fbpx
Melancong.my
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
PAKEJ TERKINI
LANGGAN PERCUMA
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Singapore
  • Indonesia
  • Thailand
  • Vietnam
  • China
  • Jepun
  • Korea
  • Lagi
    • Cambodia
    • India
    • Balkan
    • Australia
    • Turki
    • Uzbekistan
    • Maldives
    • Filipina
    • Perancis
    • Switzerland
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Singapore
  • Indonesia
  • Thailand
  • Vietnam
  • China
  • Jepun
  • Korea
  • Lagi
    • Cambodia
    • India
    • Balkan
    • Australia
    • Turki
    • Uzbekistan
    • Maldives
    • Filipina
    • Perancis
    • Switzerland
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
Melancong.my
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
Halaman Malaysia Pakej Kuala Lumpur

10 Taman Tema Air & Theme Park Terbaik di Malaysia

Hasrul Wayne Oleh: Hasrul Wayne
19 Julai, 2022
Kategori: Pakej Kuala Lumpur, Pakej Popular
Masa Bacaan: 3 mins read
455 21
A A
0
taman-tema-air-theme-park
15.1k
VIEWS
FacebookTwitterPin
Pakej Promo Terkini Pakej Promo Terkini Pakej Promo Terkini

 

Taman tema air berserta ‘Theme Park’ adalah menjadi kegemaran kita rakyat Malaysia kerana iklim yang panas.

Jika dikira kerana kesibukan masa untuk melancong ke luar negara, taman tema adalah alternatif utama bagi pelancong Malaysia melepaskan penat lelah dan menikmati masa berharga bersama keluarga atau rakan.

Percutian ke taman tema pasti menyeronokkan dengan bermacam aktiviti dan tarikan yang menanti.

Promo-Banner-Genting-2

Kanak-kanak adalah pengukur tahap kepuasan taman tema yang dikunjungi kerana mereklah yang palingin menikmati keseronokkan aktiviti.

Pin

  • 1 Taman Tema Sunway Lagoon
  • 2 Lost World of Tambun
  • 3 Taman Tema A’Famosa Melaka
  • 4 ESCAPE Penang
  • 5 Legoland Malaysia
  • 6 Taman Tema Berjaya Times Square
  • 7 Taman Tema Bukit Gambang
  • 8 i-City Theme Park
  • 9 Bukit Merah Laketown
  • 10 Genting Skyworlds
Mari kita lihat 10 taman tema air dan ‘Theme Park’ yang terbaik.


Taman Tema Sunway Lagoon

Sunway-Lagoon
Sunway Lagoon

Jika ditanyakan kepada kanak-kanak, destinasi taman tema yang pilihan merekada dan paling menyeronokkan adalah Sunway Lagoon.

Taman Tema Sunway Lagoon begitu terkenal di Malaysia dengan adanya 90 tarikan untuk semua peringkat usia. Kedudukannya yang kira-kira 20km dari Kuala Lumpur menarik lebih ramai pengunjung untuk datang ke sini.

Kemeriahan-di-Sunway-Lagoon
Kemeriahan di Sunway Lagoon

Tambahan lagi anda bakal merasai pengalaman yang berbeza di 6 zon utamanya! Antaranya Water Park, Amusement Park, Wildlife Park, Extreme Park, Scream Park dan Nickelodeon Lost Lagoon.

Tempoh masa sehari pasti tidak cukup untuk anda meneroka taman tema yang berkeluasan sekitar 88 ekar ini.


  • Lihat Penginapan | Lihat Tiket | Lihat Peta | 10:00am – 6:00pm | 3, Jalan PJS 11/11, Bandar Sunway, 47500 Subang Jaya, Selangor

Lost World of Tambun

Lost World of Tambun
Lost World of Tambun

Tidak kurang hebatnya, Lost World of Tambun yang terletak di Ipoh ini turut mempunyai 88 tarikan, 10 taman dan 123 spesies haiwan untuk anda berhibur.

Anda juga boleh menikmati kesegaran kolam air panas semulajadi yang dikelilingi dengan kawasan hutan hujan tropika serta bukit batu kapur yang berusia lebih kurang 400 juta tahun.

Ride-menyeronokkan-di-Lost-World-of-Tambun
‘Ride’ menyeronokkan di Lost World of Tambun

Tarikan di sini terbahagi kepada dua bahagian utama iaitu taman tema dan taman malam. Taman tema mempunyai Lost World Water Park, Lost World Amusement Park, Lost World Tin Valley, Lost World Tiger Valley, Lost World Petting Zoo dan Lost World Adventure Park.

Manakala taman malam menyediakan keseronokan seperti Lost World Hot Springs Night Park, Lost World Hot Springs Spa dan Luminous Forest.


