Melancong.my
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
PAKEJ TERKINI
LANGGAN PERCUMA
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Singapore
  • Indonesia
  • Thailand
  • Vietnam
  • China
  • Jepun
  • Korea
  • Lagi
    • Cambodia
    • India & Pakistan
    • Balkan
    • Australia
    • Turki
    • Uzbekistan
    • Maldives
    • Filipina
    • Perancis
    • Switzerland
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Singapore
  • Indonesia
  • Thailand
  • Vietnam
  • China
  • Jepun
  • Korea
  • Lagi
    • Cambodia
    • India & Pakistan
    • Balkan
    • Australia
    • Turki
    • Uzbekistan
    • Maldives
    • Filipina
    • Perancis
    • Switzerland
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
Melancong.my
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
Promosi Terhad Promosi Terhad Promosi Terhad
Halaman Pakej Popular

10 Cafe Starbucks Malaysia Yang Paling Menarik

Hasrul Wayne Oleh: Hasrul Wayne
14 April, 2024
Kategori: Pakej Popular
Masa Bacaan: 3 mins read
2.2k 139
A A
0
10-starbucks-terbaik-di-malaysia
2.4k
VIEWS
FacebookTwitterPin
PROMO TERHAD PROMO TERHAD PROMO TERHAD
IKLAN / PROMOSI TERHAD

 

Apakah cafe Starbucks Malaysia yang paling menarik anda pernah temukan? Ya, kita melihat pada rekabentuk dan lokasi Starbucks yang ada di Malaysia.

Saya pasti ramai dari kita yang suka melancong juga suka menikmati kopi. Tak kisahlah rasa kopi apa sekalipun atau di mana cafe anda mendapatkannya.

Kadang tidak rasa lengkap atau badan berasa tidak selesa bila tidak menikmati secawan kopi.

Promo Hotel Promo Hotel Promo Hotel
IKLAN / PROMOSI TERHAD

Selain itu, menikmati kopi memerlukan persekitaran yang ideal tak gitu? Ada yang meminati gaya industri, desa, hipster dan banyak lagi.

Jika anda perasan, Starbucks juga cuba mengadaptasi persekitaran dan budaya setempat. Saya ingin berkongsi dengan ada kerana hampir semua tempat pelancongan pasti ada Starbucks.

Kopi Starbucks mempunyai keunikannya tersendiri disamping diminati ramai kerana pelbagai menu dan rasa.

starbucks-malaysia-terbaik

  • Lihat Penginapan Dekat Dengan Starbucks
  • Lihat Starbucks Drive Thru Popular

Pin

  • 1 Starbucks Teluk Cempedak
  • 2 Starbucks Berjaya Hills
  • 3 Starbucks Reserve Bukit Bintang Junction
  • 4 Starbucks Signing Store Bangsar Village II
  • 5 Starbucks Green Hall Georgetown
  • 6 Starbucks Batu Ferringhi
  • 7 Starbucks Malim Jaya Melaka
  • 8 Starbucks Chin Swee Temple
  • 9 Starbucks Kangar Jaya DT
  • 10 Starbucks KLIA 1
Mari kita lihat keunikan Starbucks Malaysia yang paling menarik.


Starbucks Teluk Cempedak

Starbucks-Teluk-Cempedak-Francis-Lai
Starbucks Teluk Cempedak | Imej oleh Francis Lai

Teluk Cempedak terkenal sebagai salah satu destinasi pelancongan pantai yang mempunyai pelbagai aktiviti menarik.

Di sini turut menempatkan lokasi Starbucks yang cantik dan elegan untuk anda kunjungi.

Keistimewaan Starbucks Teluk Cempedak adalah senibinanya yang menggunakan konsep ‘glass house’ atau rumah kaca menjadikannya begitu berbeza dengan cawangan yang lain.

Pantai-Teluk-Cempedak-Raymond-Toh
Pantai Teluk Cempedak | Imej oleh: Raymond Toh

Tambahan lagi, lokasinya yang terletak berhampiran dengan pantai pasti menarik setiap pengunjung untuk menikmati secangkir kopi di sini.

