fbpx
Melancong.my
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
PAKEJ TERKINI
LANGGAN PERCUMA
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Singapore
  • Indonesia
  • Thailand
  • Vietnam
  • China
  • Jepun
  • Korea
  • Lagi
    • Cambodia
    • India
    • Balkan
    • Australia
    • Turki
    • Uzbekistan
    • Maldives
    • Filipina
    • Perancis
    • Switzerland
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Singapore
  • Indonesia
  • Thailand
  • Vietnam
  • China
  • Jepun
  • Korea
  • Lagi
    • Cambodia
    • India
    • Balkan
    • Australia
    • Turki
    • Uzbekistan
    • Maldives
    • Filipina
    • Perancis
    • Switzerland
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
Melancong.my
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
Promosi Terhad Promosi Terhad Promosi Terhad
Halaman Pakej Popular

Keindahan Negara Jordan: 10 Tempat Paling Menakjubkan

Hadi Ghazali Oleh: Hadi Ghazali
9 Ogos, 2022
Kategori: Pakej Popular
Masa Bacaan: 2 mins read
114 11
A A
7
tempat-menarik-di-jordan
10k
VIEWS
FacebookTwitterPin
IKLAN / ADVERTISEMENT

 

Jordan merupakan salah satu tempat untuk melihat keindahan infrastruktur zaman purba yang sangat menakjubkan.

Pelbagai jenis bangunan hasil buatan manusia pada zaman dahulu masih menjadi tanda tanya pada hari ini bagaimana teknologi pada masa dahulu boleh lakukan semua ini.

Budaya tempatan pada zaman dahulu masih lagi terdapat pada hari ini membuatkan Jordan menjadi tempat yang lebih menarik.

Keindahan Negara Jordan: 10 Tempat Paling Menakjubkan 1

IKLAN / ADVERTISEMENT
  • Lihat Penginapan Terbaik di Jordan
  • Lihat Peta Percutian di Jordan

Walaupun masyarakat Jordan pada hari ini merupakan separa nomad, mereka sudah jarang menggunakan unta sebagai pengangkutan dan hanya menggunakan kereta sebagai kenderaan utama untuk pergi ke sesuatu tempat yang jauh.

Pin

  • 1 AL-MAGHTAS
  • 2 LAUT MATI
  • 3 PETRA
  • 4 RIZAB DANA BIOSPHERE
  • 5 AMMAN
  • 6 GUNUNG NEBO
  • 7 QASR AMRA
  • 8 JERASH
  • 9 Aqaba
  • 10 Wadi Rum
Bagi anda yang ingin merancang percutian ke Jordan, di sini terdapat 10 tempat percutian menarik yang boleh anda pergi.


AL-MAGHTAS

The-Baptismal-Site-of-Jesus-Christ-brett-downing
The Baptismal Site of Jesus Christ | Imej oleh: Brett Downing

Kawasan yang luas terdapat di sungai Jordan ini dipercayai merupakan tempat Nabi Isa disalib mengikut kepercayaan Kristian. Tetapi kedua-dua Jordan dan Israel telah mendakwa upacara suci berlaku di kawasan sungai mereka.

Jordan di sebelah timur manakala Israel di sebelah barat. UNESCO telah mengambil kawasan di Jordan ini sebagai Kawasan Warisan Dunia.

Gereja-di-Al-Maghtas-Hynche-Hynek
Gereja di Al Maghtas | Imej oleh: Hynche Hynek

Walaupun masih tidak diketahui kawasan di mana Nabi Isa disalib (mengikut kepercayaan Kristian), kawasan penggalian di pesisiran pantai Jordan di utara di mana sungai pergi ke Laut Mati, ditemui pelbagai runtuhan purba seperti gereja kecil, kolam penyaliban, dan gua sami dan pakar mengatakan tempat ini sebagai bukti kawasan Kristian awal dan menyokong tuntutan Jordan sebagai kawasan Nabi Isa disalib.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 8:30am – 5:00pm | RHP2+V4M, Juwafat al-Kafrayn, Jordan

LAUT MATI

dead-sea-laut-mati
Pemandangan yang sangat cantik di Laut Mati

Dead Sea ini dikelilingi oleh Jordan, Israel dan kawasan Palestin merupakan sebuah tasik yang besar dan salah satu tasik yang sangat masin.