  • Lihat Penginapan | Lihat Tiket | Lihat Peta | 11:00am – 11:00pm | 1, Persiaran Lagun Sunway 1, Sunway City Ipoh, 31150 Ipoh, Perak

Taman Tema A’Famosa Melaka

Taman-Tema-Air-A-Famosa
Taman Tema Air A Famosa

Anda pasti teruja untuk meluangkan waktu bersama-sama ahli keluarga di taman tema air yang terbesar di Malaysia ini. Bagi kanak-kanak mereka boleh bersuka-ria di bahagian Kids Adventure dan Arabian Village yang pasti menghiburkan mereka.

Untuk aktiviti secara berkumpulan anda boleh mencuba Family Raft, Wave Pool, Sandy Beach dan Lazy River.

Persembahan-A-Famosa-Resort
Pelbagai persembahan menarik yang di persembahkan di A Famosa

Namun begitu, jangan lepaskan peluang untuk mencabar diri anda di zon cabaran yang mempunyai Big Ice Cream iaitu  ICE CREAM yang tertinggi, terpanjang dan terlebar di Asia Tenggara!

Seterusnya anda juga boleh merasai seakan-akan dilanda tsunami di Wahaha dan Hulala. Dah penat mandi-manda? Jom ke Safari Wonderland untuk melihat persembahan haiwan, menaiki Monkey Island Cruise dan banyak lagi aktiviti menarik bersama haiwan. Sebelum anda pulang bolehlah membeli-belah di Freeport A’Famosa Outlet.


  • Lihat Penginapan | Lihat Tiket | Lihat Peta | 10:00am – 6:00pm | Jalan Kemus / Sempang Ampat, Simpang Ampat, 78000 Alor Gajah, Melaka

ESCAPE Penang

Escape ThemePark Penang-2
Escape ThemePark Penang

ESCAPE Penang ini cukup terkenal sebagai pemegang Guinness World Records Longest Tube Water Slide iaitu 1,111m dan World’s Longest Zip Coaster sepanjang 1,135m.

Kehebatan taman tema ini tidak boleh disangkalkan lagi apabila ia turut mendapat anugerah sebagai Winner of Malaysia Tourism Award Best Attraction/Theme Park 2016/2017.

Aktiviti di sini terbahagi kepada tiga zon utama iaitu AdventurePlay, GravityPlay dan WaterPlay.

Longest-Tube-Water-Slide-Escape-Theme-Park-Penang
Longest Tube Water Slide Escape Theme Park Penang

Keunikan taman tema ini kerana ia dapat memberi pengalaman yang cukup berharga buat kanak-kanak kerana mereka berpeluang untuk mencuba aktviti seperti memanjat pokok!

Di sini turut menyediakan pakej untuk beraktiviti secara berkumpulan atau team building serta berkhemah jika anda berminat.


  • Lihat Penginapan | Lihat Tiket | Lihat Peta | 10:00am – 6:00pm | 828, Jalan Teluk Bahang, Teluk Bahang, 11050 Tanjung Bungah, Pulau Pinang

Legoland Malaysia

Legoland Malaysia
Legoland Malaysia

Ingin merasai pengalaman seolah-olah berada di dalam dunia permainan?

LEGOLAND pasti akan memenuhi impian anda, bermula daripada 8 bahagian taman tema sehinggalah ke ruang tidur anda bakal merasai seperti hidup di alam fantasi.

  • Lihat juga: 15 Taman Tema Terbaik Di Dunia [SENARAI POPULAR]
Legoland-Malaysia-Theme-Park
Legoland Malaysia Theme Park

Taman tema yang berkonsepkan lego ini mempunyai tarikan seperti NEW: Planet LEGOLAND, Driving School, Aquazone Wave Racers, LEGO NINJAGO The Ride, Dino Island, LEGO City Airport, LEGOLAND Express, Royal Joust, The Great LEGO Race, Technic Twister DUPLO Playtown, Dragon Apprentice dan banyak lagi seperti lokasi bersejarah yang dibina dalam skala kecil.


  • Lihat Penginapan | Lihat Tiket | Lihat Peta |  9:00am – 6:30pm | 7, Persiaran Medini Utara 3, Bandar, 79250 Nusajaya, Johor

Taman Tema Berjaya Times Square

Berjaya Times Square Theme Park
Berjaya Times Square Theme Park

Berjaya Times Square Theme Park: Berdasarkan The Malaysian Book of Records, taman tema ini merupakan taman tema di dalam bangunan yang terbesar di Malaysia.