Lagi syok apabila anda menikmati hidangan di sini sambil menyaksikan matahari terbenam di sebalik dinding kacanya!


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 8:00am – 11:00pm | No 1&2, Pusat Rekreasi, Teluk Cempedak, Jalan Tengku, Jalan T.A. Bakar, 25050 Kuantan, Pahang

Starbucks Berjaya Hills

Starbucks-Berjaya-Hills-Ivan-Phay
Starbucks-Berjaya-Hills Bercirikan Binaan Perancis Le Grande | Imej oleh: Ivan Phay

Starbucks Berjaya Hills atau turut dikenali sebagai Starbucks Bukit Tinggi ini pula memberi pengalaman yang berbeza buat anda apabila berkunjung ke sini.

Pakej Kundasang Pakej Kundasang Pakej Kundasang
IKLAN / PROMOSI TERHAD

Dengan menggunakan konsep senibina gaya Perancis anda bakal merasai suasana seperti berada di Perancis dan bukan di Malaysia!

Starbucks-Berjaya-Hills-Muhammad-Syahrin
Starbucks Berjaya Hills | Imej oleh: Muhammad Syahrin

Keunikan senibina serta lokasinya yang terletak di kawasan berbukit pasti lebih mengasyikkan apabila anda memesan minuman panas serta pastri daripada Starbucks ini untuk menikmati suasana sejuk di sini.

Jangan lupa untuk memotretkan kenangan anda di sini.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 9:30am – 9:00pmk | La Grande, Berjaya Hills Resort, KM48, Persimpangan Bertingkat, 28750, Pahang

Starbucks Reserve Bukit Bintang Junction

Senibina-Rustick-Starbucks-Reserve-Bukit-Bintang-Junction-Yoke-Yan
Senibina Rustick | Imej oleh: Yoke Yan

Starbucks Reserve yang telah dibuka di Bukit Bintang Junction ini merupakan cawangan Starbucks yang ke 300 beroperasi di Malaysia.

Lokasi yang terletak di pusat bandaraya Kuala Lumpur semestinya menjadikannya begitu popular ditambah pula dengan keunikan yang sedia ada.

Keunikan cawangan ini pula adalah dari segi penyediaan hidangan kopinya yang luar biasa kepada para pelanggan.

Starbucks-Reserve-Bukit-Bintang-Junction-
Starbucks Reserve Bukit Bintang Junction | Imej oleh: Anson

Tambahan lagi senibinanya yang menggabungkan konsep ‘rustic’ dan moden yang mempunyai tingkap tinggi, lampu gantung serta dinding batu-bata menjadikannya begitu menyerlah dan cukup ‘instagrammable’ bagi kaki selfie!

Jadi tidak hairanlah jika ia menjadi pilihan untuk warga kota meluangkan waktu di sini.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 9:00am – 11:00pm | Ground & Mezz Floor, Wolo Hotel, Corner of Jalan Bukit Bintang and, Jln Sultan Ismail, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur

Starbucks Signing Store Bangsar Village II

Membuat-tempahan-dengan-isyarat-tangan-di-Starbucks-Chikako
Membuat tempahan dengan isyarat tangan di- Starbucks ini | Imej oleh: Chikako

Keunikan outlet Starbucks yang satu ini pasti membuat anda ternganga!

Starbucks Signing Store Bangsar Village II merupakan cawangan pertama di dunia yang dibuka pada tahun 2016 dengan menggunakan konsep bahasa isyarat atau ‘Signing Store’.

Setelah outlet ini mendapat sambutan, outlet berkonsepkan begini turut dibuka di luar negara seperti Washington D.C, United States dan Guangzhou.

Starbucks-Signing-Store-Bangsar-Ibrahim-Halim
Starbucks Signing Store Bangsar | Imej oleh: Ibrahim Halim

Menariknya tentang outlet ini kerana pekerja Starbucks merupakan dalam kalangan orang yang ‘Deaf and Hard of Hearing’ jadi cara memesan menu di sini turut berbeza.

