MRT dan LRT untuk memudahkan perjalanan ke sini bagi menggelakkan terperangkap di dalam kesesakan lalu lintas.

Pin

  • 1 Suria KLCC
  • 2 Petrosains Discovery Centre
  • 3 Aquaria KLCC
  • 4 Esplanade (Lake Symphony Water Show)
  • 5 Taman KLCC
  • 6 Dewan Filharmonik Petronas
  • 7 Skybridge KLCC
  • 8 Dining Experience Suria KLCC
Lihat aktiviti dan tarikan di Menara Berkembar Petronas terkini:


Suria KLCC

Suria-KLCC-Deco

Suria KLCC merupakan sebuah pusat membeli belah terkemuka yang beroperasi setiap hari pada jam 10 pagi hingga 10 malam.

Suria KLCC menawarkan lebih kurang 300 butik membeli belah dan turut mempunyai pawagam TGV yang paling besar dengan 12 skrin dan 2400 tempat duduk.

Suria-KLCC-Chinese-New-Year-Deco

Menariknya tentang Suria KLCC kerana ia sering dihiasi dengan pelbagai tema mengikut musim.

Sebagai contoh tema rumah kampung, deepavali, krismas, tahun baru cina dan minangkabau.


  • Lihat Lokasi | Lihat Penginapan | 10:00am – 10:00pm | 241, Petronas Twin Tower, Kuala Lumpur City Centre, 50088 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Petrosains Discovery Centre

Petrosains-Discovery-Centre-2

Selain aktiviti membeli belah, anda boleh membawa anak-anak meneroka dunia sains di Petrosains Discovery Centre yang terletak di tingkat 4 Suria KLCC.

Pakej Kundasang Pakej Kundasang Pakej Kundasang
IKLAN / PROMOSI TERHAD

Di sini memberikan pengalaman untuk anda meneroka dunia makhluk purba, pengalaman di ruang angkasa serta melalui proses penggalian petroleum.

Petrosains-Discovery-Centre

Anda akan melihat replika F1 iaitu kereta lumba Sauber PETRONAS, menyaksikan filem 3D di The Molecule Nano World, melalui Dark Ride, berinteraksi dengan Robothespian serta menyaksikan pertunjukan sains.

Ia dibuka pada jam 9.30 pagi hingga 5.30 petang setiap hari.


  • Lihat Lokasi | Lihat Penginapan | Lihat Tiket | 9:30am – 6:30pm | Petronas Twin Tower, Level 4, Kuala Lumpur City Centre, 50088 Kuala Lumpur

Aquaria KLCC

Aquaria-KLCC

Aquaria KLCC menempatkan sekitar 5000 spesies hidupan laut dan 7 spesies jerung.

Tarikan ini beroperasi setiap hari pada jam 10 pagi hingga 7 malam setiap hari.

Aquaria-KLCC

Pameran di sini terbahagi kepada beberapa zon seperti tangki piranha, kolam gen, zon elektrik, sungai, tales of the ocean, jalanan terumbu, perjalanan air tawar, hutan yang banjir, muara laut, hidupan laut, tangki tiub dan glass bottom boat.

Dan paling menarik anda boleh menyaksikan penyelam memberi makan kepada beberapa spesies ikan seperti arapaima, jerung dan piranha perut merah!

Aquaria-KLCC

Antara tarikan lain adalah fish spa, dive with the shark, cage rage dan sleep with the sharks.

Tambahan lagi ia mempunyai terowong air berukuran 90 meter dan laluan bergerak pasti memberikan pengalaman yang cukup mengujakan sepanjang anda menyaksikan pelbagai hidupan laut.


  • Lihat Lokasi | Lihat Penginapan | Lihat Tiket | 10:00am – 7:00pm | Kuala Lumpur Convention Centre, Jalan Pinang, Kuala Lumpur City Centre, 50088 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Esplanade (Lake Symphony Water Show)

Lake-Symphony

Esplanade merupakan sebuah ruang rehat di bahagian luar KLCC dan mempunyai sebuah tasik buatan manusia yang berkeluasan lebih kurang 10,000 kaki persegi.

Tasik yang dikenali sebagai Tasik Symphony ini mempunyai dua air pancut muzik yang memaparkan lebih 150 animasi terprogram yang unik yang menyajikan persembahan bunyi serta air yang pelbagai warna dan gerakan.

Lake-Symphony-2

Persembahan bagi KLCC Lake Symphony Light and Sound Water Fountain adalah pada jam 8 malam, 9 malam dan 10 malam.

Manakala persembahan Symphony Water Fountain (cahaya sahaja) pada jam 7.30 malam, 8.30 malam dan 9.30 malam. Ia merupakan salah satu lokasi bersantai di waktu malam yang sering menjadi tumpuan orang ramai.


  • Lihat Lokasi | Lihat Penginapan | 8:00pm – 10:00pm | 5P47+P4 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur

Taman KLCC

Taman KLCC

Taman rekreasi yang berkeluasan 50 ekar ini direka oleh arkitek Brazil iaitu Roberto Burle Marx ini bertujuan untuk mewujudkan permandangan hijau di Menara Berkembar Petronas ini.

Ia mempunyai taman permainan kanak-kanak seluas 2 ekar, trek jogging sepanjang 1.3km, kolam mandi kanak-kanak serta pelbagai kemudahan asas yang lain.

Taman KLCC

Taman yang dipenuhi dengan 2000 pokok turut mempunyai jambatan sepanjang 43 meter yang melintasi kawasan tasik dan menjadi spot untuk bergambar berlatar belakangkan Menara Berkembar Petronas.