Taman tema yang sudah beroperasi sejak tahun 2003 ini mempunyai dua bahagian utama iaitu Galaxy Station untuk menaikkan adrenalin anda serta Fantasy Garden untuk kanak-kanak. Galaxy Station menawarkan tarikan seperti Supersonic Odyssey, Spinning Orbit, Ooorts’ Express, Dizzy Izzy, Cosmo Climb, Robo Crash, Beat Saber, Cosmic Games dan Arcade Games.

Taman-Tema-Berjaya-Times-Square
Taman Tema Berjaya Times Square

Untuk bahagian kanak-kanak di Fantasy Garden pula mempunyai tarikan Cosmo Theater, Ooort’s Super Run, Fantasy Trail, Molly-Cool’s Swing, Honey Bump, Flying Bumble Bee, Crazy Bus dan banyak lagi.

Tarikan terbaru di sini adalah permainan yang menggunakan Virtual Reality seperti menembak, memandu jet serta memasuki ruangan seram!


  • Lihat Penginapan | Lihat Tiket | Lihat Peta | 12:00pm – 8:00pm | Berjaya Times Square, 5th and 7th Floor, 1, Jalan Imbi, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur

Taman Tema Bukit Gambang

Taman Tema Bukit Gambang
Taman Tema Bukit Gambang

Bukit Gambang merupakan taman hiburan yang begitu popular dalam kalangan warga Pantai Timur.

Di sini anda boleh menikmati keseronokan mandi-manda dengan 8 jenis ombak yang berbeza! Jangan lupa ajak ahli keluarga atau rakan-rakan untuk menaiki Family Raft Ride atau berlumba di 6 Lane Racer yang pasti mendebarkan.

Seperti taman air yang lain, zon untuk kanak-kanak pasti tidak kurang menariknya iaitu Aqua Play Zone dan Penguin Island.

Bukit Gambang Water Park
Bukit Gambang Water Park

Inginkan suasana yang lebih relaks? Jom berhibur di Coco Beach yang mempunyai sebuah kolam yang cukup luas. Selain itu anda boleh ke Active Academy Park untuk aktiviti lasak seperti memanah, paintball, flying fox dan banyak lagi.

Menariknya tentang Bukit Gambang kerana ia mempunyai taman safari yang terbesar di Malaysia! Jadi anda boleh ke zon berjalan kaki dan menaiki tram untuk melihat haiwan di sini.


  • Lihat Penginapan | Lihat Tiket | Lihat Peta | 10:00am – 6:00pm | Utama, Bukit Resort City, Jln Bukit Gambang Resort, 26300 Gambang, Pahang

i-City Theme Park

I-City-Waterworld-Muhamad-Hafizuddin
I City Waterworld | Imej oleh: Muhamad Hafizuddin

Di awal pembukaannya sehingga kini ia cukup terkenal dan berjaya meraih pelancong dari dalam dan luar negara untuk berkunjung ke sini.

Tambahan lagi ia pernah disenaraikan oleh CNN Travel sebagai antara destinasi yang cerah dan warna-warni di dunia!

SnoWalk-i-City-Renjith
SnoWalk i City | Imej oleh: Renjith

Taman tema yang begitu meriah pada waktu malam ini turut mempunyai tarikan taman air iaitu WaterWorld, The SnoWalk, Red Carpet Wax Museum, Trick Art Museum, House of Horror, 2-Tier Carousel, Time Travel dan banyak lagi aktiviti menarik yang menanti anda.

Jangan lepaskan peluang untuk menaiki Ferris Wheel bagi menyaksikan keindahan panorama City of Digital Lights ini dari udara!


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 5:00pm – 12:00am | i-Gallery, Jalan Multimedia, I-City, 40000 Shah Alam, Selangor

Bukit Merah Laketown

Bukit-Merah-Lake-Town
Bukit Merah Lake Town WaterPark

Bukit Merah Laketown ini pula menyediakan 4 bahagian utama untuk anda bergembira iaitu Laketown Waterpark, Laketown Ecopark, Laketown Adventure Park dan Laketown Recreation Park.

Ia merupakan antara taman tema air yang terbesar di bahagian Utara Malaysia yang menyediakan 14 tarikan di Laketown Waterpark.

Bukit-Merah-Lake-Town-Resort-puterifarah
Bukit Merah Lake Town Resort | Imej oleh: Puteri Farah

Antaranya Boomerang, Crazee Cone, Jumbo Shower dan sebagainya. Laketown Ecopark pula memberi peluang kepada pengunjung untuk bermesra dengan haiwan melalui aktiviti Nature Trail, Tropical Trek dan Pets Park. Laketown Adventure Park menyediakan pelbagai rintangan untuk anda tempuhi seperti Zipmania, Jacob’s Ladder, Burma Bridge dan banyak lagi.

Tarikan terakhir iaitu Laketown Recreation Park sesuai untuk aktiviti berkumpulan seperti kayak, memancing serta nature cruise.