Di sini anda akan diberikan kertas dan nombor untuk memesan menu dan nombor pesanan akan terpapar di skrin tanda pesanan anda sudah siap untuk dinikmati.

Starbucks Burma Road yang terletak di Pulau Pinang turut menggunakan konsep ‘Signing Store’ ini.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 10:00am – 10:00pm | Lot No. 2F-22 & K1, 2nd Floor, Bangsar Village II, 2, Jalan Telawi 1, 59100 Kuala Lumpur

Starbucks Green Hall Georgetown

Starbucks-Green-Hall-Georgetown-dengan-vibe-susana-silam-Muhammad-Ramlan
Starbucks Green Hall Georgetown dengan vibe susana silam | Imej oleh: Muhammad Ramlan

Menikmati secangkir kopi sambil ditemani muzik klasik atau suasana seakan-akan zaman silam pasti membangkitkan lagi keenakkan hidangan kopi tersebut.

Starbucks Green Hall di Georgetown ini pasti dapat menggamitkan memori tersebut dengan keunikkannya.

Starbucks-Green-Hall-di-Georgetown-Chun-Fong-Ooi
Pintu berukiran seni di Starbucks Green Hall di Georgetown | Imej oleh: Chun-Fong-Ooi

Georgetown begitu terkenal sebagai bandar warisan dunia, jadi outlet Starbucks yang satu ini turut terletak di dalam bangunan warisan yang bersejarah.

Dekorasi dalamannya yang menggunakan lantai jubin bermotifkan klasik serta perabot kayunya pasti membuatkan anda berasa seperti kembali ke zaman silam, bagi generasi Z anda pasti tidak pernah menikmati zaman tersebut jadi ayuhlah berkunjung Starbucks yang berkonsepkan klasik ini!


  • Lihat Penginapan | Lihat Tour | Lihat Peta | 8:00am – 10:00pm | Ground Floor, Lot, 1, Jalan Green Hall, 10200, Penang

Starbucks Batu Ferringhi

Starbucks-Batu-Ferringhi-Cake-O
Starbucks Batu Ferringhi | Imej oleh: Cake-O

Satu lagi cawangan Starbucks yang menarik untuk anda kunjungi di Pulau Pinang adalah Starbucks Batu Ferringhi.

Cawangan yang turut terletak berhampiran laut ini menawarkan tempat duduk di dalam bangunan serta luar bangunan bagi membolehkan pengunjung mereka untuk menikmati suasana angin laut serta pemandangan hijau yang menenangkan.

Starbucks-dengan-pemandangan-pantai-matahari-terbenam-Wendy-Choong
Starbucks dengan pemandangan pantai matahari terbenam | Imej oleh: Wendy-Choong

Ekoran kedudukannya yang berdekatan pantai ia turut dikenali dengan nama ‘Starbucks by The Beach’ bagi menggambarkan suasananya yang begitu menyeronokkan!

Menariknya lagi bagi kumpulan berkeluarga yang mempunyai anak kecil anda boleh membiarkan anak-anak anda menikmati in-house sandbox dengan selamat iaitu aktiviti membina istana pasir yang turut disediakan oleh mereka.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 8:00am – 12:00am | 69, Jalan Batu Ferringhi, 11000 Ayer Itam, Pulau Pinang

Starbucks Malim Jaya Melaka

Starbucks-Malim-Jaya-Melaka-Shukur-Ramali
Starbucks Malim Jaya Melaka | Imej oleh: Shukur Ramali

Apabila berada di Melaka anda patut ke cawangan Starbucks yang satu ini kerana ia merupakan cawangan yang terbesar dan terbaharu di sini.

Keselesaan pasti terjamin dengan mempunyai ruang dua tingkat serta kawasan tempat letak kereta yang luas.