Peratus tahap kemasinan kawasan ini adalah 34% dan hampir 10 kali air laut yang biasa. Kawasan air yang berwarna biru kehijauan ini menarik perhatian ramai perenang yang inginkan kelainan ketika berenang di tasik ini dan juga mendapatkan pengalaman terapung secara semula jadi.

terapung-di-atas-air-laut-mati
Anda boleh terapung sambil membaca di persisiran Laut Mati

Tahap kemasinan tasik ini menunjukkan bahawa jika anda masuk sahaja ke dalam air ini, badan anda akan mula timbul dengan cepat.

Anda akan merasa sangat selesa dan dapat menikmati pemandangan sekitar kawasan sambil baca buku.

Selepas anda berenang, anda juga dapat berendam di dalam lumpur Laut Mati ini yang dipercayai mempunyai khasiat mereka tersendiri. Anda juga boleh mendapatkan cenderahati seperti skrub badan, garam dan produk lain.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 9:00am – 5:00pm | FH8F+R7M, Al Judayyidah, Jordan

PETRA

Bandar-Hilang-Petra
Bandar Yang Hilang Petra

Tempat ini menjadi kawasan yang tersembunyi berkurun lamanya sehingga seorang penjelajah Swiss menemuinya semula pada tahun 1812.

Hasil seni bina ukiran tangan ini merupakan yang pertama menjadi tarikan utama bagi pelancong yang datang ke Jordan dan ianya juga merupakan Kawasan Warisan Dunia UNESCO.

Keindahan Negara Jordan: 10 Tempat Paling Menakjubkan 2

IKLAN / ADVERTISEMENT
Petra-menunggang-kuda
Anda boleh menunggang kuda menyesurui Wadi Musa Park

Lebih daripada 2000 tahun yang lalu, orang Nabatea mula mengukir dan akhirnya tempat ini menjadi lebih 3,000 kediaman, dewan bankuet, mezbah, dan makam diperbuat daripada batu pasir yang berwarna merah dan kejuruteraan pada waktu itu untuk membawa mata air ke lebih 20,000 penduduk dari kawasan itu.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 8CHV+9P Uum Sayhoun, Jordan

RIZAB DANA BIOSPHERE

Dana-Biosphere-Reserve-Ir-Jord
Dana Biosphere Reserve | Imej oleh: Ir Jord

Kawasan pengekalan alam semula jadi ini adalah yang terbesar di Jordan. Mempunyai keluasan 119 batu persegi penuh dengan kawasan batu kapur, granit, tebing batu pasir dan mencapai lebih 5,000 kaki sebelum jatuh ke lantai lembah dan beberapa kawasan berada di bawah paras laut.

Walaupun persekitaran yang sangat mencabar, ianya menjadi tempat yang menarik perhatian para pendaki yang datang serta kawasan kepada hidupan liar seperti kambing gurun, lynx serta kawasan pembiakan burung Serin Syria.

Feynan-Ecolodge-Alex-Bezrukov
Feynan Ecolodge | Imej oleh: Alex Bezrukov

Jika anda merancang untuk melawat tempat ini lebih dari sehari, anda boleh duduk di kawasan yang bernama Feynan Ecolodge yang telah memenangi anugerah.

Resort ini mempunyai keunikan yang tersendiri dan menjana kuasa elektrik dengan kuasa solar dan sumber air yang terdapat di resort ini adalah dari mata air semula jadi.

Keindahan Negara Jordan: 10 Tempat Paling Menakjubkan 3

IKLAN / ADVERTISEMENT

  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | MJG6+65 Dana, Jordan

AMMAN

Roman-Theater-Yousef-Alqwasmi
Roman Theater | Imej oleh: Yousef Alqwasmi

Amman merupakan ibu negara Jordan dan salah satu bandar yang mempunyai jangka hayat sangat lama dengan penduduk yang sangat ramai.

Bandar yang moden dan sudah kekal selama empat juta tahun ini masih memelihara bangunan purba mereka sambil melalui abad ke-21.

Kuil-Hercules-Bukit-Amman-Citadel-Philipp-Klockner
Kuil Hercules Bukit Amman Citadel | Imej oleh: Philipp Klockner

Amman merupakan salah satu tempat yang hampir menjadi kawasan barat di Timur Tengah kerana ramai penduduk Jordan yang belajar dan bekerja di Amerika Syarikat, Canada dan Eropah sebelum pulang ke rumah mereka.