  • Lihat Penginapan  | Lihat Tiket | Lihat Peta | 11:00am – Jalan Bukit Merah, Kampung Kubu Gajah, 33400 Simpang Empat Semanggol, Perak

Genting Skyworlds

Genting SkyWorlds Theme Park
Genting SkyWorlds Theme Park

Taman Tema Genting Skyworlds tidak asing lagi dengan kehebatan yang mempunyai 26 permainan dan tarikan yang mengujakan dan mendebarkan setiap pengunjung.

Ia mempunyai 9 zon utama iaitu Studio Plaza, Eagle Mountain, Central Park, Rio, Andromeda Base, Liberty Lane, Epic, Robots Rivet Town dan Ice Age.

Genting-SkyWorlds
Genting SkyWorlds

Di sini turut terdapat taman tema di dalam bangunan yang dikenali Skytropolis Indoor Theme Park yang terbahagi kepada tiga zon seperti Family Rides, Adventure Rides dan Thrill Rides yang bakal menduga tahap adrenalin anda!

Rio Genting SkyWorlds
Rio Mercado Genting Skyworlds

Sehari pasti tidak cukup untuk meneroka isi taman tema ini, jadi anda boleh menginap di beberapa buah hotel yang terletak berdekatannya.


  • Lihat Penginapan | Lihat Tiket | Lihat Peta | 11:00am – 6:00pm | Genting SkyWorlds, Genting Highlands, 69000 Genting Highlands, Pahang

Jadi, apakah pilihan taman air dan theme park yang paling menyeronokkan bagi anda? Jika anda ada cadangan lagi sila komen dibawah.

Bersambung….

 

Tags: taman tema air di malaysiataman tema air kuala lumpur
Promosi Diskaun Promosi Diskaun Promosi Diskaun
Hasrul Wayne

Hasrul Wayne

Editor di Melancong.my, meminati dunia pelancongan. Jika anda ada sebarang idea untuk diketengahkan, hubungi kami untuk selanjutnya: tentang kami.

Artikel+ Bersambung

tempat-menarik-di-singapore
Singapore

15 Tempat Menarik Di Singapore: Destinasi Terkini [PALING POPULAR]

  Singapore sering digambarkan sebagai sebuah taman permainan bagi golongan berada, dan ianya benar bahawa negara kecil ini memiliki kilauan...

Oleh: Hadi Ghazali
26 Mei, 2023
64.9k
percutian-muslim-krabi
Pakej Popular

Krabi Halal: Tips Percutian Muslim ke Krabi Thailand

  Krabi Halal: Tips Percutian Muslim ke Krabi Thailand. Krabi adalah salah satu destinasi percutian yang popular di Thailand, terutamanya...

Oleh: Hadi Ghazali
16 Mei, 2023
358
Selanjutnya
0 0 votes
Penilaian Artikel
Langgan
Maklumkan saya
guest
guest
0 Komen
Inline Feedbacks
View all comments
Offer Limited Offer Limited Offer Limited
IKLAN / ADVERTISEMENT

LANGGAN PROMOSI

tempat-menarik-di-segamat
Pakej Johor

10 Aktiviti & Tempat Menarik di Segamat

Oleh: Hadi Ghazali
1 Jun, 2022
0
22.3k

  Ada tempat menarik di Segamat yang berbaloi dikunjungi? Apa aktiviti menarik yang boleh dilakukan? Segamat adalah sebuah daerah yang...

Baca Selanjutnya
Tempat-Menarik-di-Sibu

10 Aktiviti & Tempat Paling Menarik di Sibu Sarawak [LAKSA SARAWAK]

15 Februari, 2023
28.3k
Pulau Mantanani

Apa Yang Menarik Pulau Mantanani Ini? Lihat Keindahannya!

27 Mei, 2022
20.3k
pakej percutian chengdu

10 Tempat Menarik Di Chengdu, Sichuan: Melihat Panda [TERKINI]

9 Ogos, 2022
11.1k
10 Tempat Menarik di Australia Paling Popular 1

10 Tempat Menarik di Australia Paling Popular

26 Mac, 2023
15k
Selanjutnya
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
hotel promo hotel promo hotel promo
  • Langgan
  • Tentang Kami
  • Polisi
  • Terma dan Syarat
  • Hubungi Kami

© 2023 Melancong.my - Powered by Hasrul & Co.

Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Indonesia
  • Singapore
  • Thailand
  • Vietnam
  • Cambodia
  • China
  • Korea
  • Jepun
  • Australia
  • India
  • Turki
  • Balkan
  • Uzbekistan
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami

© 2023 Melancong.my - Powered by Hasrul & Co.

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
wpDiscuz
0
0
Ingin sertai perbincangan? Sila komen.x
()
x
| Balas