Turut berbeza dari segi senibina serta rekaan dalamannya yang mengenengahkan konsep ala industri serta elemen kayu menjadikannya cukup menarik untuk disinggah oleh anda.

Suasana-di-dalam-Starbucks-Malim-Jaya-Yusri-Salleh
Suasana di dalam Starbucks Malim Jaya | Imej oleh: Yusri Salleh

Menu hidangan utama yang sentiasa menjadi rebutan di Starbucks Malim Jaya ini adalah spaghetti dan cheese-baked rice yang begitu enak untuk dinikmati pada bila-bila masa sahaja!

Selain reka bentuk yang berbeza, menu yang lazat serta ruang yang besar pasti membuatkan anda senang hati.


  • Lihat Penginapan | Lihat Tour | Lihat Peta | 8:00am – 12:00am | Lot 2610, Mukim, 75400, Malacca

Starbucks Chin Swee Temple

Starbucks-Chin-Swee-Temple-Calvin-Ball-2
Starbucks Chin Swee Temple | Imej oleh: Calvin Ball

Seperti namanya, Starbucks Chin Swee Temple merupakan sebuah cawangan yang dibina di dalam Chin Swee Temple yang terletak di puncak gunung Genting Highland.

Anda bukan sahaja dapat menikmati hidangan kegemaran malah dapat menikmati pemandangan dari sisi ‘Buddha statue’ di Chin Swee Temple ini.

Tambahan lagi, dekorasi dalamannya yang menggunakan unsur kayu dapat menaikkan lagi suasana kebudayaan di sini.

Starbucks-Chin-Swee-Temple-Calvin-Ball
Starbucks Kuil Chin Swee | Imej oleh: Calvin Ball

Menikmati secangkir kopi di kawasan peranginan sejuk dan dijamu dengan panorama yang indah pasti dapat memberi ketenangan yang maksima buat sesiapa sahaja!

Rata-rata pengunjung tidak melepaskan peluang untuk menikmati minuman sambil bersiar-siar di kawasan kuil tersebut bagi merakamkan sekeping dua memori.


  • Lihat Penginapan | Lihat Tour | Lihat Peta | 10:00am – 6:00pm | Chin Swee Caves Temple, Lot L12-S1, Level 12, Lobby Floor, Goh Tong, Pahang

Starbucks Kangar Jaya DT

Starbucks-Kangar-Jaya-DT-GL-Ong
Starbucks Kangar Jaya DT | Imej oleh: GL Ong

Apa pula keunikan yang terdapat di Starbucks Kangar Jaya DT ini? Untuk pengetahuan anda ia merupakan cawangan Starbucks yang pertama beroperasi di Perlis pada akhir tahun 2021!

Pembukaannya telah menarik hampir keseluruhan warga Perlis dan dikatakan pada hari pembukaannya pelanggan sanggup beratur penjang untuk membuat pesanan sama ada di kaunter dan juga drive-thru.

Kawasan yang luas | Imej oleh: Balqish-Wahab
Kawasan yang luas | Imej oleh: Balqish-Wahab

Cawangan yang satu ini turut berkonsepkan ala industri dengan ruang dalaman yang agak luas dan turut dipenuhi dengan tempat duduk yang berbagai pilihan sesuai dengan kuantiti pelanggan.

Dengan penggunaan tingkap kaca yang tinggi turut memberi kesan yang lebih luas dan menyajikan pemandangan yang memuaskan buat anda.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta |  8:00am – 1:00am | No.1A, Jalan Kangar Jaya 14, Kangar Jaya, Jalan Tuanku Syed Putra, Kampung Seriap, 01000 Kangar, Perlis

Starbucks KLIA 1

Starbucks-KLIA-Contact-Pier-Ra-Otw
Starbucks KLIA Contact Pier | Imej oleh: Ra Otw

Anda ingin berlepas ke luar negara atau baru tiba ke Malaysia? Jom luangkan waktu anda di Starbucks KLIA 1 ini sementara menunggu jadual penerbangan anda diumukan oleh pihak penerbangan.