Di puncak bukit di tengah-tengah kawasan Amman merupakan kawasan purba termasuk Kuil Hercules yang telah dibina oleh orang Roman dan Gereja Byzantine.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | K. Ali Ben Al-Hussein St. 146, Amman, Jordan

GUNUNG NEBO

Memorial-Of-Moses-Christian-Holy-Place
Mount Nebo: Memorial Of Moses Christian Holy Place

Mount Nebo mempunyai ketinggian 2,680 kaki, ianya bukanlah sebuah gunung yang tinggi tetapi ia mempunyai pemandangan yang sangat cantik.

Di percayai bahawa di sini tempat di mana Tuhan telah membawa Nabi Musa untuk menunjukkannya Israel dan Tanah Perjanjian dan merupakan kawasan pengebumian Nabi Musa yang dikatakan oleh penduduk tempatan (mengikut kepercayaan Yahudi).

Mount-Nebo-Christian-Holy-Place-Sebastiaon-Karczewski
Mount Nebo Christian Holy Place | Imej oleh: Sebastiaon Karczewski

Pada hari ini, puncak gunung ini merupakan kawasan ziarah yang terkenal dengan gereja pada abad ke-4 yang telah digali, muzium kecil, taman zaitun dan pemandangan Lembah Jordan serta Laut Mati dapat dilihat.

Pada hari yang cerah, anda dapat melihat Jericho, Bethlehem dan bumbung Yerusalem pada jarak jauh.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | QP9G+84 Khirbet al-Mukhayyat, Jordan

QASR AMRA

Quseir-Amra-Alex-Bezrukov
Quseir Amra | Imej oleh: Alex Bezrukov

Istana padang pasir yang terletak kira-kira 50 batu ke timur Amman ini tiada apa yang dilihat hanya dari luaran.

Seni bina sederhana yang hanya tinggal kompleks dibina sebagai taman permainan untuk khalifah pada abad ke-8.

World-Heritage-Site-Quseir-Amra
World Heritage Site Quseir Amra

Tetapi di dalam terdapat pelbagai lukisan dinding dicat di bahagian dinding dan siling dewan, bilik, dan kawasan mandi menggambarkan gaya hidup pada waktu itu.

Tidak lama selepas itu, lukisan yang mempunyai gambar wanita tanpa baju, simbol zodiak yang telah disiapkan dimusnahkan oleh orang Islam kerana terdapat unsur yang tidak mengikut ajaran islam.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 8:00am – 4:00pm | شارع الحرية 230، عمّان، Jordan

JERASH

Nymphaeum-Thomas-Eckhardt
Nymphaeum | Imej oleh: Thomas Eckhardt

Hanya 30 batu ke utara Amman adalah salah satu bandar wilayah Roman yang masih lagi dipelihara di dunia, walaupun ahli-ahli arkeologi telah menemui bukti penduduk yang tinggal di kawasan tersebut beribu tahun sebelum ianya dibina.

Southern-Theatre-Didier-Bonvin
Southern Theatre | Imej oleh: Didier Bonvin

Alexander the Great mengasaskan bandar tersebut sekitar 331 sebelum masihi tetapi ianya mencapai kemuncak selepas orang Rom diserap beberapa ratus tahun kemudian.

Walaupun pakar-pakar telah menganggarkan hanya satu perempat daripada tapak telah dibongkarkan, namun masih terdapat kawasan yang belum diterokai sehingga ke hari ini.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 7VHQ+GP8, Jerash, Jordan

Aqaba

Kubu-Aqaba-Cosmina-Codreanu
Kubu Aqaba | Imej oleh: Cosmina Codreanu

Desitnasi percutian di Teluk Aqaba di barat laut Laut Merah ini merupakan satu-satunya bandar yang mempunyai pantai di negara Jordan di mana penduduk Jordan dapat berenang dan berehat di resort yang mempunyai taraf lima bintang.