Pada waktu petang atau hujung minggu anda bakal melihat orang ramai yang datang beriadah dan turut mempunyai kumpulan aktiviti yoga di sini.


  • Lihat Lokasi | Lihat Penginapan | 10:00am – 10:00pm | 5P38+R3 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur

Dewan Filharmonik Petronas

Dewan-Filharmonik-Petronas

Ada apa yang menarik di Dewan Filharmonik Petronas ini? Di sini anda boleh menyaksikan perseambahan klasik atau jazz di dalam ruang yang bertaraf di dunia yang memiliki 865 tempat duduk!

Ia merupakan dewan konsert untuk muzik bergenre klasik yang pertama di Malaysia yang telah mempamerkan konsert bertaraf dunia seperti New York Philharmonic, BBC Symphony dan Vienna Symphony.

Dewan-Filharmonik-Petronas

Untuk masuk ke sini anda perlu mematuhi dress code yang ditetapkan.

Untuk tahun 2023 anda boleh menyaksikan beberapa persembahan daripada artis tempatan seperti Stacy, Ramli Sarip, Exists, Kugiran Masdo, Khai Bahar dan banyak lagi.


  • Lihat Lokasi | Lihat Penginapan | PETRONAS Twin Towers, Level Two, Tower Two, Kuala Lumpur City Centre, 50088 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Skybridge KLCC

Skybridge-KLCC

Kini di setiap bangunan tinggi pasti menawarkan tarikan seumpama skybridge, jadi di Menara Berkembar Petronas tidak ketinggalan juga ye.

Anda berpeluang untuk menyaksikan permandangan pusat bandar Kuala Lumpur dari ketinggian aras 41.

Skybridge-KLCC-2

Diingatkan bahawa tiket untuk memasuki Skybridge adalaha terhad, jadi anda perlulah membuat tempahan awal.

Skybridge mula menerima pengunjung bermula jam 9 pagi hingga 9 malam.


  • Lihat Lokasi | Lihat Penginapan | Lihat Tiket | 9:00am – 9:00pm | 201A-C, Jalan Ampang, Kuala Lumpur City Centre, 50088 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Dining Experience Suria KLCC

Dining-Experience-Suria-KLCC

Suria KLCC turut menawarkan pelbagai jenis hidangan yang menarik memandangkan ia merupakan lokasi tarikan utama bagi pelancong dari serata dunia.

Anda boleh menikmati hidangan India, Cina, Melayu, Arab, Korea, Jepun dan macam-macam lagi mengikut selera anda.

Anda boleh memilih untuk menikmati hidangan di food court atau restoran mewah seperti Serai @ KLCC, Madam Kwan’s, Ben’s By Big, Chili’s Grill & Bar, Chinoz on The Park, Open House dan banyak lagi.

bersambung…

Tags: Menara Berkembar KLCCmenarik di KLCC
Trip Promo Trip Promo Trip Promo
IKLAN / PROMOSI TERHAD
Hadi Ghazali

Hadi Ghazali

Meminati dunia pelancongan sejak kecil lagi. Seorang konsultan pelancongan berpengalaman, Follow Hadi di Facebook. Ketahui selanjutnya tentang kami. Dapatkan pakej percutian di Melancong.my. Sertai Group Saya Kaki Melancong!

Artikel+ Bersambung

Menara-Merdeka-118
Pakej Kuala Lumpur

Menara Merdeka 118: Panduan Trip ke Menara Kedua Tertinggi di Dunia!

Pernah tidak terbayang untuk menjejakkan kaki di salah satu mercu tanda paling hebat di dunia masa kini? Hai, dan selamat...

Oleh: Hadi Ghazali
9 Jun, 2026
370
Pakej Kuala Lumpur

32 Aktiviti Tempat Menarik di Putrajaya Yang Paling Popular

  Apakah tempat menarik di Putrajaya yang harus anda kunjungi? Putrajaya merupakan sebuah bandar raya moden yang mempunyai banyak daya...

Oleh: Hadi Ghazali
4 Mei, 2026
57.8k
Selanjutnya

Tinggalkan Balasan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *


TREND PAKEJ |PROMOSI TERKINI

Pakej Scandinavia 2026

REKOMEN

Tempat Menarik di Bukit Tinggi

12 Tempat Menarik di Bukit Tinggi Paling Popular

15 Jun, 2026
34k
Tempat menarik di Kuantan

42 Tempat Menarik di Kuantan Terkini

28 Mac, 2026
87k
blank

43 Aktiviti Tempat Menarik di Janda Baik Terkini

2 Mac, 2026
87.4k
tempat-menarik-di-johor-bahru

30 Tempat Menarik di Johor Bahru Terkini Berserta Tentatif Percutian

9 Jun, 2026
93.3k
tempat menarik di dabong Kelantan

10 Aktiviti Tempat Menarik di Dabong Kelantan

5 Ogos, 2024
24.3k
tempat menarik di kelantan

40 Tempat Menarik di Kelantan Terkini

23 Mac, 2026
30.2k
Selanjutnya
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan

PAKEJ POPULAR |TERKINI 2026

Pakej-Kundasang-2026-FullTour

Pakej-Osaka-Jepun-Muslim

hotel promo hotel promo hotel promo
IKLAN / PROMOSI TERHAD
  • Langgan
  • Tentang Kami
  • Polisi
  • Terma dan Syarat
  • Hubungi Kami

© 2026 Melancong.my

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Indonesia
  • Singapore
  • Thailand
  • Vietnam
  • Cambodia
  • China
  • Korea
  • Jepun
  • Australia
  • India & Pakistan
  • Turki
  • Balkan
  • Uzbekistan
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami

© 2026 Melancong.my