Lokasinya yang terletak di ruang penerbangan antarabangsa ini cukup menarik dan selesa untuk anda menghabiskan waktu atau berehat seketika.

Starbucks-KLIA-Nplus-Lin
Starbucks KLIA | Imej oleh: Nplus Lin

Selain mempunyai ruang yang luas, anda dapat menikmati minuman atau makanan sambil melihat pemandangan beberapa buah kapal terbang yang berada di landasan masing-masing serta para bekerja yang sibuk menyelenggara pesawat tersebut, malah ada pesawat yang bakal berlepas dan baru mendarat.

Sungguh luarbiasa pemandangan yang anda bakal nikmati di sini! Dan semestinya ia menjadi pilihan utama pelancong untuk menikmati hidangan sebelum berlepas ke destinasi masing-masing.


  • Lihat Penginapan | Lihat Lounge | Lihat Peta | Dibuka 24 Jam | Main Terminal Building, Kuala Lumpur International Airport, 64000 Sepang, Selangor

Ada cafe Starbucks di Malaysia yang lebih menarik anda pernah lepak? Kongsikan diruang komen.

Tags: starbuck malaysiastarbucks malaysia promotionstarbucks menu malaysia 2022
Trip Promo Trip Promo Trip Promo
IKLAN / PROMOSI TERHAD
Hasrul Wayne

Hasrul Wayne

Editor di Melancong.my, meminati dunia pelancongan. Jika anda ada sebarang idea untuk diketengahkan, hubungi kami untuk selanjutnya: tentang kami.

Artikel+ Bersambung

Tempat Menarik di Bukit Tinggi
Pakej Popular

12 Tempat Menarik di Bukit Tinggi Paling Popular

  Bukit Tinggi Pahang adalah salah satu destinasi percutian yang menarik di Malaysia. Apakah tempat menarik di Bukit Tinggi berbaloi...

Oleh: Hadi Ghazali
15 Jun, 2026
35.2k
tempat-menarik-di-uzbekistan
Uzbekistan

23 Tempat Menarik Di Uzbekistan Popular

  Apakah aktiviti dan tempat-tempat menarik yang ada di Uzbekistan? Uzbekistan dikenali sebagai Bandar Matahari kerana anda akan dapat melihat...

Oleh: Hadi Ghazali
9 Mac, 2026
32.9k
Selanjutnya

Tinggalkan Balasan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *


TREND PAKEJ |PROMOSI TERKINI

Pakej Scandinavia 2026

REKOMEN

Tempat Menarik di Bukit Tinggi

12 Tempat Menarik di Bukit Tinggi Paling Popular

15 Jun, 2026
35.1k
blank

43 Aktiviti Tempat Menarik di Janda Baik Terkini

2 Mac, 2026
88.3k
Tempat menarik di Kuantan

42 Tempat Menarik di Kuantan Terkini

28 Mac, 2026
87.7k
tempat menarik di kelantan

40 Tempat Menarik di Kelantan Terkini

23 Mac, 2026
31k
tempat-menarik-di-johor-bahru

30 Tempat Menarik di Johor Bahru Terkini Berserta Tentatif Percutian

9 Jun, 2026
94k
tempat menarik di dabong Kelantan

10 Aktiviti Tempat Menarik di Dabong Kelantan

5 Ogos, 2024
25k
Selanjutnya
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan

PAKEJ POPULAR |TERKINI 2026

Pakej-Kundasang-2026-FullTour

Pakej-Osaka-Jepun-Muslim

hotel promo hotel promo hotel promo
IKLAN / PROMOSI TERHAD
  • Langgan
  • Tentang Kami
  • Polisi
  • Terma dan Syarat
  • Hubungi Kami

© 2026 Melancong.my

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Indonesia
  • Singapore
  • Thailand
  • Vietnam
  • Cambodia
  • China
  • Korea
  • Jepun
  • Australia
  • India & Pakistan
  • Turki
  • Balkan
  • Uzbekistan
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami

© 2026 Melancong.my