Runtuhan-Bandar-Islam-Ayla-M.Salamah
Runtuhan Bandar Islam Ayla | Imej oleh: M.Salamah

50 tahun lalu, pihak Jordan telah menukar sebahagian besar kawasan padang pasir panas dengan Arab Saudi dalam pertukaran tujuh batu kawasan pantai di selatan pelabuhan Aqaba yang menyediakan akses kepada terumbu karang Yamanieh yang menjadi kawasan tarikan bagi peminat hidupan laut.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | G2C2+GRF, Aqaba, Jordan

Wadi Rum

Lawrences-Spring-Bartlomiej-Tokarski
Lawrences Spring | Imej oleh: Bartlomiej Tokarski

Anda mungkin tidak perasan, tetapi jika anda pergi ke Wadi Rum, anda akan melalui kawasan terkenal semasa sesi pengambaran filem sains fiksyen The Martian.

Kawasan Wadi Rum dijadikan kawasan yang sesuai kerana ia seakan-akan planet Marikh.

Kuil-Nabatean-Pch
Kuil Nabatean | Imej oleh: Pch

Petroglyphs diukir di kawasan tebing pasir merah yang lembut membuktikan bahawa kawasan ini telah didiami selama beribu-ribu tahun dan akhirnya telah diduduki oleh masyarakat Badwi pada hari ini.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | HCH7+5QH, Wadi Rum Village, Jordan

Bersambung…

Tags: jordan tourismnegara jordan wikipediasejarah negara jordan
blank

blank
IKLAN / ADVERTISEMENT
Hadi Ghazali

Hadi Ghazali

Meminati dunia pelancongan sejak kecil lagi. Seorang konsultan pelancongan berpengalaman, Follow Hadi di Facebook. Ketahui selanjutnya tentang kami. Dapatkan pakej percutian di Melancong.my. Sertai Group Saya Kaki Melancong!

Artikel+ Bersambung

tempat-menarik-di-nepal
Pakej Popular

12 Aktiviti & Tempat Menarik di Nepal Yang Paling Popular [RARE]

  Nepal menarik ramai pelancong yang datang kerana pelbagai sebab. Sesetengah inginkan pendakian gunung yang mencabar dan melalui laluan Himalaya....

Oleh: Hadi Ghazali
23 September, 2023
10.5k
tempat-menarik-di-new-zealand
Pakej Popular

20 Tempat Menarik Di New Zealand & Tips Percutian

  Apakah tempat menarik di New Zealand yang paling menyeronokkan? Terdiri daripada dua pulau utama iaitu Pulau Utara dan Pulau...

Oleh: Hadi Ghazali
25 Ogos, 2023
34k
Selanjutnya
5 1 vote
Penilaian Artikel
Langgan
Maklumkan saya
guest
guest
7 Komen
Inline Feedbacks
View all comments

TREND PAKEJ | PROMOSI TERKINI

Pakej Scandinavia

REKOMEN

tempat-menarik-di-yan-kedah

10 Aktiviti & Tempat Menarik di Yan Kedah Paling Popular

5 September, 2023
23.1k
tempat-menarik-di-hatyai-songkhla-thailand-nithit-teeraworawit

10 Tempat Menarik di Hatyai Songkhla Thailand

8 Jun, 2023
52.5k
Kepentingan-Sektor-Pelancongan-Kepada-Malaysia

Kepentingan Sektor Pelancongan Kepada Malaysia

12 Julai, 2023
19.1k
tempat-menarik-di-janda-baik

10 Aktiviti & Tempat Menarik di Janda Baik [PALING POPULAR]

28 Mac, 2023
48.3k
halal hatyai trip

Halal Hatyai Trip: Pengalaman Percutian Hat Yai 4 Hari 3 Malam

8 Jun, 2023
25.8k
tempat-menarik-di-teluk-intan-nor-khaliza-mat-yunus-unsplash

10 Aktiviti & Tempat Menarik di Teluk Intan

24 Ogos, 2023
16.2k
Selanjutnya
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan

PAKEJ POPULAR | TERKINI 2023

Pakej-Korea-Musim-Salji

hotel promo hotel promo hotel promo
IKLAN / ADVERTISEMENT
  • Langgan
  • Tentang Kami
  • Polisi
  • Terma dan Syarat
  • Hubungi Kami

© 2023 Melancong.my - Powered by Hasrul & Co.

Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Indonesia
  • Singapore
  • Thailand
  • Vietnam
  • Cambodia
  • China
  • Korea
  • Jepun
  • Australia
  • India
  • Turki
  • Balkan
  • Uzbekistan
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami

© 2023 Melancong.my - Powered by Hasrul & Co.

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
wpDiscuz
7
0
Ingin sertai perbincangan? Sila komen.x
()
x
| Balas